1
Pada 5.8.2021, perayu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dikenakan hukuman mati.
B-05-266-08/2021
Court of Appeal of Malaysia8 Aug 2023
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“umur hidup dan tidak kurang 12 sebatan rotan. Kami percaya representasi yang dibuat oleh perayu dan diterima oleh Jabatan Peguam Negara adalah berkaitan dengan hukuman sahaja. [34] Seksyen 3 Criminal Justice Act 1953 (Revised 1988) [Akta 345] mentafsirkan hukuman penjara seumur hidup sebagai pemenjaraan untuk tempoh 30”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
1
Pada 5.8.2021, perayu telah disabitkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan suatu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dikenakan hukuman mati.
2
Perayu merayu terhadap sabitan dan hukuman.
3
Pada tarikh rayuan perayu didengar oleh mahkamah ini pada 8.8.2023, kami telah dimaklumkan bahawa representasi peguam perayu telah diterima oleh Jabatan Peguam Negara. Mahkamah ini merekodkan bahawa perayu bersetuju sabitan di bawah seksyen 39B(1)(a) ADB 1952 dikekalkan. Hanya hukuman sahaja dipinda. Secara sebulat suara, kami mengenepikan hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Tinggi dan diganti dengan hukuman penjara 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan.
4
Pertuduhan terhadap perayu adalah seperti berikut: Bahawa kamu pada 13 Disember 2017 jam lebih kurang 9.40 pagi, bertempat di Sektor 5, Mesin No.7 Perlepasan Antarabangsa KLIA2, di dalam Daerah Sepang, di dalam Negeri Selangor, telah didapati mengedar dadah berbahaya iaitu 1581 gram ketamine, dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama.
5
Pada 13.12.2017, Konstabel Mohamad Farhan bin Md Nazir (SP3) sedang bertugas di sektor 5 mesin nombor 7 di Perlepasan Antarabangsa KLIA 2 bersama Konstabel Suria. Pada jam lebih kurang 9.40 pagi, SP3 melihat satu (1) lelaki Cina (perayu) sedang berjalan 3 menuju ke Walk Thru Metal Detector (WTMD) sambil menarik sebuah beg beroda jenama POLO berwarna coklat cair.
6
Selepas perayu melalui mesin WTMD, SP3 telah mendengar mesin tersebut berbunyi. SP3 kemudiannya memperkenalkan dirinya kepada perayu sebagai polis dan menjalankan pemeriksaan tubuh badan perayu.
7
Semasa SP3 membuat pemeriksaan tersebut, SP3 merasakan terdapat sesuatu melekat di kedua-dua belah peha dan betis perayu. SP3 telah meminta Konstabel Suria untuk memanggil Konstabel Jumashah bin Darrin (SP4) untuk menjadi saksi semasa SP3 membuat pemeriksaan teliti ke atas perayu.
8
SP3 telah membawa perayu ke bilik pemeriksaan polis bantuan di KLIA 2 untuk pemeriksaan teliti. Dengan disaksikan SP4, SP3 mengarahkan perayu membuka seluar jeans yang dipakainya. Apabila seluar dibuka, SP3 mendapati terdapat bungkusan warna putih dibaluti oleh pelekat lutsinar di kedua-dua belah peha dan betis perayu.
9
Daripada passport perayu, didapati perayu adalah warganegara Malaysia dan terdapat satu boarding pass atas nama perayu untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Taipei pada 13.12.2017.
10
Dengan menggunakan gunting, SP3 telah memotong dan membuka balutan plastik di kedua-dua peha dan betis perayu. Setelah dibuka balutan, SP3 mendapati:
i
terdapat 3 peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah di dalam balutan di peha kanan;
II
(ii) terdapat satu (1) peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah di dalam balutan di betis kanan;
III
(iii) terdapat 3 peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah di dalam balutan di peha kiri; dan
IV
(iv) terdapat satu (1) peket plastik lutsinar berisi serbuk putih disyaki dadah di dalam balutan di betis kiri. [11] Barang-barang kes yang disyaki dadah telah dianalisa oleh ahli kimia (SP5) sebagai ketamine seperti yang disenaraikan dalam Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan jumlah berat 1581.5 gram. [12] Oleh kerana kesemua dadah dijumpai terikat di kedua-dua peha dan betis perayu, Hakim Mahkamah Tinggi (HMT) memutuskan dadah adalah dalam milikan dan pengetahuan perayu. Perayu pula didapati dalam perjalanan membawa dadah dari Kuala Lumpur ke Taipei, Taiwan. Oleh itu, perbuatan perayu terjumlah kepada pengedaran dadah seperti yang ditafsirkan di bawah seksyen 2 ADB 1952. [13] Di akhir kes pendakwaan, HMT berpuashati bahawa semua elemen pertuduhan telah dipenuhi oleh pendakwaan dan memanggil perayu membela diri. Kes Pembelaan [14] Perayu memberi keterangan bersumpah. Selain daripada perayu, tidak ada saksi lain yang dipanggil memberi keterangan. [15] Versi perayu ialah pada awal Disember 2017, perayu telah dibawa oleh dua orang, masing-masing bernama Tai Yong Yee (Tai) dan Lui Tong Seng (Lui) ke Summerset Hotel di Petaling Jaya. Tai mempunyai boss yang dipanggil Kelvin. Perayu mengenali Tai dan Kelvin melalui aplikasi Wechat. [16] Pada 13.12.2017 jam lebih kurang 5.00 hingga 6.00 pagi, semasa berada di hotel, Tai dan Kelvin telah meminta perayu membawa masuk ke Taipei, Taiwan ubat untuk penternakan lembu dan untuk tujuan itu, perayu akan dibayar sebanyak RM1000.00. [17] Oleh kerana perayu memerlukan wang, perayu bersetuju dengan permintaan Tai dan Kelvin. [18] Selepas itu, Tai dan Kelvin mengikat bahan yang dikatakan ubat lembu di kedua-dua peha dan betis perayu. Perayu ada bertanya kepada Tai dan Kelvin kenapa ubat lembu perlu diikat dipeha dan betis. Kelvin memberitahu perayu bahawa jika bahan tersebut dibawa masuk secara terus ke Taipei, cukai yang tinggi akan dikenakan. [19] Setelah selesai mengikat bahan tersebut dikedua-dua peha dan betis perayu, Kelvin telah menempah kereta grab untuk membawa perayu ke KLIA 2. Hanya perayu seorang sahaja yang menaiki kereta grab ke KLIA 2. [20] Semasa perayu ditangkap di KLIA 2, beliau memberitahu polis bahawa barang yang diikat di kedua-dua peha dan betis beliau itu diberikan oleh Kelvin dan Tai dan beliau tidak tahu barang tersebut adalah dadah. Dalam bahasa mudah, perayu kata beliau adalah ‘innocent carrier’. [21] Di akhir kes pembelaan, HMT memutuskan perayu telah memilih untuk membutakan matanya untuk melihat barang yang diikat dikedua-dua peha dan betisnya adalah dadah. Oleh itu, pembelaan ‘innocent carrier’ amat sukar untuk dipercayai dan ditolak. Perayu disabitkan dengan kesalahan. Rayuan [22] Perayu memberikan 17 alasan rayuan di dalam petisyen rayuan. Kesemua alasan boleh diringkaskan kepada tiga alasan berikut:
i
Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila menolak pembelaan ‘innocent carrier’.
II
(ii) Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila gagal membuat inferen bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta Keterangan 1950 terhadap pendakwaan kerana gagal memanggil ‘Kelvin” dan “Tai” memberi keterangan di mahkamah.
III
(iii) Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf apabila tidak menggunapakai seksyen 39B(2A) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi mengenakan hukuman alternatif iaitu penjara seumur hidup dan sebatan rotan. [23] Sebenarnya, pada masa rayuan perayu didengar, peguambela perayu tidak membuat apa-apa hujahan atas sabitan. Isu Innocent Carrier [24] Keterangan perayu mengenai innocent carrier adalah seperti berikut:
a
Perayu bersetuju beliau sendiri melihat barang yang diikat dikedua-dua peha dan betisnya berbentuk kristal.
b
Kelvin dan Tai tidak memberitahu beliau bentuk ubat lembu. Beliau juga tidak tahu rupa bentuk ubat lembu.
c
Beliau percaya sepenuhnya kepada Kelvin dan Tai yang mengatakan barang yang dibawa perayu itu adalah ubat lembu.
d
Sepanjang masa barang tersebut diikat dipeha dan betisnya, perayu tidak ada perasaan ingin tahu dan curiga sama ada barang yang dibawanya adalah dadah walaupun beliau mempunyai cukup masa dan peluang untuk membuka ikatan dan melihat apa sebenarnya barang yang yang dibawanya.
e
Semasa tangkapan, bila ditanya oleh polis apa barang yang diikat di peha dan betisnya, perayu mengatakan beliau tidak tahu macam mana nak jawab. Pada masa itu, perayu tidak pernah memberitahu SP3 bahawa barang yang dibawanya itu adalah ubat lembu. [25] Pembelaan innocent carrier ini mesti dipertimbangkan bersama dengan konsep ‘wilful blindness’. Perkara ini dinyatakan oleh Mahkamah Rayuan dalam kes Hoh Bon Tong v PP [2010]5 ML J 240 seperti berikut: “The defence of innocent carrier must necessarily bring into the picture the concept of wilful blindness”. [26] Dalam kes PP v Herlina Purnama Sari [2017] 1 MLRA 499, Mahkamah Persekutuan menjelaskan konsep wilful blindness seperti berikut: “[47] Most of the cases where the concept was held to apply concerned cases in which the accused was asked to carry certain articles, or a package, or a bag, or to swallow certain items. In these circumstances, where the request to do any of those things mentioned would be such as would arouse the suspicion of a reasonable person as to the contents, it was upon the accused to make sufficient inquiries so as to dispel or to set straight such suspicions. Should the accused not make any or any sufficient inquiries under those circumstances, the concept of wilful blindness would apply so as to fasten upon him or her the necessary knowledge as to the nature of those contents. In other words, if he deliberately ‘shuts his eyes’ to the obvious, because he ‘doesn’t want to know’, he is taken to now.” [27] Berbalik kepada kes perayu. Kami mendapati HMT membuat keputusan yang betul bila memutuskan wilful blindness terpakai terhadap perayu kerana perayu sengaja membutakan matanya apabila tidak ingin tahu barang yang dibawanya adalah dadah. Perayu tidak bertanya kepada Kelvin dan Tai sama ada barang yang dibawanya adalah dadah. Satu-satunya soalan yang ditanya oleh perayu kepada Kelvin dan Tai ialah kenapa perlu mengikat barang tersebut di peha dan betisnya. Jawapan mereka ialah untuk mengelakkan dikenakan cukai yang tinggi apabila sampai di Taipei, Taiwan. [28] Atas fakta dan keadaan kes ini, kami bersetuju dengan keputusan HMT bahawa perayu bukanlah innocent carrier. Perayu sendiri memilih untuk menutup mata sebab tidak mahu tahu barang yang dibawanya adalah dadah. Di bawah undang-undang, perayu dikatakan tahu barang yang dibawanya adalah dadah. Oleh itu, kami mendapati tidak ada apa-apa kekhilafan yang dilakukan oleh HMT mengenai isu innocent carrier. Isu Kegagalan Pendakwaan Memanggil Kelvin Dan Tai [29] Semasa di soalbalas oleh peguam perayu, pegawai penyiasat kes (SP6) bersetuju bahawa pada hari kejadian, Tai Yong Yee (Tai) juga ditangkap dan dadah ada bersamanya. Tetapi, hasil siasatan SP6, perayu memaklumkan kepada pegawai tangkapan bahawa dadah bukan diberikan oleh Tai, tetapi oleh Kelvin. [30] Mengenai Kelvin pula,SP6 bersetuju perayu ada memberikan kepada beliau WeChat antara Kelvin dan perayu. Menurut SP6, WeChat didaftarkan dengan menggunakan username. Tidak ada butiran lanjut yang boleh didapati seperti nombor telefon untuk SP6 mengesan Kelvin. [31] Dalam keadaan tidak ada butiran lengkap Kelvin dan Tai diberikan oleh perayu kepada pendakwaan, mana mungkin pendakwaan boleh memanggil kedua-dua penama ini sebagai saksi atau menawarkan mereka kepada pembelaan. Atas sebab ini sahaja, kami mendapati permohonan perayu supaya mahkamah membuat inferen bertentangan di bawah seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 terhadap pendakwaan kerana gagal memanggil Kelvin dan Tai sebagai saksi adalah tidak bermerit dan ditolak oleh mahkamah ini. Isu Hukuman Alternatif [32] Dengan penggubalan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 (Akta 846) yang diwartakan pada 16.6.2023, seksyen 39B (2A) dan 39B (2B) telah dipotong. Oleh itu, permohonan perayu supaya mahkamah mengenakan hukuman alternatif di bawah seksyen 39B (2A) tidak boleh dilayan kerana seksyen 39B (2A) telah dimansuhkan. [33] Sebaliknya, dengan pindaan di bawah Akta 846, hukuman alternatif yang boleh dikenakan oleh mahkamah di bawah seksyen 39B(2) ialah penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan rotan. Kami percaya representasi yang dibuat oleh perayu dan diterima oleh Jabatan Peguam Negara adalah berkaitan dengan hukuman sahaja. [34] Seksyen 3 Criminal Justice Act 1953 (Revised 1988) [Akta 345] mentafsirkan hukuman penjara seumur hidup sebagai pemenjaraan untuk tempoh 30 tahun. [35] Oleh itu, kami sebulat suara mengenepikan hukuman mati yang dikenakan oleh HMT dan menggantikannya dengan hukuman penjara selama 30 tahun dari tarikh tangkap dan 12 sebatan rotan. Kesimpulan [36] Fakta kes ini jelas membuktikan bahawa perayu adalah pengedar dadah. Sabitan adalah selamat. Oleh itu, rayuan terhadap sabitan ditolak. Hukuman seperti yang dinyatakan di atas. Bertarikh: 4 September 2023 - SGD - Hadhariah binti Syed Ismail Hakim Mahkamah Rayuan Bagi Perayu : Hisham Nazir; Tetuan Hisham Nazir & Co Bagi Responden :
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.