(iii) The accused must admit the offence alleged against him without qualification … The Court can only ascertain this after being apprised of the facts of the case and it is therefore a necessary corollary of the proviso to set out an outline or a statement of the facts of the case to satisfy the stipulated requirements (see PP v. He King Kiok [1992] 4 CLJ 2159; [1992] 2 MLJ 781 HC ). Its object is to ensure that the accused understands the nature and consequences of his plea and intends to admit, without qualification, the offence alleged against him. Dari rekod prosiding yang berada di hadapan Mahkamah, saya mendapati pengakuan salah Perayu adalah tanpa syarat. Saya juga mendapati penerimaan pengakuan salah oleh Hakim Sesyen adalah betul dan selamat. [15] Ia juga bermaksud tiada keperluan untuk pihak pendakwaan membuktikan kesnya lagi. Saya merujuk kepada kes Eng Song Hai v. Public Prosecutor [1953] CLJU 23 There was no proof before the Court that a copy of the Chemist's report had been delivered to the appellant as required by s. 427(1) of the Criminal Procedure Code of the Straits Settlements, or at all, before 26 October. It was argued that this failure was fatal. I do not think so. The appellant had pleaded guilty to the charge as amended, and no question then arose of the prosecution proving their case. It only remained for the President to convict. Although the report and articles found in the possession of the appellant were produced at the trial and marked as exhibits, they were not "given in evidence": they were merely produced to the Court to assist the Court in reaching a proper decision as to sentence. This ground of appeal, therefore, fails. [16] Oleh kerana Perayu telah mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibaca dan diterangkan kepadanya dan faham sifat akibat pengakuan salahnya dan seterusnya dia mengakui fakta kes yang diterangkan kepadanya, tiada merit berkenaan apa yang dihujahkan oleh peguam Perayu yang mengatakan tiada sebarang keterangan yang kukuh dan selamat untuk menunjukkan Perayu telah melakukan rogol. Peguam Perayu telah merujuk kepada keterangan saksi-saksi dari nota keterangan. Walau pun saya mendapati pengakuan salah Perayu adalah betul dan selamat, saya telah juga meneliti nota keterangan yang jelas menunjukkan bahawa tertuduh adalah salah seorang daripada orang-orang yang telah merogol mangsa. Keterangan menunjukkan mangsa telah dilacurkan oleh bapa mangsa yang juga saksi di dalam kes ini. Mangsa telah mengecamkan Perayu sebagai orang yang telah merogolnya. Ini terdapat di muka surat 23 Nota Keterangan: Q: Jika kakak minta adik tengok dalam Mahkamah ada tak lelaki yang buat seks dengan adik di mahkamah ini A: Ada satu sahaja Q: Dia di mana A: Duduk di belakang Pakai baju ungu DPP: Pohon pengecaman saksi ini terhadap tertuduh direkodkan CT: Direkodkan [17] Keterlibatan Perayu di dalam kesalahan ini memang tidak syak lagi memandangkan bapa mangsa iaitu Saksi Pendakwaan Keenam juga menyokong keterangan mangsa dimana dia juga telah mengecamkan Perayu: Q: Kamu kata masih ingat lagi rupa lelaki yag datang rumah kamu dan buat seks dengan anak kamu A: Ingat Q: Kulit warna apa A: Macam orang Melayu Q: Kulit macam orang Melayu A: Ya Q: Ketinggian dia macam mana A: Lebih tinggi dari saya sikit Q: Cuba tengok di Mahkamah hari ini ada tak lelaki yang pernah buat hubungan seks dengan anak perempuan Encik A: Ada Q: Dia dimana Observasi Mahkamah: Saksi tunjuk kepada OKT Pakai baju putih [18] Saksi pendakwaan kelapan iaitu Pegawai Kawad Cam juga telah memberikan keterangan bahawa mangsa telah camkan Perayu semasa sesi kawad cam. Kesimpulannya, melalui rekod yang dikemukakan keabsahan hukuman terhadap Perayu adalah betul dan selamat. Hakim Mahkamah Sesyen telah bertindak di dalam lingkungan undang-undang yang betul apabila menerima pengakuan salah Perayu dan mensabitkan Perayu bersalah di bawah seksyen 376 (2) (d) Kanun Keseksaan dan menghukum Perayu. [19] Peguam Perayu, di dalam hujahannya telah mempertikaikan tindakan Hakim Mahkamah Sesyen yang telah meneruskan perbicaraan tanpa peguambela Perayu dengan hanya membenarkan penangguhan selama 15 minit untuk peguambela Perayu hadir. Menurut peguam, ini dikatakan telah menunjukkan prejudis atau ketidakadilan yang amat sangat ke atas Perayu. Malah peguam Perayu mengatakan Hakim Mahkamah Sesyen adalah “bias” dan prejudis dan telah pun “made up her mind" untuk menindas dan berlaku secara tidak adil terhadap Perayu apabila memutuskan untuk menjalankan kes tanpa kehadiran peguambela dan tidak mahu menunggu peguambela Perayu hadir. [20] Mahkamah sekali lagi mendapati hujahan Peguam Perayu adalah tanpa asas. Ini adalah kerana, sabitan Perayu di dalam kes ini adalah selepas dia mengaku salah dan bukannya sabitan selepas perbicaraan penuh tanpa kehadiran peguambela. Kes ini hendaklah dibezakan dengan kes Dolly Surop v. PP [2020] CLJU 906 yang dirujuk oleh peguam Perayu. Di dalam kes tersebut, tertuduh telah disabitkan selepas perbicaraan penuh dijalankan tanpa kehadiran peguambela. Rekod-rekod rayuan di dalam kes tersebut juga telah menunjukkan bagaimana tertuduh yang tidak diwakili peguam telah dilayan oleh Hakim Bicara sehingga Mahkamah Tinggi dalam menjalankan kuasa rayuannya telah mengenepikan sabitan terhadap tertuduh. [21] Di dalam kes ini Perayu telah mengaku salah dan prosiding pengakuan salah Perayu walau pun tanpa seorang peguambela telah diikuti oleh Hakim Mahkamah Sesyen mengikut lunas undang-undang. Penelitian saya terhadap rekod rayuan terutamanya prosiding-prosiding perbicaraan di Mahkamah Sesyen mendapati, di dalam kes ini sepanjang prosiding berjalan iaitu mulai saksi pendakwaan pertama sehingga saksi keenam, Perayu telah diwakili oleh seorang peguambela. Saksi-saksi ini juga telah pun disoal balas oleh peguambela tersebut . Hanya pada 14 Februari 2023, peguambela Perayu gagal hadir ke Mahkamah sehingga jam 9.50 pagi. Rekod pada hari tersebut menyatakan: NO. KES : FA-62JSK-119-01/2021 PIHAK-PIHAK : PP VS YOUSAF GUL PROSIDING KES: SAMBUNG BICARA TARIKH : 14 FEBRUARI 2023 KEHADIRAN TPR. : Pn. NorShazwani Abdullah P/B. : TH OKT. : HADIR (REMAN) MASA : Jurubahasa Pakistan (Dialek Urdu) : Foziah binti Suhel Kes untuk sambung bicara Dipanggil (9.15am) CT: T/s untuk sambung bicara Untuk mula pada pukul 9.30 pagi Sekiranya PB masih tidak hadir maka kes diteruskan dan OKT bela diri sendiri t.t. CT: Kes dipanggil semula (9.50 am) PB: Tidak hadir CT: Kes diteruskan (Not the first time this lawyer does not attend Court on time) Verified with interpreter that lawyer had not called Court to stand down his case) Penerangan di beri kepada OKT ttg prosedur Mahkamah melalui JB bangsa asing Dok pernyataan saksi untuk di bacakan di Mahkamah oleh Saksi [22] Jika dilihat kepada nota prosiding, perbicaraan dijalankan setelah penangguhan sebentar diberikan sehingga jam 9.50 pagi. Namun begitu, peguambela Perayu masih gagal hadir sehingga Hakim Mahkamah Sesyen bertindak menjalankan kes tersebut tanpa kehadiran peguambela. Hakim Bicara sebenarnya telah menyatakan alasan untuk meneruskan perbicaraan tersebut. Melalui rekod prosiding beliau menyatakan: (Not the first time this lawyer does not attend Court on time) Verified with interpreter that lawyer had not called Court to stand down his case) Dari nota prosiding ini jelas menunjukkan bahawa alasan mengapa Hakim Mahkamah Sesyen meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran peguam Perayu adalah kerana peguambela acap kali hadir tidak tepat pada masanya. 14 Februari 2023 bukanlah kali pertama peguambela Perayu gagal hadir ke Mahkamah tepat pada masanya. Malah pada hari tersebut, rekod menunjukkan bahawa peguambela tertuduh gagal hadir sehingga prosiding selesai. Peguambela Perayu pada masa itu juga gagal menghubungi Mahkamah untuk menangguhkan kes pada hari tersebut. Saya juga telah meneliti nota prosiding terdahulu sebelum dari tarikh tersebut yang menyatakan seperti berikut: DPP: Baki 3 saksi Dr Emily pakar O&G Sedangkan lanjutkan perjalanan di birmingham Surat di kemukakan DPP: DR Praveena cuti peperiksaan Akhir sekali IO IO hari ini tidak hadir sebab IO Radzee ke Jakarta untuk persidangan CT: DPP TO take steps to ensure that next hearing date all three witness including the doc who is in UK is able to gv evidence wherein DR Emily to gv evidence by video conferencing CJA and SCA referred in respect of video conferencing PB: Tiada bantahan mengenai venue CT:21/10/2022(M) R/L t.t. [23] Dengan kehadiran peguambela terdahulu Perayu, Hakim Mahkamah Sesyen telah mengingatkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk memastikan kesemua baki 3 orang saksi pendakwaan untuk hadir bagi membolehkan kes dijalankan. Arahan-arahan juga telah diberikan bagaimana perbicaraan tersebut akan dijalankan dan peguambela telah tiada bantahan berkenaan perkara tersebut. Pada 14 Februari 2023, saksi-saksi pendakwaan telah hadir seperti arahan yang diberikan. Saksi tersebut adalah saksi pakar dan pegawai polis. Justeru, adalah tidak menghairankan apabila Hakim Mahkamah Sesyen menggunakan budi bicaranya untuk meneruskan kesnya tanpa menunggu peguambela yang masih dalam rekod adalah peguambela Perayu. Dengan kehadiran saksi pakar dan saksi polis, jika penangguhan diberikan, maka masa Mahkamah dan saksi-saksi akan terbazir begitu sahaja. Mahkamah merujuk kepada kes Mohamed Bin Abdullah v. Public Prosecutor [1979] CLJU 52 Hakim Harun telah membuat observasi berkenaan isu penangguhan kes dan kepentingan menjalankan kes mengikut jadual agar wang dan masa awam tidak dibazirkan :- It is common knowledge that there is a backlog of cases waiting to be heard and if a large number of cases are regularly postponed, the backlog will only get worse no matter how many more new Magistrates are appointed. The truth of the matter is that more Courts have been established recently to speed up trials and Counsel find themselves in more than one Court at the same time. The general principle of course is that trial dates should be fixed at the convenience of the Court. This is the only way some order can be maintained so that Courts sit regularly and public funds are not wasted on empty Court rooms with paid staff. For the system to work effectively and efficiently, the prosecution must be ready to proceed with the trial on the appointed dates and defence Counsel should not accept a brief if he is already engaged in another Court on the same day. In practice, trial dates are fixed well in advance giving ample notice to all concerned and there is no reason why most cases should not be heard on schedule except in the rare case where death or sudden illness has intervened, in short when a trial has been frustrated by some act of God. In the instant case Counsel had more than two months' notice of the trial and what was more the dates were fixed to suit Counsel's convenience. Unless Courts are in full command of their proceedings, the administration of justice will be chaotic and respect for the law that much diminished. In any organisation where a body of men gather together for a common purpose there must be discipline and an acknowledged leader. In a Court of Law, the Bench must necessarily and logically assume leadership and enforce discipline. It can never be otherwise. This in part explains the attitude of the learned President in the conduct of this case. [24] Malah, Hakim Harun di dalam kes tersebut telah memutuskan bahawa, kegagalan peguambela hadir adalah kontrak antara tertuduh dan peguamnya. YA Hakim telah menyatakan: In all criminal prosecutions, the accused shall enjoy the right to have the assistance of Counsel for his defence. It is the duty of an accused person to attend Court when called upon and any obligation on Counsel arises by reason of the contract between himself and his client. If Counsel is absent on the date of the trial that is a matter between client and Counsel. Article 5(3) of the Constitution does not in any way restrict the power of the Court to fix any date for the hearing of a case nor does it prohibit the Court from hearing the case in the absence of Counsel who has been retained. [25] Mahkamah Rayuan melalui kes Mohd Hanif Mohd Sharif v. PP [2010] 7 CLJ 58 juga telah memutuskan bahawa, walau pun di dalam kes-kes yang serius, Mahkamah masih boleh meneruskan perbicaraan tanpa kehadiran seorang peguam asalkan ia tidak menyebabkan kegagalan keadilan. Kes tersebut menyatakan:-