(ii) Hukuman penjara wajar diberikan. (merujuk kes PP v. Siow Xue Er & Anor [2022] 2 SMC 459 dan kes PP v. Nurul Syuhada binti Shamsudin [2014] 7 CLJ 684) 15) Selanjutnya, setelah mahkamah mempertimbangkan rayuan peringanan daripada Tertuduh dan hujahan pemberatan daripada TPR, maka mahkamah menjatuhkan hukuman Denda RM10,000 jika gagal bayar 15 bulan penjara. D. ALASAN 16) Objektif sesuatu hukuman dijatuhkan kepada Tertuduh di sesebuah negara adalah untuk mewujudkan masyarakat yang bersahsiah tinggi, patuh kepada undang-undang dan mengurangkan kadar jenayah dalam negara. Merujuk kes PP v. Morah Chekwube Chukwudi [2017] 1 LNS 864 telah diputuskan bahawa (dengan izin): “It is well established that there are a number of factors that courts take into consideration before sentencing. Some of them are as follows: (a) the gravity or severity of the facts constituting the offence; (b) the circumstances in which it was committed; (c) the rampancy of such offence in the area; (d) the offender’s previous record; (e) the offender’s contribution and support to his family members; (f) the offender’s means; (g) the effect of conviction and sentence on his job opportunities; (h) the age and health of the accused; (i) whether it is his first offence; (j) whether the accused had cooperated with the police after the commission of the offence; (k) whether the accused had pleaded guilty; (l) status of the accused; (m) whether there was violence during the crime; (n) public interest, etc.” 17) Mahkamah ini telah mengambil kira beberapa faktor dan kriteria sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas OKS. Diantaranya ialah: Kepentingan Awam 18) Faktor kepentingan awam adalah salah satu faktor utama yang diambil kira oleh mahkamah ini dalam menjatuhkan hukuman terhadap Tertuduh. Walaubagaimanapun, ini tidak bermaksud mahkamah ini mengabaikan kepentingan Tertuduh. Hal ini kerana kepentingan awam merupakan konsep yang mempunyai taksiran subjektif bergantung kepada fakta sesuatu kes. Ini jelas dirujuk di dalam satu kes klasik iaitu di dalam kes R v. Ball [1951] 35 Cr App R 164, di mana dinyatakan bahawa (dengan izin); “In deciding the appropriate sentence, a court should always be guided by certain consideration. The first and foremost is the public interest. The criminal law is publicly enforced, not only with the object of punishing crime, but also in the hope of preventing it. A proper sentence, passed in public, serves the public interest in two ways. It may deter others who might be tempted to try crime a seeming to offer easy money on the supposition, that if the offence is caught and brought to justice, the punishment will be negligible. Such a sentence may also deter the particular criminal from committing a crime again, or induce him to turn from criminal to an honest life. The public interest indeed served and the best served, if the offender is induced to turn from criminal ways to honest living. Our law does not, therefore, the sentence for a particular crime, but a maximum sentence and leave it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular circumstances of each case. Not only in regard to each crime, but in regard to each criminal, the court has the right and the duty to decide whether to be lenient or severe? 19) Merujuk kepada kes di hadapan mahkamah ini, ianya merupakan satu kes menyembunyikan kelahiran secara rahsia dengan mengebumikan mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkan oleh Tertuduh. Kesalahan Tertuduh merupakan perbuatan yang bertentangan dengan sosial dan agama. Tindakan Tertuduh adalah tidak wajar dan ia boleh menjadi barah yang membunuh keharmonian masyarakat. Wajar bagi mahkamah memandang berat terhadap kesalahan yang dilakukan Tertuduh. 20) Dengan hukuman yang setimpal juga dapat memberi kesedaran yang lebih kepada Tertuduh ini agar tidak mengulanginya. Justeru secara tidak langsung ianya dapat mengurangkan pelanggaran undang-undang di dalam masyarakat umumnya malah kepentingan masyarakat secara umumnya dijamin dan terjaga kerana secara tidak langsung dapat menghindarkan masyarakat mendapat kesan negatif akibat daripada perbuatan ini. 21) Selain daripada itu, kepentingan awam tidak hanya tertumpu kepada kepentingan masyarakat umum semata-mata. Kepentingan Tertuduh juga merupakan salah satu kepentingan awam kerana setiap tindakan daripada Tertuduh memberi kesan kepada masyarakat. Hukuman yang diberikan kepada Tertuduh bagi kesalahan sepertimana yang dipertuduhkan adalah adil dan bersesuaian bagi Tertuduh. Dengan itu, hukuman yang diberikan adalah munasabah bagi Tertuduh dalam memberikan kesedaran kepada Tertuduh untuk memperbaiki diri dan berubah sekaligus ia akan mengubah kepentingan awam di mana Tertuduh akan menjadi lebih baik dan tidak mengulangi perbuatannya sekaligus kepentingan awan turut terjaga. Pengajaran/Deteren 22) Sesuatu hukuman yang dipertimbangkan perlulah bagi memberikan pengajaran setimpal dengan kesalahan yang dilakukan. Ini bertujuan supaya Tertuduh tidak akan mengulangi kesalahan itu lagi dan insaf. Begitu juga kepada masyarakat awam, hukuman perlulah memberikan pengajaran dan peringatan tentang akibat daripada kesalahan yang dilakukan. 23) Mahkamah meneliti fakta kes di mana Tertuduh akur telah panik setelah mendapati bayi lelaki yang dilahirkan tidak bergerak lalu telah membalut dan menyimpan di dalam mesin basuh sebelum mengebumikan mayat tersebut keesokan harinya. Tindakan yang di luar kawalan tersebut telah menjadikan pengajaran kepada Tertuduh setelah Tertuduh ditangkap dan dituduh di mahkamah ini. 24) Mahkamah berpendapat hukuman yang dikenakan adalah patut dan bersesuaian terhadap Tertuduh. Ia memberikan pengajaran terhadap Tertuduh supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama. Seterusnya, hukuman juga bertujuan untuk Tertuduh berasa insaf dan sedar atas perbuatannya sekaligus memberikan pengajaran kepada masyarakat secara amnya. Ia seharusnya dijadikan pengajaran terhadap perbuatan tersebut. 25) Oleh itu, mahkamah berpendapat hukuman denda yang dikenakan terhadap Tertuduh adalah munasabah dan setimpal serta memberikan pengajaran kepada Tertuduh. Begitu juga dengan masyarakat secara amnya. Latar Belakang Tertuduh 26) Berdasarkan rayuan yang dikemukakan oleh Tertuduh, jelas menunjukkan bahawa Tertuduh telah berusia matang dan mempunyai tahap pemikiran yang waras. Tertuduh telah memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan dan berjanji tidak ulangi lagi. Tertuduh juga dilihat telah insaf dan mengakui tidak berfikir panjang semasa melakukan kesalahan tersebut. Tertuduh pohon dikenakan hukuman denda memandangkan Tertuduh seorang warganegara Indonesia yang bekerja sebagai penjaga ibu berpantang di negara ini. Keluarga Tertuduh berada di negara asal iaitu Indonesia dan anak-anak Tertuduh dijaga oleh ibu yang turut tinggal di Indonesia. 27) Mahkamah ini merujuk kepada kes Zaidon Shariff v. PP [1996] 4 CLJ 441, di mana di dalam kes ini Augustine Paul JC menyatakan (dengan izin); “A mitigation plea should not be treated as a ritualistic step to be summarily rejected the moment it is made. It is a constituent element of sentencing process. It merits due consideration in the light of the facts of each case, and more so when it is not contradicted by the prosecution as in the case”. 28) Berdasarkan daripada faktor tersebut di atas, mahkamah mengenakan hukuman yang munasabah supaya Tertuduh sedar dan insaf atas perbuatannya. Ianya adalah sebagai pengajaran kepada Tertuduh. Tambahan pula, mahkamah mempertimbangkan Tertuduh yang datang di negara ini untuk menyara kehidupan keluarga yang berada di Indonesia. Mahkamah juga turut mempertimbangkan keadaan Tertuduh yang tiada tempat bergantung di negara ini sehinggakan hilang pertimbangan semasa terjadinya hal yang sedemikian. 29) Walaubagaimanapun, mahkamah turut mempertimbangkan bahawa Tertuduh telah cukup dewasa dan sewajarnya Tertuduh lebih matang dalam mempertimbangkan kebaikan dan keburukan. Tertuduh sepatutnya waras dalam menangani keadaan tersebut. Namun demikian, Tertuduh gagal membuat pertimbangan sewajarnya sehingga terjebak dengan kesalahan menyembunyikan kelahiran akibat daripada panik. 30) Di samping itu juga, mahkamah turut mempertimbangkan tahap pendapatan dan kadar ekonomi Tertuduh yang berada di negara asing pada masa kini. Oleh itu, mahkamah ini berpendapat adalah munasabah dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh setelah mengambil kira latar belakang Tertuduh dan faktor ekonomi yang mempengaruhi Tertuduh sendiri serta kesalahan yang dipertuduhkan terhadap Tertuduh. Pengakuan Salah Tertuduh. 31) Tertuduh juga telah mengaku salah di hadapan mahkamah setelah pertuduhan dibacakan pada peringkat awal sebutan kes. Ini telah menjimatkan masa mahkamah dan kos pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, pertimbangan patut diberikan kepada pengakuan salah Tertuduh. 32) Sepertimana yang digariskan di dalam kes PP v. Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45 seperti berikut (dengan izin); “It is a generally accepted rule that a person should be given credit or discount for pleading guilty.” 33) Merujuk juga kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 2 MLJ 134, di mana telah diputuskan bahawa (dengan izin); “The plea of guilty by both accused persons saved court time. This court's therefore, found this as a factor that would work in favour of the accused persons. Whether a person is a hardened criminal or otherwise, a plea of guilt is a mitigating factor.” 34) Pengakuan salah merupakan salah satu faktor mitigasi yang boleh dipertimbangkan oleh mahkamah dalam menjatuhkan hukuman kepada Tertuduh. Setelah mengambil kira faktor tersebut, adalah munasabah dan setimpal hukuman yang telah dikenakan kepada Tertuduh. Tiada Rekod Kesalahan Lampau 35) Mahkamah juga mendapati Tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan lampau kerana tidak dikemukakan sebarang rekod kesalahan lampau oleh pihak pendakwaan. Tertuduh juga di dalam rayuannya menyatakan bahawa ini merupakan kesalahan pertamanya. 36) Merujuk kes PP v. Jafa Daud [1981] MLJ 315, Mohamed Azmi J, memutuskan seperti berikut (dengan izin); “A 'sentence according to law' means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles. In assessing sentence, one of the main factors to be considered is whether the convicted person is a first offender. It is for this purpose that before passing sentence, a Magistrate is required to call for evidence or information regarding the background, antecedent and character of the accused. Where the convicted person has previous records and admits them as correct, the court must consider whether the offence or offences committed previously were of similar nature as the one with which he is presently charged. The court must then consider the sentences imposed in the previous convictions for similar offences to determine whether they have had any deterrent effect on him. Where he is found to be a persistent offender for a similar type of offences, then it is in the interest of justice that a deterrent sentence should be passed and, in such a case, unless there are exceptional circumstances, the quantity, nature of value of the subject-matter of the offence with which he is currently charged can very rarely constitute a mitigating factor. (emphasis added”. 37) Memandangkan Tertuduh merupakan Pesalah Pertama dan tiada rekod kesalahan lampau yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, dengan ini, adalah amat wajar dan setimpal hukuman yang dikenakan terhadap Tertuduh di atas kesalahan yang dilakukan. Walaubagaimanapun, mahkamah tidak menafikan fakta di mana Tertuduh telah menyembunyikan kelahiran dengan mengebumikan bayi lelaki tersebut yang mana bertentangan dengan undang-undang dan sahsiah manusia. 38) Berdasarkan faktor tersebut, mahkamah berpendapat bahawa hukuman yang diberikan kepada Tertuduh adalah munasabah dan wajar setelah mengambil kira rekod kesalahan kali pertama bagi Tertuduh. Pertimbangan dalam menjatuhkan hukuman denda bagi kesalahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan 39) Hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan adalah hukuman pemenjaraan yang boleh sampai dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya. Dalam mempertimbangkan hukuman terhadap Tertuduh, mahkamah meneliti fakta kes yang dikemukakan, rayuan Tertuduh dan hujahan pemberatan pihak pendakwaan. 40) Berdasarkan fakta kes, kesalahan yang dilakukan oleh Tertuduh adalah akibat daripada perasaan panik dan tidak tahu untuk melakukan apa setelah melahirkan bayi dan menyedari bayi yang dilahirkan tersebut tidak bergerak. Perbuatan awal di mana Tertuduh memandikan bayi tersebut menunjukkan bahawa Tertuduh ingin membersihka bayi dan menguruskan bayi selepas kelahiran. Namun bertindak di luar kawalan setelah menyedari tentang kematian bayi tersebut. 41) Mahkamah juga merujuk kepada Laporan Post Morterm, P7 dan Laporan Awal Pemeriksaan Perubatan, P9. Hasil pemeriksaan bedah siasat menunjukkan tiada sebarang kecederaan yang nyata di luaran atau dalaman yang menyebabkan kematian. Disahkan juga Tertuduh telah melalui satu proses melahirkan hasil daripada pemeriksaan yang dibuat ke atas Tertuduh. Oleh itu, mahkamah berpendapat fakta yang dikemukakan dengan rayuan yang dibuat oleh Tertuduh adalah konsisten di mana tindakan yang dibuat adalah tindakan luar kawalan setelah menyedari bayi yang dilahirkan tidak lagi bernyawa. 42) Mahkamah juga meneliti fakta kes bagi kes yang dirujuk oleh pihak pendakwaan. Di dalam kes PP v. Siow Xue Er & Anor [2022] 2 SMC 459, di dalam kes ini Tertuduh telah membakar dan menyembunyikan mayat bayi bersama dengan sampah-sampah lain. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara terhadap Tertuduh. Perlakuan Tertuduh-tertuduh di dalam kes ini didapati adalah melampaui Batasan dan tidak wajar. 43) Manakala di dalam kes kedua yang dirujuk pihak pendakwaan, PP v. Nurul Syuhada binti Shamsudin [2014] 7 CLJ, di mana di dalam kes ini perbicaraan telah dijalankan bagi pertuduhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan dan setelah keputusan di akhir peringkat kes pendakwaan, mahkamah telah memutuskan pihak pendakwaan gagal untuk buktikan prima facie kes di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan namun Berjaya membuktikan kes prima facie terhadap kesalahan di bawah seksyen 318 Kanun Keseksaan. Setelah Tertuduh menukar pengakuan kepada pengakuan salah sebaik pertuduhan pindaan dibacakan, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM3,000 jika gagal bayar 3 bulan penjara mengambil kira Tertuduh telah direman 13 bulan sementara menunggu perbicaraan selesai. 44) Mahkamah ini mempertimbangkan faktor pemberatan pihak pendakwaan namun mahkamah berpendapat bahawa fakta kes di kedua-dua kes adalah berbeza dan melihat kepada fakta kes di dalam kes di hadapan mahkamah situasi yang dihadapi Tertuduh adalah berbeza di mana kelahiran yang disembunyikan akibat daripada panik setelah melihat bayi yang dimandikan tidak bergerak. Tambahan pula, mayat bayi disembunyikan dengan ditanam di kawasan rumah dan bukan dibuang di tempat pembuangan sampah atau lain-lain tempat yang tidak sepatutnya. 45) Walaupun begitu, mahkamah masih mempertimbangkan bahawa tindakan tersebut adalah tidak wajar walau apapun alasannya. Oleh yang demikian, hukuman denda yang dikenakan adalah munasabah dan setimpal bagi memberikan kesedaran kepada Tertuduh juga masyarakat umum. Jumlah denda tersebut dapat memberikan pengajaran supaya tidak diulangi oleh mana-mana individu kerana jumlah denda yang dikenakan adalah agak tinggi berbanding dengan tahap ekonomi Tertuduh. 46) Berdasarkan faktor-faktor tersebut di atas, mahkamah berpendapat hukuman denda yang diberikan adalah setimpal dan jumlah tersebut telah memberikan pengajaran dan peringatan kepada Tertuduh supaya tidak mengulangi dan mengambil iktibar daripada kejadian yang telah berlaku. DISEDIAKAN PADA 10 SEPTEMBER 2024; nurshahida NURSHAHIDA BINTI ABDUL RAHIM MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET KANGAR PERLIS