Lampiran
Lampiran A Izin dakwa dibawah Seksyen 241 APAD 2010 Lampiran B Surat pemberian kuasa dibawah Seksyen 377(b) KTJ P1 Fakta kes P2 Sijil timbang berat P3 Gambar kenderaan [5] Mahkamah sebelum menerima pengakuan salah Tertuduh, telah berpuas hati bahawa Tertuduh telah memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya serta faham sifat dan akibat daripada pengakuannya. Mahkamah kemudiannya telah menerima pengakuan salah Tertuduh, mendapati Tertuduh bersalah dan mensabitkan Tertuduh terhadap pertuduhan tersebut. [6] Setelah mendengar dan mempertimbangkan hujahan-hujahan mitigasi yang diberikan oleh peguambela Tertuduh dan hujahan pemberatan oleh pihak Pegawai Pendakwa Jabatan Pengangkutan Jalan serta keseluruhan fakta kes, Mahkamah ini telah menjatuhkan hukuman seperti berikut: a) Denda sebanyak RM 9,000 jika gagal bayar 4 bulan penjara; dan b) Kenderaan yang terlibat di dalam kes ini diperintahkan untuk dilepaskan semula kepada Pemilik. [7] Rentetan daripada keputusan tersebut, pihak pendakwaan telah memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah dalam tindakan ini. PERTUDUHAN [8] Tertuduh telah dituduh dan mengaku salah ke atas pertuduhan berikut Bahawa kamu pada 11.10.2023 lebih kurang jam 0553 hrs bertempat di hadapan Ecomall Cheras Batu 5½ Jalan Cheras dalam pentadbiran negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebagai pengendali berlesen kenderaan motolori jenis tipper dumper nombor pendaftaran kenderaan BQC 8840 yang telah dilesenkan dibawah Lesen Pembawa LA nombor rujukan permit 2B0230120-6/19 nombor siri permit PK 147635 telah didapati membenarkan pemandu Mohamad Sobri bin Yaacob nombor kad pengenalan 750616-02-6309 memandu motolori tersebut di atas jalanraya dengan membawa muatan premix tar sebanyak 43,630 kg melebihi muatan sebanyak 18,630 kg (74.52%) dari berat dengan muatan sepertimana yang dibenarkan di dalam lesen sebanyak 25,000 kg. Oleh yang demikian, kamu telah didapati melanggar peruntukkan dibawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 57(3) Akta yang sama dan boleh dilucuthakkan di bawah Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Hukuman : Seksyen 57(3) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Denda tidak kurang daripada RM 1,000 tetapi tidak melebihi RM 500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya; dan Seksyen 80(4) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 Apabila disabitkan suatu kesalahan kenderaan yang berkaitan hendaklah dibuat pelucuthakan atau pelepasan oleh mahkamah. FAKTA KES [9] Pada 11/10/2023, sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan Ibu Pejabat Putrajaya yang diketuai oleh PPP Mohd Ariff bin Yusoff dan bersama-sama anggota lain iaitu KPP Ahmad Faris bin Fadzil dan PP Mohd Noraiman bin Mohd Asri telah diarahkan untuk menjalankan Operasi Kenderaan Berat Membawa Lebih Muatan di sekitar kawasan Kuari Hulu Langat. [10] Jam lebih kurang 5.53 pagi bertempat di hadapan Ecomall Cheras Batu 5 ½ Jalan Cheras pasukan ini telah terserempak dengan sebuah motolori jenis Tipper Dumper nombor pendaftaran BQC 8840 yang disyaki membawa lebih muatan. [11] Motolori tersebut telah ditahan untuk pemeriksaan dan kemudiannya dikeluarkan Notis Arah Timbang di bawah Seksyen 82(1) APAD 2010 oleh KPP Ahmad Faris bin Fadzil untuk kenderaan motolori di timbang dengan menggunakan mesin timbang mudah alih (NIKKO) di Plaza Tol Sungai Balak, Kajang. [12] Mesin timbang telah dikendalikan oleh pegawai JPJ iaitu KPP Mohammad Firdaus bin Baharudin. Setelah ditimbang, didapati lebih muatan yang dibawa oleh lori tersebut adalah sebanyak 18,630 kg (74.52%) daripada had yang dibenarkan oleh Permit Kenderaan nombor rujukan permit 2B0230120-6/19, nombor siri PK 147635 seperti tercatat pada tiket timbang berat nombor 96. Berat dengan muatan (BDM) yang dibenarkan dibawah Lesen Pengedali adalah sebanyak 25,000 kg manakala berat dengan muatan semasa ditimbang adalah sebanyak 43, 640 kg. Muatan yang dibawa semasa ditahan adalah Premix tar. [13] Pemandu kenderaan motolori semasa ditahan adalah Mohamad Sobri bin Yaacob (No. K/P : 750616-02-6309). Oleh yang demikian, OKS didapati melanggar peruntukan dibawah Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan boleh di hukum dibawah Seksyen 57(3) Akta yang sama. Kenderaan juga boleh disita dibawah Seksyen 80(1) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 dan boleh di hukum dibawah Seksyen 80(4) Akta yang sama dimana kenderaan bernombor pendaftaran BQC 8840 boleh dilucuthakkan. HUJAHAN MITIGASI PIHAK PEMBELAAN [14] Wakil syarikat yang mewakili syarikat berumur 44 tahun, sudah berkahwin dan mempunyai dua (2) orang anak. Ibu mertuanya menghidap penyakit cancer. Sesalinan dokumen sokongan dari Hospital Serdang dikemukakan. [15] Dalam kes ini, lori adalah perniagaan keluarga dan keseluruhan keluarga bergantung pada pendapatan lori tersebut. Pemandu yang telah memandu lori tersebut dengan membawa muatan berat sebegini telah dipecat oleh syarikat. [16] Tertuduh memohon maaf kepada Mahkamah dan akur janji akan lebih peka dan tegas. Tertuduh juga tidak berniat untuk melanggar undang-undang. [17] Tertuduh merayu untuk denda minima. Merujuk kepada pertuduhan di dalam kes ini, pihak pembelaan menghujahkan bahawa Mahkamah mempunyai budibicara untuk tidak lucuthak lori dalam kes ini kerana lori ini adalah satu-satunya periuk nasi Tertuduh. Perintah lucuthak boleh mendatangkan masalah kewangan kepada Tertuduh dan keluarga. HUJAHAN PEMBERAT PIHAK PENDAKWAAN [18] Pohon hukuman setimpal untuk tujuan pengajaran dengan mengambil kira berat dan muatan yang dibawa. Peratusan boleh mendatangkan bahaya dan kos baik pulih jalan yang ditanggung oleh kerajaan. DAPATAN MAHKAMAH [19] Tertuduh di dalam kes ini telah mengaku salah atas pertuduhan yang dibuat keatasnya. Pihak pendakwaan yang tidak berpuas hati dengan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah ini telah menfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi terhadap keseluruhan perintah yang dijatuhkan. [20] Mahkamah percaya bahawa hukuman yang dijatuhkan keatas Tertuduh adalah sesuai. Hal ini adalah kerana sebelum Mahkamah ini menjatuhkan hukuman keatas Tertuduh, Mahkamah telah mengambil kira faktor mitigasi yang dihujahkan oleh pihak pembelaan serta mempertimbangkan faktor pemberatan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan. [21] Tertuduh di dalam kes dihadapan Mahkamah ini telah mengaku salah atas pertuduhan yang telah dibacakan terhadapnya dan Mahkamah ini juga telah memastikan bahawa Tertuduh faham akan pertuduhan yang dibacakan kepadanya serta faham sifat akibat dari pengakuannya sebelum menerima pengakuan salah oleh Tertuduh sendiri dan selanjutnya memberi ruang kepada pihak-pihak untuk berhujah sebelum menjatuhkan hukuman. [22] Memandangkan Tertuduh sendiri telah mengaku salah atas pertuduhan tersebut, isu yang wajar dipertimbangkan adalah berkenaan rayuan pihak pendakwaan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan terhadapnya oleh Mahkamah ini. [23] Mahkamah telah merujuk kepada Seksyen 57(1)(b)(vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 yang memperuntukkan seperti berikut: 57. Syarat yang boleh dikenakan pada lesen pengendali (1) Tertakluk kepada Akta ini, Suruhanjaya boleh mengenakan pada suatu lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini apa-apa syarat yang difikirkannya patut, dan khususnya (b) bahawa pengendali berlesen itu hendaklah mempunyai apa-apa kewajipan, hak, obligasi atau sekatan sebagaimana yang dikenakan oleh Suruhanjaya, termasuk (vi) bahawa berat dengan muatan bagi mana-mana kenderaan barangan tidak boleh melebihi maksimum yang dinyatakan; [24] Sesyen 57(3) Akta yang sama pula telah memperuntukkan bahawa: (3) Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali itu di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. [25] Seksyen 80 Akta yang sama pula memperuntukkan seperti berikut: 80. Kuasa untuk menyita kenderaan yang berkaitan bagi kesalahan tertentu (1) Mana-mana kenderaan yang berkaitan yang berkenaan dengannya terdapat atau ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki bahawa telah berlaku apa-apa kesalahan terhadap seksyen 16, 28, 36, 46, 51 atau 63, subseksyen 22(3), 41(3) atau 57(3), atau perenggan 23(1)(b), 42(1)(b) atau 58(1)(b) boleh disita oleh mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor, pegawai pengangkutan jalan atau pegawai dilantik, di mana-mana tempat. (3) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan atau bagi pelepasan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat oleh mahkamah yang di hadapannya pendakwaan yang berkaitan dengan perkara itu telah dilakukan. (4) Sesuatu perintah bagi pelucuthakan suatu kenderaan yang berkaitan di bawah subseksyen (3) hendaklah dibuat jika dibuktikan sehingga memuaskan hati mahkamah bahawa suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan yang disebut di bawah subseksyen (1) telah dilakukan dan bahawa kenderaan itu ialah hal perkara bagi kesalahan itu, walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu. (5) Jika tidak ada pendakwaan berkenaan dengan mana-mana kenderaan yang berkaitan yang disita di bawah subseksyen (1), kenderaan itu hendaklah dilepaskan apabila habis tempoh satu bulan kalendar dari tarikh penyitaan itu melainkan jika kenderaan itu telah dilepaskan sebelum itu. [26] Berdasarkan undang-undang yang telah dirujuk, jelas bahawa Tertuduh dalam kes ini telah melanggar syarat bagi lesen pengendali dimana muatan yang dibenarkan hanyalah sebanyak 25,000 kg. Namun, semasa waktu kejadian, Tertuduh telah membawa Berat dengan Muatan sebanyak 43,630 kg dimana terdapat lebihan muatan sebanyak 18,630 kg (74.52%). [27] Dalam menjatuhkan hukuman ke atas seseorang Tertuduh, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan oleh Mahkamah. Merujuk kepada kes R v. Ball (Kenneth John) [1951] 35 Cr App R 164, Mahkamah memutuskan bahawa: sentence a court should always be guided by certain considerations. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime as seeming to offer easy money on the supposition, that if the offender is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from a criminal to an honest life. The public interest is indeed served, and best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, fix the sentence for a particular crime, but fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within the maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has [28] Mahkamah, dalam kes Lim Yoon Fah v PP [1971] 1 MLJ 37 telah menggunapakai prinsip yang sama dalam kes yang dinyatakan di atas. [29] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes PP v Loo Choon Fatt [1976] 2 MLJ 256 dimana Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: Presidents and Magistrates are often inclined quite naturally to be over-sympathetic to the accused. This is a normal psychological reaction to the situation in which the lonely accused is seen facing an array of witnesses with authority. The mitigation submitted by a convicted person will also normally bring up problems of family hardship and the other usual problems of living. In such a situation the courts might perhaps find it difficult to decide as to what sentence should be imposed so that the convicted person may not be further burdened with additional hardship. This in my view is a wrong approach. The correct approach is to strike a balance, as far as possible, between the interests of the public and the interests of the accused. [30] Mahkamah juga telah merujuk kepada beberapa kes yang mana Tertuduh telah dipertuduhkan dibawah seksyen yang sama seperti kes ini. [31] Kes pertama yang dirujuk adalah kes Pendakwa Raya lwn Teh Ling Hock [2017] MLJU 2368 di mana Responden dalam kes tersebut telah dituduh dengan 3 pertuduhan dimana pertuduhan ketiga adalah dibawah seksyen yang sama iaitu Seksyen 57 (1) (b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat 2010. Responden dalam kes itu telah membawa lebihan muatan bauksit sebanyak 43%. Akibat daripada lebihan muatan tersebut dan faktor bahawa ianya tidak diselenggara baik dimana skru tayar sebelah kiri gander kedua tidak dipasang dengan baik, tayar luar sebelah kiri gander kedua telah tercabut dan terpelanting ke laluan jalan sebelah yang bertentangan serta jatuh ke atas sebuah kenderaan Myvi. Kejadian tersebut telah menyebabkan kematian kepada seorang penama Norhaili binti Ahmad Zabidi. Responden telah mengaku salah atas kesemua pertuduhan dan bagi pertuduhan ketiga, Responden telah dihukum dengan hukuman denda sebanyak RM 8000 gagal bayar 3 bulan penjara. [32] Mahkamah Tinggi dalam kes tersebut telah menyatakan bahawa Hakim Mahkamah Sesyen telah gagal untuk meneliti fakta dan keadaan kes ini di mana akibat dari tindakan Responden, ia telah menyebabkan kehilangan nyawa kepada seseorang. Hukuman yang dijatuhkan ke atas Responden jelas tidak mencukupi dan dia sengaja mewujudkan suatu keadaan yang merbahaya dan mendatangkan bencana kepada pengguna jalan raya yang lain. YA Hakim Mahkamah Tinggi telah mengetepikan dan menggantikan hukuman ke atas pertuduhan ketiga itu dan Responden telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 15,000 jika gagal bayar 6 bulan penjara. [31] Dalam kes Pendakwa Raya lwn Infinity Logistics & Transport Sdn Bhd [2022] MLJU 2665, Tertuduh telah dituduh kerana membawa muatan batu kapur sebanyak 64,900kg melebihi muatan sebanyak 28,900kg (80.3%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 36,000kg. Majistret yang bijaksana telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 6500 gagal bayar 5 bulan penjara ke atas Tertuduh. [32] Dalam kes Pendakwa Raya lwn Chop Sin Huat Heng [2022] MLJU 2666, Majistret yang sama telah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM 5500 gagal bayar 6 bulan penjara. Tertuduh di dalam kes ini telah membawa muatan kernel sebanyak 40,550kg melebihi muatan sebanyak 13,550kg (50.2%) dari Berat Dengan Muatan (BDM) yang dibenarkan di dalam lesen iaitu sebanyak 27,000kg. [33] Merujuk kepada kes-kes yang telah dinyatakan, Mahkamah ini berpendapat bahawa hukuman yang dijatuhkan dalam kes ini adalah wajar dan sesuai. Mahkamah telah mengambil kira kesalahan yang telah dipertuduhkan, faktor latar belakang Tertuduh, kesalahan pertama, pengakuan bersalah serta faktor kepentingan awam sebelum menjatuhkan hukuman ke atas Tertuduh. [34] Tertuduh dalam kes ini telah mengaku bersalah. Merujuk kepada kes Sau Soo Kim v PP (1975) 2 MLJ 134, Mahkamah telah memutuskan bahawa: treated as a mitigating factor. It not only saves the country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witness [35] Dalam kes Zaidon Shariff v PP (1996) 4 CLJ 441, Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: for pleading guilty, not on the maximum imposed by the law, but on sentence which would have been imposed if he had claimed trial and had been found guilty. [36] Selain faktor pengakuan salah, ini juga merupakan kesalahan pertama Tertuduh. Mahkamah telah merujuk kepada kes PP v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315, di mana Mahkamah, dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa: ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information [37] Berkaitan isu untuk melepaskan kenderaan Tertuduh dalam kes ini, Mahkamah merujuk kepada Seksyen 80(3) APAD 2010 yang mana jelas memperuntukkan kuasa Mahkamah untuk mengeluarkan perintah pelepasan dan lucut hak tanpa apa-apa cagaran, jaminan atau syarat untuk kenderaan dikembalikan apabila diminta. [38] Merujuk kepada kes R v Ball seperti yang telah dinyatakan, ia adalah bidang kuasa dan budi bicara Mahkamah sama ada untuk mengambil pendekatan yang ringan atau berat . [39] Mahkamah percaya hukuman yang diberikan adalah setelah mengambil kira semua faktor peringanan dan pemberatan yang diberikan oleh kedua-dua belah pihak. [40] Tertuduh dalam kes ini merupakan pesalah pertama dan telah membuat pengakuan salah pada peringkat awal. Mahkamah sedia maklum bahawa kesalahan membawa lebihan muatan daripada had yang ditetapkan boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya juga kerosakan pada jalan raya, namun dalam kes ini, tiada kemalangan atau kecederaan telah disebabkan oleh Tertuduh. [41] Mahkamah telah menjatuhkan hukuman denda yang sedikit tinggi iaitu sebanyak RM 9,000 jika gagal bayar 4 bulan penjara yang mana pada pendapat Mahkamah sesuai dan wajar bagi pesalah kali pertama. Mahkamah juga telah memerintahkan untuk kenderaan yang terlibat dalam kes ini dilepaskan semula kepada pemilik. Pada pendapat Mahkamah, ini sudah cukup untuk memberikan amaran serta pengajaran buat Tertuduh. [42] Mahkamah ini percaya bahawa hukuman yang diberikan adalah wajar dan sesuai kerana dibawah peruntukan undang-undang serta telah mengambil kira semua faktor termasuk hujahan mitigasi pihak pembelaan, hujahan pemberat pihak pendakwaan serta diimbangi dengan faktor kepentingan awam. Bertarikh pada 26 Mac 2024