Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH: BA-43-24-07/2025 ANTARA YONG WAI KEE (No. K/P: 871107-06-5669) …PEMOHON LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
BA-43-24-07/2025
High Court of Malaysia6 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“neral law. YAA juga menyatakan bahawa :- ……. "The provisions regulating the granting of bail under the Dangerous Drugs Act must be construed in the context of that Act and not in that of the Criminal Procedure Code and to that extent the general provisions of the Criminal Procedure Code must S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g”
“statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law. YAA juga menyatakan bahawa :- ……. "The provisions regulating the granting of bail under the Dangerous Drugs Act must be construed in the context of that Act and not in that of the Criminal Procedure Code and to that extent”
“ulxx5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 “[11] Fundamentally, Murugan’s right to bail is sacrosanct pursuant to Article 5(1) of the Federal Constitution (FC). He cannot be denied of the right unless the law expressly takes it away. Right to bail is equat”
“on 2, 387 and 388 CPC read together with the fifth column to its First Schedule, which categorizes offences as bailable and not bailable. Clearly, the categorization is pursuant to offences under the Penal Code and laws other than the Penal Code. [13] Section 387 CPC, regulates bailable offences, whilst section 388 CPC”
“LECjtupculxx5g **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 15 ADB, Raja Azlan Shah CJ (Malaya), dalam keputusan menyatakan seperti berikut:- “The Dangerous Drugs Act 1952 (Revised 1980) is an Act specially designed to regulate the importation, exportation, manufactu”
“ang sama seperti dibawah memandangkan setakat yang Mahkamah ini menyemak, tiadanya rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan berkaitan isu ini: - i. Merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Ting Hing Lung v. PP [2020] MLJU 918, pertuduhan dalam kes tersebut adalah dibawah seksyen 15(1) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen”
“he offence is punishable with imprisonment for more than 5 years”; v. Peguambela telah berhujah sedemikian dengan bersandar kepada autoriti Mahkamah Tinggi Murugan P Subramaniam v. Public Prosecutor [2022] CLJU 2518. Autoriti tersebut melibatkan fakta-fakta kes yang hampir S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g **Note : Serial num”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH DI SHAH ALAM DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN SEMAKAN JENAYAH: BA-43-24-07/2025 ANTARA YONG WAI KEE (No. K/P: 871107-06-5669) …PEMOHON LAWAN PENDAKWA RAYA …RESPONDEN ALASAN PENGHAKIMAN
1
Ini adalah satu permohonan semakan jenayah oleh pemohon melalui surat yang dikemukakan kepada Mahkamah bertarikh 29 Julai 2025. Tertuduh (“pemohon”) dalam kes ini tidak berpuas hati dengan keputusan Permohonan Semakan Jenayah yang diberikan oleh Mahkamah ini pada 6.8.2025 yang telah menolak permohonan pemohon untuk jaminan diberikan.
2
Pertuduhan terhadap pemohon adalah seperti berikut:- Bahawa kamu pada 29/02/2024 jam lebih kurang 1140 hrs bertempat di Pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di dalam daerah Gombak, di dalam negeri Selangor S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g Darul Ehsan, telah memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya jenis amphetamine dan methamphetamine, tanpa kebenaran yang sah. Oleh itu, kamu telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (“ADB”). Dan selanjutnya bahawa kamu, sebelum melakukan kesalahan tersebut, iaitu pada 20/02/2017, telah disabitkan oleh Majistret, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1) (a) ADB iaitu kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya tanpa kebenaran yang sah dan dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu denda RM1500 gagal bayar 3 bulan penjara dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan polis; dan Selanjutnya bahawa kamu, sebelum melakukan kesalahan tersebut, iaitu pada 07/06/2023, telah disabitkan oleh Majistret, di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dengan kesalahan di bawah seksyen 15(1) (a) ADB iaitu kesalahan memberikan kepada diri sendiri dadah berbahaya tanpa kebenaran yang sah dan dihukum di bawah seksyen yang sama iaitu RM1500 gagal bayar 3 bulan penjara dari tarikh tangkap dan 2 tahun pengawasan polis; Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 15(1)(a) ADB dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) Akta yang sama. Hukuman: Penjara selama tempoh tidak kurang daripada 5 tahun tetapi tidak melebihi 7 tahun, dan hendaklah juga S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g dikenakan dengan hukuman sebat tidak lebih daripada 3 sebatan serta pengawasan dibawah seksyen 38B selama tidak kurang dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.
3
3.
39C
Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 39C (1) Akta yang sama seperti dibawah:- Increased penalty where person has prior admissions or convictions.
1
Where a person who has not less than –
a
two previous admission;
b
two previous convictions under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) or any combination of the sections;
c
one previous admission and one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a);
d
one previous admission and two previous conviction under section 31A; or
e
one previous conviction under paragraph 10(2)(b) or paragraph 15(1)(a) and two previous convictions under sections 31A, is found guilty of an offence under paragraph 10(2)(b), paragraph 15(1)(a) or section 31A, he shall, instead of being liable to the punishment provided for that offence under the section under which he has been found guilty, be punished with imprisonment for a term which shall not be less than five years but shall not exceed seven years, and he shall S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g also be punished with whipping of not less than three strokes.
4
Peguamcara semasa dihadapan Puan Hakim Mahkamah Sesyen telah memohon secara lisan supaya tertuduh diberikan jaminan atas alasan-alasan yang berikut:- i. Tertuduh dituduh di bawah seksyen 15 (1) (a) ADB. Hukuman di bawah seksyen tersebut adalah denda sebanyak tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tidak melebihi dua (2) tahun; ii. Seksyen 39C (1) ADB merupakan satu “enhancing section” sahaja, dimana sekiranya seseorang tertuduh mempunyai dua (2) sabitan di bawah sesyen 15 (1) (a) ADB sebelum ini, tertuduh tersebut boleh dikenakan hukuman penjara selama tidak kurang daripada lima (5) tahun tetapi tidak melebihi tujuh (7) tahun serta hukuman sebatan tidak melebihi tiga (3) kali sekiranya didapati bersalah; iii. Peguambela telah berhujah bahawa memandangkan OKT tersebut telah dituduh di bawah sesyen 15 (1) (a) yang membawa hukuman penjara selama tidak melebihi dua (2) tahun sahaja, seksyen 41B Akta yang sama adalah tidak terpakai di dalam kes ini. Seksyen tersebut menyatakan:
41B
No bail to be granted in respect of certain offences
1
Bail shall not be granted to an accused person charged with an offence under this Act-
a
where the offence is punishable with death; or
b
where the offence is punishable with imprisonment for more than five years; or
c
where the offence is punishable with imprisonment for five years or less and the Public Prosecutor certifies in writing that it is not in the public interest to grant bail to the accused person.
2
Subsection (1) shall have effect notwithstanding any other written law or any rule of law to the contrary. iv. Peguambela telah berhujah bahawa seseorang tertuduh tidak boleh dituduh di bawah seksyen 39C (1) Akta yang sama kerana seksyen tersebut merupakan “enhancing section” sahaja. Oleh yang demikian, OKT tersebut tidak boleh dikatakan telah dituduh “for an offence where the offence is punishable with imprisonment for more than 5 years”; v. Peguambela telah berhujah sedemikian dengan bersandar kepada autoriti Mahkamah Tinggi Murugan P Subramaniam v. Public Prosecutor [2022] CLJU 2518. Autoriti tersebut melibatkan fakta-fakta kes yang hampir S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g sama seperti kes ini. Tertuduh di dalam kes tersebut juga telah dituduh di bawah seksyen 15 (1) (a) ADB 1952 tetapi beliau mempunyai dua (2) lagi sabitan di bawah seksyen yang sama sebelum ini. Mahkamah Sesyen di dalam kes tersebut telah menolak permohonan jaminan beliau dan kes telah dibawa ke Mahkamah Tinggi secara semakan jenayah. Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan jaminan kepada tertuduh tersebut atas alasan-alasan yang dinyatakan di atas. [Semakan Mahkamah ini mendapati tiada rayuan dibuat ke Mahkamah Rayuan untuk kes tersebut]. vi. Dalam permohonan semakan dihadapan saya, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah membantah permohonan peguamcara dan berhujah bahawa seksyen 41B ADB adalah terpakai di dalam kes ini atas alasan hukuman di dalam kes ini jatuh di bawah seksyen 39C (1) ADB.
5
Dalam permohonan semakan dihadapan saya, pihak Timbalan Pendakwa Raya telah membantah permohonan peguamcara dan berhujah bahawa seksyen 41B ADB adalah terpakai di dalam kes ini atas alasan hukuman di dalam kes ini jatuh di bawah seksyen 39C (1) ADB.
6
Setelah mendengar hujahan-hujahan kedua-dua pihak secara lisan, Mahkamah ini menolak permohonan semakan peguamcara dan memutuskan bahawa seksyen 41B ADB S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g adalah terpakai dan Mahkamah ini mengekalkan keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen pada 6 Ogos 2025.
7
Mahkamah ini berpendapat bahawa perlunya merujuk kepada kes-kes yang telah diputuskan oleh Yang Arif-Yang Arif Hakim Mahkamah Tinggi berkaitan isu yang sama seperti dibawah memandangkan setakat yang Mahkamah ini menyemak, tiadanya rayuan dibuat kepada Mahkamah Rayuan berkaitan isu ini: - i. Merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi Ting Hing Lung v. PP [2020] MLJU 918, pertuduhan dalam kes tersebut adalah dibawah seksyen 15(1) ADB 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39C (1) Akta yang sama. Lim Hock Leng (Hakim) memutuskan seperti berikut:- “[18] Here we are concerned with bail and it is to the charge and the contents therein that reference has to be made. Section 15(1)(a) read together with section 39C(1) is subject to the dictates of Section 41B DDA which plainly states that bail cannot be granted to a person charged with an offence which exposes him to a term of imprisonment of more than 5 years.” ii. Dalam kes Mahkamah Tinggi Murugan a/l P Subramaniam v PP [2022] CLJU 2518 [supra] Muniandy Kannyappan (PK) memutuskan seperti berikut: - S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g “[11] Fundamentally, Murugan’s right to bail is sacrosanct pursuant to Article 5(1) of the Federal Constitution (FC). He cannot be denied of the right unless the law expressly takes it away. Right to bail is equated with the offence alleged to have been committed by an accused. Nature of the offence could be a bailable, non-bailable offence or unbailable. If it is unbailable,bail is refused outright. For non-bailable offences, court is bestowed with discretion either to allow or disallow bail. If it is a bailable offence, accused is entitled as of right to bail. (See:PP v. Dato’ Mat Safuan [1991] 2 MLJ 186). Thus, for nonbailable offences, bail could be allowed by the court, subject to applicable law and other factors necessarily considered for purposes of bail…. [12] In that respect, applicable legal provisions in the CPC are relevant. It would be section 2, 387 and 388 CPC read together with the fifth column to its First Schedule, which categorizes offences as bailable and not bailable. Clearly, the categorization is pursuant to offences under the Penal Code and laws other than the Penal Code. [13] Section 387 CPC, regulates bailable offences, whilst section 388 CPC caters for non-bailable offences. The CPC, does not cater for unbailable offences. Such offences are found in other written law, like DDA. A S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g classic example, is an offence of trafficking dangerous drugs under section 39B DDA. [14] It is basic principle of statutory interpretation generalia specialibus non derogant, that a specific provision in a written law would override general provisions of the CPC. (See: section41B DDA as well as the case of PP v. Chew Siew Luan [1982] 2MLJ 119). [15] Easing back to the case of Murugan, he is charged for allegedly committing an offence under section 15 (1)
a
DDA, but punishable under section 39C (1) (b) DDA, since he had two previous convictions pertaining the same offence. The DPP takes the position, since section 39C DDA is triggered, thus section 41B (1) (b) DDA applies, and Murugan shall not be released on bail. This is because, as sentence allowed by law under section 39C (1) (b) shall not be less than five years but shall not exceed seven years, section 41B (1)(b) DDA forbids bail, as it shall not be granted, if the offence is punishable with imprisonment for more than five years. [16] However, there are two principal issues to be determined by this court, viz. firstly nature of offence, accused Murugan is alleged to have committed and secondly although punishment provision cited in the charge against him is section 39C (1)(b) DDA, would it bar his right to bail, pursuant to section 41B (1) (b) DDA, when nature of offence committed is under section 15 (1)
a
DDA, which only carries a maximum sentence of two years imprisonment. [17] As alluded to above, section 41B DDA has been in force long before section 39C DDA came into force.
Preamble
Pursuant to section 41B DDA, Murugan is only alleged to have committed a less serious offence under section 15 (1) (a) DDA. That per se entitles him the right to bail pending trial. To reiterate, bail relates to the nature of offence, accused is alleged to have committed or charged with and not the punishment he has to suffer. Although the degree of punishment signifies seriousness of the offence allegedly committed by an accused, thus categorizing it to be bailable or not bailable under the CPC or unbailable under section 41B DDA, it is not the only factor to determine bailability. Fortifying this argument is the opening words of section 41B DDA which reads as “(1) Bail shall not be granted to an accused person charged with an offence under this Act - …” Following this, Murugan is charged only for committing an offence under section 15 (1) (a) DDA and not any of the catalogue of offences specified under section 41B DDA. [18] Another argument intensifying Murugan’s right to bail is the stark position that section 39C DDA came into effect much later than section 41B DDA, thus an offence under section 15 (1) (a) punishable under section 39C is not contemplated by Parliament to be in the catalogue of S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g offences specified under section 41B DDA. Following the argument, regardless of the enhanced punishment provision under section 39C (1) (b) DDA, the offence allegedly committed by Murugan is purely and simply self-administration of drugs under section 15 (1) (a), which is a bailable offence, pursuant to the fifth column of the first schedule to the CPC, under the category, laws other than the Penal Code. In any event, if the case of Murugan were to go for trial, and if defence is called and prosecution has been successful in proving a beyond reasonable doubt case against him, finding of guilt followed by conviction by the court has to be under section 15 (1) (a) DDA and not section 39C (1) (b) DDA. Only the sentence to be meted out by the court has to be under section 39C (1) (b) DDA as Murugan is alleged to have had two previous convictions under section 15 (1)
a
DDA. [19] Thus, Murugan’s right to bail is still intact and shall not be denied. It cannot be denied or taken away by section 41B which had existed way before section 39C came into force, unless specified so in section 39C DDA, or included in section 41B DDA. ......... [21] Ensuing from the above, section 388 CPC would apply to an offence punishable under section 39C (1) (b) DDA. The provision uses the word “may” signifying discretion to be exercised by the court judiciously to grant S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g or not to grant bail. So, bail cannot be refused merely because an offence is nonbailable. [22] In the upshot, Murugan is granted bail by this court, pending disposal of his trial for an offence of self-administration of drugs under section 15 (1) (a) DDA, punishable under section 39C (1) (b) DDA. iii. Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Tinggi George Ho Sing Yong v PP [MYY-43-6/4-2023] (unreported) Dean Wayne Daly (Hakim) yang memutuskan seperti berikut:- “[9] Contrary to the submission by learned counsel for the applicant, the offence may be under s. 15 (1) (a) of the DDA, but it is punishable under s. 39C (1) (b) of the DDA. Both provisions are read treated as an offence where the punishment is provided for. As such, the punishment provided for it is not under s.15 (1) (a) but under s. 39C
1
(b) of the DDA. [10] That being the case, no bail shall be granted to the applicant by operation of s. 41B (1)(b) of the DDA.” iv. Mahkamah juga ingin merujuk kepada kes Pendakwa Raya lwn Chean Wei Chung (2025) 8 MLJ 767 yang diputuskan oleh Roslan Mat Nor (Hakim). Dalam keputusannya menyatakan bahawa seksyen 39A dan 39C ADB bukannya peruntukan kesalahan tetapi peruntukan hukuman. Hujahan dalam kes Murugan S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g (supra) bahawa pada masa penggubalan seksyen 41B ADB, seksyen 39C masih belum wujud adalah tidak dapat disokong. Pemakaian seksyen 41B ADB adalah mengatasi pemakaian seksyen 388 KTJ dan prinsip duluan kehakiman perlu diikuti. ANALISA MAHKAMAH
8
Isu utama bagi permohonan ini adalah sama ada seksyen 41B ADB adalah terpakai untuk kesalahan penyalahgunaan dadah berulang yang boleh dihukum dibawah seksyen 39C Akta yang sama. Mahkamah ini berpendapat bahawa perlunya merujuk kepada Hansard bertarikh 10 Januari 1978 semasa Rang Undang-Undang Dadah Bahaya (Pindaan) No. 4 di bentangkan semasa bacaan kali kedua di Dewan Rakyat, di mana Datuk Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah menyebut seperti berikut; ( pada muka surat 6986):- “Adalah didapati bahawa melepaskan seorang yang dituduh atas jaminan bagi sesuatu kesalahan di bawah Ordinan ini kerapkali menghampakan tujuan-tujuan pihak pendakwa kerana yang dituduh samada terus menjalankan dengan lebih giat lagi urusannya mengedarkan dadah berbahaya dengan tujuan untuk mendapatkan lebih banyak wang bagi melegakan kesan sabitan dan hukuman yang akan diterima, atau, jika ia adalah seorang penagih, ia terus menghisap dadah sehingga ia tidak dapat dipulihkan bila perbicaraannya selesai. Oleh yang demikian adalah difikirkan bahawa dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman mati atau S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g penjara selama lebih daripada Iima tahun jaminan sekali-kali tidak diberi kepada seseorang yang dituduh, dan di dalam kes-kes yang Iain jaminan tidaklah diberi jika Pendakwa Raya memperakui secara bertulis bahawa bukannya bagi kepentingan awam untuk membenarkannya dijamin. Justeru itu, adalah dicadangkan untuk memasukkan suatu Seksyen 41B baharu di dalam Ordinan itu sebagaimana yang dinyatakan dalam FasaI 6 Rang Undang-undang itu.”
9
Dari ucapan semasa pembacaan kali kedua di Dewan Rakyat oleh Datuk Seri Haji Hamzah bin Datuk Abu Samah adalah jelas bahawa tujuan atau spirit semasa Rang Undang-Undang tersebut digubal dan dibentangkan di Parlimen adalah sebagai langkah pencegahan dan dengan polisi bahawa dalam kes-kes dibawah Akta Dadah Berbahaya yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama lebih daripada Iima tahun, jaminan sekali-kali tidak boleh diberikan kepada seseorang yang dituduh. Mahkamah ini berpendapat bahawa faktor pencegahan, kepentingan awam dan kepentingan negara juga telah diambilkira semasa Rang Undang_Undang Dadah Bahaya (Pindaan) No. 4 dibentangkan.
10
Mahkamah juga mendapati bahawa isu berkaitan jaminan mengikut seksyen 41B ADB telah diperjelaskan dalam kes landmark yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes PP v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119. Dalam menangani persoalan undang-undang sama ada seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah mengatasi (overrides) seksyen 41B S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g ADB, Raja Azlan Shah CJ (Malaya), dalam keputusan menyatakan seperti berikut:- “The Dangerous Drugs Act 1952 (Revised 1980) is an Act specially designed to regulate the importation, exportation, manufacture, sale and use of, inter alia, dangerous drugs, and ‘to make special provisions relating to the jurisdiction of Courts in respect of offences thereunder and their trial, and for purposes connected therewith. In other words, the Act is in substance a special law passed by Parliament in derogation of the rights of a person concerning the granting of bail in an otherwise ordinary case. We further note in particular that s. 41B of the Act is an entirely new section introduced by the Dangerous Drugs (Amendment) Act 1978 (Act A426) and became operative on 10 March 1978. Generalibus specialia derogant is a cardinal principle of interpretation. It means that where a special provision is made in a special statute, that special provision excludes the operation of a general provision in the general law. YAA juga menyatakan bahawa :- ……. "The provisions regulating the granting of bail under the Dangerous Drugs Act must be construed in the context of that Act and not in that of the Criminal Procedure Code and to that extent the general provisions of the Criminal Procedure Code must S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g exnecessitate yield to the specific provisions of s. 41B of the Dangerous Drugs Act in that regard."
11
Mahkamah ini memberi penekanan bahawa dalam kes tersebut yang telah diputuskan oleh 3 Panel Hakim Mahkamah Persekutuan ( selain daripada Raja Azlan Shah CJ (Malaya), Abdoolcader dan Gun Chit Tuan JJ ) yang jelas menyatakan bahawa peruntukan yang mengawal selia pemberian jaminan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952 hendaklah ditafsirkan dalam konteks Akta tersebut dan bukan mengikut tafsiran Kanun Tatacara Jenayah atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
12
Mahkamah juga berpendapat bahawa berdasarkan keputusan dalam kes PP v Chew Siew Luan (supra), seksyen 388 Kanun Tatacara Jenayah tidak boleh mengatasi peruntukan spesifik yang mana dalam kes ini adalah seksyen 41B dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
13
Mahkamah juga merujuk kepada kes Mahkamah Agung Public Prosecutor v. Leong Ying Ming [1993] 1 MLJ 177. Dalam kes tersebut tertuduh telah dituduh memiliki 50.84 gram ganja dan kesalahan dibawah seksyen 39A(2) ADB yang boleh dihukum dengan penjara seumur hidup atau hukuman penjara tidak kurang dari 5 tahun. Tertuduh memohon jaminan diberikan, yang mana permohonan tersebut telah ditolak oleh Hakim Mahkamah Sesyen. Walaubagaimanapun, semasa rayuan, Yang Hakim Mahkamah Tinggi telah membenarkan S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g jaminan kepada tertuduh. Timbalan Pendakwa Raya tidak berpuas hati terhadap keputusan terssebut dan telah merayu ke Mahkamah Agung.
14
Hanya satu isu yang dibangkitkan dalam kes tersebut iaitu sama ada kesalahan dibawah seksyen 39A (2) ADB adalah kesalahan yang boleh dijamin. Dalam membenarkan rayuan tersebut, Hakim-Hakim Mahkamah Agong yang terdiri daripada Abdul Hamid Omar LP, Gunn Chit Tuan (Malaya) CJ and Edgar Joseph Jr SCJ memutuskan bahawa kesalahan dibawah seksyen 39A (2) ADB tidak boleh diberi jaminan. Ini adalah disebabkan peruntukan 41B ADB adalah peruntukan yang spesifik.
15
Merujuk kepada semakan kes ini, sebagaimana dalam pertuduhan, ia adalah jelas bahawa kesalahan Pemohon adalah di bawah seksyen 15(1)(a) ADB (secara berulang) dan boleh dihukum dibawah seksyen 39C(1) (yang mana hukuman penjara adalah tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak melebihi 7 tahun). Mahkamah berpendapat bahawa walaupun pemohon dituduh dibawah seksyen 15 (1) (a) ADB, namun, disebabkan terdapatnya kesalahan berulang maka, hendaklah dihukum dibawah peruntukan 39C(1) ADB dan dibaca bersama seksyen 41B (1)(b) ADB yang jelas memperuntukkan bahawa jaminan tidak boleh diberikan.
16
Mahkamah juga ingin memberi penekanan kepada seksyen 41B (2) ADB yang jelas menyatakan bahawa : “(2) Subsection (1) shall have effect notwithstanding any other written law or any rule of law to the contrary.”
17
Mengambil kira keputusan Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Agung dalam PP v Chew Siew Luan (supra) dan Public Prosecutor v. Leong Ying Ming (supra). Mahkamah ini adalah terikat dengan doktrin Mahkamah duluan ( doctrine of stare decisis) yang menjadi prinsip asas dalam sistem kehakiman yang harus dipatuhi.
18
Oleh itu, Mahkamah mendapati bahawa seksyen 41B ADB adalah terpakai untuk seksyen 39C ADB.
19
Berkaitan dengan seksyen 39C ADB berkuatkuasa lebih lewat dari seksyen 41B ADB, yang mana dikatakan kesalahan dibawah seksyen 15(1)(a) yang boleh dihukum dibawah seksyen 39C tidak dijangka (not contemplated) oleh Parlimen.
20
Mahkamah ini berpendapat bahawa, walaupun seksyen 41B telah digubal dan berkuatkuasa terlebih dahulu daripada seksyen 39C, ini tidak bermakna bahawa seksyen 39C tidak dibaca bersama seksyen 41B, lebih-lebih lagi tiada peruntukan mengecualikan penggunaan seksyen 41B semasa peruntukan 39C dimasukan kedalam Akta semasa pindaan dibuat.
21
Merujuk semula kepada bacaan Hansard semasa perbentangan pindaan undang-undang ini di Parlimen, adalah S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g menjadi tujuan asal atau spirit penggubalan seksyen 41B untuk seksyen tersebut terpakai dalam kes-kes dibawah Akta Dadah Berbahaya dan ini juga termasuklah kes-kes yang membabitkan kesalahan penyalahgunaan dadah oleh individu. Menteri semasa pembentangan turut menekankan seperti berikut; “Oleh yang demikian adalah difikirkan bahawa dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukuman mati atau penjara selama lebih daripada lima tahun jaminan sekali-kali tidak diberi kepada seseorang yang dituduh”.
22
Oleh yang demikian, Mahkamah mendapati keputusan Puan Hakim Mahkamah Sesyen pada 30.6.2025 untuk tidak memberikan jaminan adalah bertepatan dengan seksyen 41B ADB. Dengan itu, permohonan semakan jaminan ini adalah ditolak. S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g LATIFAH HJ MOHD TAHAR HAKIM MAHKAMAH TINGGI JENAYAH 4
25
25.
9
9.2025 S/N Xhg7l6D8LECjtupculxx5g Peguam bagi pihak Pemohon : V. Sanjay Nathan bersama Pushan Qin Nathan Tetuan Saibullah M V Nathan & Co Peguam bagi pihak Responden : Mohammed Heikal bin Ismail
1
Kes/Akta yang dirujuk Murugan P Subramaniam v. Public Prosecutor [2022] CLJU
2518
2518.
2
Hing Lung v. PP [2020] MLJU 918
3
George Ho Sing Yong v PP [MYY-43-6/4-2023]
4
Pendakwa Raya lwn Chean Wei Chung (2025) 8 MLJ 767
5
PP v Chew Siew Luan [1982] 2 MLJ 119.
6
Public Prosecutor v. Leong Ying Ming [1993] 1 MLJ 177
7
Seksyen 41B Akta Dadah Berbahaya 1952
8
Seksyen 39C (1) Akta Dadah Berbahaya 1952
9
Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.