Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-B51-1-09/2021 ANTARA YEW CHIN TECK [ IDENTITY CARD NO.: 750719105229] [ DAVID GURUPATHAM & KOAY] …PLAINTIF
BB-B51-1-09/2021
Sessions Court of Malaysia21 Mar 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“G portal 101 betul dibayar kepada kerajaan dan Defendan Pertama telah pecah “Duty of care” tersebut. [82] Plaintif gagal membuktikan kecuaian di pihak Defendan Kedua hingga D8 dan juga D9. Breach of Custom Act [83] Defendan Kedua hingga D8 telah mengambil tindakan sewajarnya sejajar dengan peruntukan Akta 235. Breach o”
“ONAL BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 9 CLJ 902, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: JUDGMENT Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we”
“ay v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly th”
“embuktikan kecuaian di pihak Defendan Kedua hingga D8 dan juga D9. Breach of Custom Act [83] Defendan Kedua hingga D8 telah mengambil tindakan sewajarnya sejajar dengan peruntukan Akta 235. Breach of Federal Constitution [84] Tindakan Defendan Kedua hingga D8 tidak melanggar Plaintif Perlembagaan Persekutuan berhubung”
“2. On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounde”
“nds on the particular facts of the case; it is a question of fact for the court to determine on the evidence. [17] Kes T Sivam di atas merujuk kepada kes Datuk Jaginder Singh & Ors v. Tara Rajaratnam [1983] CLJU 21; [1983] 1 LNS 21; [1983] 2 MLJ 196 and Au Meng Nam & Anor v. Ung Yak Chew & Ors [2007] 4 CLJ 526 CA (refd”
“older, saya serah kepada Yew Chin Teck. Itu sahaja. [33] Tanggungjawab Defendan Pertama adalah sama sebagaimana prinsip yang diputuskan dalam kes MANZUR MYDIN B BACHA MYDIN v. MENTERI KEWANGAN & ANOR [2023] MLRHU 767 sebagaimana berikut: [26] The facts before this court is that the applicant had at all the material tim”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN PETALING JAYA DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN WRIT SAMAN NO – BB-B51-1-09/2021 ANTARA YEW CHIN TECK [ IDENTITY CARD NO.: 750719105229] [ DAVID GURUPATHAM & KOAY] …PLAINTIF
1
DAN BHU AUTOLOGISTICS SDN BHD [ COMPANY NO.: 849047-X] [ ONG, RIC & PARTNERS]
4
JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WILAYAH PERSEKUTUAN
5
PENGARAH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA WILAYAH
7
PENGARAH JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA NEGERI
9
MALAYSIA (PUTRAJAYA)] CHUA BEAN HONG [ IDENTITY CARD NO.: 790503095013] [ RAZIYAN RAHIM & ASSOCIATES (JOHOR BAHRU)] …DEFENDAN-DEFENDAN S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new ALASAN PENGHAKIMAN (SELEPAS BICARA PENUH DENGAN SAKSI) LATARBELAKANG KES Terdapat 2 Notis Rayuan difailkan dalam tindakan ini: [1]
Lampiran
Lampiran 133 – Notis Rayuan oleh Perayu/Defendan Pertama, BHU AUTOLOGISTICS SDN BHD (NO. SYARIKAT:849047-X), Perayu yang dinamakan di atas tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Puan Sazlina binti Safie yang telah diberikan pada 21 Mac 2025 ingin merayu kepada Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan keputusan tersebut yang membenarkan tuntutan Responden/Plaintif yang difailkan pada 13 hari bulan September 2021 (Lampiran 1). [2] Lampiran 134 – Notis Rayuan oleh Perayu/Plaintif Yew Chin Teck (No. K/P: 750719-10-5229), yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen selepas perbicaraan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya yang diberi pada 21 haribulan Mac 2025 merayu kepada Mahkamah Tinggi Shah Alam terhadap sebahagian daripada keputusan tersebut yang memutuskan bahawa: - S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new i. Tuntutan Balas Responden Pertama hingga Responden Ketujuh (Defendan Kedua hingga Kelapan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya) adalah dibenarkan; dan ii. Tindakan Perayu terhadap Responden Pertama Hingga Responden Kelapan adalah ditolak dengan kos berikut yang hendaklah dibayar oleh Perayu terhadap RespondenResponden: - a) Responden Pertama hingga Responden Ketujuh (Defendan Kedua hingga Kelapan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya) sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00); dan b) Responden Kelapan (Defendan Kesembilan di Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya) sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Ribu (RM 10,000.00). Tiada rayuan oleh Defendan Kedua hingga ke Defendan ke-Sembilan. TUNTUTAN PLAINTIF [1] Plaintif adalah pemilik berdaftar bagi sebuah kenderaan terpakai (“Kenderaan”) dengan butir-butir kenderaan seperti berikut:- Model: Lamborghini Huracan Performante 2018 Warna Biru No. Pendaftaran”: U 17 No. Casis: ZHWED4ZF0JLA10255 S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [2] Defendan Pertama merupakan pengimport yang mengimportkan Kenderaan tersebut dan bertanggungjawab terhadap semua perkara yang berkaitan dengan cukai dan duti apabila pengimport menjual Kenderaan tersebut pada harga jalan (on the road price) sebagai sebahagian lesen perniagaan untuk menjual kenderaan. [3] Sekitar Jun 2019, Defendan Kesembilan yang merupakan seorang broker dari Defendan Pertama (“En. Chua”) telah menawarkan Kenderaan tersebut kepada Plaintif dan Plaintif telah bersetuju untuk membeli Kenderaan tersebut pada harga RM1,350,000.00 (“Harga Jualan”) iaitu harga jalan yang termasuk semua cukai, duti dan levi. [4] Berdasarkan pesanan jualan bertarikh 11.7.2019 dan pesanan jualan terpinda yang bertarikh 5.12.2019 (untuk meminda harga trade-in kenderaan Porsche 911 GT3 Plaintif), ia adalah jelas bahawa duti kastam yang secara kontrak untuk Kenderaan tersebut adalah termasuk dalam Harga Jualan tersebut. Ini juga tertera dalam invois Defendan Pertama bertarikh 14.1.2020. [5] Pada 9.1.2020, Defendan Pertama melalui En. Chua telah memaklumkan Plaintif bahawa Kenderaan tersebut telah berjaya didaftarkan dengan segala duti dan adalah sedia untuk diambil. Plaintif kemudiannya telah mengambil Kenderaan setelah membuat S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new bayaran untuk Kenderaan termasuk untuk duti kastam dan sebagainya. [6] Berkenaan ini, Defendan Pertama telah menghantar suatu pesanan penghantaran yang melampirkan dokumen-dokumen berikut kepada Plaintif pada 10.1.2020:- 1. Sesalinan borang JK69 bertarikh 31.12.2019; 2. Sesalinan borang K1 (iaitu borang deklarasi kastam) bertarikh 31.12.2019 (“Deklarasi Kastam”); 3. Sesalinan resit rasmi Defendan Kedua bertarikh 7.1.2020; dan 4. Salinan asal sijil pemilikan Kenderaan tersebut. [7] Pada 22.9.2020, Plaintif telah dimaklumkan oleh Defendan Pertama melalui En. Chua bahawa Kenderaan tersebut mengalami masalah-masalah berkenaan cukai menurut Defendan Keenam dan/atau 1. Defendan Ketujuh tanpa apa-apa butiran diberikan. Berkenaan ini:- Defendan Pertama melalui En. Chua kemudiannya telah menasihati Plaintif untuk membenarkan ejen dan/atau wakil Defendan Pertama untuk menghantar Kenderaan tersebut kepada Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh untuk tujuan pemeriksaan. Dalam hal ini:- S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 2. Defendan Pertama melalui En. Chua telah menyediakan suatu surat kebenaran bertarikh 23.9.2020 ditujukan kepada Defendan Keenam untuk di mana ia telah ditandatangani oleh Plaintif (“Surat Kebenaran”); dan 3. Surat Kebenaran tersebut memberi kebenaran kepada ejen dan/atau wakil Defendan Pertama iaitu satu Encik Heng Kok Wei (“En. Heng”) untuk menghantar Kenderaan tersebut ke Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh untuk tujuan pemeriksaan sahaja. [8] Di pemeriksaan tersebut, Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh telah mengeluarkan satu notis sitaan bertarikh 23.9.2020 (“Notis Sitaan”) kepada En. Heng. Notis Sitaan tersebut menyatakan bahawa Kenderaan tersebut telah disita “atas sebab-sebab munasabah untuk mengesyaki bahawa kesalahan telah dilakukan di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967/ Seksyen 32 Akta Ekais 1976”. [9] Pada tempoh masa antara 23.9.2020 hingga 20.10.2020, Plaintif telah berkalikali meminta butiran lanjut daripada Defendan Pertama melalui En. Chua, namun Plaintif hanya dimaklumkan bahawa Kenderaan tersebut disita atas sebab masalah-masalah berkenaan S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new cukai. Defendan Pertama melalui En. Chua juga telah menyatakan bahawa permohonan pengimportan Kenderaan tersebut telah dipatuhi berdasarkan prosedur-prosedur yang sedia ada. [10] Defendan Pertama melalui En. Chua kemudiannya telah menyediakan suatu surat bertarikh 20.10.2020 yang ditandatangani oleh Plaintif dan ditujukan kepada Defendan Keempat untuk menuntut balik Kenderaan tersebut. [11] Apabila tiada apa-apa balasan daripada Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima tersebut, Defendan Pertama melalui En. Chua sekali lagi telah menyediakan suatu surat bertarikh 30.10.2020 ditujukan kepada enolong Kanan Pengarah Kastam II, Puan Noor Hamidah Binti Kasim dari Defendan Keempat (“Puan Noor Hamidah”) untuk menuntut perlepasan sementara Kenderaan tersebut (“Surat 30.10.2020”). Surat 30.10.2020 tersebut juga ditandantangani oleh Plaintif. [12] Apabila tiada apa-apa balasan diterima oleh Plaintif berkenaan Surat 30.10.2020 tersebut daripada Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima, Defendan Pertama melalui En. Chua telah menyediakan suatu surat bertarikh 3.11.2020 yang ditandatangani oleh Plaintif dan ditujukan kepada Defendan Keempat untuk menuntut balik Kenderaan tersebut. Surat ini telah dihantar secara S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new kediri kepada Puan Noor Hamidah dan telah diakui terima pada 3.12.2020. [13] Pada 9.11.2020, Plaintif telah menerima suatu surat daripada Defendan Keempat untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 116A(1)(a) Akta Kastam 1967. Plaintif telah diperintahkan untuk hadir ke pejabat Defendan Keempat pada 16.11.2020, jam 10 pagi untuk membantu siasatan (“Janji Temu”). [14] Namun, Plaintif mempunyai penyakit arteri koronari dan telah dinasihati oleh doktor untuk berehat di rumah sehingga 1.12.2020 kerana Plaintif tidak berasa sihat. Berkenaan ini:- 1. Plaintif telah menghantar suatu surat bertarikh 13.11.2020 kepada Puan Noor Hamidah dari Defendan Keempat untuk melapangkan Janji Temu tersebut dan melampirkan sesalinan surat daripada doktor Plaintif bertarikh 13.11.2020; dan 2. Plaintif telah mencadangkan tarikh janji temu baru tersebut ditetapkan pada 2.12.2020 pada jam 10.30 pagi secara tentatif. [15] Pada 3.12.2020, Plaintif telah pun berjumpa dengan Puan Noor Hamidah dari Defendan Keempat untuk membantu siasatan. Berkenaan ini:- S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 1. Wakil Plaintif iaitu satu Cik Joey Chong (“Cik Joey”) telah memberikan segala dokumen-dokumen yang diminta oleh Puan Noor Hamidah dari Defendan Keempat melalui WhatsApp pada 7.12.2020 dan 10.12.2020; 2. Cik Joey juga telah meminta Puan Noor Hamidah dari Defendan Keempat berkali-kali tentang kemas kini terbaru dari tempoh 5.1.2021 hingga 15.1.2021 berkenaan status sitaan Kenderaan tersebut; 3. Namun Cik Joey hanya dimaklumkan oleh Puan Noor Hamidah dari Defendan Keempat bahawa Puan Noor Hamidah sedang menunggu keputusan dari Defendan Kedua dan/atau Defendan Ketiga. [16] Pada 24.2.2021, apabila Plaintif dan/atau Cik Joey tidak menerima apa-apa maklum balas daripada Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Puan Noor Hamidah, Plaintif telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa seperti yang dinasihati oleh Defendan Pertama melalui En. Chua melalui satu surat bertarikh 23.2.2021. Namun, Plaintif tidak menerima apa-apa balasan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [17] Melalui suatu perbualan dengan satu pegawai penyiasat kastam dari Defendan Keempat, pegawai tersebut telah menyatakan bahawa duti yang ditaksirkan oleh Defendan Kedua dan dibayar oleh Defendan Pertama adalah untuk kenderaan jenis Lamborghini Huracan Performante 2015 dan bukannya jenis Lamborghini Huracan Performante 2018 Kenderaan tersebut. Berkenaan ini, 1. Plaintif menegaskan seperti berikut:- Deklarasi Kastam telah menyatakan bahawa Kenderaan tersebut adalah keluaran tahun 2018; 2. Taksiran dan pembayaran duti adalah hal perkara antara Defendan Pertama sebagai pengimport dan Defendan Kedua; 3. Plaintif sebagai pembeli langsung tidak mempunyai apa-apa pengetahuan berkenaan taksiran dan pembayaran duti; dan 4. Paling pentingnya, kenderaan jenis Performante 2015 langsung tidak wujud. [18] Plaintif telah mengarahkan peguamcaranya, Tetuan David Gurupatham & Koay untuk menuntut sitaan salah Kenderaan tersebut daripada Defendan Kedua hingga Defendan Kelima, Defendan Kelapan dan Ketua Kastam Seremban melalui satu surat bertarikh 26.4.2021 (“Surat Tuntutan 26.4.2021”). S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [19] Dalam Surat Tuntutan 26.4.2021 tersebut, Plaintif juga telah menuntut untuk pelepasan Kenderaan tersebut dalam 14 hari dan pampasan sebanyak RM501,592.00 bersama-sama dengan kos RM50,000.00 untuk kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut, antara lain. [20] Melalui surat Defendan Keenam bertarikh 20.5.2021 kepada peguamcara Plaintif (“Surat Defendan Keenam”), Defendan 1. Keenam telah menjawab kepada Surat 26.4.2021 tersebut dengan menyatakan seperti berikut:- Siasatan awal menunjukkan bahawa serahan Kenderaan tersebut tidak disertakan dengan apa-apa dokumen sokongan untuk membuktikkan duti/cukai ke atas Kenderaan tersebut telah dijelaskan atau kurang bayar; dan 2. Bahawa Defendan Keempat telah pada 25.9.2020 memaklumkan bahawa Kenderaan tersebut telah menjadi siasatan dan eksibit siasatan mereka; dan 3. Oleh itu, Defendan Keenam telah menyerahkan Kenderaan terebut kepada Defendan Keempat. [21] Berdasarkan Surat Defendan Keenam tersebut, Plaintif telah mengarahkan peguamcaranya untuk menulis satu surat kepada S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 1. Defendan Pertama bertarikh 25.5.2021. Pada asasnya, Plaintif menyatakan bahawa:- Duti kastam telah dibayar kerana ia adalah termasuk dalam Harga 2. Jualan tersebut; dan Plaintif menuntut suatu jumlah sebanyak RM569,252.00 setakat 25.5.2021 bersama-sama dengan kos RM50,000.00 untuk kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut, antara lain. [22] Sehingga kini, Plaintif masih tidak mendapat apa-apa maklum balas berkenaan Kenderaan tersebut daripada mana-mana pihak mahupun milikan Kenderaan tersebut kembali. Berkenaan ini Plaintif menyatakan seperti berikut:- 1. Tiada apa-apa pendakwaan yang telah dimulakan terhadap Plaintif selepas hampir setahun selepas Kenderaan tersebut disita.; dan; 2. Kenderaan Plaintif akan mengalami kerosakan jika berada di premis di mana Kenderaan tersebut disimpan dalam milikan Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima. BUTIR-BUTIR KECUAIAN DEFENDAN PERTAMA DAN EN. CHUA [23] Plaintif menegaskan bahawa hal perkara penaksiran dan pembayaran duti kastam adalah antara Defendan Pertama, En. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Chua dan Defendan Kedua dan tidak kena mengena dengan Plaintif. [24] Sebagai pengimport kereta, ia adalah tanggungjawab Defendan Pertama dan En. Chua untuk memastikan bahawa duti kastam yang ditaksirkan dan dibayar adalah betul. [25] Berkenaan ini, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama, En. Chua dan sememangnya Defendan Kedua (yang mentafsirkan duti kereta setiap hari) mempunyai pengetahuan pada masa tafsiran bahawa kenderaan jenis performante 2015 adalah tidak wujud. Ini jelas menunjukkan bahawa Defendan Pertama dan En. Chua telah bersubahat dengan Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh untuk menahan Kenderaan tersebut. Ini adalah kerana taksiran palsu ini hanya boleh dibuat oleh pihak Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh. [26] Walaupun Deklarasi Kastam telah menyatakan bahawa Kenderaan tersebut adalah keluaran tahun 2018, namun Defendan Pertama dan En. Chua telah membayar duti kastam yang ditaksirkan untuk kenderaan jenis Performante tahun 2015 (yang mana tidak wujud) dengan bantuan Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh. Ini adalah kerana ia tidak masuk akal bagaimana Defendan Kedua boleh mentafsirkan duti untuk kereta yang tidak wujud. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [27] Siasatan awal menurut Surat Defendan Keenam juga menunjukkan bahawa serahan Kenderaan tersebut tidak disertakan dengan apa-apa dokumen sokongan untuk membuktikkan duti/cukai ke atas Kenderaan tersebut telah dijelaskan atau kurang bayar. [28] Plaintif menegaskan bahawa duti kastam adalah termasuk dalam 1. Harga Jualan dan oleh itu telah dibayar oleh Plaintif. Dalam hal ini:- Apa-apa urusan berkenaan duti kastam adalah antara Defendan 2. Pertama, En Chua dan Defendan Kedua; dan Plaintif hanyalah seorang pembeli bona fide Kenderaan tersebut yang telah membeli Kenderaan tersebut daripada Defendan 3. Pertama; dan Oleh itu, apa-apa masalah-masalah yang timbul akibat daripada pembayaran duti kastam sememangnya adalah perlanggaran kewajipan Defendan Pertama dan En. Chua terhadap Plaintif. [29] Disebabkan kecuaian dan perlanggaran kewajipan Defendan Pertama dan En.Chua, Plaintif menyatakan bahawa kecuaian Defendan Pertama dan En. Chua telah mengakibatkan Kenderaan Plaintif disita oleh Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh dan seterusnya kecuaian Defendan Pertama dan En.Chua tersebut mengakibatkan Plaintif menanggung kerugian dalam jumlah S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut setakat 13.9.2021 dikira atas dasar RM2,333.00 sehari. BUTIR-BUTIR PERLANGGARAN SEKSYEN 128 AKTA KASTAM 1967 OLEH DEFENDAN KEDUA [30] Plaintif menyatakan bahawa menurut Seksyen 128 Akta Kastam 1967, Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh sepatutnya memulakan suatu pendakwaan dalam 30 hari Notis Sitaan tersebut dikeluarkan. [31] Jika tiada apa-apa pendakwaan dari pihak Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh, maka Kenderaan tersebut harus dirujuk kepada Defendan Ketiga. [32] Defendan Ketiga kemudiannya boleh mengarah Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh untuk melepaskan Kenderaan tersebut ataupun merujuk perkara ini kepada Majistret. [33] Dari tarikh Notis Sitaan tersebut sehingga kini, hampir setahun telah berlalu, namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh Defendan S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh. [34] Plaintif telah menuntut pelepasan Kenderaan tersebut berkali-kali daripada Defendan Kedua, namun Defendan Kedua tidak memberi apa-apa maklum balas. [35] Plaintif juga menegaskan bahawa pada setiap masa material, Plaintif adalah bersedia untuk membantu siasatan dengan memberikan Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima apa-apa dokumen yang diminta. [36] Oleh itu, penyitaan Kenderaan tersebut secara salah oleh Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh dan keengganan mereka untuk melepaskan Kenderaan tersebut walaupun tiada apa-apa pendakwaan yang dimulakan terhadap Plaintif adalah bertentangan dengan hak-hak Plaintif di bawah Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan. [37] Menurut Artikel 13 Perlembagaan Persekutuan, Plaintif tidak boleh dilucutkan (deprived) daripada hartanya (dalam keadaan ini, Kenderaan tersebut) tanpa proses sewajarnya (due process). Dalam hal ini, Plaintif menyatakan bahawa Perlembagaan Persekutuan menggantikan (supersedes) Akta Kastam 1967. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [38] Disebabkan pelanggaran Seksyen 128 Akta Kastam 1967 oleh Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh, Plaintif telah mengalami kerugian dalam jumlah RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut setakat 13.9.2021 dikira atas dasar RM2,333.00 sehari. KONSPIRASI UNTUK MENCEDERAKAN ANTARA DEFENDAN PERTAMA. EN. CHUA DAN DEFENDAN KEDUA HINGGA DEFENDAN KETUJUH [39] Plaintif menegaskan bahawa Defendan Pertama dan En. Chua hingga Defendan Ketujuh telah bergabung dan berkonspirasi atara mereka dengan suatu niat bersama untuk mencederakan Plaintif melalui kelakuan yang salah dari segi undan-gundang dengan tujuan utama untuk melucutkan Plaintif dari kegunaan Kenderaannya sementara meraih keuntungan yang salah di sisi undangundang dengan menisytiharkan duti dengan kurang (underdeclaring) dan memasukkan perbezaan jumlah duti tersebut ke dalam poket sendiri. [40] Dalam melanjutkan konspirasi tersebut, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama hingga Defendan Ketujuh dan En. Chua telah bertindak seperti berikut:- S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 1. Plaintif menegaskan bahawa hal perkara penaksiran dan pembayaran duti kastam adalah antara Defendan Pertama, En Chua dan Defendan Kedua dan tidak kena mengena dengan Plaintif; 2. Sebagai pengimport kereta, ia adalah tanggungjawab Defendan Pertama dan En. Chua untuk memastikan bahawa duti kastam yang ditaksirkan dan dibayar adalah betul; 3. Walaupun Deklarasi Kastam telah menyatakan bahawa Kenderaan tersebut adalah keluaran tahun 2018, namun Defendan Pertama dan En. Chua telah membayar duti kastam yang ditaksirkan untuk kenderaan jenis Performante tahun 2015 (yang mana tidak wujud) dengan bantuan Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh. Ini hanya boleh dilakukan melalui taksiran palsu yang dibuat oleh Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh kerana hanya pihak Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh mampu membuat taksiran palsu tersebut; 4. Berkenaan ini, Plaintif menyatakan bahawa Defendan Pertama, En. Chua dan sememangnya Defendan Kedua (yang mentafsirkan duti kereta setiap hari) mempunyai pengetahuan pada masa tafsiran bahawa kenderaan jenis Performante 2015 adalah tidak wujud; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 5. Ini jelas menunjukkan bahawa Defendan Pertama dan En. Chua telah bersubahat dengan Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh untuk menahan Kenderaan tersebut; 6. Ini adalah kerana ia tidak masuk akal bagaimana Defendan Kedua boleh mentafsirkan duti untuk kereta yang tidak wujud; 7. Selanjutnya, menurut Seksyen 128 Akta Kastam 1967, pihak Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh sepatutnya memulakan suatu pendakwaan dalam 30 hari Notis Sitaan tersebut dikeluarkan; 8. Defendan Ketiga kemudiannya boleh mengarah Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima dan/atau Defendan Keenam dan/atau Defendan Ketujuh untuk melepaskan Kenderaan tersebut ataupun merujuk perkara ini kepada Majistret; 9. Dari tarikh Notis Sitaan tersebut sehingga kini, hampir setahun telah berlalu, namun tiada apa-apa tindakan yang diambil oleh Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh; 10. Seperti yang diplidkan di perenggan-perenggan 12 hingga 25, Plaintif telah menuntut pelepasan Kenderaan tersebut berkali-kali daripada Defendan Keempat, namun Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima tidak memberi apa-apa maklum balas; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 11. Plaintif juga menegaskan bahawa pada setiap masa material, Plaintif adalah bersedia untuk membantu siasatan dengan memberikan Defendan Keempat dan/atau Defendan Kelima apa-apa dokumen yang diminta; 12. Namun sehingga kini, Plaintif masih tidak mendapat apa-apa maklum balas berkenaan Kenderaan tersebut mahupun milikan Kenderaan tersebut kembali. Tiada apa-apa pendakwaan yang telah dimulakan terhadap Plaintif selepas hampir setahun selepas 13. Kenderaan tersebut disita; dan Disebabkan konspirasi yang dinyatakan di atas, Plaintif telah mengalami kerugian dalam jumlah RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut setakat 13.9.2021 dikira atas dasar RM2,333.00 sehari. RELIF-RELIF [41] Dalam hal keadaan, Plaintif menuntut untuk perintah-perintah seperti berikut:- 1. Suatu deklarasi bahawa Notis Sitaan tersebut adalah salah dari segi undang-undang, terbatal dan tidak sah; 2. Milikan Kenderaan tersebut diserahkan kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Perintah, dalam keadaan asalnya; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 3. Defendan Pertama hingga Defendan Kesembilan secara bersesama dan berasingan membayar ganti rugi am yang ditaksirkan oleh Mahkamah untuk kerosakan yang diakibatkan terhadap Kenderaan tersebut dalam tempoh Kenderaan tersebut berada dalam milikan Defendan Keempat dan Defendan Kelima; 4. Defendan Pertama hingga Defendan Kesembilan secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut setakat 13.9.2021; 5. Defendan Pertama hingga Defendan Kesembilan secara bersesama dan berasingan membayar jumlah sebanyak RM2,333.00 sehari bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut dari 14.9.2021 sehingga milikan Kenderaan tersebut diserahkan kepada Plaintif; 6. Defendan Pertama hingga Defendan Kesembilan secara bersesama dan berasingan membayar faedah pada kadar 1.5% sebulan atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan writ sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; 7. Kos; dan 8. Lain-lain relif atau perintah sebagaimana Mahkamah yang Mulia ini anggap munasabah dan berpatutan. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PEMBELAAN DEFENDAN PERTAMA [1] Defendan Pertama merupakan pengimport yang telah mengimport kenderaan tersebut. (i) Sebagai pengimpot kereta, tanggungjawab Defendan Pertama hanya adalah untuk memastikan Kenderaan tersebut diserahkan kepada Plaintif mengikut kaedah yang sah, yang termasuk pembayaran cukai yang dikehendaki dibayar mengikut taksiran, dan dalam keadaan yang baik; (ii) Sebaik sahaja Defendan Pertama membayar cukai yang ditaksirkan dan dikehendaki oleh Jabatan Kastam Malaysia bagi dan untuk pihak Plaintif, tanggungjawab Defendan Pertama telah selesai dan sempurna; (iii) Dakwaan Plaintif bahawa Defendan Pertama adalah bertanggungjawab terhadap semua perkara berkenaan dengan cukai dan duti adalah remeh dan dipertikaikan. (iv) Defendan Pertama tidak berhak atau bertanggungjawab untuk mengawal cara dan kaedah taksiran oleh Jabatan Kastam Malaysia yang hanya merupakan obligasi dan tanggungjawab tunggal Jabatan Kastam Malaysia di bawah undang-undang yang berkenaan. Tanggungjawab Defendan Pertama hanya terhad S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new kepada pembayaran cukai yang ditaksir oleh Jabatan Kastam Malaysia sahaja; (v) Dalam situasi yang sama, cukai jalan (Road Tax) dan insurans yang telah dibayar oleh Defendan Pertama untuk Kenderaan tersebut, yang sesungguhnya juga ditaksirkan oleh pihak-pihak yang berkenaan, juga tidak berhak untuk dipertikaikan oleh Defendan Pertama. Tugas dan obligasi Defendan Pertama hanya satu sahaja, iaitu untuk memastikan apa-apa jumlah yang ditaksirkan oleh otoriti-otoriti yang berkenaan telah dijelaskan mengikut taksiran tersebut dan Kenderaan tersebut adalah diserahkan kepada Plaintif di mana kesemua cukai yang berpatutan telah dijelaskan; (vi) Dalam tindakan ini, ia adalah tidak dipertikaikan bahawa Kenderaan tersebut telah diserahkan kepada Plaintif dalam keadaan yang baik. Dalam pada itu, Defendan Pertama telah melepaskan segala tanggungjawab dan beban Defendan Pertama terhadap Plaintif apabila Defendan Pertama telah membayar cukai yang sepatutnya dibayar mengikut taksiran Jabatan Kastam Malaysia. (vii) Sebarang kesukaran yang kononnya dihadapi oleh Plaintif dalam tindakan ini yang tertimbul kononnya daripada kesalahan Jabatan Kastam Malaysia (sekiranya ada) langsung tidak berkaitan dengan Defendan Pertama dan Defendan Pertama tidak harus S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new dipertanggungjawabkan seolah-olah Defendan Pertama yang harus memikul tanggungjawab Jabatan Kastam Malaysia. [2] Defendan Pertama telah menjual Kenderaan tersebut kepada Plaintif dan Defendan Pertama telah memaklumkan Plaintif bahawa permohonan pengimpotan Kenderaan tersebut telah dipatuhi berdasarkan prosedur-prosedur yang sedia ada. [3] Segala servis dan/atau bantuan yang ditawarkan oleh Encik Chua kepada Plaintif hanya merupakan perkhidmatan selepas jualan oleh Encik Chua secara peribadi dan sebagai seorang jurujual sahaja dan tidak, pada mana-mana masa yang material, mewakili Defendan Pertama atau mengikat terhadap Defendan Pertama. Ini adalah ketara daripada fakta segala surat kebenaran yang kononnya ditandatangani oleh Plaintif bukannya memberi kebenaran kepada Defendan Pertama untuk menyelesaikan masalah bagi pihak Plaintif, namun hanya memberi kebenaran kepada Encik Chua dan/atau En. Heng secara peribadi sahaja. [4] Segala bantuan yang diberikan kepada Plaintif oleh Encik Chua bukan atas arahan Defendan Pertama dan juga tidak pada semua masa yang material berkaitan dengan Defendan Pertama. Justeru, ia adalah sesungguhnya tidak berpatutan untuk Defendan Pertama dipertanggungjawabkan oleh mana-mana kelakuan Encik Chua. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [5] Tugas Defendan Pertama hanya terhad kepada pembayaran cukai yang ditaksirkan oleh Jabatan Kastam Malaysia sahaja. Mana-mana dakwaan oleh Plaintif yang mencadangkan bahawa Defendan Pertama berhak untuk mencampur tangan budibicara Jabatan Kastam Malaysia dalam taksiran cukai Kenderaan tersebut adalah remeh dan sekadar salahtanggapan Plaintif. [6] Defendan Pertama langsung tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan dan/atau keputusan yang dibuat oleh Jabatan Kastam Malaysia. Pada semua masa yang material, Encik Chua hanya menolong Plaintif atas dasar muhibah (“out of goodwill”). Defendan Pertama sesungguhnya menyatakan bahawa sekiranya Defendan Pertama berkomplot dengan Jabatan Kastam Malaysia dan kononnya telah menyebabkan kerugian kepada Plaintif seperti yang dialegasikan oleh Plaintif (yang mana adalah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh Defendan Pertama), Encik Chua tidak akan menggalakkan Plaintif supaya aduan terhadap Jabatan Kastam Malaysia dimajukan kepada Suruhanjaya Integriti Penguatkuasa. [7] Defendan Pertama tiada pengetahuan peribadi berkenaan dengan perbualan antara Plaintif dan pegawai Jabatan Kastam Malaysia. Defendan Pertama telah membayar sebarang cukai dan/atau levy menurut taksiran dan arahan Jabatan Kastam Malaysia secara S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new bertulis. la adalah bertentangan dengan logik untuk mencadangkan bahawa Defendan Pertama tidak harus membuat bayaran terhadap jumlah yang ditaksirkan oleh Jabatan Kastam Malaysia secara bertulis. [8] Sekiranya terdapatnya kekurangan pungutan cukai oleh Jabatan Kastam Malaysia (yang ditaksirkan oleh Jabatan KastamMalaysia sendiri) daripada Defendan Pertama bagi dan untuk Plaintif, ia seolah-olah hanya kesalahan Jabatan Kastam Malaysia sendiri yang tidak harus ditanggung oleh Defendan Pertama. Sama ada Jabatan Kastam Malaysia mengambil tindakan terhadap Plaintif atau tidak adalah bergantung kepada budibicara dan kuasa Jabatan Kastam Malaysia di bawah undang-undang yang sedia ada. Dalam apa jua keadaan, Defendan Pertama langsung tidak bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan yang diambil oleh Jabatan Kastam Malaysia terhadap mana-mana pihak secara sah atau sebaliknya (seperti yang dialegasikan oleh Plaintif). [9] Defendan Pertama telah menerima surat tuntutan bertarikh 25.5.2021 daripada peguamcara Plaintif dan duti kastam telah dibayar oleh Defendan Pertama yang telah termasuk dalam Harga Jualan. Selain daripada itu, Defendan Pertama sesungguhnya mepertikaikan tuntutan pampasan Plaintif terhadap Defendan S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Pertama kerana Defendan Pertama pada semua masa yang material telah menyempurnakan servis Defendan Pertama dalam pembayaran duti kastam seperti dikehendaki oleh Jabatan Kastam Malaysia. [10] Hubungan antara Defendan Pertama dan Jabatan Kastam Malaysia adalah secara satu hala (one-way) sahaja, iaitu Jabatan Kastam Malaysia akan membuat taksiran dan Defendan Pertama akan membuat pembayaran. [11] la adalah tanggungjawab Defendan Pertama untuk membayar duti seperti yang ditaksirkan oleh Jabatan Kastam Malaysia dan Defendan Pertama tidak ada sebarang kuasa untuk mempengaruhi dan/atau mencampur tangan dalam taksiran oleh Jabatan Kastam Malaysia. [12] Hakikatnya, Defendan Pertama telah menunaikan tanggungjawab Defendan Pertama dengan pembayaran kepada Jabatan Kastam Malaysia dan Defendan Pertama tidak ada tanggungjawab yang Iain terhadap Plaintif selain daripada pembayaran mengikut taksiran. [13] Defendan Pertama tidak ada sebarang tanggungjawab untuk memastikan bahawa duti kastam yang ditaksirkan adalah betul — kuasa untuk taksiran hanya terletak pada Jabatan Kastam Malaysia secara tunggal sahaja. Defendan Pertama telah menunaikan S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new tanggungjawab dengan memastikan bahawa duti kastam yang dibayar adalah betul mengikut taksiran oleh Jabatan Kastam Malaysia. [14] Defendan Pertama tidak berhak untuk khuatir sama ada Performante 2015 adalah wujud atau tidak, padahal Jabatan Kastam Malaysia sahaja yang mempunyai kuasa dan budibicara untuk membuat taksiran ke atas Kenderaan tersebut. [15] Tanggungjawab Defendan Pertama adalah terhad kepada pembayaran sahaja dan untuk memastikan Jabatan Kastam Malaysia mengeluarkan surat pelepasan kepada Defendan Pertama supaya Kenderaan tersebut boleh diserahkan kepada pembelinya, iaitu Plaintif. Dalam kes ini, fakta jelas menunjukkan bahawa Defendan Pertama telah menjalankan tugas Defendan Pertama. Tugas penaksiran duti adalah tugas Jabatan Kastam Malaysia dan bukannya Defendan Pertama. [16] Defendan Pertama yakin bahawa prosedur untuk penyerahan Kenderaan tersebut kepada Plaintif telah dipatuhi dan dokumen-dokumen untuk membuktikan pembayaran duti dan/atau cukai untuk Kenderaan tersebut juga adalah teratur. [17] Saranan Plaintif bahawa Defendan Pertama telah bersubahat dengan Defendan-Defendan yang lain adalah saranan kosong yang S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new tidak disokong oleh sebarang bukti dan hanya adalah salahtanggapan (“misconception”) Plaintif sendiri. Plaintif diletakkan atas beban bukti yang kukuh untuk membuktikan teori konspirasi yang diplidkan oleh Plaintif. [18] Oleh itu, Defendan Pertama sesungguhnya menyatakan bahawa Defendan Pertama tidak harus dipersalahkan oleh mana-mana sitaan terhadap Kenderaan tersebut yang bukan berpunca oleh kesilapan Defendan Pertama dan tidak harus dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana kononnya gantirugi yang dihadapi oleh Plaintif. [19] Defendan Pertama mengulangi bahawa Defendan Pertama telahpun menunaikan obligasi Defendan Pertama dengan sepenuhnya. Defendan Pertama merupakan pengimpot kereta dan bukannya otoriti yang bertanggungjawab untuk menentukan dan/atau menaksirkan duti dan/atau cukai yang harus dibayar ke atas Kenderaan tersebut. [20] la adalah hakikat bahawa selepas pentaksiran cukai, Defendan Pertama telah membayar duti dan/atau cukai tersebut mengikut taksiran Jabatan Kastam Malaysia. [21] la adalah hakikat bahawa surat pelepasan untuk Kenderaan tersebut sudah dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Malaysia. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [22] la juga adalah hakikat bahawa kesemua bayaran berkenaan Kenderaan tersebut telah diselesaikan oleh Defendan Pertama dan milikan Kenderaan tersebut juga telah diserahkan kepada Plaintif dalam keadaan yang baik. [23] la adalah hakikat bahawa hubungan antara Defendan Pertama dan Jabatan Kastam Malaysia adalah satu-hala, di mana Jabatan Kastam Malaysia akan menaksirkan cukai yang harus dibayar dan Defendan Pertama akan membayar mengikut taksiran tersebut. Tiadanya sebarang perjanjian dan/atau hubungan yang lain antara Defendan Pertama dan Jabatan Kastam Malaysia. Plaintif diletakkan atas beban bukti yang kukuh untuk membuktikan sebaliknya. [24] Oleh itu, ia adalah tidak logik dan tidak munasabah untuk Plaintif mengalegasikan bahawa Defendan Pertama telah bergabung dan berkonspirasi dengan Defendan Kedua hingga Defendan Ketujuh, padahal Defendan Pertama tidak bersalah dari semua aspek dan tidak melakukan sebarang yang tidak sah dalam undang-undang. [25] Tambahan, Defendan Pertama juga tidak berfaedah daripada kononnya “konspirasi” tersebut, malah telah melibatkan diri dalam pertengkaran surat-menyurat dan juga terpaksa untuk melantik S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new peguam untuk membela diri dalam tindakan ini yang hanya telah menyebabkan kerugian kewangan dan masa Defendan Pertama. KESALAHAN PLAINTIF SENDIRI DAN TINDAKAN TIDAK SAH EN. CHUA [26] Pembelaan dan Tuntutan Balas yang difailkan oleh Defendan Kedua hingga D8 yang mengemukakan fakta yang langsung tidak ada dalam pengetahuan D1. Defendan Pertama tidak boleh dipertanggungjawabkan tindakan yang tidak sah yang dikendalikan oleh Encik Chua terutamanya apabila Plaintif sendiri pun terlibat dalam kelakuan yang menyalahi undang-undang. [27] Siasatan pihak kastam menyatakan Plaintif sendiri terdapat pengetahuan penuh bahawa Encik Chua telah terlibat dalam tindakan jenayah yang mengisytiharkan tahun pengeluaran kereta tersebut secara palsu untuk tujuan pengelakkan cukai. Jadi. Defendan Pertama menafikan sebarang liabiliti yanq tertimbul daripada tindakan Encik Chua yang tidak sah darı/atau tindakan konspirasi antara Plaintif, Encik Chua dan pihak ketiga yang menyalahi undang-undang. [28] Defendan Pertama akan menggunapakai keterangan-keterangan yang dalam milikan ekslusif D3, D5, D7 dan D8 untuk membuktikan pembelaan penuh (complete defense) Defendan Pertama. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PEMBELAAN DEFENDAN KEDUA HINGGA DEFENDAN KE-LAPAN [1] D2, D4 dan D6 bukanlah satu entity undang-undang untuk dinamakan sebagai pihak dalam tindakan ini. [2] D3 merupakan Ketua Pegawai Kastam yang hendaklah mempunyai pengawasan terhadap semua perkara yang berhubung dengan Kastam. D6 dan D8 adalah Pegawai Kanan Kastam yang dilantik menurut subseksyen 3(3) Akta Kastam 1967 (Akta 235) yang menjalankan kuasa sebagaimana diberikan oleh D3. [3] D8 adalah bertanggungjawab secara vikarius ke atas perbuatan atau peninggalan oleh Defendan-Defendan sekiranya pra-syarat seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 dipenuhi. [4] Defendan-Defendan menyatakan yang berikut: 1. Melalui siasatan kriminal oleh Pegawai Penyiasat, perenggan 10 adalah diakui. 2. Melalui siasatan kriminal oleh Pegawai Penyiasat, perenggan 11 adalah diakui setakat melalui Borang Kastam 1, pengimportan adalah melalui Defendan Pertama. 3. Defendan menyatakan bahawa Pegawai Penyiasat pernah berurusan dengan individu bernama Joey tetapi individu tersebut hadir bagi pihak ketiga yang melibatkan siasatan isu yang sama. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Namun, Defendan-Defendan tidak dapat memastikan bahawa Joey yang dirujuk oleh Plaintif adalah individu yang sama. [5] Hasil Siasatan Kriminal terhadap kes 1n1, Ia melibatkan satu kesalahan frod dokumen. [6] Pengimportan apa-apa barang berduti (dutiable goods) hendaklah mematuhi Akta Kastam 1967 dan/atau Peraturan-Peraturan yang dibuat berkaitan dengannya; [7] Kereta Lamborgini Hurracan Performante 2018 (kereta tersebut] yang menjadi subjek tuntutan Plaintif telah diimport berdasarkan pendaftaran pada dokumen K1 (Borang K1) yang diperolehi daripada Sistem Maklumat Kastam (SMK) pada 31.12.2019. [8] Pengimportan kereta tersebut tertakluk kepada satu Approved Permit (AP) daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (MITI) sebagaimana Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2017 (P.U.(A) 103/2017) dan pembayaran duti yang ditetapkan melalui dan Perintah Duti Kastam 2017 , Perintah Duti Eksais 2017 (P.U.(A) 92/2017) & Perintah Cukai Jualan (P.U.(A) 103/2017). S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [9] Melalui Borang K1, Pemegang AP dan Pengimport adalah BHU Auto Logistics Sdn. Bhd, manakala agen penghantaran yang direkodkan adalah Star Warehousing Sdn. Bhd. [10] Adalah menjadi kehendak perundangan bahawa Pengimport dan/atau agen hendaklah membuat pengikraran yang benar kerana ia melibatkan nilai duti yang perlu dibayar. [11] Melalui siasatan Pegawai Penyiasat Kriminal, melalui Borang K1, pengikraran 'Year Of Manufacture' kereta tersebut yang dibuat oleh Pengimport dan/atau agen adalah pada tahun 2014; [12] Plaintif dan/atau Pengimport dan/atau ejen bagi tujuan pengikraran duti, mengikrarkan harga sebanyak RM113,182.00. Nilai yang diikrarkan ini adalah mengambil kira pengikraran tahun pengeluaran 2014 dan nilai ini akan mempengaruhi nilai duti yang patut dibayar oleh pengimport. [13] Pengikraran ini menyebabkan Plaintif dan/atau Pengimport dan/atau ejen membayar duti bagi pengimportan hanya RM218,611.05 iaitu taksiran yang melibatkan tahun pengeluaran kenderaan 2014 dan nilai kenderaan. [14] Melalui siasatan lanjut terhadap dokumen AP daripada MITI selain pengesahan daripada Lamborgini Malaysia dan permohonan yang S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new dibuat kepada MITI untuk AP, Pengimport dan/atau ejen mengikrarkan tahun pembuatan kenderaan adalah 2018. [15] ldentiti kereta tersebut berdasarkan dokumen-dokumen ini adalah melalui No Chasis yang sama. [16] Semakan dan siasatan oleh International Police (INTERPOL) di Italy iaitu negara pengeluar kereta tersebut mendapati kereta ini adalah dikeluarkan pada 2018. Dokumen INTERPOL ini telah diterjemahkan melalui sebahagian siasatan oleh Pegawai Penyiasat Kriminal. [17] Melalui semakan oleh Pegawai Penyiasat Kriminal, mendapati bahawa terdapat permohonan kepada JPJ & PUSPAKOM dan kelulusan telah diberikan berkaitan pindaan kepada tahun pengeluaran kenderaan tersebut daripada 2014 kepada 2018. [18] lni menunjukkan bahawa tahun pengeluaran sebenar yang diikrarkan oleh Pengimport dan/atau ejen bukan 2014 sebaliknya 2018. Walaubagaimanapun, Plaintif dan/atau Pengimport dan/atau ejen tidak hadir ke Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk membuat pengikraran sebenar dan membayar duti perbezaan bagi penilaian yang dibuat bagi tahun 2014 dan tahun 2018. [19] Laporan Penjenisan yang dikeluarkan melalui seksyen 13, Akta 235 mengkelaskan Kod Tariff pengimportan kereta ini adalah 8703.24 51 S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 90. Kod ini akan menentukan kadar duti yang akan dikira oleh Pengawai Penilai melalui Laporan Penilaian. [20] Melalui satu Laporan Penilaian yang dibuat menurut seksyen 13 Akta yang sama, harga kereta tersebut bagi tahun pengeluaran sebenar kereta tersebut iaitu 2018 adalah RM562,368.53. Nilai duti pengimportan yang sebenarnya terlibat jika pengikraran adalah bagi tahun 2018 adalah RM1,086,214.82 merangkumi Duti Import, Duti Eksais dan Cukai Jualan. [21] Perbezaan nilai terkurang bayar cukai adalah RM867,603.77 [22] Kekurangan pembayaran cukai ini menjadikan kereta tersebut sebagai barangan tidak berkastam dan penahanan adalah sah sehingga perbezaan ini dijelaskan oleh Plaintif dan/atau Pengimport dan/atau ejen. BUTIRAN KECUAIAN [23] Berkaitan butiran kecuaian, maklumbalas Defendan-Defendan adalah seperti berikut: 1. Melalui siasatan Kriminal, Defendan menyatakan pada setiap masa material, pengimportan kereta tersebut walaupun melalui Defendan Pertama adalah sebenarnya dibuat oleh penama Chua S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Bean Hong (CBH). Plaintif mempunyai pengetahuan tarikh sebenar pengeluaran kereta ini. 2. CBH telah menggunakan Defendan Pertama untuk mengimport kereta tersebut kerana Defendan Pertama merupakan pemegang AP. 3. Hubungkait tersebut boleh dibuktikan apabila syarikat milik CBH iaitu agen pengimport Star Warehousing adalah pihak yang menguruskan pengimportan tersebut. Star Warehousing Sdn. Bhd. didaftarkan oleh CBH menggunakan nama Muhammad Hafisze bin Hamid [No. KIP: 880928-56-5403]. 4. Keterangan yang dirakamkan oleh Pegawai Penyiasat Kriminal terhadap penama ini menyatakan bahawa beliau bekerja dengan CBH di dalam syarikat Giat Perintis Sdn. Bhd. Beliau telah ditawarkan sebagai pengarah Giat Perintis Sdn. Bhd yang didaftarkan bersama CBH. 5. Keterangan beliau menunjukkan bahawa nama beliau telah diminta oleh CBH untuk digunakan sebagai pengarah tunggal Star Warehousing Sdn. Bhd. 6. Alamat perniagaan dan pendaftaran Star Warehousing Sdn. Bhd adalah alamat yang sama dengan Giat Perintis Sdn. Bhd. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 7. Pada setiap siasatan jenayah, CBH adalah orang yang mengawal perjalanan syarikat tersebut termasuk akaun syarikat. 8. Melalui siasatan kriminal, Defendan-Defendan menyatakan bahawa CBH adalah menjalankan satu proses frod untuk pemalsuan dokumen import bagi tujuan pembayaran duti rendah walaupun nilai yang dibayar oleh pembeli kereta termasuk Plaintif di sini adalah menyamai harga pasaran. 9. CBH mengaut keuntungan bagi proses ini dan menyalahkan Defendan-Defendan. 10. Berkaitan taksiran, Defendan-Defendan menyatakan bahawa taksiran dibuat atas pengikraran yang dibuat oleh Pengimport dan/atau agen. 11. Defendan-Defendan menyatakan bahawa tiada kecuaian yang dibuktikan ke atas pihak Defendan-Defendan dan/atau wakil Defendan. 12. Jika ada, Defendan-Defendan menyatakan bahawa pihak tersebut tidak dinamakan sebagai pihak dalam tindakan tuntutan ini tidak mematuhi seksyen 5 & 6 Akta Presiding Kerajaan 1956. [24] Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif sebenarnya telah ditipu daya oleh CBH. Pihak yang sepatutnya disaman adalah CBH S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new dan Plaintif telah menyaman pihak yang salah. Pihak yang membuat konspirasi adalah CBH menyebabkan pengikraran tersebut dibuat rendah bagi tujuan keuntungan diri sendiri. BUTIRAN PELANGGARAN SEKSYEN 128 AKTA KASTAM 1967 OLEH DEFENDAN KEDUA [25] Defendan-Defendan menyatakan bahawa pengataan Plaintif di perenggan 38 hingga 46 adalah satu tersalah arah (misconceived of the law). Peruntukan seksyen 128(1) Akta 235 mengkehendaki bahawa Plaintif mengemukakan tuntutan dalam tempoh 30 hari dari tarikh sitaan. [26] Otoriti-otoriti Mahkamah menjelaskan, tiada peruntukan ditetapkan untuk rujukan kepada Defendan Ketiga. [27] Plaintif telah memplidkan bahawa sitaan dibuat pada 23.9.2020. Plaintif juga menyatakan notis tuntutan kembalian kereta bertarikh 3.11.2020 diterima oleh Puan Noor Hamidah pada 3.12.2020. Notis ini ditegaskan diterima melebihi tempoh 30 hari dari tarikh yang ditetapkan menurut seksyen 128(1) Akta 235. Berdasarkan pliding Plaintif, Plaintif tidak berhak membuat tuntutan kembalian kereta ini. [28] Defendan-Defendan menyatakan bahawa peruntukan seksyen 128(1) dan rujukan di bawah seksyen 128(3) Akta 235 hanya boleh dibuat sekiranya tiada pendakwaan jenayah. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [29] Defendan-Defendan dinasihatkan untuk menyatakan bahawa hak menurut perlembagaan tidak bersifat ekslusif dan ia tertakluk kepada undang-undang bertulis lain. Walaupun Plaintif mempunyai hak terhadap pemilikan harta, pemilikan tersebut hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta Kastam 1967, Akta Eksais 1976 dan Akta Cukai Jualan 2018. [30] Berkaitan kerugian penggunaan kereta tersebut, Plaintif diletakkan atas beban pembuktian yang tinggi. Defendan-Defendan menyatakan bahawa kelayakan penggunaan kereta tersebut tertakluk kepada pematuhan undang-undang iaitu melalui pembayaran duti terlibat. [31] Defendan-Defendan menyatakan bahawa Plaintif harus menuntut gantirugi kehilangan penggunaan melalui CBH. [32] Melainkan pembayaran perbezaan duti dijelaskan oleh Plaintif dan/atau Pengimport dan/atau ejen, kereta tersebut tidak boleh dilepaskan sehingga pendakwaan jenayah selesai. KONSPIRASI [33] Defendan-Defendan menafikan konspirasi yang terlibat. [34] Defendan-Defendan sesungguhnya menyatakan bahawa: 1. Plaintif membeli kereta tersebut daripada CBH; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 2. Plaintif dimaklumkan harga pembelian tersebut daripada CBH; 3. Proses urusniaga antara Plaintif adalah melibatkan CBH; 4. Defendan-Defendan hanya hadir setelah mengetahui kesalahan jenayah berlaku berkaitan pemalsuan dokumen yang mengakibatkan pembayaran terkurang bayar duti import, duti eksais dan cukai jualan melalui siasatan Kriminal adalah oleh CBH. 5. Defendan-Defendan tidak mengenali Plaintif mahupun mempunyai hubungan rasmi dengan Plaintif dan tiada motif atau sebab untuk Defendan-Defendan berkonspirasi mencederakan Plaintif. 6. Konspirasi adalah antara CBH, Plaintif dan Pengimport. [35] Defendan-Defendan dinasihatkan bahawa, Plaintif di dalam kes ini juga boleh didakwa bersama CBH bagi pemalsuan dokumen yang membawa kepada pembayaran duti rendah. SITAAN JENAYAH & IMMUNITI. [36] Defendan-Defendan dinasihatkan bahawa Proses Sitaan tersebut adalah proses jenayah dan tidak boleh dikuatkuasakan melalui presiding sivil dan Mahkamah tidak mempunyai inherent power berkaitan kuasa jenayah. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [37] Menurut seksyen 114A Akta 235, ia memberi satu imuniti kepada pegawai Kastam yang menjalankan sitaan untuk dituntut daripadanya apa-apa gantirugi. [38] Defendan-Defendan menyatakan Plaintif tidak layak menuntut relief yang dituntut dan tuntutan ini tidak boleh dipertahankan dan wajar ditolak. TUNTUTAN BALAS [39] Defendan-Defendan menuntut daripada Plaintif yang berikut: 1. Jumlah bagi duti eksais yang tidak dibayar sebanyak RM767,633.05 dibayar kepada Plaintif melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia; 2. Jumlah Cukai Jualan terkurang bayar sebanyak RM149,871.21 dibayar kepada Plaintif melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia; 3. Duti Import yang terkurang bayar sebanyak RM168,710.56 dibayar kepada Plaintif melalui Jabatan Kastam Diraja Malaysia; 4. Faedah ke atas jumlah duti eksais RM767,633.05 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh writ sehingga tarikh penghakiman; 5. Faedah ke atas jumlah RM149,871.21 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 6. Faedah ke atas jumlah cukai jualan terkurang bayar sebanyak RM168,710.56 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh writ sehingga tarikh penghakiman; 7. Faedah ke atas jumlah RM767,633.05 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; 8. Faedah ke atas duti import sebanyak RM149,871.21 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh writ sehingga tarikh penghakiman; 9. Faedah ke atas jumlah RM168,710.56 pada kadar 5 % setahun dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh; 10. Kos prosiding atas dasar Peguamcara-anakguam; dan 11. Apa-apa relief suai manfaat oleh Mahkamah ini. PEMBELAAN DEFENDAN KE-SEMBILAN [1] Defendan Kesembila menafikan bahawa Defendan Kesembilan adalah broker dari Defendan Pertama, namun memplidkan bahawa Defendan Kesembilan merupakan seorang jurujual yang mewakili Defendan Pertama dalam pembelian kenderaan tersebut serta yang memperkenalkan Plaintif kepada Defendan Pertama dan kenderaan yang ditawarkan oleh Defendan Pertama untuk dibeli oleh Plaintif dengan harga RM1,350,000.00. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [2] Defendan Kesembilan juga memplidkan bahawa harga jualan tersebut adalah di bawah bidangkuasa dan/atau ditetapkan oleh Defendan Pertama, dimana ianya juga adalah diluar bidangkuasa Defendan Kesembilan. [3] Defendan Kesembilan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa kenderaan tersebut telah berjaya didaftarkan. [4] Defendan Kesembilan juga memplidkan bahawa segala urusan pendaftaran kenderaan, pembayaran duti dan/atau cukai yang terlibat, serta penyerahan kenderaan dan dokumen-dokumen adalah diuruskan sepenuhnya oleh Defendan Pertama dan juga sepenuhnya dalam bidangkuasa Defendan Pertama. [5] Malah segala pembayaran bagi pembelian kenderaan tersebut telah dibuat oleh Plaintif terus kepada Defendan Pertama, dan Defendan Kesembilan memplidkan juga bahawa Defendan Kesembilan sama sekali tidak mempunyai kuasa dan/atau kawalan dan/atau bidangkuasa bagi segala urusan pengurusan syarikat Defendan Pertama, yang mana Defendan Kesembilan hanyalah jurujual bagi pihak Defendan Pertama bagi kenderaan tersebut sahaja. [6] Defendan Kesembilan telah memaklumkan kepada Plaintif bahawa kenderaan tersebut mengalami masalah-masalah berkenaan cukai serta telah menawarkan perkhidmatan selepas jualan secara S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new peribadi dan sebagai seorang jurujual bagi pihak Defendan Pertama. [7] Segala surat-menyurat yang didakwa telah disediakan oleh Defendan Kesembilan (jika ada sekalipun, dan Plaintif diletakkan dengan beban pembuktian), adalah dalam pengetahuan dan/atau bidangkuasa Plaintif, dan segala surat-menyurat yang dinyatakan adalah ditandatangani sendiri oleh Plaintif. [8] Defendan Kesembilan langsung tidak mempunyai kawalan terhadap tindakan dan/atau keputusan yang dibuat oleh pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. [9] Defendan Kesembilan memplidkan bahawa : 1. Segala hal perkara penaksiran dan pembayaran duti kastam adalah antara Plaintif, Defendan Pertama dan Defendan Kedua, yang mana Defendan Kesembilan hanyalah bertindak sebagai jurujual sahaja dan tidak mempunyai bidangkuasa dalam urusan perkara penaksiran dan pembayaran duti/cukai tersebut; 2. Defendan Kesembilan bukanlah pengimport kereta tersebut, malah bukan menjadi tanggungjawab Defendan Kesembilan untuk memastikan bahawa duti kastam yang ditaksirkan dan dibayar adalah betul; S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 3. Pengataan Plaintif khasnya di perenggan 33 dan 35 yang menyatakan bahawa Defendan Kesembilan telah bersubahat dengan Defendandefendan yang lain adalah satu pengataan kosong semata-mata dan merupakan satu tuduhan yang tidak berasas serta tidak disokong oleh sebarang bukti yang kukuh dan hanya salahtanggapan “misconception” oleh Plaintif sendiri. Plaintif adalah diletakkan dengan beban pembuktian yang nyata untuk membuktikan teori konspirasi yang diplidkan oleh Plaintif; 4. Defendan Kesembilan juga tiada pengetahuan peribadi terhadap perenggan 35 secara khasnya dan melatakkan beban pembuktian terhadap Plaintif; 5. Oleh itu, Defendan Kesembilan sesungguhnya menyatakan bahawa Defendan Kesembilan tidak seharusnya dipersalahkan oleh mana-mana sitaan bagi kenderaan tersebut yang jelas sama sekali bukan berpunca daripada kesilapan dan/atau kecuaian Defendan Kesembilan, dan tidak seharusnya dipertanggungjawabkan terhadap mana-mana gantirugi yang dituntut oleh Plaintif. [10] Defendan Kesembilan bukanlah pengimport dan pihak berkuasa dan/atau autoriti yang bertanggungjawab untuk menentukan dan/atau mentaksirkan cukai/duti yang terlibat dan/atau kena S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new dibayar bagi kenderaan tersebut, malah hanya bertindak selaku jurujual sahaja. [11] Ia adalah hakikat bahawa segala pembayaran cukai/duti yang terlibat adalah diuruskan sepenuhnya oleh Defendan Pertama dan Plaintif serta pelepasan kenderaan tersebut dari kawalan pihak kastam adalah di bawah bidangkuasa pihak Jabatan Kastam Diraja Malaysia. [12] Adalah hakikat bahawa milikan kenderaan tersebut telah diserahkan oleh Defendan Pertama kepada Plaintif dalam keadaan yang baik. [13] Oleh itu, adalah tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk Plaintif mengatakan bahawa terdapatnya konspirasi antara Defendan Kesembilan dengan Defendan-defendan yang lain, dan ini merupakan satu tuduhan yang tidak berasasdengan beban pembuktian yang nyata. [14] Defendan Kesembilan juga memplidkan bahawa sebarang alegasi oleh Plaintif berkenaan yang kononnya terdapat konspirasi antara Defendan Kesembilan dan Defendan-defendan yang lain adalah dinafikan sekeras-kerasnya. [15] Defendan Kesembilan tidak mempunyai sebarang bidangkuasa terhadap Notis Sitaan yang telah dikeluarkan oleh Defendan S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Keenam dan/atau Defendan Ketujuh yang bertarikh 23.09.2020 serta penyitaan kenderaan tersebut. [16] Adalah diplidkan juga bahawa Defendan Kesembilan tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan dengan kerugian yang diplidkan dan dituntut oleh Plaintif sebanyak RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut setakat 3.09.2021 dan RM2,333.00 sehari bagi kehilangan penggunaan kenderaan tersebut, malah diplidkan bahawa Defendan Kesembilan sama sekali tidak pernah menerima sebarang notis tuntutan mahupun tuntutan secara lisan dan/atau bertulis daripada Plaintif. [17] Defendan Kesembilan juga memplidkan bahawa tindakan guaman Plaintif ini gagal mendedahkan sebarang dan/atau apa-apa kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan Kesembilan malah ianya bersifat remeh, menyusahkan dan terjumlah kepada suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. KEPUTUSAN DAN DAPATAN MAHKAMAH [1] Dalam tindakan ini, saksi-saksi yang hadir memberi keterangan adalah sebagaimana di bawah: a) Yew Chin Teck - SP1 (Plaintif) S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new b) Chong Yan Ling - SP2 c) Siti Azima binti Bujang - SD1 d) Muhamad Afiq Izzudin Bin Yusof - SD2 e) Noor Hamidah Binti Kasim - SD3 f) Wong Pun Sian - SD4 g) Siti Norzarina Binti Shungib - SD5 h) Chua Bean Hong - SD6 [2] Mahkamah mengulangi semula tuntutan, pembelaan dan tuntutan balas pihak-pihak memandangkan dalam tindakan ini terdapat banyak isu dan alegasi yang didakwa terhadap pihak masing-masing bukan sahaja antara Plaintif dan Defendan bahkan dikatakan wujud isu konspirasi antara Plaintif sendiri dengan Defendan dan/atau Defendan sesame Defendan. [3] Undang-undang asas adalah pihak-pihak terikat dengan pliding. Mahkamah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan dalam THE CARBON COMPANY SDN BHD V. NG LEE HOON [2017] 6 CLJ 189: “[36] Pleading play an important role in civil litigation, as parties are bound by their respective pleadings. This is trite. The facts pleaded in the pleadings will define the parameters of each party's case and S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new serve as a clear notice to the adverse party the case that will be adjudicated so as to prevent either party from being taken by surprise during trial. Pleadings too will serve guide to the court in determining the issues to be tried.” [4] Pada peringkat ini, beban untuk membuktikan tuntutan dan/atau tuntutan balas tersebut terletak pada bahu pihak yang memplidkan fakta dan isu terbabit. Mahkamah merujuk kepada kes SAMPO MATERIALS (M) SDN BHD v. TENAGA NASIONAL BHD, COURT OF APPEAL, PUTRAJAYA [2015] 9 CLJ 902, Mahkamah telah memutuskan sebagaimana berikut: JUDGMENT Alizatul Khair Osman JCA: [49] Firstly, it is trite that under s. 101 and s. 102 of the Evidence Act 1950, the burden is on the plaintiff to prove its case. [50] By way of emphasis and for ease of reference we reproduce below ss. 101 and 102 of the Evidence Act 1950: 101. Burden of proof (1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove that those facts exist. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new (2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that the burden of proof lies on that person. 102. On whom burden of proof lies The burden of proof in a suit or proceeding lies on that person who would fail if no evidence at all were given on either side. [51] The case of Selvaduray v. Chinniah [1939] CLJU 107; [1939] 1 LNS 107; [1939] 8 MLJ FMSR 253 provides a classic illustration of this principle. As propounded by Terrell Ag CJ: The burden of proof under section 102 of the Evidence Enactment is upon the person who would fail if no evidence at all were given on either side, and accordingly the plaintiff must establish his case. If he fails to do so, it will not avail him to turn around and say that the defendant has not established his. (emphasis added) [5] Mahkamah juga merujuk keputusan dalam kes Mahkamah Rayuan HO HUP CONSTRUCTION COMPANY BERHAD V. WOO THIN CHONG [2018] 2 MLRA 321 yang memutuskan seperti berikut: "[43] It was trite that while it was true that the overall burden of proving a civil claim on a balance of probabilities was on the party bringing the action (the plaintiff), a party who alleged or relied upon S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new a particular fact had the onus or responsibility to establish on evidence the existence of that fact.” [6] Selepas perbicaraan penuh dengan saksi-saksi dihadapan Mahkamah ini, setelah meneliti Ikatan Pliding, keterangan saksi-saksi, eksibit-eksibit, hujahan dan otoriti kesemua pihak, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah memutuskan sebagaimana berikut: 1) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Pertama dibenarkan sebagaimana prayer dalam Penyataan Tuntutan Terpinda Plaintif: 49.3. Defendan Pertama membayar ganti rugi am yang ditaksirkan oleh Mahkamah untuk kerosakan yang diakibatkan terhadap Kenderaan tersebut dalam tempoh Kenderaan tersebut berada dalam milikan Defendan Keempat dan Defendan Kelima; 49.4. Defendan Pertama membayar jumlah sebanyak RM830,548.00 bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut setakat 13.9.2021; 49.5. Defendan Pertama membayar jumlah sebanyak RM2,333.00 sehari bagi kehilangan penggunaan Kenderaan tersebut dari 14.9.2021 sehingga milikan Kenderaan tersebut diserahkan kepada Plaintif; 49.6. Defendan Pertama membayar faedah pada kadar S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 1.5% sebulan atas jumlah penghakiman dari tarikh pemfailan writ sehingga tarikh penyelesaian sepenuhnya; 49.7. Kos – untuk dihujahkan 2) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kedua hingga Defendan Kelapan ditolak dengan kos (untuk dihujahkan) 3) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan Kesembilan ditolak dengan kos (untuk dihujahkan) 4) Tuntutan Balas Defendan Kedua hingga Defendan Kelapan terhadap Plaintif dibenarkan sebagaimana perenggan 25 (i) hingga (x) Tuntutan Balas terhadap Defendan-defendan. TUNTUTAN PLAINTIF TERHADAP DEFENDAN PERTAMA. [7] Mahkamah memutuskan bahawa pihak Plaintif telah berjaya untuk membuktikan kes terhadap Defendan Pertama. Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa D1 adalah pengimport kereta Lamborghini Huracan Performante 2018 ( selepas ini akan dirujuk sebagai “kenderaan tersebut”) dan bertanggungjawab semua perkara berkait harga jualan yang juga akan termasuk semua duti, cukai, levy dan lain-lain kos iaitu harga kenderaan atas jalan (offer the S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new vehicle at an on-the-road price). Harga atas jalan yang dipersetujui oleh Plaintif adalah berjumlah RM1,350,000.00. [8] Pada 11/7/2019, Defendan Pertama telah mengeluarkan “Sales Order” kepada Plaintif bagi jualbeli kenderaan tersebut. Pada 9/1/2020, Plaintif dimaklumkan bahawa kenderaan tersebut telah berjaya didaftar, kesemua cukai, levi dan lain-lain kos telah diselesaikan dan kenderaan sedia untuk dihantar kepada Plaintif. [9] Pada 10/1/2020, Defendan Pertama (D1) telah mengeluarkan “Delivery Order” bersama-sama dokumen-dokumen yang berkaitan. (Mahkamah merujuk kepada kesemua dokumen yang telah dibekalkan dalam Ikatan Dokumen). Pada peringkat ini, Plaintif telah menerima kenderaan tersebut dan memegang hakmilik kenderaan tersebut. [10] Hanya pada selepas kira-kira 9 bulan selepas itu (iaitu pada 22/9/2020, Defendan Kesembilan (D9) memaklumkan Plaintif bahawa kenderaan tersebut mempunyai masalah berkait dengan cukai dan duti kastam. PLAINTIF ADALAH “BONA FIDE PURCHASER” [11] Pada peringkat ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah berjaya membuktikan bahawa Plaintif adalah “bona fide purchaser” bagi kenderaan tersebut. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [12] Mahkamah memutuskan sedemikian atas dasar bahawa Plaintif telah membeli kenderaan tersebut melalui D1 dan telah membuat bayaran penuh sebagaimana diminta. Plaintif telah patuh kepada apa yang diarahkan oleh D1 dan setelah semua urusan selesai, Plaintif telah mendapat hak dan milikan kepada kenderaan tersebut. Kenderaan tersebut juga telah ada dalam milikan Plaintif dan isu yang timbul hanya selepas 9 bulan kenderaan diserah dan dimiliki oleh Plaintif. [13] Mahkamah merujuk kepada kes-kes Mahkamah sebelum ini dalam membuktikan status Plaintif sebagai “bona fide purchaser”. Dalam kes AIK MING (M) SDN BHD & ORS V CHANG CHING CHUEN & ORS AND ANOTHER APPEAL [1995] 2 MLJ 770 diputuskan: “is not a bona fide purchaser until one has paid all one’s money under the contract for sale. A person who pays only a deposit and, under the terms of a written or oral contract agrees to pay the balance later (in the present case after three months), is not a bona fide purchaser”. [14] Dalam kes MALAYAN BANKING BHD v. MOHD AFFANDI AHMAD & ANOR, FEDERAL COURT, PUTRAJAYA [2024] 10 CLJ 501, apa yang dinyatakan oleh Mahkamah Atasan berhubung isu “bona fide purchaser” adalah melibatkan “good faith”, “made full S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new payment”, “already the registered owner”, “sale and purchase transaction already completed”, “element of fraud, deceit or dishonesty” dan seterusnya. [15] Penerangan berhubung maksud “good faith” adalah sebagaimana dalam kes Mahkamah Persekutuan kes PEKAN NENAS INDUSTRIES SDN BHD V. CHANG CHING CHUEN & ORS [1998] 1 CLJ 793; [1998] 1 MLJ 465 yang memutuskan “...the basic element of good faith as "the absence of fraud, deceit or dishonesty and the knowledge or means of knowledge of such at the time of entry into a transaction." [16] Dalam kes T SIVAM THARAMALINGAM V. PUBLIC BANK BHD [2018] 6 CLJ 1; [2018] 5 MLJ 711 pula, Mahakamah Persekutuan memutuskan: “...that the existence of good faith or otherwise depends on the particular facts of the case; it is a question of fact for the court to determine on the evidence. [17] Kes T Sivam di atas merujuk kepada kes Datuk Jaginder Singh & Ors v. Tara Rajaratnam [1983] CLJU 21; [1983] 1 LNS 21; [1983] 2 MLJ 196 and Au Meng Nam & Anor v. Ung Yak Chew & Ors [2007] 4 CLJ 526 CA (refd) yang mana diputuskan: S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new (i) good faith does not mean an absence of fraud, deceit or dishonesty. It also requires acting honestly, reasonably and fairly; (ii) it is insufficient for a purchaser to merely show an absence of fraud, deceit or dishonesty; knowledge of a dispute as to the ownership of property and knowledge of fraud allegation; for example, could vitiate good faith; (iii) a purchaser in good faith did not include a purchaser who is careless or who has been negligent; and (iv) the elements of good faith are not closed. It must, in all cases, depend upon the circumstances. [18] Dalam fakta kes ini, Plaintif telah menyerahkan urusan pembelian kenderaan tersebut sepenuhnya kepada D1 (dan/atau D9). Segala dokumentasi dan urusan berhubung jumlah harga kenderaan termasuk cukai dan kos-kos lain yang perlu Plaintif bayar, adalah diuruskan oleh D1. Setelah menerima pengesahan daripada pihak D1, Plaintif telah membuat bayaran penuh sewajarnya. [19] Dalam tindakan ini, sepanjang perbicaraan dan saksi-saksi memberi keterangan, Mahkamah dapati tiada bukti menunjukkan wujudnya konspirasi atau penipuan (fraud) di pihak Plaintif. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [20] Alegasi D1 bahawa “Plaintif sendiri terdapat pengetahuan penuh bahawa Encik Chua telah terlibat dalam tindakan jenayah yang mengisytiharkan tahun pengeluaran kereta tersebut secara palsu untuk tujuan pengelakkan cukaidan wujud tindakan konspirasi antara Plaintif, Encik Chua dan pihak ketiga yang menyalahi undang-undang”, adalah tidak disokong oleh mana-mana keterangan dan bukti. [21] Keterangan yang ada lebih menyokong versi Plaintif yang mana Plaintif dengan “good faith” membeli kenderaan tersebut melalui D1 sebagai pemegang AP yang sah bagi pengimportan kenderaan dari luar negara dengan bantuan D9 dan setelah membuat bayaran penuh sebagaimana diarahkan. Tambahan pula, ini bukanlah kali pertama Plaintif membeli kenderan import menggunakan khidmat D9 dan melalui pengimport kenderaan laur negara yang sah. [22] Berhubung isu bayaran penuh yang meliputi harga jualan atas jalan (on the road), Mahkamah merujuk kepada keterangan SD1 (D1) dan SD6 (D9) semasa Pemeriksaan Balas sebagaimana di bawah: Pemeriksaan Balas SD1 “DD: So, dalam keadaan ini, semua dokumen yang saya rujuk tadi including MITI permit sebagainya JK69 semua, menunjukkan Lamborghini Huracan 2018. Betul? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Betul. DD: Pembayaran telah dibuat. Now mengikut JK69 ini, JK69 ini diberi kepada siapa? DW1: Diberi kepada pihak Kastam. DD: Diberi kepada pihak Kastam, kan? DW1: Ha, untuk kebenaran mengeluarkan, ya. DD: Untuk keluarkan kereta itu, kan? DW1: Betul, betul. DD: Jadi dalam dokumen ini, dia kata Lamborghini 2018, kan? DW1: Betul. DD: Jumlah dia 278,505 kan? DW1: Betul Pemeriksaan Balas SD6 DR: Sila rujuk bahagian 3, muka surat 6. The third column. Di bahagian kanan dinyatakan price on the road. Setuju? CBH: Ya, betul. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DR: Sebagai seorang yang berpengalaman dalam bidang automatif, boleh Encik jelaskan kepada Mahkamah apa maksud price on the road? CBH: Termasuk insurans, road tax. DR: Ok. Saya cadangkan kepada Encik bahawa price on the road juga bermaksud adalah harga termasuk cukai bagi kenderaan tersebut. CBH: Dalam kes ini, ya. But kadang-kadang ada kereta yang register di Langkawi tak termasuk cukai. Dalam kes ini, yalah. [23] Alegasi konspirasi yang dibangkitkan pihak-pihak gagal dibuktikan dan sehingga ke akhir perbicaraan, tidak wujud bukti sahih berhubung dakwaan konspirasi dari mana-mana pihak. Kecuaian Defendan Pertama [24] Dalam tindakan ini, Plaintif menuntut dan memplidkan kecuaian terhadap semua Defendan yang dinamakan. Walaubagaimanapun, daripada keterangan dan bukti yang dikemukakan di Mahkamah,Mahkamah membuat dapatan bahawa kecuaian adalah dipihak Defendan Pertama sepenuhnya. [25] Defendan Pertama melalui pliding di mukasurat 26-27 mengaku telah menjual kenderaan tersebut kepada Plaintif. Approved Permit S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new (AP) Defendan Pertama telah digunakan untuk membeli kenderaan import tersebut. Ini disahkan daripada keterangan di bawah Pemeriksaan Balas SD1 “DD: Okay. Sebab Chua Beng Hong ini guna you punya AP, kan? DW1: Betul. DD: Mengikut MITI, kamu kan? Kalau kamu guna pihak ketiga, sah atau tidak? MITI boleh tarik you punya AP, kan? Betul? DW1: Betul. DD: Okay. So, CBH telah menggunakan Defendan Pertama untuk mengimport kereta tersebut kerana Defendan Pertama merupakan pemegang AP. Kamu sahkan perkara ini? DW1: Sah. Pemeriksaan Balas SD6 DR: Saya cadangkan kepada encik, bahawa encik telah menggunakan syarikat Star Warehousing untuk mengimport kenderaan Lamborghini. SD6: Star Warehousing tiada AP. Macam mana mahu import kereta? DR: Setuju atau tidak. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new SD6: Tidak setuju.” Pemeriksaan Balas SD1 EMH: Okay, kalau saya ulang balik proses dia adalah bermula daripada Permohonan AP. DW1: Untuk kes ini? EMH: Ya untuk kes ini. Untuk kes ini. DW1: Okay. EMH: Jadi ianya bermula dari Permohonan AP oleh BHU, betul? DW1: Betul. EMH: Kemudian dah dapat AP, daripada AP tersebut, kereta Dibenarkan dibawa masuk dan di letakkan di gudang terlebih dahulu, betul? DW1: Betul.” [26] Harga jualan termasuk cukai/duty/levy telah ditetapkan oleh Defendan Pertama selaku pengimport kenderaan tersebut. Keterangan SD1 di Mahkamah bercanggah dengan pliding beliau sendiri apabila beliau memberi keterangan di Mahkamah menyatakan bahawa harga ditetapkan oleh Hasnaram dan D9 yang dalam masa yang sama tiada bukti dikemukakan. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Pemeriksaan Balas SD1 “MU: Saya beralih kepada soalan lain, puan. Berkenaan dengan harga jualan kereta tersebut, siapa yang tetapkan bagi harga jualan kereta tersebut? SD1: Bukan kami yang tetapkan. MU: Siapa yang tetapkan, puan? SD1: Pihak Hasnarama. Pihak Chua. MU: Puan ada bukti bahawa pihak Chua yang menetapkan harga jualan kereta tersebut? SD1: Tiada. MU: Tiada bukti? SD1: Tiada.” [27] Dalam pliding Defendan Pertama di mukasurat 25 – 26, Defendan Pertama sebagai pengimport kereta – tanggungjawab Defendan Pertama adalah untuk pastikan kenderaan diserah kepada Plaintif mengikut kaedah sah yang termasuk pembayaran cukai yang dikehendaki dibayar mengikut taksiran. Pemeriksaan Balas SD1 S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new “MH: Setuju dengan saya, nama yang tercatat sebagai pengimport adalah dalam dokumen ini terutamanya di muka surat 4 Bundle R adalah BHU Autologistics Sdn Bhd. SD1: Setuju.” [28] Borang K1 yang dikemukakan oleh Defendan Pertama kepada pihak Kastam adalah amoun bagi cukai/duty yang dibayar oleh Defendan Pertama berdasarkan jenis Performante 2018 berdasarkan nombor chasis serta amoun cukai yang dibayar. Pemeriksaan Balas SD1 “DR: Borang K1 selalunya declare oleh pengimport, setuju? SD1: Setuju DR: Berdasarkan muka surat 3 siapa pengimport? SD1: Pengimport, BHU Autologistics. DR: Puan cakap bahawa pengimport yang declare dalam sistem ini. So, saya cadangkan kepada puan, BHU yang telah membuat representasi dengan declare tahun kenderaan 2014, setuju? SD1: Saya tak setuju. DR: Saya cadangkan kepada puan, Kastam akan tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar berdasarkan maklumat ini. SD1: Betul, setuju.” S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new ... EMH: Betul? Okay, baik. Bagi tujuan untuk keluarkan daripada gudang PEKEMA tersebut, tadi Puan ada kata perlu ada pengikraan Borang Kastam 1, betul? DW1: Betul. EMH: Dan perlu dalam membuat pengikraran Borang Kastam 1 tersebut, perlu ada, ataupun kita kata dikahwinkan dengan Borang JK69, betul? DW1: Ha, betul. EMH: Betul? Okay, baik. Dan apabila pengikraran Borang Kastam 1 tersebut dibuat, dan pihak Kastam akan membuat penilaian ataupun taksiran. DW1: Mm. Betul. EMH: Cukai yang perlu dibayar, betul? DW1: Betul. EMH: Dan kemudian cukai akan dibayar oleh Defendan Pertama, setuju? DW1: Setuju.” S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [29] Deklarasi oleh Defendan Pertama melalui K1 adalah dokumen yang mendorong D7 untuk membuat pengiraan cukai/levy. Ini adalah berdasarkan keterangan SD1 sendiri bahawa apabila pengikraran K1 dibuat, pihak Kastam akan membuat penilaian @ taksiran cukai dan seterusnya cukai dibayar oleh Defendan Pertama. Pemeriksaan Balas SD1 MU: Saya rujuk puan kepada Ikatan Dokumen Bersama, muka surat 44 last kali. Jadi, puan setuju saya kata yang sebenarnya amaun 537932.41 ini adalah sebenarnya amaun palsu kerana tiada transaksi-transaksi bank yang lain yang menunjukkan bayaran bank telah dibuat. SD1: Setuju. MU: Jadi, puan setuju bahawa berlakunya terkurang bayar duti Kastam untuk kereta ini? SD1: Saya setuju. MU: Saya katakan kepada puan bahawa BHU telah mengikrarkan berdasarkan Sistem Maklumat Kastam bahawa kereta telah dibuat pada tahun 2014 supaya duti boleh dibayar kurang daripada yang sepatutnya. SD1: Maaf, saya tak faham. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new MU: Saya ulang. Saya ringkaskan. Kalau merujuk kepada Sistem Maklumat Kastam di dalam ikatan Dokumen Tambahan, year of manufacture adalah pada tahun 2014. Puan setuju kalau ikut Sistem Maklumat Kastam ini? SD1: Setuju. MU: Tapi, jika kita lihat kepada sijil milikan kereta, year of manufacture adalah pada tahun 2018. SD1: Itu saya tak pasti sebab kami yang...the rest of application— MU: Hanya berdasarkan dokumen sahaja, puan. Jika kita lihat kepada sijil pemilikan kereta, bahawa year of manufacture adalah 2018. SD1: Setuju. MU: Puan setuju sekiranya year of manufacture— Sebagai pemain industri, puan setuju sekiranya year of manufacture diikrar lebih awal bermaksud duty import akan dibayar lebih kurang kerana kereta tersebut telah susut harga? SD1: Setuju. MU: Setuju BHU bertanggungjawab dengan amaun kurang bayar memandangkan BHU adalah pengimport? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new SD1: Itu saya tak setuju sebab ejen yang menguruskan benda ni, bukan ejen resmi kami. MU: Puan ada sebarang pembuktian yang menunjukkan bahawa ejen itu bukan ejen rasmi? SD1: Kami boleh dapatkan ni lah— memang bukan ejen yang dilantik oleh BHU untuk menguruskan clearance.” [30] D1 melalui SD1 mengalihkan beban dan tanggungjawab kepada pihak lain khususnya pihak D9, Hasnarama, Star Warehouse,D2 - D8 dan pihak-pihak lain sepanjang dalam keterangannya di Mahkamah. Walaupun begitu, bukti jelas dan keterangan nyata serta pengakuan SD1 sendiri telah membuktikan sebaliknya. [31] Tambahan pula, tiada apa-apa makluman berkait D( dalam mana-mana borang berkaitan dengan urusniaga jualbeli ini. Ini disokong oleh keterangan SD3 bahawa tiada apa-apa pengikraran dibuat oleh D9. Ini juga menjadi keterangan SD6 gagal dicabar oleh mana-mana pihak. Pemeriksaan Balas SD6 “DR: Setuju kalau saya cakap, pembuat pengisytiharan ataupun declarant yang sepatutnya mengisytiharkan maklumat kenderaan tersebut bagi borang K1, setuju? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new SD6: Sekali lagi? Sorry, minta maaf. DR: Declarant yang sepatutnya mengisytiharkan maklumat kenderaan tersebut bagi borang K1. SD6: Maksudnya...declarant? Ya” [32] Defendan Pertama sendiri dalam keterangan mengakui bahawa sepanjang proses permohonan AP hingga ke bayaran cukai, D9 tidak terlibat dan ia dibawah tanggungjawab Defendan Pertama. Pemeriksaan Balas SD6 “DR: Saya cadangkan kepada encik, bahawa dokumen-dokumen yang diserahkan kepada Plaintif bersama kereta tersebut pada 10.01.2020 telah memaparkan tahun manufacturing sebagai 2018, setuju? SD6: Saya tak pasti sebab saya hanya serahkan apa yang diberi oleh AP holder, saya serah kepada Yew Chin Teck. Itu sahaja. [33] Tanggungjawab Defendan Pertama adalah sama sebagaimana prinsip yang diputuskan dalam kes MANZUR MYDIN B BACHA MYDIN v. MENTERI KEWANGAN & ANOR [2023] MLRHU 767 sebagaimana berikut: [26] The facts before this court is that the applicant had at all the material time hold himself out to be the owner/importer of the said S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new goods when the applicant declared and affirmed BorangKastam K1. It was the applicant who submitted the BorangKastam K1. Whether or not the applicant was a conduit for Udani, in the view of this court, is irrelavant. Before this court, the person who made payment for the goods and declared and affirmed the BorangKastam K1 is the applicant. By so doing, this court is of the considered view that the applicant held himself out to be the owner/importer of the said goods. [27] It is the duty of the applicant to give correct declarations in BorangKastamK1 as the applicant is the one who took charge and declared all the goods and affirmed BorangKastam K1. The applicant is accountable for all the relevant information and details declared by him in the Borang K1. In the considered view of this court, it is the applicant who is responsible and liable for the short payment of import duties and sales tax. [34] SD1 juga setuju bahawa kekurangan cukai yang dikutip adalah di bawah tanggungjawab BHU/Defendan Pertama sebagaimana di mukasurat 30 Lampiran 116 (Nota Keterangan). Pemerikaan Balas SD1 “EMH: Adakah Defendan Kesembilan bertanggung jawab ataupun mempunyai bidang kuasa dalam menentukan harga jualan kenderaan ini? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Tiada. ... EMH: Tidak ada, ya? Baik. Adakah Defendan Kesembilan mempunyai bertanggung jawab ataupun mempunyai bidang kuasa dalam membuat sebarang cukai ataupun duti Kastam bagi kenderaan dalam kes kita ini? DW1: Tiada. [35] Defendan Pertama tidak akan dapat menjual kenderaan tersebut selagi cukai tidak dibayar kepada Kastam. Dalam kes ini kenderaan telah berjaya dijual dan pindahmilik kenderaan tersebut telah disempurnakan kepada Plaintif oleh D1. [36] Hujahan Defendan Pertama dalam Lampiran 125 diperenggan 43 yang berhujah bahawa terdapat kekurangan bayaran adalah disebabkan kesalahan membuat deklarasi dalam Borang K1 oleh Star Warehousing dan bukan Defendan Pertama adalah penafian semata-mata dan tidak dibuktikan. SD1 sendiri mengakui semua maklumat dalam K1 dibuat oleh BHU/Defendan Pertama sendiri. [37] Tambahan pula, kekurangan bayaran cukai berlaku selepas kenderaan telah diserah dan dipindahmilik kepada Plaintif iaitu “bona fide purchaser” dalam tindakan ini. Ini adalah tanggungjawab S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new D1 dari awal dan sepatutnya perkara ini dalam pengetahuan penuh D1. [38] D1 dalam pembelaannya menafikan bertanggungjawab dalam hal ini. Defendan Pertama berhujah D1 merupakan pengimpot kereta dan bukannya otoriti yang bertanggungjawab untuk menentukan dan/atau menaksirkan duti dan/atau cukai yang harus dibayar ke atas Kenderaan tersebut. Walaupun begitu, keterangan SD1 sendiri menentang pendirian D1 tersebut. [39] D1 juga berhujah D1 tidak mendapat apa-apa faedah daripada kononnya “konspirasi” tersebut atau perbuatan yang didakwa (membuat pengisytiharan yang tidak betul bagi mengelak cukai/mengurangkan cukai). Hujahan ini tidak sepatutnya dibenarkan. Tiada keperluan membuktikan apa-apa faedah akibat perbuatan ini. [40] Tindakan ini sendiri salah dari segi undang-undang/peraturan yang telah ditetapkan. SD1 berpengalaman dan berpengetahuan dalam bidang urusniaga kenderaan import menggunakan AP. Oleh itu, adalah tdiak munasabah jika D1 memberi keterangan secara naif dan tiada pengetahuan tentang apa yang berlaku menggunapakai AP D1 sendiri dengan pengetahuan dan kebenaran D1 yang S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new bertentangan dengan peraturan MITI. D1 sanggup mengambil risiko besar ini. [41] Mahkamah merujuk kepada keterangan di bawah: Pemeriksaan Balas SD1 PNA: Setuju tadi kamu ada nyatakan pengalaman kamu sebagai Pengarah Syarikat yang terlibat dengan kereta lebih kurang 24 tahun? DW1: Betul. Setuju. PNA: Jadi kamu setuju kalau saya nyatakan kamu ini antara experienced industry player lah kita panggil? DW1: Inshaallah. Betul. PNA: Jadi kamu memang well aware lah dengan cara industri AP kereta bergerak dan juga undang-undang AP kereta, betul? DW1: Betul.” [42] Adalah satu kenyataan yang tunasabah juga keluar daripada pihak D1 apabila menyatakan D1 tidak mendapat apa-apa manfaat dari risiko yang diambil ini disokong dengan keterangan di bawah: Pemeriksaan Balas SD1 S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new “PNA: Tapi ada persetujuan berapa yang kamu akan dapat dengan dia meminjam AP kamu? DW1: Kami hanya dapat fee admin sahaja. PNA: Fee admin. Berapa percent kamu caj kenakan? DW1: Tiada percent. Sekadar setakat dalam 5,000 sahaja. PNA: 5,000 untuk setiap orderlah, kereta yang dia gunakan? DW1: Yang dia gunakan. Tapi setakat itu sahaja. ... DD: So, yang terima benefit atau manfaat atau harga pembelian adalah BHU. Betul? Mengikut. DW1: Based on document, yes. DD: Okay. Now, okay, so mengikut keterangan kamu tadi, kamu kata kamu telah pinjam AP kepada Chua Beng Hong, betul? Jadi Chua Beng Hong bukan broker, dia peminjam AP daripada kamu. Okay? Setuju tak Chua Beng Hong telah membuat semua penjualan semua ini atas nama dan bagi pihak BHU? DW1: Setuju.” [43] Isu manfaat kepada D1 hanyalah isu sampingan. Isu paling penting adalah tanggungjawab dan peranan D1 sebagai tuanpunya AP S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new dalam tindakan ini. Dengan tindakan D1 dan segala urusan yang dibuat melalui AP D1 adalah punca jualbeli ini termaktub dan dilaksanakan. Jika tiada deklarasi dalam Borang K1 dan borang-borang wajib lain yang diperlukan KASTAM, serahan kenderaan tersebut kepada Plaintif tidak akan terlaksana. [44] Mahkamah merujuk keterangan penting di bawah yang telah merumuskan peranan D1 dalam tindakan ini. Pemeriksaan Balas SD1 PNA: Kita tengok muka surat 7, Puan. Year of manufacture, 2014. Betul? DW1: Betul. PNA: Jadi Puan tak ada pengetahuan yang Syarikat Puan declare dalam sistem SMK Kastam K1 tahun manufacture adalah 2014? DW1: Tidak. PNA: Puan tahu tak yang dari sistem SMK ini Kastam akan tentukan jumlah cukai yang perlu dibayar? DW1: Itu saya tahu. PNA: Awak tahulah? Jadi ada wrong declaration, betul? 2014. Setuju atau tidak ada wrong declaration? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Saya tak pasti. PNA: Ini muka surat 7. Year of manufacture. DW1: Maaf. Ya, betul. PNA: 2014. Jadi setujulah ada salah declare tahun manufacture? DW1: Ha, yang ini ada salah. PNA: Okay. Dan Tuan, dan Puan dah mengaku yang Puan tahu melalui sistem inilah Kastam akan tentukan jumlah taksiran cukai, betul? DW1: Betul. PNA: Jadi jumlah taksiran cukai adalah berdasarkan tahun declaration yang salah oleh BHU ataupun Chua Beng Hong lah. Betul? DW1: Betul. PNA: Baik Puan, boleh bagitahu Mahkamah? Untuk kereta ini, siapa yang serahkan kepada Plaintif? DW1: Chua Beng Hong. PNA: Chua Beng Hong? Okay, saya rujuk kepada Ikatan Dokumen B. Muka surat 7. Okay, boleh Puan bagitahu Mahkamah, muka surat 7 ini borang apa? Dari Syarikat Puan ini. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Yang mana satu? PNA: Ikatan Dokumen B, Ikatan Dokumen Bersama. DW1: Ikatan Dokumen Bersama. PNA: Muka surat 7. DW1: Delivery order. PNA: Delivery order ini apa fungsi dia kalau Syarikat Puan ini? DW1: Untuk Syarikat kami, delivery order ini tujuan dia untuk menyatakan bahawa Plaintif telah menerima kenderaan. PNA: Yang serahkan kereta secara personal bersama dokumen-dokumen ini siapa? Dalam pengetahuan Puan. DW1: Encik Chua. PNA: Encik Chua? Tapi boleh bagitahu cop dekat bawah itu cop Syarikat apa? DW1: Syarikat RO Water. PNA: Sebelah kiri. DW1: Sebelah kiri BHU Autologistics. PNA: BHU Autologistics. Puan boleh bagitahu Mahkamah tarikh delivery order? DW1: Tarikh 10 haribulan 1, 2020. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PNA: 10 haribulan 1, 2020. Baik saya rujuk kepada Ikatan Dokumen Defendan, Ikatan Q. Muka surat 22. Puan biasa dengan prosedur PUSPAKOM? DW1: Biasa juga. PNA: Okay, Puan boleh jelaskan tak mengikut pengetahuan Puan, laporan pemeriksaan PUSPAKOM ini biasanya untuk apa? Untuk kereta-kereta baru. DW1: Untuk mengenal pasti kereta untuk spek yang dibenarkan. PNA: Spek yang dibenarkan oleh? DW1: Di Malaysia. PNA: Di Malaysia. Jadi kita tengok muka surat 22 itu, kita tengok pemilik kenderaan ini. atas nama siapa, Puan? DW1: Pemilik BHU Autologistics. PNA: Syarikat itu Syarikat BHU Autologistics, betul? DW1: Betul. PNA: Tujuan pemeriksaan. Kita tengok untuk apa. Pendaftaran import terpakai, betul? DW1: Mm. PNA: Okay Puan, kita tengok maklumat baru. Tahun dibuat boleh S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new bagitahu Mahkamah berapa tahun dibuat yang di declare by BHU Autologistics? DW1: Maaf. Mana satu sini? PNA: Maklumat baru. DW1: Laporan oh, PUSPAKOM? PNA: Betul. Pendaftaran import terpakai muka surat 22. Tahun dibuat. Tahun berapa Puan? DW1: 2014. PNA: 2014. Kita tengok bawah. Tarikh pemeriksaan berapa haribulan, Puan? DW1: Tarikh pemeriksaan, 9 Januari, 2020. PNA: Muka surat 22, Puan. Muka surat 22 tarikh pemeriksaan. DW1: 8 Januari, 2020 PNA: Okay, tahun dibuat 2014. Betul? DW1: Ha. PNA: Kita tengok muka surat seterusnya. Muka surat 23. Tujuan pemeriksaan pengesahan identiti kenderaan, chassis dan nombor enjin sahaja, betul? DW1: Mm. Betul. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PNA: Okay. Kita tengok ada pindaan tahun dibuat. 2014 kepada tahun berapa Puan? DW1: 2018. PNA: 2018. Tarikh pemeriksaan di bawah itu, boleh bagitahu? DW1: Pemeriksaan 9 Januari, 2020. PNA: Jadi saya cadangkan BHU Autologistics sewaktu mula-mula kereta sampai dia register as 2014. 8 Januari. 9 Januari dia pergi ke PUSPAKOM dan tukar kepada 2018 sebab 10 haribulan kereta hendak diserahkan kepada Plaintif. Setuju? DW1: Setuju. PNA: Jadi setuju ada penipuan tahun dibuat, yang dibuat kepada agensi Government? DW1: Saya setuju. PNA: Setuju. Saya rujuk kepada Ikatan yang sama. Di muka surat30. EMH: Ikatan? PNA: Ikatan Q. Ikatan Dokumen Defendan, muka surat 30. Okay Puan. Puan boleh bagitahu tarikh dibuat kereta ini? Tahun dibuat. Permohonan. DW1: 2014. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PNA: 2014. Puan ada pengetahuan perkara yang sama berlaku kepada dokumen-dokumen JPJ? DW1: Tidak. PNA: Puan tak tahu yang pada asalnya didaftar pada 2014 kemudian dipohon juga untuk dipinda kepada 2018 sebelum diserahkan kepada Plaintif DW1: Tidak. PNA: Tidak? Walaupun semua dokumen ini adalah di bawah nama BHU Logistics? DW1: Tidak. Tidak pernah sampai ke tangan kami. PNA: Baik Puan. Seterusnya saya rujuk kepada Ikatan Dokumen B. Ikatan Dokumen Bersama, muka surat 41. Saya cross refer Puan kepada Ikatan R, Ikatan Dokumen Tambahan Defendan. Muka surat 11. Puan ada menerima resit daripada Chua Beng Hong? DW1: Tidak. PNA: Resit pembayaran ini dua-dua Puan tidak terima? DW1: Tak ada. PNA: Dokumen yang diserahkan kepada Plaintif, Puan tahu resit mana satu? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Tak tahu. PNA: Kita tengok resit ini sama-sama, Puan. Setuju atau tidak, resit ini kedua24 dua atas nama Star Warehousing dan BHU Autologistics, betul? DW1: Betul. PNA: Kita tengok tarikh dia juga di bawah alamat itu sama, 7 haribulan 1, 2020? DW1: Mm. Betul. PNA: Masa sama? DW1: Betul. PNA: Sebelah dia itu, nombor siri pun sama KIT16A/0017841M betul? DW1: Betul. PNA: Kita tengok yang bawah pun chassis number dan engine number adalah sama, kecuali tahun pembuatan? DW1: Betul PNA: Kita tengok chassis number. DW1: Betul. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PNA: ZHWED47FOJLA10255 bagi dokumen di Ikatan B tahun pembuatan adalah 2018? DW1: Betul. PNA: Bagi dokumen di Ikatan Dokumen Defendan tahun pembuatan adalah 2014? DW1: Betul. PNA: Kita tengok nombor pendaftaran di atas itu. Nombor pendaftaran pun adalah sama. Bagi Ikatan Dokumen B nombor siri tidak ada, setuju? DW1: Setuju. PNA: Saya cadangkan boleh jadi Ikatan Dokumen B muka surat 40 sini, 41 ini adalah resit palsu? DW1: Betul. PNA: Betul? Setuju ini resit palsu ya? DW1: Setuju. PNA: Setuju ini adalah resit asal yang dikeluarkan oleh Kastam? DW1: Untuk yang muka surat 11? PNA: Muka surat 11. DW1: Ha, betul. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PNA: Jadi setuju amaun yang dibayar sebenarnya kalau ikutkan resit asal adalah sebanyak 218,611.05 sahaja? DW1: Betul. PNA: Betul? Jadi terdapat jumlah yang kurang dibayar, setuju? DW1: Setuju. PNA: Jadi setuju Syarikat BHU Autologistics kurang bayar kepada Kastam? DW1: Betul.” [45] Mahkamah membuat dapatan bahawa keterangan itu sahaja sudah cukup membuktikan peranan dan kecuaian D1 dalam tindakan ini. TUNTUTAN PLAINTIF TERHADAP DEFENDAN KEDUA HINGGA DEFENDAN KELAPAN. [46] Mahkamah membuat dapatan bahawa pihak Plaintif telah gagal membuktikan bahawa Notis Sitaan adalah salah disisi undang-undang, terbatal dan tidak sah sebagaimana diprayer 49.1 Penyataan Tuntutan. [47] Notis Sitaan yang menjadi isu dalam tuntutan Plaintif di sini adalah Notis Sitaan bertarikh 05/10/2020 yang dikeluarkan oleh SD2 daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia, ke atas sebuah S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new kenderaan jenis Lamborgini Huracan berarna biru dengan No. Casis: ZHWED4ZF0JLA10255 dan No. Pendaftaran U17. [48] Kenderaan tersebut telah diisytihar secara salah dalam Borang K1 di mana ‘Year of Manufacture’ 2014 sedangkan tahun yang sebenar adalah 2018. Kesalahan ini telah menyebabkan nilai duti/cukai yang dibayar adalah kurang dan kenderaan tersebut secara lansung menjadi barang tidak berkastam menurut Seksyen 2 Akta Kastam 1967. [49] Ini adalah sebagaimana keterangan semasa Pemeriksaan Balas SD2 yang telah dinyatakan diperenggan [44] di atas serta dokumen-dokumen eksibit yang telah dikemukakan oleh pihak D2 hingga D8. SD1 sendiri bersetuju terdapat jumlah yang terkurang bayar berdasarkan dokumen yang ada dan juga jika dibandingkan dengan deklarasi pihak D1 dalam Borang K1. [50] Oleh demikian, Notis Sitaan yang dilakukan oleh SD2 adalah sah di bawah Akta 235. [51] Seksyen 128 Akta Kastam 1967 pula memberi kuasa kepada pemilik barangan/kenderaan/conveyance yang disita untuk membuat tuntutan pemulangan barang tersebut daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia dengan syarat tuntutan tersebut mestilah dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh Notis Sitaan tersebut dikeluarkan. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [52] Dalam hal ini, Plaintif mendakwa telah membuat tuntutan bagi kenderaan tersebut yang telah disita oleh Jabatan Kastan Diraja Malaysia. Walaubagaimanapun, surat tuntutan bagi kenderaan tersebut hanya diterima oleh SD3 pada 3/12/2020 iaitu lebih daripada 30 tempoh yang ditetapkan dalam Akta. [53] Ini dapat dibuktikan daripada keterangan Pegawai Penyiasat iaitu SD3 hanya menerima surat tuntutan ke atas kenderaan tersebut melalui surat bertarikh 03/11/2020 pada 3/12/2020. Meskipun tarikh surat tersebut dalam tempoh 30 hari tuntutan yang dibenarkan oleh undang-undang, surat tersebut hanya diserahkan kepada Pegawai Penyiasat pada 03/12/2020. [54] Plaintif mendakwa telah mengemukakan tiga (3) salinan surat tuntutan kepada JKDM namun hanya satu daripada tiga surat tersebut dicop dengan cop penerimaan JKDM. Saksi-saksi Plaintif sendiri di dalam kes ini sewaktu perbicaraan telah mengesahkan mereka tidak dapat memastikan sama ada dua surat lain ada dihantar dan diterima oleh pihak JKDM. Pihak D2 hingga D8 merujuk kepada keterangan SP1 sewaktu pemeriksaan balas oleh D2-D8, Pemeriksaan Balas SP1 “NA: I refer you to Ikatan Dokumen A. Before that, do you remember when your car was seized by the Customs Department? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new SP1: It’s 2019. NA: Can I suggest 23rd September 2020? SP1: Yes. September. NA: That was the date your car was seized, right? I refer you to Ikatan A, page 12, paragraph 17. NA: Ikatan? SP1: A. NA: Page 12, paragraph 17. “Di pemeriksaan tersebut, Defendan Ke-6 atau Defendan Ke-7 telah mengeluarkan satu Notis Sitaan bertarikh 23 September 2020.” SP1: Sorry, page what? NA: Page 12. Paragraph 17. SP1: Yes. It's September 23rd, right? NA: Okay, I refer you back. I cross-refer to Ikatan B, page 19. SP1: Ikatan B, page 19. Yes. NA: The acknowledgment stamp, 03rd December 2020. SP1: Yes. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new NA: Do you agree that from the time the Notis Sitaan was served and the date the Customs received this letter, 30 days has lapsed? SP1: I'm not sure. NA: Because from 20— SP1: Because my first letter actually is on page 14… NA: Page 16? SP1: Yes, page 16. NA: But there was no acknowledgment stamp on the letter. You have agreed with that fact, correct? SP1: Yes, there is no… Pemerikaan Balas SP2 19. NA: I refer you to Ikatan Dokumen Besama, page 16, 17 and 18, and The letter was prepared by Mr. Chua, is that correct? SP2: Yes. NA: Do you have any knowledge when were all these letters were sent to Customs Department? SP2: Only the page number 19 that we have the stamp there, so that I know. The rest, I can't confirm when that Mr. Chua sent to Customs. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new NA: So, you have no knowledge whether Mr. Chua actually sent the letter or not to Customs Department? SP2: Yes.” [55] Saksi-saksi Plaintif sendiri tidak dapat pastikan samada 2 surat lain yang dikatakan dihantar selain surat yang diterima pada 3/12/2020 ada diterima oleh Kastam atau tidak kerana daripada 3 surat yang ditunjukkan ke Mahkamah, hanya satu di cop aku terima oleh pihak Kastam. [56] SD4 di dalam keterangan beliau di Mahkamah telah menjelaskan bahawa penilaian asal telah dibuat berdasarkan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 13, Akta 235 yang memperuntukkan seperti berikut: 13. Classification and valuation by proper officer of customs (1) The proper officer of customs may, in respect of any dutiable or uncustomed goods— (a) determine the class of goods to which such dutiable or uncustomed goods belong; and (b) value, weigh, measure or otherwise examine, or cause to be valued, weighed, measured or otherwise examined such dutiable or S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new uncustomed goods, for the purpose of ascertaining the customs duty leviable thereon. (2) When a valuation of any goods has been made by the proper officer of customs, such valuation shall be presumed to be correct until the contrary is proved. [57] Eksibit D11 yang disediakan oleh D4 tidak pernah dicabar dan Plaintif gagal menunjukkan bukti alegasi dokumen dipalsukan atau penilaian yang dibuat adalah penilaian palsu. Oleh itu D11 iaitu Laporan Penilaian adalah sah dan diterimapakai Mahkamah. [58] Jabatan Kastam Diraja Malaysia mempunyai kuasa di bawah Seksyen 114 Akta 235 untuk membuat sitaan ke atas apa-apa barang atau conveyance yang disyaki sebagai barang larangan atau telah digunakan untuk mengangkut barang larangan. [59] Mahkamah juga bersetuju bahawa tindakan di sini tidak boleh dikuatkuasakan melalui prosiding sivil memandangkan Akta Kastam 1967 telah memberikan kuasa imuniti kepada Pegawai Penyiasat daripada dituntut sebarang gantirugi daripadanya. [60] Seksyen 114A Akta 235 memberi imuniti kepada JKDM daripada tindakan undang-undang apabila penyitaan telah dibuktikan dilaksanakan dengan betul dan sah. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 114A. No person shall, in respect of any entry or search of any premises, place or conveyance or seizure of any goods, book, record, document or thing in the exercise of any powers conferred by this Act, be entitled to the costs of such entry, search or seizure, or to any damages or other relief unless such entry, search or seizure was made without reasonable cause. [61] Oleh demikian, sitaan yang dilakukan oleh Defendan adalah sah dan kenderaan tersebut telah terlucuthak kepada JKDM. Plaintif gagal membuktikan tuntutan mereka terhadap D2 – D8 atau apa juga alegasi yang didakwa tidak dibuktikan. [62] D1 juga gagal membuktikan apa yang diplidkan terhadap D2 – D8 sebagaimana penyataan pembelaan terpinda mereka. D1 juga tidak pernah menuntut balas daripada pihak D2 – D8. [63] Oleh demikian, tuntutan Plaintif terhadap D2 – D8 ditolak. TUNTUTAN PLAINTIF TERHADAP DEFENDAN KESEMBILAN. [64] Plaintif mendakwa D9 adalah ejen kepada Defendan Pertama. Walaupun tanpa lantikan secara rasmi, tingkah laku D9 sebagaimana dihujahkan Plaintif dalam perenggan 107 Lampiran 124 gagal membuktikan tanggungajawab dan peranan D9 selaku ejen Defendan Pertama. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [65] Ini disahkan sendiri oleh keterangan SD1 bahawa D1 tidak pernah memberi kuasa kepada D9 untuk bertindak atau mewakili Defendan Pertama. Mahkamah merujuk keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD1 “DR: Sebelum ni, puan ada bagitahu bahawa Defendan Kesembilan iaitu Encik Chua adalah ejen kepada BHU. SD1: Dia bukan ejen. Saya pun baru kenal dia. ... MH: Saya merujuk kepada Bundle R juga, muka surat 11. Setuju dengan saya, dalam resit ini tidak menyatakan langsung nama Chua Bean Hong. SD1: Setuju. MH: Dan setuju dengan saya, dalam resit ini hanya menyatakan nama Star Warehouse Sdn Bhd dan BHU Autologistics Sdn Bhd, setuju? SD1: Setuju.” [66] SD1 juga sahkan bahawa bantuan yang diberikan oleh D9 kepada Plaintif bukan atas arahan Defendan Pertama. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [67] D9 pula telah membuktikan bahawa beliau hanyalah broker atau jurujual kenderaan import dan bukan ejen Defendan Pertama. Ini merujuk kepada keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD6 DR: Sebelum pekerjaan ini, apakah pekerjaan? SD6: Saya salesman kereta. DR: Bagi syarikat? SD6: Saya broker. Saya tak ada permanent syarikat. DR: Tapi, encik ada bekerjasama dengan syarikat-syarikat lain? SD6: Saya broker je. Saya salesman broker. Mana-mana angkat kereta, jual bagi customer. DR: So, encik tak mewakili mana-mana syarikat? SD6: Tak ada.” [68] Isu penetapan bayaran cukai, duti dan harga kenderaan adalah diluar bidangkuasa D9. Ini selari dengan keterangan SD1. SD1 sahkan proses dari AP hingga bayaran cukai, segala dokumen berkaitan, D9 tidak terlibat. D9 hanya bertanggungjawab dalam urusan mencari pembeli bagi kenderaan tersebut. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [69] Isu sewa AP oleh Defendan Pertama kepada D9 tidak pernah diplidkan oleh Plaintif. [70] Dalam masa yang sama, tidak ada bukti dan keterangan berhubung kaitan Star Warehousing dengan D9 sebagaimana di dakwa pihak-pihak. [71] Jika dilihat dokumen-dokumen yang dikemukakan, tidak ada mana-mana bahagian dalam Borang K1 atau mana-mana dokumen rasmi atau Resit Kastam yang menunjukkan D9 terlibat sebagai “declarant” dalam urusan penaksiran cukai/duty. Mahkamah merujuk keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD1 MH: Setuju dengan saya di dalam Bundle R ini, tidak ada sebarang catatan ataupun catitan yang menyatakan nama Chua Bean Hong, setuju? SD1: Setuju. MH: Setuju dengan saya, merujuk kepada paparan skrin SMK ini daripada muka surat 3 hingga 10, setuju dengan saya nama-nama yang tercatat di dalam ini tidak ada langsung nama Chua Bean Hong, setuju? SD1: Tiada.” S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [72] D9 hanya membantu Plaintif atas dasar “good will” dan ini bukanlah kali pertama beliau membantu Plaintif membawa masuk kereta import yang ingin di beli oleh Plaintif. Ini disokong oleh keterangan di bawah: Pemeriksaan Balas SD6 SD6: Saya mengenali Plaintif sejak lama sebab dia minat kereta, dia beli kereta sama saya. So, saya rekomen banyak kereta bagi dia. Dari dulu sampai sekarang. Sejak 2010 saya ingat. DR: Encik telah menjual kenderaan kepada Plaintif, setuju? SD6: Ya. DR: Apakah kenderaan yang encik telah jual kepada Plaintif? SD6: Yang saya ingat lah. Tesla, Porsche Cayenne, Mercedes G63, Audi A7...Itu yang saya ingat lah— sama ni kereta Lamborghini Performante. Itu yang saya ingat. ... DR: Ada apa-apa jenis perkhidmatan yang encik telah berikan selepas menjual kereta itu? SD6: Saya mahu tolong Yew Chin Teck dapatkan balik kereta dari Kastam. DR: Encik buat apa untuk— bagaimana— S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new SD6: Saya minta advice dari lawyer Hamizi macam mahu dapatkan ini kereta balik. Encik Hamizi secara unofficial bagi advice sama saya macam mana mahu dapatkan kereta ini balik. DR: Lepas itu, encik ada tolong Yew Chin Teck tak? SD6: Adalah sebab lawyer saya cakap kita tulis surat bagi Kastam minta balik kereta, kita tulis surat, offer macam mana mahu ini semua. Advice dari lawyer saya, Encik Hamizi.” [73] Ini disahkan sendiri oleh keterangan Plaintif dan tiada keterangan bahawa AP sebelum ini bagi membeli kenderaan import tersebut adalah AP Defendan Pertama. Ini mengesahkan bahawa D9 bukan ejen Defendan Pertama. [74] Keterangan SD1 juga menunjukkan bahawa beliau sewakan AP kepada D9 kerana tahu D9 ada menyewa AP dari pihak lain juga. Ini mengesahkan bahawa D9 bukan ejen Defendan Pertama. [75] Hujahan Plaintif di perenggan 107 Lampiran 124 telah dijawab satu persatu oleh Mahkamah ini. Mahkamah memetik hujahan Plaintif seperti di bawah: “107. Adalah hujahan Plaintif bahawa Defendan Kesembilan telah bertindak sebagai ejen Defendan Pertama dan bukan sekadar jurujual untuk Defendan Pertama. Plaintif mendakwa bahawa S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new kelakuan Defendan Kesembilan, termasuk tetapi tidak terhad kepada: - a) Menawarkan peluang kepada Plaintif untuk membeli Kenderaan tersebut, sedar sepenuhnya bahawa Defendan Pertama adalah pengimport Kenderaan tersebut dan pemegang Approval Permit; b) Memaklumkan kepada Plaintif bahawa Kenderaan tersebut telah berjaya didaftarkan, dengan semua duti, cukai, dan levi telah dibayar, dan sedia untuk dikutip; c) Memaklumkan kepada Plaintif mengenai isu-isu berkaitan cukai berkenaan Kenderaan tersebut; Dan d) Membantu Plaintif dalam merangka surat untuk menuntut pemulangan Kenderaan tersebut berikutan penyitaan salah (Muka Surat 16 – 20 Ikatan Dokumen Bersama). [76] Setiap hujahan tersebut telah dipatahkan melalui keteranganyang ada dan Mahkamah telah ulas sebagaimana sebelum ini. ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN OLEH PLAINTIF Law of Agency [77] Plaintif sendiri telah merujuk Akta Kontrak 1950 dan kes Koh Yen Bee v. American International Assurance Company Ltd [2000] 7 MLJ 278 yang menetapkan bahawa untuk menentukan isu sama ada S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new seseorang itu ejen, seseorang pasti mesti melihat bukti yang telah dikemukakan. [78] Dalam Law of Agency, D9 telah dibuktikan bukan ejen Defendan Pertama atau Defendan Pertama bukan principal dan D9 bukan ejen Defendan Pertama. Ini merujuk kepada keterangan berikut: Pemeriksaan Balas SD1 EMH: Boleh beritahu Mahkamah apakah peranan Defendan Kesembilan iaitu Chua Beng Hong yang dikatakan dalam jawapan awak dekat nombor 5 sebagai agen atau broker? Dalam jawapan awak nombor 5, dalam PSP1, awak menyatakan Defendan Kesembilan adalah seorang agen ataupun broker. Boleh beritahu Mahkamah peranan dia? DW1: Peranan beliau hanyalah mendapatkan pembeli walau bagaimanapun saya boleh cakap, saya boleh jelaskan bahawa pembelian kereta ini based on special order, yang mana kebiasaanya kami tak akan order model-model yang seperti inilah. Jadi beliau mengimport, beliau menguruskan pengimportan kereta ini bagi pihak pembeli. Beliau hanya broker sahaja. PNA: Boleh kamu jelaskan dekat Mahkamah, apa hubungan kamu dengan D9, Defendan Kesembilan Chua Beng Hong? S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new DW1: Defendan Sembilan Chua Beng Hong, sebenarnya saya tak kenal langsung dia. PNA: Tak apa. Bagitahu je apa hubungan dia secara ringkas? DW1: Secara ringkas dalam kes ini dia, beliau adalah broker yang mendapat kan buyer kereta, di mana kereta itu adalah special, special order. ... PNA: Ada apa-apa agreement antara kamu dan Chua Beng Hong? DW1: Tak ada. Tort of Conspiracy to injure [79] Mahkamah membuat dapatan bahawa Plaintif telah gagal membuktikan apa-apa dakwaan konsiprasi antara mana-mana pihak yang dinamakan. Negligence and breach of Duty – [80] Defendan Pertama gagal dalam tanggungjawabnya terhadap Plaintif bagi menyediakan dokumen yang teratur dan betul (proper documents) atau mengesahkan cukai yang sepatutnya dibayar. [81] Defendan Pertama mempunyai “Duty of Care” terhadap Plaintif sebagai ejen pengimport untuk memastikan cukai dan duty yang S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new betul dibayar kepada kerajaan dan Defendan Pertama telah pecah “Duty of care” tersebut. [82] Plaintif gagal membuktikan kecuaian di pihak Defendan Kedua hingga D8 dan juga D9. Breach of Custom Act [83] Defendan Kedua hingga D8 telah mengambil tindakan sewajarnya sejajar dengan peruntukan Akta 235. Breach of Federal Constitution [84] Tindakan Defendan Kedua hingga D8 tidak melanggar Plaintif Perlembagaan Persekutuan berhubung hak Plaintif dan sitaan yang dibuat adalah sah dan kenderaan tersebut telah dilucuthak kepada kerajaan akibat kegagalan Plaintif mematuhi Akta 235. TUNTUTAN BALAS DEFENDAN KEDUA HINGGA DEFENDAN KELAPAN TERHADAP PLAINTIF. [85] Defendan Kedua hingga D8 telah Berjaya membuktikan tuntutan balas dan jumlah yang dinyatakan. [86] Tiada pembelaan dimasukkan oleh Plaintif ke atas tuntutan balas ini Plaintif seakan-akan telah mengakui Tuntutan yang dikemukakan oleh Defendan ke atas Plaintif. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new [87] D11 iaitu Laporan Penilaian oleh D7 tidak dicabar atau ada bukti lain menunjukkan kiraan salah oleh Defendan Kedua hingga D8. [88] Hujahan D1 bahawa tuntutan balas Defendan Kedua hingga D9 bukan ditujukan kepada Defendan Pertama menunjukkan Defendan Pertama tidak bertanggungan bagi tuntutan ini adalah satu penafian semata yang tidak bermerit. [89] Defendan Kedua hingga D8 menuntut balas terhadap Plaintif adalah kerana pada masa material, kenderaan tersebut telah dipindahmilik kepada Plaintif dan pemilik sah kenderaan yang disita adalah Plaintif. Oleh demikian, jumlah cukai/duty/levy/penalty yang dituntut adalah terhadap pemilik kenderaan. ISU-ISU LAIN [90] Mahkamah : Berhubung perenggan 49.2. Milikan Kenderaan tersebut diserahkan kepada Plaintif dalam tempoh tujuh (7) hari dari tarikh Perintah, dalam keadaan asalnya Penyataan Tuntutan Terpinda Plaintif, Mahkamah memutuskan bahawa kenderaan tersebut akan diserahkan selepas Kesemua cukai yang sepatutnya dijelaskan sebagaimana dalam Akta. Mahkamah : Untuk kos – Mahkamah telah arahkan pihak-pihak untuk berhujah. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, The Plaintiff respectfully submits that costs in the sum of RM50,000.00 be awarded against the First Defendant. This sum is justified given the protracted nature of the trial, which involved multiple defendants and required extensive legal preparation. Furthermore, the Plaintiff has been compelled to await the resolution of this matter for several years, incurring significant legal expenses in the process. Conversely, in respect of costs against the Plaintiff concerning the Second to Ninth Defendants, we respectfully urge this Honourable Court to award the lowest possible sum, considering the circumstances of the case. Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, I humbly seek the Honourable Court's clarification on the following: - "4) Tuntutan Balas Defendan Kedua hingga Defendan Kelapan terhadap Plaintif dibenarkan sebagaimana perenggan 25 (i) hingga (x) Tuntutan Balas terhadap Defendan-defendan" Peguam Defendan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 : Dengan izin Puan Hakim, Defendan Kedua sehingga Defendan Kelapan memohon kos sebanyak RM50,000.00 atas sebab: S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new 1. Kes ini adalah kes pada tahun 2020 dan telah didaftarkan di mahkamah pada tahun 2021. Tempoh penyelesaian kes ini mengambil masa yang sangat lama. 2. Kes ini juga melibatkan kes straighforward melibatkan sitaan dan cukai di bawah Akta Kastam 1967. 3. Kesan daripada kes ini telah melibatkan kos yang tinggi iaitu, kos sitaan, kos siasatan dan kos penyimpanan eksibit iaitu kereta. 4. Kes ini juga telah melalui proses perbicaraan penuh yang melibatkan 4 orang saksi Defendan Kedua sehingga Defendan Kelapan dan mahkamah perlu mengambil kira 3 daripada saksi ini tidak lagi bertugas di Stesen Kuala Lumpur dan memakan kos yang besar bagi memanggil kehadiran mereka ke Mahkamah 5. Kegagalan Plaintif untuk menjelaskan cukai yang cukup juga telah menyebabkan ketirisan pada hasil negara untuk tahun-tahun sebelum ini. Peguam D9 : Dengan izin Puan Hakim, Defendan Kesembilan dengan rendah diri memohon kos sebanyak RM40,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada peguamcara Defendan Kesembilan atas alasan-alasan sepertimana berikut: Untuk pertimbangan Mahkamah yang Mulia ini, kes ini telah berjalan sejak tahun 2021 di mana terdapat pelbagai permohonan interlokuteri telah S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new difailkan oleh pihak-pihak yang telah mengakibatkan kos yang tinggi. Di samping itu, perbicaraan penuh juga telah dijalankan bermula dari Januari 2024 hingga Oktober 2024 dengan 10 kali tarikh bicara yang melibatkan seramai 8 orang saksi, tidak termasuk pengurusan kes. Mohon juga budi bicara Mahkamah yang Mulia ini untuk mempertimbangkan kerumitan kes ini. Defendan Kesembilan juga percaya permohonan ini adalah selaras dengan peruntukan undang-undang semasa di bawah Aturan 59 Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, The Plaintiff respectfully opposes the costs sought by the Second to Eighth Defendants and humbly submits that the costs awarded against the Plaintiff should be at the lowest possible amount. The Plaintiff is a victim of circumstance who was compelled to bring this claim in order to enforce his legal rights. The Court has found that there was a case to be made against the First Defendant, and in such circumstances, any costs awarded against the Plaintiff should reflect the necessity of initiating this claim. Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new The Plaintiff respectfully opposes the costs sought by the Ninth Defendants and humbly submits that the costs awarded against the Plaintiff should be at the lowest possible amount. The Plaintiff is a victim of circumstance who was compelled to bring this claim in order to enforce his legal rights. The Court has found that there was a case to be made against the First Defendant, and in such circumstances, any costs awarded against the Plaintiff should reflect the necessity of initiating this claim. Mahkamah : D1 - sila nyatakan isu kos Plaintif - apa klarifikasi yang dimohon bagi perenggan (4) berhubung tuntutan Balas D2 hingga D8? Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, We seek clarification on whether the Plaintiff or the other Defendants is liable for the Second to Eighth Defendant's counter-claim. Mahkamah : Hanya Plaintif sahaja dan bukan D1 atau D9 Plaintif tidak pernah menjawab kepada Tuntutan Balas D2 - D9 atau memplidkan jika ada tuntutan balas oleh mana-mana pihak, ia harus ditanggung oleh D1 atau D9 Peguam Plaintif 1 : Dengan izin Puan Hakim, S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new The Plaintiff humbly submits that the First Defendant ought to bear the cost of the Plaintiff against the Second to Eighth Defendant and Ninth Defendant. This is because the Court has found that there was a case to be made against the First Defendant, and in such circumstances, any costs awarded against the Plaintiff should be borne by the First Defendant as the Plaintiff brought this claim in order to enforce his legal rights. Peguam Defendan 8 : Dengan izin Puan Hakim, Pihak Defendan Pertama dengan rendah diri pohon kos sebanyak RM20,000.00 Defendan Pertama dengan rendah diri merujuk kepada Aturan 59 Kaedah 23 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang menyatakan kos skala bagi bicara di Mahkamah Rendah. Menurut peruntukan tersebut, apabila jumlah wang kehakiman melebihi RM500,000.00, kos mengikut skala adalah tidak melebihi RM40,000.00 atau menurut budi bicara. Selanjutnya, kes ini tidak rumit dan melibatkan fakta-fakta dan isu-isu yang terus-terang (straightforward). Sebahagian besar kes ini juga diadakan melalui aplikasi Zoom yang dapat menjimatkan masa dan kos pihak-pihak yang terlibat. S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new Mahkamah : Setelah meneliti hujahan atas isu kos, Mahkamah memerintahkan kos ditetapkan seperti berikut: 1. RM25,000.00 dibayar oleh D1 kepada Plaintif 2. RM10,000.00 dibayar oleh plaintif kepada D2 - D8 bagi tuntutan Plaintif terhadap D2 - D8 termasuk tuntutan balas D2-D8 terhadap Plaintif 3. RM10,000.00 dibayar oleh Plaintif kepada D9 Kos dibayar oleh Plaintif terhadap D2 - D8 dan D9 (dan bukan oleh D1 memandangkan Plaintif yang menamakan D2- D9 dalam tindakan ini dan diakhir kes, mahkamah membuat dapatan sebagaimana tersebut bagi setiap dan satu defendan termasuk liabiliti Plaintif sendiri yang juga ada diplidkan mempunyai niat berkonspirasi dengan kesemua defendan. Sekian untuk pertimbangan YAH. Disediakan oleh: Sazlina Safie ……………………………………. Sazlina Bt Safie Hakim Sesyen, Mahkamah Sesyen 1 Sivil, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor. Tarikh :25/5/2025 S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new PEGUAMCARA PLAINTIF: DATO’ DAVID GURUPATHAM CIK MIRDHULEKHA A/P MURALIDHARAN EN. DIVESH A/L RAMANI [TETUAN DAVID GURUPATHAM & KOAY] PEGUAMCARA DEFENDAN PERTAMA EN. JARRETT ONG CIK CHEE WAI YEE [TETUAN ONG, RIC & PARTNERS] PEGUAMCARA D2 HINGGA D8 PEGUAM PERSEKUTUAN CIK NURUL AKHILAH BINTI ROSMI [BAHAGIAN PERUNDANGAN, JABATAN KASTAM DIRAJA MALAYSIA] PEGUAMCARA DEFENDAN KESEMBILAN MOHD HAMIZI BIN MOHD YUSOF [TETUAN RAZIYAN RAHIM & ASSOCIATES] S/N JDJic2ktykyHgiSm0H0new
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.