Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM GUAMAN SIVIL NO.: JA-22NCVC-27-02/2016 ANTARA JR JOINT RESOURCES HOLDINGS SDN BHD (No. Syarikat: 462917-T) …PLAINTIF
JA-22NCVC-27-02/2016
High Court of Malaysia17 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM GUAMAN SIVIL NO.: JA-22NCVC-27-02/2016 ANTARA JR JOINT RESOURCES HOLDINGS SDN BHD (No. Syarikat: 462917-T) …PLAINTIF
1
JALALUDIN BIN SULAIMAN
2
GOOI YU HOH
3
NORASIAH BINTI SULAIMAN (NO. K/P: 760324-01-7012) …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 81) Pendahuluan [1] Di hadapan Mahkamah ini merupakan Notis Permohonan Defendan Pertama (Lampiran 81) untuk satu perintah pindaan dibuat kepada Penghakiman Terpinda Mahkamah ini bertarikh 21.08.2018. [2]
Lampiran
Lampiran 81 ini dibuat oleh Defendan Pertama di bawah A.20, k.11 dan A.92, k.4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Fakta-fakta penting [3] Tindakan ini (selepas ini akan dirujuk sebagai “Guaman 27”) asalnya telah didengar bersama dengan dua (2) tindakan lain iaitu kes JA-22NCvC-25-02/2016 (“Guaman 25”) dan JA-22NCvC-26- 02/2016 (“Guaman 26”). [4] Selepas selesai dibicarakan secara penuh, Mahkamah ini melalui penghakiman YA Dr. Choo Kar Sing pada 21.08.2018 telah mengumumkan keputusan, secara ringkasnya, bahawa Defendan Pertama di dalam Guaman 25, Guaman 26 dan Guaman 27 hendaklah membayar sejumlah RM 4,100,658.00 kepada Plaintif. [5] Penghakiman ini kemudiannya dipinda pada jumlah penghakimannya sahaja iaitu daripada RM 4,100,658.00 kepada RM 4,150,658.00 (selepas ini dirujuk sebagai “Penghakiman Terpinda”). [6] Defendan Pertama di dalam Guaman 25 dan Guaman 26 adalah Technochase Sdn Bhd. Manakala Defendan Pertama dalam Guaman 27 di sini adalah Jalaluddin bin Sulaiman. [7] Maka, melalui Lampiran 81 dalam Guaman 27 di sini, Jalaluddin bin Sulaiman menyatakan bahawa beliau tidak sepatutnya bertanggungan terhadap liabiliti Technochase Sdn Bhd dalam Guaman 25 dan Guaman 26. [8] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa sebelum dari ini, Jalaluddin Bin Sulaiman juga telah membuat permohonan pindaan yang serupa melalui Lampiran 55 yang mana telah ditolak oleh Mahkamah ini melalui perintah YA Ahmad Murad bin Abdul Aziz pada 16.11.2022. [9] Sebelum itu pula, Jalaluddin Bin Sulaiman ada memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan YA Dr Choo Kar Sing dalam Penghakiman Terpinda tersebut tetapi gagal. Cubaan Jalaluddin Bin Sulaiman seterusnya untuk memohon kebenaran untuk merayu ke Mahkamah Persekutuan juga telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan. [10] Adalah fakta yang tidak dipertikaikan bahawa rayuan Jalaluddin Bin Sulaiman di Mahkamah Rayuan dan seterusnya permohonan kebenaran di Mahkamah Persekutuan adalah mengenai isu kebertanggungan beliau terhadap jumlah penghakiman yang dihakimi oleh YA Dr. Choo Kar Sing dalam Penghakiman Terpinda tersebut. Keputusan [11] Berdasarkan latarbelakang fakta yang tidak dipertikaikan di atas, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan peguam Plaintif bahawa isu sama ada Jalaluddin bin Sulaiman selaku Defendan Pertama dalam Guaman 27 di sini bertanggungan untuk membayar kepada Plaintif sejumlah RM 4,150,658.00 bersama-sama Technochase Sdn Bhd dalam Guaman 25 dan Guaman 26 telahpun diputuskan secara penuh dan muktamad dan tidak lagi terbuka untuk dilihat kembali berdasarkan prinsip res judicata. [12] Selanjutnya juga, apabila YA Ahmad Murad Bin Abdul Aziz telah menolak Lampiran 55 yang merupakan permohonan Defendan Pertama di sini untuk membuat pindaan yang serupa kepada Penghakiman Terpinda tersebut, maka Defendan Pertama di sini juga adalah terhalang untuk memfailkan Lampiran 81 di sini atas prinsip estoppel. [13] Kedudukan undang-undang mengenai prinsip res judicata dan estoppel ini adalah mantap dan tidak perlu untuk Mahkamah ini perjelaskannya dengan panjang lebar. Cukup sekadar menyatakan jika kedua-dua prinsip ini tidak dipatuhi, maka tidak akan ada pengakhiran (finality) bagi setiap penghakiman atau keputusan mahkamah [rujuk Serac Asia Sdn Bhd v Sepakat Insurance Brokers Sdn Bhd (2013) 5 MLRA 175] [14] Justeru itu, setelah meneliti keseluruhan keterangan dan hal keadaan kes, Mahkamah ini berpuashati bahawa Defendan Pertama di sini telah pun merayu ke Mahkamah Rayuan dan seterusnya Mahkamah Persekutuan (melalui permohonan kebenaran) terhadap isu kebertanggungan liabiliti beliau untuk bersama-sama dengan Technochase Sdn Bhd untuk membayar sejumlah RM 4,150,658.00 kepada Plaintif. [15] Apabila rayuannya di peringkat kedua-dua Mahkamah atasan tersebut gagal, maka tidak ada sebab untuk Mahkamah ini membuka semula isu kebertanggungan bayaran tersebut walau pun kali ini dibuat dengan cara permohonan untuk meminda penghakiman di bawah A.20 KKM. [16] Berikutan cubaan Defendan Pertama sebelum ini untuk meminda Penghakiman Terpinda melalui Lampiran 55 juga telah ditolak, maka Lampiran 81 di sini juga jelas merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. [17] Oleh yang demikian, Mahkamah ini menolak Lampiran 81 dengan kos. Bertarikh: 10.02.2026 …………………………………….. NOOR HISHAM BIN ISMAIL Hakim Mahkamah Tinggi Johor Bahru Peguam Defendan Pertama : Tetuan Hanif Hassan & Co. No. 74, Jalan RK 4/1 70300 Seremban, Negeri Sembilan. Peguam Plaintif : Tetuan Kanesalingam& Co. Unit 3.3, Level 3, Wisma Bandar 18, Jalan Tuanku Abdul Rahman 50100 Kuala Lumpur
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.