Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCC–510–07/2015 ANTARA YOW MAN KONG @ SENTHIL KUMAR (No. K/P: 750531-08-5377) …PLAINTIF
B52NCC-510-07/2015
Sessions Court of Malaysia24 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“erlu untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah selepas enam (6) tahun ianya direkodkan. [14] Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Moez Ali bin Akbarally v Public Bank Bhd [2021] MLJU 1028 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak plaintif hanya perlu menjelaskan sebab kelewatan perlaksa”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA LUMPUR (BAHAGIAN SIVIL) GUAMAN NO. WA–B52NCC–510–07/2015 ANTARA YOW MAN KONG @ SENTHIL KUMAR (No. K/P: 750531-08-5377) …PLAINTIF
1
GHANDI RAJAN A/L ARJUNAN (No. K/P: 530611-08-5305)
2
MALAERCOADY A/P KUMARASAMY (No. K/P: 620217-05-5190)
3
SHAHIDRA RAJ A/L GHANDI RAJAN (No. K/P: 850830-08-5613) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN ( LAMPIRAN 67) PENGENALAN [1] Saya telah menolak permohonan Defendan bertarikh 7.10.2024 untuk membatalkan Perintah Kebenaran Perlaksanaan Penghakiman selepas tempoh enam tahun bertarikh 07.08.2024 bagi Penghakiman bertarikh 17.02.2016 [2] Perintah ini dikeluarkan selaras dengan Notis Permohonan Plaintif 24.07.2024 di bawah Aturan 46 Kaedah 2(1)(a) KKM 2012 untuk Mengeluarkan Pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan atas Penghakiman bertarikh 17.02.2016. 11/04/2025 14:47:58 B52NCC-510-07/2015 Kand. 86 Latar Belakang [3] Plaintif telah memfailkan Writ dan Pernyataan Tuntutan pada 16.07.2015 di Mahkamah Sesyen untuk menuntut jumlah RM450,000.00 daripada Defendan-Defendan. [4] Plaintif kemudiannya pada 29.09.2015 memfailkan Notis Permohonan untuk memasukkan Penghakiman Terus terhadap Defendan. [5] Permohonan Penghakiman Terus tersebut ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen pada 04.12.2015. Plaintif seterusnya telah merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap Keputusan Mahkamah Sesyen tersebut melalui Notis Rayuan bertarikh 10.12.2015 di mana Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan rayuan pada 17.02.2016. [6] Defendan-Defendan kemudian telah merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut kepada Mahkamah Rayuan namun rayuan Defendan-Defendan tersebut ditolak. [7] Pada 01.06.2018, Defendan-Defendan telah memfailkan tindakan terhadap Plaintif di Mahkamah Tinggi Shah Alam melalui Guaman No. BA22NCVC-275- 06/2018 (“Guaman-275”) untuk perintah, antara lain bahawa Penghakiman bertarikh 17.02.2016 dalam guaman sebelum ini (Guaman-510) oleh Plaintif terhadap Defendan diketepikan atas alasan bahawa ianya diperolehi melalui frod dan tidak sah serta terbatal atas alasan menyalahi undang-undang. [8] Mahkamah Tinggi Shah Alam yang mendengar Guaman-275 tersebut membenarkan tuntutan Defendan-Defendan pada 10.02.2022 di mana diperintahkan :-
a
perintah secara injunksi bahawa kesemua pelaksanaan Penghakiman bertarikh 17.02.2016 adalah dengan itu digantung;
b
Selaras itu, Penghakiman bertarikh 17.02.2016 diketepikan dan tidak berkuat kuasa; dan
c
Penghakiman bertarikh 17.02.2016 tersebut tidak dapat dilaksanakan sehingga keputusan Mahkamah Rayuan bagi Guaman-275. [9] Plaintif merayu terhadap keputusan ini ke Mahkamah Rayuan di mana rayuan dibenarkan pada 12.12.2022. [10] Defendan Kedua dan Defendan Ketiga telah memohon kebenaran bagi merujuk merayu ke Mahkamah Persekutuan namun ianya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 17.04.2023. Analisa dan Dapatan [11] Apabila tindakan Defendan di dalam Guaman-275 dibenarkan oleh Mahkamah Tinggi, Penghakiman bertarikh 17.02.2016 telah diketepikan serta tidak berkuat kuasa dan tidak dapat dilaksanakan sehingga keputusan dan pelupusan rayuan Plaintif ke Mahkamah Rayuan di Guaman-275 pada 12.12.2022 yang akhirnya berpihak kepada Plaintif. [12] Wujud bukti bahawa Plaintif selepas Penghakiman bertarikh 17.02.2016 tersebut direkodkan sebelum ia diketepikan oleh Mahkamah Tinggi melalui tindakan guaman yang berbeza di Mahkamah Tinggi Shah Alam, telah memulakan beberapa tindakan pelaksanaan terhadap Defendan-Defendan namun tidak Berjaya. [13] Aturan 46 Kaedah 2 dan Aturan 46 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 menetapkan bahawa kebenaran daripada Mahkamah adalah perlu untuk menguatkuasakan penghakiman atau perintah selepas enam (6) tahun ianya direkodkan. [14] Saya merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Moez Ali bin Akbarally v Public Bank Bhd [2021] MLJU 1028 di mana Mahkamah telah memutuskan bahawa pihak plaintif hanya perlu menjelaskan sebab kelewatan perlaksanaan untuk menyokong permohonan kebenaran melaksanakan penghakiman selepas enam tahun, seperti berikut:- “[31] We found merit in the Respondent’s submission that the Respondent only need to show the court sufficient reasons in support of the application to explain the delay in proceedings with the execution and/or bankruptcy proceedings against the Appellants. Here we must emphasise that so long as the applicant for leave provide some plausible reasons in support for leave to execute after a lapse of 6 years then leave ought to be given, after all a judgment could not be defeated unless it is time barred. We must also state that laches must not apply in the process of execution of a judgment. What we have stated here is plain from a reading of Order 46 rule 2(3) ROC 2012 which provides that the court has the power to give fresh leave if no execution is taken after a lapse of a year after the leave is given. Here we can see that the court’s task is to ensure that there must be some reason for the delay.” [15] Kes Affin Bank Bhd v Wan Abdul Rahman Bin Wan Ibrahim [2003] 2 MLJ 509 menjelaskan bahawa pemohon hanya perlu mengemukakan kepada Mahkamah sebab yang mencukupi bagi menyokong suatu permohonan di bawah Aturan 46 Kaedah 2(1)(a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [16] Saya merujuk kepada kes Malayan Banking Bhd v Chong Hin Trading Co Sdn Bhd [2013] 3 MLJ 299 yang mana Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa kelewatan dalam pelaksanaan disebabkan wujud rayuan adalah satu alasan yang diterima oleh Mahkamah dalam mempertimbangkan permohonan untuk kebenaran perlanjutan pelaksanaan terhadap Defendan:- “I find that the plaintiff should not be denied from enjoying the fruits of the plaintiff’s litigation when in fact the plaintiff being considerate towards the defendants and giving them the benefit of their negligence claim had delayed the execution of the judgment to give leeway and latitude to the defendants should they succeed in their appeal. That leeway and latitude given to the defendants should not be taken as a license to now lambast the plaintiff of laches and limitation. …….. The plaintiff in the present case did not sleep on its right but had at all material times defended the judgment thereby showing the intention to execute the judgment and thus the defendants cannot be found to say that they would be prejudiced in any way.” [17] Disebabkan perintah penggantungan, Plaintif tidak boleh melaksanakan Penghakiman atau prosiding berkaitan sehingga Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pada 12.12.2022. Plaintif juga perlu menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berikutan permohonan kebenaran merayu telah dibuat oleh Defendan. Penghakiman hanya menjadi muktamad selepas permohonan itu ditolak. [18] Saya mendapati Plaintif telah memenuhi keperluan di bawah Aturan 46 Kaedah 3 KKM 2012 dan berjaya membuktikan sebab-sebab mencukupi bagi permohonan kebenaran pelaksanaan. [19] Oleh yang demikian, saya menolak permohonan defendan untuk membatalkan Perintah Kebenaran Untuk Perlaksanaan dengan kos. Bertarikh pada hari ini 11.4. 2025.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.