(d) kebarangkalian wujud pecah aman atau wujud pecah aman apabila Majistret gagal mendapati wujudnya kebarangkalian wujud pecah aman atau wujud pecah aman dengan cara Responden gagal memuaskan Mahkamah berkenaan maklumat terkandung di dalam lampiran-lampiran aduan Pengadu bagi mewujudkan locus standi Pengadu. [10] Bahawa Majistret telah gagal mengambil kira nas duluan mengikat dalam penentangan sebelah pihak (opposed ex-parte) dan peruntukan di bawah seksyen 99(5) KTJ. [11] Bahawa Majistret telah gagal memenuhi kehendak ketat seksyen 99(1) KTJ apabila Majistret telah membuat dapatan jelas dan nyata kepada pihak-pihak berkenaan milikan kepada tanah yang kononnya menjadi pertikaian. [12] Bahawa Majistret telah terkhilaf dalam sudut prosedur undangundang kepada pematuhan prinsip undang-undang dalam memastikannota prosiding tepat dan tidak bercanggah dengan rakaman CRT Mahkamah di bawah seksyen 272 KTJ secara am dan khusus kepada seksyen 272E dan/atau 272F KTJ; dan [13] Bahawa Majistret telah terkhilaf dalam sudut prosedur undangundang di bawah seksyen 99(1) KTJ dalam memastikan sebab-sebab Majistret berpuas hati kepada Aduan Pengadu (Responden) untuk ditulisdengan nyata di dalam Perintah tersebut. ALASAN RESPONDEN [14] Alasan pihak Pemohon adalah tidak bermerit apabila aduan mereka adalah melibatkan perkara yang berkaitan pendedahan kesilapan bidang kuasa Mahkamah, perkara yang menyalahi undang-undangatau apa-apa penyelewengan yang memerlukan campur tangan oleh Mahkamah Tinggi. [15] Permohonan semakan oleh Pemohon adalah salah anggap dan dan tidak bermerit. Pihak Pemohon gagal untuk menunjukkan apa-apa perkara yang istimewa (any exceptional cirumstances) yang memerlukan campur tangan Mahkamah Tinggi untuk meneruskan semakan kehakiman. Sewajarnya, semakan sekarang ini sepatutnya ditolak begitu sahaja. [16] Sewajarnya bidang kuasa Mahkamah yang mendengar permohonan ini adalah terhad kepada membetulkan jika secara jelas terdapat penyelewengan keadilan yang timbul dari perlanggaran undangundang, ketidakaturan prosedur atau ketidakwajaran yang memerlukan pemeriksaan semula. Secara jelasnya tidak ada asas untuk membolehkan Mahkamah Tinggi untuk campur tangan. ISU [17] Adakah permohonan Responden di Mahkamah Majistret adalah berasas dan mempunyai locus standi untuk membolehkan permohonannya didengar oleh Majistret. [18] Adakah keputusan Majistret adalah selamat adil dan tidak memprejudiskan pihak Pemohon di dalam membuat pertimbangan di bawah seksyen 99 KTJ. KUASA MAHKAMAH TINGGI DI DALAM MENDENGAR RAYUAN [19] Di dalam hujahan Responden, Mahkamah ini akur akan dapatan bahawa campur tangan oleh Mahkamah Tinggi haruslah dilakukan dengan hati-hati kerana Mahkamah Tinggi tidak mempunyai peluang untuk mendengar keterangan dan melihat demeanor atau tatakelakuan oleh saksi-saksi yang memberi keterangan di mahkamah semasa perbicaraan. [20] Namun begitu, Mahkamah yang mendengar terhadap permohonan semakan ini mempunyai hak untuk mencampuri dan memperbetulkan keputusan dan dapatan oleh Mahkamah Bicara jika ia adalah salah dan tidak adil kepada Pemohon. [21] Mahkamah ini merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Rayuan, Mohd Yusri Mangsor v. PP [2014] 7 CLJ 897 yang memutuskan seperti berikut: [4] We have heard learned counsel for the appellants and learned Deputy Public Prosecutor ("DPP") at some length. We have also scrutinised the records available before us. We are mindful that thisis a factual based appeal. It is trite that an appellate court will be slow to interfere with the findings of facts and judicial task ofevaluation of the evidence. However, there are exceptions. Where: a) The judgment is based upon wrong premise of fact or of law; b) There was in sufficient judicial appreciation by the trial judge of the evidence of circumstances placed before him; c) The trial judge has completely overlooked the inherent probabilities of the case; d) That the course of events affirmed by the trial judge could not have occurred; e) The trial judge had made an unwarranted deduction based on faulty judicial reasoning from admitted or established facts; or f) The trial judge had no fundamentally misdirected that one may safely sat that no reasonable court which had properly directed itself and asked the correct questions would have arrived at the same conclusion, then an appellate court will intervene to rectify that error so that injustice is not occasioned." [22] Di dalam kes Public Prosecutor v. Hoo Chee Keong [1997] 2 CLJ Supp 357 juga dengan jelas telah memutuskan seperti berikut: "As this appeal involves certain findings of fact made by the learned Sessions Judge I shall consider the extent to which an appellate Court can interfere with such finding. In an appeal involving a question of fact, the proper criterion is that the appellant must satisfythe appellate Court that the judgement was grossly against the weight of the evidence (see PP v. Ma'Ariff [1969] MLJ 65). A Magistrate should discuss the evidence and the probabilities arising from the circumstances of the case. The reasons for his findings should be stated. The grounds should indicate that he hadin fact applied his mind to the evidence produced in the case. If he does not do so the judgment will be rendered defective (see PP v.Abang Abdul Rahman [1982] 1 MLJ 346). Having given due regardto the findings of fact of the lower Court n appellate Court is not precluded from looking at the matter afresh (see Muhammad Shariff v. PP [1964] MLJ 346). This can arise where the trial Court has overlooked or failed to take into account or give proper weight to or draw proper inferences from the evidence presented which otherwise might have resulted in a different conclusion (see Yusoff bin Kassim v. PP[1992] 2 MLJ 183). In Periasamy v. PP [1966] 1MLJ 66 the Federal Court adopted the principle enuciated by Viscount Cave LC in Mersey Docks & Harbour Board v. Proctor [1923] AC 258 in the following terse terms;” [23] Pada pandangan Mahkamah ini, berdasarkan fakta kes ini dan merujuk kepada keputusan kes Mohd Yusri Mangsor v. PP (supra) dan Public Prosecutor v. Hoo Chee Keong (supra), Mahkamah ini adalah dibolehkan untukmencampuri terhadap penemuan fakta dan penilaian yang dibuat oleh Majistret yang gagal menjalankan tugas kehakimannya. PERMOHONAN RESPONDEN DI MAHKAMAH MAJISTRET ADALAH TIDAK BERASAS 'LOCUS STANDI' UNTUK MEMBOLEHKAN PERMOHONANNYA DIDENGAR OLEH MASJISTRET. [24] Pada dasarnya permohonan Responden di Mahkamah Majistret di bawah seksyen 99 KTJ ini adalah sesuatu yang tidak berasas 'locus standi' untuk membolehkan ia didengar dan diputuskan oleh Majistret terpelajar. [25] Mahkamah ini merujuk adakah tindakan Majistret dalam mendengar aduan oleh Responden ini, adakah aduan Reponden tersebut adalah berasas. Mahkamah ini merujuk kepada definisi yang dinyatakan 'aduan' di bawah seksyen 2 KTJ ini seperti berikut: "Definisi 2.(1) Dalam Kanun ini - "Aduan" ertinya pengataan yang dibuat secara lisan atau secara bertulis kepada Majistret supaya di dapat menjalankan tindakan di bawah Kanun ini bahawa segelintir orang, sama ada dikenali atau pun tidak, telah melakukan atau didapati bersalah atas sesuatu kesalahan;" [26] Merujuk kepada definisi 'Aduan' tersebut di atas, Majistret sewajarnya membuat pertimbangan dalam menilai dan membenarkan permohonan Responden. Majistret telah terkhilaf dan gagal dalam menjalankan tugas-tugas kehakimannya, apabila Majistret gagal memberikan pendengaran secara adil kepada pihak-pihak yang berkepentingan serta telah memprejudiskan pihak Pemohon yang merupakan pemilik berdaftar terhadap tanah yang telah didirikan kuil oleh Responden. [27] Mahkamah merujuk kepada aduan yang dikemukakan oleh Responden, adakah aduan yang dikemukakan oleh Responden adalah sesuatu yang selaras atau bertentangan dengan peruntukkan undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia terutamanya undang-undang yang berkaitan dengan peruntukan yang berkaitan dengan tanah iaitu Akta Kanun Tanah Negara (pindaan) 2016 (AKTN). [28] Merujuk kepada fakta kes, Pemohon merupakan pemilik yang sah dan berdaftar terhadap tanah yang didirikan kuil oleh Responden. Fakta ini telah diakui sendiri oleh pihak Responden dan mereka tidak sama sekali menafikan atau mencabar terhadap hak milik berdaftar tanah tersebut adalah didaftarkan atas nama Pemohon. Rujukan kepada peruntukan seksyen 340 AKTN, telah mengiktiraf bahawa pemilik berdaftar ke atas sesuatu tanah adalah memiliki hak milik yang tidak boleh disangkal dan oleh itu mempunyai hak eksklusif di atas tanah yang dimilikinya. [29] Merujuk kepada AKTN, hak eksklusif tanah yang dimiliki oleh Pemohon adalah merupakan hak yang telah dinyatakan di bawah seksyen 44 AKTN. Pemilikan eksklusif ini telah memberikan Pemohon sesuatu hak sebagai pemilik berdaftar yang mempunyai hak mutlak untuk menggunakan, menikmati dan mengawal permukaan tanah, ruang udara di atas, serta tanah di bawah tanahnya, mengikut had yang telah ditetapkan di dalam AKTN ini. [30] Mahkamah ini turut merujuk kepada peruntukan yang dinyatakan di dalam AKTN terhadap hak-hak Pemohon sebagai tuan tanah yang berdaftar, adalah jelas bahawa Pemohon mempunyai hak sebagai tuan tanah yang telah dijamin di bawah AKTN dan juga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Sudah terang lagi bersuluh, keberadaan kuil Responden yang didirikan di atas tanah Pemohon adalah sama sekali tidak dipersetujui oleh Pemohon, seterusnya terjumlah kepada penafian hak Pemohon yang telah diperuntukan di bawah AKTN dan Perlembagaan Persekutuan seperti yang dinyatakan berikut: "Hak terhadap harta