Perayu telah dituduh di Mahkamah Sesyen Kangar bagi dua pertuduhan di bawah seksyen 21(b) Akta SPRM seperti yang berikut: S/N dQahLgMeikGk9OqtlkdhFQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 “PERTUDUHAN PINDAAN PERTAMA: Bahawa kamu, pada 15 Ogos 2017, jam lebih kurang 8.17 malam, sebagai Pegawai Badan Awam, iaitu Timbalan Penguasa Bomba, yang bertugas di Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, melalui satu panggilan telefon daripada talian nombor 0124878559 ke talian nombor 01112402224, telah secara rasuah meminta untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang berjumlah RM1,200.00 daripada Heng Chia Siong yang mana pada masa panggilan itu dibuat, Heng Chia Siong berada di dalam premis Salun Haw Yi, No. 10, Jalan 19, Taman Pauh Indah, di dalam Daerah Arau, dalam Negeri Perlis, sebagai suatu dorongan supaya kamu tidak melaksanakan suatu perbuatan rasmi berhubungan dengan hal ehwal badan awam kamu, iaitu agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik premis Salun Haw Yi kerana disyaki telah melakukan kesalahan pengubahsuaian premis yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran, dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta 694. PERTUDUHAN PINDAAN KEDUA: Bahawa kamu, pada 16 Ogos 2017, jam lebih kurang 12.15 tengah hari, di premis Salun Haw Yi, No. 10, Jalan 19, Taman Pauh Indah, di dalam Daerah Arau, dalam Negeri Perlis sebagai Pegawai Badan Awam, iaitu Timbalan Penguasa Bomba KB38, yang bertugas di Bahagian Keselamatan Kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis, telah secara rasuah menerima untuk diri kamu suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM1,200.00 daripada Heng Chia Siong, sebagai suatu dorongan supaya kamu tidak melaksanakan suatu perbuatan rasmi berhubungan dengan hal ehwal badan awam kamu, iaitu agar tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas pemilik premis Salun Haw Yi kerana disyaki telah melakukan kesalahan pengubahsuaian premis yang boleh mendatangkan bahaya kebakaran, dan dengan itu, kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 21(b) S/N dQahLgMeikGk9OqtlkdhFQ **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) Akta 694.”.