Schedule
Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952 [21] Dalam membuktikan elemen pertama ini, pihak pendakwaan berhujah seperti berikut : (a) keterangan Pegawai Sains berdasarkan Laporan Patologi bagi kedua-dua kes menunjukkan air kencing OKT positif dadah jenis Methamphetamine yang mana tersenarai di bawah Bahagian II Jadual Pertama Akta Dadah Berbahaya 1952; dan (b) Pegawai Sains telah mengesahkan bahawa botol urin diterima dalam keadaan baik bersama isipadu yang mencukupi. Isu-isu berbangkit [22] Pihak pendakwaan telah berhujah bahawa rantaian barang kes tidak terputus kerana : (a) segala prosedur dari pengambilan air kencing ke penandaan botol air kencing telah dibuat dengan disaksikan oleh OKT sendiri; (b) serahan botol air kencing daripada ASP Suhaimi ke Insp Marzuqin juga telah dibuat dengan teratur menggunakan borang serah-menyerah yang lengkap; (c) Insp Marzuqin mengesahkan bahawa botol disimpan dalam peti sejuk yang berkunci dan sentiasa berada di bawah kawalannya; dan (d) Juruteknologi makmal mengesahkan penerimaan botol yang mana hasil analisa mengesahkan sample air kencing positif dadah berbahaya. [23] Pihak pendakwaan juga telah berhujah tentang kredibiliti saksi-saksi pendakwaan yang mana dinyatakan adalah kredible dan boleh dipercayai kerana tiada keraguan yang tertimbul. [24] Seterusnya pihak pendakwaan telah dalam hujahan balasannya menyatakan seperti berikut: (a) pengambilan satu botol sample air kencing adalah memadai mengikut kes PP v Rosman Saprey & 1 lagi [2019] 4 CLJ 767 yang mana perkara ini telah diputuskan oleh Mahkamah Rayuan; (b) tiada rantaian keterangan terputus kerana mengikut kes PP v Mohammad Din bin Munap [2016] 1 LNS 1255 ketiadaan borang serah menyerah selepas Analisa air kencing adalah tidak material dan relevan. Juga dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ Mahkamah Rayuan telah menjelaskan bahawa rantaian keterangan yang penting adalah dari masa suatu keterangan diambil sehingga ia selesai dianalisa oleh pegawai kimia; (c) ketiadaan gambar peti sejuk yang digunakan oleh pegawai kimia serta rekod log ATS di Mahkamah adalah tidak menjejaskan pertuduhan kerana mengikut kes Balachandran a/l Selvaratnam v PP [2005] 1 CLJ 85 keterangan ahli kimia boleh diterima secara fakta; (d) ketiadaan gambar peti sejuk yang digunakan oleh Insp Marzuqin juga adalah tidak relevan dan harus diterima mengikut kes PP v Mohamed Ali [1962] CLJU 129; (e) ketiadaan sijil seksyen 90A Akta Keterangan 1950 tidak menjejaskan keterangan gambar kerana keterangan lisan telah diberikan mengikut kes Hanafi Mat Hassan v PP [2006] 3 CLJ 269; (f) Insp Zulhafiz bukan pegawai serbuan malah hanya merupakan pegawai pengiring OKT ke tandas untuk pengambilan sample air kencing dan kekeliruan masa yang dinyatakan olehnya hanya bersifat minor dan adalah konsisten antara saksi-saksi pendakwaan yang lain; (g) Percanggahan mengenai keadaan OKT digari atau tidak ketika pengambilan air kencing hanya mere discrepancies dan tidak menyentuh root of the charge kerana jika OKT digari pun, pengambil air kencing masih boleh dilakukan (kes Thenegaran Murugan & Anor v PP [2013] 5 CLJ 850 dirujuk]; (h) Ketiadaan botol urin di mahkamah untuk kes AI-82D-5-10/2022 tidak menjejaskan kes kerana Insp Marzuqin telah membuktikan bahawa botol tersebut telah dilupuskan oleh Jabatan Patologi dan ini selaras dengan kes Mohd Zulazri Minhat v PP [2021] 1 LNS 1689. HUJAHAN DAN HUJAHAN BALAS PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PENDAKWAAN [25] Pihak pembelaan telah berhujah seperti berikut : (a) Pengambilan air kencing OKT yang tidak mematuhi seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah fatal bagi kedua-dua kes berdasarkan kes PP v Samsul Arifin [2019] 12 MLJ 581 dan kes Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v PP [2017] 3 MLJ 40. Juga dihujahkan bahawa kes yang dirujuk oleh pihak pembelaan adalah kes terkini; (b) Rantaian keterangan terputus pertamanya apabila tiada serah-menyerah antara Sjn Shamsul (ambil sample air kencing di Jabatan Patologi) dengan Insp Marzuqin, keduannya kegagalan Sjn Iza (penjaga stor) untuk membawa borang serah-menyerah antaranya dengan Insp Marzuqin and ketiga apabila Puan Syamimi tidak membawa borang chain of custody ke mahkamah. Ini menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh barang kes diserah dengan sempurna; (c) rujukan dibuat ke seksyen 114(g) Akta Keterangan 1950 dengan kes Munusamy v PP [1987] 1 MLJ 492 dan PP v Mohd Noor bin Arifin [2022] MLJU 1529; (d) terdapat kontaminasi terhadap botol urin apabila Puan Syamimi yang sendiri telah memberi keterangan bahwawa struktur molekul dadah dalam air kenicng boleh terhapus jika suhu yang tinggi sendiri telah gagal membekalkan bukti fizikal atau gambar peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan sample air kencing tersebut ataupun kuncinya; (e) keraguan yang sama timbul dengan cara penyimpanan sample air kencing oleh Insp Marzuqin kerana kewujudan peti ais berkunci tidak dikemukakan dan tiada lakarannya di rajah kasar. Butiran ini seharusnya dinyatakan dalam buku log/diari siasatan namun ia tidak dikemukakan di Mahkamah; (f) keraguan ini juga terbangkit dengan cara sample disimpan ketika ia dihantar ke Jabatan Patologi (dalam kereta yang panas dan terdedah kepada matahari) kerana tiada gambar icebox dikemukakan di Mahkamah; (g) terdapat kemungkinan sample air kencing bertukar dengan kes lain kerana sample diambil dengan beberapa OKT lain; (h) ketiadaan sijil bagi keterangan gambar yang diambil menggunakan telefon bimbit tidak harus diterima oleh Mahkamah kerana tidak mematuhi peruntukkan seksyen 90A (1) dan (2) Akta Keterangan 1950; (i) terdapat keraguan terhadap mesin yang digunakan untuk analisa kerana tiada rekod log Puan Syamimi dibawa ke mahkamah dan tiada rekod penyelenggaraan mesin dikemukakan; (j) keraguan terhadap masa tangkapan timbul apabila Insp Zulhafiz sebagai pegawai serbuan telah memberikan keterangan bercanggah tentang masa kejadian dimana dinyatakan siang tetapi pertuduhan adalah pada waktu malam. Pihak pembelaan merujuk kepada kes Lai Kim Hon & Ors v PP [1981] 1 MLJ 84 dan Shawal bin Hj Mohd Yassin v PP [2006] 4 MLJ 334 dan dihujahkan bahawa percanggahan tersebut adalah ketara dan pertuduhan menjadi defektif; (k) percanggahan material timbul dalam keterangan saksi dimana Insp Marzuqin menyatakan bahawa OKT dalam keadaan bergari ketika sample air kencing diambil manakala Insp Zulhafiz menyatakan OKT tidak digari; (l) ketiadaan botol urin di Mahkamah bagi kes AI-82D-5-10/2022 adalah fatal berdasarkan kes PP v Azahari bin Abdul Wahab [2009] MLJU 898. Juga dihujahkan Puan Syamimi telah menyatakan bahawa botol tersebut dilupuskan kerana tiada permintaan oleh IPD Muallim dan pegawai penyiasat lupa untuk request yang mana menunjukkan pertuduhan adalah tanpa bukti yang wujud; (m) percanggahan jenis dadah kerana jenis dadah di laporan polis hanya menunjukkan positif Methamphetamine namun dalam laporan patologi ia positif Methamphetamine dan Amphetamine. Ini menujukkan bahawa sample yang dianalisa oleh Jabatan Patologi bukan sample air kencing yang diambil oleh pihak polis; (n) andaian seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak terpakai kerana terdapat keraguan pada cara pengambilan sample and rantaian keterangan yang terputus; dan (o) keadaan botol yang baik adalah tidak sama dengan keadaan air kencing di dalamnya dan analisa adalah terhadap air kencing, bukan botol. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR PERINGKAT PENDAKWAAN [26] Setelah membuat penelitian dan pernilaian maksima terhadap keterangan saksi-saksi dan ekshibit yang dikemukakan serta nas-nas otoriti undang-undang, mantan Puan Majistret telah mendapati bahawa pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie bagi kedua-dua kes terhadap OKT, dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri bagi kedua-dua kes. [27] Mahkamah telah terangkan berkenaan tiga (3) kaedah untuk membela diri dan OKT memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah. KES DI PERINGKAT PEMBELAAN HUJAHAN, HUJAHAN BALASAN DAN HUJAHAN TAMBAHAN PIHAK PEMBELAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [28] Pihak pembelaan telah berhujah seperti berikut: (a) pengambilan air kencing OKT tidak mematuhi peruntukkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 dan OKT serta SD2 telah mengesahkan perkara ini dalam keterangan mereka. Juga tiada usaha dilakukan oleh pihak polis untuk cuba mendapatkan pegawai perubatan. Kes Aizuddin Syah bin Ahmad v PP [2018] 5 MLJ 220 dirujuk; (b) anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak terpakai kerana ketidakpatuhan kepada seksyen 31A Akta yang sama; (c) pengambilan sample air kencing tidak mematuhi Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Bil 1 Tahun 2021 : Garis Panduan bagi Ujian Pengesahan Penyalahgunaan Dadah dalam Air Kencing Versi 2.0 kerana ketika OKT meletakkan botol air kencing atas meja keadaan di situ gelap dan terdapat beberapa botol yang lain yang mana belum diseal, Ujian juga tidak dilakukan di hadapan OKT dan OKT hanya diminta untuk mengisi butiran serta tandatangan pada seal yang belum ditanggal. Juga test strip tidak ditunjukkan kepada OKT dan OKT tidak menandatangani apa-apa akuan pemberi. OKT hanya diberitahu secara lisan keputusan ujian saringan awal tanpa menunjukkan test strip; (d) Ujian saringan awal air kencing SD2 positif namun laporan patologi menunjukkan ia negatif; (e) percanggahan keterangan dari segi dadah sepertimana yang dinyatakan di atas; (f) OKT nyatakan tidak nampak peti ais atau box yang dikunci di bilik pegawai penyiasat; (g) OKT nyatakan tangkapan dibuat bukan kerana keadaannya mencurigakan tetapi kerana pihak narkotik tidak berpuas hati dengannya dan atas sebab peribadi; (h) keterangan OKT tidak bercanggah kerana OKT menyatakan prosedur ujian saringan awal tidak dilakukan dihadapannya bukan siapa yang melakukan prosedur tersebut; (i) ketiadaan kedudukan peti ais dalam rajah kasar menjadi pengakuan bahawa peti ais tersebut tidak wujud; (j) Ia adalah keterangan bersumpah bahawa OKT tidak mengambil tindakan membuat laporan kerana risau ia boleh makan pada diri sendiri atau keluarga dan ini membawa nilai yang tinggi sepertimana yang dinyatakan dalam kes Mustaza bin Abdul Rahman v PP [2021] 1 MLJ 230; (k) kedua-dua individu yang ditahan bersama OKT telah ditahan reman dan telah dituduh pada 15 April 2022. Salah seorang individu telah meninggal dunia; (l) tiada percanggahan dalam keterangan SD2 dan OKT kerana SD2 telah nyatakan bahawa dia berada di luar bilik sepanjang masa; (m) isu keraguan slip gaji adalah tidak berkaitan kerana SD2 bukan dibawa sebagai majikan OKT; (n) SD2 sahkan dia tidak nampak ujian saringan awal dibuat dan keputusannya berbeza dengan laporan patologi; (o) tiada botol air kencing dikemukakan di mahkamah bagi kes AI-82D-5-10/2022 dan ianya fatal terhadap kes tersebut berdasarkan kes PP v Mohd Amirul Amrie Mohd Zimi [2025] CLJU 65; dan (p) tangkapan dilakukan selepas ujian sarinagn awal air kencing dibuat berdasarkan laporan polis bagi kedua-dua kes yang dibuat oleh ASP Suhaimi dan ini tidak selaras dengan peruntukkan seksyen 31A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes Hissham bin Ahmad v PP [2025] CLJU 266. [29] Pihak pembelaan telah memohon agar OKT dilepaskan dan dibebaskan. HUJAHAN PIHAK PENDAKWAAN DI AKHIR KES PEMBELAAN [30] Pihak pendakwan telah berhujah bahawa pihak pembelaan mempunyai “evidential burden” untuk membuktikan secara “affirmative” perkara-perkara yang dibangkitkan sepertimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 103 dan 106 Akta Keterangan 1950. [31] Pihak Pendakwaan berhujah bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah atas alasan-alasan berikut : (a) OKT ketika dalam pemeriksaan utama telah mengesahkan bahawa tangkapan dan prosedur ujian dilakukakan secara teratur dan dia sendiri telah memberikan sample air kencing tanpa campur tangan mana-mana polis. OKT juga mengesahkan botol berada dalam keadaan tidak bertanda dan kosong (walaupun OKT nyatakan dia tidak diberi pilihan untuk melilih botol) ketika diterima dan telah mengisi air kencingnya lebih daripada separuh botol. Tiada undang-undang atau garis panduan yang mewajibkan botol urin dipilih oleh OKT sendiri; (b) OKT sahkan tandas dalam keadaan berlampu dan tiada individu lain dalam tandas ketika sample air kencing dikutip; (c) Tiada laporan polis dibuat oleh OKT untuk membela dirinya atau keterangan sokongan diberikan tentang ugutan pihak polis kepada OKT walaupun dia adalah anggota polis yang sudah berpengalaman lama; (d) keterangan OKT bercanggah kerana pada awalnya diberitahu dia tidak tahu tentang proses ujian saringan awal namun setelah itu OKT nyatakan ujian dibuat oleh ASP Suhaimi dan keputusannya telah dimaklumkan; (e) OKT bertugas selama 18 tahun di balai polis Tanjung Malim dan tidak pernah ditugaskan di Bahagian Siasatan Narkotik IPD Muallim. Oleh itu, keterangan OKT bahawa tiada peti ais adalah tidak wajar kerana OKT tiada pengetahuan sepenuhnya tentang susun atur di pejabat tersebut. OKT juga akui tidak pernah masuk ke pejabat tersebut sebelum tarikh kejadian; (f) tiada pegawai perubatan sepertimana peruntukkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak fatal berdasarkan kes PP v Samsul Arifin Bakar (supra); (g) keterangan OKT bahawa pihak polis mempunyai niat jahat untuk tangkapannya adalah dinafikan kerana OKT tidak bekerja secara langsung dengan saksi-saksi pendakwaan mahupun mengenali mereka secara peribadi atau professional. Tiada sebab untuk saksi pendakwaan berbuat sedemikian; (h) Ia hanya tuduhan tanpa asas bahawa OKT dipaksa menandatangani dokumen serta diugut oleh saksi-saksi pendakwaan; (i) tandatangan di P1A, P7A-D dan P3 adalah oleh individu yang sama; (j) keterangan OKT hanya fikiran semula dan tanpa sokongan; (k) dua (2) individu yang dikatakan ditangkap bersama OKT tidak dibawa ke Mahkamah sebagai saksi pembelaan dan ini menimbulkan persoalan terhadap kebolehpercayaan keterangan OKT; (l) OKT akui tidak pernah ditugaskan di bahagian narkotik mahupun menghadiri kursus narkotik lalu pihak pendakwaan membantah kerelevanan pendapat OKT tentang prosedur kes narkotik; (m) keterangan SD2 bercanggah dengan keterangan OKT dan adalah tanpa sokongan (unsubstantiated) kerana SD2 nyatakan ada melihat proses pengambilan air kencing OKT dilakukan tetapi OKT nyatakan tiada individu lain selain eskot bersamanya ketika itu; (n) tiada dokumentasi dikemukakan untuk membuktikan OKT bekerja dengan SD2 dan slip gaji yang dikemukakan hanya ditanda sebagai IDD; (o) SD2 pada mulanya menyatakan dia adalah majikan OKT namum setelah itu akui telah kenal OKT sebelum itu kerana pernah ditangkap bersama OKT bagi kes AI-82D-4- 07/2022; (p) fakta di mana laporan patologi SD2 negatif menunjukkan polis telus dalam menjalankan tugas kerana individu yang ditangkap tetapi hasil analisanya negative tidak akan dituduh di Mahkamah; (q) SD2 tidak mendengar ugutan oleh polis sepertimana yang dikatakan oleh OKT; dan (r) keterangan SD2 tidak boleh diambil kira kerana hubungannya sebagai rakan dan majikan kepada OKT. [32] Pihak pendakwaan berhujah bahawa keterangan OKT gagal mewujudkan sebarang keraguan yang munasabah dalam kes pendakwaan. Pihak pendakwaan memohon agar OKT didapati bersalah sepertimana pertuduhan dan dijatuhi hukuman sewajarnya. KEPUTUSAN MAHKAMAH DI AKHIR PERINGKAT PEMBELAAN [33] Setelah Mahkamah memanggil OKT untuk membela diri dan tiga (3) kaedah membela diri diterangkan, OKT telah memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di kandang saksi dan hanya OKT telah dipanggil sebagai saksi. [34] Di tahap ini, Mahkamah merujuk kepada kes Mat v PP [1963] 1 MLJ 263 di mana telah dinyatakan seperti berikut: “...The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:- a) If you are satisfied beyond reasonable doubt as to the accused’s guilt Convict. b) If you accept or believe the accused’s explanation Acquit. c) If you do not accept or believe the accused’s explanation Do not convict but consider the next steps below. d) If you do not accept or believe the accused’s explanation and that explanation does not raise in your mind a reasonable doubt as to his guilt Convict. e) If you do not accept or believe the accused’s explanation but nevertheless it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt Acquit...” [35] Dengan mengambil kira nas otoriti ini, tugas Mahkamah pada tahap ini adalah untuk meneliti sama ada sebarang keraguan telah berjaya ditimbulkan oleh pihak pembelaan atau tidak. [36] Setelah meneliti keterangan saksi-saksi bersama ekhsibit yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan bagi kedua-dua kes atas alasan-alasan berikut: Isu pematuhan kepada seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 [37] Pertama sekali Mahkamah ingin memperjelaskan tentang isu ini. Pihak pembelaan telah merujuk kepada kes PP v Samsul Arifin (supra) dan Noor Shariful Rizal bin Noor Zawawi v PP (supra) manakala pihak pendakwaan pula telah merujuk kepada kes Rosman Saprey (supra). Bagi isu ini, Mahkamah mendapati terdapat pelbagai nas otoriti yang telah membincangkan isi ini secara terperinci seperti kes PP v. Ahmad Saiful Islam Mohamad [2023] 2 CLJ 714 yang mana Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa kegagalan polis mengambil sampel air kencing responden dalam dua botol adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan [38] Walau bagaimanapun, Mahkamah mendapati pihak pembelaan telah merujuk kepada kes PP v Samsul Arifin (supra) bagi keputusan Mahkamah Tinggi yang mana memutuskan bahawa ketidakpatuhan kepada peruntukkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah fatal pada kes pendakwaan. Namun Mahkamah ini mendapati Mahkamah Rayuan telah set aside keputusan ini dan memutuskan ketidakpatuhan dengan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak fatal. Mahkamah Rayuan juga telah menyatakan seperti berikut: “…[11] In respect of the argument that the police have to “prove” that it was not practicable to send the suspect to the hospital for the medical officer to obtain the urine sample, we note that section 31A(1A) does not impose that duty. It is a provision designed to preserve evidence depending on constraints of the situation faced by the enforcement authorities. Therefore, the test result from a urine sample is not rendered inadmissible merely because the police could not prove that sending the suspect to see a medical officer to take a urine sample is not practicable…” [39] Seterusnya, peguam juga telah merujuk kepada kes Aizuddin Syah bin Ahmad v PP (supra) yang mana Mahkamah ini mendapati isu di dalam kes tersebut adalah pengambilan sample air kencing oleh anggota polis yang berpangkat koporal yang mana sepatutnya mengikut peruntukkan undang-undang diambil oleh pegawai polis berpangkat Sarjan ke atas. Mahkamah ini mendapati nas otoriti ini tidak berkaitan dengan kes ini kerana dalam kes sedia ada tiada isu pengambilan sample air kencing oleh anggota polis yang berpangkat kurang daripada Sarjan. [40] Oleh itu, dengan mengambil kira nas otoriti di atas serta prinsip stare decisis, Mahkamah ini mendapati bahawa ketidakpatuhan kepada peruntukkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan. Keterangan yang dikemukakan oleh OKT adalah sekadar keterangan lisan tanpa asas dan bukti yang kukuh [41] Mahkamah mendapati sedemikian kerana pertama sekali hujahan pihak pembelaan tentang proses ujian saringan awal air kencing OKT tidak dilakukakan dengan teratur dan dihadapannya adalah sekadar keterangan lisan tanpa keterangan sokongan. Pada tahap ini, Mahkamah merujuk kepada seksyen 103 Akta Keterangan 1950 [Akta 56] yang menyatakan seperti berikut: 103. “Burden of proof as to particular fact The burden of proof as to any particular fact lies on that person who wishes the court to believe in its existence, unless it is provided by any law that the proof of that fact shall lie on any particular person. ILLUSTRATIONS (a) A prosecutes B for theft and wishes the court to believe that B admitted the theft to C. A must prove the admission. (b) B wishes the court to believe that at the time in question he was elsewhere. He must prove it” [42] Berdasarkan peruntukan undang-undang di atas, beban pembuktian suatu fakta terletak di atas pihak yang menimbulkan fakta tersebut. Oleh itu, dalam kes ini pihak pembelaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa proses ujian saringan awal tersebut tidak dilakukan di hadapan OKT kerana mantan Majistret telah mendapati bahawa elemen-elemen pertuduhan telah dibuktikan oleh pihak pendakwaan yang mana menunjukkan bahawa OKT telah memasukkan dadah berbahaya dalam badannya. Pihak pembelaan kemudian telah memanggil SD2 sebagai saksi namun SD2 sendiri telah menyatakan bahawa dia berada di luar bilik sepanjang masa yang mana menunjukkan bahawa SD2 tiada pengetahuan sama ada proses ujian tersebut dibuat secara teratur atau tidak. OKT juga telah menyatakan bahawa tandas dalam keadaan berlampu dan tiada individu lain dalam tandas ketika sample air kencing dikutip. Justeru, Mahkamah mendapati ia hanya keterangan lisan OKT bahawa proses tersebut tidak dibuat dihadapannya dan secara teatur dan ini tidak memadai untuk menimbulkan sebarang keraguan munasabah. Oleh kerana ini hanyalah sekadar keterangan lisan, ia menjadikannya juga suatu “uncorroborated evidence” dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah lebih-lebih lagi dengan adanya keterangan saksi-saksi pendakwaan yang menyokong satu sama lain. [43] Isu sekadar keterangan lisan ini juga dapat dilihat dalam keterangan OKT yang mana telah menyatakan bahawa tangkapan dibuat bukan kerana keadaannya mencurigakan tetapi kerana pihak narkotik tidak berpuas hati dengannya dan atas sebab peribadi serta terdapat OKT dipaksa menandatangani dokumen dan diugut oleh saksi-saksi pendakwaan. Pihak pembelaan kemudian berhujah bahawa is adalah keterangan bersumpah bahawa OKT tidak mengambil tindakan membuat laporan kerana risau ia boleh makan pada diri sendiri atau keluarga dan ini membawa nilai yang tinggi sepertimana yang dinyatakan dalam kes Mustaza bin Abdul Rahman v PP [2021] 1 MLJ 230. [44] Sekali lagi Mahkamah merujuk kepada peruntukkan seksyen 103 Akta Keterangan 1950 yang mana menunjukkan bahawa pihak pembelaan mempunyai beban untuk membuktikan bahawa tangkapan dibuat atas sebab peribadi dan ketiadaan laporan polis adalah kerana kerisauan pada diri dan keluarga OKT. Di sini Mahkamah mendapati bahawa alegasi ini adalah tanpa asas kerana pertamanya OKT tidak bekerja dengan saksi-saksi pendakwaan secara langsung kerana mereka bertugas di bahagian yang berbeza dan keduanya OKT sebagai seorang anggota polis mempunyai peluang yang lebih luas untuk membuat sebarang laporan polis bagi alegasi tersebut. Walaupun ia adalah keterangan bersumpah OKT bahawa tiada laporan polis dibuat kerana dia risau akan keluarga dan dirinya, namun Mahkamah mendapati ianya tidak munasabah kerana jika alegasi itu benar maka OKT sememangnya berpeluang untuk membuat laporan polis atau aduan bagi niat saksi-saksi pendakwaan sepanjang tempoh kes ini berlangsung dari tahun 2022. Oleh itu, sekali lagi keterangan lisan OKT menjadikannya suatu “uncorroborated evidence” dan tidak menimbulkan keraguan yang munasabah lebih-lebih lagi dengan fakta bahawa OKT dan saksi-saksi pendakwaan tidak mempunyai kaitan kerja secara langsung. [45] Sini Mahkamah juga merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors. v. PP [2006] 1 CLJ 857 di mana Mahkamah Persekutuan telah menyatakan bahawa “…If a fact is in itself incredible it does not become any the less incredible simply because the person who relates it appears to be truthful. To accept it as true beyond reasonable doubt, to be able to entertain no doubt as to its truth, one has to have a reason for accepting it as credible in the circumstances. The judge does not say that in his judgment it was not incredible in the circumstances and give his reasons for saying so. He merely relied on the apparent truthfulness of the witnesses…” [46] Berdasarkan nas otoriti di atas dan dengan adanya keterangan saksi-saksi pendakwaan tersebut yang konsisten, maka Mahkamah mendapati bahawa kedua-dua keterangan OKT di atas tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Isu peti ais/box yang di bilik pegawai penyiasat [47] Bagi isu ini, pihak pembelaan telah berhujah bahawa ketiadaan kedudukan peti ais dalam rajah kasar menjadi pengakuan bahawa peti ais tersebut tidak wujud serta menimbulkan keraguan dengan cara penyimpanan sample air kencing oleh Insp Marzuqin. Pihak pendawaan pula berhujah bahawa OKT tiada pengetahuan sepenuhnya tentang susun atur di pejabat kerana tidak pernah ditugaskan di Bahagian Siasatan Narkotik IPD Muallim serta OKT telah akui tidak pernah masuk ke pejabat tersebut sebelum tarikh kejadian. [48] Mahkamah di sini merujuk kepada nilai kepentingan suatu rajah kasar dalam kes Lee Chin Hon & Anor v Public Prosecutor [2020] MLJU 2573 yang mana Mahkamah Tinggi menegaskan bahawa “...[86] As regards the Appellants’ contention that the preparation of Exhibit P3 was not prepared inside a stationary vehicle because the handwriting contained in Exhibit P3 seems to be too tidy, this Court finds that whether Exhibit P3 was prepared in a moving or stationery vehicle or not, it does not affect the Prosecution’s case against the Appellants. A seizure list is merely supporting document. As highlighted in the case of Mohd Rosni Safie v PP [2016] 1 LNS 1026, Choo Kah Sing JC (n as he then was) held that:- “[36] The Search List and Akuan Serah Menyerah Dokumen were merely two documents in support of the prosecution’s case. In the event they were not tendered in court, it could not disqualify SP2 to give oral evidence in regard to the movement of the incriminating drug. As long as the oral evidence given was coherent with the available evidence before the court. The oral evidence would suffice to refute the claim of any break in the chain of evidence, despite the absence of documentary evidence in support of the oral evidence...” [49] Dalam kes ini Mahkamah telah menyatakan dengan jelas bahawa borang bongkar adalah suatu dokumen sokongan dan ia tidak boleh membatalkan keterangan lisan saksi jika borang tersebut tidak dikemukakan di Mahkamah. Walaupun nas otoriti di atas menyatakan tentang borang bongkar, Mahkamah di sini mendapati prinsip yang sama juga boleh diguna pakai untuk rajah kasar bagi suatu kes di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana rajah kasar tidak membuktikan kemasukan dadah berbahaya dalam badan sesorang ataupun memutuskan apa-apa rangakaian keterangan dalam kes sebegini. Bagi kes sebegini, rajah kasar hanya menunjukkan kedudukan tempat kejadian sahaja. Justeru Mahkamah mendapati bahawa rajah kasar yang dikemukakan adalah hanya suatu dokumen sokongan dan yang membawa nilai utama adalah keterangan lisan pegawai penyiasat. [50] Dengan mengambil kira bahawa rajah kasar dalam kes ini hanya sebagai keterangan sokongan, ketiadaan lakaran peti ais/box sepertimana yang dihujahkan oleh pihak pembelaan tidak menjejaskan pertuduhan sama sekali (kes PP v Elvis Onwuka & Satu lagi [2020] MLJU 1841 dirujuk). Juga di sini Mahkamah bersetuju bahawa OKT tiada pengetahuan tentang susun atur pejabat tersebut kerana dia tidak pernah ditugaskan di sana. Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Isu ketiadaan botol urin bagi kes AI-82D-5-10/2022 [51] Pihak pembelaan telah dalam kes pembelaan membangkitkan isu bahawa tiada botol air kencing dikemukakan di mahkamah bagi kes AI-82D-5-10/2022 dan ianya fatal terhadap kes tersebut berdasarkan kes PP v Mohd Amirul Amrie Mohd Zimi [2025] CLJU 65. Pihak pendakwaan pula menyatakan bahawa ketiadaan botol tidak menjejaskan kes kerana Insp Marzuqin telah membuktikan bahawa botol tersebut telah dilupuskan oleh Jabatan Patologi dan ini selaras dengan kes Mohd Zulazri Minhat v PP [2021] 1 LNS 1689. [52] Di sini Mahkamah merujuk kepada kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2004] 4 CLJ 551 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan “…The chain of evidence is less important during the period it is received back from the chemist until it is produced in court. This is because, there is no law that the exhibit recovered must be produced in court failing which the prosecution's case must necessarily fall. It may or it may not, again depending on the facts and the circumstances of each case. Sunny Ang v. PP [1966] 2 MLJ 195 (FC) (fold). In a drug trafficking case, the drug may be lost or destroyed subsequent to it having been analysed by the chemist. So long as there is no doubt that the drug analysed by the chemist is the same one that was recovered in the case and it is in respect of that drug that the accused is charged, and there is a reasonable explanation as to how it was lost or destroyed or the reason for the gap, there is no reason why the prosecution's case should fall. In the instant case, there was no break in the chain of evidence whatsoever, from the day it was seized until the date of trial. The missing exhibits did not contain any drugs. They were empty plastic packets and weighing machine. Their existence could be seen from the photographs, not to mention oral evidence…” [53] Mahkamah juga telah meneliti kes-kes yang dikemukakan oleh pihak pembelaan dan pendakwaan bagi isu ini dan mendapati bahawa fakta kes dalam kes PP v Mohd Amirul Amrie Mohd Zimi (supra) adalah berbeza dengan kes ini kerana dalam kes ini terdapat keterangan gambar yang jelas (ekshibit P4A-D) dan juga penjelasan daripada saksi-saksi pendakwaan tentang mengapa botol tersebut tidak dikemukakan yang mana Mahkamah mendapati adalah suatu penjelasan yang munasabah. Gambar-gambar tersebut jelas menunjukkan butiran OKT bersama sample air kecing yang diambil serta seal yang diletakkan berada dalam keadaan teratur. Justeru, Mahkamah mendapati bahawa walaupun botol air kencing tidak dikemukakan dalam kes nombor ini, ia tidak fatal kerana penelitian semula keterangan menunjukkan bahawa tiada terputus rangkaian keterangan dari proses pengambilan sampel air kencing OKT sehingga ia dianalisa oleh pegawai sains. Keterangan SD2 [54] Setelah mendengar keterangan SD2 dan menagmbil kira hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa keterangan SD2 tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan atas alasan-alasan berikut: (a) SD2 tidak melihat proses pengambilan air kencing OKT kerana OKT nyatakan tiada individu lain selain eskot bersamanya ketika itu dalam tandas; (b) SD2 tidak menyaksikan proses ujian saringan awal air kencing OKT dilakukan kerana SD2 nyatakan bahawa dia berada di luar bilik sepanjang masa; (c) keputusan ujian air kencing SD2 adalah tidak berkaitan dengan keputusan air kencing OKT; (d) SD2 nyatakan tidak mendengar ugutan oleh polis sepertimana yang dikatakan oleh OKT; dan (e) hubungan OKT dengan SD2 sebagai majikan sekarang tiada kaitan dengan pertuduhan. [55] Dengan mengambil kira alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa SD2 tidak dapat mengesahkan pembelaan yang dikemukakan oleh OKT sama ada dari segi proses pengambilan sample air kencing ke proses ujian saringan awal sehingga ke ugutan atau niat peribadi pihak polis terhadap OKT. Mahkamah mendapati selain hubungan SD2 sebagai majikan OKT sekarang, kaitan SD2 dengan kes OKT hanya sebagai orang yang telah ditangkap pada masa yang sama. Mahkamah juga mendapati keterangan hubungan SD2 sebagai majikan kepada OKT selepas kejadian (SD2 nyatakan OKT mula bekerja dengan sejak awal 2024) adalah tidak relevan dan tidak menimbulkan menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah. Isu tangkapan [56] Pihak pembelaan telah membangkitkan isu bahawa tangkapan dilakukan selepas ujian saringan awal air kencing dibuat berdasarkan laporan polis bagi kedua-dua kes yang dibuat oleh ASP Suhaimi dan ini tidak selaras dengan peruntukkan seksyen 31A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan kes Hissham bin Ahmad v PP [2025] CLJU 266. [57] Di sini, Mahkamah merujuk kepada kes Ahmad Syahir bin Mohd Fauzi [2024] 1 CLJ 187 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan seperti berikut: “…[27] Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, pada hemat kami meskipun pemohon di dalam rayuan ini tidak secara fizikal disentuh atau dikurung, namun keterangan yang dizahirkan oleh SP1 di mana pemohon dan 28 anggota polis yang lain telah diarahkan untuk menyerahkan kad kuasa mereka, berbaris, memberikan sampel air kencing dan seterusnya menjalani ujian pengesahan dadah dalam air kencing, jelas menunjukkan bahawa pemohon berada di bawah kawalan dan jagaan SP1 dan setiap arahan yang diberikan oleh SP1 wajib dipatuhi tanpa gagal. Malah pergerakan pemohon juga dikawal selia oleh SP4 di mana SP4 telah mengiringi pemohon ke tandas Aras 1, Balai Polis Jaya Gading bagi tujuan pemberian sampel air kencingnya. Setelah pemohon mengambil air kencingnya dan memasukkan ke dalam botol yang dibekalkan, SP4 telah mengiringi kembali pemohon ke tempat SP1 berada bagi melakukan ujian pengesanan dadah. Kebebasan pemohon telah disekat dan ini terjumlah kepada suatu tangkapan yang dimaksudkan s. 31A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 tersebut. Sudah terang lagi bersuluh pemohon berada di bawah penahanan secara konstruktif ataupun ‘constructive arrest’ sebelum specimen air kencingnya diambil…” [58] Mahkamah juga merujuk kepada kes Kamarul Farkaruddin Mohamed v Public Prosecutor [2013] 7 CLJ 636, yang mana Mahkamah Tinggi telah menyatakan seperti berikut: “[9]… Pertamanya, sekiranya dilihat keadaan fakta dalam kes terhadap perayu, beliau bersama lima rakan sekerja telah diarahkan oleh pegawai atasan untuk memberikan sampel air kencing mereka untuk ujian saringan. Kejadian tersebut berlaku di bilik taklimat Kem Komandan Pulapol, satu kawasan terhad dan terlindung. Semasa kejadian, seorang anggota polis sentiasa mengawal (‘escort’) perayu untuk memberikan sampel air kencingnya. Bolehkah perayu dan lima rakan beliau mengingkari perintah pegawai atasan dan beredar dari tempat tersebut? Pastinya perayu tidak akan bebas untuk meninggalkan bilik taklimat tersebut dan mengingkari perintah sah pegawai atasan beliau. Dalam keadaan pergerakan perayu adalah terhad, maka mahkamah ini berpandangan bahawa perayu sebenarnya secara konstruktif perayu adalah seorang yang dalam keadaan telah ditangkap walaupun tidak secara fizikalnya ditangkap dan digari. Keduanya, mahkamah ini percaya bahawa prinsip undang-undang mantap menyatakan bahawa sesuatu mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seseorang dan mengambil cognisance sesuatu kesalahan yang berlaku tanpa menghiraukan bagaimana orang itu telah berada di bawah bidang kuasa mahkamah itu. Lagi pun, s 31A(1A) ADB adalah merupakan satu peruntukan berkaitan dengan prosedur atau satu empowering provision berbanding dengan peruntukan s 15(1)(a) yang merupakan peruntukan berbentuk substantif. Adalah dapatan mahkamah ini bahawa kegagalan mematuhi s 31A(1A) ADB tidak langsung memudaratkan kes pihak pendakwaan terhadap perayu dalam kes ini. (Lihat Kuruma Son of Kaniu v Reginam [1955] 1 All ER 236; [1955] AC 197 dan Saminathan v Public Prosecutor [1937] 1 MLJ 39; [1936] 1 LNS 65). [10] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa tafsiran yang dibuat oleh peguam bela mengenai peruntukan s 31A(1A) ADB membawa maksud bahawa perayu hendaklah terlebih dahulu ditangkap adalah satu tafsiran secara sempit. Sekiranya niat Parlimen menghendaki tafsiran seperti dihujahkan oleh peguam bela terpelajar, tentunya peruntukan di bawah seksyen kecil tersebut akan menyatakan dengan terang bahawa orang itu hendaklah ditangkap terlebih dahulu sebelum contoh air kencingnya boleh diperolehi untuk pemeriksaan. Pada pandangan mahkamah ini peruntukan tersebut hendaklah diberi tafsiran yang lebih meluas dengan membawa maksud orang yang ditangkap meliputi orang yang ditangkap selepas ujian saringan mendapati air kencing orang itu positif mengandungi dadah berbahaya sepertimana yang berlaku terhadap perayu dalam kes ini. Apa yang jelas ialah bahawa perayu telah ditangkap sebelum air kencingnya diperiksa dan disahkan (confirmed) secara konklusif oleh pegawai sains sebagai mengandungi dadah berbahaya…” [59] Setelah meneliti nas-nas otoriti di atas, Mahkamah mendapati bahawa tangkapan yang dibuat ke atas OKT abgi kedua-dua kes adalah selaras dengan peruntukkan seksyen 31A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana (a) Bagi kes AI-82D-4-07/2022 OKT telah ditangkap dalam laporan polis Tg Malim/000500/22 iaitu pada 1hb Mac 2022 jam 6.15 petang di rumah No. 16 Kampung Simpang 4, 35900 Tg Malim, Perak, dan ujian saringan awal dibuat selepas tangkapan iaitu dalam laporan polis Slim River/000577/22 pada tarikh yang sama tetapi jam 9.15 malam; dan (b) Bagi kes AI-82D-5-10/2022 OKT telah ditangkap dalam laporan polis Tg Malim/000915/22 iaitu pada 11hb April 2022 jam 11.00 malam di premis kedai Wira Auto No. 38 Jalan Bunga Raya, 35900 Tg Malim, Perak, dan ujian saringan awal dibuat selepas tangkapan iaitu dalam laporan polis Slim River/001098/22 pada tarikh 12hb April 2022 jam 12.30 pagi. [60] Mahkamah juga mendapati bahawa mengikut otoriti Mahkamah Rayuan di atas kebebasan OKT telah tersekat apabila berada di IPD Muallim yang mana telah terjumlah kepada suatu tangkapan konstruktif yang dimaksudkan dalam seksyen 31A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana ketika itu OKT tidak bebas untuk bergerak ke mana-mana dan telah di eskot ke tandas oleh pihak polis untuk melakukan ujian saringan awal air kencing. [61] Oleh itu, Mahkamah mendapati isu ini tidak menimbulkan sebarang keraguan munasabah ataupun menjejaskan tangkapan bagi kedua-dua kes. Isu anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 [62] Pihak pembelaan telah berhujah bahawa anggapan di bawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 tidak terpakai kerana ketidakpatuhan kepada seksyen 31A Akta yang sama dan kerana terdapat keraguan pada cara pengambilan sample and rantaian keterangan yang terputus. Di sini Mahkamah telah mendapati bahawa ketidakpatuhan kepada peruntukkan seksyen 31A Akta Dadah Berbahaya 1952 adalah tidak fatal kepada kes pendakwaan di perenggan 38. Justeru anggapan ini terpakai dan beban adalah pada OKT untuk membuktikan sebaliknya atas beban imbangan kebarangkalian. Mahkamah merujuk kepada kes Muhamad Zhafri Bin Mohamad Yunus v Public Prosecutor [2022] MLJU 917 dimana dinyatakan seperti berikut: “…It is also trite that the presumption under Section 37(k) DDA needs to be rebutted on a balance of probabilities which is of a higher standard than merely to raise a reasonable doubt. See Miller v Minister of Pensions [1947] 2 All ER 372…” [63] Berdasarkan nas otoriti di atas, ia jelas bahawa Mahkamah perlu menilai sama keterangan pembelaan telah mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas dasar imbangan kebarangkalian. Setelah meneliti pembelaan yang dikemukakan secara keseluruhan dan sepertimana dinyatakan di atas, Mahkamah mendapati pembelaan yang dikemukakan OKT adalah secara langsung tidak sedikit pun menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan lalu gagal mematahkan anggapan dibawah seksyen 37(k) Akta Dadah Berbahaya 1952. Oleh itu, Mahkamah mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan kedua-dua kes melangkaui keraguan yang munasabah. Isu lain [64] Mahkamah telah mendapati bahawa berdasarkan laporan patologi kedua-dua kes, hasil ujian ke atas air kencing OKT menunjukkan ia positif Methamphetamine dan Amphetamine. Walau bagaimanapun, penelitian semula terhadap pertuduhan didapati bahawa kedua-dua pertuduhan adalah bagi dadah jenis Methamphetamine sahaja. [65] Setelah meneliti semula nota keterangan mantan Puan Majistret di kes tahap pendakwaan dan rakaman RVT di kes pembelaan, Mahkamah dapati isu ini tidak dibangkitkan oleh mana-mana pihak sepanjang kes berlangsung dan juga tidak dibangkitkan dalam mana-mana hujahan. Memandangkan isu ini tidak pernah dibangkitkan oleh mana-mana pihak, Mahkamah dapati tiada keperluan untuk isu ini diputuskan lanjut. [66] Setelah meneliti keterangan saksi pembelaan beserta segala dokumen serta bukti-bukti yang telah dikemukakan dan juga mengambilkira pernyataan saksi-saksi kes prima facie sebelum ini, Mahkamah telah membuat maximum evalution terhadap kes prima facie dan kes pembelaan ini. Setelah membaca hujahan bertulis di akhir kes pembelaan yang difailkan oleh pihak-pihak serta merujuk kepada otoriti-otoriti yang berkenaan dan mengambil kira hujahan pihak-pihak di peringkat kes prima facie, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan yang munsabah. Oleh yang demikian, OKT dengan ini disabitkan bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan di bawah seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. Mahkamah menjemput pihak peguambela membuat rayuan mitigasi sebelum Mahkamah menjatuhkan hukuman terhadap OKT. [67] Rayuan oleh peguambela yang mengendalikan kes adalah OKT berumur 40 tahun, seorang penjawat awam iaitu polis, wakil PDRM ada di mahkamah hari ini, penyara tunggal keluarga, menanggung isteri suri rumah dan 3 anak yang mana 2 bersekolah, telah digantung tugas dan kerja sambilan sebagai juruteknik buat masa ini dengan gaji RM800 ke 900 sebulan. Peguambela juga berhujah bahawa sepanjang perbicaraan OKT tidak pernah larikan diri dan tiada rekod lampau. Peguambela memohon agar bon berkelakuan baik di bawah seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah dikenakan kepada OKT sebagai alternatif kepada hukuman denda atau penjara. [68] Bagi faktor pemberat, Timbalan Pendakwa Raya telah memohon hukuman berat bagi kedua-dua pertuduhan kerana OKT telah didapati bersalah di akhir kes pembelaan, kes ini berjalan sejak 2022, pohon diambil kira kos dan masa mahkamah serta pendakwaan. Pihak pendakwaan juga berhujah bahawa OKT adalah polis yang berpengalaman lebih 18 tahun yang mana lebih arif tentang bahan larangan dan jarak kedua-dua kes adalah kurang 2 bulan yang mana menunjukkan OKT tidak menyesal. Oleh itu, pihak pendakwaan pohon penjara dari tarikh sabitan dengan perintah pengawasan AADK dan telah nyatakan perintah bon adalah tidak sesuai. [69] Setelah mendengar faktor mitigasi pihak pembelaan dan hujahan pemberat oleh pihak pendakwaan dan with the aim of deterance and retributive sentence, Mahkamah dengan ini memutuskan bahawa bagi bagi kes AI-82D-4-7/2022, OKT dihukum denda RM4000.00 sekiranya gagal bayar 8 bulan penjara dan 3 tahun perintah pengawasan AADK, dan bagi kes AI-82D-5-10/2022, OKT dihukum denda RM4000.00 sekiranya gagal bayar 8 bulan penjara dan 3 tahun perintah pengawasan AADK. [70] Peguambela kemudian telah memohon untuk pengangguhan hukuman kerana ingin membuat rayuan dan telah merujuk kepada beberapa nas otoriti yang mana dihujahkan bahawa tiada keperluan untuk menunjukkan special cisrcumstances dan OKT tidak mampu membayar jumlah denda yang tinggi. [71] Pihak pendakwaan tiada bantahan untuk permohonan ini tetapi memohon jaminan dinaikan ke RM6000.00 bagi setiap pertuduhan. [72] Mahkamah telah merujuk kepada peruntukkan seksyen 311 Kanun Tatacara Jenayah dan mendapati tiada special circumstance bagi membenarkan permohonan ini. Oleh itu, tiada penggantungan hukuman dibenarkan bagi hukuman denda dan perintah pengawasan AADK yang dikenakan. Disediakan pada 14 Oktober 2025 Phulrani Kaur a/p Gurcharon Singh Majistret Mahkamah Majistret Slim River Timbalan Pendakwaraya : Nor Syahirah Binti Azahar Peguambela : Muhammad Amin bin Anuar