Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83D-77-01/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
AJ-83D-77-01/2024
Magistrates Court of Malaysia10 Oct 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“lemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh PR. Sama ada dadah tersebut berada dalam milikan OKT [18] Maksud milikan telah di nyatakan dengan jelas merujuk kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237 seperti berikut: “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself— which some autho”
“4. After the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 263. [penekanan ditambah] [41] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah tida”
“merupakan hal perkara pertuduhan adalah dadah berbahaya sebagaimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [7] Mahkamah merujuk kes Gunalan a/l Ramachandran & Ors v. PP [2004] MLJ 4 MLJ 489 1 [2004] 4 CLJ 551, di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan dalam kes ini bahawa tempoh penting dala”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI PARIT BUNTAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN PERBICARAAN JENAYAH NO: AJ-83D-77-01/2024 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dipertuduhkan seperti berikut: ‘‘Bahawa kamu pada 10.06.2021 jam lebih kurang 4.00 petang bertempat di rumah tidak bernombor, jalan Parit Haji Manan, 34350 Kuala Kurau, di dalam daerah Kerian, di dalam negeri Perak, telah ada dalam milikan kamu dadah berbahaya jenis Methamphetamine seberat 5.61 gram dan dengan itu kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) Akta Yang Sama.”
2
Seramai 7 orang saksi telah dipanggil oleh PR dan secara ringkasnya keterangan yang dikemukakan adalah seperti berikut; a) berdasarkan maklumat orang awam, pada 10/6/2021, jam lebih kurang 4.00 petang, SP5 telah mengetuai sepasukan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah tidak bernombor, di Jalan Parit Haji Manan, 34350 Kuala Kurau, Perak (selepas ini dirujuk sebagai ‘rumah tempat kejadian’); b) setelah sampai di lokasi rumah tempat kejadian tersebut, pemerhatian dan pemantauan telah dibuat lebih kurang 5 minit sebelum serbuan dilakukan; c) setelah memastikan tiada pergerakan keluar masuk, SP5 bersama anggota serbuan telah masuk ke dalam rumah melalui pintu di bahagian hadapan rumah yang dalam keadaan bertutup tetapi tidak berkunci; d) SP5 kemudiannya telah melihat OKT sedang berbaring di atas katil beralas tilam toto di dalam bilik ketiga sebelah kanan dalam rumah tersebut; 3 e) setelah memperkenalkan diri sebagai polis, SP5 telah melakukan pemeriksaan ke atas OKT namun tidak menjumpai apa-apa barang salah; f) selanjutnya, pemeriksaan telah dilakukan diatas tilam toto sebelah tempat OKT berbaring tadi dan menjumpai (1) beg kain kecil bertali warna hitam; g) hasil pemeriksaan dalam beg tersebut telah menjumpai (4) paket plastik lutsinar berisi bahan-bahan yang disyaki dadah berbahaya jenis Methamphetamine; h) SP5 kemudiannya telah membuat tangkapan dan rampasan serta memberitahu kesalahan OKT dalam bahasa yang mudah difahami. Borang bongkar juga telah dikeluarkan keatas rampasan barang kes disyaki dadah dan ditandatangani oleh OKT; i) setelah itu, OKT dan rampasan barang kes dibawa balik ke BSJN IPD Kerian untuk tindakan lanjut. Satu laporan polis sebagaimana Kuala Kurau Rpt: 671/2021 telah dibuat oleh SP5 dan seterusnya menyerahkan OKT dan barang kes kepada pegawai penyiasat bertugas iaitu SP7; j) pada 16/6/2021, barang kes telah dihantar ke Jabatan Kimia Ipoh, Perak (selepas ini dirujuk sebagai “JKM”) dan dianalisa oleh SP2. Hasil analisa mengesahkan dadah yang dirampas adalah jenis Methamphetamine dengan berat bersih 5.61 gram; dan **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 k) OKT kemudiannya telah dituduh di Mahkamah kesalahan di bawah seksyen 12(2) [Akta 234] yang boleh dihukum di bawah seksyen 39A(1) [Akta 234] yang sama.
3
Tugas utama Mahkamah di akhir kes pendakwaan telah diperuntukkan dalam seksyen 173(f)(i) dan seksyen 173(h)(iii) Kanun Tatacara Jenayah (“KTJ”).
4
Beban pembuktian di akhir kes pendakwaan adalah sepertimana yang telah dinyatakan di bawah seksyen 180 KTJ. Pada peringkat ini, Mahkamah haruslah menentukan sama ada PR telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT bagi pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas beliau melalui keterangan yang boleh dipercayai (credible evidence).
5
Mahkamah berpandukan kepada 2 kes utama berkaitan prima facie iaitu kes kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 dan kes PP v. Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457. Mahkamah dengan ini merumuskan bahawa di akhir kes pendakwaan hendaklah membuat penilaian maksimum ke atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan termasuk menilai kredibiliti keterangan oleh saksi-saksi pendakwaan. Mahkamah sedar jika terdapat lebih dari satu inferens yang boleh 5 dibuat, maka Mahkamah perlu memberi kelebihan kepada inferens yang memihak kepada OKT.
6
Antara elemen-elemen yang perlu dibukitkan bagi kesalahan dibawah seksyen 12(2) [Akta 234] adalah seperti berikut:
a
dadah yang merupakan hal perkara pertuduhan adalah dadah berbahaya sebagaimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; dan
b
dadah berbahaya tersebut berada dalam milikan OKT. Analisis dan dapatan Mahkamah di akhir kes pendakwaan Sama ada dadah yang merupakan hal perkara pertuduhan adalah dadah berbahaya sebagaimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [7] Mahkamah merujuk kes Gunalan a/l Ramachandran & Ors v. PP [2004] MLJ 4 MLJ 489 1 [2004] 4 CLJ 551, di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan dalam kes ini bahawa tempoh penting dalam rantaian keterangan barang kes dadah adalah dari masa ia dirampas sehingga ia dianalisa oleh ahli kimia. [8] Mahkamah juga merujuk kes PP v. Chia Leong Foo [2004] 4 CLJ 649 yang mana telah menyatakan bahawa Mahkamah berhak untuk menerima keterangan ahli kimia tanpa perlu ahli kimia tersebut untuk menerangkan secara terperinci apa yang dilakukannya di makmal langkah demi langkah melainkan jika ia sememangnya luar biasa atau pihak pembelaan mengemukakan keterangan pakar lain yang dapat menyanggah keterangannya dan sekiranya OKT tidak berpuas hati dengan dapatan yang diperoleh ahli kimia tersebut, OKT perlu memanggil ahli kimia itu sebagai saksi bagi maksud mengemukakan keterangan untuk menyangkal dapatan ahli kimia tersebut. [9] Berbalik semula dalam kes ini, ianya tidak dipertikaikan bahawa dadah yang dipertuduhkan ke atas OKT adalah jenis Methamphetamine seberat 5.61 gram yang telah di senaraikan di bawah Jadual Pertama [Akta 234]. [10] Rampasan barang kes dadah telah dilakukan oleh SP5 pada 10/6/2021, jam lebih kurang 4.00 petang di rumah tempat kejadian dan diserahkan kepada SP7 pada hari yang sama. Barang kes dadah telah disimpan oleh SP7 di dalam laci almari besi berkunci di bilik pejabat beliau. Tiada kunci pendua dan hanya SP7 yang mempunyai akses ke atas almari besi tersebut. [11] Pada 13/6/2021, jam lebih kurang 12.00 tengahari, barang kes dadah telah dikeluarkan oleh SP7 untuk gambar barang kes di ambil oleh SP3 dan barang kes dadah tersebut dimasukkan ke dalam (1) sampul surat putih bertandaan “AZ” (P2) yang dimeterikan dengan cop PDRM 603 dan No. Repot Kuala Kurau 671/2021. Barang kes dadah tersebut kemudiannya telah dimasukkan semula ke dalam laci almari besi berkunci di bilik SP7. [12] Pada 16/6/2021, jam lebih kurang 8.30 pagi, barang kes dadah dikeluarkan semula oleh SP7 untuk dihantar ke JKM dengan borang polis 31 (P26). SP7 telah menerima resit kimia, no. makmal 21-FR-A-02882 (P8) sebagai bukti penyerahan dan penerimaan ke JKM. [13] Pada 5/8/2021, jam lebih kurang 8.00 pagi, SP7 telah mengarahkan Sjn Syafiq Zaini untuk mengambil laporan kimia berserta barang kes yang telah siap dianalisa. Laporan Kimia No Makmal 21-FR-A-02882 (P11) dan barang kes yang telah dianalisa telah diserahkan kepada SP7 pada hari yang sama dalam keadaan baik berseal Jabatan Kimia (P2). [14] SP7 kemudiannya telah mendaftarkan dan menyimpan barang kes yang telah dianalisa ke stor eksibit. Satu borang serah menyerah barang kes ke stor eksibit (P6) dikeluarkan bagi membuktikan penyerahan tersebut kepada SP1 (penjaga stor barang kes). [15] Setelah meneliti keterangan SP1, SP2, SP3, SP5 dan SP7, mahkamah mendapati pengecaman barang kes adalah jelas dan tidak menimbulkan apa-apa keraguan. Kesemua saksi-saksi pendakwaan telah dapat mengecam tandaan masing-masing yang dibuat atas barang kes dan mahkamah berpuas hati bahawa rantaian pengendalian barang kes tidak pada bila-bila masa terputus dan barang kes dadah yang dirampas adalah barang kes dadah yang sama yang dikemukakan di mahkamah. [16] Mahkamah juga berpuas hati bahawa sifat (nature) dan berat barang kes dadah telah dengan jelas dianalisa dan ditentukan oleh SP2. Barang kes dadah yang dirampas tersebut juga adalah dadah sebagaimana yang disenaraikan di bawah Jadual Pertama [Akta 234]. [17] Oleh yang demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa elemen pertama telah berjaya dibuktikan oleh PR. Sama ada dadah tersebut berada dalam milikan OKT [18] Maksud milikan telah di nyatakan dengan jelas merujuk kes Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237 seperti berikut: “possession” for the purposes of criminal law involves possession itself— which some authorities term “custody’ or control” — and knowledge of the nature of the thing possessed. As to possession itself he cited the following definition in Stephen’s Digest (9th Ed), at p 304), in which the exclusive element mentioned by Taylor J appears: A moveable thing is said to be in the possession of a person when he is so situated with respect to it that he has the power to deal with it as owner to the exclusion of all other persons, and when the circumstances are such that he may be presumed to intend to do so in case of need. Once the elements needed to constitute possession are established, including the element of exclusive power to deal, then what is established is possession, not exclusive possession. So much for exclusive possession”. [Penekanan ditambah] [19] Adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa bagi membuktikan seseorang itu mempunyai milikan, PR perlulah membuktikan melalui keterangan bahawa seseorang itu mempunyai kawalan dan jagaan atas sesuatu barang kes dan bebas berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang Iain (power of disposal to the exclusion of others). Seseorang itu juga perlu mempunyai pengetahuan atas sesuatu barang tersebut. [20] Mahkamah juga merujuk kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 iaitu suatu keputusan Mahkamah Persekutuan yang telah menetapkan prinsip undang-undang yang berikut berhubung dengan kawalan dan jagaan: “The law is well settled that having only custody or control over the said drugs is insufficient to establish ‘possession’. The physical act or custody must be accompanied with evidence that the accused had knowledge of the said drugs. In the absence of any statutory presumption, knowledge has to be proved either by direct evidence or circumstantial evidence. Mere knowledge alone without exclusivity of either physical custody or control or both is insufficient in law to constitute possession, let alone trafficking.” [Penekanan ditambah] [21] Selain itu, adalah menjadi suatu prinsip yang mantap bahawa PR bertanggungjawab untuk menutup sebarang kemungkinan bahawa dadah tersebut boleh diakses oleh orang lain. [22] Dalam kes Husin Sitrus v. PP [2012] 7 CLJ 205, telah menjelaskan akan keperluan PR untuk mengecualikan orang Iain daripada dadah yang menjadi persoalan seperti berikut: [15] There is a welter of authoritative precedents which have held that for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found should be excluded by evidence by the prosecution (PP v. Kang Ho Soh [1991] 3 CLJ 2914; [1991] 3 CLJ (Rep) 557 HC. PP v. Tang Chew Weng [1969] 1 LNS 141 HC). The onus is not on the defence to prove possibility of access by others but on the prosecution to exclude such possibility and the issue must be answered in favour of the appellant if there were more than one way in which the evidence adduced by the prosecution might be viewed such as in the present case, implicating the appellant or the other persons who were present in the boat. (Abdullah Zawawi Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1 SC). In other words exclusivity of custody and control of the drugs ought to be established by the prosecution. [17] In 3 (three) celebrated cases of Abdullah Zawawi bin Yusof v. PP [1993] 4 CLJ 1, Choo Yoke Choy v. Public Prosecutor [1992] 4 CLJ 1791: [1992] 1 CLJ (Rep) 43, SC and Public Prosecutor v. Muhamad Nasir bin Shaharuddin & Anor [1992] 1 LNS 8, the court emphasized that the exclusivity of custody and control of the drugs by the accused must be established by the prosecution. Therefore, for possession to be established, accessibility by others to the place where the drugs are found must be excluded. [Penekanan ditambah] [23] Selanjutnya dalam sesuatu kes yang melibatkan suatu serbuan yang berdasarkan maklumat yang diberikan sepertimana dalam kes ini, mahkamah perlu berhati-hati kerana terdapat kemungkinan dadah tersebut diletakkan oleh orang lain sebagaimana yang telah diputuskan dalam kes Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113 dan Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1. [24] Persoalannya adakah PR berjaya membuktikan bahawa OKT mempunyai kawalan atau jagaan dan pengetahuan akan dadah yang dalam jagaannya itu dengan mengecualikan orang lain daripada mempunyai akses kepada tempat dadah itu dikatakan dijumpai? [25] Berbalik semula dalam kes ini, dalam keterangan SP 5 mengakui bahawa serbuan ke rumah tempat kejadian adalah berdasarkan aduan orang awam. [26] Kesemua saksi pendakwaan tidak mempertikaikan bahawa rumah tempat kejadian merupakan rumah yang masih dalam proses pembinaan. SP4, SP5 dan SP6 turut mengakui bahawa pintu hadapan rumah tidak berkunci dan sesiapa sahaja boleh akses masuk ke dalam rumah tersebut. [27] Selain itu, keterangan SP4 turut mengesahkan bahawa pintu belakang rumah masih belum dipasang daun pintu dan hanya mempunyai rangka pintu. Sesiapa sahaja boleh masuk melalui pintu hadapan dan pintu belakang. Keterangan ini disokong oleh hasil siasatan SP7 (pegawai penyiasat) seperti berikut: PEMERIKSAAN BALAS SP7 : Adakah kamu siasat keadaan pintu hadapan tersebut boleh dikunci atau tidak? : Ada siasat. Tidak boleh berkunci … : Saya cadangkan dibahagian pintu belakang rumah hanya terdapat rangka pintu dan daun pintu yang dipasang secara tidak sempurna, betul? : Betul … : Pintu belakang hanya ada rangka sahaja. Setuju dengan keadaan sebegitu sesiapa pun boleh keluar masuk? : Setuju : Pohon P14 dirujuk. Jelas boleh nampak bahawa setiap pintu dan tingkap masih belum di pasang grill, betul? : Betul : Orang luar boleh pecah masuk dalam rumah, betul? : Setuju PEMERIKSAAN SEMULA SP7 : Peguam ada tanya orang luar boleh pecah masuk dalam rumah dengan mudah. Kamu jawab ya. Boleh jelaskan. : Pintu hadapan dan belakang tidak mempunyai kunci [28]
Preamble
Menurut keterangan SP4, selain OKT terdapat penama Iqbal dan Nasir yang bertukang di rumah tersebut. SP4 mengesahkan bahawa pada 10.6.2021, sebelah pagi, ada nampak Iqbal dan Nasir berada bersama-sama di dalam bilik ketiga di mana tempat dadah dijumpai. Bilik tersebut juga digunakan oleh tukang rumah untuk berehat. [29] Selain itu, menurut SP4 terdapat juga ibu bapa SP4, ibu saudara dan kawan-kawan OKT yang kerap keluar masuk ke dalam rumah tersebut. [30] Kewujudan penama Iqbal dan Nasir juga tidak di siasat oleh SP7 seperti keterangan berikut: PEMERIKSAAN BALAS SP7 : Ada kamu siasat siapa yang terlibat dalam proses pembinaan rumah ini? : Ada : Dalam siasatan ada kamu siasat rumah ini dibina oleh individu Iqbal dan Nasir yang juga terlibat dalam proses pembinaan rumah ini? : Ada : Ada kamu siasat atau tidak bahawa Iqbal dan Nasir akan ke rumah ini bagi tujuan pembinaan untuk rumah ini, setiap hari? : Tidak siasat [31] Mahkamah mendapati tiada siasatan yang menyeluruh dibuat berkenaan kewujudan penama Iqbal dan Nasir oleh SP7 sedangkan saksi-saksi PR sendiri mengakui kewujudan mereka. [32] Tiada pada bila-bila masa PR memanggil penama Iqbal dan Nasir untuk memberi keterangan di Mahkamah mahupun menawarkan mereka kepada pembelaan. [33] Merujuk kes Rahmani Ali Mohamad v. PP [2014] 7 CLJ 405; [2014] 1 LNS 550; [2014] 6 MLJ 525 iaitu suatu keputusan Mahkamah Rayuan yang telah memutuskan kegagalan tersebut telah mewujudkan banyak lompang yang material dan suatu inferens yang memihak kepada Tertuduh sewajarnya dibuat oleh mahkamah di akhir kes pendakwaan. [34] Mahkamah mendapati, PR telah gagal untuk membuktikan inferens pengetahuan dadah yang dijumpai dan elemen milikan daripada OKT kerana rumah dan bilik tempat kejadian boleh di akses oleh mana-mana orang terutamanya penama Iqbal dan Nasir yang kerap berada di rumah tersebut sebagai tukang rumah. [35] Dalam kes ini Mahkamah berpendapat bahawa ‘close proximity’ semata-mata adalah tidak memadai bagi membuktikan kesalahan milikan dadah tersebut dengan OKT. Walaupun semasa serbuan dilakukan dadah tersebut dijumpai bersebelahan tempat OKT berbaring namun PR gagal mengakas kewujudan akses dan penggunaan bilik ketiga tersebut oleh individu-individu yang lain terutamanya penama Iqbal dan Nasir. [36] Mahkamah juga mendapati tiada pengesanan cap jari dilakukan oleh SP7 yang boleh mewujudkan nexus antara barang kes dadah dengan OKT. [37] Merujuk kes PP v. Tukiman bin Demin [2008] 8 CLJ 856 iaitu suatu keputusan oleh Justice Mohd Zawawi Salleh yang telah memutuskan seperti yang berikut: “21.4. The drugs were not found on the accused but in the room to which several person have equal access. The presence of SP7, SP10 and Samiun bin Mohd Dah and other bachelors (‘budak-budak bujang’) in the house, raise some doubts as to whether it could be said affirmatively that the drugs were in the possession of the accused or either one of them or all of them are in joint possession of the said drugs. Where possession is not clear, as in the present case, when the offending drugs may be attributed to more than one individual, possession requires some nexus, link, or other connection between the accused and the offending drugs. In this case, there is no evidence of additional incriminating circumstances implicating the accused such as finger prints, incriminating statements, efforts to avoid arrest or the offending drugs were concealed in any portion of the room. The bare-bones of the prosecution case is the contraband was found in the accused’s room. Under the circumstances, the prosecution’s case is barren of establishing linking or demonstrating a nexus between the accused and the offending drugs.” [Penekanan ditambah] [38] Mahkamah melalui keterangan yang dikemukakan merumuskan bahawa PR dalam kes ini telah gagal untuk membuktikan bahawa OKT; a) mempunyai kawalan dan jagaan atas sesuatu barang kes dadah yang dirampas; b) mempunyai kebebasan untuk berurusan atau mengendalikan barang tersebut sepenuhnya tanpa penglibatan orang Iain (power of disposal to the exclusion of others); dan c) mempunyai pengetahuan atas sesuatu barang tersebut. [39] Oleh yang demikian, mahkamah ini memutuskan bahawa intipati kedua iaitu dadah tersebut berada dalam milikan OKT telah gagal untuk dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Kesimpulan [40] Mahkamah ini berpegang pada prinsip yang digariskan dalam kes PP v. Joachim Selvanathan & 2 lagi (2009) 10 CLJ 488 yang memutuskan seperti berikut: [24] In short this court should take the following steps at the close of the prosecution's case:
1
Subject the prosecution evidence in its totality to maximum evaluation. Carefully scrutinise the credibility of each of the prosecution's witnesses. Take into account all reasonable inferences that may be drawn from that evidence. If the evidence admits of two or more inferences, then draw the inference that is most favourable to the accused;
2
Ask yourself the question: If I now call upon the accused to make his defence and he elects to remain silent am I prepared to convict him on the evidence before me? If the answer to that question is "Yes", then a prima facie case has been made out and the defence should be called. If the answer is "No" then, a prima facie case has not been made out and the accused should be acquitted;
3
After the defence is called, the accused elects to remain silent, then convict;
4
After the defence is called, the accused elects to give evidence, then go through the steps set out in Mat v. PP [1963] CLJU 82; [1963] 1 LNS 82; [1963] 263. [penekanan ditambah] [41] Oleh yang demikian, berdasarkan penilaian maksimum keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah ini memutuskan bahawa adalah tidak selamat untuk memerintahkan OKT membela diri atas alasan yang jelas iaitu pihak PR telah gagal membuktikan keterangan prima facie ke atas OKT bagi pertuduhan yang dikenakan. [42] OKT adalah dengan ini dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan di akhir kes pendakwaan. Bertarikh: 10 hb Oktober 2025 (SALWA ASMARY BINTI ABDUL RAHIM) Majistret Mahkamah Majistret Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Tarikh Keputusan: 10 hb Oktober 2025 KAUNSEL: Bagi pihak pendakwaan - TPR Amirah Nabihan Binti Shahrir Bagi pihak orang kena saman – Nor Fasihah Binti Azmi KES-KES YANG DIRUJUK: Abdullah Zawawi bin Yusoff v. PP [1993] 4 CLJ 1; Balachandran v PP [2005] 1 CLJ 85; Chan Pean Leon v. PP [1956] 1 LNS 17; [1956] MLJ 237; Gunalan a/l Ramachandran & Ors v. PP [2004] MLJ 4 MLJ 489 1 [2004] 4 CLJ 551; Husin Sitrus v. PP [2012] 7 CLJ 205; Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113; Ibrahim Mohamad & Anor v. PP [2011] 4 CLJ 113; PP v Mohd Radzi Abu Bakar [2006] 1 CLJ 457; PP v. Chia Leong Foo [2004] 4 CLJ 649; PP v. Joachim Selvanathan & 2 lagi (2009) 10 CLJ 488; PP v. Tukiman bin Demin [2008] 8 CLJ 856; Rahmani Ali Mohamad v. PP [2014] 7 CLJ 405; [2014] 1 LNS 550; dan [2014] 6 MLJ 525. PERUNDANGAN YANG DIRUJUK: Kanun Tatacara Jenayah, s. 173(f)(i), s. 173(h)(iii), s. 180; dan Akta Dadah Berbahaya 1952 [Akta 234], s. 12(2), s. 39A(1).
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.