Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: 22NCvC-520-09/2015
22NCVC-520-09/2015
High Court of Malaysia23 Jul 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“17. Mahkamah Rayuan dalam kes Adnan Ishak & Ors v APT Associates Sdn Bhd [2015] MLJU 3 merujuk penghakiman dalam kes Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 223, yang merupakan prinsip matan untuk diikuti oleh Mahkamah ini, iaitu: It is a cardinal principle of law, th”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO.: 22NCvC-520-09/2015
1
AFFIN BANK BERHAD … PLAINTIF [NO. SYARIKAT : 25046-T]
1
GLASPAK SDN BHD … DEFENDAN- [NO. SYARIKAT : 480389-A]
2
LIEW TUCK CHOY [NO. K/P : 561102-10-5699]
3
LIEW TECK KEN [NO. K/P : 691125-10-6227]
4
CHRISTINE MARGARET LIEW @ WELLS CHRISTINE MARGARET [NO. PEMASTAUTIN TETAP : 550419-83-5012] ALASAN PENGHAKIMAN (Kandungan 35: Notis Rayuan kepada Hakim Dalam Kamar) 07/10/2025 12:03:38 22NCVC-520-09/2015 Kand. 49
1
Ini adalah rayuan oleh defendan kedua dan keempat kepada Hakim dalam Kamar terhadap keputusan Pendaftar bertarikh 4 Mac 2025 yang membenarkan permohonan plaintif bagi kebenaran melaksanakan penghakiman bertarikh 31 Mac 2016 selepas tempoh enam tahun terhadap defendan-defendan.
2
Pada 23 Julai 2025, Mahkamah ini telah membenarkan rayuan defendan kedua dan keempat berdasarkan alasan-alasan yang diperihalkan di bawah ini.
3
Pada 31 Mac 2016 plaintif telah memasukkan penghakiman terhadap defendan-defendan berjumlah RM978,848.59 setakat 31 Mei 2015 bagi Kemudahan Surat Kredit dan RM1,788,674.68 bagi Kemudahan Resit Amanah.
4
Selepas penghakiman diperolehi, pada 17 November 2021 plaintif telah memfailkan petisyen penggulungan terhadap defendan pertama dengan perintah Mahkamah diberikan pada 26 Mac 2024.
5
Pada 5 November 2024, plaintif memfailkan Notis Permohonan untuk mendapatkan kebenaran melaksanakan penghakiman terhadap defendan-defendan yang disokong dengan Afidavit Jerome Christopher Ferandez selaku Naib Presiden Kanan plaintif. Afidavit Sokongan plaintif tidak mendeposkan sebarang fakta mengenai tindakan pelaksanaan terhadap defendan kedua, ketiga dan keempat.
6
Alasan permohonan untuk kebenaran melaksanakan penghakiman selepas tempoh enam tahun yang dikemukakan oleh plaintif adalah kelewatan tidak disengajakan dan permohonan ini tidak memprejudiskan defendan-defendan.
7
Defendan kedua melalui Afidavit Jawapan membantah permohonan plaintif dan menegaskan bahawa oleh kerana tempoh masa yang lama telah berlalu, mereka sudah tidak berhubungan dengan peguam cara yang lama selain permohonan tersebut memprejudiskan defendan kedua dan keempat.
8
Aturan 46 Kaedah 2(1) (a) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan:
2
When leave to issue any writ of execution is necessary (O 46 r 2)
1
A writ of execution to enforce a judgment or order may not be issued without the leave of the Court in the following cases:
a
(a)where six years or more have lapsed since the date of the judgment or order; ...
2
Paragraph (1) is without prejudice to any written law or rule by which a person is required to obtain the leave of the Court for the issue of a writ of execution or to proceed to execution on or otherwise the enforcement of a judgment or order.
9
Selain itu Seksyen 6 (1) (3) Akta Had Masa 1953 pula memperuntukkan: An action upon any judgment shall not be brought after the expiration of twelve years from the date on which the judgment became enforceable and no arrears of interest in respect of any judgment debt shall be recovered after the expiration of six years from the date on which the interest became due.
10
Mahkamah Rayuan dalam kes Moez Ali bin Akbarally & Anor v Public Bank Bhd [2021] 5 MLJ169 menetapkan panduan bahawa pihak yang memohon kebenaran hendaklah menunjukkan sebab-sebab yang mencukupi dalam menjelaskan alasan kelewatan melaksanakan penghakiman terhadap defendan. Mahkamah Rayuan turut menekankan bahawa sekiranya plaintif berjaya menunjukkan plausible reasons atau alasan yang kelihatan munasabah dan boleh diterima akal, maka permohonan kebenaran wajar diberikan.
11
Isu yang berkaitan adalah sama ada plaintif mempunyai alasan yang boleh diterima dan munasabah (plausible reasons) untuk kebenaran diberikan bagi menguatkuasakan penghakiman selepas enam tahun.
12
Peguam cara terpelajar bagi plaintif telah merujuk kes Dr Shamsul Bahar bin Abdul Kadir v RHB Bank Bhd and another appeal [2015] 4 MLJ 1. Mahkamah ini mendapati kes Dr Shamsul Bahar bin Abdul Kadir v RHB Bank Bhd and another appeal (supra) adalah berkaitan dengan pengeluaran Notis Kebankrapan yang difailkan selepas tempoh enam tahun dari tarikh penghakiman tanpa suatu kebenaran diperoleh menurut Aturan 46 kaedah 2(1) KKM
2012
Mahkamah Persekutuan memutuskan kebenaran Mahkamah hendaklah diperolehi sebelum notis kebankrapan boleh difailkan untuk menguatkuasakan penghakiman.
13
Dalam kes semasa di sini, tiada sebarang tindakan pelaksanaan penghakiman yang pernah difailkan oleh plaintif terhadap defendan kedua dan keempat sejak dari tarikh penghakiman pada 31 Mac 2016. Ini bermaksud, sehingga permohonan kebenaran difailkan di Mahkamah pada 5 November 2024, tempoh masa selama lapan tahun tujuh bulan telah berlalu begitu sahaja terhadap defendan kedua dan keempat.
14
Tidak dinafikan bahawa benar plaintif telah mengambil tindakan pelaksanaan terhadap defendan pertama. Namun begitu, tidak ada sekelumit penjelasan diberikan oleh peguam cara terpelajar bagi plaintif tentang alasan mengapa hanya metod penggulungan diambil terhadap defendan pertama bagi menjustifikasi ketiadaan tindakan pelaksanaan terhadap defendan kedua dan keempat.
15
Mahkamah ini bersetuju dengan pandangan peguam cara terpelajar bagi defendan kedua dan keempat bahawa Penghakiman bertarikh 31 Mac 2016 tidak memberi syarat bahawa pelaksanaan penghakiman terhadap defendan kedua dan keempat hanya berkuatkuasa jika pelaksanaan terhadap defendan pertama berjaya atau perintah penggulungan dikeluarkan terhadap defendan pertama.
16
Setelah meneliti Afidavit Sokongan plaintif, Mahkamah ini juga mendapati tiada plausible reasons dikemukakan untuk menjustifikasikan alasan kelewatan dalam menguatkuasakan penghakiman terhadap defendan kedua dan keempat. Bahkan sepanjang tempoh dari tarikh penghakiman direkodkan, plaintif adalah diwakili oleh peguam cara.
17
Mahkamah Rayuan dalam kes Adnan Ishak & Ors v APT Associates Sdn Bhd [2015] MLJU 3 merujuk penghakiman dalam kes Khor Cheng Wah v Sungai Way Leasing Sdn Bhd [1996] 1 MLJ 223, yang merupakan prinsip matan untuk diikuti oleh Mahkamah ini, iaitu: It is a cardinal principle of law, that when a litigant seeks the intervention of the Court in a matter that affects his rights, he must do so timeously. The maxim vigilantibus, non dormientibus, jura subveniunt, though having its origins in the Court of Chancery, is of universal application. Even in cases where a right is exercisable ex debito justitiae, a Court may refuse relief to an indolent litigant. In all cases in which delay in approaching the Court is in issue, the burden is upon the litigant who has delayed to render a satisfactory explanation for it. Whether the explanation in a given case is satisfactory or reasonable depends upon the facts and circumstances of each case. And in a matter which involves the exercise of discretion, it is for the judge in whom the law primarily vests the discretion.
18
Terang lagi bersuluh, plaintif dalam kes ini telah memilih untuk tidak menjelaskan asbab kelewatan dalam melaksanakan penghakiman terhadap defendan kedua dan keempat. Hakikatnya, plaintif sendiri yang gagal memenuhi keperluan yang diputuskan dalam nas otoriti yang mengikat Mahkamah ini.
19
Berdasarkan alasan yang diperihalkan di atas, permohonan plaintif dalam Kandungan 35 ditolak dengan kos RM3,000.00 tertakluk kepada alokator. Bertarikh pada 7 Oktober 2025. Ditandatangani .......................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam, Selangor
1
Bagi Pihak Plaintif : Ong Kai Rou Tetuan Mah-Kamariyah & Philip Koh (Petaling Jaya, Selangor)
2
Bagi Pihak Defendan - Pertama : --
3
Bagi Pihak Defendan Kedua : Tee Kuo Ying Tetuan Hisyam Yoong – KC Lim (Subang Jaya, Selangor)
4
Bagi Pihak Defendan Ketiga : --
5
Bagi Pihak Defendan Keempat : Tee Kuo Ying Tetuan Hisyam Yoong – KC Lim (Subang Jaya, Selangor)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.