Berdasarkan hujah-hujah di atas, adalah dapatan Mahkamah bahawa pra-syarat di bawah seksyen 32(1) Akta Keterangan 1950 telah dipenuhi oleh pihak Pendakwaan, dengan itu mahkamah menerima masuk Deposisi eksibit P16 & P17 sebagai keterangan." [21] Berdasarkan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen di atas, Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana selanjutnya menghujahkan bahawa peguam Tertuduhlah yang sebenarnya telah tersalah arah bila mengatakan bahawa ketiadaan perintah pemindahan atau "removal order" dan kegagalan pihak pendakwaan untuk mengemukakan dokumen tersebut telah mencacatkan kes pendakwaan. Ini adalah kerana mengikut Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana, tiada keperluan undang-undang untuk pihak pendakwaan mengemukakan "removal order” tersebut bagi tujuan pemakaian di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950. [22] Dengan hormatnya, kami tidak bersetuju dengan penghujahan Timbalan Pendakwa Raya tersebut. Sayugia dinyatakan bahawa Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana telah mengakui di hadapan kami bahawa tiada terdapat sebarang “removal order” yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Imigresen di bawah seksyen 32 atau seksyen 33 atau sub seksyen 56(2) Akta Imigresen 1959/63 yang dikemukakan sebagai ekshibit oleh pihak pendakwaan sehingga akhir perbicaraan. [23] Pada hemat kami, memandangkan tiada “removal order” yang dikemukakan di Mahkamah, Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana tidak boleh sama sekali merakamkan Deposisi mangsa di bawah peruntukan seksyen 61A ATIPSOM. Seharusnya ditekankan bahawa Memo Periksa Keluar (Ekshibit P7) yang dikemukakan di mahkamah oleh pihak pendakwaan bukanlah suatu “Removal Order”. Hakikat ini diakui sendiri oleh Timbalan Pendakwa Raya yang bijaksana. [24] Sehubungan dengan itu, kegagalan mengemukakan “removal order” ini telah menyebabkan Deposisi mangsa tersebut tidak boleh diterima masuk sebagai keterangan. Ini adalah kerana pengemukaan dokumen tersebut merupakan suatu pra-syarat mandatori yang mesti dipatuhi secara ketat sebelum Deposisi boleh dirakamkan dan diterima masuk oleh Mahkamah di bawah seksyen 61A ATIPSOM. Adalah jelas terdapat kekhilafan di pihak Hakim Mahkamah Sesyen apabila beliau memutuskan untuk merakamkan dan menerima masuk Ekshibit P16 dan P17 tanpa “removal order” tersebut. [25] Dapatan yang kami buat ini seiring dengan keputusan Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwa Raya v. Sumon Khan & Anor [2018] MLJU 1401, di mana Zabariah Yusof HMR (beliau pada ketika itu) memutuskan seperti berikut: [43] Section 61A of the Act also requires that before the depositions of the Bangladeshis can be admitted as evidence, there must be an order for removal of the Bangladeshis issued by the Director General (DG) of Immigration Department. In the present appeal, there was never any order of removal by the DG of Immigration ever produced by the prosecution. The rationale of allowing admissibility of depositions of persons under section 61A of the Act was to cater for situations where the migrants were removed by order of the DG of Immigration and hence their presence as witnesses could no longer be support a charge under the Act against Accused persons. Hence the depositions (which are hearsay evidence) are allowed to be admitted. Without the order for removal, these depositions cannot be admitted. However, the prosecution could still adduce direct evidence by calling the subject i.e. the migrants themselves to testify, if they could be located. In the present appeal it is not clear whether the migrants were still available to testify or whether there was such an order from the DG of Immigration for their removal. The prosecution attempted to adduce the Notes of Proceedings from the Magistrates Court (ID 8) which purportedly recorded these depositions and which had referred to the orders for removal by the DG of Immigration of the 13 migrants. However, the learned trial Judge had refused to admit these Notes of Proceedings as exhibits (we will elaborate on the admissibility of ID 8 at paragraph 47 of this judgment). Therefore, without the Notes of Proceedings admitted as evidence, ID 7 (1-13) have no basis to stand on. [46] Therefore, premised on the aforementioned, the learned trial Judge did not err when His Lordship refused to admit and placed no weight to the said depositions of the 13 Bangladeshis i.e. ID 7 (1-13). [50] Without these depositions being admitted and/or without the evidence of the 13 Bangladeshis migrants, there can be no case made out against the 2 Accused persons. [26] Kami bersependapat dengan keputusan otoriti duluan di atas. [27] Mengulas mengenai isu kedua pula, tidak dapat dinafikan bahawa keterangan kes pendakwaan terhadap Tertuduh bergantung sepenuhnya di atas Deposisi mangsa. Oleh itu, memandangkan Deposisi mangsa tidak dapat diterima masuk sebagai keterangan prima facie berkenaan apa-apa fakta yang terdapat di dalam Deposisi tersebut, maka teras kes pendakwaan tidak lagi mampu bertahan dan runtuh keseluruhannya. [28] Sehubungan dengan itu juga, oleh kerana pihak pendakwaan telah memilih untuk merakamkan Deposisi tersebut di bawah seksyen 61A ATIPSOM yang berakhir dengan penolakan, maka perkara mengenai kebolehterimaan Deposisi tersebut oleh pihak pendakwaan untuk digunakan sebagai keterangan di bawah seksyen 32(1)(i) Akta Keterangan 1950 bukan lagi menjadi suatu “live” isu di hadapan kami kerana ianya telah jatuh atau terkubur dengan sendirinya. Kesimpulan [29] Berdasarkan kepada alasan-alasan yang diberikan di atas, kami sebulat suara mendapati terdapat merit di dalam rayuan Perayu ini untuk mewajarkan kami campurtangan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut. [30] Dengan itu, kami memerintahkan seperti berikut: