Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA RAYUAN SIVIL NO: BA-11B-12-04/2019 ANTARA PACIFIC & ORIENT INSURANCE CO. BERHAD … PERAYU DAN MUHAMMAD ERWAN BIN MUHAMMAD SAM … RESPONDEN PENGHAKIMAN Pengenalan [1] Perayu memfailkan rayuan ini kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Majistret yang terpelajar (selepas ini dipanggil “L/Mgt”) dalam recovery action yang membenarkan tuntutan Responden terhadap Perayu (penanggung insurans) untuk membayar gantirugi dalam suatu kes kemalangan jalanraya yang telah diawardkan sebelum ini dalam suatu kes lain iaitu kes A73KJ- 277-03/2014 (selepas ini dipanggil “Kes Pertama”). [2] Perayu adalah sebuah syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia. Manakala Responden adalah seorang warga negara Malaysia dan merupakan Plaintif dalam kes ini dan kes saman no. A73KJ-277-03/2014. Fakta [3] Suatu kemalangan jalanraya telah berlaku pada 19.9.2010 antara motosikal yang ditunggang Responden (WQN 2437) dengan motosikal milik berdaftar Titus Ado Kebingin dalam kes A73KJ-277- 03/2014 (selepas ini dipanggil “TITUS”). Motosikal milik Titus ini (WRD 9755) di insuranskan oleh Perayu. [4] Responden melalui peguamcaranya menyerahkan notis di bawah Seksyen 96(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bertarikh 9.5.2013 kepada Perayu memaklumkan suatu tindakan guaman telah difailkan terhadap Titus di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor (kes no. A73KJ-277-03/2014 i.e. Kes Pertama) menuntut gantirugi kecederaan. [5] Pada awalnya Responden melantik seorang peguam bagi mewakili Titus. Kemudian sebelum Kes Pertama selesai, Responden telah menarik diri dari mewakili Titus dalam kes berkenaan setelah mendapat suatu perintah deklarasi dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7.1.2015 bahawa polisi insurans motosikal Titus terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana dakwaan berlakunya perlanggaran terma polisi insurans. Perintah membenarkan peguamcara Perayu menarik diri diberikan pada 25.2.2015. [6] Prosiding Kes Pertama telah dijalankan dan pada 15.6.2015 Mahkamah Majistret Shah Alam memutuskan Responden telah berjaya membuktikan tuntutannya terhadap Titus dan mengawardkan gantirugi. [7] Selepas keputusan tersebut, Responden memfailkan pula tuntutan terhadap Perayu (kes yang menjadi rayuan ini) bagi mendapatkan bayaran gantirugi yang telah diawardkan itu. L/Mgt setelah mendengar kes ini telah membenarkan tuntutan Responden terhadap Perayu. Isu [8] Isu yang perlu diputuskan dalam rayuan ini adalah: