Apa-apa relif lain dan/atau selanjutnya yang dianggap suai manfaat oleh Mahkamah yang Mulia ini. [4] Mahkamah telah membenarkan permohonan Plaintif di bawah Guaman Sivil no. KA-24C-1-07/2021 tersebut dengan jumlah penghakiman yang dinyatakan itu hendaklah dibayar kepada peguam cara Plaintif sebagai stake holder sementara menunggu pelupusan dan penentuan muktamad tindakan sivil oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di bawah Guaman Sivil No. KA-22NCVC-54- 09/2020, dengan kos sebanyak RM1,000.00. [5] Dengan keputusan itu, Mahkamah telah memutuskan bahawa permohonan untuk penggantungan Keputusan Adjudikasi dan penggantungan penguatkuasaan Keputusan Adjudikasi dalam tindakan ini menjadi akademik. Tiada perintah untuk kos. [6] Bagi maksud penyediaan Alasan Penghakiman untuk keputusan ini , huraian fakta kes adalah sama sebagaimana yang dinyatakan dalam Alasan Penghakiman bagi Guaman Sivil no. KA-24C-1-07/2021 tersebut. B. FAKTA KES [7] Plaintif mempunyai alamat di No.67, Batu 13, Bukit Besar, 06800 Kota Sarang Semut, Kedah dan di No.139, Tingkat Bawah, Pekan Baru Simpang Kuala, 05400 Alor Setar, Kedah Darul Aman. [8] Defendan mempunyai alamat berdaftar di No. 6, Tingkat 2, Jalan Tengah, 05100 Alor Setar, Kedah dan alamat perniagaan di No. 26 & 27, Taman Sri Jaya, Jalan Pegawai, 05050 Alor Setar, Kedah Darul Aman. [9] Plaintif merupakan Penuntut manakala Defendan merupakan Responden dalam suatu prosiding Adjudikasi dengan nombor AIAC/D/ADJ-3505-2020 yang didaftarkan dengan Asian International Arbitration Centre (“AIAC”) di bawah Akta Pembayaran dan Adjudikasi Industri Pembinaan 2012 (“CIPAA”). [10] Prosiding adjudikasi telah dimulakan oleh Defendan di bawah CIPAA Peraturan-Peraturan dan Perintah dengan No. Adjudikasi:AIAC/D/ADJ-3505-2020 dengan menyerahkan Notis Adjudikasi bertarikh 3 Disember 2020 kepada Plaintif/Responden pada 10 Disember 2020, menuntut sejumlah RM2,444,709.17 bagi kerja-kerja di bawah projek yang dikenali sebagai Rancangan Tebatan Banjir Sungai Pendang, Kedah Darul Aman: Menaiktaraf Sungai Choras/Sungai Sala dan Struktur-Struktur Serta Kerja-Kerja Berkaitan (“projek tersebut”) dengan nilai kontrak sebanyak RM18,600,393.80. [11] Keputusan Adjudikasi menghendaki Defendan membayar kepada Plaintif jumlah berikut dalam tempoh masa empat belas (14) hari dari tarikh Keputusan Adjudikasi: