Nombor yang Prakash guna saya tak ingat. Mula-mula dia hantar mesej saya balas tak dapat jumpa, ini berlarutan hingga bulan Februari. Sekitar bulan Februari saya hantar mesej ajak minum kopi di Secret Recipe di bangunan Intermark, Jin Tun Razak. Saya rasa lewat petang, tarikh saya tak ingat. Tujuan saya nak jumpa saya nak tahu apa kes SPRM dan siapa kawan dia yang nak tolong saya. Dalam perbincangan saya dengan Prakash saya tak dapat apa-apa maklumat kes SPRM yang dia cakap dan siapa nama kawan dia yang boleh tolong saya selesai kes tapi dia kata boleh selesaikan jika imbuhan wang diberi kepada kawan dia. Kawan dia iaitu kawan Encik Prakash di SPRM. Prakash tak sebut nama kawan dia walaupun beberapa kali tanya dia. Dia beritahu kawan nak duit. Saya beritahu tiada duit saya akan contact dia balik mengenai kes. Lepas itu dia pulang, saya pulang. Lepas itu dia hubungi melalui whatsapp. Yang saya ingat dia minta sebanyak RM20,000 untuk selesaikan kes. Prakash kata kawan dia di SPRM minta untuk selesai. Dari bulan Februari hingga bulan Mei ada perbualan saya dengan Prakash melalui whatsapp untuk beri imbuhan kepada dia sebab kawan dia dah selesaikan kes. Beberapa perbualan saya dengan Prakash melalui whatsapp saya tanya apa kes dan siapa kawan dia yang kerja di SPRM. Beliau jawab kawan dia enggan beritahu jenis kes hingga imbuhan wang diberikan. Pada masa itu juga saya sibuk kerja luar KL dan luar negeri dan tak dapat jumpa dia. Lepas terima wang RM20 ribu saya diberitahu pihak SPRM bagaimana operasi dijalankan, bila jumpa Prakash, bagaimana duit diberi, bagaimana isyarat yang dibuat lepas duit diberi. Lebih kurang pukul 9.00 saya turun di Dome Cafe tingkat bawah mereka telah menetapkan saya duduk di 1 meja tunggu Prakash datang. Meja di bahagian tengah kiri, meja di luar. Masa saya di sana keadaan di café ramai orang di sana itu yang saya ingat. Pencahayaan di sana terang. Beberapa minit kemudian Prakash datang. Saya suruh dia duduk di sebelah kiri hadapan saya. Prakash datang lebih kurang 3-5 minit lepas saya datang. Waktu itu masa Prakash datang lebih kurang pukul 9.00 malam. Saya di posisi oren dan Prakash di posisi hitam. Ada beberapa perkara yang dibualkan, saya tanya nama pegawai SPRM dan apa yang terjadi pada kes saya. Yang lain secara am apa berlaku pada negara Malaysia dan sebagainya. Saya beritahu dia saya ada wang RM20 ribu untuk saya beri pada dia. Prakash abaikan soalan saya. Dia beritahu akan beri semua maklumat pada saya lepas imbuhan diberikan. Lepas itu saya hulurkan wang RM20 ribu kepada beliau. Beliau buka sampul surat. Lepas itu saya beri isyarat. Dia ambil wang daripada saya dan dia letak atas kaki dia. Yang saya ingat Prakash ambil wang dengan tangan kanan. Perbualan saya dan Prakash lebih kurang 10-15 minit. Saya beri satu isyarat buka jam saya. Lepas itu saya berdiri dan saya keluar. Apa berlaku lepas itu saya tak lihat. [57] Semasa sesi pemeriksaan balas pula, SP8 mengatakan seperti yang berikut: You told us met Prakash sometime in 2016? Will I be correct when you met him not an event arranged? Saya tak plan nak jumpa, saya dikenalkan oleh Encik Vincent. You met him at Selangor Club? Who are with you? Encik Vincent. Who else? Rakan-rakan Vincent. There was a person by the name of Loga? Tak ingat. At the meeting you can't recollect what was the discussion? Tujuan saya jumpa Vincent having lunch dan projek anak buah, syarikat telekomunikasi. There was discussion on setting up? Ada perbincangan. You showed sign of interest in that project? Projek ini diterajui anak buah saya. Saya ke sana untuk menolong anak buah saya. Who is this anak buah? Anak abang saya. He's interested in the project? Vincent and Prakash in discussion with you and anak buah? Anak buah tidak hadir masa itu. Vincent and Prakash and yourself involve in discussion? What name of anak buah? Jayash s/o Dinesh. How old was he? Lebih kurang 30 lebih. You were assisting him to set up project? Yes. In discussion there was name mentioned, Tg Azman? Saya tak ingat. He is secretary to Rahman Dahlan, Minister at PM Department? Nama itu saya tahu tapi tidak disebut di Selangor Club. When? Saya tak pasti bila. There was discussion to set up company to do this telecommunication? Saya tak pasti untuk buka syarikat atau bisnes dia. It was in a meeting and in one meeting you showed a lot of interest to meet Rahman Dahlan and Tg Azman? Idea of what? Saya berminat dengan idea mengenai security makanan. Prakash said he will try his best to get you to meet up Rahman Dahlan? Ya These meetings in 2016 with him 5-6 occasions? Lebih kurang. Beside discussion about telecommunication, discuss other business opportunities? What are the other business opportunities were you discussing with him? Saya berminat security makanan. Lepas itu saya bincang sedikit hal-hal GST. Your proposal to set up company, assist? Pada masa itu GST bukan projek utama. GST satu idea yang saya bincang, kalau boleh kumpul duit GST pada masa yang sama. You have to form a company? Projek GST idea saya bukan buka 1 syarikat. Your idea you have to set company? Tak sampai tahap itu. You need to set up company? Mungkin. In discussion Prakash interested? Dia tidak beritahu dia nak masuk tapi dia kata projek ada kepentingan negara. He was interested? Pada masa itu saya tak fikir. What about subsequent meeting issue, GST was also discussed? Saya tak pasti. Prakash told you prepared to set up company? Tidak. 5 or 6 meeting, other GST discussion? Security makanan. Security makanan? Makanan di Malaysia bertambah, saya nak kurangkan pengimportan makanan. This is also business opportunity? Ini polisi kerajaan. To set up company as well? Mungkin. At that time you were not employed, looking for opportunity? Tak setuju saya nak buat bisnes dengan Prakash. Do you know the background of Prakash? Yang saya tahu dia pemberita di The Star. If anak buah involved? Business telecommunication itu tak banyak duit involve. I suggest that setting up company to do GST business, Prakash want to be partner in the business? Dia tak beritahu dia nak jadi partner, saya tak pasti. You were called by MACC to assist in some investigation? What year? 2014 & 2015. You are not detained / arrested? They recorded statement? What were they investigating? Itu rahsia. Involved in respect of purchase of some property in Indonesia? Tidak. Who were they investigating? Siasatan bukan berkenaan tanah di Indonesia. Who were they investigating? Saya tak tahu. In respective of what? Siasatan di FGV untuk industri minyak dan pembelian ladang di Sarawak. They never investigate you? At that time, you are not investigated, you are not a target? Saya tak pasti. Besides you, were there anyone else? Untuk kes itu ramai dipanggil. Was the chairman called, Tan Sri Isa? In respect of your statement, no charges against you or against any individual in FGV? Tiada. Who was your lawyer in 2014? Saya tiada peguam masa itu. You consulted Vincent? You told him what transpired after statement given? In 2014, 2015, 2016 other than your lawyer, you never mention to any of your friend what statement you gave to MACC? Saya tak bincangkan. Nobody ask you why, they call you? Tidak. In Feb 2017, you met Prakash in DoubleTree Restaurant? Di Restoran Secret Recipe. When? Lebih kurang bulan Februari, Early February? Saya rasa pertengahan bulan Februari. How long? Lebih kurang ½ jam. What discussion? Kes yang dicerita Prakash kepada saya, 1 kes SPRM. Did you tell him your case? Tidak. You never told him you gave statement? Tidak. You did not tell content of the statement you gave to MACC? Tidak. He did not know anything about your case? What did you tell him? What was the conversation about? Dia beritahu saya ada 1 fail baru dibuka SPRM yang dia boleh selesaikan, kawan dia di SPRM boleh selesaikan. What he told you? Dia akan selesaikan kes. Did you ask him what is case to settle? Saya tanya dia. Apa dia jawab? Dia tak beritahu saya. Would you agree you never believe him? This never occurred? Saya tak setuju. Beside early February at Secret Recipe, where is other meeting? Tiada. When is the next meeting? Saya tak jumpa, berhubungan dengan whatsapp. Were you agreeable for him to settle your case? Saya tak beritahu suruh dia settle kes. Because you never committed offence? When you meeting him face to face after that? 30/05. 30/05/17? Your report says that you met him early February at DoubleTree Hotel, that may not be correct? It's correct, saya terserempak dengan dia di lobi. No discussion? Tiada. You met him in Secret Recipe early February? Pertengahan bulan Februari. When did you meet him in Secret Recipe? Pertengahan Februari. Saya terserempak dia awal Januari, di DoubleTree pada bulan Januari. You bump into him when? Akhir bulan Januari. It was not arranged meeting? Was he with anybody? Saya tak pasti. Were you with anybody? Saya baru habis mesyuarat. What did he tell you when you bumped into him? Dia beritahu ada 1 kes SPRM dan dia nak cuba selesaikan kes. He told you there is 1 file and he assists you? How? Dia beritahu kena bayar pampasan. Were you not interested how he settle? You not committed any offence? Did you tell him, I have done nothing? Next meeting? Secret Recipe. When? Pertengahan Februari. What was discussion? Mengenai kes SPRM dan pampasan. Arranged meeting? Saya panggil dia by whatsapp. Apa mesej kamu dalam whatsapp? Mari kita jumpa di Secret Recipe untuk berbincang. Meeting 1 hours? Lebih kurang ½ jam. It is not true you meet up to find way to meet Rahman Dahlan? Tidak. Was that discussed in the meeting? Tidak. After that meeting, on 30/5? Ya, 30/5. I put to you no meeting at all in Secret Recipe in February? Ada. Report says when you meet him at lobby, ada bincang? Ada Perbincangan kes siasatan SPRM terhadap kamu? What was case against you? Saya tak tau. At that time, he asks you for payment? Dia cakap memang kena beri pampasan duit. He mentioned a figure? Tiada. When he mentioned? Lepas perjumpaan di Secret Recipe dan dari bulan Februari ke bulan Mei, bila saya sibuk. Antara bulan Februari-Mei, dia mention wang. How much he ask? RM70,000. Report tak betul? Betul dari Februari dan Mei. He asks for bribe? Pampasan. Did you pay bribe? Pada anggapan saya itu perkara yang sama. When he ask you RM70,000, he committed offence? In a meeting you had in February, discussion meeting at lobby he never ask you for bribe? Dia ada minta, saya tak setuju. Have you ever ask any assistance with regard personal matters? Tak ingat. You have problem with your wife at that time? Masalah keluarga, semua orang ada. Did you ask him to help you to bring an astrologer to sort / find out what you can do to solve your prolems with your wife? Saya tak minta apa-apa pertolongan dari dia, dia ada beritahu saya yang dia boleh tolong. And you met up with the astrologer? Saya pernah jumpa kawan dia di DoubleTree Hilton, saya tak ingat bila. Towards end of December 2016? Saya tak ingat. You met astrologer, you consulted astrologer? Was OKT present? You told astrologer private issues with wife? Astrologer, special prayer? You allowed him to save marriage? Your wife knows about it? Isteri terima satu mesej dari Prakash, saya tak pasti apa isi kandungan dan saya pun tak kisah. As a result you and wife further misunderstanding? Tidak. At that time wife at verge of divorcing you? Your wife came to know special prayer, she's very upset with OKT and quarrel with OKT, you took phone and abuse him for informing your wife? Tidak. In fact my instructions, your wife abuse my client, you are upset and angry with OKT to have text your wife? Tidak. You are very angry with my client? Tidak. For you to request astrologer, accused suggest to get astrologer? Tidak. You acceded / agree to meet astrologer? You agree special prayer done? Your relationship with Prakash very close? Tidak. You told you private matters, still not close? Tidak. When you went to SPRM making report of a crime my client committed? After you make report, how long it took? Lebih kurang ½ jam. Who officer with you? Mohd Shah. You finish making report 12.30? M. Shah took statement from you? You gave photo of Prakash to MACC officer? Saya tak pasti beri gambar, saya beri nombor telefon. Beri gambar tak pasti? Mungkin ada beri foto? Mungkin. I put to you that in February there was discussion setting up company he ask you for payment to set up a company? Tidak. This follow up meeting in 2016, he wants to set up company? Tidak. You agreed to pay some money to set up company to get company secretary to prepare documents? Tidak. After you make the call where you go? Saya di SPRM beri kenyataan kepada M. Shah. In the meeting at DoubleTree, nothing mention about statement, about case? Ada, saya ada beritahu saya bayar RM20,000 dulu. Nothing was said about payment and your settlement the of case? Ada. You did mention case settle or not? Ada. At one point before make call on 30th you know matter settled? Dia ada beritahu matter settled. When did he tell you prior to 30th May? Dalam telephone conversation dia ada beritahu. When phone conversation? 30/05. Prior to May? Itu saya tak pasti. Would I be correct did he tell you how one matter settled? Tidak. You're not interested how one matters to be settled? Tidak. Would I be correct in discussion at scene most of discussion throughout 15 minutes about business opportunity? Mungkin ada perbincangan mengenai perniagaan. Never ask how matters settled? Did he tell you file close? That was discussed in the meeting? How you ask him? Dia cakap jangan risau semua sudah tutup. I put to you, you planned to fix him up because of your relationship with your wife to break up? Tidak. You have motive to fix him? Tidak. Being very experienced, you are not easily cheated? Sama ada seorang boleh ditipu atau tidak bergantung pada masa dan emosi seseorang tidak bergantung kepada academic qualification atau jawatannya dan sebagainya, itu adalah anggapan sahaja. Can you be cheated? Semua orang boleh ditipu, ya. [58] Keterangan SP8 bahawa wujud siasatan oleh SPRM ke atas dirinya telah disahkan oleh SP9 (Hishammudin Bin Mohammed Esa, Penguasa Kanan SPRM) bila beliau mengesahkan bahawa terdapat siasatan yang telah dijalankan terhadap SP8 pada hujung tahun 2013 namun siasatan tersebut telah dihentikan. [59] SP9 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan utama mengatakan seperti yang berikut: Masa di Operasi Khas 18/11/13 saya ada terima arahan Timbalan Pengarah Operasi Khas Datuk Hishamuddin minta saya jadi 10 melibatkan CEO FGV Dr. Emir Mavani Bin Abdullah yang dikatakan telah salahguna kuasa luluskan insentif RM100 bagi setiap metrik tan minyak sawit mentah yang dibeli Felda IFFCO SB kesalahan di bawah S. ASPRM 2009. Aduan berkaitan CEO Emir salahguna kuasa beri insentif RM100 setiap metrik tan kepada anak syarikat FGV Felda IFFCO tanpa kelulusan LP FGV. Dikatakan Dr. Emir terima faedah dari insentif tersebut. Kertas siasatan dibuka 18/11/13, kertas siasatan lengkap saya edar pada hujung tahun 2013 tapi kemudian ada arahan lanjut. Orang yang disyaki Dr. Emir Mavani CEO FGV. Rakaman percakapan dia ada diambil. Kertas siasatan saya ada kepada Datuk Hishamuddin, Timbalan Pengarah Operasi Khas masa itu. Kertas siasatan telah diedar kepada bahagian pendakwaan dan perundangan SPRM. Kertas siasatan telah selesai dan telah dapat arahan untuk ditutup. [60] SP9 di dalam keterangannya semasa pemeriksaan balas pula mengatakan lebih lanjut seperti yang berikut: Tuan sahkan siasatan ditutup, bila siasatan ditutup? Arahan untuk tutup siasatan bertarikh 11/3/16. Perkara ini tidak dimaklumkan kepada OYDS? Tidak. Apakah yang dilakukan setelah menerima arahan itu? Saya tutup IP, saya pulangkan kesemua dokumen kepada pejabat-pejabat dikembalikan. Siasatan dikemas untuk simpan. Bila menerima balik kertas siasatan tidak ada charge kepada OYDS? Ya, tiada sebarang tuduhan. [61] Rentetan daripada kepada keterangan SP8 di atas adalah jelas bahawa penerimaan wang perangkap secara rasuah berjumlah RM20,000.00 tersebut telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan. Keterangan mengenai penerimaan wang ini juga turut disokong oleh keterangan pegawai-pegawai SPRM iaitu SP1, SP2, SP3, SP4 dan SP7 yang berada di lokasi kejadian di Dome Cafe, The Intermark Kuala Lumpur pada malam 30 Mei 2017 tersebut di mana mereka duduk di meja sebelah luar cafe berdekatan dengan tempat duduk SP8 dan tertuduh. Mereka juga nampak SP8 menyerahkan sampul putih kepada tertuduh dan tertuduh memegang sampul itu di atas riba pehanya. [62] SP1 di dalam Pernyataan Bertulisnya (ekshibit PSP1) mengatakan seperti yang berikut: “Pada jam lebih kurang 1630hrs taklimat selesai dan semua pegawai yang terlibat diarah untuk bergerak ke lokasi operasi perangkap di Jalan Tun Razak, KL. Pada jam lebih kurang 2030hrs, saya bersama PPs Amin tiba di lokasi operasi perangkap iaitu di Dome Cafe, The Intermark Mall Kuala Lumpur. Kami duduk di meja sebelah luar cafe tersebut dan tunggu makluman selanjutnya. PPs Kamal dan PPs Iqmal juga berada di salah sebuah meja di luar cafe tersebut. Pengadu sampai lebih kurang jam 2100hrs dan duduk di meja bersebelahan saya. Kedudukan meja Pengadu adalah tengah-tengah di antara meja saya duduk bersama PPs Amin dan meja PPs Kamal dan PPs Iqmal. Lebih kurang 5 minit selepas itu sabjek datang memakai kemeja putih datang duduk di sebelah kiri Pengadu. Saya melihat sabjek memulakan perbualan dengan Pengadu tetapi saya tidak dengar intipati perbualan mereka. Kedudukan saya dengan meja Pengadu lebih kurang 1.5 meter dan nampak gerak geri Pengadu dan sabjek. Lebih kurang jam 2113hrs saya nampak Pengadu menyerahkan sampul putih kepada subjek dan subjek memegang sampul itu di atas riba pehanya. Tidak lama selepas itu, Pengadu memberi isyarat dengan membuka jam tangannya dan Pengadu beredar dari meja tersebut. Saya terus pergi ke arah subjek dengan cepat dan menahannya kerana ketika itu dia sudah pun berdiri untuk beredar. Saya meminta subjek duduk semula di kerusi. Sampul putih yang mengandungi wang itu masih lagi dalam pegangannya. Saya mengeluarkan kad kuasa dan maklumkan kepada dia saya sebagai Pegawai SPRM. Kemudian dia melepaskan sampul putih ke lantai di kakinya dan subjek menjadi kaku sebentar. Di sekeliling saya, ada pegawai-pegawai yang lain. Selepas bertanya keadaan subjek dan dia menjadi normal semula, saya minta subjek ambil semula sampul dan pegang. PPs Kamal memeriksa badan subjek dan mengeluarkan semula barang yang ada padanya. Kemudian saya mengeluarkan Notis Tangkap dan menyampaikan Notis Tangkap SPRM kepada subjek dan membaca kandungan peruntukan seksyen kepada subjek.” [63] Tertuduh (SD1) di dalam keterangannya juga mengakui ada menerima wang tersebut. SD1 semasa sesi pemeriksaan balas mengatakan seperti yang berikut: Cash money RM20k handed to you, you did not say anything? I did ask him. He just take out envelope? Yes, out of the sudden. You did not enquire further about money? No time to enquire. When you received the envelope you know it contains money? Because he opened and showed me. Money received without signing any document? Yes. [64] Sewajarnya ditekankan bahawa sebelum tertuduh ditangkap terdapat satu rakaman perbualan telefon di antara tertuduh dan SP8 (eksibit P9 dan P10 serta transkripsi eksibit P7), bila SP8 ada bertanya kepada tertuduh mengenai kes yang dikatakan SP8 terlibat dan tertuduh telah menyatakan "all clean". Berdasarkan pemahaman SP8, kes tersebut telah diselesaikan oleh pegawai SPRM yang merupakan kenalan tertuduh. SP8 juga telah berjaya mengecam suara individu-individu di dalam rakaman perbualan telefon tersebut iaitu suaranya sendiri, suara tertuduh dan SP4. Seterusnya, melalui rakaman video ekshibit P19, SP8 telah berjaya mengecam wajah individu-individu di dalam rakaman video tersebut sebagai dirinya dan juga tertuduh. [65] Memandangkan intipati pertuduhan di bawah seksyen 16(a)(B) ASPRM 2009 telah berjaya dibuktikan oleh pihak pendakwaan maka secara automatik andaian di bawah seksyen 50 ASPRM 2009 terpakai dan suapan yang diterima tersebut telah dianggap diminta dan disetujui terima secara rasuah oleh tertuduh sebagai dorongan kepada pegawai SPRM itu untuk menyelesaikan kes berkaitan SP8 yang disiasat oleh agensi penguatkuasaan berkenaan. [66] Berikutan dengan itu, beban berpindah kepada tertuduh untuk mematahkan anggapan yang berbangkit tersebut di atas imbangan kebarangkalian dengan mengemukakan penjelasan yang jujur (innocent explanation). Mengenai perpindahan beban di atas anggapan ini, Mahkamah Persekutuan di dalam kes Thavanathan Balasubramaniam v. PP [1997] 3 CLJ 150 melalui penghakiman yang disampaikan oleh Peh Swee Chin HMP (beliau pada ketika itu) menyatakan seperti yang berikut: “Finally, it was contended that the learned appellate Judge failed to consider the defence evidence at all. With respect, we are unable to agree. A perusal of the judgment of the appellate Court shows that the defence had indeed been considered. The degree or extent to which defence evidence needs to be examined would depend on the particular facts and circumstances of each case and the issues involved. In the instant case, once it was proved that the money $15,000 had been given to or received by the accused, the presumption under s. 14 of the Prevention of Corruption Act 1961 arose that the money had been given and received corruptly as an inducement or reward to acquit and discharge PW2 of the offence in the criminal case, and it was for the accused to give an innocent explanation which the Court considered more likely than not that it was true, i.e. on a balance of probabilities, the test applied in civil proceedings. PP v. Yuvaraj [1969] 2 MLJ 89 PC”. [67] Begitu juga di dalam kes PP v. Selvarajoo a/l Ramachandran & Ors [2009] 8 MLJ 411, Mahkamah memutuskan seperti yang berikut: “[26] In this case, this court had already made its findings that a prima facie case had been made out on all three charges against the respondents at the close of the prosecution case. The main issue, as found by this court, namely whether SP3, SP4 and SP7 were accomplices had been thoroughly addressed and this court had found that they were not accomplices and that s 18 of the Act applied: hence these witnesses were persons who should not be presumed to be unworthy of credit. The learned judicial commissioner had also found no material contradictions in their evidence that rendered them wholly unreliable. [28] In view of the finding of the court as set out above, it was incumbent upon the trial judge to invoke the statutory presumption under s 14 of the Act. The submission of the learned defence counsel that the presumption under s 14 cannot be raised because of the ‘doubt’ as to the identify of the accused and the failure to call certain witnesses cannot stand and is misconceived as the court had already found it to be proved that (i) the respondents were agents of the Government of Malaysia and (ii) that the gratification had been accepted by the respondents. Applying the principle laid down in Public Prosecutor v Yuvaraj the presumption is raised that the gratification was accepted corruptly as an inducement or reward to refrain from taking action against SP3 for the alleged offence”.