Berdasarkan keterangan SP3 dan SP1, Mahkamah mendapati adalah jelas bahawa Plantif berjaya untuk melepaskan beban bukti untuk membuktikan bahawa dakwaannya bahawa beliau telah dilanggar dari arah belakang oleh Defendan adalah lebih berkemungkinan dan adalah amat tidak berkemungkinan kemalangan berlaku di A2 pada rajah kasar. Hal ini kerana keterangan SD1 iaitu Defendan adalah: Saya sedang dalam perjalanan menuju ke shell berhampiran Mcdonald dari arah Kampung Sepakat. Saya sedang menunggang di jalan yang lurus apabila seorang pejalan kaki melintas dari arah kiri ke kanan di hadapan saya. Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, saya tidak dapat elak dan terlanggar beliau. Hal ini kerana SP3 menyatakan jika dirujuk rajah kasar arah pergerakan Defendan dari atas ke bawah di mana Shell berada di bahagian bawah dan jika dirujuk gambar tempat kejadian m/s 12 Ikatan B Kampung Sepakat adalah berada di atas. Dalam hal ini, Mahkamah mendapati Plantif telah dilanggar di tepi bahu jalan seperti di tandaan X rajah kasar dan gambar m/s 12 adalah versi yang amat berkemungkinan berbanding versi Defendan di mana Mahkamah mendapati SD1 tidak diminta untuk menandakan tempat kemalangan di Rajah Kasar. [13] Berdasarkan keterangan SP1 dan SP3 serta keterangan-keterangan dokumentar tersebut, inferens yang boleh dibuat Mahkamah ini adalah Defendan menunggang secara melawan arus aliran trafik sekaligus meletakkan dirinya dan pengguna jalan raya dalam keadaan bahaya. Mahkamah mendapati Plantif tidak menyumbang kepada kecuaian kerana tandaan X adalah bukan laluan sah motorsikal Defendan dan Plantif tidak dihalang untuk berada di situ. Mahkamah juga mendapati ini bukan kali pertama Plantif berjalan kaki di situ sewaktu perjalanan pulang dari sekolah dan tidak pernah dilanggar oleh sesiapa. Malah beliau mengakui berjalan dalam aliran melawan arus, yang mana Mahkamah berpendapat Plantif mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan tiada kenderaan bergerak dari arah belakangnya di samping mengambil perhatian kenderaan yang berada di hadapannya demi mengelak sebarang pertembungan. [14] Selanjutnya, kedua-dua mereka ini telah membuat laporan polis dan memberikan keterangan seperti yang dinyatakan dalam laporan polis. Mahkamah mendapati Laporan Polis Plantif hanya dibuat selepas seminggu kemalangan berlaku manakala Laporan Polis Defendan telah dibuat pada hari yang sama hari kemalangan di mana ianya dibuat jauh lebih awal daripada Plantif. Dalam hal ini Mahkamah berpendapat adalah tidak dinafikan laporan polis yang dibuat awal pada hari kemalangan oleh mana-mana mangsa kemalangan adalah lebih tepat kerana lebih segar di ingatan. Namun begitu, Mahkamah tidak boleh hanya bergantung kepada dokumen tersebut sahaja bagi membuat dapatan keseluruhan. Maka bagi menjamin ketepatan mahupun kebenaran laporan polis, maka siasatan lanjut mesti dilakukan pegawai penyiasat seperti melalui rakam percakapan mangsa, pergi ke tempat kemalangan, menyiasat kerosakan kenderaan terlibat, melakar rajah kasar tempat kemalangan dan lain-lain lagi. Mahkamah bersetuju dengan keterangan SP3 bahawa Laporan Polis Plantif adalah tepat sungguhpun jarak masa seminggu Plantif untuk membuat laporan polis disebabkan menghadapi kecederaan dan dirawat di hospital beberapa hari adalah diterima Mahkamah. [15] Tambahan itu, Mahkamah turut mendapati gambar kerosakan motorsikal yang dikemukakan seperti di m/s 13-14 Ikatan B adalah tidak jelas untuk penelitian Mahkamah ini dan hanya dapat bergantung dengan keterangan SD1 dan laporan polisnya iaitu kerosakan coverset hadapan, fork hadapan bengkok, pedal kiri dan kanan bengkok, dan handle rosak. Dalam hal ini Mahkamah berpendapat kerosakan sebegini juga amat berkemungkinan berpadanan dengan versi Plantif. Malah Keterangan SD1 bahawa beliau menunggang motorsikal pada kelajuan 30km/jam adalah gagal dibuktikan berdasarkan kerosakan yang dialami motorsikal tersebut. Mahkamah mendapati jarak A5-A6 adalah hanya 2.0 meter berbanding jarak laluan yang lain, maka dalam keadaan tersebut Defendan sepatutnya menunggang motosikal dengan lebih berhati-hati dalam kelajuan yang amat minima. Hal ini kerana tindakan Defendan menunggang motorsikal dalam arah melawan arus aliran trafik adalah jelas beliau mencipta situasi bahaya. Sekiranya motorsikal ditunggang pada kelajuan 30 km/jam dan memberi sepenuh perhatian ke arah hadapan terutamanya apabila tiada apa halangan yang mengganggu penglihatan Defendan, maka Mahkamah berpendapat beliau berkesempatan untuk mengambil apa-apa tindakan lanjut bagi mengelak daripada melanggar Plantif. [16] Semua pihak sedia maklum, Defendan kini mempunyai beban keterangan untuk menyangkal segala keterangan yang telah dikemukakan dan dibuktikan oleh Plantif. Prinsip undang-undang mantap ini telah ditegaskan dalam kes MUHAMMAD HANIF ZAZALI V. MUHAMMAD HALIMI BAKAR & ANOR [2022] CLJU 268 yang memutuskan seperti berikut: [11] Begitu juga dalam kes Keruntum Sdn Bhd v. The Director of Forest & Ors [2018] 4 CLJ 145; [2017] 3 MLJ 281: “[78] It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof lies, has discharged it, then the evidential burden shifts to the other party (see UN Pandey v. Flotel Marco Polo Pte Ltd [1978] CLJU 223; [1978] 1 LNS 223; [1980] 1 MLJ 4). When the burden shifts to the other party, it can be discharged by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of proof lies or by calling witnesses or by giving evidence himself or by a combination of the different methods. See Tan Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) Sdn Bhd [1998] 1 CLJ SUPP 147; [1998] 1 MLJ 697. [79] The findings made by the learned trial judge are mainly findings of facts and he gave credible reasons for his findings. He had the benefit of hearing testimonies and observing the demeanour of the witnesses. Those findings of facts were affirmed by the Court of Appeal. It would need very clear and convincing reasoning to justify us to reverse what has already been decided. We have looked at those findings of facts by the learned trial judge and the detail reasons given by him and we are satisfied that, on the facts of the case, any reasonable tribunal would have made similar findings”. [17] Oleh yang demikian, Mahkamah meneliti keselurahan keterangan yang dikemukakan Defendan pada tahap imbangan kebarangkalian tetapi Mahkamah mendapati Defendan gagal menyangkal keterangan bahawa motornya ditunggang secara melawan arus aliran trafik sehingga menyebabkan beliau melanggar Plantif dari arah belakang. Hal ini demikian, semasa pemeriksaan utama Defendan gagal menunjukkan di mana lokasi kejadian berlaku menurut arah perjalanan beliau? di mana kedudukan Shell mahupun Kampung Sepakat pada rajah kasar? Manakala semasa pemeriksaan balas SD1 beliau telah memberikan keterangan berikut pula: J: dari kampung sepakat hendak ke shell, ini jalan saya balik rumah. J: kampung sepakat sebelah kanan dan shell kiri. (dari keluar sekolah) J: saya tidak pusing kiri terus sebab tak perasan minyak saya habis J: saya masuk kpg sepakat dan kemudian saya keluar semula J: kemalangan berlaku 1.25 ptg dalam lap polis hanya anggaran sahaja J: tidak setuju kemalangan berlaku pada 1.10 ptg J: tidak setuju saya lawan arus dan langgar ptf