Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO.: WA-44-87-05/2025 ANTARA YAP THIAM HUAT ...PEMOHON (NO. K/P: 840503-13-5727)
WA-44-87-05/2025
High Court of Malaysia25 Sept 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“guasa/Komanden, Pusat Karangan Kedah [2006] 4 CLJ 862, Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351; [2020] 1 CLJ 74, Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz and other cases [2021] MLJU 669 dan tidak perlu diulang atau diulas di sini. [3] Di dalam kes ini, Pemohon telah menimbulkan isu-isu ber”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KUALA LUMPUR DALAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR (BAHAGIAN JENAYAH) PERMOHONAN JENAYAH NO.: WA-44-87-05/2025 ANTARA YAP THIAM HUAT ...PEMOHON (NO. K/P: 840503-13-5727)
3
SARAWAK KETUA POLIS NEGARA ...RESPONDEN-RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN PENGENALAN [1] Ini adalah satu permohonan untuk mendapatkan Writ of Habeas Corpus oleh Pemohon yang telah ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak, S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA Bintulu, Sarawak untuk tempoh dua tahun melalui satu perintah bertarikh 06.03.2025 yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri (TMDN) di bawah seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (Akta) mulai dari tarikh yang sama. [2] Kedudukan dan prinsip undang-undang berkaitan permohonan Writ of Habeas Corpus adalah jelas sebagaimana yang dinyatakan di bawah seksyen 11C Akta dan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Kew Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914, Sathiyamurthi v Penguasa/Komanden, Pusat Karangan Kedah [2006] 4 CLJ 862, Chua Kian Voon v Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2020] 1 MLJ 351; [2020] 1 CLJ 74, Zaidi bin Kanapiah v ASP Khairul Fairoz and other cases [2021] MLJU 669 dan tidak perlu diulang atau diulas di sini. [3] Di dalam kes ini, Pemohon telah menimbulkan isu-isu berikut:
3
3.1. Pelanggaran terhadap prinsip keadilan asasi (natural justice) dalam proses penghasilan laporan lengkap siasatan oleh Pegawai Penyiasat di bawah seksyen 3(3) Akta;
3
3.2. Kelewatan selama 15 hari oleh Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri dalam mengemukakan laporan wajib di bawah seksyen 5(4) Akta tersebut kepada Menteri Dalam Negeri; dan
3
3.3. Wujudnya ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut dibaca Bersama seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 akibat kelewatan selama 23 hari S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri dalam mengeluarkan perintah tahanan tehadap Pemohon. KRONOLOGI [4] Untuk kemudahan, dinyatakan kronologi penahanan Pemohon sehingga tarikh Perintah Tahanan dikeluarkan:
23
23.01.2025 Pemohon ditangkap di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Miri, Sarawak.
24
24.01.2025 Insp. Stiffan Lawler Ating memberi kebenaran untuk Pemohon ditahan selama lebih daripada dua puluh empat
24
jam, selaras dengan kehendak seksyen 3(2) Akta.
25
25.01.2025 ASP Radzani bin Rasit memberi kebenaran untuk Pemohon ditahan selama lebih daripada empat puluh lapan (48) jam selaras dengan kehendak seksyen 3(2) Akta.
01
01.02.2025 Superintenden Nur Ashyikin binti Abdullah menerima fail kes dan melaporkan hal keadaan penangkapan dan penahanan Pemohon kepada SAC Mazleen binti Mohd Nasir, pegawai yang dilantik oleh Ketua Polis Negara di bawah seksyen 3(2)(c) Akta.
04
04.02.2025 SAC Mazleen binti Mohd Nasir melaporkan penangkapan dan penahanan Pemohon kepada Menteri Dalam Negeri. S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA
07
07.02.2025 Insp. Stiffan Lawler Ating Pegawai Penyiasat mengemukakan laporan lengkap penyiasatan di bawah seksyen 3(3) Akta kepada Menteri Dalam Negeri dan pegawai inkuiri Kementerian Dalam Negeri (KDN).
21
21.02.2025 Muhamad Ikmal Affandi bin Zulkifli, Pegawai Inkuiri KDN mengemukakan laporan lengkap bertulis di bawah seksyen 5(4) Akta bagi kes Pemohon kepada Menteri Dalam Negeri.
06
06.03.2025 Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri mengeluarkan Perintah Tahanan terhadap Pemohon di bawah seksyen 6(1) Akta. [5] Isu pertama, iaitu pelanggaran terhadap prinsip keadilan asasi (natural justice) dalam proses penghasilan laporan lengkap siasatan oleh Pegawai Penyiasat di bawah seksyen 3(3) Akta. [6] Kedua-dua pihak melalui afidavit yang difailkan mengakui bahawa pegawai dan dua (2) anggota polis yang merupakan sebahagian dari pasukan yang melaksanakan tangkapan terhadap Pemohon juga terlibat dalam siasatan yang dilakukan terhadap Pemohon. [7] Insp. Stiffan Lawler Ating, Pegawai Penyiasat untuk kes ini merupakan anggota pasukan yang melakukan tangkapan terhadap Pemohon bagi kes seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 manakala D/L/Kpl Ho Wee Siong yang juga anggota pasukan tangkapan kes LLPK terhadap Pemohon bertindak sebagai Jurubahasa ketika rakaman percakapan Pemohon dibuat oleh Insp. Stiffan Lawler Ating di bawah S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA seksyen 4 Akta dan D/L/Kpl Abang Mohd Syazuruan bin Abang Daud yang merupakan anggota pasukan yang sama pula bertindak sebagai pembantu pegawai perakam percakapan Pemohon ketika rakaman percakapan dibuat oleh Pegawai Penyiasat. [8] Peguambela Pemohon berhujah bahawa dalam keadaan ini, laporan yang disediakan di bawah seksyen 3(3) Akta adalah defektif kerana wujud tanggapan bahawa berlaku ketidakadilan dalam siasatan yang menjurus kepada siasatan berat sebelah yang bertentangan dengan prinsip keadilan asasi. Kes Sugenthiran a/l Paramasivam v Deputy Minister of Home Affairs, Malaysia & Ors [2024] 3 MLJ 34 iaitu keputusan dari Mahkamah Persekutuan dijadikan sandaran untuk menyokong hujahan ini. [9] Pihak Responden dalam hujahan balasan pula menegaskan bahawa isu ini bukanlah isu berkaitan ketidakpatuhan prosedur mandatori sepertimana kehendak seksyen 11C Akta yang dibaca bersama seksyen 11D Akta yang sama. Bersandarkan kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Lee Kew Sang v Timbalan Menteri Dalam Negeri, Malaysia & Ors [2005] 3 CLJ 914, dihujahkan yang sekiranya ia tidak dinyatakan di dalam mana-mana peruntukan undang-undang, maka ia bukanlah suatu keperluan prosedur mandatori dan bukanlah tugas mahkamah untuk mencipta suatu prosedur mandatori kerana perkara itu bukanlah fungsi mahkamah. [10] Meneliti afidavit yang difailkan oleh pihak-pihak berkaitan, didapati bahawa fakta mengenai ketiga-tiga pegawai dan anggota polis yang dinamakan oleh Pemohon, melaksanakan dwiperanan dalam kes ini tidak S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA pernah dinafikan malah diakui oleh mereka melalui afidavit masing-masing. [11] Persoalan yang ditimbulkan, adakah keadaan ini menjejaskan siasatan yang dilakukan dalam menghasilkan laporan di bawah seksyen 3(3) Akta. [12] Pemohon berhak untuk mendapatkan satu penyiasatan yang adil dilaksanakan terhadapnya. Pegawai Penyiasat yang diamanahkan untuk menjalankan siasatan untuk mendapatkan kebenaran kes Pemohon. Siasatan ini semestinya dijalankan dengan telus dan adil tanpa wujudnya sebarang tanggapan berat sebelah yang bertentangan dengan prinsip keadilan asasi. [13] Pengawai Penyiasat dalam kes ini merupakan pegawai yang terlibat di dalam tangkapan terhadap Pemohon bagi kes di bawah seksyen 39B ADB 1952, maka amatlah tidak wajar untuk beliau ditugaskan untuk menyiasat kes LLPK terhadap Pemohon. Beliau telah sedia mengenali Pemohon sebelum ini, begitu juga dengan dua anggota yang membantu beliau dalam merakam percakapan Pemohon yang merupakan sebahagian dari siasatan yang dilakukan. [14] Rujukan kepada afidavit Pemohon di para 10 juga mendapati terdapat dakwaan oleh Pemohon bahawa ketika dalam tahanan reman bagi kes di bawah seksyen 39B ADB 1952, dia telah diugut supaya mengaku dalam aktiviti pengedaran dadah oleh Insp. Stifann dan sekiranya enggan, satu fail kes LLPK akan dibuka. Perkara ini tidak pernah dinafikan oleh Insp. Stifann di dalam afidavitnya. Oleh itu, saya S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA mengangap perkara ini sebagai benar. Rujuk kes Ng Hee Thoong & Anor v Public Bank Berhad [1995] 1 CLJ 609. [15] Berasaskan kepada apa yang dinyatakan di atas, saya mendapati bahawa telah wujud satu tanggapan bahawa laporan di bawah seksyen 3(3) Akta yang disediakan oleh Insp. Stifann dan menjadi asas dalam keputusan yang dibuat oleh TMDN adalah berat sebelah, menjadikannya suatu pelanggaran terhadap prinsip keadilan asasi. [16] Dalam keadaan ini, saya bersetuju dengan hujahan peguam Pemohon bahawa isu ini mempunyai merit. [17] Bagi isu kedua, iaitu kelewatan selama 15 hari oleh Pegawai Siasatan Kementerian Dalam Negeri dalam mengemukakan laporan wajib di bawah seksyen 5(4) Akta tersebut kepada Menteri Dalam Negeri. [18] Afidavit pegawai Inkuiri di para 10 mengandungi penjelasan terperinci tindakan-tindakan yang diambil bermula dari kes dirujuk kepada beliau sehinggalah selesai penyediaan laporan di bawah seksyen 5(4) Akta. [19] Saya telah meneliti pernyataan ini dan mendapati bahawa penjelasan dan justifikasi yang diberikan adalah munasabah dan memutuskan bahawa tiada sebarang kelewatan dalam mengendalikan siasatan. Oleh itu, saya bersetuju dengan hujahan Peguam Persekutuan dan memutuskan bahawa isu ini tidak bermerit. Rujuk kes Redzuan Omar v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Another [2022] 1 LNS 880 dan Vignasevaran a/l John Joseph v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2021] 1 LNS 918. S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA [20] Bagi isu ketiga, iaitu wujudnya ketidakpatuhan terhadap peruntukan di bawah seksyen 6(1) Akta tersebut dibaca bersama seksyen 54(2) Akta Tafsiran 1948 dan 1967 akibat kelewatan selama 23 hari oleh TMDN dalam mengeluarkan perintah tahanan tehadap Pemohon. [21] Laporan di bawah seksyen 5(4) Akta telah diserahkan kepada TMDN pada 21.02.2025 dan TMDN telah mengeluarkan Perintah Tahanan pada 06.03.2025. [22] Tiada mana-mana peruntukan undang-undang khusus yang menghendaki Menteri melaksanakan budi bicara dan tanggungjawabnya untuk membuat keputusan serta merta sebaik sahaja menerima laporan yang berkaitan. [23] Jika perintah tahanan tersebut dikeluarkan dengan serta merta ataupun dalam tempoh yang terlampau singkat, akan timbul pula persepsi bahawa TMDN bertindak secara mekenikal tanpa memberikan pertimbangan yang sewajarnya dalam meneliti laporan-laporan yang diserahkan kepadanya. [24] Dalam keadaan ini, saya bersetuju dengan hujahan Peguam Persekutuan bahawa isu ini tiada merit. Rujuk kes Raja Kannan v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [202] CLJU 1060, N Ramakrishnan P Nagasamy v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2008] 7 CLJ 480 dan Kannan a/l Supramaniam v Timbalan Menteri Dalam Negeri Malaysia & Ors [2019] 1 LNS 1744. S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA
para
[25] Sebagai kesimpulan, saya mendapati bahawa terdapat merit dalam permohon ini di mana wujudnya pelanggaran terhadap prinsip keadilan asasi terhadap Pemohon. Oleh yang demikian, permohonan Writ of Habeas Corpus Pemohon adalah dibenarkan. Bertarikh: 24 Oktober 2025 AZHAR ABDUL HAMID Hakim Mahkamah Tinggi Jenayah 7 Kuala Lumpur Pihak-pihak: Peguam bagi Pihak Pemohon : Haziq Abdullah bin Abdul Aziz Azleen Farahanis binti Eizlan (Tetuan Haziq Aziz) Peguam bagi pihak Responden : Mohamad Firdaus bin Saidina Ali Peguam Kanan Persekutuan (Kementerian Dalam Negeri) S/N guiQwxBhvk6Z3r9XNipVA
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.