Lampiran
Lampiran 11 merupakan permohonan Defendan bagi mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (JID) yang dimasukkan terhadap Defendan pada 2 Ogos 2024 dan Defendan diberi kebenaran 30/09/2025 14:48:11 BA-A72NCvC-724-07/2024 Kand. 61 untuk membela diri dan memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pembelaan. i) Sama ada Penghakiman Ingkar Kehadiran yang dimasukkan terhadap Defendan pada 02.08.2024 dalam tindakan ini diketepikan; ii) Defendan diberikan kebenaran untuk membela diri dalam prosiding yang dimulakan terhadap Defendan dengan memfailkan Memorandum Kehadiran dan Pembelaan dalam tempoh 14 hari dari tarikh Perintah Mahkamah Yang Mulia ini; LATAR BELAKANG KES [2] Tuntutan Plaintif terhadap Defendan adalah berasaskan kepada kerosakan perabot dan dinding serta siling rumah Plaintif disebabkan kebocoran dari bumbung bangunan dibawah seliaan Defendan. [3] Pihak Plaintif selanjutnya telah membuat serahan Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan pada 4 Julai 2024 secara kendiri dan diterima oleh individu bernama VK beserta cop syarikat Defendan, JMB Spectrum Shop/Apartment pada tarikh sama, 4 Julai 2024 (rujuk ekshibit FBO-2 pada muka surat 26 dalam Afidavit Penyampaian (lampiran 4) [4] Satu Affidavit Penyampaian telah difailkan pada 17 Julai 2024 oleh Plaintif yang mengesahkan serahan Writ dan Pernyataan Tuntutan telah berjaya diserahkan kepada Defendan secara serahan tangan dan diakui terima pada hari yang sama. [5] Oleh kerana serahan berjaya disempurnakan ke atas Defendan dan tiada memorandum kehadiran difailkan Defendan dan Defendan juga tidak hadir semasa sebutan di Mahkamah pada 1 Ogos 2024, Majistret Puan Nur Syuhada Binti Abdullah telah merekodkan Penghakiman Ingkar atas Defendan dan Plaintif telah failkan Penghakiman Ingkar terhadap Defendan pada 2 Ogos 2024. [6] Pada 30 Ogos 2024, 29 hari selepas Penghakiman Ingkar difailkan terhadap Defendan oleh Plaintif, satu Notis Permohonan untuk Mengenepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran (Lampiran 11) dan Notis Permohonan untuk Menggantung Pelaksanaan (Lampiran 13) telah difailkan oleh peguamcara Defendan yang iaitu Tetuan Law Chambers of Vin Sa & Ian dan pada 28 Januari 2025, Majistret Puan Zur Azureen binti Zainalkefli telah menolak permohonan defendan untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar di mana Defendan telah memfailkan Notis Rayuan atas keputusan penolakan Lampiran 11 tersebut di Mahkamah Tinggi. UNDANG-UNDANG TERPAKAI [7] Penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan secara serahan kediri ke Pejabat Defendan sendiri sepertimana diperuntukkan di bawah Aturan 62 Kaedah 4 KKM 2012 adalah sah dan sempurna. 4. O. 62 Service of Documents Service on corporation (O. 62 r. 4) (1) Where an action is against a corporation, the writ may be served- (a) by leaving a copy of it at the registered office (if any) of the corporation; (b) by sending a copy of it by registered post addressed to the corporation at the office, or, if there are more offices than one at the principal office of the corporation, whether such office is situated within Malaysia or elsewhere; (c) by handing a copy of it to the secretary or to any director or other officer of the corporation; or (d) in the case of a foreign company registered under Part V of the Companies Act 1965 [Act 125] by handing a copy of it to, or sending the same by registered post to, a person authorized to accept service of process on behalf of the foreign company. (2) The rule does not restrict the operation of the provisions of any written law as to service on any particular person or authority. (3) Where service is effected under this rule, the person served shall be entitled on demand to inspect the original writ. [8] Mahkamah turut mendapati bahawa tiada triable issues untuk dibicarakan yang berjaya dibangkitkan oleh Defendan dalam tindakan ini. [9] Tambahan lagi Afidavit Sokongan bagi permohonan di lampiran 11 hanya difailkan peguamcara Defendan pada 17 September 2024, lewat 19 hari daripada tarikh pemfailan notis permohonan tersebut iaitu pada 30 Ogos 2024. Aturan 32 Kaedah 13 (2) (a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM) secara jelas menyatakan bahawa suatu afidavit yang diniatkan untuk digunakan sebagai menyokong suatu permohonan hendaklah difailkan dan disampaikan kepada pihak yang satu lagi dalam empat belas (14) hari dari tarikh pemfailan permohonan. [10] Tindakan pemfailan lewat oleh Defendan ini adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah (abuse process of the Court) seperti digariskan bawah Aturan 18 Kaedah 19 KKM 2012 serta rujukan kepada kes Khairy Jamaluddin Abu Bakar v Mohd Rasyiq Mohd Alwi (2023) 3 CLJ 832 di perenggan 37 seperti berikut:- [37] Considering the issues raised in this court again, it is obvious that non-compliance with procedures clearly falls under the definition of abuse of the court's process. This being the case, this court is of the opinion that the defendant's failure to seek leave before filing his statement of defence and amended statement of defence amounts to an abuse of the court's process and his defence must therefore be struck out under O. 18 r. 19(1)(d) of the Rules of Court 2012. As per this rule: Striking out pleadings and endorsements (O. 18, r. 19 ) 19(1) The Court may at any stage of the proceedings order to be struck out or amended any pleading or the endorsement, of any writ in the action, or anything in any pleading or in the endorsement, on the ground that: (a) it discloses no reasonable cause of action or defence, as the case may be; (b) it is scandalous, frivolous or vexatious; (c) it may prejudice, embarrass or delay the fair trial of the action; or (d) it is otherwise an abuse of the process of the Court, and may order the action to be stayed or dismissed or judgment to be entered accordingly, as the case may be.” KEPUTUSAN NOTIS PERMOHONAN MENGENEPIKAN PENGHAKIMAN INGKAR PEMBELAAN [11] Setelah Mahkamah meneliti kertas kausa serta hujahan pihak-pihak berkenaan permohonan mengenepikan penghakiman ingkar pembelaan, Mahkamah mendapati bahawa tarikh pemfailan Notis Permohonan Mengenepikan Penghakiman Ingkar Pembelaan adalah pada 30 Ogos 2024 manakala Afidavit Sokongan difailkan pada 17 September 2024. Notis Permohonan Lampiran 11 difailkan tanpa pemfailan Afidavit Sokongan selepas Notis Janji Temu dan Notis Minta Arahan bagi tujuan pentaksiran ganti rugi difailkan oleh Plaintif iaitu pada 30 Ogos 2025. [12] Walaupun Notis Permohonan Lampiran 11 tersebut difailkan mengikut tempoh masa 30 hari yang ditetapkan bawah Aturan 42 Kaedah 13 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 namun kelewatan pemfailan Afidavit Sokongan menjadikan pemfailan Notis tersebut tidak teratur sepertimana di bawah Aturan 12 Kaedah 3 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. 13. Order 42 Judgment and Orders Setting aside or varying judgment and orders (O. 42 r. 13) Save as otherwise provided in these Rules, where provisions are made in these Rules for the setting aside or varying of any order or judgment, a party intending to set aside or to vary such order or judgment shall make an application to the Court and serve it on the party who has obtained the order or judgment within thirty days after the receipt of the order or judgment by him. Order 12 Entry of appearance to writ (3) An application under paragraph (1) or (2) shall be made by notice of application supported by an affidavit verifying the facts on which the application is based and a copy of the affidavit shall be served with the notice of application. [13] Tambahan lagi, setelah Mahkamah meneliti Notis Permohonan, Afidavit Sokongan, Afidavit Jawapan serta Hujahan Bertulis dari pihak-pihak Plaintif dan Defendan, Mahkamah mendapati tiada pembelaan bermerit selain penafian (bare denial) semata-mata. [14] Defendan juga telah “sleep on the case” kerana tidak membuat apa-apa tindakan selepas menerima Writ saman dan Pernyata Tuntutan dari Plaintif pada 4 Julai 2024 dan Mahkamah ini merujuk kes Hock Hua Bank Bhd v. Sahari Murid [1980] 1 MLRA 687 di Tab G, muka surat (m/s) 688 IAP, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut: "The court had no power under any application in the same action to vary or set aside a judgment regularly obtained after it had been entered or an order after it has been drawn up except under slip rule, so far as is is necessary to correct errors in expressing the intention of the court..." KESIMPULAN [15] Setelah membaca notis-notis permohonan bersama dengan affidavit-afidavit yang difailkan pihak-pihak dan setelah membaca hujahan pihak-pihak beserta ikatan otoriti, Mahkamah ini merumuskan bahawa penyampaian writ saman dan penyataan tuntutan secara serahan kendiri ke Pejabat Defendan sendiri adalah teratur sepertimana diperuntukkan di bawah Aturan 62 Kaedah 4 KKM 2012. Mahkamah turut mendapati bahawa tiada triable issues untuk dibicarakan yang berjaya dibangkitkan oleh Defendan dalam tindakan ini. [16] Tambahan lagi kelewatan pemfailan Afidavit Sokongan bagi permohonan di lampiran 11 adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah (abuse process of the court) dan melanggar Aturan 32 Kaedah 13 (2) (a) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (KKM). [17] Oleh itu, permohonan Defendan di Lampiran 11 untuk mengenepikan Penghakiman Ingkar ditolak dengan kos sebanyak RM1000 kepada Plaintif. [18] Penghakiman Ingkar yang direkodkan terhadap Defendan pada 2 Ogos 2024 kekal dan tarikh bicara taksiran telah ditetapkan pada 26 Februari 2025. Bertarikh pada 30 September 2025 Disediakan Oleh: ……………………t.t…………………… (ZUR AZUREEN BINTI ZAINALKEFLI) Majistret Mahkamah Majistret (5) Shah Alam Selangor Darul Ehsan Peguamcara Plaintif/Responden: Tetuan Mahadi Redzuan & Co. Peguamcara Defendan/Perayu: Tetuan Law Chambers Of Vin Sa & Ian