Preamble
Mengikut Perayu, sebelum beliau ditangkap pada 07.11.2013, beliau bekerja sebagai jurujual peralatan dapur dengan Syarikat Jieyang Lianzhan Hardware di China. Tugas beliau adalah menguruskan import-eksport peralatan tersebut ke luar negara. [15] Dalam tahun 2013, Perayu telah berkenalan dengan seorang warganegara Nigeria bernama Jay. Jay menyatakan minatnya dengan perniagaan syarikat Perayu dan melahirkan hasratnya untuk membeli peralatan daripada syarikat Perayu. [16] Jay juga dikatakan selalu datang ke syarikat Perayu. Semasa Jay berada di syarikat Perayu, Perayu telah memberitahu Jay bahawa perniagaan syarikat Perayu kurang baik dan terdapat permintaan daripada syarikat di Malaysia yang meminta Perayu datang ke Malaysia bagi membuka pasaran baru. [17] Dua minggu sebelum Perayu ke Malaysia, Jay telah meminta pertolongan Perayu untuk membawa pakaian kanak-kanak untuk 6 diserahkan kepada isteri abang Jay yang hendak bersalin yang berada di Malaysia. [18] Perayu bersetuju dengan permintaan tersebut. Perayu meminta Jay membayar visa dan tiket penerbangan Perayu ke Malaysia kerana Jay yang meminta tolong Perayu untuk membawa pakaian untuk diserahkan kepada abang Jay kerana syarikat di mana Perayu bekerja tidak membayar gaji asas. Hanya komisen sebanyak 3% sahaja yang dibayar daripada hasil jualan. [19] Pada 6.11.2013 jam 1.10 petang, Jay datang ke pejabat Perayu dengan membawa satu bagasi (Eksibit P5). Perayu telah membuka bagasi tersebut dan nampak di dalamnya mengandungi pakaian kanak-kanak. [20] Selepas P5 ditutup, Perayu bersama-sama Jay telah menaiki teksi menuju ke stesen bas di Guangzhou. Setelah sampai di stesen bas tersebut, Jay telah meletakkan P5 di tempat simpanan bagasi di dalam bas tersebut. Perayu menaiki bas bersendirian untuk menuju ke Shenzen dan dari situ Perayu menaiki pula satu bas yang lain untuk ke Lapangan Terbang Hong Kong. Jarak perjalanan dari Guangzhou ke Shenzen dengan bas mengambil masa sekitar 2 jam 30 minit. Perayu menyatakan bahawa perjalanan beliau agak tergesa-gesa. Jadi, Perayu tidak mempunyai masa untuk membuka P5 untuk menyemak isi kandungan di dalamnya. [21] Bila sampai di Lapangan Terbang Hong Kong pada jam lebih kurang 3.00 hingga 4.00 petang, Perayu terus menarik bagasi P5 tersebut untuk “check-in” meskipun masa berlepas penerbangan dari Lapangan Terbang Hong Kong ke Malaysia adalah pada jam 8.40 malam. Selepas 7 “check-in”, Perayu telah pergi ke kedai yang menjual “special food” Hong Kong dan kedai kosmetik. [22] Apabila tiba di LCCT Malaysia, Perayu telah menukar wang sebanyak USD 300 ke matawang Ringgit Malaysia. Selepas pasport dicop dan beg P5 diambil di tempat tuntutan bagasi, Perayu telah pergi ke tandas dengan membawa beg tersebut. [23] Semasa di tempat pemeriksaan kastam, Perayu telah meletakkan beg P5 tersebut di atas mesin pengimbas dan setelah dua kali imbasan dilakukan, Perayu telah dibawa oleh pegawai kastam ke pejabat kastam di mana mereka telah memeriksa beg tangan Perayu. [24] Di dalam beg tersebut terdapat telefon bimbit, iPad dan wang berjumlah USD 2,800, 3,000 wang China dan beberapa ratus wang Hong Kong. Pegawai kastam juga ada bertanyakan kepada Perayu siapakah pemilik beg P5 tersebut dan Perayu menjawab bahawa beg P5 tersebut diserahkan oleh Jay kepada Perayu. [25] Lebih kurang setengah jam kemudiannya, pegawai kastam tersebut ada menunjukkan bungkusan berwarna biru yang mengandungi dadah yang dijumpai di tempat pemegang beg P5 tersebut dan Perayu menafikan mempunyai pengetahuan tentang bungkusan dadah yang tersembunyi di tempat tersebut dan mendakwa beliau adalah "innocent carrier". [26] Perayu mengatakan bahawa sebelum ditangkap, beliau tidak menyembunyikan atau meletakkan barangan tersebut di tempat pemegang 8 beg P5. Sebelum ditangkap juga, Perayu tiada apa-apa masalah untuk menaikkan atau menurunkan pemegang beg P5. Dapatan dan Keputusan Hakim Bicara di akhir kes Pembelaan [27] Setelah meneliti keterangan pembelaan, Hakim bicara bijaksana memutuskan, antara lain, bahawa pembelaan Perayu hanyalah suatu rekaan semata-mata. Hakim bicara bijaksana mendapati Perayu sengaja menutup mata terhadap perkara yang jelas di mana pada hakikatnya Perayu sememangnya telah pun mengetahui bahawa di dalam beg P5 tersebut mengandungi dadah. [28] Seterusnya, Hakim bicara bijaksana mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kesnya melampaui keraguan yang munasabah dan Perayu bukannya seorang "innocent carrier". Perayu mempunyai pengetahuan berhubung dadah yang dirampas. Dadah tersebut di sembunyikan olehnya secara licik semata-mata bertujuan untuk mengelakkan daripada ianya dapat dikesan ataupun dihidu oleh pihak berkuasa. [29] Hakim bicara bijaksana seterusnya mendapati pembelaan telah gagal membangkitkan apa-apa keraguan yang munasabah ke atas kes pendakwaan. Perayu juga telah didapati gagal untuk mematahkan anggapan-anggapan yang berbangkit terhadap dirinya. Oleh itu, Perayu didapati bersalah dan disabitkan di atas pertuduhan dan dijatuhkan hukuman mati. 9 Rayuan [30] Walaupun Memorandum Rayuan mengandungi 8 alasan, semasa pendengaran rayuan ini, Peguam terpelajar bagi pihak Perayu menyatakan Perayu hanya ingin membangkitkan dua (2) alasan sahaja. Dua alasan rayuan tersebut dinyatakan seperti berikut: a) Hakim Bicara gagal menilai pembelaan Perayu yang telah mematahkan anggapan undang-undang di bawah Seksyen 37(d) di mana Perayu hanya seorang “innocent carrier”; dan b) Pihak Pendakwaan gagal membuktikan kes keraguan munasabah atas kegagalan menandakan keputusan GCMS. [31] Berhubung alasan pertama, hujah peguam terpelajar adalah, Hakim bicara telah gagal menilai pembelaan Perayu terutama berhubung watak Jay yang dibangkit oleh pembelaan seawal mungkin. Menjadi hujah Perayu bahawa berdasar keterangan yang diberi, Perayu sebenarnya adalah seorang “Innocent Carrier” yang telah dipergunakan oleh Jay. Keterangan Perayu berhubung watak Jay bukanlah satu rekacipta Perayu semata-mata untuk melepaskan diri dari pertuduhan. Jay telah terbukti wujud melalui keterangan CCTV dalam D43 di mana dapat dilihat seorang lelaki hitam telah membawa beg bagasi P5 ke pejabat Perayu. Dadah yang tersembunyi dalam beg P5 besar kemungkinan disembunyikan oleh Jay yang merupakan pengedar sebenar. Kegagalan pegawai penyiasat menyiasat kewujudan Jay memudaratkan kes pendakwaan. Melalui keterangan CCTV yang dibawa Perayu berhubung kewujudan Jay iaitu 10 pengedar sebenar, ia mencukupi untuk menimbulkan keraguan dalam kes pendakwaan dan pembelaan telah mematahkan anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta 234 berhubung pengetahuan Perayu mengenai kewujudan dadah dalam beg yang dibawanya. [32] Perayu seterusnya berhujah Hakim bicara telah gagal memberi pertimbangan kepada CCTV yang menujukkan kewujudan Jay dan kerana itu telah tersilap apabila memutuskan Perayu telah gagal mematahkan anggapan di bawah seksyen 37(d) Akta 234 dan juga telah gagal memutuskan Perayu hanyalah seorang “innocent carrier”.1 [33] Berhubung isu kedua, pendirian Perayu, secara ringkasnya, ialah hasil ujian GCMS adalah penting dikemukakan di Mahkamah untuk membolehkan Mahkamah membuat keputusan bahan yang dirampas adalah Methamphetamine. Pertimbangan dan Keputusan Mahkamah [34] Mahkamah ini berkesempatan untuk meneliti rekod rayuan termasuk alasan penghakiman Hakim bicara bijaksana dan juga eksibit-eksibit berkenaan. Dari alasan penghakiman yang ditulis oleh Hakim bicara bijaksana, jelas Hakim bicara bijaksana memerintah Perayu membela diri setelah mendapati Perayu mempunyai jagaan dan kawalan ke atas beg P5 dan seterusnya mengguna pakai anggapan di bawah Seksyen 37(d) Akta 1 Alasan Rayuan Pertama 11 234 untuk bukti pengetahuan dan milikan. Hakim bicara menulis dalam alasannya: “...Mahkamah ini mendapati bahawa ketika Tertuduh ditangkap, Tertuduh mempunyai kawalan dan jagaan ke atas beg yang mengandungi dadah tersebut. Anggapan di bawah seksyen 37(d) ADB 1952 terpakai di mana Tertuduh dianggap mempunyai pemilikan dan pengetahuan ke atas dadah yang dijumpai di dalam beg berkenaan dan perbuatan ini dilakukan dengan tujuan pengedaran sebagaimana yang ditakrifkan di bawah seksyen 2 ADB 1952”2. [35] Dapatan dan keputusan yang dibuat oleh Hakim bicara di peringkat Perayu dipanggil membela diri tidak dipertikaikan oleh Perayu. Perayu tidak mempertikaikan bahawa beliau membawa beg P5 yang di dalamnya tersembunyi dadah yang dirampas. Yang dipertikaikan oleh Perayu ialah apa yang didakwa sebagai kegagalan Hakim bicara memberi penilaian atas pembelaan Perayu terutama berhubung seorang bernama Jay. [36] Dengan penuh hormat kepada Peguam terpelajar, kami tidak dapat bersetuju dengan hujah Peguam terpelajar yang mendakwa Hakim bicara tidak memberi penilaian kepada pembelaan Perayu. Dari alasan penghakiman Hakim bicara bijaksana, jelas menunjukkan Hakim bicara sedar dan memberi penuh perhatian akan apa yang dinyatakan oleh Perayu dan juga saksi-saksi yang dipanggil oleh pembela dalam keterangan masing-masing. Setelah menimbang pembelaan Perayu, Hakim bicara bijaksana mendapati pembelaan yang dikemukakan oleh Perayu hanyalah rekaan semata-mata. Hakim bicara bijaksana menulis dalam alasannya: 2 Muka surat 8 Jilid 1 Rekod Rayuan 12 “3. Berbalik kepada pembelaan Tertuduh, mengikut Tertuduh tiket penerbangan dari Hong Kong ke Malaysia adalah antara RMB 2,000 hingga RMB 3,000. Pada hemat saya, tidakkah lebih murah dan lebih menjimatkan wang jika Jay menghantar sahaja baju kanak-kanak tersebut melalui pos daripada mengirimnya melalui Tertuduh. Ini adalah kerana jika diteliti Senarai Barang Bongkar (eksibit P28), yang ada kaitan dengan pakaian kanak-kanak hanyalah 1 helai pakaian bayi jenama "Xiao Dang Jia" [eksibit P5(1)], baju bayi jenama "MYZ" [eksibit P5(8)], bantal bayi [eksibit P5(9)j, 1 pasang sarung tangan bayi [eksibit P5(10)] dan 1 pasang kasut bayi [eksibit P5(11)]. Malah pakaian kanak-kanak yang dirampas ini pada pengamatan saya hanyalah merupakan pakaian yang biasa-biasa sahaja yang tidak menampakkan apa-apa ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Malah, tidak keterlaluan jika saya katakan pakaian sebegini boleh didapati atau dibeli di mana-mana sahaja. Lebih menghairankan bila Jay tidak pula memberikan maklumat penghantaran abang atau isteri abang Jay semasa mereka (Tertuduh dan Jay) berada di Guangzhou. Maklumat berkaitan abang Jay ini juga tiada dizahirkan secara lengkap oleh Tertuduh di dalam percakapannya di eksibit D42. Tertuduh mengatakan bahawa Jay ada menghantar wechat kepada Tertuduh memberitahu nama dan alamat hotel dan nombor telefon abang Jay kepada Tertuduh. Namun maklumat yang dicatatkan ini tidak pula dapat dilihat melalui telefon bimbit Tertuduh [eksibit P17], Tidakkah Tertuduh yang mempunyai pendidikan tinggi dengan memiliki ijazah di dalam bidang komputer dan pertama kali ke luar negara tidak sedikit pun mempunyai apa-apa keraguan di dalam dirinya bila mana Jay yang baru dikenalinya 2 bulan sebelum Tertuduh ditangkap meminta pertolongan sebegini rupa. Apatah lagi Jay pula yang menanggung segala kos penerbangan dan visa Tertuduh. Tidakkah terlintas di dalam fikiran Tertuduh mungkin ada udang di sebalik batu atau sesuatu muslihat yang disembunyikan 13 oleh Jay daripada Tertuduh. Alasan Tertuduh bahawa beliau percaya kepada Jay kerana Jay kelihatan baik orangnya bukanlah merupakan satu pembelaan yang dapat mengaburi kotak pemikiran Mahkamah ini. Tiada pula di dalam rakaman CCTV yang menunjukkan bahawa Tertuduh ada memeriksa kandungan di dalam eksibit P5 dan Tertuduh nampak di dalam P5 tersebut ada baju kanak-kanak sebelum mereka berdua beredar dari pejabat Tertuduh. Ini menambahkan lagi keyakinan Mahkamah ini bahawa pembelaan Tertuduh ini hanyalah merupakan suatu rekaan semata-mata. Pada hemat saya, keterangan yang diberikan oleh Tertuduh bahawa beliau ada memeriksa beg P5 tersebut hanyalah rekaan beliau sahaja.