If the reason for the witness's absence or silence satisfies the court, then no such adverse inference may be drawn. If, on the other hand, there is some credible explanation given, even if it is not wholly satisfactory, the potentially detrimental effect of his/her absence or silence may be reduced or nullified. [25] Jikacek-cek yang dikeluarkan pada tahun 2008 diteliti sekali lagi, nama Defendan iaitu 'FOO SUAN LEE' telah secara terang dan nyata ditulis atas kedua-dua tersebut. Kedua-duacek tersebut yang dikeluarkan pada tahun 2008 tersebut juga merupakancek Public Bank Berhad yang mempunyai nombor akaun '3064243433'. Apabila nombor akaun ini dibandingkan dengancek-cek yang lain dikeluarkan sebelum tempoh tersebut, adalah nyata bahawa nombor akaun yang tertera di atas cekcek tersebut secara konsisten. Oleh itu, walaupun nama Defendan tidak dicetak pada sebahagiancek terdahulu, keseragaman nombor akaun tersebut jelas menunjukkan bahawa kesemuacek tersebut berasal daripada akaun yang sama milikkan Defendan. [26] Dalam keadaan di mana fakta berhubung pemilikan akaun tersebut adalah dalam pengetahuan khas Defendan, kegagalan Defendan untuk tampil memberikan sebarang penjelasan atau menafikan fakta ini, khususnya setelah memilih untuk tidak mengemukakan keterangan, adalah wajar Mahkamah ini membuat suatu adverse inference terhadapnya selaras dengan prinsip di bawah seksyen 114(g) Akta 56. "Mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu 114. Mahkamah boleh menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes yang tertentu itu. ... (g) bahawa keterangan yang boleh dikemukakan tetapi tidak dikemukakan, jika dikemukakan, tidak akan memberi faedah kepada orang yang enggan mengemukakannya;" [27] Mahkamah dirujuk kepada kes Mahkamah Tinggi dalam Suruhanjaya Sekuriti Malaysia v Dato' Aminuddin Md Desa [2025] 7 CLJ 640 di mana Wan Muhammad Amin Wan Yahya J menyatakan berikut:- "[148] The defendant submitted that there is no case to answer. The consequence of this election is that the defendant refuses to give evidence. In such a situation, the court is entitled to draw an adverse inference against the defendant and to presume the plaintiff's evidence to be true (Takako Sakao (supra)). [149] In the present case, the failure of the defendant to give evidence discredits his case and strengthens the plaintiff's case on those vital points at the axis of the dispute between the parties, namely: (i) the purpose and timing of the defendant's payment to Jamal and vice versa; (ii) the issuance of the RM100,000 cheque by the defendant to RIB;... [150] These are all vital matters within the knowledge of the defendant, which required an explanation from the defendant. The defendant's failure to give evidence means that the court is entitled to draw an adverse inference against him on each and every one of these issues (Takako Sakao (supra))." [28] Mahkamah juga mendapati Defendan telah memfailkan satu permohonan melalui Lampiran 8 untuk membatalkan Writ dan Pernyataan Tuntutan. Afidavit Sokongan kepada permohonan tersebut adalah terkandung di Lampiran 9 dan Afidavit Balasan Defendan adalah terkandung di Lampiran 15. Di perenggan 8(a) Lampiran 15 tersebut, Defendan telah mendeposkan bahawa “...Plaintif hanya meminta saya mengeluarkancek-cek tersebut kononnya sebagai jaminan. Plaintif kemudian tidak menyerahkan duit yang dijanjikan tersebut kepada saya”. [29] Di perenggan 8(b) Lampiran 15 tersebut, Defendan telah mendeposkan bahawa "Plaintif mempunyai pengetahuan bahawacek demicek telah diminta sebagai syarat dan dengan janji kosong Plaintif untuk menyerahkan duit kepada saya tetapi hakikatnya tiada serahan duit dibuat oleh Plaintif kepada saya". [30] Berdasarkan avermen-avermen Defendan di atas, Mahkamah bersetuju bahawa:- a) Walaupun Defendan mengiktiraf bahawa Defendan sememangnya mengeluarkancek-cek tersebut kepada Plaintif, Defendan enggan dan / atau gagal memberi sebarang keterangan ataupun penjelasan berkenaancek-cek tersebut dalam perbicaraan penuh. b) Apabila Defendan memilih untuk membuat submission of no case to answer, maka keterangan Plaintif secara automatik harus dilihat sebagai benar. c) Memandangkan Defendan telah mengiktiraf bahawa cek-cek tersebut sememangnya dikeluarkan oleh Defendan, Defendan sepatutnya memberi keterangan, menjawab dan menjelaskan fakta-fakta material berkenaan cek-cek tersebut. d) Tingkahlaku Defendan dalam memilih untuk berdiam diri dan tidak mahu memberi keterangan harus dilihat dengan serius dan merupakan satu taktik untuk mengelakkan risiko mendedahkan fakta-fakta yang tidak memihak kepada Defendan semasa pemeriksaan balas. Akta Had Masa 1953 ["Akta 254"] dan Pembayaran Balik oleh Pihak Ketiga [31] Seterusnya juga Mahkamah dapati selain daripada penafian kosong, Defendan telah secara khusus memplidkan pembelaan had masa dalam Pembelaan Terpinda [Lampiran 39, muka surat 12], dan perkara ini turut dibangkitkan semasa pemeriksaan balas apabila Plantif telah bersetuju bahawa transaksi tersebut telah berlanjutan lebih daripada 10 tahun yang lalu. [32] Walaupun tidak dipertikaikan bahawa transaksi antara pihak-pihak bermula seawal tahun 2004. Walau bagaimanapun, isu tersebut tidak menamatkan hak tindakan Plaintif di sisi undang-undang. - bersandar kepada seksyen 26(2) Akta Had Masa 1953 yang memperuntukkan: - "Pengakruan tindakan baru atas akuan atau pembayaran sebahagian ... (2) Jika apa-apa hak tindakan telah terakru bagi mendapat kembali apa-apa hutang atau apa-apa tuntutan wang yang tertentu jumlahnya, ... dan orang yang bertanggungan atau bertanggungjawab terhadapnya mengakui tuntutan itu atau membuat apa-apa bayaran berkenaan dengannya, hak itu hendaklah disifatkan sebagai telah terakru pada dan bukan sebelum tarikh bayaran terakhir:" [33] Berdasarkan keterangan Plaintif, , menunjukkan bahawa bayaran terakhir telah dibuat oleh Defendan pada 30-9-2023. Bayaran tersebut merupakan suatu pengakuan yang jelas terhadap kewujudan hutang, dan dengan itu mengaktifkan semula hak tindakan Plaintif selaras dengan peruntukkan seksyen 26(2) tersebut. [34] Plaintif juga telah memberi keterangan bahawa kesemua bayaran balik telah dibuat oleh suatu pihak ketiga iaitu yang dikenali sebagai Wingli Automotive di mana berdasarkan keterangan yang diberi oleh Plaintif, Syarikat tersebut merupakan kepunyaan anak Defendan sendiri. [35] Bagi menyokong keterangan berhubung bayaran yang telah dibuat oleh Defendan, Plaintif telah menyediakan suatu perbandingan secara bersebelahan antara rekod kemasukan wang ke dalam akaun bank OCBC Plaintif dan Ekshibit P-1 yang telah diselenggara oleh Plaintif. - Penyata bank OCBC Plaintif bagi bulan Februari 2018, Februari 2019, Mac 2019, Julai 2019 dan November 2019 boleh dirujuk di Ikatan Dokumen Bersama, Lampiran 25 secara khususnya di muka surat 6-10. Tarikh Amaun (RM) 15-2-2018 2,000.00 2-2-2019 5,000.00 21-3-2019 5,000.00 16-7-2019 10,000.00 21-11-2019 10,000.00 [36] Berdasarkan Ekshibit P-1, Plaintif telah merekodkan sebahagian besar bayaran balik adalah dalam bentuk tunai dan oleh itu tidak semua transaksi dapat dikesan melalui penyata bank. Walau bagaimanapun, terdapat keselarasan yang jelas bagi bayaran yang direkodkan sepertimana dalam penyata bank dan Ekshibit P1. Keselarasan ini menunjukkan bahawa rekod tersebut bukanlah direka kemudian, tetapi merupakan catatan yang dibuat secara konsisten dari semasa ke semasa. [37] Persoalan sekarang adalah, adakah pembayaran balik sesuatu pihak ketiga dapat mengaktifkan semula had masa di bawah peruntukkan seksyen 26(2)? [38] Mahkamah merujuk kes Tenaga Nasional Berhad v. Pearl Island Resort Development Sdn Bhd [2017] 9 CLJ, Mahkamah Persekutuan telah memberi penjelasan berkenaan tafsiran Seksyen 26(2) dan sesuatu pihak ketiga selain daripada principal debtor: - "The Decision ... [40] Now, consider s. 26(2) of the Act. The first thing to note is that s. 26(2) of the Act uses the word 'person', which is a wider term, instead of the word, 'debtor'. This manifests a clear intention of the Legislature that the person liable or the person accountable under s. 26(2) of the Act may or may not be the principal debtor. It is plain and obvious that the said phrase covers a third party (other than the principal debtor) who makes payment in respect of the debt. Secondly, the phrase "the person liable or accountable therefor" should be read disjunctively as s. 26(2) of the Act uses the word 'or' instead of the word 'and'. So, the person liable for the debt or the person accountable therefor may or may not be the same person. It follows that the person (other than the principal debtor) may not be liable but may still be accountable for the debt or vice versa. It is a question of fact whether that person is a person liable or a person accountable for the debt." [39] Jadi berdasarkan peruntukan seksyen 26(2) Akta 254 serta prinsip yang digariskan dalam kes tersebut di atas, adalah jelas bahawa bayaran yang dibuat, sama ada oleh Defendan sendiri atau melalui pihak ketiga, di mana dalam kes ini pemilik Syarikat tersebut mempunyai hubungan keluarga dengan Defendan, adalah jelas bahawa hutang tersebut telah diakui secara berterusan sehingga bayaran terakhir yang dilakukan pada 30-9-2023. Hakikatnya, pembelaan had masa Defendan adalah tidak berasas dalam kes ini. Akta Keterangan 1950 ["Akta 56"] [40] Undang-undang adalah jelas bahawa sesiapa yang membuat penegasan, beban adalah terletak di atas orang yang membuat penegasan tersebut untuk membuktikannya. Seksyen 101, 102 dan 103 masing-masing menyatakan bahawa: - "Beban membuktikan