Apabila seseorang terikat untuk membuktikan adanya 147 sesuatu fakta, maka adalah dikatakan bahawa beban bukti 148 terletak pada orang itu.” 149 150 [17] Mahkamah juga merujuk kepada seksyen 102 Akta Keterangan 1950 yang 151 memperuntukan bahawa: 152 153 “Beban bukti di dalam sesuatu guaman atau prosiding terletak pada 154 orang yang mungkin gagal sekiranya tidak ada langsung keterangan 155 diberi oleh mana-mana pihak.” 156 157 [18] Begitu juga dengan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 di mana dinyatakan 158 bahawa: 159 160 “Beban bukti mengenai sesuatu fakta tertentu terletak pada orang 161 yang berkehendakkan mahkamah mempercayai tentang adanya fakta 162 itu, melainkan jika ada diperuntukkan oleh mana-mana undang- 163 undang bahawa bukti mengenai fakta itu terletak pada mana-mana 164 orang tertentu.” 165 166 [19] Selanjutnya prinsip undang-undang ini juga telah dijelaskan melalui 167 kes Mohd Ridzwan bin Abdul Razak v. Asmah bt Hj Mohd Nor [2016] 4 MLJ 168 282 di mana Mahkamah Persekutuan memutuskan di perenggan 66 yang 169 berikut: 170 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 8 of 16 "[66]...We start by stating the obvious i.e. the standard of proof in civil 171 cases has traditionally been on a balance of probability, a standard 172 that is certainly lower than that of criminal cases; nowhere near that 173 of proving a case beyond reasonable doubt". 174 175 [20] Mahkamah merujuk kepada kes International Times & Ors v. Leong Ho 176 Yuen [1980] 1 LNS 31, mengenai beban pembuktian di mana Mahkamah 177 Persekutuan telah menyatakan seperti berikut (dengan izin); 178 179 “For the purpose of this appeal it is necessary to bear in mind the distinction 180 between the two senses in which the expressions burden of proof and onus 181 of proof are used (Nanji & Co. v. Jatashankar Dossa & Ors. AIR 1961 SC 1474, 182 1478 and Raghavamma v. Chenchamma AIR 1964 SC 136, 143). The first 183 sense, signified by the expression burden of proof such as referred to in 184 s.101 of the Evidence Act is the burden of establishing a case and this rests 185 throughout the trial on the party who asserts the affirmative of the issue. 186 The appellants in the present appeal relied on justification and fair 187 comment. Therefore, the burden of proving these defences rests entirely 188 upon them (Gatley on Libel and Slander, 7th Edn. Paras. 351 and 354). The 189 second sense referred to as onus of proof, on the other hand, relates to the 190 responsibility of adducing evidence in order to discharge the burden of proof. 191 The onus as opposed to burden is not stableand constantly shifts during the 192 trial from one side to the other according to the scale of evidence and other 193 preponderates. Such shifting is one continuous process in the evaluation of 194 evidence. According to ss. 102 and 103 of the Evidence Act, if the party with 195 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 9 of 16 whom this onus lies whether initially or subsequently as a result of its 196 shifting does not give any or further evidence or gives evidence which is not 197 sufficient, such party must fail. It is this onus that we are concerned with in 198 the present appeal. 199 200 [21] Mahkamah juga merujuk kes Tam Kim Khuan v. Tan Kee Kiat (M) SB [1998] 201 1 MLJ 697, di mana diputuskan bahawa (dengan izin); 202 203 “It is settled law that the burden of proof rests throughout the trial on the 204 party on whom the burden lies. Where a party on whom the burden of proof 205 lies has discharged it, then the evidential burden shifts to the other 206 party…what shifts is the responsibility of adducing evidence to discharged 207 by cross-examination of witnesses of the party on whom the burden of 208 proof lies or by calling witness or by giving evidence himself or a 209 combination of the different methods. No adverse inference can be drawn 210 against that party for failure to give evidence himself. If he does not adduce 211 any evidence when the burden has shifted to him, he will fail. If the party 212 whom the burden lies fails to discharge it, the other party need not call any 213 evidence. In that event, it will not avail to him to turn around and say that 214 the respondent has not established his.” 215 216 [22] Berdasarkan faktor-faktor tersebut, Plaintif di dalam kes ini adalah pihak 217 yang perlu membuktikan tuntutan yang dibuat. Beban pembuktian tidak 218 teralih kepada pihak Defendan untuk membuktikan sebaliknya sekiranya 219 pihak Plaintif gagal membuktikan kesnya. 220 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 10 of 16 221 [23] Pihak yang menuntut di dalam kes ini adalah Plaintif, maka beban 222 pembuktian adalah diletakkan di atas bahu mereka. Lanjutan daripada itu, 223 Plaintif juga perlu mencapai standard pembuktian iaitu di atas imbangan 224 kebarangkalian untuk membuktikan tuntutan-tuntutan mereka. 225 226 D. DAPATAN MAHKAMAH 227 228 [24] Plaintif dalam kes ini menuntut daripada Defendan sejumlah wang 229 berjumlah RM 35,469.80 yang mana RM 31,853.80 adalah tuntutan yang 230 oleh Plaintif terhadap Syarikat Ehsan Enterprise dalam kes KA-A72NCC-125- 231 11/2021 dan RM 3,616 adalah kos bagi kes tersebut yang telah ditolak oleh 232 Majistret pada ketika itu. 233 234 [25] Kes KA-A72NCC-125-11/2021 telah ditolak tuntutan Plaintif semasa di 235 Mahkamah Majistret dan seterusnya Plaintif telah merayu ke Mahkamah 236 Tinggi yang mana juga rayuan telah ditolak dengan kos RM 1,000. 237 238 [26] Mahkamah ini berpandangan berdasarkan kertas kausa, dokumen-dokumen 239 dan keterangan saksi-saksi, kes di hadapan Mahkamah ini adalah seakan- 240 akan kes KA-A72NCC-125-11/2021 yang ditambah kos kes tersebut sahaja 241 yang menjadikan tuntutan sebanyak RM 35,469.80. 242 243 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 11 of 16 [27] Berdasarkan pernyataan tuntutan yang difailkan oleh Plaintif, boleh 244 dikatakan tuntutan Plaintif adalah bahawa Defendan telah menandatangani 245 dokumen bagi pihak Plaintif tanpa kebenaran Plaintif. 246 247 [28] Dalam masa yang sama, Plaintif juga menyatakan di dalam pernyataan 248 tuntutan bahawa Defendan telah membuat akuan palsu. Defendan juga 249 dikatakan telah melanggar terma-terma kontrak pekerjaan. 250 251 [29] Mahkamah ini berpandangan tuntutan Plaintif dalam kes ini timbul rentetan 252 daripada keputusan kes KA-A72NCC-125-11/2021 tersebut. 253 254 [30] Tuntutan sebanyak RM31,853.80 merupakan tuntutan dalam kes KA- 255 A72NCC-125-11/2021 yang mana telahpun ditolak selepas perbicaraan 256 penuh. 257 258 [31] Mahkamah ini merujuk kepada alasan penghakiman kes KA-A72NCC-125- 259 11/2021 yang mana telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi apabila 260 Mahkamah Tinggi telah menolak rayuan Plaintif sepertimana berikut: 261 262 “Justeru, mahkamah mengambil kira keseluruhan fakta dalam 263 membuat kesimpulan bagi kes ini. Mahkamah juga 264 mempertimbangkan fakta bahawa Defendantelah membuat bayaran 265 secara ansuran sepertimana perjanjian pihak-pihak dan ianya 266 diterima oleh Plaintif tanpa sebarang pertikaian atau bantahan 267 sebelum ini. Dan sekiranya benar seperti yang dinyatakan Plaintif 268 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 12 of 16 bahawa bayaran diterima adalah untuk tunggakan keseluruhan 269 hutang dan bukan disebabkan persetujuan berkenaan Nota Kredit 270 tersebut, persoalan yang timbul adalah mengapa pembayaran akhir 271 pada Mac 2021 ditolak dan enggan diterima oleh Plaintif. Sekiranya 272 Plaintif tidak pernah bersetuju dengan cara bayaran tersebut, 273 pertikaian seharusnya dibuat semasa permulaan cara pembayaran 274 tersebut dibuat dan bukan setelah beberapa kali pembayaran dibuat 275 malah sehingga akhir pembayaran dibuat. Oleh itu, mahkamah 276 berpendapat perjanjian yang dimaksudkan oleh Defendan dapat 277 dibuktikan. Segala persetujuan yang dibuat adalah sah dan 278 diterimapakai. 279 280 Timbul juga isu di mana SD2 adalah bekas pekerja dan mempunyai 281 masalah kerja dengan syarikat Plaintif. Namun, setelah diteliti, SD2 282 masih seorang pekerja dan wakil dalam syarikat Plaintif semasa 283 urusan perniagaan dan persetujuan berkenaan pengeluaran Nota 284 Kredit tersebut dibuat. Mahkamah juga menerimapakai hujahan pihak 285 Defendan yang mana masalah kerja yang ditumbukan adalah tidak 286 berkaitan dengan tuntutan di mahkamah pada hari ini atau urusan 287 perniagaan antara Plaintif dan Defendan. Ia tiada kaitan langsung 288 dengan kes pada hari ini. Oleh itu, isu tersebut adalah tidak relevan 289 untuk mengaitkan berkenaan persetujuan yang dicapai antara pihak- 290 pihak. 291 292 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 13 of 16 Berkenaan hujahan pihak Plaintif di mana syarat tidak dipenuhi iaitu 293 bayaran hanya RM75,000 sahaja dibuat. Berdasarkan keterangan 294 yang diberikan, adalah didapati bahawa syarat tersebut tidak dapat 295 dipatuhi ekoran daripada keengganan Plaintif sendiri untuk menerima 296 bayaran pada Mac 2021. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk Plaintif 297 membangkitkan isu berkenaan ketidakpatuhan syarat penyelesaian 298 tersebut. Tambahan pula, dengan membangkitkan isu tersebut 299 menunjukkan bahawa Plaintif akur dan bersetuju dengan cadangan 300 penyelesaian melalui perjanjian berkenaan Nota Kredit tersebut. 301 Sekiranya Plaintif tidak bersetuju dan tiada pengetahuan berkenaan 302 persetujuan pengeluaran Nota Kredit tersebut, bagaimana mungkin 303 Plaintif membangkitkan isu syarat-syarat yang tidak dipenuhi untuk 304 perjanjian diteruskan. Hujahan pihak Plaintif telah bercanggah 305 dengan penyataan yang diberikan oleh pihak Plaintif sendiri. 306 307 Berdasarkan faktor tersebut, jelas menunjukkan bahawa baki 308 tunggakan yang sepatutnya perlu dibayar oleh Defendan adalah 309 dengan mengambil kira penolakan Nota Kredit yang dipersetujui 310 pihak-pihak.” 311 312 [32] Mahkamah ini berpandangan tuntutan RM31,853.80 ini telahpun 313 dimuktamadkan setelah tuntutan dalam kes KA-A72NCC-125-11/2021 314 tersebut ditolak dan telah disahkan oleh Mahkamah Tinggi setelah rayuan 315 juga ditolak. 316 317 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 14 of 16 [33] Ianya tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana kes tersebut telah 318 diputuskan di peringkat Majistret waima telah diputuskan di peringkat 319 rayuan yang mana telah mengesahkan keputusan Mahkamah Majistret 320 tersebut. 321 322 [34] Mahkamah ini berpandangan walaupun dalam kes semasa tuntutan adalah 323 lebih tertumpu kepada pelanggaran kontrak pekerjaan oleh Defendan. 324 Walau bagaimanapun, Mahkamah ini berpandangan isu tuntutan RM 325 31,853.80 tersebut telah selesai apabila Majistret pada ketika itu dalam kes 326 KA-A72NCC-125-11/2021 menyatakan: 327 328 “Berkenaan hujahan pihak Plaintif di mana syarat tidak dipenuhi iaitu 329 bayaran hanya RM75,000 sahaja dibuat. Berdasarkan keterangan 330 yang diberikan, adalah didapati bahawa syarat tersebut tidak dapat 331 dipatuhi ekoran daripada keengganan Plaintif sendiri untuk menerima 332 bayaran pada Mac 2021. Oleh itu, adalah tidak wajar untuk Plaintif 333 membangkitkan isu berkenaan ketidakpatuhan syarat penyelesaian 334 tersebut. Tambahan pula, dengan membangkitkan isu tersebut 335 menunjukkan bahawa Plaintif akur dan bersetuju dengan cadangan 336 penyelesaian melalui perjanjian berkenaan Nota Kredit tersebut. 337 Sekiranya Plaintif tidak bersetuju dan tiada pengetahuan berkenaan 338 persetujuan pengeluaran Nota Kredit tersebut, bagaimana mungkin 339 Plaintif membangkitkan isu syarat-syarat yang tidak dipenuhi untuk 340 perjanjian diteruskan. Hujahan pihak Plaintif telah bercanggah 341 dengan penyataan yang diberikan oleh pihak Plaintif sendiri.” 342 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 15 of 16 343 [35] Mahkamah ini juga berpandangan tuntutan kos sebanyak RM 3,616 yang 344 merupakan kos dalam kes KA-A72NCC-125-11/2021 adalah tidak wajar 345 dituntutan terhadap Defendan dalam kes ini. 346 347 [36] Justeru, Mahkamah ini berpandangan terdapat isu res judicata dalam kes 348 semasa dengan kes KA-A72NCC-125-11/2021 kerana fakta-fakta, saksi-saksi 349 dan dokumen yang sama digunakan dalam kes di hadapan Mahkamah ini. 350 351 [37] Mahkamah ini bersetuju dan menggunakanpakai dengan hujahan peguam 352 Defendan berkaitan isu res judicata. 353 354 [38] Tambahan pula, Plaintif dalam kes ini gagal untuk membuktikan tuntutannya 355 sepertimana dalam pernyataan tuntutan di atas imbangan kebarangkalian 356 terhadap Defendan. 357 358 E. KESIMPULAN 359 360 [39] Setelah meneliti semua faktor di atas dan setelah Mahkamah 361 mempertimbangkan fakta-fakta, keterangan saksi-saksi dan keterangan 362 dokumen serta ekshibit-eksihbit yangdikemukakan, juga hujahan yang 363 difailkan oleh kedua-dua pihak, dan juga setelah Mahkamah menilai dan 364 mempertimbangkan kes di atas imbangan kebarangkalian, adalah didapati 365 bahawa hujahan pihak Defendan adalah diterimapakai oleh Mahkamah dan 366 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA Page 16 of 16 pihak Plaintif telah gagal untuk membuktikan kes di atas imbangan 367 kebarangkalian 368 369 [40] Oleh yang demikian, Mahkamah ini telah menolak tuntutan Plaintif terhadap 370 Defendan dengan kos sebagaimana skala kos di dalam Kaedah-Kaedah 371 Mahkamah 2012. 372 373 374 (SITI NOR HASLIZA BINTI MD ALI) 375 Majistret 376 Mahkamah Majistret Alor Setar 377 Kedah 378 379 380 Pihak-pihak: 381 382 Bagi pihak Plaintif : Tetuan Lim Aik Quah & Co 383 384 Bagi pihak Defendan : Tetuan Ai Cha Ran & Co 385 386 387 388 S/N wew8FCk0okOdKSa6vUkfBA