(g) gagal mengemukakan gambar keadaan asal P5A dan P7A yang sebenarnya ada dalam keadaan terlerai apabila dijumpai. [11] Peguam bela terpelajar Perayu turut berhujah hakim bicara bijaksana turut terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal mendapati keterangan SP3 adalah “inherently incredible” apabila beliau mendakwa P5A dan P7A disimpan di bawah pokok limau selama hampir dua (2) tahun tanpa melihatnya atau tidak menggunakannya untuk apa-apa tujuan. 8 [12] Seterusnya peguam bela terpelajar berhujah bahawa hakim bicara bijaksana terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada pembelaan Perayu yang tidak dicabar oleh pihak pendakwaan dan terkhilaf apabila mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan P5A dan P7A adalah milik RELA. Penilaian dan keputusan kami [13] Meneliti hujah peguam bela terpelajar yang mewakili Perayu, kami dapati pada dasarnya peguam bela terpelajar perayu mempersoalkan keputusan hakim bicara bijaksana dalam memutuskan pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie. Peguam bela terpelajar juga mendakwa hakim bicara bijaksana gagal memberi pertimbangan maksimum terhadap pembelaan Perayu. [14] Kami telah meneliti rekod rayuan terutama keterangan yang direkodkan dari saksi-saksi serta alasan penghakiman hakim bicara bijaksana. Jelas kepada kami bahawa hakim bicara bijaksana telah mengguna prinsip undang-undang yang betul dalam menentukan sama ada pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. Hakim bicara bijaksana merujuk kepada kes Balachandran v PP [2005] CLJ 85 dan juga kes PP v Mohd Radhi B. Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457 berhubung beban pendakwaan bagi membuktikan kes prima facie, dan seterusnya berkata di perenggan 7 alasan penghakiman di muka surat 19 Rekod Rayuan Jilid 1: 9 “(7) Sekarang Mahkamah ini dengan berpandukan kepada peruntukan seksyen 180 KTJ dan nas-nas tersohor di atas yang mengikat Mahkamah ini, akan membuat penilaian maksimum ke atas keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, bagi menentukan sama ada pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.” [penekanan oleh kami] [15] Seterusnya, berdasarkan keterangan SP1 yang telah mengesahkan eksibit P5A dan eksibit P7A boleh melepaskan tembakan semasa ujian “seviceability”, hakim bicara bijaksana telah dengan betul memutuskan P5A dan P7A adalah senjata api seperti ditakrifkan di bawah seksyen 2 Akta. [16] Berdasarkan keterangan SP3 yang menyatakan beliau membeli dua laras senapang patah tersebut dari Perayu, hakim bicara bijaksana mendapati Perayu telah melakukan perbuatan berdagang senjata api tersebut. Keterangan SP3 berhubung pembelian dua laras senapang patah dari Perayu tidak pernah dicabar oleh pihak pembelaan. Apa yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar perayu semasa menyoal balas SP3 hanyalah berhubung keadaan senapang tersebut sama ada dalam keadaan terpasang lengkap atau dalam keadaan dileraikan dan sama ada ia rosak atau tidak. [17] Setelah dua inti pati ini iaitu P5A dan P7A di sahkan sebagai senjata api dan Perayu memperdagangkan dua senjata api tersebut tanpa lesen yang sah terbukti, maka kami dapati hakim bicara bijaksana adalah betul apabila memutuskan pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie terhadap Perayu. 10 [18] Tidak dinafikan, bagi membukti Perayu memperdagangkan senjata api P5A dan P7A dengan menjual P5A dan P7A kepada SP3, pihak pendakwaan banyak bergantung atas keterangan SP3. Oleh itu, tidak hairan apabila peguam bela terpelajar cuba menggambarkan apa yang diberitahu oleh SP3 di mahkamah adalah “inherently incredible” dengan membangkitkan isu keretakan rantaian keterangan; kegagalan pihak pendakwaan memanggil pekerja-pekerja yang menjaga kawasan pam air di mana P5A dan P7A dijumpai serta kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan gambar keadaan asal P5A dan P7A semasa dijumpai. [19] Setelah kami meneliti keseluruhan keterangan yang ada, kami dapati isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam bela terpelajar perayu tidak dengan apa cara sekalipun boleh melemahkan kes pendakwaan. Ini berdasarkan alasan bahawa keterangan SP3 bahawa beliau membeli dua laras senapang patah pada harga lebih kurang RM5,000.00 hingga RM6,000.00 daripada Perayu semasa di hadapan pejabat RELA dan kemudian terus membawa kedua-dua senapang patah tersebut dan disimpan di tempat di mana P5A dan P7A kemudian ditemui, tidak pernah dicabar oleh Perayu. Pemeriksaan balas Perayu terhadap SP3 dapat dilihat di muka surat 53 dan 54 Jilid 2 Rekod Rayuan. Soal balas hanya menyentuh keadaan P5A dan P7A semasa diserahkan oleh Perayu. Ia seperti berikut: “Pemeriksaan Balas : Berapa jauh rumah encik dengan tempat 2 pucuk senapang ini dijumpai? : Lebih kurang 100 km. : Tempat di mana encik letak di bawah pokok adalah tempat yang terbuka? : Ya. 11 [20] Keterangan yang diberikan oleh SP3 yang tidak dicabar dalam kes ini boleh dianggap telah diakui seperti mana diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Wong Swee Chin v Public Prosecutor (1981) 1 MLJ 212 di mana Mahkamah melalui penghakiman Raja Azlan Shah HBM (Malaya) (sebagaimana Baginda ketika itu) memutuskan: “A correct statement of the law is that failure of the defence to cross-examine the prosecution witnesses on the matter merely goes to the credibility of their testimony ...... On this point we need only say there is a general rule that failure to cross-examine a witness on a crucial part of the case will amount to an acceptance of the witness's testimony. But as it is common with all general rules, there are also exceptions as pointed out in : Encik kata langsung tidak lihat senapang itu - tapi ada pegang di dalam guni? : Ya. : Apa yang encik rasa semasa pegang guni senapang itu dipasang lengkap atau dileraikan. : Dileraikan. : Kedua-dua senjata api di dalam guni telah dileraikan. : Ya, sebab pendek sahaja di guni itu. : Tidak panjang seperti yang ditunjukkan di mahkamah sekarang? : Betul. : Setuju tak masa encik Yaakop beri kepada encik dia kata senjata api telah rosak? : Dia kata telah lupus. 12 the judgment of the Supreme Court of New Zealand in Transport Ministry v Garry where Haslam J said at p 122: In Phipson on Evidence (11th Ed) para 1544 the learned authors suggest examples by way of exception to the general principle that failure to cross-examine will amount to an acceptance of the witness testimony, viz, where ….. the story is itself of an incredible or romancing character, or the abstention arises from mere motive of delicacy ... or when counsel indicates that he is merely abstaining for convenience, e.g, to save time. And where several witnesses are called on the same point, it is not always necessary to cross-examine them all.” [21] Dalam kes ini, setelah kami meneliti keterangan SP3 secara keseluruhannya, kami dapati tiada apa-apa yang “incredible or romancing character” dalam keterangan SP3 terutama berhubung beliau membeli P5A dan P7A dari Perayu dan menyimpannya di tempat di mana P5A dan P7A kemudiannya ditemui. Oleh itu kami, dengan hormat, dapati hakim bicara bijaksana bertindak betul dengan menerima keterangan SP3 dalam memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan kes prima facie. [22] Berhubung isu rantaian keterangan mengenai barang kes, kami dapati keterangan jelas menunjukkan P5A dan P7A telah dirampas oleh SP 6 daripada SP3 dan diserahkan kepada SP 7 pada hari sama. Barang kes sama telah ditandakan dengan sempurna serta dicamkan oleh saksi-saksi pendakwaan yang berkenaan iaitu SP 6, SP 7, SP 2 dan SP 1. Oleh itu kami bersependapat dengan Timbalan Pendakwa Raya, identiti barang kes tidak boleh dipertikaikan. Justeru itu kami dapati dakwaan peguam bela terpelajar bahawa rangkaian keterangan berhubung barang kes P5A dan P7A adalah tidak bermerit. 13 [23] Kegagalan pihak pendakwaan mengemukakan laporan pengauditan yang dilakukan pada tahun 2014; gagal untuk memanggil Razak Bin Sukot iaitu Pegawai Rela Daerah Selama, yang bertugas sebelum Perayu mengambil alih tugasnya di Selama untuk memberi keterangan; gagal untuk memanggil Pegawai PLRWU di Sungai Petani, Kedah bagi mengesahkan sama ada 289 laras yang dikatakan diserah oleh Perayu kepada stor senjata api PLRWU seperti dalam keterangan SP 5; gagal untuk memanggil Penjaga Stor PLRWU Sungai Petani, Kedah yang telah tandatangan dan cop Unit Persenjataan PLRWU apabila Perayu menyimpan sebanyak 289 laras senapang di dalam stor PLRWU; gagal memanggil pekerja-pekerja yang menjaga kawasan pam air dalam gambar P13A dan B di mana P5A dan P7A dikatakan dijumpai, juga pada pendapat kami bukanlah perkara yang boleh melemahkan kes pendakwaan. Pada pandangan kami, saksi-saksi ini bukanlah saksi penting bagi membuktikan kes pendakwaan. Kegagalan memanggil mereka memberi keterangan tidak menjejaskan kes pendakwaan memandangkan terdapat keterangan dari saksi-saksi lain pendakwaan yang membuktikan setiap inti pati bertuduhan. Tambahan lagi saksi-saksi ini hanyalah berhubung isu sama ada P5A dan P7A adalah kepunyaan RELA yang pada pendapat kami, bukan satu dari elemen yang perlu dibuktikan bagi tuduhan di bawah seksyen 7 Akta. [24] Kami bersependapat dengan hakim bicara bijaksana bahawa sama ada P5A dan P7A adalah kepunyaan RELA atau tidak bukanlah satu dari elemen yang perlu dibuktikan dalam kesalahan memperdagangkan senjata api di bawah seksyen 7 Akta. Walau apa pun, adalah menjadi satu penemuan fakta oleh hakim bicara bijaksana bahawa P5A sememangnya kepunyaan RELA walaupun tiada kepastian P7A adalah kepunyaan RELA 14 kerana nombor siri pada P7A telah diganggu. Dapatan hakim bicara berhubung tuan punya P5A boleh dilihat pada perenggan 25 alasan penghakiman: “(25) SP5 telah mengesahkan senapang patah H&R bernombor siri 59315 terdapat di nombor 288 eks. P 19. Senapang patah itu merupakan antara senjata api RELA yang disyaki hilang sebagaimana tersenarai di dalam eks. P20A. Menurut SP5 lagi, di dalam eks. P18 senapang patah bernombor siri 59315 dikatakan disimpan di IPD Selama. Semakan SP5 dengan IPD itu mendapati senapang patah itu tiada dalam simpanan IPD Selama. Tidak syak lagi bahawa eks. P5A adalah milik pejabat RELA Daerah Selama.” [25] Berdasarkan alasan di atas, kami dapati dakwaan peguam bela terpelajar bahawa hakim bicara bijaksana gagal menilai secara maksimum keterangan saksi pendakwaan dan juga terkhilaf dalam mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan adalah satu dakwaan yang tiada bermerit. Sebaliknya kami mendapati hakim bicara bijaksana telah membuat keputusan yang betul dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan pihak pendakwaan telah membuktikan satu kes prima facie dan seterusnya memerintah Perayu membela diri. [26] Ini membawa kami kepada isu terakhir yang ditimbulkan oleh Perayu iaitu dakwaan Perayu bahawa hakim bicara bijaksana terkhilaf dari segi fakta dan undang-undang apabila gagal memberi pertimbangan yang sewajarnya kepada pembelaan Perayu yang tidak dicabar oleh pihak pendakwaan. [27] Meneliti alasan penghakiman hakim bicara bijaksana, jelas kepada kami hakim bicara bijaksana telah menimbang keseluruhan keterangan 15 Perayu bagi menentukan sama ada pembelaan perayu menimbulkan apa-apa keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Keraguan munasabah yang dimaksudkan di sini adalah keraguan munasabah seperti mana dihuraikan oleh Sharma H dalam kes PP v Saimin (1971) 2 MLJ 16: “It has again been said that "reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your consciences, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is a reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgment and finds a resting place there. Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence.” [28] Berbalik kepada rayuan ini, apakah pembelaan Perayu yang didakwa oleh peguam bela terpelajar yang telah berjaya menimbul keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan? Kami dapati tiada apa-apa dalam pembelaan Perayu yang boleh menimbulkan keraguan terhadap fakta asas atas mana kes pendakwaan bergantung yang telah dibuktikan oleh pendakwaan. Malah Perayu sendiri, dalam pembelaannya, mengakui menjual dua laras senapang patah kepada SP3. Ini dengan sendiri menunjukkan Perayu memiliki dua senapang patah tersebut sebelum menjual kepada SP3. Perayu juga mengakui dua senapang patah tersebut adalah milik RELA. [29] Apa yang dipertikaikan hanyalah identiti dua senapang patah yang dijual oleh Perayu kepada SP3. Perayu mencadangkan P5A dan P7A bukan dua senapang patah yang dijual kepada SP3. Berhubung dakwaan ini, 16 peguam bela terpelajar bagi pihak perayu pula hanya sekadar mengulangi hujahan beliau kononnya identiti eksibit P5A dan eksibit P7A sebagai senapang patah yang dijual oleh tertuduh adalah diragui. Ini adalah kerana Perayu mengatakan beliau telah menyerahkan senapang patah rosak dan tidak boleh digunakan di dalam guni yang tertera perkataan "Senjata api Untuk Dibuat Pelupusan". Mengikut peguam bela terpelajar, tanpa guni tersebut, adalah diragui eksibit P5A dan eksibit P7A merupakan senapang patah-senapang patah yang diserahkan oleh SP3 kepada pihak polis. [30] Berhubung isu ini kami dapati, hakim bicara bijaksana telah pun menilai dan membincangkan dengan panjang lebar dalam alasan penghakiman beliau di mana pada perenggan 48 alasan penghakiman hakim bicara bijaksana menulis: “(48) Keterangan tertuduh itu perlu dinilai bersama keterangan yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. SP3 di dalam keterangannya mengatakan sebaik sahaja beliau membuat bayaran dan menerima (2) laras senapang patah yang dimasukkan ke dalam guni beliau terus membawa guni itu ke tempat persembunyian. Beliau tidak pernah membuka guni tersebut. Daripada luar guni, SP3 tahu senapang patah yang dimasukkan ke dalam guni itu telah dileraikan kerana ukurannya yang pendek. Seterusnya, SP3 tidak pergi ke tempat di mana guni itu disembunyikan sehinggalah beliau ditangkap oleh pihak polis (2) tahun kemudian. SP3 telah memandu arah SP6 untuk merampas senapang patah-senapang yang disembunyikan itu. Senapang patah-senapang patah di dalam guni itu ialah eks. P5A dan eks. P7A. SP 6 kemudiannya menyerahkan eks. P5A dan eks. P7A kepada SP 7. SP 7 mempunyai kawalan ke atas eks. P5A dan eks. P7A sehinggalah diberikan kepada SP 2 untuk proses etching. Ketika proses etching, SP 7 ada bersama SP 2. Kemudian, SP 7 menghantar eks. P5A dan eks. P7A untuk ujian serviceability dan selepas itu mengambilnya kembali daripada SP1. 17 Rantaian keterangan berkait penjagaan barang kes bermula daripada masa SP3 dapatnya daripada tertuduh sehinggalah dikemukakan ke Mahkamah ini tidak pernah terputus. Adalah jelas berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwaan, walaupun SP3 tidak dapat mengecam eks. P5A dan eks. P7A, (2) laras senapang patah itu sememangnya senjata api-senjata api yang dibeli oleh SP3 daripada tertuduh. Kegagalan SP3 mengecam eks. P5A dan eks. P7A adalah kerana beliau tidak pernah melihat senjata api yang dibeli daripada tertuduh. Adalah mustahil untuk meminta SP3 mengecam sesuatu yang beliau tidak pernah lihat. Tiada juga keterangan yang menunjukkan bahawa SP3 ada memberitahu orang lain tempat di mana eks. P5A dan eks. P7A disembunyikan yang boleh mendedahkan eks. P5A dan eks. P7A kepada kacau ganggu pihak ketiga. Semasa pemeriksaan balas tidak pernah dicadangkan kepada SP3 bahawa guni yang diambil di bawah pokok limau itu telah dikacau ganggu.” [31] Setelah keterangan Perayu diteliti bersama-sama keterangan saksi pendakwaan secara keseluruhannya, kami bersependapat dengan hakim bicara bijaksana yang mendapati sebagai fakta bahawa P5A dan P7A merupakan dua senapang patah yang sama yang telah dijual oleh Perayu kepada SP3. Kami juga bersependapat dengan hakim bicara bijaksana bahawa pembelaan Perayu gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan. Sebaliknya pendakwaan telah membuktikan kesnya melampaui keraguan munasabah. Kami dapati hakim bicara bijaksana tidak melakukan apa-apa kesilapan dalam mendapati Perayu bersalah dan menyabitkan Perayu dengan pertuduhan yang ada. Kesimpulan [32] Berdasarkan alasan di atas, kami dapati rayuan Perayu tidak mempunyai merit. Sabitan adalah selamat dan disokong dengan cukup 18 keterangan. Rayuan terhadap sabitan ditolak. Keputusan hakim bicara bijaksana dikekalkan. Hukuman [33] Hanya dua hukuman diperuntukkan di bawah seksyen 7 (1) Akta iaitu hukuman mati atau penjara seumur hidup dengan sebatan tidak kurang 6 sebatan. Hakim bicara bijaksana setelah mengambil kira umur Perayu yang sudah berumur 60 tahun dan kesihatan Perayu yang mengalami sakit jantung, hakim bicara bijaksana memilih untuk menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa sebarang sebatan. [34] Memandangkan tiada rayuan silang di pihak Pendakwa Raya berhubung hukuman, kami dapati tiada keperluan untuk kami mengganggu hukuman penjara seumur hidup yang jatuhkan oleh hakim bicara bijaksana. Oleh itu hukuman penjara seumur hidup yang dijatuhkan oleh hakim bicara bijaksana dikekalkan. Bertarikh: 19.11.2019 t.t MOHAMAD ZABIDIN BIN MOHD DIAH Hakim Mahkamah Rayuan, Malaysia 19 Mewakili Perayu: P. Ravee [Tetuan P. Ravee & Co] Mewakili Responden: Mohamed Faizal bin Mohamed Fedder Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara