Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCvC-460-11/2024 ANTARA ZAHRAH @ MAKALTHOM BT MAT ALI (NO. K/P: 490123-03-5348) …PLAINTIF
DA-24NCvC-460-11/2024
High Court of Malaysia25 Aug 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
What the court ordered
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“yang telah diberikan untuk penamatan milikan bersama seperti berikut: **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 11 "(17) Under s. 145 of the National Land Code, the court is empowered with a discretion to order the partition of any land owned under a co-proprietor”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM, MALAYSIA SAMAN PEMULA NO: DA-24NCvC-460-11/2024 ANTARA ZAHRAH @ MAKALTHOM BT MAT ALI (NO. K/P: 490123-03-5348) …PLAINTIF
1
MEK BINTI ISMAIL
2
MOHAMMAD BIN ISMAIL
3
NORAHSIAH BINTI ISMAIL
4
PETIMAH @ FATIMAH BINTI ISMAIL
5
RUHANI BINTI ISMAIL
6
SAI’DI BIN ISMAIL
7
MERIYAM BINTI DERAMAN
8
PENTADBIR TANAH JAJAHAN KOTA BHARU …DEFENDAN-DEFENDAN 05/03/2026 11:23:46 DA-24NCvC-460-11/2024 Kand. 28 ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Zahrah @ Makalthom bt Mat Ali (“Plaintif”) telah memfailkan Saman Pemula Terpinda (kandungan 15) antara lainnya memohon untuk menamatkan hakmilik bersama tanah yang dikenali dengan GM 53, Lot 484, Kg Jaya, Daerah Kota, Mukim Pasir Ha, Jajahan Kota Bharu, Kelantan ("Tanah tersebut") antara Plaintif dan Mek binti Ismail (“Defendan 1”), Mohammad bin Ismail (“Defendan 2”), Norahsiah Binti Ismail (“Defendan 3”), Petimah @ Fatimah Binti Ismail (“Defendan 4”), Ruhani Binti Ismail (“Defendan 5”), Sai’di Bin Ismail (“Defendan 6”) dan Meriyam Binti Deraman (“Defendan 7”), menurut peruntukan seksyen 145 Kanun Tanah Negara (“KTN”). Lanjutan daripada penamatan ketuanpunyaan bersama Tanah tersebut, Plaintif seterusnya memohon untuk pecah bahagi Tanah tersebut kepada dua petak iaitu Petak 1 (untuk Plaintif) dan Petak 2 (untuk Defendan 1 hingga Defendan 7). [2] Pada 25.8.2025 Mahkamah ini telah memutuskan untuk membenarkan permohonan Plaintif tanpa perintah untuk kos. [3] Terkilan dengan keputusan tersebut, Defendan 1 hingga 7 telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 23.9.2025. Latar belakang kes [4] Kesemua Plaintif dan Defendan 1 hingga Defendan 7 adalah pemilik berdaftar ke atas Tanah tersebut yang berkeluasan 0.5039 hektar dengan bahagian yang tidak dibelah bahagi (undivided share) seperti berikut: Mek binti Ismail (Defendan 1) - 4/48 Mohammad bin Ismail (Defendan 2) - 4/48 Norahsiah binti Ismail (Defendan 3) - 4/48 Petimah @ Fatimah binti Ismail (Defendan 4) - 4/48 Ruhani binti Ismail (Defendan 5) -10/48 Sai’di bin Ismail (Defendan 6) - 6/48 Meriyam binti Deraman (Defendan 7) - 4/48; dan Zahrah @ Makalthom bt Mat Ali (Plaintif) – 1/4. [5] Plaintif telah menyediakan pelan cadangan pecah bahagian melalui juruukur berlesen yang dilantik untuk dibahagi kepada dua petak, iaitu di Petak 1 untuk bahagian Plaintif dan Petak 2 adalah untuk bahagian Defendan 1 hingga 7. Melalui cadangan yang dikemukakan oleh Plaintif, Plaintif dicadangkan mendapat Petak 1 dengan keluasan 0.1224 hektar manakala Defendan 1 hingga 7 dicadangkan mendapat Petak 2 dengan keluasan 0.3671 hektar. Walau bagaimanapun, Defendan 1 hingga 7 enggan menandatangani pelan cadangan tersebut. Pelan cadangan pecah bahagian di dalam Petak 1 dan Petak 2 adalah sebagaimana di dalam Ekshibit ZMA-2 Afidavit Sokongan Plaintif. [6] Di dalam perenggan 9 dan 10 Afidavit Sokongan Plaintif, Plaintif menyatakan bahawa adalah menjadi kepercayaannya bahawa bahagian yang dicadangkan tidak akan merugikan Defendan 1 hingga 7 kerana pemecahan bahagian yang dicadangkan tersebut adalah mengikut pemecahan syer atau bahagian masing-masing sepertimana yang didaftarkan dan tidak mengganggu kedudukan rumah-rumah sedia ada Defendan 1 hingga 7. [7] Oleh kerana Defendan 7 telah meninggal dunia semasa permohonan ini difailkan, maka Saman Pemula ini telah dipinda sebagaimana di Kandungan 15 iaitu dengan melantik Defendan 6 sebagai wakil diri kepada Defendan 7. Defendan 1 hingga 7 tinggal di Tanah tersebut melainkan Plaintif seorang sahaja yang masih belum mendudukinya. Defendan 1 hingga 7 tidak bersetuju dengan cadangan Plaintif untuk pecah bahagian Tanah tersebut sepertimana cadangan petak dalam Ekshibit ZMA-2 Afidavit Sokongan Plaintif. Permohonan Plaintif [8] Dalam permohonan Plaintif ini, suatu pelan cadangan bagi pecah bahagian telah disediakan oleh juruukur berlesen. Pembahagian yang dicadangkan terkandung dalam pelan yang telah diekshibitkan sebagai Ekshibit ZMA-2 Afidavit Sokongan Plaintif. [9]
Preamble
Menurut Plaintif, cadangan pelan ini telah mengambil kira keluasan dan hak berdaftar tiap-tiap tuan tanah di atas Tanah tersebut. Petak 1 kepada Plaintif tidak akan mengurangkan hak keluasan berdaftar Defendan 1 hingga 7. Tidak ada sebarang pengurangan keluasan bahagian semua Defendan (termasuklah Defendan 5 dan 6) di dalam cadangan pelan ini. Hanya ruangan pagar pemisah antara Defendan 5 dan 6 yang perlu diubah menjadi sebahagian Petak 1 (yang bermuncung) bagi kegunaan jalan masuk ke Petak 1 oleh Plaintif. Namun kekurangan tersebut dipampaskan dengan Defendan 5 dan 6 akan beroleh keluasan tanah di bahagian belakang bagi mencukupkan keluasan berdaftar mereka sebagaimana dalam geran hakmilik. [10] Plaintif menyatakan bahawa cadangan pelan ini juga tidak menggugat kawasan rentahan sedia ada Defendan 1 hingga 7 dan telah mencadangkan bentuk ‘muncung’ bagi Petak 1 bagi menyambungkan kepada jalan akses sedia ada yang digunakan oleh Defendan 5 dan 6. Walaupun Plaintif bakal memperolehi bentuk tanah yang bermuncung, namun Plaintif sedia berkorban bagi menjamin keluasan berdaftar lain-lain Defendan tidak tergugat. Bentuk ‘muncung’ tersebutlah akan dijadikan jalan bagi Plaintif untuk akses ke Petak 1 dari jalan sedia ada. Bantahan Defendan 1 hingga 7 [11] Defendan 1 hingga 7 membantah permohonan Plaintif ini. Di dalam membuat bantahan sedemikian, Defendan 1 hingga 7 telah memfailkan afidavit jawapan melalui Sai’di bin Ismail (Defendan 6). Defendan 6 telah mengikrarkan afidavit jawapan bagi pihak dirinya dan Defendan 1, 2,3,4, 5 dan 7. Defendan 6 telah mengemukakan cadangan balas untuk pelan pecah bahagian yang ditandakan sebagai Ekshibit SI-3 dalam Afidavit Jawapan Defendan 6. Melalui cadangan yang dikemukakan oleh Defendan 1 hingga 7, Plaintif dicadangkan mendapat Petak 1 dengan keluasan 0.1224 hektar manakala Defendan 1 hingga 7 dicadangkan mendapat Petak 2 dengan keluasan 0.3671 hektar. [12] Di dalam Afidavit Jawapan Defendan 6, Defendan 1 hingga 7 membantah dengan menyatakan bahawa cadangan pelan Plaintif adalah tidak adil terutamanya kepada Defendan 5 dan 6 kerana memasuki kawasan rentahan mereka. Petak 1 yang dicadangkan Plaintif akan menganggu pagar dan sarang burung yang sedia ada yang perlu dirobohkan dan ini akan merugikan Defendan 5 dan 6. [13] Defendan 1 hingga 7 selanjutnya menyatakan pelan pecah bahagian yang ditandakan sebagai Ekshibit SI-3 dalam Afidavit Jawapan Defendan 6 adalah dipersetujui oleh semua Defendan. Ia mengikut rentahan asal dan tidak mengganggu mana-mana rumah atau binaan sedia ada atas Tanah tersebut. Plaintif juga mempunyai alternatif untuk memohon Right of Way (R.O.W.) melalui lot sebelah Tanah tersebut yang merupakan lot tanah kosong untuk membolehkan Plaintif mendapat akses ke jalan raya. [14] Atas alasan-alasan tersebut, Defendan 1 hingga 7 menyatakan bahawa cadangan di dalam Ekshibit SI-3 dalam Afidavit Jawapan Defendan 6 adalah lebih menepati dan reflektif kepada rentahan pihak-pihak sejak dari dahulu lagi jika dibandingkan dengan cadangan di dalam Ekshibit ZMA-2 Afidavit Sokongan Plaintif. Hujahan pihak Plaintif dan Defendan 1 hingga 7 [15] Mahkamah ini meringkaskan hujahan pihak Plaintif sebagaimana berikut: a) Bahagian berdaftar semua tuan tanah adalah terpelihara kerana pelan cadangan oleh Plaintif telah mengambil kira keluasan dan hak berdaftar tiap-tiap tuan tanah di atas tanah tersebut. Petak 1 kepada Plaintif tidakpun menggugat hak keluasan berdaftar Defendan-Defendan; b) Kawasan rentahan asal adalah kekal kerana pelan cadangan oleh Defendan sendiri mengesahkan bahawa kawasan rentahan asal sebagaimana pelan cadangan Plaintif tidakpun tergugat; c) Defendan 5 dan 6 menentang permohonan ini kerana wujudnya pagar pemisah yang perlu dirobohkan yang sepatutnya tidak perlu diwujudkan memandangkan mereka masih tidak mempunyai persempadanan yang berasingan yang diperakui dengan mana-mana pemilik berdaftar yang lain. Dengan demikian, Defendan 5 dan 6 yang membina pagar mengundang kepada kerugian mereka sendiri. Jika ianya perlu dirobohkan, Defendan 5 dan 6 tidak mengalami kerugian kerana Plaintif akan menanggung kos perobohan. Bagi porch rumah Defendan 6 adalah dihujahkan bahawa pelan cadangan Plaintif tidakpun menyentuh porch tersebut; dan d) Jalan akses mematuhi peruntukan undang-undang kerana pelan cadangan Plaintif adalah mematuhi syarat Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) yang bertarikh 12.11.2024 (Eksibit ZMA-8) yang mensyaratkan “petak 1 perlu disediakan jalan masuk yang sah (R.O.W) bermula daripada rezab jalan sedia ada di bahagian timur tapak”. Tambahan lagi, cadangan Defendan yang menggesa Plaintif memohon R.O.W dari tanah pihak ketiga yang lain adalah tidak munasabah dan melanggar seksyen 145 Kanun Tanah Negara 1965 kerana Mahkamah tidak boleh sewenangnya mencampuri hal-ehwal tanah pihak ketiga yang tidak terlibat. [16] Manakala, Defendan 1 hingga 7 pula menghujahkan seperti berikut: a) Pelan cadangan Plaintif tidak menggambarkan rentahan tuan tanah sejak dari dahulu kerana terdapat kawasan yang telah dikhaskan untuk Plaintif dan tidak pernah direntah oleh Defendan 1 hingga 7 namun Plaintif ingin mengubah kawasan tersebut yang menyebabkan kawasan rentahan asal Defendan akan berubah terutamanya Defendan 5 dan 6; b) Pelan cadangan Plaintif adalah tidak adil dan menyusahkan kerana akan menyebabkan Defendan 5 dan 6 terpaksa merobohkan binaan pagar, sarang burung dan porch di kawasan rentahan Defendan 5 dan 6 masing-masing. Pelan cadangan Defendan juga lebih ekonomik dan strategik kerana Petak 1 Plaintif akan menjadi bentuk segi empat tepat berbanding pelan cadangan Plaintif yang menyebabkan Petak 1 Plaintif menjadi bentuk bermuncung. Selain itu, pelan cadangan Plaintif tiada jalan R.O.W. untuk menyelesaikan masalah akses keluar masuk. Surat MPKB (Eksibit ZMA-8) yang mensyaratkan “petak 1 perlu disediakan jalan masuk yang sah (R.O.W) bermula daripada rezab jalan sedia ada di bahagian timur tapak” menunjukkan bahawa pelan cadangan Plaintif mustahil untuk dilaksanakan kerana tiada R.O.W.; c) Pelan cadangan Defendan tidak akan mengubah bentuk rentahan tuan tanah dan Plaintif masih berpeluang untuk membuat permohonan R.O.W.; dan d) Defendan 1 hingga 7 juga menghujahkan bersedia menanggung kos pecah bahagian mengikut kadar bahagian masing-masing jika pelan cadangan mereka diterima. Prinsip undang-undang [17] Pemohonan untuk menamatkan pemilikan bersama diperuntukkan di bawah seksyen 145 Kanun Tanah Negara (“KTN”). Seksyen 145 KTN memperuntukkan seperti berikut: “(1) Jika sekiranya dalam kes mana-mana tanah yang terletak hak kepada tuanpunya bersama-
a
Mana-mana dari tuanpunya bersama itu mahupun tidak akan menyertai, atau juga, tidak memberi keizinan bagi pembuatan, satu permohonan untuk pecah-bahagian di bawah Bab ini, atau
b
Oleh sebab berkuatkuasanya perenggan (f) subseksyen
1
seksyen 136 (sepertimana yang dipakai oleh seksyen 141), pecah-bahagian tanah itu di antara semua tuanpunya bersama tidak berupaya diluluskan di bawah Bab ni, Maka Mahkamah, tertakluk kepada dan selaras dengan peruntukan-peruntukan mana-mana undang-undang buat masa itu berkuatkuasa yang berhubungan dengan prosedur sivil, bolehlah, atas permohonan mana-mana dari tuanpunya bersama 5 itu, membuat apa-apa perintah sepertimana yang difikirkannya adil untuk maksud membolehkan kepunyaan bersama itu ditamatkan.” (Penekanan ditambah) [18] Di bawah seksyen 145 KTN tersebut, mahkamah diberi kuasa budi bicara untuk memerintahkan pembahagian mana-mana tanah yang dimiliki di bawah milikan bersama atau membuat mana-mana perintah yang mahkamah berpendapat adalah adil bagi tujuan membolehkan milikan bersama dibatalkan. Peruntukan ini boleh digunakan oleh mana-mana pemilik bersama yang ingin membatalkan milikan tetapi berhadapan dengan masalah apabila terdapat salah satu daripada pemilik bersama yang tidak bergabung atau membenarkan permohonan pembahagian untuk tanah yang dimiliki bersama seperti dalam kes di hadapan Mahkamah ini. [19] Mahkamah ini merujuk kepada kes Young Yean Chin & Ors v. Quek Yak Kang & Ors [2016] 6 CLJ 860 di mana Mahkamah Rayuan telah menyebut tentang kuasa budi bicara Mahkamah yang telah diberikan untuk penamatan milikan bersama seperti berikut: "(17) Under s. 145 of the National Land Code, the court is empowered with a discretion to order the partition of any land owned under a co-proprietorship or to make any order that the court thinks just for the purpose of enabling the co-proprietorship to be terminated. This provision is available to any of the co-proprietors who wanted to terminate the proprietorship but is facing a problem when any of the co-proprietors will neither join in nor consent to the making of the application for partition jointly owned by them as in the case before us. " (Penekanan ditambah) [20] Dalam kes di hadapan Mahkamah ini, pemilik-pemilik bersama iaitu Defendan 1 hingga 7 telah membantah penamatan hakmilik bersama sebagaimana pelan cadangan pecah bahagian Plaintif. Seksyen 145 KTN membenarkan perkara penamatan milikan bersama dibuat jika difikirkan patut dan apabila pemilik bersama tidak menyertai atau tidak memberikan persetujuan untuk pecah bahagian. [21] Berpandukan kepada prinsip-prinsip yang telah diputuskan dalam kes-kes terdahulu, Mahkamah ini berpandangan bahawa Mahkamah ini mempunyai budi bicara di bawah seksyen 145 KTN 1965 untuk mempertimbangkan permohonan Plaintif bagi pecah bahagian sebagaimana yang dipohon. Analisis dan dapatan Mahkamah Isu: Sama ada permohonan pecah bahagian ini adalah adil, munasabah dan praktikal dengan mengikut cadangan pelan pecah bahagian yang dikemukakan oleh Plaintif [22] Daripada fakta kes, didapati bahawa Plaintif telah mengemukakan suatu pelan cadangan pecah bahagian iaitu Ekshibit ZMA-2 Afidavit Sokongan Plaintif. Walau bagaimanapun terdapat bantahan daripada Defendan 1 hingga 7. Mahkamah mendapati bahawa Defendan 1 hingga 7 apabila tidak bersetuju dengan pelan cadangan pecah bahagian ini dan telah mengemukakan cadangan balas pelan pecah bahagian yang lain iaitu Ekshibit SI-3 dalam Afidavit Jawapan Defendan 6. [23] Mahkamah ini berpendapat bahawa rasional campur tangan Mahkamah dalam permohonan pecah bahagian tanah ini adalah demi menjaga prinsip keadilan. Ini kerana hak-hak bagi pemilik bersama tanah mesti dipatuhi. Mahkamah ini ingin menegaskan bahawa sama ada sesuatu permohonan sebegini boleh dibenarkan atau tidak adalah bergantung kepada fakta kes masing-masing. Maka, Mahkamah ini perlu membuat pertimbangan seadil-adilnya dengan mengambil kira antara lain, pelan cadangan yang dikemukakan oleh pihak-pihak. [24] Mahkamah ini telah meneliti hujahan kedua-dua pihak serta afidavit-afidavit yang telah difailkan. Berpandukan kepada fakta, hujahan dan kandungan afidavit-afidavit tersebut dan setelah membuat pertimbangan sewajarnya, Mahkamah ini memutuskan bahawa permohonan Plaintif ini wajar dibenarkan di atas alasan-alasan yang Mahkamah ini akan berikan di bawah. [25] Mahkamah ini mendapati bahawa pecah bahagian yang dicadangkan ini tidak akan menafikan kedudukan Defendan 1 hingga 7 ke atas bahagian yang dikuasai masing-masing. Pelan cadangan pecah bahagian yang dikemukakan itu mengekalkan status quo pihak-pihak. Masing-masing Plaintif dan Defendan 1 hingga 7 akan mendapat bahagian yang dikuasai mereka sekarang ini dengan hakmilik yang berasingan. [26] Binaan seperti sarang burung Defendan 6 adalah binaan yang boleh dialihkan. Tambahan lagi pada pandangan Mahkamah ini ia telah dipampas dengan ruang belakang Defendan 6 akan menjadi lebih luas. Berhubung binaan pagar belakang Defendan 5 dan 6, Plaintif berjanji untuk menanggung kos perobohan jika perlu dirobohkan kelak. Jikapun terdapat keperluan untuk dirobohkan, Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Plaintif bahawa masih tiada kerugian di pihak Defendan 5 dan 6 kerana Plaintif yang akan membina pagar yang akan turut memanfaatkan Defendan 5 dan 6. Manakala, bagi pagar tengah Defendan 5 dan 6, Mahkamah ini bersetuju binaan pagar tengah tersebut adalah tidak wajar kerana telah menghalang akses keluar masuk kepada bahagian tanah Plaintif. [27] Plaintif juga sanggup berkorban demi akses keluar masuk sehingga mengorbankan kedudukan petaknya yang akan berbentuk muncung tanpa mengorbankan petak milik Defendan 1 hingga 7. Mahkamah ini bersetuju bahawa cadangan pecah bahagian Plaintif memenuhi keperluan undang-undang kerana tidak mengganggu laluan akses sedia ada dan mempunyai laluan akses ke semua petak berbanding dengan pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 kerana tiada laluan akses kepada Petak
1
[28] Plaintif juga menyatakan bahawa pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyatakan tiada halangan bagi cadangan pelan pecah bahagian Plaintif dengan syarat terdapat laluan akses kepada Petak 1. Syarat MPKB untuk akses jalan tersebut telah dipenuhi sebagaimana cadangan akses jalan dalam pelan cadangan Plaintif berbanding dengan pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 yang tiada akses jalan dan tidak menyatakan persetujuan oleh mana-mana agensi kerajaan. Oleh itu, Mahkamah ini berpandangan bahawa pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 adalah tidak lengkap dan tidak memberikan jawapan yang sebenarnya. [29] Mahkamah ini telah meneliti pelan cadangan Plaintif dan pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 secara keseluruhan. Mahkamah ini mendapati pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 sebagai berat sebelah dan menindas Plaintif serta menjadikan Plaintif akan berterusan mengalami kesusahan. Ini kerana pelan cadangan Defendan 1 hingga 7 menunjukkan ia membelakangkan hak Plaintif seolah-olah pihak mereka sahaja yang boleh kekal tinggal di atas Tanah tersebut kerana tiada akses jalan masuk ke petak Plaintif. [30] Mahkamah ini berpendapat jika permohonan ini tidak dibenarkan, maka petak bahagian tanah Plaintif yang terbiar sekian lama akan berterusan. Sebaliknya dengan keputusan Mahkamah ini, ia akan memberikan peluang kepada Plaintif untuk menikmati dan memanfaatkan tanah bahagiannya. [31] Berdasarkan alasan-alasan ini, Mahkamah ini memutuskan bahawa cadangan-cadangan di "SI-3" adalah tidak adil dan tidak memenuhi keperluan seksyen 145 KTN. Sebaliknya Mahkamah ini mendapati cadangan-cadangan Plaintif di "ZMA-2" adalah lebih adil dan munasabah kerana: a) Tidak menjejaskan mana-mana rumah yang sedia terbina dan jika melibatkan binaan lain boleh dipindahkan dan telah dipampas dengan keluasan yang sama serta mendatangkan lebih manfaat kepada tuan tanah yang lain; b) Kesemua pihak masih mendapat keluasan tanah yang sama; c) Pembahagian tidak akan membentuk tanah yang bersegi kepada tuan tanah yang lain yang bagi pandangan Mahkamah ini tidak sesuai; dan d) Memberikan akses kepada petak tanah bahagian Plaintif berbanding cadangan Defendan 1 hingga 7.
para
[32] Oleh yang demikian, berdasarkan kepada alasan-alasan yang telah diberikan tersebut, Mahkamah dengan ini memutuskan untuk
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.