Lampiran
Lampiran 18 2. Notis Rayuan daripada pihak Perayu/Defendan terhadap sebahagian keputusan Mahkamah ini bertarikh 8.10.2024 iaitu terhadap gantirugi am 30 (kehilangan tanggungan bagi P1 dan P2) dan gantirugi khas (Kos baiki dan tunda motorsikal bagi pihak P3). Lampiran 19 35 3. Notis Rayuan daripada Perayu/ Plaintif-Plaintif terhadap keputusan Mahkamah ini terhadap isu liabiliti sahaja. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 4. Untuk kemudahan, pihak-pihak akan dirujuk dalam kapasiti asal mereka di Mahkamah Sesyen iaitu sebagai Plaintif-Plaintif dan 40 Defendan-Defendan. Kes Plaintif 5. Plaintif Pertama dan Plaintif Kedua adalah ibubapa yang sah serta 45 orang-orang tanggungan Muhammad Akmal Syazwi Bin Azmi, simati, penunggang motorsikal, dan membawa tuntutan ini di bawah Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sibil 1956, untuk kerugian yang ditanggung akibat kematian anak mereka. Plaintif ketiga adalah pembonceng motorsikal yang ditunggangi simati pada masa kejadian dan menuntut gantirugi am dan khas 50 akibat kecederaan yang ditanggungnya dan kerosakan motorsikal terlibat. 6. Pada 16hb September 2020, Muhammad Akmal Syazwi Bin Azmi, simati secara sah sedang menunggang motosikal WD 4285 A bersama dengan Plaintif Ketiga sebagai pemboncengnya dari arah Sunway Putra 55 menuju ke arah Paroi. Apabila sampai di KM278.1(S) Lebuhraya Utara Selatan, Nilai, Negeri Sembilan, motorkar WQG 8440 yang dipandu oleh Defendan yang berada di hadapan motosikal yang ditunggangi simati telah S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ secara tiba-tiba menukar haluan ke kiri lalu memberhentikan motokarnya secara mengejut dilorong kecemasan yang menyebabkan simati melanggar 60 bahagian belakang motokar tersebut. Akibat perlanggaran tersebut, simati telah mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia manakala Plaintif Ketiga mengalami kecederaan, kerosakan dan kerugian. 7. Adalah menjadi dakwaan Plaintif-Plaintif bahawa kemalangan tersebut 65 diakibatkan sepenuhnya atau disumbangkan oleh kecuaian Defendan dalam mengawal, menguasai dan memandu motokar WQG 8440. Kes Defendan 70 8. Defendan mengakui bahawa pada tarikh dan tempat yang dinyatakan, satu kemalangan telah berlaku yang melibatkan motosikal No. WD 4285 A yang ditunggangi oleh simati dan motokarnya bernombor pendaftaran No. WQG 8440. Defendan telah memandu motokar No. WQG 8440 bersama-sama dua (2) orang penumpang iaitu adik-adiknya dari Klang 75 ke Seremban melalui Lebuh Raya Utara Selatan. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 9. Apabila sampai di KM278.1 (S), motokar Defendan telah mengalami kerosakan dan Defendan telah memberhentikan motokar beliau di lorong kecemasan. Defendan telah memasang lampu isyarat kecemasan dan pihak 80 PLUS Ronda telah sampai ke lokasi dan meletakkan beberapa kon pantul cahaya di belakang motokar Defendan. 10. Lebih kurang 1/2 jam hingga 1 jam selepas Defendan memberhentikan motokar beliau di Lorong kecemasan, motosikal No. WD 4285 A yang 85 ditunggang Muhammad Akmal Syazwi Bin Azmi, si mati telah melanggar bahagian belakang motokar Defendan. Keputusan Mahkamah 90 11. Mahkamah memutuskan atas imbangan kebarangkalian untuk membenarkan sebahagian daripada rayuan tersebut sebagaimana berikut : i. Terhadap isu liabiliti: Mahkamah mendapati bahawa terdapat sebab yang mencukupi untuk Mahkamah ini mengubah 95 keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, di mana Mahkamah ini S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ memutuskan bahawa liabiliti ditanggung sepenuhnya, i.e. 100% oleh Plaintif dan tiada sumbang cuai terhadap Defendan. ii. Mahkamah memutuskan bahawa keputusan Hakim Mahkamah Sesyen terhadap kehilangan tanggungan bagi Plaintif Pertama 100 dan Plaintif Kedua serta Gantirugi khas bagi Plaintif Ketiga untuk kos baiki dan tunda motorsikal dikekalkan. iii. Tiada perintah terhadap kos. 12. Lampiran 19 – rayuan pihak plaintif terhadap keputusan Mahkamah 105 berkenaan isu liabiliti :- Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah memutuskan bahawa simati bertanggungan 75%, manakala Defendan sumbang cuai 25%. Setelah Mahkamah ini meneliti rekod-rekod rayuan serta 110 penghujahan-penghujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini telah mengubah keputusan HMS dan memutuskan bahawa pihak Plaintif-Plaintif bertanggungan 100% terhadap kemalangan tersebut. 13. Pihak Plaintif yang tidak berpuashati dengan keputusan berkenaan 115 telah memfailkan notis rayuan di lampiran 19. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ DAPATAN UNDANG-UNDANG TERHADAP ISU LIABILITI (rayuan lamp. 19) 14. Meneliti keterangan-keterangan berkenaan dengan kemalangan 120 tersebut yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati bahawa terdapat dua versi yang jelas bertentangan mengenai bagaimana kemalangan tersebut terjadi. Mengikut versi Plaintif-Plaintif, kemalangan berlaku diakibatkan oleh tindakan defendan yang memandu motokarnya di hadapan motosikal yang ditunggangi simati telah secara 125 tiba-tiba menukar haluan ke kiri lalu memberhentikan motokarnya secara mengejut yang menyebabkan simati melanggar bahagian belakang motokar tersebut. 15. Manakala versi pihak Defendan pula adalah sebagaimana 130 berikut : Motokar yang dinaiki oleh Defendan telah mengalami kerosakan dan Defendan telah memberhentikan motokarnya di lorong kecemasan. Defendan telah memasang lampu isyarat kecemasan di belakangnya 135 motokarnya. Pada masa yang sama, pihak PLUS Ronda juga telah S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ sampai ke lokasi dan meletakkan kon di belakang motokar Defendan sebagaimana amaran bahawa terdapat motokar rosak di lorong kecemasan. 140 16. Prinsip undang-undang menetapkan bahawa dalam keadaan dimana kedua-dua pihak telah memberikan dua versi yang berlainan, Mahkamah hendaklah memilih versi yang lebih berkemungkinan atau “more inherently probable” seperti yang diputuskan dalam kes Tabrani bin Mohd Arsad v Chan Tenn Yeu [1999] 2AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v Ariffin bin 145 Hussain [1990] 2 CLJ 191. 17. Bagaimanapun, sebelum Mahkamah menentukan versi mana yang lebih berkemungkinan, Plaintif-Plaintif terlebih dahulu menanggung beban pembuktian untuk membuktikan tuntutannya terhadap Defendan. (rujuk 150 seksyen 101 dan 102 Akta Keterangan 1950). Mahkamah turut mengambil panduan daripada petikan dalam kes Wong Thinn Yit v Mohamed ali [1971] 1 LNS yang menyatakan : “in negligence action, the onus of proof rests wholly on the plaintiff, 155 whether or not the defendant gives evidence. The plaintiff cannot S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ succeed without proof of the defendant’s negligence. Evidence is the foundation of proof, with which it must not be confounded. Proof is that which leads to a conclusion as to the truth or falsity of alleged facts which are the subject of inquiry. Evidence, if accepted and believed, may result 160 in proof, but it is not necessarily proof of itself.” 18. Untuk memutuskan isu ini, Mahkamah telah meneliti keterangan yang dikemukakan oleh pihak Plaintif. Untuk perbicaraan berkaitan isu liabiliti, Plaintif telah mengemukakan dua saksi iaitu Pegawai Penyiasat (SP1) dan 165 pembonceng motorsikal (SP3). 19. Mengikut SP1, dia hanya pergi ke tempat kejadian pada pukul 10 pagi keesokan harinya. Semasa tiba disitu, kenderaan-kenderaan terlibat dan kesan-kesan kemalangan telah tiada. Bagaimanapun, SP1 telah mengambil 170 keterangan dari beberapa pihak, antaranya Defendan, anggota-anggota PLUS yang terlibat, penumpang-penumpang Defendan, pemandu tow truck, Plaintif ketiga dan bapa simati. 20. Hasil siasatan SP1 mendapati bahawa kemalangan berlaku pada 175 pukul 8.39 malam. Semasa perlanggaran berlaku, motokar Defendan telah S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ diparkir di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. Pegawai PLUS telah hadir dan meletakkan 6 kon keselamatan pantul cahaya di belakang motokar Defendan dan kemudianya beredar dari tempat kejadian. SP1 turut mengesahkan bahawa hasil siasatannya mendapati bahawa kemalangan 180 berlaku selepas pegawai PLUS telah beredar dari tempat kejadian 21. Mahkamah juga meneliti keterangan SP3, iaitu pembonceng motorsikal. Mengikut keterangan SP3, kemalangan berlaku diakibatkan oleh motokar Defendan yang telah secara tiba-tiba mengubah laluan dari lorong 185 kanan dan masuk ke lorong kecemasan yang menyebabkan pertembungan berlaku. Semasa disoal balas, SP3 mengakui bahawa, semasa kejadian, simati sedang menunggang motorsikalnya di laluan kecemasan dengan kelajuan yang melebihi had laju. 190 22. Tugas Mahkamah adalah untuk menentukan sama ada berdasarkan keterangan-keterangan SP1 dan SP3, Plaintif-Plaintif telah berjaya membuktikan tuntutan mereka sebagaimana yang didakwa terhadap Defendan. Sebagai pembonceng, SP3 adalah saksi mata yang melihat kejadian berlaku. (Rujuk seksyen 60 Akta Keterangan 1950). Dalam 195 keterangannya, SP3 menyatakan bahawa kemalangan diakibatkan oleh S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ tindakan motokar Defendan yang tiba-tiba berhenti secara mengejut di lorong kecemasan selepas menukar laluan dari kanan ke kiri. SP3 bergantung sepenuhnya kepada keterangan oralnya. 200 23. Adalah menjadi dapatan Mahkamah bahawa SP 3 adalah saksi berkepentingan. Meneliti penyata tuntutan yang disediakan, SP3 adalah salah seorang yang akan menerima hasil daripada tuntutan ini sekiranya Plaintif-Plaintif berjaya membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Dalam keadaan ini, terdapat sebab-sebab yang kukuh untuk mempercayai 205 bahawa SP3 mempunyai kepentingan secara langsung terhadap keputusan yang akan dicapai melalui tindakan ini. 24. Dalam memutuskan kredibiliti SP3 sebagai saksi dan tahap keberatan yang harus diberikan kepada keterangannya, Mahkamah hendaklah 210 mengimbangi kewajaran dan kebarangkalian keterangan SP3 berbanding dengan keterangan-keterangan lain secara keseluruhannya. (Rujuk kes Tan Cheng Hock v Chan Thean Soo & Anor [1987 2 MLJ 479]). Sebagai saksi berkepentingan, pertimbangan ke atas keterangannya juga hendaklah dibuat selepas mengambilkira bukti-bukti dan keadaan kes 215 keseluruhannya. Mahkamah merujuk kepada kes Teoh Kiang Hong v. Theow S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ Say Kow @ Teoh Kiang Seng, Henry & Other Appeals [2025] 2 MLRA, dimana Mahkamah Persekutuan menyatakan :- “There was no legal presumption that an interested witness should not 220 be believed. Until cogent reasons for disbelief could be advanced in the light of evidence to the contrary and the surrounding circumstances, the witness was entitled to credence. The rejection of the evidence of witnesses on the ground of being an interested witness alone was not justifiable if the evidence on record was otherwise 225 trustworthy or consistent and corroborated.” 25. Sebagai saksi berkepentingan juga, Mahkamah berpandangan bahawa keterangan SP3 hanya boleh diterimapakai sekiranya keterangan tersebut disokong oleh satu keterangan yang lain. 230 26. Untuk penentuan isu liabiliti, pihak Plaintif mengemukakan keterangan SP1 dan SP3 untuk membuktikan tuntutan mereka terhadap Defendan. Persoalan yang harus diputuskan adalah sama ada keterangan SP1 didapati telah menyokong keterangan SP3 bagi membolehkan Mahkamah ini 235 menerima keterangan SP3 untuk menyokong tuntutan Plaintif-Plaintif. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 27. Mahkamah meneliti keterangan SP3 berbanding keterangan pegawai penyiasat, SP1. Hasil penelitian mendapati bahawa terdapat percanggahan yang ketara antara keterangan SP3 dan SP1. Menurut SP3, perlanggaran berlaku akibat tindakan Defendan yang menukar laluan secara tiba-tiba dari 240 lorong kanan ke kiri memasuki laluan kecemasan dan berhenti mengejut. Tindakan motokar Defendan yang telah berhenti di laluan kecemasan secara tiba-tiba telah menghalang laluan simati. 28. Menurut SP1, hasil siasatannya mendapati bahawa perlanggaran 245 berlaku semasa motokar dalam keadaan statik selepas mengalami kerosakan dan sedang di parkir di lorong kecemasan dengan beberapa kon pantul cahaya diletakkan di belakang motokar tersebut. Apa yang jelas adalah kedua-dua versi keterangan ini jelas bercanggah antara satu sama lain dan percanggahan tersebut adalah terhadap isu material, iaitu tentang 250 bagaimana perlanggaran tersebut berlaku. 29. Mahkamah mengambil panduan daripada kes Gunalan Ramachandran & Ors v PP [2006] 2MLJ 197 dimana Mahkamah Persekutuan memutuskan : 255 S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ “what need to be considered is whether the discrepancies relate to material aspects of the case or otherwise. As stated in Sarkar on Evidence 15ht edn. Pg 112: Minor discrepancies are possible even in the version of truthful witnesses and such minor discrepancies only 260 add to the truthfulness of their evidence (Sidhan v State of Kerala [1986] Cri LJ 470, 473 (Ker). But discrepancies in the statements of witnesses on material points should not be lightly passed over, as they seriously affect the value of their testimony….the main thing to be seen is whether the inconsistencies go the root of the matter or pertain 265 to insignificant aspects thereof..” 30. Berpandukan prinsip-prinsip undang-undang yang telah dinyatakan, Mahkamah memutuskan bahawa keterangan SP3 tidak boleh diterima sebagai keterangan untuk menyokong tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap 270 Defendan atas alasan-alasan berikut :- i. SP3 adalah saksi berkepentingan. Sebagai saksi berkepentingan, Mahkamah hendaklah mengambil sikap berhati-hati dalam menerima keterangan SP3. Dalam membuat pertimbangan sama 275 ada untuk menerima atau tidak keterangan SP3, Mahkamah S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ hendaklah melihat bukti-bukti yang dikemukakan secara keseluruhan. ii. Mahkamah hendaklah melihat sama ada keterangan yang dikemukakan olehnya disokong oleh satu keterangan lain yang 280 boleh diterima (admissible). iii. Dalam tindakan ini, selain dari SP3, plaintif juga menurunkan SP1, iaitu pegawai penyiasat sebagai saksi mereka untuk memberikan keterangan terhadap isu liabiliti. iv. Mahkamah juga mengambil maklum bahawa, dalam kapasitinya 285 sebagai pegawai penyiasat, SP1 adalah saksi yang tidak berkepentingan dan hanya hadir memberi keterangan berdasarkan hasil siasatan yang telah dijalankan terhadap kes tersebut. v. Bagaimanapun, Mahkamah berpandangan bahawa keterangan SP1 tidak boleh digunakan untuk menyokong keterangan SP3 290 kerana seperti yang dijelaskan di atas, terdapat percanggahan yang ketara kepada isu material diantara kedua-duanya. vi. Mahkamah ini juga mendapati bahawa tiada sebarang penjelasan telah diberikan oleh plaintif-plaintif mengenai percanggahan ini. 295 S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 31. Atas alasan-alasan di atas, Mahkamah mendapati bahawa plaintif-plaintif gagal mengemukakan sebarang keterangan yang jelas tentang bagaimana perlanggaran tersebut berlaku. Kegagalan ini menyebabkan Mahkamah ini memutuskan bahawa Plaintif-Plaintif telah gagal untuk membuktikan atas imbangan kebarangkalian bahawa 300 kemalangan tersebut diakibatkan sepenuhnya oleh kecuaian Defendan. 32. Untuk kesempurnaan, Mahkamah turut meneliti keterangan saksi-saksi pihak Defendan. Mengikut Defendan (SD3), dia berlepas dari Klang pada jam 7.30 petang. Apabila tiba di KM277.6 Lebuhraya Utara 305 Selatan pada pukul 8.30 malam, motokarnya telah mengalami kerosakan. SD3 telah meletakkan kereta tersebut di lorong kecemasan dan memasang lampu kecemasan. Pada pukul 8.40 malam, anggota PLUS telah sampai dan meletakkan beberapa kon pantul Cahaya di belakang motokarnya dan kemudian beredar pergi. 310 33. Defendan turut memanggil dua pegawai PLUS untuk memberi keterangan iaitu SD1 dan SD2. SD1 adalah pegawai PLUS yang datang ke tempat kejadian pada pukul 8.39 malam, sebelum kemalangan berlaku untuk menempatkan kon-kon pantul cahaya di belakang motokar Defendan. 315 S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 34. SD1 mengesahkan bahawa kedudukan motokar Defendan sebelum kemalangan adalah, sebahagiannya berada di kawasan rumput dan sebahagiannya di lorong kecemasan. SD1 turut mengesahkan bahawa motokar tersebut diletakkan di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. 320 35. Manakala SD2 pula adalah pegawai PLUS yang telah hadir ke tempat kejadian tersebut pada pukul 10.14 malam selepas kemalangan berlaku. Sesampainya di situ, SD2 mendapati kedudukan motokar adalah separuh tayar sebelah kiri berada di rumput dan tayar sebelah kanan berada 325 di lorong kecemasan. SD2 mengesahkan kemalangan melibatkan motokar Defendan dan motorsikal yang ditunggang simati. SD2 telah mengambil 5 keping gambar tempat kejadian. (rujuk ekshibit D8 ms 231-233 RR). 36. SD2 juga mengemukakan dua dokumen iaitu Borang Catatan PLUS 330 Ronda (ekshibit D11) dan Laporan Kemalangan Jalanraya. (ekshibit D9). Mengikut laporan D9 – “setibanya PLUS Ronda di lokasi, kejadian telah berlaku. Dari keterangan pembonceng motorsikal, beliau dan rakan terlanggar 335 S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ kereta di lorong kecemasan. Kereta pending yang berekod – Kereta Rosak.” 37. Berdasarkan keterangan saksi-saksi Defendan, perlanggaran telah berlaku di lorong kecemasan apabila motorsikal yang ditunggang oleh simati 340 melanggar motokar Defendan yang sedang berada dalam keadaan statik di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan. 38. Mahkamah turut mendapati bahawa versi kemalangan yang dibawa oleh pihak Defendan adalah lebih berkemungkinan kerana :- 345 i. Keterangan Defendan disokong oleh kehadiran saksi-saksi bebas dan tidak berkepentingan iaitu anggota-anggota PLUS. ii. Versi Defendan juga turut disokong oleh keterangan SP1. 350 39. Berdasarkan prinsip yang diputuskan dalam kes Mahkamah Tabrani bin Mohd Arsad v Chan Tenn Yeu [1999] 2 AMR 1884 dan Lee Ewe Teik v Ariffin bin Hussain [1990] 2 CLJ 191, dalam keadaan terdapat dua versi yang bertentangan tentang bagaimana kemalangan tersebut berlaku, S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ Mahkamah hendaklah memilih versi yang lebih berkemungkinan atau “more 355 inherently probable”. 40. Dalam penghujahannya, Plaintif-Plaintif turut mempertikaikan kenyataan Defendan bahawa pada masa kemalangan, motokar Defendan mengalami kerosakan kerana tiada sebarang resit pembaikian disertakan. 360 41. Plaintif-Plaintif juga mencabar kenyataan Defendan tentang kewujudan kon-kon pantul cahaya di belakang motokar Defendan pada masa itu. Bagaimanapun, Mahkamah menolak perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Plaintif-Plaintif tersebut atas alasan kenyataan-kenyataan 365 tersebut hanya berupa kenyataan kosong yang tidak disokong oleh sebarang keterangan. 42. Sebaliknya, Defendan telah berjaya melepaskan beban pembuktiannya atas dasar imbangan kebarangkalian bahawa motokarnya 370 telah mengalami kerosakan dan terpaksa diparkir di lorong kecemasan kerana keterangan-keterangan dari anggota PLUS dan pegawai penyiasat yang tampil memberi keterangan di mahkamah telah mengesahkan perkara-perkara tersebut. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 43. Mahkamah turut memutuskan bahawa simati bertanggungan 100% 375 terhadap perlanggaran tersebut dan tiada sumbang cuai dikenakan terhadap Defendan atas alasan-alasan berikut :- i. Mahkamah merujuk kepada Rule 53(1) of the Road Traffic Rules 1959 yang menyatakan: 380 “Subject to subrule (2), no vehicle of any specified classes or description shall be driven, pushed, park or left unattended on any emergency lane except in cases of emergency.” ii. Dalam kes ini, adalah perkara yang tidak dipertikaikan bahawa perlanggaran berlaku di lorong kecemasan. Malah, keterangan 385 SP3 turut menyatakan bahawa semasa perlanggaran, simati menunggang motorsikalnya di lorong kecemasan dengan had laju yang tinggi. iii. Berdasarkan Rule 53(1) of the Road Traffic Rules 1959, lorong kecemasan hanya dihadkan untuk keadaan kecemasan. Adalah 390 menjadi dapatan Mahkamah bahawa, motokar Defendan yang mengalami kerosakan semasa memandu jalanraya berkenaan tergolong dalam kategori kecemasan dan layak untuk diparkir di laluan kecemasan sambil menunggu bantuan. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ iv. Mahkamah juga mendapati Defendan telah mengambil tindakan 395 yang sewajarnya untuk memberi peringatan kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain tentang kehadiran motokarnya di laluan kecemasan dengan meminta bantuan anggota-anggota PLUS untuk meletakkan sejumlah 6 kon yang boleh memantul Cahaya di belakang kenderaannya. 400 v. Dalam keadaan ini, Mahkamah membuat dapatan bahawa kecuaian terletak sepenuhnya ke atas simati apabila menunggang motorsikalnya di lorong kecemasan sedangkan terdapat peruntukan yang jelas yang melarang sebarang kenderaan melalui lorong tersebut melainkan dalam keadaan kecemasan. 405 Bukan itu sahaja, keterangan SP3 yang merupakan pembonceng juga menyatakan bahawa motorsikal tersebut ditunggang dengan laju. Konklusi 410 44. Berdasarkan alasan-alasan di atas, Mahkamah berpandangan bahawa kecuaian terletak sepenuhnya ke atas simati, penunggang motorsikal tersebut, apabila simati, secara tidak sah menunggang S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ motorsikalnya di lorong kecemasan dengan laju dan melanggar belakang 415 motokar Defendan yang diletakkan di lorong kecemasan tersebut secara sah, dan dalam keadaan Defendan telah mengambil langkah-langkah yang mencukupi untuk memberi amaran kepada pengguna-pengguna jalanraya yang lain tentang kehadiran motokarnya disitu. 420 RAYUAN OLEH DEFENDAN MENGENAI GANTIRUGI KHAS (LAMP. 18) 45. Dalam keputusannya, HMS telah mengawadkan kepada awad gantirugi khas sebagaimana berikut :- 425 i. Sejumlah RM67,200 diawadkan kepada P1 dan P2 sebagai kehilangan tanggungan akibat kematian anak mereka, penunggang motorsikal. ii. Sejumlah RM3558.18 diawadkan kepada P3 untuk kos membaiki motorsikal dan RM1500 untuk kos tunda motorsikal. 430 Alasan-alasan yang dikemukakan oleh Defendan untuk mempertikaikan keputusan HMS adalah seperti berikut :- i. Tiada saksi yang dipanggil untuk menyokong tuntutan-tuntutan tersebut. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ ii. Untuk awad kehilangan tanggungan, SP2, majikan simati yang 435 datang memberi keterangan mengesahkan bahawa simati hanya sempat bekerja satu (1) hari sebelum kemalangan berlaku. iii. Bil yang membaiki motorsikal dan bil tunda telah diletakkan di (bahagian C) Ikatan Dokumen Bersama, iaitu di bahagian 440 dokumen yang tidak dipersetujui dan ditandakan sebagai ID5 dan ID6. iv. Tiada sebarang alasan yang diberikan oleh HMS untuk menjelaskan mengapa tuntutan gantirugi khas tersebut dibenarkan. 445 46. Mahkamah ini memutuskan membenarkan gantirugi khas untuk kos pembaikian dan tunda motorsikal yang dipohon oleh Plaintif-Plaintif atas alasan-alasan sebagaimana dibawah. 450 Dapatan Mahkamah 47. Dalam rayuan ini, pihak Defendan mempertikaikan keputusan HMS yang membenarkan tuntutan gantirugi khas untuk tanggungan dan kos S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ pembaikian dan tunda motorsikal atas alasan keputusan tersebut telah 455 dibuat berdasarkan keterangan yang tidak jelas dan dokumen-dokumen yang di tanda sebagai ID dan tidak dikemukakan melalui pembuatnya. 48. Prinsip undang-undang yang mengawalselia pemberian awad dibawah kategori gantirugi khas adalah butir-butir gantirugi tersebut 460 hendaklah diplidkan secara jelas dalam pliding. Sekiranya butir-butir gantirugi tersebut tidak diplidkan, maka sebarang keterangan berkenaan dengan butir-butir gantirugi tersebut tidak boleh dikemukakan ke Mahkamah. (rujuk kes Tan Kuan Yau v Suhindrimani [1985] 2 MLJ 22 (FC), Yeah Eh Farn v Alliance Bank (M) Bhd [2014] 3 CLJ 803.) 465 49. Mahkamah juga merujuk kepada kes yang menyatakan Inas Faiqah bt Mohd Helmi v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ, Mahkamah Persekutuan menyatakan :- “ In assessing damages, the court should not be motivated by 470 sympathy an award fair compensation based on cogent evident. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk of future damage, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ such evidence based on the recognized balance of probabilities 475 standard..” 50. Untuk awad tanggungan sejumlah RM67,200 yang diberikan oleh HMS yang bijaksana, Mahkamah berpandangan bahawa awad tersebut telah diberikan setelah HMS membuat penilaian terhadap 480 keterangan-keterangan yang dikemukakan. 51. Yang pertamanya, gantirugi ini telah diplidkan dengan jelas dalam pliding. Yang keduanya, fakta bahawa simati mempunyai pendapatan semasa kematiannya bukan sekadar spekulasi. 485 52. Terdapat keterangan daripada SP2 bahawa semasa kematiannya, simati bekerja sebagai sekuriti di MBF Protection Services Sdn Bhd dengan gaji bulanan sebanyak RM1652.73. Bagaimanapun, mengikut SP2, memandangkan simati cuma sempat bekerja sehari, majikannya telah 490 membayar gaji pampasan sebanyak RM1000. 53. Dalam keputusannya HMS meletakkan jumlah RM350 sebulan sebagai jumlah gantirugi tanggungan untuk P1 dan P2. Defendan S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ mempertikaikan keputusan ini memandangkan keterangan SP1 495 menyatakan bahawa simati hanya memberikan duit belanja kepadanya sebanyak RM200 sebulan. 54. Dalam keadaan ini, Mahkamah memutuskan untuk mengekal keputusan HMS atas alasan-alasan berikut :- 500 i. Fakta bahawa simati bekerja semasa kematiannya telah berjaya dibuktikan dengan kehadiran SP2 yang mengesahkan perkara tersebut. SP2 juga mengesahkan bahawa simati tetap dibayar dengan gaji pampasan sejumlah RM1000 walaupun hanya 505 sempat bekerja sehari. ii. Kehadiran SP2 untuk mengesahkan pendapatan simati menunjukkan bahawa simati mempunyai pendapatan semasa kematiannya bukan sekadar spekulasi semata-mata. (Rujuk kes Inas Faiqah) 510 iii. Ini bermakna, sekiranya simati tidak terlibat dengan kemalangan tersebut dan masih meneruskan pekerjaannya bersama SP2, adalah wajar dan munasabah untuk dikatakan bahawa simati akan menanggung kedua ibu dan ayahnya. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ iv. Dalam keadaan ini, Mahkamah juga berpandangan bahawa 515 keputusan HMS yang mengawadkan 1/3 dari jumlah pampasan terakhir yang diterima dari pekerjaan simati juga adalah satu keputusan yang berasas dan berlandaskan nas undang-undang terdahulu. (Rujuk kes Nagenthiran Thangarajoo vs Muhammad Azwan Moh Afandi & Anor [2023] 1 LNS 1180) 520 55. Mengenai kos pembaikian dan tunda motorsikal, Mahkamah ini telah meneliti pernyataan tuntutan yang disediakan oleh pihak Plaintif-Plaintif dan mendapati bahawa Plaintif-Plaintif telah memplidkan secara jelas butir-butir berkenaan dengan kos membaiki motorsikal dalam pliding. Di dalam pliding 525 tersebut, turut dinyatakan bahawa resit-resit pembaikian akan dikemukakan kemudian. Semasa perbicaraan, Plaintif-Plaintif juga telah mengemukakan resit pembayaran membaiki motorsikal dan tunda motorsikal sebagai keterangan. 530 56. Perkara yang menjadi isu dan perlu diputuskan adalah sama keputusan HMS yang membenarkan jumlah tuntutan tersebut berdasarkan resit-resit yang ditanda sebagai ID kerana ianya tidak dikemukakan melalui pembuatnya boleh dipertahankan. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 57. Mahkamah menyedari bahawa bil-bil atau resit pembaikian dan tunda 535 motorsikal diletakkan dalam bahagian C ikatan dokumen, iaitu di bahagian di mana dokumen-dokumen tersebut tidak diakui kewujudannya. 58. Bagaimanapun, setelah menilai dan mengamati fakta-fakta kes dan keterangan-keterangan yang dikemukakan, Mahkamah mendapati bahawa 540 tiada pertikaian bahawa kemalangan tersebut melibatkan motokar Defendan dan motorsikal yang ditunggang simati. Berdasarkan keterangan-keterangan yang ada juga, perlanggaran tersebut telah menyebabkan kerosakan teruk ke atas motorsikal berkenaan. 545 59. Memandangkan motorsikal tersebut mengalami kerosakan, maka adalah sesuatu yang wajar dan munasabah bahawa motorsikal tersebut terpaksa ditunda untuk dibawa ke tempat pembaikian dan seterusnya dibaiki. Mahkamah juga berpandangan bahawa jumlah gantirugi khas yang dituntut untuk kos tunda dan pembaikian motorsikal tersebut juga adalah 550 munasabah dan tidak melampau. (manifestly excessive). S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ 60. Berdasarkan alasan-alasan ini, rayuan pihak Defendan terhadap keputusan Mahkamah yang membenarkan tuntutan Plaintif-Plaintif terhadap gantirugi khas tersebut ditolak dengan kos. 555 Bertarikh : 21 Mei 2025 Wan Fadhilah Nor Wan Idris 560 Hakim Mahkamah Tinggi Seremban. Bagi pihak Perayu : Tetuan Sekar Gill & C Suren, No. 507 & 507A, Jalan Melaka Raya 12, 565 Jalan Melaka Raya 12, Taman Melaka Raya, 75000 Melaka. Bagi pihak Responden : Tetuan G.Dorai & Co, Peguambela & Peguamcara, 570 No. 7 Jalan Mawar 1, Taman Mawar. 48000 Rawang, Selangor. S/N 6k2C/fpTK0kxdf7mv2gQQ