Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. CA-A53KJ-136-06/2023 ANTARA ZUHARUDIN BIN MUHAMMAD NOR (No K/P: 871206-11-5801) …PLAINTIF
CA-A53KJ-136-06/2023
Sessions Court of Malaysia30 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (kenyataan oleh Lord Normand dalam Sands v Devan [1945] SC 380).”
“special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damag”
“sendi dan meningkatkan kemungkinan osteoarthritis.2 Bermakna, Osteoartritis adalah kesan daripada kecederaan sendi atau penggunaan sendi yang berlebihan. Dalam kes Vadivelu Vinayagan v Minah Ibrahim [2024] CLJU 1296 terdapat keterangan saksi pakar seperti berikut yang boleh diambil sebagai panduan bagi tujuan pemahaman”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUANTAN DALAM NEGERI PAHANG DARUL MAKMUR, MALAYSIA GUAMAN SIVIL NO. CA-A53KJ-136-06/2023 ANTARA ZUHARUDIN BIN MUHAMMAD NOR (No K/P: 871206-11-5801) …PLAINTIF
1
MUHAMMAD ANAS BIN YAAKOB (No. K/P: 991129-06-5017)
2
MUHAMMAD ARIF BIN YAAKOB (No. K/P: 980406-06-5581) …DEFENDAN-DEFENDAN
1
Tindakan ini adalah tuntutan gantirugi bagi kecederaan, kehilangan dan kerosakan yang dialami oleh plaintif akibat daripada kemalangan yang berlaku antara motorsikal no. VS 3864 dan motorkar no. QAA 3271X pada 25.3.2022 lebih kurang jam 7.30 pagi di Jalan Tanah Putih berdekatan dengan TM Point.
2
Dalam kemalangan tersebut, plaintif adalah penunggang dan pemilik motorsikal tersebut. Sementara defendan 1 adalah pemilik dan defendan 2 adalah pemandu motorkar tersebut.
3
Pada 28.2.2024, liabiliti telah dipersetujui pada kadar 10% ke atas plaintif dan 90% ke atas defendan 2.
4
Pertikaian di antara pihak-pihak hanya melibatkan jumlah gantirugi yang wajar diperolehi oleh plaintif.
5
Bagi tujuan kuantum, Ikatan Dokumen-Ikatan Dokumen berikut telah ditandakan seperti berikut - Ikatan Pliding - Ikatan A Ikatan Dokumen Plaintif - Ikatan B Ikatan Dokumen Tambahan Plaintif -
1
- Ikatan D Ikatan Dokumen Defendan-Defendan - Ikatan E Ikatan Dokumen Tambahan Defendan-Defendan - Ikatan F Ikatan Dokumen Tambahan
1
Defendan-Defendan - Ikatan G
6
6.
18
Bicara Taksiran telah diteruskan pada dijalankan pada 13.8.2024,
10
10.2024 dan 22.11.2024 dengan saksi-saksi berikut-Zuharudin bin Muhammad Nor (Plaintif) - SP1 Dr Liau Kai Ming (Consultant Orthopaedic Surgeon) - SP2 Farisha Afiqah binti Halim (Prothetist & Orthotist) - SP3 Dr Yong Teng Choy (Consultant Orthopaedic Surgeon) -
7
Berkenaan gantirugi khas ini, secara prinsipnya pihak yang menuntut perlulah menyatakan gantirugi tersebut secara spesifik dan seterusnya membuktikan dengan ketat.
8
Prinsip ini telah digariskan oleh Syed Agil Barakbah FJ (pada ketika itu) di dalam kes Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ Rep 300 seperti berikut-It is a well-established principle that special damages in contrast to general damages, have to be specifically pleaded and strictly proved. They are recoverable only where they can be included in the proper measure of damages and are not too remote (see Halsbury's Laws of England 4th Edn., Vol. 11 p. 218 para. 386). That in our view is the cardinal principle adopted by all Courts both in England and this country. The same principle was adopted by Ong Hock Thye FJ (as he then was) in Lee Hup Transport & Co. and Anor. v. Wong Kong [1967] 1 LNS 215[1967] 2 MLJ 93 which was an appeal on quantum of damages. Quoting an excerpt from the judgment of Wilmer LJ in Ilkiw v. Samuels [1963] 1 WLR 991 he held that the general damages should not be awarded as though they were special damages properly pleaded and proved. Similarly Chang Min Tat FJ (as he then was) in Murtadza bin Mohamed Hassan v. Chong Swee Pian [1979] 1 LNS 57applied the principle in Ilkiw v. Samuels (supra) that special damages if pleaded as in that case could be recovered. The principle was also adopted by Mohamed Azmi J (as he then was) in Sam Wun Hoong v. Kader Ibramshah [1981] 1 MLJ 295 in the Federal Court. The reason that special damages have to be specifically pleaded is to comply with its object which is to crystallise the issue and to enable both parties to prepare for trial(per Edmund Davies LJ in Domsalla v. Barr [1969] WLR 630, 634). In special damages claims the exact loss must be pleaded where the precise amount of item of damages has become clear before the trial either because it has already occurred and so become crystallised or because it can be measured with complete accuracy (MacGregor on Damages 14th Edn., p. 1012 para. 1498). The purpose is to put the defendants on their guard and tell them what they have to meet when the case comes on trial (per Cotton LJ in Phillips v. Phillips [1878] 4 QBD 127, 139).
9
Berkenaan bukti pula, bukti terbaik yang ada perlulah dikemukakan untuk menyokong sesuatu tuntutan.
10
Namun “where the damage suffered by the plaintiff is obvious, essential and necessary, the Courts have awarded a reasonable sum without insistence of strict proof depending of course on the circumstances of each case. However, the Court should as a general rule, wherever possible, insist on the strict compliance with rules of evidence”.1 1 S.Santhana Dass, Personal Injury Claims, Alpha Sigma Sdn Bhd (2000), page 10
11
Berdasarkan prinsip-prinsip di atas, saya telah menjadualkan item-item yang diplidkan di dalam penyata tuntutan seperti berikut beserta dengan hujahan pihak-pihak dan keputusan Mahkamah-Item(s) Plaintiff Defendant a. Gantirugi kehilangan barang-barang peribadi RM200.00 ditolak Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.11 PSP1- kos gantirugi kehilangan barang-barang peribadi adalah RM200.00. Tidak dicabar langsung semasa pemeriksaan balas. Jumlah adalah munasabah. Hujahan defendan Item ini wajar ditolak kerana tidak mengemukakan sebarang dokumen atau bukti untuk menyokong kehilangan tersebut, tiada keterangan dan bukti apakah barang yang hilang, berapa harga atau jumlah barangan yang dikatakan hilang. Tiada isu dicabar atau tidak kerana beban pembuktian gagal dilaksanakan. Kes Prabu a/l Kalaiselvan v Tan Kim Beng & Anor [2012] 1 PIR [31] dirujuk. Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan. Tuntutan bagi item (a) ditolak. Item(s) Plaintiff Defendant b. Kos dokumen polis, JPJ dan laporan perubatan RM250.00 RM101.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.12 PSP1- kos dokumen polis, JPJ dan laporan perubatan adalah RM250.00. Tidak dicabar langsung semasa pemeriksaan balas. Jumlah adalah munasabah. Hujahan defendan Terdapat resit carian JPJ (m/s 39 Ikatan B) untuk jumlah RM10.00, 1 resit dokumen polis untuk jumlah RM51.00 (m/s 40 Ikatan B). Tiada resit dikemukakan untuk laporan-laporan perubatan dari HTAA tetapi atas dasar judicial notice, kos laporan perubatan dari hospital kerajaan adalah RM40.00. Jumlah yang wajar dibenarkan adalah RM101.00. Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan dan membenarkan jumlah RM101.00 Item(s) Plaintiff Defendant c. Kos laporan perubatan pakar (otopedik) RM1,700.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.19 PSP1- kos adalah RM1,700.00 dan resitnya di muka surat 27 Ikatan B telah ditanda sebagai Eksibit P3. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Bersetuju dengan jumlah yang dituntut kerana ia disokong dengan bukti. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan jumlah RM1,700.00 Item(s) Plaintiff Defendant d. Kos laporan perubatan pakar (ortosis) RM1,000.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.23 PSP1- kos adalah RM1,000.00 dan resitnya di muka surat 2 Ikatan D telah ditanda sebagai Eksibit P5. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Bersetuju dengan jumlah yang dituntut kerana ia disokong dengan bukti. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan jumlah RM1,000.00 Item(s) Plaintiff Defendant e. Kos perbelanjaan perjalanan dan makanan ulang-alik ke Kuantan pada RM100.00 sehari selama 6 hari yang ditanggung oleh ahli keluarga untuk menziarahi beliau. RM600.00 RM300.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.24 PSP1- kos adalah RM100 sehari selama 6 hari berjumlah RM600. Tidak dapat dicabar semasa pemeriksaan balas. Penjelasan diberi keluarga datang dari Terengganu, Kedah dan Putrajaya. Jumlah adalah munasabah. Hujahan defendan Item ini wajar ditolak kerana tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuntutan tersebut. Hanya kerana ahli keluarga datang dari Terengganu, Kedah dan Putrajaya tidak boleh dijadikan alasan yang munsabah atau to justify jumlah yang telah dibelanjakan. Tiada isu dicabar atau tidak kerana beban pembuktian gagal dilaksanakan. Kes Prabu a/l Kalaiselvan v Tan Kim Beng & Anor [2012] 1 PIR [31] dirujuk. Tetapi tidak dinafikan bahawa plaintif ada mengeluarkan perbelanjaan tetapi kami menghujahkan bahawa dalam ketiadaan sebarang bukti, jumlah RM50.00 adalah munasabah dan jumlah yang wajar dibenarkan untuk 6 hari adalah RM300.00. Keputusan Mahkamah Tempoh 6 hari tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak. Judicial Notice-akan ada keluarga yang datang melawat plaintif di hospital. Mat Jusoh v Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd [1982] 2 MLJ 71 – Although there is no evidence to show whether members of the family made trips to see him in hospital, I assume that they must have done so, having regard to the custom and concern of the people in this country, particularly rural folks towards their sick relatives. Wong Kong v Yee Hup Transport & Ors [1966] 2 MLJ 234 perbelanjaan perjalanan dibenarkan hanya berdasarkan keterangan lisan. Pang Ah Chee v Chong Kwee Sang [1985] 1 MLJ 153 Mahkamah Persekutuan membenarkan tuntutan gantirugi khas untuk kos membaiki motorsikal dan kos perbelanjaan pengkebumian hanya berdasarkan keterangan bersumpah serta tanpa bukti dokumentari. Mahkamah membenarkan RM600.00 sebagaimana tuntutan. Item(s) Plaintiff Defendant f. Kos perbelanjaan perjalanan dan makanan ulang-alik ke Kuantan pada RM100.00 sehari selama 4 kali yang ditanggung sendiri untuk rawatan susulan RM400.00 RM120.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.25 PSP1- kos adalah RM100 sehari selama 4 hari berjumlah RM600. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Plaintif tidak mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong jumlah yang dituntut. Rawatan susulan hanya di Kuantan dan plaintif tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak untuknya. Jumlah yang munasabah adalah RM30.00 sehari untuk 4 hari=RM120.00 Keputusan Mahkamah Tempoh 4 hari tidak dipertikaikan oleh kedua-dua pihak. Judicial Notice-akan ada kos yang terlibat berkenaan dengan perbelanjaan perjalanan dan makanan. Kemalangan berlaku apabila plaintif dalam perjalanan ke tempat kerja. Q&A no.5 PSP1- arah perjalanan plaintif dari Kampung Seri Damai menghala ke tempat kerja di IPD Kuantan. Jarak antara 15km-23km. Oleh itu RM50.00 sehari adalah munasabah. Mahkamah membenarkan RM200.00 bagi item (f). Item(s) Plaintiff Defendant g. Kos Ubat-Ubatan (Alpro Alliance (Pahang) Sdn Bhd) RM261.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.26 PSP1- kos adalah RM261.00 dan resitnya di muka surat 28 Ikatan B yang ditanda sebagai Eksibit P6. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Bersetuju dengan tuntutan dan bukti yang dikemukakan. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan jumlah RM261.00. Item(s) Plaintiff Defendant h. Kos implant-Kanghui Interlocking Tibia Naik (Sinergi Medik Sdn Bhd) RM1,100.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.28 PSP1- kos adalah RM1,100.00 dan resitnya di muka surat 30 Ikatan B yang ditanda sebagai Eksibit P8. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Bersetuju dengan tuntutan dan bukti yang dikemukakan. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan jumlah RM1,100.00. Item(s) Plaintiff Defendant i. Kos tongkat (Alpro Alliance (Pahang) Sdn Bhd) RM72.00 Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.27 PSP1- kos adalah RM72.00 dan resitnya di muka surat 29 Ikatan B yang ditanda sebagai Eksibit P7. Jumlah adalah munasabah dan wajar. Hujahan defendan Bersetuju dengan tuntutan dan bukti yang dikemukakan. Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan jumlah RM72.00. Item(s) Plaintiff Defendant j. Kos Kerusi Roda Ditarik balik Hujahan plaintif Ditarik balik Keputusan Mahkamah Ditolak kerana item ditarik balik oleh plaintif-RM0.00. Item(s) Plaintiff Defendant k. Kos rawatan tradisional dan yang masih berterusan Ditarik balik Hujahan plaintif Ditarik balik Keputusan Mahkamah Ditolak kerana item ditarik balik oleh plaintif-RM0.00. Item(s) Plaintiff Defendant l. Kos rawatan dan pembedahan masa depan-removal of implants RM15,000.00 Ditolak kerana tiada keperluan Hujahan plaintif Keterangan plaintif (SP1) – Q&A no.15 PSP1- kos adalah RM15,000.00 yang disyorkan oleh SP2 Dr Liau Kai Ming, Pakar Orthopedik dalam laporan pakar beliau-Eksibit P2 dan Q&A no.4 PSP2. Mengikut Dr Liau Kai Ming, I do stand by my report dan I do not agree with Dr Yong’s opinion that the metal implants do not need to be removed, as the metal implants are CAUSING DISCOMFORT. Hujahan defendan Keputusan Mahkamah Kemalangan berlaku pada 25.3.2022 dan dimasukkan ke wad HTAA pada tarikh yang sama. Laporan perubatan HTAA di muka surat 13 Ikatan B (dipersetujui tertakluk kepada hujahan) menunjukkan pada 26.3.2022 plaintif telah menjalani – Open reduction, 1/3rd tubular plating of left fibula & Interlocking nail of left tibia. Pada 10.5.2022 plaintif dimasukkan ke wad sekali lagi (daycare) for operation left syndesmotic screw removal and tightening of left tibia interlocking nail distal screw. Dr Liau Kai Ming Pada 18.2.2023 iaitu lebih kurang 10 bulan lebih daripada tarikh kemalangan (tarikh kemalangan adalah 25.3.2022) plaintif telah diperiksa oleh Dr Liau Kai Ming. Walaupun terdapat jarak 10 bulan lebih tersebut terdapat kesan yang telah diadu oleh plaintif akibat daripada kecederaan yang dialami serta pembedahan yang telah dijalani. Persistent pain over left knee and left leg during cold weather and weight bearing, Difficulty going up and down stair cases, Unable to stand or walk for long duration & Unable to perform physically demanding work post-accident. Hasil pemeriksaan Dr Liau Kai Ming telah menyatakan- 1/3rd tubular plating of left fibula Interlocking nail of left tibia Dalam bulan Mei, 2023 plaintif telah menjalani pembedahan mengeluarkan fibular plate (lihat laporan pakar Dr Yong Teng Choy di muka surat 1 Ikatan E yang telah ditanda sebagai Eksibit D10. Dr Yong Teng Choy Pada 8.9.2023 plaintif telah diperiksa oleh Dr Yong Teng Choy, pakar defendan iaitu lebih kurang 1 tahun lebih daripada tarikh kemalangan (tarikh kemalangan adalah 25.3.2022) atau 6 bulan lebih daripada pemeriksaan oleh Dr Liau Kai Ming. Sebelum pemeriksaan dilakukan, plaintif masih mempunyai aduan. Aduan tersebut adalah-unable to bend left knee fully, swelling left ankle after walking more than 2 hours, has to climb stairs slowly. He is a police constable as before. He resume working after 6 months. Prior to the accident he was doing field work on a motorcycle but is still on light duty working at the counter. He wears boots to work and sandals when outing. He is barefooted at home (bandingkan dengan aduan plaintif ketika diperiksa oleh Dr Liau Persistent pain over left knee and left leg during cold weather and weight bearing, Difficulty going up and down stair cases, Unable to stand or walk for long duration & Unable to perform physically demanding work post-accident). Hasil pemeriksaan, Dr Yong berpendapat-Mei 2023-fibula plate was removed Tuntutan RM15,000.00 oleh plaintif adalah berkenaan removal of implants iaitu metal implants over left tibia and fibula. Perlu diingat, semasa pemeriksaan dilakukan oleh Dr Liau, plaintif masih belum lagi menjalani pembedahan mengeluarkan fibular plate. Pembedahan tersebut dijalankan dalam bulan Mei 2023. Dengan pembedahan tersebut menunjukkan – (1) implants yang terdapat dalam tibia dan fibula kiri plaintif boleh dikeluarkan, dan (2) RM15,000.00 tidak diperlukan sepenuhnya kerana implant di bahagian fibula telah dikeluarkan dan ia dikeluarkan di hospital kerajaan. Apabila diperiksa balas oleh peguam plaintif berkenaan sebab implant dalam fibula dikeluarkan, Dr Yong memberi penjelasan berikut-Yes, because what can you see in medical report from HTAA page 14 – middle of the pages – Perkembangan keadaan pesakit....- Admitted under daycare for operation (left syndesmotic screw removal..). Syndesmotic screw we put it is such temporary screw to fix the tibia fibular together. We have to remove it after 4 to 5 months. It’s standard procedure. We put the screw to tighthen tibia fibular together. After that 4-5 month when tibia fibular syndomestic is tighthen, we removed it. Yang tinggal hanyalah intramedullary nail in the proximal left tibia (lihat Eksibit D10A Ikatan G-Laporan Pakar Radiologu oleh Dr Azlin bt Saát. Persoalan di sini adalah adakah perlu dikeluarkan implants yang masih tinggal? Mengikut Dr Liau, ia perlu kerana menyebabkan discomfort. Mengikut Dr Yong pula, tidak perlu kerana plaintif has recovered fairly satisfactorily from the injuries. Masalah mild reduction in dorsiflexion adalah disebabkan mild diffuse swelling of the ankle joint yang disebabkan oleh removal of the implants of the distal 3rd fibula and it should resolve after another 4-6 months. Plaintif telah memberi keterangan pada 13.8.2024 dan menyatakan ketidak selesaan masih terasa semasa beliau menjalankan pekerjaan. Malah, apabila merasa kesakitan, beliau akan berhenti dan membuat pergerakan yang diajar semasa sesi fisoterapi yang diterima. Plaintif adalah anggota polis. Semasa pemeriksaan yang dibuat oleh kedua-dua pakar, plaintif masih bercuti dan/atau menjalankan kerja-kerja yang ringan. Apabila plaintif sudah mula menjalankan tugas-tugas yang sepatutnya, tidak mustahil apa yang dikatakan oleh Dr Liau itu berlaku atau akan berlaku. Oleh itu, atas dasar imbangan kebarangkalian, saya bersetuju dengan pandangan pakar plaintif. Saya membenarkan 1/3 daripada jumlah yang dituntut (RM15,000) iaitu sebanyak RM5,000.00 (tanpa faedah) Item(s) Plaintiff Defendant m. Kos makanan berkhasiat serta ubat-ubatan yang masih berterusan RM94,500.00 Hujahan plaintif Hujahan plaintif adalah memberi fokus kepada ubat-ubatan berikut yang disyorkan oleh Dr Liau Kai Ming, pakar orthopedic plaintif-
a
(a)HA (Hyaluronic Acid) injection Harga suntikan tersebut adalah (1) left knee-RM3,000.00 bagi satu suntikan setiap 6 bulan untuk 3 tahun = RM18,000.00 dan (2) ankle joint-RM3,000.00 bagi satu suntikan setiap 6 bulan selama 3 tahun = RM18,000.00 – total RM36,000.00
b
Ubat-ubatan Topical NSAID dan periodic oral COX-2 anti inflammatory medication sebanyak RM500.00 setiap kali follow up (yang dicadangkan adalah 4 bulan sekali seumur hidup). Dengan ambil kira hayat hidup 75 tahun untuk lelaki Malaysia dan ditolak dengan umur plaintif – RM39 tahun x RM500 x 3 kali setahun=RM58,500.00. Kesemua ubatan yang dicadangkan di atas adalah disebabkan kemungkinan yang tinggi bagi pihak plaintif mengalami osteoarthritis. Hujahan defendan Item ini wajar ditolak kerana-
a
tiada isu ubat-ubatan yang masih berterusan sebagaimana yang diplidkan apabila pihak plaintif menyatakan bahawa beliau tidak mengambil sebarang ubat-ubatan yang dicadangkan oleh Dr Liau. Beliau hanya mengesahkan beliau hanya menjalankan fisioterapi. Dan apabila sakit, beliau membeli ubat tahan sakit di farmasi sahaja.
b
Oleh itu, dalam masa hampir 2 tahun, plaintif menunjukkan perkembangan yang baik, sembuh dan boleh bekerja serta menjalankan aktiviti harian. Keputusan Mahkamah Saya bersetuju dengan padangan Dr Liaw berkenaan kewujudan early osteoarthritis. Dapatan saya terperinci boleh dilihat di bawah tajuk ganturugi am. Namun, saya ingin merujuk kepada keterangan plaintif, SP1 semasa pemeriksaan balas yang tidak bersetuju dengan cadangan peguam defendan bahawa beliau tidak perlu ubat-ubatan yang dicadangkan. Cuma beliau tidak mampu. Ini adalah kerana, menurut SP1, beliau masih berasa sakit. Beliau sebelum ini diberi tugasan ringan di kaunter aduan. Tugasan ringan yang terakhir adalah pada bulan 5,
2025
Bermula bulan 6, tahun 2025 SP1 telah diarah bertugas seperti biasa di Pondok Polis Peramu. Apabila berasa sakit, beliau membuat fisio yang ringan seperti duduk luruskan kaki atau letak kaki di tempat yang tinggi sehingga lega. Kecuali jika beliau tidak tahan, beliau akan pergi ke farmasi untuk beli ubat tahan sakit. Plaintif juga menyatakan beliau masih belum boleh berlari dan memerlukan solat atas kerusi. Dan ada aktiviti-aktiviti sebelum kemalangan yang masih tidak boleh dilakukan. Namun, plaintif bersetuju bahawa kesakitan sudah tidak teruk dan boleh dikawal. Berkenaan HA (Hyaluronic Acid) injection, keterangan di hadapan Mahkamah diberi oleh Dr Liaw yang menyatakan bahawa apa yang berlaku di Hospital Kerajaan, pesakit yang akan beli HA tersebut dan bawa ke hospital untuk dibuat suntikan. Oleh itu kos pembelian adalah di pihak pesakit itu sendiri. Dengan mengambil kira keterangan Dr Liaw dan juga pekerjaan plaintif, Mahkamah ini bersetuju dengan kos bagi HA (Hyaluronic Acid) injection yang dinyatakan dalam laporan Dr Liaw = RM36,000.00 Berkenaan dengan Ubat-ubatan Topical NSAID dan periodic oral COX-2 anti inflammatory medication, saya mengambil judicial notice bahawa tiada keterangan bahawa ubatan tersebut tidak dibekalkan oleh Hospital Kerajaan. Malah, dengan pekerjaan plaintif, sebagai anggota polis, ubatan tersebut boleh diperolehi dengan percuma. Berdasarkan di atas, Mahkamah ini membenarkan jumlah sebanyak RM36,000.00 (tanpa faedah) Item(s) Plaintiff Defendant n. Kos penjagaan (nursing care and domestic help) yang masih berterusan Dibatalkan kerana ditarik balik oleh plaintif dalam hujahan Keputusan Mahkamah RM00.00 kerana ditarik balik oleh plaintif Item(s) Plaintiff Defendant o. Kos fisioterapi dan yang berterusan RM7,200.00 Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak plaintif berkenaan dengan keperluan fisioterapi yang berterusan apabila mengambil kira pekerjaan plaintif dan keadaan beliau terkini semasa memberi keterangan. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat jumlah 1/3 daripada RM7,200.00= RM2,400.00 adalah wajar dan munasabah. Item(s) Plaintiff Defendant p. Kos untuk prosthesis/orthosis/shoe raise/brace seumur hidup RM96,300.00 RM0.00 @ RM24,793.33 Keputusan Mahkamah Dengan mengambil kira keadaan terkini plaintif semasa memberi keterangan sebagaimana di atas dan juga pekerjaan plaintif serta keterangan Dr Liaw, Mahkamah bersetuju bahawa satu alat sokongan wajar dibenarkan ke atas plaintif. Plaintif menyatakan bahawa beliau perlu alatan tersebut Cuma tidak mampu membeli apa yang dicadangkan. Defendan berhujah bahawa jika Mahkamah tidak bersetuju untuk menolak item ini dan memutuskan plaintif perlu menggunakannya, mereka berhujah bahawa jumlah ½ wajar dibenarkan kerana plaintif masih belum menggunakannya dan masih tidak dapat memastikan sama ada ia sesuai untuknya. Defendan seterusnya berhujah bahawa adalah men jadi tugas plaintif untuk mitigate his loss dan memandangkan terdapat 2 sebut harga bagi item ini dan tiada bukti untuk menunjukkan yang mana lebih baik atau sesuai, maka sebutharga orthosis defendan patut diambil kktra untuk mitigate the loss (RM74,920.00). Dan jika dibenarkan jumlah ½ dari RM74,920,00 iaitu RM24,793.33 wajar dibenarkan. Di hadapan Mahkamah, hanya sebutharga palintif sahaja yang diterima sebagai eksibit melalui SP3. Tiada saksi dikemukakan oleh pihak defendan untuk sebut harga pihak defendan. Atas semua alasan di atas, Mahkamah membenarkan jumlah RM96,300.00 sebagimana tuntutan (tanpa faedah) Item(s) Plaintiff Defendant q. Kos rawatan rehabilitasi dan yang berterusan Keputusan Mahkamah RM0.00 kerana tuntutan ditarik balik. Item(s) Plaintiff Defendant r. Gantirugi kehilangan pendapatan Keputusan Mahkamah RM0.00 kerana tuntutan ditarik balik. Item(s) Plaintiff Defendant s. Gantirugi kehilangan pendapatan masa depan dan kehilangan keupayaan pendapatan Keputusan Mahkamah RM0.00 kerana tuntutan ditarik balik. Item(s) Plaintiff Defendant t. Kos memperbaiki motorsikal no. VS 3864 RM684.00 Keputusan Mahkamah Bagi tuntutan ini, plaintif hanya bergantung kepada satu resit yang ditanda sebagai ID
9
Walaupun dengan penandaan tersebut, pembuat resit tersebut tidak dipanggil. Item yang diplidkan adalah kos memperbaiki kenderaan. Oleh itu, item ini ditolak RM0.00. Item(s) Plaintiff Defendant u. Gantirugi kehilangan kegunaan ke atas motorsikal no. VS 3864 RM450.00 Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan pihak defendan berkenaan item ini dan menola tuntutan ini RM0.00. Item(s) Plaintiff Defendant v. Gantirugi kehilangan NCB ke atas motorsikal no. VS 3864 Keputusan Mahkamah Item telah ditarik balik oleh plaintif – RM0.00 Item(s) Plaintiff Defendant w. Kos perbelanjaan perjalanan dan makanan untuk menghadiri temujanji dengan doktor-doktor pakar Keputusan Mahkamah Item telah ditarik balik oleh plaintif – RM0.00
12
Dalam membuat keputusan berkenaan amaun yang sesuai bagi kecederaan yang dialami oleh plaintif, saya telah berpandukan prinsip-prinsip dan fakta-fakta berikut, inter alia, :
a
Mahkamah perlu mengambil kira keseluruhan fakta dan keadaan kes semasa.
b
Award yang ingin dibenarkan hendaklah suatu jumlah yang adil untuk memampasi atau mengganti rugi plaintif.
c
Jumlah tersebut tidak boleh terlalu berlebihan yang boleh menyebabkaan ketidakadilan kepada defendan.
d
Gantirugi yang dibenarkan adalah berdasarkan kecederaan dan kesakitan yang dialami akibat kecederaan tersebut dan bukan hanya berdasarkan jumlah kecederaan. Isu pertindakan boleh berlaku apabila melibatkan kecederaan yang pelbagai.
e
Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 adalah rujukan atau panduan yang berguna dalam membantu Mahkamah menentukan award yang sesuai bagi sesuatu kecederaan.
13
Dalam kes Inas Faiqah bt Mohd Helmi (an infant suing through her father and next friend, Mohd Helmi bin Abdul Aziz v Kerajaan Malaysia & Ors [2016] 2 MLJ 1 Mahkamah telah menyatakan seperti berikut: It is trite that damages serve as compensation, not a reward, less still punishment (see Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] 2 MLJ 324; [1983] 2 CLJ 198 … In assessing damages the court should not be motivated by sympathy and award fair compensation based on cogent evidence. The court should not descend into a domain of speculation. The evaluation of those evidence, which form the basis of any risk or future damages, must therefore still be undertaken. And the trial judge can only evaluate such damages based on recognised balance of probabilities standard …
14
Mahkamah Persekutuan dalam United Plywood and Sawmill Ltd v Lock Ngan Loi [1970] 2 MLJ 237 telah memberi panduan berikut: …the assessment of damages in cases of personal injury is one of the most difficult things for either a judge in the first instance or a Court of Appeal. When a man has lost his arm there is no sum in the world that can in the true sense compensate for it. Yet compensation in the form of money is the only way in which he can be granted redress for the injury he had suffered. It is neither possible nor desirable for damages for the loss of an arm to be standardized or rigidly classified, as no two cases are ever alike. But in order to maintain some semblance of uniformity, the amount awarded in past cases, which bear reasonable comparison with the case under review, should serve as a useful guide.
15
Since we must perforce measure the damage in money, we must, I think, take account of large and relatively permanent variations in the value of money. ‘And Lord Moncriff added, ‘As regards what falls to be paid in money the court must take note of changes in the value of money (kenyataan oleh Lord Normand dalam Sands v Devan [1945]
16
Berlandaskan prinsip-prinsip di atas, saya kini meneruskan dengan hujahan-hujahaan kedua-dua pihak. Kecederaan Yang Dialami oleh Plaintif
17
Berikut adalah klasifikasi kecederaan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak bagi tujuan pengkuantitian gantirugi am-plaintif defendan Closed Fracture Distal Third Left Tibia and Fibula with closed fracture Neck of Left Fibula with tubular plating left fibula and interlocking naik left fibula (RM70,000.00) Closed fracture distal third left tibia and fibula with closed fracture neck of left fibula (RM40,000.00) Post Traumatic Arthritis of Left Patella-Femoral Joint, Left knee and left tibio-femoral joint, left ankle (RM20,000.00) Post Traumatic Arthritis of Left Patella Femoral Joint and left tibio-femoral joint, left ankle (RM0,00.00)-ditolak Muscle Wasting -1cm left thigh -1cm left calf (RM15,000.00) Muscle Wasting -1cm at the quadriceps -1cm at the calf (RM3,000.00) Abrasion Wound Over Right Chest (RM10,000.00) Abrasion Wound Over Right Chest (RM2,000.00) Multiple Scars -3cm disfiguring hyperpigmented surgical scar over anterior left knee -13cm disfiguring hyperpigmented surgical scar over lateral left leg -2.5 cm infrapatellar scar (RM35,000.00) Multiple Scars -3cm hyperpigmented surgical scar over left knee -13cm hyperpigmented surgical scar over left leg-Hanya 2 parut yang dialami oleh plaintif dan adalah tidak serius (RM5,000.00) Pain and Suffering For Future Operation (RM20,000.00) Pain and Suffering For Future Operation (RM0,00.00)-ditolak sebab plaintif tidak perlu menjalani sebarang pembedahan di masa hadapan
18
Berdasarkan klasifikasi di atas, saya membuat jadual berikut yang merupakan ringkasan hujahan pihak-pihak beserta dapatan Mahkamah ini-Hujahan Plaintif
1
Closed Fracture Distal Third Left Tibia and Fibula with closed fracture Neck of Left Fibula with tubular plating left fibula and interlocking naik left fibula RM70,000-00 RM40,000-00 Alasan- Anazil bin Nordin v Mohd Zaidy bin Rahmat & Anor [[2018] 1 PIR [14] di mana Hakim Mahkamah Sesyen Yang Bijaksana telah membenarkan RM50,000.00 untuk Open fracture distal third of the right tibia and fibula with tendons cut. Plaintiff as a result suffered from severe disabilities and requires assistance for his daily routine. (Nota Mahkamah-kecederaan lebih serius daripada plaintif) Simon Raj a/l Thevadas Anbalagan v Haikal Akmal bin Salihin & Anor [2022] 1 PIR [34] di mana Mahkamah Sesyen telah Alasan- Noraini binti Sukur v Liau Sin Yong & Anor [2020] 1 PIR [58] di mana Hakim Mahkamah Sesyen yang bijaksana telah membenarkan RM30,000.00 bagi Closed fracture of the right distal tibia, fracture of the right medial malleolus and fracture distal half of the left fibula Projek Lebuhraya Usahasama Berhad v Abdul Azim John bin Abdullah [2022] 1 PIR [48] di mana Mahkamah Tinggi telah mengakas award yang diberi oleh Mahkamah Sesyen bagi open fracture left distal 3rd tibia and fibula with 0.5 inch membenarkan RM40,000.00 Grade 3B open fracture of the right tibia and fibula. (Nota Mahkamah-kecederaan lebih serius daripada plaintif sebab Grade 3B open fracture-Type 3B: >10cm wound and high-energy, but with inadequate soft tissue coverage) Hoo Tian Rong v Koit Kai Siang [2022] 1 PIR [34] di mana Hakim Mahkamah Sesyen Yang Bijaksana telah membenarkan RM50,000.00 untuk Malunited closed fracture of the right proximal 1/3 tibia and fracture midshaft of the right fibula. The plaintiff as a result suffered from 2.14 cm shortening of the right fibula, difficulty in brisk walking, squatting and carrying heavy objects, inability to play badminton, and gait impairment). (Nota Mahkamah-kecederaan lebih serius daripada plaintif) shortening daripada RM60,000 kepada RM35,000.00. Nurul Izzah binti Abu Bakar v Muhamad Helmi bin Ismail & Anor [2021] 1 PIR [40] di mana Mahkamah Sesyen membenarkan RM30,000.00 bagi Closed fracture distal 3rd of the right tibia and fibula. The plaintiff as a result suffered from inability to squat, stiffness of the ankle and pain in the ankle). Vadivello a/l Perumal v Chu Wei Seong [2021] 1 PIR [9] di mana Mahkamah Sesyen membenarkan RM15,000.00 bagi Undisplaced fracture head of the right fibula. Keputusan Mahkamah Saya telah nyatakan sebelum ini bahawa terdapat jarak antara pemeriksaan yang dilakukan oleh Dr Liau dan Dr Yong. Setakat pemeriksaan oleh Dr Yong pada 8.9.2023, terdapat mild reduction in dorsiflexion which is due to the mild diffuse swelling of the ankle joint. The swelling ca be attributed to the removal of the implants of the distal 3rd fibula in May and it should resolve after another 4-6 months. Menurut Dr Yong pada ketika itu, plaintif has recovered fairly satisfactorily from the injuries and should be able to resume his normal duties as before after another 4-6 months. Semasa memberi keterangan semasa pemeriksaan balas pada 13.8.2024, plaintif menyatakan bahawa beliau ditugaskan di kaunter aduan (light duty) sehingga bulan 5 tahun 2024 selepas habis cuti sakit. Selepas bulan 5, mulai bulan 6 beliau ditukarkan ke Pondok Polis Peramu, kerja macam biasa, kerja mengikut office hours sahaja. Ada buat kerja me “round” tapi akan menggunakan kereta di IPD sebab masih takut atau trauma menggunakan motorsikal. Tapi plaintif boleh menunggang motorsikal cuma masih trauma. Plaintif semasa memberi keterangan juga menyatakan bahawa beliau masih rasa sakit di lutut dan pergelangan kaki. Bila sakit, macam physio ajar, beliau akan meluruskan badan atau luruskan kaki, letak kaki bagi tinggi. Lepas tu boleh legalah sikit. Kalau masih tak tahan, beliau akan ke farmasi beli ubat tahan sakit. Beliau tidak membeli alat orthotik seperti yang dicadangkan kerana harga yang mahal dan plaintif tidak mampu. Plaintif bersetuju bahawa sakit telah sembuh and boleh dikawal. Namun, plaintif memaklumkan, beliau masih tidak boleh berlari lagi dan perlu menunaikan solat menggunakan kerusi. Aktiviti-aktiviti sebelum berlakunya kemalangan juga tidak boleh dilakukan. Keterangan tersebut menunjukkan keadaan plaintif tidak seteruk dengan plaintif-plaintif dalam kes-kes yang dirujuk oleh peguam dalam hujahan mereka. The Revised Compendium of Personal Injury Awards 2018 mencadangkan amaun antara RM21,500-RM42,000 bagi kecederaan yang melibatkan tibia dan fibula. Oleh itu, dengan kesemua keterangan di atas dan prinsip-prinsip yang terpakai, Mahkamah ini berpendapat jumlah award sebanyak RM50,000.00 adalah wajar dan munasabah.
2
Post Traumatic Arthritis of Left Patella-Femoral Joint, Left knee and left tibio-femoral joint, left ankle RM20,000-00 RM0-00 Alasan- Pendapat Dr Liau Kai Ming yang mengesahkan kewujudan keadaan di atas. There is radiological evidence of narrowing of left patella-femoral joint space and left tibio femoral joint space signifying onset of post traumatic arthritis Keadaan di atas adalah disokong radiological evidence sebagaimana laporan radiologi yang disediakan oleh Dr Chin Loi Chung di muka surat 26 Ikatan B. Mild narrowing left ankle joint space, with subchondral sclerosis, possibly related to early osteoarthritis. Malah Dr Yong Teng Choy, pakar defendan bersetuju bahawa ada kemungkinan kewujudan subchondral sclerosis berkaitan dengan early osteoarthritis. Alasan- Apa yang dinyatakan dalam laporan Dr Liau Kai Ming hanyalah possibility related to osteoarthritis. Tiada pengesahan dibuat oleh Dr Liau berkenaan kemungkinan tersebut. Sebaliknya, Dr Yong Teng Choy telah mengesahkan sebaliknya-My clinical examination do not reveal any evidence of osteoarthritis in the left knee and ankle joints and it is the same with the x-rays here and furthermore as there is no shortening nor malalignment in the leg it is very unlikely that the facture tibia and fibula will lead to any early post traumatic osteoarthritis of the adjacent joints. Plaintif telah mencapai kesembuhan semasa diperiksa oleh Dr Yong. Ab Rahim bin Yaacob v Mohd Fauzi bin Matlan & Anor [2014] 1 PIR [13] Mahkamah Sesyen telah mengawardkan RM15,000.00 untuk osteoarthritis. Keputusan Mahkamah Arthritis atau Osteoartritis adalah masalah radang sendi yang berpunca daripada masalah degeneratif. Ia berlaku disebabkan oleh 'haus dan koyak' yang menjejaskan sendi dari semasa ke semasa, terutamanya sendi yang menanggung beban di tulang belakang, pinggul dan lutut. Antara faktor risiko untuk Osteoartritis adalah Kecederaan sendi atau penggunaan berlebihan sendi boleh menyebabkan kerosakan sendi dan meningkatkan kemungkinan osteoarthritis.2 Bermakna, Osteoartritis adalah kesan daripada kecederaan sendi atau penggunaan sendi yang berlebihan. Dalam kes Vadivelu Vinayagan v Minah Ibrahim [2024] CLJU 1296 terdapat keterangan saksi pakar seperti berikut yang boleh diambil sebagai panduan bagi tujuan pemahaman – Q: Dalam laporan kamu, disebabkan osteoarthritis pesakit ini mengalami knee instability? A: Tidak, terbalik. Disebabkan knee instability menyebabkan dia mengalamai osteoarthritis. Q: Apa yang menyebabkan knee instability? A: Kemalangan. Q: Jadi penemuan kamu adalah joint antara femur ke patella dia mengalami instability menyebabkan osteoarthritis, setuju? A: Setuju." 2 https://www.pantai.com.my/ms/medical-specialties/orthopaedic/osteoarthritis, dilayari pada 1.4.2025 Dalam kes di hadapan saya, apa yang dijumpai oleh Dr Liau dan Dr Chin adalah mild narrowing left ankle joint space, with subchondral sclerosis, possibly related to early osteoarthritis. Saya cuba mencari fakta-fakta berkenaan subchondral sclerosis dan kaitannya dengan osteoarthritis dan saya memperolehi fakta berikut-Osteoarthritis merupakan penyakit yang hampir tidak bisa dipisahkan dengan subchondral sclerosis. Sebab hal ini merupakan istilah medis yang disematkan untuk penebalan tulang yang terjadi pada sendi yang terkena osteoartritis. Oleh karena itu, jika kamu sudah terdiagnosa osteoarthritis biasanya subchondral sclerosis akan disebutkan sebagai salah satu gejalanya. …. …. Apa Itu Subchondral Sclerosis? Secara umum, Subchondral Sclerosis merupakan kondisi dimana terjadi penebalan di bawah tulang rawan (kartilago) pada bagian persendian. Penebalan ini membuat penderitanya merasa nyeri dan sakit serta sulit untuk bergerak. Hal inilah yang menjadi tanda awal munculnya osteoarthritis. Gejala ini umumnya akan menyerang secara spesifik ke bagian subchondral bone atau tulang yang berada di bawah tulang rawan pada sendi. Jenis tulang ini umumnya terletak pada sendi besar seperti lutut dan pinggul. Jadi jangan heran jika efek yang ditimbulkan seringkali berupa nyeri lutut hingga tahap kronis. Penyebab Subchondral Sclerosis Penyebab subchondral sclerosis pada osteoarthritis terjadi karena adanya penebalan yang tidak normal terjadi pada bagian subchondral bone. Saat seseorang mengalami osteoartritis, itu berarti tubuh akan mengalami kondisi tidak normal dimana tulang rawan pada sendi (kartilago) dan tulang pada bagian bawahnya (subchondral bone) terus menerus mengalami pengikisan. Pengikisan ini mengakibatkan terjadinya proses pengerasan tulang (pemadatan). Padahal harusnya, jaringan tulang umumnya terus diperbaiki terus berganti secara berkala, khususnya pada bagian di dekat-dekat sendi karena paling banyak digunakan untuk bergerak. …. …. Subchondral Sclerosis dan Kaitannya dengan Osteoarthritis Subchondral Sclerosis merupakan salah satu efek atau gejala yang muncul karena penyakit osteoarthritis. Awalnya, gejala ini disebutkan akan muncul pada tahap akhir osteoartritis, yaitu saat terjadi degenerasi kartilago (tulang rawan) terjadi secara masif. Namun, beberapa penelitian terbaru menyebutkan jika subchondral sclerosis justru terjadi pada awal fase osteoarthritis. Jika dibiarkan begitu saja, hal inilah yang justru mengakibatkan terjadinya osteoarthritis yang lebih parah. Pada tahap ini, terjadi perubahan struktur tulang akibat osteoarthritis. Dimana, tubuh mencoba memperbaiki tulang yang rusak. Namun, justru terjadi pengerasan jaringan sehingga tulang bukan hanya kehilangan bantalannya namun juga jadi lebih tebal sehingga sulit untuk digerakkan.3 3 https://patella.id/artikel/subchondral-sclerosis/ Dalam satu tulisan yang bertajuk Subchondral Sclerosis: Causes, Symptoms, and Treatment4 What Is Subchondral Sclerosis? Subchondral sclerosis is a thickening of bone that happens in joints affected by osteoarthritis. If you’ve been diagnosed with osteoarthritis or have early symptoms of osteoarthritis, your doctor may mention subchondral sclerosis as one sign of the disease. “Subchondral bone” is bone that sits underneath cartilage in a joint. Subchondral bone is found in large joints like the knees and hips, as well as in small joints like those of the hands and feet. “Sclerosis” refers to an unusual increase in the density or hardness of a tissue in the body. In the case of bone, sclerosis means that an area of bone is making more new bone tissue than usual and becoming denser and thicker. So subchondral sclerosis is a thickening and hardening of bone that happens underneath cartilage in a joint. When Subchondral Sclerosis Occurs? While bone sclerosis in general can be related to other conditions, sclerosis of the subchondral bone in joints is linked to osteoarthritis. Some studies show that subchondral sclerosis can happen before osteoarthritis damages joint cartilage. This raises the question of whether subchondral sclerosis actually causes, in part, the disease. Researchers are studying this, and some have found that subchondral sclerosis is more common in later stages of osteoarthritis. Doctors can diagnose osteoarthritis without any signs of subchondral sclerosis. But when it’s present, the thickening of bone can help them diagnose osteoarthritis. Other 4 https://www.webmd.com/osteoarthritis/osteoarthritis-subchondral-sclerosis conditions that have similar symptoms to osteoarthritis, such as rheumatoid arthritis, don’t lead to subchrondral sclerosis. Apa yang menjadi pertikaian pihak-pihak adalah ayat yang digunakan oleh Dr Liau dan Dr Chin – possibly related to early osteoarthritis. Namun, Mahkamah ini berpuas hati dengan keterangan Dr Liau apabila ditanya semasa pemeriksaan balas “possibly related to early osteoarthritis” hanyalah satu kemungkinan, Dr Liau menjawab - with the mild narrowing, so it is most likely. -Yes, possibility it is most likely. -It is certain there is mild narrowing left ankle joint space and it is due to osteoarthritis. -although it is stated “possibly related to early osteoarthritis” still the mild narrowing point to osteoarthritis only. There is no other condition. -Refer to Q&A no.9 – There is possibility that it will be permanent-weakness of lower limb, Muscle wasting, persistent pain over left knee and left ankle due to post traumatic arthritis, unable to perform physically demanding activities and work. -Dr Liau did not agree in this case that the above disabilities have the possibility that they would not be permanent. -Osteoarthritis if refered to page 4 of his report, page 18 of Bundle B, left knee line no(s).3 and 4. The patellofemoral joint space appears disproportionately narrowed. Narrowed left tibiofemoral joint space-this is the condition that is already well established. This condition is confirmed. It’s going to be permanent. -Dr Liau had stated it in his report as in paragraph 5 at page 20 of Bundle B-There is radiological evidence of narrowing of left patella-femoral joint space and left tibio-femoral joint space signifying onset of post-traumatic arthritis. Synovial fluid from arthritic joints has a much lower elasticity and viscosity than that from normal joints. This decrease in the rheological properties of synovial fluid results from both reduced molecular size and a reduced concentration of hyaluronic acid in the synovial fluid. -although there is no word “permanent”- when I prepared the report, I do not have the thinking of writing the word permanent. But, osteoarthritis to a doctor is a permanent and deteriorating condition which already confirmed. So, that is why he did not write the word permanent. Oleh itu, Mahkamah ini berpendapat bahawa award sebanyak RM10,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini.
3
Muscle Wasting -1cm left thigh -1cm left calf Keputusan Mahkamah Mengambil kira hujahan kedua-dua pihak, Mahkamah ini berpendapat jumlah RM5,000.00 adalah wajar dan munasabah bagi kecederaan ini.
4
Abrasion Wound Over Right Chest RM10,000-00 RM2,000-00 Keputusan Mahkamah Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan defendan dan membenarkan award sebanyak RM2,000.00 bagi kecederaan ini.
5
Multiple Scars -3cm disfiguring hyperpigmented surgical scar over anterior left knee -13cm disfiguring hyperpigmented surgical scar over lateral left leg -2.5 cm infrapatellar scar RM35,000-00 RM5,000-00 Keputusan Mahkamah Mahkamah bersetuju dengan hujahan defendan dan membenarkan RM5,000.00 bagi kecederaan ini.
6
Pain and Suffering For Future Operation RM20,000-00 Ditolak Keputusan Mahkamah Mahkamah membenarkan award sebanyak RM10,000.00 (tanpa faedah) Kos dan Faedah
19
Saya membenarkan faedah pada kadar 2.5% setahun ke atas gantirugi khas yang dikira daripada tarikh kemalangan sehingga tarikh penghakiman.
20
Saya membenarkan faedah pada kadar 5% setahun ke atas gantirugi am yang dikira daripada tarikh penyerahan saman sehingga tarikh penghakiman.
21
Saya juga membenarkan faedah pada kadar 5% setahun ke atas jumlah penghakiman yang dikira daripada tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.
22
Kos mengikut skala di bawah Kaedah-Kaedah Mahkamah, 2012.
1
Harinder Singh a/l Kartar Singh bagi pihak Plaintif (Tetuan Ravi Moorthi, Noriza, Mala & Partners)
2
Roziana Binti Ibrahim bagi pihak Defendan-Defendan (Tetuan V.P. Nathan & Partners)
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.