Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG NO. GUAMAN SIVIL: 22NCVC-83-02/2013
22NCVC-80-02/2013
High Court of Malaysia20 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG NO. GUAMAN SIVIL: 22NCVC-83-02/2013
1
THEOW SAY KOW @ TEOH KIANG SENG, HENRY
2
TEOH SOO BENG … PLAINTIF-PLAINTIF DAN 1.
2
2.
3
JURU AUTO-CITY SDN. BHD. (No. Syarikat: 137490-H) (dahulunya dikenali sebagai FRONTIER HIGHWAY AUTO CITY SDN. BHD. and TEFFATA INDUSTRY
4
HIGHWAY LANDMARK SDN. BHD. (No. Syarikat: 344772-X)
5
WESTERN FRONTIER SDN. BHD. (No. Syarikat: 313190-D)
6
SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA … DEFENDAN-DEFENDAN digabungkan dengan 03/09/2025 13:07:17 22NCVC-80-02/2013 Kand. 73 S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI PULAU PINANG GUAMAN NO.: 22NCVC-80-02/2013 ANTARA TAN SAI HONG ... PLAINTIF DAN 1. THEOW SAY KOW @ TEOH KIANG SENG (No. K/P.: 560126-07-5055)
2
ONG TEIK HOE (No. K/P.: 560305-07-5691) ... DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN A. PENGENALAN [1] Kedua-dua tindakan Guaman Sivil No.: 22NCVC-80- 02/2013 (“Guaman 80”) dan Guaman Sivil No.: 22NCVC-83- 02/2013 (“Guaman 83”) telah digabungkan melalui Perintah Mahkamah bertarikh 21.6.2013 memandangkan pihak-pihak dan isu-isu yang terlibat adalah hampir serupa. S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w [2] Sebelum ini, prosiding Guaman 83 dan Guaman 80 telah digantung melalui perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang bertarikh 2.8.2021 sehingga penentuan muktamad rayuan di Mahkamah Persekutuan berhubung Guaman Sivil No. 22-121- 2008, Guaman Sivil No. 22-610-2008 dan Guaman Sivil No. 22- 52-2010, yang melibatkan pihak-pihak yang sama serta isu substantif berkaitan syarikat-syarikat perkara subjek yang sama. B. ANALISA DAN KEPUTUSAN Guaman 83 [3] Bagi Guaman 83, Defendan Pertama, Teoh Kiang Hong, melalui Notis Permohonan di Lampiran 243 memohon menurut Aturan 18 Kaedah 19(1)(a)(b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 untuk membatalkan Penyata Tuntutan Plaintif bertarikh 28.1.2013 atas alasan ia tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah dan/atau bersifat mengaibkan, remeh atau menyusahkan, serta/atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [4] Setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak, saya membenarkan Lampiran 243 berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27.12.2024 yang telah membenarkan rayuan Defendan Pertama dan mengesahkan semula keputusan Mahkamah Tinggi bahawa Plaintif Pertama sememangnya telah menandatangani Perjanjian Penjualan Saham. Dalam hal ini, S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w Mahkamah Persekutuan memerintahkan perlaksanaan spesifik Perjanjian Penjualan Saham terhadap Plaintif Pertama serta memerintahkannya untuk melaksanakan borang-borang pemindahan dan dokumentasi yang diperlukan bagi melaksanakan pemindahan semua saham dan kepentingannya dalam Defendan-Defendan Ketiga hingga Kelima di Guaman 83 kepada Defendan Pertama. [5] Berdasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, saya mendapati Plaintif Pertama tidak mempunyai asas untuk meneruskan Guaman 83. Tambahan pula, Plaintif Kedua telah diisytiharkan muflis pada 25.9.2020, dan dengan itu tidak mempunyai sebarang hak atau asas untuk membawa atau mengekalkan tuntutannya dalam Guaman 83. [6] Oleh itu, saya memutuskan bahawa Writ dan Penyata Tuntutan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dalam Guaman 83 adalah dibatalkan tanpa kos, memandangkan ia tidak lagi mendedahkan sebarang kausa tindakan yang munasabah dan/atau bersifat mengaibkan, remeh atau menyusahkan, serta/atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. Guaman 80 [7] Dalam Guaman 80, terdapat permohonan oleh Teoh Kiang Hong melalui Lampiran 62 untuk menghidupkan semula Writ dan S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w Penyata Tuntutan yang telah dibatalkan pada 18.4.2025, serta untuk menggantikannya sebagai Wasi harta pusaka Tan Sai Hong selaras dengan Wasiat bertarikh 12.2.2022, supaya prosiding Guaman 80 dapat diteruskan. Permohonan ini dibuat atas alasan berikut: [a] Plaintif dalam Guaman 80 telah meninggal dunia pada 12.11.2023. Kontrak perlantikan peguamcaranya juga telah berakhir, dan langkah-langkah masih berlangsung untuk menentukan wasi atau pentadbir harta pusaka Plaintif. [b] Guaman 80 sepatutnya dihidupkan semula bagi mengekalkan tindakan harta pusaka Plaintif untuk menuntut kembali saham-saham Plaintif dalam Juru AutoCity Sdn Bhd, Highway Landmark Sdn Bhd dan Western Frontier Sdn Bhd, yang didakwa telah dipindahkan secara salah kepada Defendan Pertama, Theow Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry.
c
Teoh Kiang Hong adalah Wasi harta pusaka Plaintif menurut Wasiat Tan Sai Hong bertarikh 12.2.2022, dan sewajarnya digantikan sebagai Plaintif dalam Guaman 80. [8] Setelah meneliti hujahan kedua-dua pihak, saya menolak permohonan di Lampiran 62 atas alasan berikut: [a] Setelah Plaintif meninggal dunia pada 12.11.2023, tiada wasi atau wakil Plaintif yang dilantik untuk meneruskan Guaman 80. Permohonan di Lampiran 62 S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w hanya difailkan pada 8.5.2025, iaitu selepas Guaman 80 dibatalkan pada 18.4.2025. Kelewatan lebih kurang dua tahun oleh pihak estet Plaintif dalam mengambil langkah untuk menentukan wasi atau pentadbir adalah dikira terlalu lama. Malah, walaupun selepas keputusan Mahkamah Persekutuan pada 27.12.2024, tiada permohonan sedemikian dibuat. [b] Semasa pengurusan kes pada 18.4.2025, Plaintif masih tidak diwakili dan tiada permohonan dibuat untuk menggantikannya. Dalam keadaan ini, adalah mustahil bagi Guaman 80 diteruskan. [c] Terdapat kelewatan yang ketara di pihak wakil Plaintif untuk memfailkan permohonan menggantikan Plaintif. Membenarkan permohonan ini pada peringkat ini akan, pada pertimbangan yang munasabah, terjumlah kepada suatu penyalahgunaan proses Mahkamah (abuse of court’s process). [d] Teoh Kiang Hong pada 22.12.2023 telah memohon geran probet melalui Saman Pemula No. PA-32NCVC- 1455-12/2023 untuk melaksanakan Wasiat bertarikh 12.2.2022 yang menamakan beliau sebagai Wasi tunggal. Walau bagaimanapun, terdapat juga Wasiat lebih awal bertarikh 23.7.2018 yang menamakan Teoh Khian Guan (David) sebagai Wasi tunggal. Kedua-dua wasiat ini dicabar kesahihannya oleh Defendan Pertama atas alasan bahawa Plaintif meninggal dunia tanpa wasiat. Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 14.4.2025 telah memutuskan bahawa isu berkenaan S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w kesahihan wasiat akan diputuskan dalam Guaman Sivil No. PA-22NCVC-37-03/2023 yang sehingga kini masih belum diselesaikan. Dalam keadaan ini, kedudukan Teoh Kiang Hong sebagai Wasi serta kesahihan antara kedua-dua wasiat (atau ketiadaan wasiat) masih belum diputuskan. Justeru, beliau tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk mewakili harta pusaka Plaintif dan membuat permohonan di
Lampiran
Lampiran 62. [9] Sehubungan dengan alasan-alasan di atas, permohonan Teoh Kiang Hong sebagai wakil Plaintif di Lampiran 62 ditolak, tanpa perintah mengenai kos. C. KESIMPULAN [10] Bagi Guaman 83, permohonan di Lampiran 243 adalah dibenarkan. Writ dan Penyata Tuntutan Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua dibatalkan, tanpa kos. [11] Bagi Guaman 80, permohonan di Lampiran 62 adalah ditolak, tanpa kos. S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w Bertarikh 3 September 2025 SGD (Rozana binti Ali Yusoff) Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang Kompleks Mahkamah Pulau Pinang Pulau Pinang Peguam bagi pihak Plaintif : Gregory Ling mewakili Tan Kiang Hong, wakil kepada Plaintif. Peguam bagi pihak Defendan: S. Annie Tetuan S.Annie & Assoc S/N ZuRi7NxTfUmzvuFojJiS1w
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.