Prosiding di bawah seksyen ini tidak terhenti semata-mata oleh sebab kematian mana-mana pihak dalam prosiding itu." [36] Merujuk kepada peruntukan seksyen 99 KTJ di atas, pada pandangan Mahkamah ini terdapat 2 isu yang perlu dipertimbangkan dan dibuktikan oleh pemohon. Pertama adakah berkemungkinan berlakunya pecah keamanan dan pertikaian terhadap pemilikan premis yang telah didirikan kuil oleh pihak Responden. Keputusan kes Chung Chee Choy & Ors vs. CheeMun Ming [2023] 10 CLJ 924 memutuskan seperti berikut di bawah: [5] Section 99(1) of the CPC mandates a two-stage process. First, the Magistrate must be convinced that the complaint is about immovable property and will cause a breach of the peace. After the first step, the learned Magistrate will issue a preliminary order under s. 99(1) of the CPC. The second stage, consists of calling the parties for an inquiry under sub-s. (4) of s. 99 to determine, without reference to the merits of the claims of any of the parties to a right to possess the said disputed land, but to peruse the statements so put in, hear the parties, receive the evidence produced by them respectively, consider the effect of such evidence, take such further evidence, if any, as the Magistrate thinks necessary, and if possible, decide whether any of the parties are in actual possession. Followed by this determination the Magistrate will issue a final order under sub-s. (6), declaring the party entitled to retain possession of it until evicted by law and forbidding all disturbance of such possession until such eviction. These provisions do not grant the Magistrate the authority to decide the competing rights and interests of the parties concerning the said disputed land. The Magistrate's duty is limited to declaring and maintaining possession by a party found to be in actual possession upon inquiry. The effect of final order is temporary in nature, in that to maintain status quo pending their rights being determined by the civil court of competent jurisdiction. Having said that, the question of actual possession under s. 99 of the CPC, is to be decided by the Magistrate without regard to the merits of the claim to the right to possess." SAMA ADA TERDAPAT KEMUNGKINAN BERLAKUNYA PECAH KEAMANAN [37] Pihak pemohon semasa berhujah di Mahkamah, mengatakan adalah agak mustahil untuk pecah keamanan berlaku di atas tanah mereka, kerana semasa penguatkuasaan dijalankan oleh pihak berkuasa, segala struktur termasuklah kuil dan berhala-berhala telah dimusnahkan sehingga tiada lagi tersisa dan tertinggal di atas tanah tersebut. Jadi bagaimanakah pihak responden boleh memasuki tanah mereka sehingga menyebabkan berlakunya pecah keamanan, memandangkan tiada lagi kuil yang berada di situ. [38] Oleh yang demikian Majistret telah khilaf apabila gagal membuat pertimbangan yang sewajarnya bahawa terdapat kemungkinan berlakunya pecah keamanan di atas tanah tersebut. Malah tindakan Majistret dalam membenarkan permohonan Responden adalah merupakan satu perlanggaran undang-undang yang serius apabila membenarkan pencerobohan yang dilakukan oleh Responden secara berlarutan sehingga memprejudiskan terhadap keadilan dan hak Pemohon sebagai pemilik berdaftar di atas tanah tersebut. ADAKAH TERDAPAT PERTIKAIAN TERHADAP PEMILIKAN DI ATAS TANAH TERSEBUT [39] Merujuk kepada status tanah yang didirikan kuil tersebut, adalah jelas dan nyata bahawa tanah tersebut telah diberi milik kepada Pemohon dan telah didaftarkan mengikut peruntukan undang-undang yang berkaitan dan sedang berkuat kuasa di Malaysia. Pihak Responden berhujah bahawa penggubalan seksyen 99 KTJ ini adalah in pari materia dengan undang-undang yang digubal di India. Mahkamah ini berpandangan isu berkaitan pemilikan tanah di Malaysia adalah dikawal di bawah peruntukan AKTN yang menggunapakai sistem Torrens iaitu suatu sistem pendaftaran tanah, yang sangat jauh berbeza dan tidak sama dengan undang-undang tanah di India. Oleh yang demikian dalam menimbangkan isu pemilikan tanah di Malaysia, adalah wajar untuk merujuk kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada yang berkaitan dalam menentukan pemilikan di atas tanah yang menjadi pertikaian. [40] Isu berkaitan pemilikan sewajarnya tidak timbul terhadap tanah yang mempunyai hak milik berdaftar. Seperti di dalam kes ini, Majistret telah khilaf apabila membenarkan untuk permohonan ini didengar tanpa mengambil kira status tanah tersebut. Keadaan menjadi lebih serius lagi apabila Majistret telah enggan membenarkan pihak Pemohon untuk mencelah di bawah peruntukan subseksyen 99(5) KTJ. [41] Majistret telah gagal untuk memberikan sebab yang munasabah mengapakah beliau tidak membenarkan permohonan oleh Pemohon. Kegagalan majistret tersebut sekaligus telah menafikan hak Pemohon sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut seperti yang telah dinyatakan di bawah Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. [42] Pada pandangan Mahkamah ini, isu pemilikan yang dituntut oleh Responden adalah tidak berasas dan tidak dapat dipertahankan memandangkan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia tidak mengiktiraf kependudukan dan keberadaan kuil di atas tanah Pemohon walaupun ia telah dibina sebelum pihak Pemohon telah diberi hak milik berdaftar di bawah KTN. Yang lebih penting di dalam permohonan semakan ini, pihak Pemohon dengan jelas telah menyatakan mereka sama sekali tidak mempersetujui tanah mereka terus diceroboh dengan keberadaan kuil berserta semua aktiviti yang berkaitan kuil tersebut oleh Responden di atas tanah mereka dan meminta Responden untuk keluar dari tanah mereka. KESIMPULAN [43] Pada pandangan Mahkamah ini, sewajarnya Majistret tidak membenarkan permohonan oleh Responden dari awal lagi. Mahkamah ini mendapati Responden tidak mempunyai asas permohonan (locus standi) dan tidak mempunyai merit di dalam permohonannya. Jika kes ini dibenarkan berpanjangan, maka ia adalah merupakan perlanggaran undang-undang yang serius dan perlanggaran peruntukan Perlembagaan yang menjamin hak ke atas harta yang dimiliki dan menjamin hak milik eksklusif seseorang pemilik berdaftar. Perlu diingat kes ini bukanlah melibatkan pengambilan tanah yang dikawal selia di bawah peruntukan akta yang berbeza iaitu Akta Pengambilan Tanah 1960 yang membolehkan tanah diambil oleh pemilik tanah berdaftar. Oleh itu hak seseorang pemilik tanah berdaftar di dalam kes ini masih utuh dan dijamin oleh Perlembagaan. [44] Mahkamah in berpandangan permohonan Responden di bawah seksyen 99 KTJ ini adalah wajar ditolak oleh Majistret dan seterusnya perintah yang dikeluarkan oleh Majistret di bawah seksyen 99(1) KTJ adalah salah dan tidak selamat serta memperjudiskan hak Pemohon sebagai pemilik berdaftar tanah tersebut. KEPUTUSAN [45] Di atas alasan yang dinyatakan di atas, Mahkamah ini telah berpuas hati bahawa permohonan Pemohon adalah berasas dan mempunyai merit. Oleh yang demikian Mahkamah ini membenarkan permohonan Pemohon dan mengenepikan Perintahyang dikeluarkan oleh Majistret di bawah seksyen 99(1) KTJ pada 13 Mac 2026. [46] Perintah yang dikeluarkan oleh Majistret di bawah seksyen 99(1) KTJ adalah tidak selamat dan memprejudiskan hak Pemohon. Seterusnya perintah yang dikeluarkan oleh Majistert adalah terbatal dan tidak mempunyai kuat kuasa undang-undang serta tidak berpelembagaan. Bertarikh: 16 MEI 2026 (SURIYATI HASIMAH BINTI MOHD HASHIM) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam KAUNSEL : PERAYU: Muhammad Hariz bin Md Yusoff (TETUAN HARIZ SYAKINAH) RESPONDEN: N. Rajesvaran a/l K. Nagarajan (TETUAN RAJ & SACH)