Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL No.JA-22NCvC-13-02/2024 ANTARA YISHUN CONSTRUCTION SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 199601023685/396037-D) … PLAINTIF
JA-22NCvC-13-02/2024
High Court of Malaysia9 Jan 2026
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“19. Plaintif juga merumuskan prinsip yang sama melalui autoriti yang dirujuknya (termasuk Yamaha Motors dan Suhaili Ismail v Syarikat Sribima Sdn Bhd [2015] MLRAU 293) bahawa jika jawapan kepada tiga soalan tersebut memihak kepada pemohon, pindaan wajar dibenarkan, khususnya sebelum bicara. **Note : Serial number will”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI DI JOHOR BAHRU DALAM NEGERI JOHOR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL No.JA-22NCvC-13-02/2024 ANTARA YISHUN CONSTRUCTION SDN. BHD. (NO. SYARIKAT: 199601023685/396037-D) … PLAINTIF
1
TAN SHEW KONG
2
CHONG SEE HEONG (f)
3
CHUAH CHONG NGEE NO. KP: 620903-07-5503 … DEFENDAN-DEFENDAN 11/02/2026 11:14:19 JA-22NCvC-13-02/2024 Kand. 60 ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 43 - Permohonan Plaintif untuk Meminda Penyata Tuntutan)
1
Permohonan di hadapan Mahkamah ini ialah Notis Permohonan bertarikh 29.9.2025 yang difailkan oleh Plaintif di bawah Aturan 20 kaedah 5 dan Aturan 92 kaedah 4 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah untuk meminda Penyata Tuntutan bertarikh
6
6.2.2024.
2
Plaintif memohon agar pindaan tersebut dibenarkan sebagaimana draf pindaan yang dilampirkan, dan kos permohonan diperintahkan sebagai kos dalam kausa.
3
Defendan-Defendan membantah permohonan ini, terutamanya atas alasan bahawa pindaan yang dicadangkan didakwa mengubah sifat asas tuntutan, merupakan cubaan membetulkan kegagalan Plaintif memplid dakwaan ‘fraud’ dengan betul dan dibuat secara lewat serta bersifat ‘surreptitious’.
4
Setelah meneliti afidavit pihak-pihak, hujahan bertulis, hujahan balas serta autoriti yang dirujuk, Mahkamah ini mendapati permohonan Plaintif wajar dibenarkan atas alasan-alasan yang dinyatakan di bawah. Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah ini, Defendan-Defendan telah memfailkan Notis Rayuan pada 6 Febuari 2026.
5
Tindakan ini pada asasnya melibatkan tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan selaku pengarah Lexon Furniture & Construction Sdn Bhd, berhubung dakwaan pelupusan aset syarikat dan pengagihan dividen yang dikatakan menjejaskan kedudukan Plaintif sebagai pemiutang.
6
Prosiding ini mempunyai sejarah litigasi yang panjang, termasuk rayuan sehingga ke Mahkamah Rayuan, yang telah menghantar semula kes ini ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan penuh. Dalam konteks tersebut, Plaintif kini memohon untuk meminda Penyata Tuntutan bagi memperincikan fakta-fakta material dan kronologi yang berkaitan.
7
Berdasarkan hujahan pihak-pihak, Mahkamah ini merumuskan isu-isu berikut:
i
Sama ada pindaan yang dipohon mengubah sifat asas tuntutan Plaintif atau memperkenalkan kausa tindakan baharu;
II
(ii) Sama ada pindaan tersebut menyebabkan prejudis tidak boleh diperbetulkan kepada Defendan-Defendan;
III
(iii) Sama ada kelewatan dalam memohon pindaan adalah fatal kepada permohonan; dan
IV
(iv) Sama ada Mahkamah wajar menggunakan budi bicaranya di bawah Aturan 20 kaedah 5 KKM 2012 untuk membenarkan pindaan tersebut. PRINSIP UNDANG-UNDANG TERPAKAI
8
Aturan 20 kaedah 5 KKM 2012 memperuntukkan bahawa Mahkamah boleh, pada mana-mana peringkat prosiding, membenarkan mana-mana pliding dipinda demi menentukan isu sebenar antara pihak-pihak.
9
Prinsip umum berkaitan pindaan pliding telah lama mantap, iaitu:
i
pindaan hendaklah dibenarkan jika perlu untuk menentukan isu sebenar pertikaian;
II
(ii) kecuali jika pindaan tersebut memperkenalkan kausa tindakan baharu yang bercanggah secara asas; atau
III
(iii) menyebabkan prejudis yang tidak boleh diperbetulkan dengan kos.
10
Prinsip ini telah dirujuk oleh Plaintif melalui keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Yamaha Motors Co Ltd v Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982] 1 MLRA 417, di mana Mahkamah menegaskan bahawa pendekatan Mahkamah terhadap pindaan hendaklah bersifat liberal selagi keadilan substantif dapat dicapai.
11
Plaintif juga merujuk kepada kes Skrine & Co v MBF Capital Bhd [1998] 3 MLJ 649, yang menekankan bahawa kelewatan semata-mata bukan alasan untuk menolak pindaan jika tiada prejudis sebenar.
12
Defendan-Defendan pula bergantung kepada keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Letchumanan Chettiar Alagappan @ L Allagappan v Secure Plantation Sdn Bhd [2017] 4 MLJ 697 (FC), bagi menegaskan keperluan memplid fakta-fakta ‘fraud’ secara khusus, dan bahawa kegagalan berbuat demikian tidak boleh diperbetulkan secara sewenang-wenangnya.
a
Hujahan Plaintif 13. Plaintif berhujah bahawa pindaan yang dipohon:
i
tidak memperkenalkan dakwaan baharu;
II
(ii) hanya memperincikan fakta-fakta material yang telah pun dirujuk secara umum dalam Penyata Tuntutan asal; dan
III
(iii) perlu bagi mencerminkan kedudukan sebenar pertikaian selepas kes dihantar semula oleh Mahkamah Rayuan.
14
Plaintif menegaskan bahawa Defendan-Defendan tidak akan mengalami prejudis tidak boleh diperbetulkan kerana Defendan masih boleh meminda Pembelaan dan sebarang ketidakselesaan boleh dipampaskan melalui kos.
b
Hujahan Defendan-Defendan 15. Defendan-Defendan berhujah bahawa pindaan yang dicadangkan:
i
bertujuan memperkukuh dakwaan fraud yang pada asalnya tidak diplid dengan mencukupi;
II
(ii) mengubah asas tuntutan daripada pelupusan aset kepada konsep ‘prospective creditor’; dan
III
(iii) dibuat secara lewat selepas Plaintif menyedari kelemahan kesnya.
16
Defendan-Defendan turut merujuk kepada kes Renault SA v Inokom Corp Sdn Bhd & Anor [2010] 5 MLJ 394, dan Sykt Ying Mui Sdn Bhd v FRG Investments Ltd & Ors [2017] 9 MLJ 141, untuk menyokong hujahan bahawa pindaan yang bersifat fundamental tidak patut dibenarkan. ANALISIS DAN DAPATAN MAHKAMAH (Permohonan meminda Penyata Tuntutan — A.20 k.5 KKM 2012)
i
(I) Kerangka prinsip: budi bicara A.20 k.5 dan “3 soalan” Yamaha Motors 17. Permohonan ini adalah di bawah Aturan 20 kaedah 5(1) KKM 2012, yang memberikan Mahkamah kuasa pada mana-mana peringkat prosiding untuk membenarkan pindaan pliding “atas terma-terma yang adil” demi menentukan pertikaian sebenar antara pihak-pihak. Peruntukan ini sendiri menzahirkan pendekatan yang bersifat praktikal dan berorientasikan keadilan substantif.
18
Prinsip yang dipakai secara konsisten oleh Mahkamah untuk menilai permohonan pindaan ialah prinsip yang dihuraikan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes Yamaha Motors Co Ltd v Yamaha (M) Sdn Bhd & Ors [1982] 1 MLRA 417, iaitu Mahkamah akan membenarkan pindaan yang tidak menyebabkan ketidakadilan kepada pihak lawan. Mahkamah Persekutuan menggariskan tiga (3) soalan asas:
i
adakah permohonan ‘bona fide’;
II
(ii) adakah prejudis kepada pihak lawan boleh dipampaskan dengan kos; dan
III
(iii) adakah pindaan tidak menukar tindakan daripada satu watak kepada satu tindakan lain yang tidak konsisten.
19
Plaintif juga merumuskan prinsip yang sama melalui autoriti yang dirujuknya (termasuk Yamaha Motors dan Suhaili Ismail v Syarikat Sribima Sdn Bhd [2015] MLRAU 293) bahawa jika jawapan kepada tiga soalan tersebut memihak kepada pemohon, pindaan wajar dibenarkan, khususnya sebelum bicara.
20
Defendan tidak menafikan bahawa kuasa di bawah A.20 k.5 adalah luas, namun menegaskan terdapat ‘guardrails’, khususnya apabila pindaan didakwa:
a
memperkenalkan kausa tindakan baharu yang bercanggah;
b
mengubah secara fundamental isu untuk dibicarakan; atau
c
menyebabkan prejudis yang tidak boleh dipulihkan melalui kos/penangguhan. Defendan bergantung antara lain kepada kes Chuah Eng Chang @ Chuah Eng Chong v Paya Trubong Estate Sdn Bhd & Anor [2024] 12 MLJ 347, serta Sykt Ying Mui Sdn Bhd v FRG Investments Ltd & Ors and other suits [2017] 9 MLJ
141
141.
21
Dengan kerangka ini, Mahkamah menilai isu-isu yang dirumuskan satu persatu. Isu (i): Sama ada pindaan mengubah sifat asas tuntutan / memperkenalkan kausa tindakan Baharu 22. Defendan menghujahkan bahawa pindaan yang dicadangkan bukan sekadar ‘clarification’ tetapi mengubah tuntutan Plaintif secara fundamental, khususnya melalui empat sisipan fakta/pendirian baharu:
i
tarikh dividen terakhir Lexon pada 13.10.2020;
II
(ii) dividen itu berlaku ketika Guaman No. 69 masih berjalan;
III
(iii) dividen berlaku selepas Lexon menerima wang daripada Plaintif; dan
IV
(iv) pengenalan konsep Plaintif sebagai ‘prospective creditor’.
23
Defendan menegaskan bahawa fakta-fakta ini (terutama berkaitan ‘prospective creditor’ dan dividen 13.10.2020 sebagai ‘purported act of fraud’ membentuk tuntutan frod yang baharu, berasingan dan berbeza daripada pliding asal Plaintif.
24
Plaintif pula menghujahkan bahawa pindaan ini adalah untuk menjelaskan dan menyusun kronologi fakta material yang telah pun wujud secara substansif dalam pliding asal, dan ‘prospective creditor’ pada hemat Plaintif ialah isu undang-undang (label) yang akan diputuskan Mahkamah dan bukan fakta material yang wajib diplid secara berasingan.
25
Plaintif menegaskan bahawa pliding asal sudah pun memplid fakta material bahawa Defendan-Defendan sebagai pengarah telah menyebabkan dividen dibayar sehingga mengosongkan aset Lexon, dan dakwaan konspirasi/penipuan bagi menghalang Plaintif menikmati hasil penghakiman. Pindaan hanya memperincikan tarikh/urutan peristiwa dan rujukan prosiding berkaitan.
26
Plaintif juga menekankan konteks prosiding semasa rayuan terhadap ‘striking out’, Plaintif menyatakan adalah mustahil mengetahui urusan dalaman Lexon seperti tarikh sebenar dividen, tarikh 13.10.2020 hanya diketahui selepas Defendan-Defendan sendiri memplidnya dalam Pembelaan, dan Mahkamah Rayuan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak telah menghantar semula kes untuk bicara serta menyarankan Plaintif meminda Penyata Tuntutan. Dapatan Mahkamah 27. Pada penelitian Mahkamah ini, isu sebenar di bawah Isu (i) bukan sama ada terdapat “fakta tambahan”, tetapi sama ada pindaan itu menukar teras tuntutan kepada satu tuntutan yang berlainan dan tidak konsisten dengan pliding asal.
28
Mahkamah ini mendapati bahawa pindaan yang dicadangkan (seperti sisipan 22A, 22B, 24, 26 dan perenggan berkaitan) adalah dalam konteks/laluan/jalur yang sama dengan pliding asal ia masih berteraskan dakwaan bahawa Defendan-Defendan (pengarah Lexon) telah menyebabkan aset Lexon dilupus/diagih (melalui dividen) sehingga menjejaskan kebolehan Plaintif menikmati ‘fruits of judgment’. Pindaan kini mengkhususkan tarikh dan konteks prosiding (“Suit No. 69” dan kronologi rayuan) serta menyatakan Plaintif sebagai ‘prospective creditor’.
29
Dalam menilai hujahan Defendan bahawa ‘prospective creditor’ dan tarikh dividen 13.10.2020 membentuk frod baharu, Mahkamah menerima bahawa elemen frod memerlukan pliding yang lebih rapi, namun, Mahkamah juga mengambil perhatian bahawa Plaintif berhujah pliding asal telah pun meletakkan asas fakta material berkaitan pelupusan/penyah-asetan Lexon dan niat mengelak pembayaran, dan pindaan adalah untuk ‘reflect the Plaintiff’s claim more clearly’ selaras cadangan Mahkamah Rayuan.
31
Dalam hal ini, Mahkamah membezakan keadaan kes ini daripada situasi di mana pindaan benar-benar memindahkan tindakan daripada satu sebab tindakan kepada sebab tindakan yang baharu dan mengejutkan pihak lawan. Autoriti Defendan kes Chuah Eng Chang [2024] 12 MLJ 347 adalah contoh pindaan yang menukar ‘constructive notice’ kepada ‘actual notice’, yang Mahkamah dalam kes itu tafsir sebagai kausa tindakan berbeza. Di sini, pindaan tidak menukar ‘nature of claim’ kepada tuntutan baharu yang terasing dan ia masih berada dalam tema yang sama (dakwaan pengosongan aset/dokumen/fakta untuk menyokong dakwaan sedia ada).
31
Selaras dengan pendekatan Mahkamah Rayuan dalam kes Dato’ Tan Heng Chew v Tan Kim Hor and another appeal [2009] 5 MLJ 790, Mahkamah tidak seharusnya menutup ruang pembentangan isu sebenar secara pramatang jika pindaan bertujuan menyelesaikan kontroversi sebenar dan boleh dibuat tanpa ketidakadilan kepada Defendan, dengan prejudis yang boleh dipampaskan melalui kos.
32
Maka untuk isu (i) ini, Mahkamah memutuskan bahawa pindaan ini tidak memperkenalkan kausa tindakan baharu yang tidak konsisten; sebaliknya ia merupakan pengkhususan fakta/kronologi bagi memperjelas kes Plaintif menjelang bicara penuh. Isu (ii): Sama ada pindaan menyebabkan prejudis tidak boleh dipulihkan kepada Defendan 33. Defendan menegaskan prejudis akan berlaku kerana pindaan akan memaksa Defendan menjawab ‘case’ yang berbeza, termasuk dakwaan fraud yang dikatakan ‘completely ‘reinvented’ menggunakan fakta dari Pembelaan, dan ini tidak boleh dianggap sekadar isu kos.
34
Plaintif menegaskan tiada ‘surprise’ fakta tarikh dividen
13
13.10.2020 adalah daripada Pembelaan Defendan sendiri, isu Suit No. 69 dan prosiding berkaitan adalah dalam pengetahuan Defendan, dan Defendan boleh meminda Pembelaan jika perlu. Dapatan Mahkamah 35. Prinsip yang terpakai adalah bahawa prejudis yang relevan ialah prejudis yang tidak boleh dipulihkan melalui kos atau peluang prosedural (contohnya peluang meminda pliding balasan, penangguhan munasabah, pemfailan isu tambahan), bukan sekadar ‘inconvenience’.
36
Mahkamah mendapati bahawa dalam kes ini, Defendan belum lagi dibicarakan atas merit dan tindakan ini telah dihantar semula untuk bicara. Konteks ini menguatkan dapatan bahawa sebarang ‘procedural disadvantage’ boleh diurus melalui arahan kes. Defendan diberi masa meminda Pembelaan/menambah butiran, dan kos boleh diperintahkan mengikut keadilan.
37
Mahkamah menerima hujahan Plaintif bahawa pindaan yang dicadangkan adalah selari dengan maklumat yang berada dalam pengetahuan Defendan-Defendan (bahkan tarikh
13
13.10.2020 dipetik dari Pembelaan). Oleh itu, hujahan ‘taken by surprise’ tidak mempunyai kekuatan yang sama seperti keadaan dalam kes Chuah Eng Chang(supra) yang melibatkan perubahan unsur pengetahuan/notice terhadap defendan kedua.
38
Selaras dengan kes Yamaha Motors [1982] 1 MLRA 417, Mahkamah mendapati bahawa jika ada prejudis, ia boleh dipampaskan melalui kos dan arahan pengurusan kes (termasuk hak Defendan-Defendan meminda Pembelaan). Isu (iii): Sama ada kelewatan / ‘bona fide’ dan bantahan ‘surreptitious’ / ‘second bite of the cherry’
39
Defendan menegaskan permohonan ini “incredibly delayed” dan ‘surreptitious’, kononnya Plaintif cuba mengambil ‘second bite of the cherry’ untuk membaiki kegagalan asal memplid frod.
40
Defendan bergantung khususnya kepada kes Sykt Ying Mui [2017] 9 MLJ 141 bahawa apabila pindaan ingin menambah/menegaskan frod, pindaan tidak patut dibenarkan jika fakta material sudah diketahui lebih awal dan tiada alasan kukuh bagi kelewatan.
41
Plaintif pula menjawab bahawa kelewatan mesti dinilai dalam konteks tarikh dividen sebenar (13.10.2020) hanya diketahui selepas Defendan-Defendan memplidnya, dan semasa rayuan ‘striking out’ (lampiran 9), Mahkamah Rayuan bukan sahaja menolak pendekatan ‘striking out’ tetapi juga menyarankan Plaintif meminda pliding.
42
Plaintif juga menghujahkan bantahan Defendan-Defendan bahawa ‘insufficiency of pleading of fraud cannot be cured’ adalah tidak berasas kerana isu itu telah dibangkitkan oleh Defendan dalam ‘striking out’, dan Mahkamah Rayuan tetap membenarkan rayuan Plaintif serta menyarankan pindaan. Dapatan Mahkamah 43. Mahkamah menerima bahawa kelewatan adalah faktor yang relevan, lebih-lebih lagi apabila pindaan berkaitan frod. Namun, Mahkamah menegaskan bahawa kelewatan bukan faktor yang bersifat determinatif secara automatik dan ia perlu dinilai bersama ‘bona fide’;sebab kelewatan dan kesan sebenar kepada pihak lawan.
44
Dalam kes ini, Mahkamah mendapati terdapat justifikasi munasabah yang menyokong ‘bona fide’ adalah Plaintif secara konsisten menyatakan fakta dalaman Lexon (seperti tarikh sebenar dividen) tidak berada dalam pengetahuan Plaintif dan hanya diketahui selepas Pembelaan Defendan. Tambahan pula, kewujudan ‘suggestion’ Mahkamah Rayuan agar Plaintif meminda adalah faktor konteks yang signifikan dalam menilai ‘bona fide’ permohonan.
45
Mahkamah juga menimbang kes Sykt Ying Mui [2017] 9 MLJ 141 yang dirujuk Defendan-Defendan. Dalam kes itu, Mahkamah menekankan (antara lain) keperluan alasan yang kukuh bagi kelewatan apabila fakta frod sudah diketahui. Namun, keadaan di sini berbeza pada fakta bahawa Plaintif menghujahkan fakta tarikh dividen yang tepat datang daripada Pembelaan Defendan, dan pindaan dibuat selepas tindakan ini dikembalikan untuk bicara dengan saranan pindaan oleh Mahkamah Rayuan.
46
Oleh itu, Mahkamah menolak label ‘surreptitious’ dan ‘abuse of process’ pada tahap ini. Permohonan pindaan ini adalah untuk menjelaskan kes menjelang bicara penuh, bukan untuk menindas Defendan-Defendan dan jika ada kesan prosedural, ia ditangani melalui arahan masa meminda Pembelaan serta kos. Isu (iv): Sama ada Mahkamah wajar menggunakan budi bicara A.20 k.5 untuk membenarkan pindaan 47. Setelah menimbangkan kesemua faktor, Mahkamah merumuskan jawapan kepada tiga soalan di dalam kes Yamaha Motors(supra) seperti berikut:
a
‘Bona fide’ — Ya. Permohonan dibuat untuk menjelaskan kronologi dan memperincikan fakta material, dalam konteks saranan Mahkamah Rayuan agar Plaintif meminda, serta isu tarikh dividen yang dinyatakan datang daripada Pembelaan Defendan.
b
Prejudis boleh dipampaskan dengan kos — Ya. Defendan-Defendan mempunyai peluang untuk meminda Pembelaan, dan pindaan tidak menafikan hak perbicaraan adil. Ini selaras dengan pendekatan yang juga digariskan dalam kes Dato’ Tan Heng Chew [2009] 5 MLJ 790 bahawa ketidakadilan perlu diseimbangkan dan prejudis boleh dipampaskan dengan kos.
c
Tidak menukar tindakan kepada watak yang tidak konsisten — Ya. Pindaan tidak menukar tema utama tuntutan (pelupusan/penyah-asetan Lexon melalui dividen dan dakwaan konspirasi/penipuan), sebaliknya memperincikan fakta tarikh/urutan peristiwa dan rujukan prosiding yang berkait.
48
Mahkamah menerima bahawa autoriti Defendan-Defendan seperti kes Chuah Eng Chang [2024] 12 MLJ 347 dan Sykt Ying Mui [2017] 9 MLJ 141 memperingatkan Mahkamah supaya tidak membenarkan pindaan yang benar-benar menukar kausa tindakan atau yang menzahirkan penyalahgunaan proses. Namun, pada fakta kes ini, Mahkamah berpuas hati pindaan berada dalam lingkungan yang dibenarkan oleh A.20 k.5 KKM 2012 untuk membolehkan isu sebenar dibicarakan secara penuh.
49
Maka, Mahkamah ini menggunakan budi bicara di bawah Aturan 20 kaedah 5 KKM 2012 untuk membenarkan pindaan yang dipohon, atas terma-terma yang adil. RUMUSAN 50,
i
pindaan tidak memperkenalkan kausa tindakan baharu yang tidak konsisten;
II
(ii) tiada prejudis tidak boleh dipulihkan kepada Defendan-Defendan;
III
(iii) kelewatan yang dibangkitkan tidak fatal dalam konteks saranan Mahkamah Rayuan dan fakta yang hanya diketahui selepas Pembelaan; dan
IV
(iv) budi bicara A.20 k.5 KKM 2012 wajar digunakan untuk memastikan isu sebenar ditentukan pada bicara penuh. KEPUTUSAN
51
Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah ini membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 43 untuk meminda Penyata Tuntutan sebagaimana dipohon dengan kos dalam kausa. BERTARIKH: 10 FEBRUARI 2026 t.t MANIRA BINTI MOHD NOR PESURUHJAYA KEHAKIMAN MAHKAMAH TINGGI SIVIL 4 JOHOR BAHRU Peguam Bagi Pihak Plaintif Kenny Lo Jia Yi Tetuan K S Pang Johor Bahru Peguam Bagi Pihak Defendan Ahmad Aiman Farique bin Rusli
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.