Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM GUAMAN SIVIL NO KES : JA-22NCvC-64-05/2019
JA-22NCvC-64-05/2019
High Court of Malaysia26 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“12. Prinsip undang-undang sebagaimana yang diputuskan dalam kes Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] CLJU 98; [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116, telah meletakkan tanggungjawab kepada pihak Defendan-Defendan selaku Pemohon-Pemohon, untuk membuktikan wujudnya keadaan yang istimewa untuk menyokong permohonannya.”
“12. Prinsip undang-undang sebagaimana yang diputuskan dalam kes Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] CLJU 98; [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116, telah meletakkan tanggungjawab kepada pihak Defendan-Defendan selaku Pemohon-Pemohon, untuk membuktikan wujudnya keadaan yang istimewa untuk menyokong permohonannya. Ta”
“11. Raja Azlan Shah (DYMM pada masa itu) dalam keputusan kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1965] CLJU 90; [1965] 1 LNS 90 telah menjelaskan perbezaan antara keadaan istimewa dengan keadaan biasa seperti yang berikut: “…Special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstance”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR DARUL TA’ZIM GUAMAN SIVIL NO KES : JA-22NCvC-64-05/2019
1
JEFFA HOLDINGS SDN. BHD. (No. Syarikat : 330153-A)
2
JEFFA SERVICES & HOSPITALITY SDN. BHD. …PLAINTIF - (No. Syarikat : 114266-M) PLAINTIF
1
PUNCAK BEBAS SDN. BHD. (No. Syarikat : 282540-V)
2
REVOLUSI MEGAH SDN. BHD. (No. Syarikat : 674149-T)
3
BOHARI BIN KATAN …DEFENDAN - (No. K/P : 591209-01-5033) DEFENDAN
1
Pemohon (“Defendan-Defendan”) telah memfailkan Notis Permohonan (Kandungan 86) dan Afidavit Sokongan (Kandungan 87) untuk menggantung pelaksanaan Penghakiman bertarikh 30 22/09/2025 00:08:58 JA-22NCvC-64-05/2019 Kand. 98 Oktober 2024 sementara menunggu rayuan Defendan-Defendan di Mahkamah Rayuan, menurut Aturan 45 Kaedah 11 dan/atau Aturan 92 Kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”). Mahkamah Tinggi pada 30 Oktober 2024 telah menolak tuntutan balas Defendan-Defendan yang difailkan sebagaimana dalam Kandungan 13 dan membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif sebagaimana dalam Kandungan 2.
2
Peguam kedua-dua pihak telah memfailkan hujahan bertulis beserta autoriti, masing-masing dalam Kandungan 91 (Hujahan Bertulis Plaintif-Plaintif), 92 (Ikatan Otoriti Plaintif-Plaintif), 93 (Hujahan Bertulis Defendan-Defendan) dan 94 (Hujahan Balas Defendan). Peguam kedua-dua pihak seterusnya telah berhujah secara lisan pada 19 Ogos 2025 dan keputusan telah ditetapkan pada 26 Ogos 2025. Ini adalah keputusan dan alasan Mahkamah kepada permohonan Defendan-Defendan bagi Kandungan 86. Latar belakang
3
Fakta kes berhubung dengan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap Defendan-Defendan dan tuntutan balas Defendan-Defendan terhadap Plaintif-Plaintif adalah sebagaimana dalam Alasan Penghakiman yang diputuskan oleh YA Nurulhuda Nura’ni Binti Mohamad Nor, Hakim Mahkamah Tinggi (Kandungan 95) yang telah membicarakan prosiding antara kedua-dua pihak. Berdasarkan kepada Alasan Penghakiman tersebut, Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan Plaintif-Plaintif seperti yang berikut:
a
deklarasi bahawa Perjanjian tersebut adalah tidak sah dan terbatal;
b
Defendan Pertama dan/atau ejen-ejennya dan/atau pengkhidmat-pengkhidmatnya dihalang dari memasuki Kawasan Kem PLKN milik Plaintif Kedua;
c
jumlah sebanyak RM1,700,000.00 dibayar kepada Plaintif-Plaintif; dan
d
faedah atas jumlah RM1,700,000 pada kadar 5% dari tarikh Penghakiman.
4
Dalam Penghakiman yang sama, Mahkamah telah menolak tuntutan balas Defendan Pertama terhadap Plaintif Kedua untuk perintah memulangkan wang berjumlah RM 2,000,000.00 dan kos.
5
Bagi permohonan dalam Kandungan 86, Defendan-Defendan berhujah bahawa:
a
Mahkamah mempunyai “inherent power” untuk membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan Penghakiman (“penggantungan pelaksanaan”) di bawah Aturan 45 Kaedah 11 KKM 2012 (rujuk : Hong Leong Finance Bhd. v Hon Hoi Weng & ors. [1987] 2 MLJ 377);
b
rayuan Defendan-Defendan di Mahkamah Rayuan merupakan suatu keadaan istimewa yang membolehkan suatu permohonan penggantungan pelaksanaan bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh merendahkan atau mengagalkan rayuan Defendan-Defendan (rujuk : See Teow Guan & ors. v Kian Joo Holdings Sdn. Bhd. & ors. [1995] 3 MLJ 598; Kosma Palm Oil Mill Sdn. Bhd. v Koperasi Serbausahaja Makmur Bhd. [2004] 4 CLJ 1); Defendan-Defendan menghujahkan bahawa rayuan tidak akan berkesan sekiranya penggantungan pelaksanaan tidak dibenarkan (nugatori). Ini kerana:
i
sekiranya Penghakiman dikuatkuasakan dan wang berjumlah RM1,700,000.00 dibayar kepada Plaintif-Plaintif sebelum rayuan dilupuskan, sekiranya Mahkamah Rayuan membatalkan atau mengubah Penghakiman tersebut, Defendan-Defendan akan menghadapi kesukaran untuk mendapatkan kembali wang tersebut. Ini merupakan suatu ketidakadilan yang tidak dapat diperbetulkan;
II
(ii) Defendan-Defendan mempunyai hak untuk mengawal, mengeluarkan wang dan membuat keputusan terhadap akaun OCBC, selaras dengan peruntukan dalam Perjanjian antara kedua-dua pihak;
c
imbangan keselesaan (“balance of convenience”) tidak berpihak kepada Defendan-Defendan. Ini kerana, sekiranya permohonan penggantungan pelaksanaan ditolak, kesukaran yang lebih besar akan ditanggung oleh Defendan-Defendan berbanding Plaintif-Plaintif. Justeru, untuk mengelakkan ketidakadilan, status quo hendaklah dikekalkan (rujuk : Lim Kok Liam & Sons Sdn. Bhd. v Lau Choon Wan) (Leong Yok Chin Intervener) [1996] 4 CLJ 267).
6
Plaintif-Plaintif membantah permohonan Defendan-Defendan atas alasan bahawa:
a
rayuan tidak boleh beroperasi sebagai alasan penggantungan pelaksanaan. Plaintif-Plaintif merujuk kepada Aturan 73 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91], Aturan 55 Kaedah 16 KKM 2012 dan Kosma Palm Oil Mill Bhd & ors. v Koperasi
b
tiada keadaan istimewa atau kesan nugatori yang dinyatakan oleh Defendan-Defendan. Ini kerana keputusan Mahkamah adalah selepas perbicaraan penuh. (Rujuk kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1965] 1 LNS 212 dan Bank Bumiputra Malaysia Berhad & Anor. v Lorrain Esme Osman, Bank Bumiputra Malaysia Berhad & Anor. v Lorrain Esme Osman & ors. [1987] 1 CLJ 572); dan
c
penggantungan pelaksanaan adalah memprejudis Plaintif-Plaintif. Ini kerana, Penghakiman terhadap Defendan-Defendan adalah bagi jumlah sebanyak RM 1,700,000.00.
7
Isu tunggal untuk dipertimbangkan dalam permohonan ini adalah sama ada wujud keadaan istimewa yang menjustifikasikan Mahkamah untuk menggunakan budi bicara bagi membenarkan penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuan Defendan-Defendan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 30 Oktober 2024.
8
Peruntukan undang-undang berhubung dengan penggantungan pelaksanaan adalah mantap bahawa pemfailan rayuan terhadap Penghakiman Mahkamah tidaklah secara automatik membolehkan penggantungan pelaksanaan diberikan. Sebaliknya, permohonan hendaklah difailkan di Mahkamah. Perkara ini diperuntukkan dalam Seksyen 73 Akta 91 dan Aturan 45 Kaedah 11 KKM 2012 seperti yang berikut:
a
Seksyen 73 Akta 91 “Appeal not to operate as stay of execution
73
An appeal shall not operate as a stay of execution or of proceedings under the decision appealed from unless the court below or the Court of Appeal so orders and no intermediate act or proceeding shall be invalidated except so far as the Court of Appeal may direct”.
b
Aturan 45 Kaedah 11 KKM 2012 Matters occurring after judgment: Stay of execution (O. 45, r. 11)
11
Without prejudice to Order 47, rule 1, a party against whom a judgment has been given or an order made may apply to the Court for a stay of execution of the judgment or order or other relief on the ground of matters which have occurred since the date of the judgment or order, and the Court may by order grant such relief, and on such terms, as it thinks fit.
9
Kedua-dua peruntukan undang-undang di atas jelas meletakkan kuasa budi bicara kepada Mahkamah untuk mempertimbangkan permohonan penggantungan pelaksanaan. Namun demikian, Mahkamah hendaklah mengambil kira bahawa kuasa budi bicara untuk mempertimbangkan penggantungan pelaksanaan hendaklah dilaksanakan berdasarkan prinsip undang-undang sedia ada. (lihat keputusan Mahkamah Agong dalam kes Government of Malaysia v Jasanusa Sdn. Bhd. [1995] 2 CLJ 701).
10
Dalam hal ini, prinsip undang-undang berhubung kuasa budi bicara kepada Mahkamah untuk mempertimbangkan penggantungan pelaksanaan adalah mantap di mana Mahkamah hendaklah menilai “sama ada wujudnya keadaan istimewa” yang menjustifikasikan penggantungan pelaksanaan tersebut (rujuk : Syarikat Berpakat v Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406).
11
Raja Azlan Shah (DYMM pada masa itu) dalam keputusan kes Leong Poh Shee v Ng Kat Chong [1965] CLJU 90; [1965] 1 LNS 90 telah menjelaskan perbezaan antara keadaan istimewa dengan keadaan biasa seperti yang berikut: “…Special circumstances, as the phrase implies, must be special under the circumstances as distinguished from ordinary circumstances. It must be something exceptional in character, something that exceeds or excels in some way that which is usual or common. For the land office to sub-divide a piece of land is common or usual...”
12
Prinsip undang-undang sebagaimana yang diputuskan dalam kes Serangoon Garden Estate Ltd v Ang Keng [1953] CLJU 98; [1953] 1 LNS 98; [1953] MLJ 116, telah meletakkan tanggungjawab kepada pihak Defendan-Defendan selaku Pemohon-Pemohon, untuk membuktikan wujudnya keadaan yang istimewa untuk menyokong permohonannya. Tanggungjawab Defendan-Defendan ini diterangkan seperti yang berikut: “But it is a clear principle that the Court will not deprive a successful party of the fruits of his litigation until an appeal is determined, unless the unsuccessful party can shew special circumstances to justify it”. (Lihat juga Bank Bumiputra Malaysia Berhad & Anor. v Lorrain Esme Osman, Bank Bumiputra Malaysia Berhad & Anor. v Lorrain Esme Osman & ors. [1987] 1 CLJ 572).
13
Mahkamah Persekutuan dalam kes Kosma Palm Oil Mill Sdn. Bhd. & ors. v Koperasi Serbausaha Makmur Bhd. [2003] 4 CLJ 1 turut menghendaki keadaan istimewa berkaitan pelaksanaan Penghakiman yang perlu digantung dinyatakan dalam afidavit sokongan kepada penggantungan pelaksanaan tersebut. Mahkamah Persekutuan menggariskan seperti yang berikut: “The onus is on the applicants to demonstrate the existence of special circumstances to justify the grant of a stay of execution. The reasons must relate to the enforcement of the judgment. They must be deposed in the affidavit filed in support of the application (see Syarikat Berpakat v. Lim Kai Kok [1983] 1 MLJ 406). Where it is alleged that there is a danger of the unsuccessful party not being repaid if its appeal is successful for any reason like, for instance, the insolvency of the other party, this must be shown in the affidavit..”
14
Berdasarkan peruntukan undang-undang dan prinsip undang-undang sebagaimana dinyatakan dalam perenggan 7-13 di atas, Mahkamah mempertimbangkan semua alasan penggantungan pelaksanaan Defendan-Defendan sebagaimana dalam perenggan 5 di atas dan mendapati bahawa pihak Defendan-Defendan gagal untuk menjustifikasikan keadaan istimewa dalam permohonannya.
15
Alasan Defendan-Defendan adalah tertumpu kepada faktor utama iaitu:
a
Mahkamah boleh menggunakan kuasa budi bicaranya dalam memberikan perintah penggantungan pelaksanaan;
b
kesan nugatori terhadap rayuan Defendan-Defendan; dan
c
imbangan keselesaan yang tidak memihak kepada Defendan-Defendan.
16
Pada masa yang sama, Mahkamah turut merujuk kepada perenggan 4.03 Afidavit Jawapan Plaintif-Plaintif Kandungan 89. Plaintif-Plaintif menyatakan bahawa mereka telah menunggu terlalu lama untuk mendapatkan semula bayaran balik wang yang telah diambil dari akaun Plaintif kedua. Jumlah tersebut adalah sangat besar dan memberi kesan kepada kewangan perniagaan Plaintif-Palintif. Dalam hal ini Plaintif-Plaintif adalah diprejudis sekiranya penggantungan pelaksanaan ini dibenarkan, manakala di pihak Defendan-Defendan tidak melibatkan sebarang kesan nugatori.
17
Keterangan Plaintif-Plaintif ini adalah konsisten dengan perenggan 6 Afidavit Balasan Bagi Defendan-Defendan (Kandungan 90) yang menyatakan bahawa Plaintif-Plaintif masih belum menyerahkan draf Penghakiman kepada pihak Defendan-Defendan untuk diluluskan dan belum menfailkan Penghakiman bermeterai.
18
Sehubungan dengan itu, setelah meneliti permohonan penggantungan pelaksanaan. Defendan-Defendan, kertas kausa yang berkaitan, hujahan dan autoriti yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah berpuas hati bahawa Defendan-Defendan gagal untuk membuktikan wujudnya keadaan istimewa bagi membolehkan Mahkamah menggunakan budi bicara untuk membenarkan penggantungan pelaksanaan sementara menunggu rayuan Defendan-Defendan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah bertarikh 30 Oktober 2024 dilupuskan. Sehubungan dengan itu, permohonan penggantungan pelaksanaan Penghakiman Defendan-Defendan dalam Kandungan 86 ditolak dengan kos ditetapkan sebanyak RM5,000.00, tertakluk kepada alokatur. Bertarikh: 25 Ogos 2025 (Noradura Binti Hamzah) Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Malaya Johor Bahru Johor Darul Ta’zim Peguamcara Plaintif : Wan Shahrizal Bin Wan Ladin Tetuan Wan Shahrizal, Hairi & Co. No. 3-2, 1 st Floor Jalan PJS 8/4 Dataran Mentari Bandar Sunway 46150 Petaling Jaya Peguamcara Responden : Irwin Ng Tetuan Allen Loh & Co., No. 29-01 Jalan Setia Tropika 1/25 Taman Setia Tropika 81200 Johor Bahru
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.