(iv) Bayaran jual beli hendaklah dibayar oleh pembeli iaitu defendan kepada pihak pencelah selaku penjual. [35] Mahkamah ini turut merujuk para 7 Pernyataan Pembelaan bertarikh 6.4.2023 yang memplidkan perjanjian jual beli bertarikh 30.12.2013 antara plaintif dengan pihak pencelah tidak pernah dibatalkan. [36] Pada hemat Mahkamah ini, pernyataan fakta tersebut memberi ruang kepada pihak pencelah untuk mencelah. Fakta yang jelas adalah defendan merupakan pembeli dan pihak pencelah ialah penjual. Dalam tuntutan yang ingin dibawa oleh pihak pencelah ia berkaitan aset bernilai RM90,000,000.00 berikutan tindakan defendan menamatkan perjanjian. [37] Bahkan Perjanjian jual beli secara tiga pihak dalam mukasurat 102 Afidavit Sokongan khasnya klausa 8 juga memperuntukkan tentang default by purchaser. [38] Selain itu, Mahkamah juga mendapati pliding-pliding yang difailkan oleh plaintif dan defendan telah memplidkan pihak pencelah dan penglibatan pihak pencelah dalam Perjanjian Jual Beli bertarikh 30.12.2013. Ini dapat dilihat melalui perenggan 4 dan 5 Pernyataan Tuntutan dan perenggan 7 pernyataan pembelaan. S/N scyyEXZvpEmkvkCvb3I/OQ [39] Mengambil panduan daripada prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Hong Leong Bank Berhad v Staghorn Sdn Bhd & Other Appeals [2008] 2 CLJ 121 (supra), Mahkamah ini hanya perlu menilai afidavit-afidavit dan memutuskan sama ada kebenaran mencelah wajar diberikan atau tidak, tanpa perlu membuat dapatan fakta. [40] Selanjutnya, dengan adanya dua perjanjian yang dimasuki secara tiga pihak oleh plaintif, pihak pencelah dan defendan adalah sukar bagi Mahkamah ini menerima pendirian plaintif dan defendan bahawa kepentingan pihak pencelah tidak akan terjejas jika pertikaian antara plaintif dan defendan diteruskan tanpa pihak pencelah dijadikan pihak dalam guaman ini. [41] Apatah lagi perjanjian penyelesaian yang melibatkan tiga pihak tersebut dimasuki bertujuan untuk menyelesaikan wang yang terhutang oleh pihak pencelah kepada plaintif. Fakta ini telah diplidkan oleh plaintif dalam perenggan 6 Pernyataan Tuntutan. [42] Mahkamah ini turut berpandangan, kewujudan perjanjian-perjanjian secara tiga pihak meletakkan kedudukan pihak pencelah sebagai mempunyai legal interest secara langsung dalam kes melibatkan plaintif dan defendan di sini. Ia selari dengan keputusan dalam kes In the case of Imej Muhibah Sdn Bhd v Pintar Asiamas Sdn Bhd & 8 Ors and Chester Perak Holdings Sdn Bhd & Anor [2017] 1 LNS 1055 yang menitikberatkan keperluan pihak pencelah menunjukkan dalam afidavit tentang adanya legal interest dan bukan sekadar commercial interest. S/N scyyEXZvpEmkvkCvb3I/OQ [43] Saya berpandangan, kepentingan undang-undang yang menjadi asas perlunya pihak pencelah dijadikan pihak dalam guaman di sini turut dapat dilihat melalui perjanjian jual beli melibatkan kesemua 322 unit apartment di Water City Resort yang telah dijual oleh plaintif kepada pihak pencelah. Persoalan sama ada perjanjian tersebut telah ditamatkan atau tidak semasa perjanjian secara tiga pihak dimasuki wajar dibentangkan semasa bicara penuh. Peluang untuk didengar harus diberi kepada pihak pencelah untuk mengelak ketidakadilan. [44] Oleh itu, penghujahan plaintif yang membantah permohonan pihak pencelah kerana tiada kepentingan undang-undang pada pandangan Mahkamah ini adalah tidak bermerit. [45] Mahkamah juga merujuk terma dalam perjanjian tiga pihak tersebut yang memberi implikasi kepada pembayaran all outgoing expenses oleh pihak pencelah. Ekshibit G-11 dalam kandungan 13 iaitu Proof of Debt General Form yang ditandatangani oleh Datuk Yusof bin Hj Jantan mewakili plaintif mengakui setakat 5.4.2021 pihak pencelah telah terhutang kepada plaintif sejumlah RM2,195,654.324 bagi fi penyelenggaraan dan sinking funds menurut Perjanjian Jual Beli bertarikh 30.12.2013 dan Settlement Agreement bertarikh 28.5.2019. [46] Mahkamah ini berpandangan, Ekshibit G-11 tersebut konsisten dengan penegasan pihak pencelah yang juga berterusan membayar cukai pintu dan cukai tanah bagi hartanah tersebut. Pada hemat Mahkamah ini, prinsip dalam kes Arab Malaysian Merchant Bank Bhd v Dr Jamaludin Dato’ Mohd Jarjis (supra) bahawa “the effect of which is to include any case in which the intervener is directly affected not S/N scyyEXZvpEmkvkCvb3I/OQ only in his legal rights but in his pocket” adalah tepat terpakai kepada pihak pencelah. [47] Maka, Mahkamah ini juga tidak dapat menerima penghujahan defendan bahawa pihak pencelah hanya mempunyai kepentingan komersil. Kes Jamaluddin Mohd Radzi & Ors v Sivakumar Varatharaju Naidu [2009] 1 CLJ 785 yang dikemukakan oleh defendan adalah dibezakan. Dalam kes Jamaluddin Mohd Radzi & Ors (supra) permohonan mencelah telah ditolak kerana pencelah yang dicadangkan tidak menunjukkan kepada Mahkamah apakah hak dan liabiliti yang timbul melibatkan pihak pencelah selain kes tersebut hanya melibatkan status sebagai ahli Legislative Assembly. [48] Selain itu, Mahkamah juga mempertimbangkan Penghujahan peguam cara defendan tentang alasan No unlawful gain and conspiracy yang dinikmati oleh defendan wajar diterima oleh Mahkamah ini. Menurut pihak defendan lagi, Third Party Charges yang dimasuki selaras dengan klausa 1(b) Settlement Agreement dan pihak pencelah tidak membantah gadaian tersebut. Pada hemat Mahkamah ini, tindakan defendan menamatkan perjanjian setelah gadaian tersebut dimasuki memberi asas undang-undang kepada pihak pencelah untuk mencelah dalam prosiding ini. [49] Tuntasnya, pihak pencelah telah melepaskan beban menunjukkan kepada Mahkamah ini bahawa pihak pencelah mempunyai kepentingan undang-undang secara langsung dalam Guaman BA-22NCVC-474- 11/2023 di sini. Mahkamah ini mendapati tiada merit dalam alasan-alasan bantahan yang telah dihujahkan oleh peguam cara plaintif dan defendan. S/N scyyEXZvpEmkvkCvb3I/OQ Keadilan akan tercapai sekiranya pihak pencelah diberi peluang untuk didengar. I. KESIMPULAN [50] Berdasarkan alasan-alasan di atas, permohonan pihak pencelah dalam Notis Permohonan Kandungan 7 dibenarkan dengan kos dalam kausa. Bertarikh pada 13 November 2024. Ditandatangani ......................................................... HAZIZAH KASSIM Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil (NCvC10) Shah Alam Bagi Pihak Plaintif : Tai Yong Fung Tetuan Kesavan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Bagi Pihak Defendan : S. Ramesh & Ng Jean Yenn Tetuan Ramesh Dipendra Jeremiah Law (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) Bagi Pihak Pencelah : S. Dhanaraj & Siti Aisyah Sabrina binti Zulkapli Tetuan Hakem Arabi & Associates (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) S/N scyyEXZvpEmkvkCvb3I/OQ