a common intention to commit the very offence of which the accused persons are sought to be convicted and (b) participation in the commission of the intended offence in furtherance of that common intention. Where the prosecution case rests on circumstantial evidence, the circumstances which are proved must be such as necessarily lead only to that inference. Direct evidence of a prior plan to commit an offence is not necessary in every case because common intention may develop on the spot and without any long interval of time between it and the doing of the act commonly intended. In such a case, common intention may be inferred from the facts and circumstances of the case and the conduct of the accused. (see the Supreme Court (of India) on Criminal Law 1950-1960 by J.K Soonavala page 188 to 193)”. Pertikaian Ketujuh: Samada pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah [107] Perayu gagal menimbulkan keraguan di dalam kes pendakwaan bersandarkan kepada keterangan-keterangan berikut: • Pembelaan Perayu bahawa mangsa tidak dikurung di dalam apartment tersebut adalah bersifat penafian semata-mata. • Penafian Perayu tidak boleh mengatasi keterangan positif yang diberikan oleh mangsa, SP3 dan SP4 bahawa mangsa telah dikurung di dalam apartment tersebut. Pintu apartment dikunci oleh Perayu dan Tertuduh Kedua. • Pembelaan Perayu bahawa mangsa mengurut badan pelanggan yang dicari oleh Tertuduh Kedua dengan Tertuduh Kedua mengambil 30% bayaran mengurut dan baki selebihnya diserahkan kepada mangsa adalah bersifat pemikiran terkemudian. Ini adalah kerana pihak pembelaan tidak pernah menimbulkan isu ini di peringkat kes pendakwaan, tidak pernah dicadangkan kepada mangsa dan hanya dibangkitkan buat pertama kali di tahap kes pembelaan. [108] Di dalam kes PP v. Li Lian Chen [1992] 1 CLJ Rep 285, Mahkamah Persekutuan memutuskan seperti berikut: “Indeed, it behoves the defence to do so (to put its case at the earliest possible stage) for we need hardly say that if a defence is sprung in court for the first time when the accused makes his defence from the witness box or the dock, so that the prosecution is taken by surprise, the accused runs the risk of being criticized for keeping his defence 'up his sleeve' so to speak, and it being branded as a recent invention.” [109] Di dalam kes Megat Halim Megat Omar v. PP [ 2009] 1 CLJ 154, Mahkamah Rayuan memutuskan seperti berikut: “Although in our criminal jurisprudence, there is no burden on an accused person to prove his innocence but merely for him to raise a reasonable doubt as to his guilt, it is trite that his defence should be put to the prosecution at an early stage during the prosecution case. Failure to do so may move the trial court to dismiss a particular line of defence as an afterthought, or a recent invention as happened in this case.” • Pembelaan Perayu dan Tertuduh Kedua bahawa mereka tidak menjalankan aktiviti pelacuran hanyalah suatu penafian semata-mata. Penafian Perayu ini tidak berupaya untuk mengatasi keterangan jelas mangsa dan SP4 bahawa mangsa telah diperdagangkan bagi maksud eksploitasi seks oleh Perayu dan Tertuduh Kedua. • Pembelaan Perayu dan Tertuduh Kedua bahawa motif mangsa mendakwa Perayu dan Tertuduh Kedua mengurung dan memaksa mangsa untuk bekerja sebagai pelacur kerana mereka tidak memberi wang kepada mangsa adalah bersifat penafian semata-mata. • Penafian Perayu tidak dapat mengatasi keterangan padu mangsa, SP3 dan SP4 bahawa Perayu dan Tertuduh Kedua telah mengunci dan mengurung mangsa di dalam apartment tersebut untuk eksploitasi seks. [110] Di dalam kes D.A Duncan v. PP [1980] 2 MLJ 195, Mahkamah Persekutuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Raja Azlan Shah CJ telah memutuskan seperti berikut: “The defence was, in effect, a simple denial of the evidence connecting the appellant with the four boxes. We cannot see any plausible ground for saying that the four boxes were not his. In the circumstances of the prosecution evidence, the High Court came, in our view, to the correct conclusion that this denial did not cast a doubt on the prosecution case against the appellant.” [111] Di dalam PP v. Lim Chooi Huat & Anor [2011] MLJU 852, Mahkamah memutuskan seperti berikut: “l am of the view that OKT2 is an unreliable witness and his evidence is unacceptable. OKT2's evidence was riddled with bare denials. And it is settled law that a bare denial is not a defence: see the Federal Court case of DA Duncan v PP [1980] 2 MLJ 196.” [112] Di dalam kes Thiagarajan Selvam v. PP (2014) 1 LNS 1796, Mahkamah Rayuan melalui penghakiman yang disampaikan oleh Mohtarudin Baki HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: “[14] Kami bersetuju sebulat suara, bahawa pembelaan hanyalah merupakan penafian semata-mata, ianya tidak berupaya menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Di dalam kes P.P. v. Ling Tee Huah (Supra): "A mere denial without other proof to reasonably dislodge the prosecution's evidence is not sufficient." Kesimpulan [113] Berdasarkan kepada kupasan di atas, penghujahan bertulis dan lisan oleh kedua-dua pihak, kami sebulat suara mendapati tidak terdapat sebarang merit di dalam rayuan ini untuk mewajarkan kami mengganggu dapatan terperinci yang telah dibuat Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana. Sabitan adalah selamat untuk dikekalkan. Rayuan Perayu terhadap sabitan ditolak. [114] Bagi hukuman pula, setelah kami mengambil pertimbangan faktor kepentingan awam dan mitigasi Perayu serta peranan yang dimainkan oleh Perayu di dalam kes ini yang dıdapati tidaklah seaktif Tertuduh Kedua, kami sebulat suara mendapati hukuman pemenjaraan selama sepuluh (10) tahun yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang bijaksana adalah terlalu tinggi. Hukuman kini dikurangkan kepada lima (5) tahun pemenjaraan berkuatkuasa dari tarikh hari ini iaitu 4 Januari 2024. Waran komital dikeluarkan. Wang jaminan sebanyak RM20,000.00 dikembalikan kepada penjamin. [115] Sayugia diperjelaskan bahawa pengurangan hukuman ini tidaklah bermaksud Mahkamah yang Mulia ini memandang ringan kesalahan dilakukan oleh Perayu ini. Tidak sama sekali. Tidak dinafikan bahawa kesalahan yang dilakukan ini adalah serius kerana mangsa telah ditipu, dimanipulasi sepenuhnya dan berada di bawah pengawasan ketat serta dipaksa melacurkan diri. Pengurangan tempoh hukuman pemenjaraan ini diberikan hanyalah setelah kami memberi pertimbangan teliti dan mendalam dari pelbagai sudut termasuklah peranan sandaran (backup role) yang dimainkan oleh Perayu membantu pelaku utama di dalam episod ini iaitu suaminya sendiri (Tertuduh Kedua). [116] Sebelum melabuh tirai penghakiman ini adalah penting untuk ditegaskan bahawa pemerdagangan manusia merupakan perhambaan zaman moden. Pemerdagangan manusia menimbulkan pelbagai ancaman dan meninggalkan kesan sosial yang teruk terhadap kebebasan seseorang, apatah lagi jika mangsa digunakan bagi maksud eksploitasi seks melalui jalan menggunakan kekerasan dan paksaan. [117] Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan meninggalkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Ia menjadi laluan kepada pelbagai permasalahan yang merangkumi pelacuran, buruh paksa, jenayah, jenayah berat dan perlanggaran hak asasi manusia. Krisis kemanusiaan melalui cara pemerdagangan manusia pasti mencemarkan imej negara di mata dunia, mengancam keselamatan dan keamanan negara dan menjejaskan hubungan diplomatik antara negara terbabit. [118] Menurut Pemerdagangan Manusia 2011 keluaran kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, Malaysia menjadi negara destinasi bagi banyak imigran dari luar negara khususnya dari Indonesia, Nepal, India, Thailand, China, Filipina, Burma, Kemboja, Bangladesh, Pakistan, dan Vietnam dengan tujuan untuk mencari peluang ekonomi yang lebih besar. Kenyataan ini amat meresahkan dan menakutkan. [119] Mengenai statistik kes pemerdagangan manusia di negara ini, kami ingin memetik kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Bin Nasarah semasa sesi Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat Kuala Lumpur pada 12 Mac 2024, bila beliau mengatakan seperti berikut: “Sebanyak 289 kes pemerdagangan manusia direkodkan di negara ini dalam tempoh 2022 hingga setakat tahun ini. Sebanyak 526 tangkapan dilakukan, dengan 992 mangsa diselamatkan dalam tempoh sama. Untuk tahun 2024 (setakat ini), sebanyak 38 kes pemerdagangan orang dan melibatkan 59 tangkapan. Sebanyak 141 orang diselamatkan." [120] Usaha gigih secara berterusan dan menyeluruh harus dilakukan sepantas kilat oleh pihak berkuasa bagi menangani dan membanteras jenayah pemerdagangan manusia daripada berleluasa supaya imej negara terpelihara dan tidak terjejas di mata dunia. [121] Adalah diharapkan agar hukuman pemenjaraan yang dikenakan kepada Perayu ini bisa menjadi pengajaran bernilai kepadanya supaya tidak menjerumuskan dirinya lagi di dalam industri seks ini semata-mata untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan melalui jalan yang singkat dan haram ini yang pada penghujungnya hanya mengundang padah dan kebinasaan pada dirinya sendiri dan keluarganya. Menangis berair mata darah sekali pun tidak akan membawa apa-apa erti lagi. [122] Hukuman ini juga menjadi suatu amaran keras kepada sesiapa sahaja yang mempunyai hasrat untuk bergelumang di dalam perniagaan yang tidak mempunyai nilai perikemanusiaan ini supaya berfikir sedalam air lautan sebelum terjebak di dalam kancah jenayah yang sangat menjijikkan ini. Harus beringat sebelum terjadi. Jangan jadi seperti ungkapan beberapa peribahasa melayu yang indah: “sudah kalah baru berkubu”; “sudah terhantuk baru terngadah”; dan “sudah kecurian baru mengunci pintu”. Tarikh: 23 September 2024 - Sgd - Azmi bin Ariffin Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia Kaunsel Bagi Perayu : Grace Nathan [Grace S. Nathan] Bagi Responden : Noorhisham Mohd Jaafar (Timbalan Pendakwa Raya)