Tiada perintah terhadap kos. [2] Pihak-pihak akan disebut sebagai Plaintif bagi Responden dan Defendan Ke-3 bagi Perayu. LATAR BELAKANG KES [3] Plaintif merupakan Kerajaan Malaysia iaitu Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang beralamat di Bahagian Penguatkuasaan, Cawangan Pendakwaan, Kelana Jaya. S/N pmEigsvcdEanvSXjpku5g [4] Defendan Pertama adalah sebuah Syarikat Sendirian Berhad yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 dan didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan mempunyai alamat berdaftar di No 7B Jalan TC 2a/1, Taman Cermerlang, 53100 Setapak Kuala Lumpur dan alamat perniagaan di No. 20b, 3rd Floor, Jalan 3/30, Seri Utara, 68100 Off Jalan Ipoh Batu Caves, Selangor dan No 98-1B, Pusat Niaga Batu Caves, Jalan 1, 68100 , Batu Caves Selangor. [5] Manakala Defendan Kedua yang beralamat terakhir yang diketahui di No 2 , Blok P, Rumah Pangsa, Taman Keramat, 54200 Kuala Lumpur adalah Pengarah Syarikat Defendan Pertama. [6] Defendan Ketiga adalah Pengarah Syarikat bagi Defendan Pertama pada masa yang material sehingga 26.12.2019 yang beralamat terakhir diketahui di Pg 20, Jalan Ab 5, Taman Anggerik Biru, Melekek, 78000 Alor Gajah, Melaka. [7] Defendan Keempat adalah Pengarah Syarikat bagi Defendan Pertama pada masa yang material sehingga 26.12.2019 yang beralamat terakhir diketahui di Kampung Sawah Raja, Titian Raja, 71350 Kota, Negeri Sembilan. [8] Defendan Pertama merupakan sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan “transportation and general trading” yang merupakan pembekalan barang atau perkhidmatan yang tertakluk kepada cukai barang dan perkhidmatan. S/N pmEigsvcdEanvSXjpku5g [9] Pada 8.8.2017, Defendan Pertama telah mengikrar penyata cukai GST-03 kepada Plaintif bagi tempoh bercukai iaitu 1.10.2016 sehingga 30.6.2017 dengan jumlah RM40, 570.68. [10] Disebabkan kegagalan Defendan Pertama untuk membuat bayaran amaun cukai barang dan perkhidmatan tersebut, Plaintif telah membuat tuntutan kepada Defendan Pertama menerusi bil tuntutan bagi tunggakan bayaran cukai barang dan perkhidmatan yang gagal dibayar dan penalti atas kelewatan membayar cukai barang dan perkhidmatan yang berjumlah RM 52,683.84. [11] Oleh yang demikian Plaintif telah memfailkan writ dan pernyataan tuntutan bertarikh 29/09/2021 dengan membuat tuntutan terhadap Defendan-Defendan (secara bersesama dan masing-masing) atas jumlah RM52, 683.84 dan kadar faedah 5% setahun. [12] Plaintif kemudiannya memfailkan afidavit penyampaian, perakuan ketidakhadiran dan Penghakiman Ingkar Kehadiran (PIK) ke atas Defendan-Defendan bertarikh 21.10.2021. [13] Defendan Ketiga dan Keempat selanjutnya telah memfailkan memorandum kehadiran bertarikh 27/10/2021. Defendan Ketiga dan Keempat kemudiannya sedar bahawa PIK telah dimasukkan ke atasnya lalu memfailkan kandungan 11 dan kandungan 13 beserta afidavit sokongan bertarikh 25/11/2021 untuk mengetepikan Penghakiman Ingkar Kehadiran yang telah direkodkan bertarikh 21.10.2021. S/N pmEigsvcdEanvSXjpku5g Hujahan pihak Plaintif [14] Plaintif berhujah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan telah diserahkan kepada Defendan-Defendan ke alamat yang diperolehi hasil dari carian yang dibuat dengan SSM, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan alamat yang sama digunakan untuk menghantar Penghakiman Ingkar Kehadiran tersebut kepada Defendan-Defendan. [15] Plaintif berhujah bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang telah diserahkan menerusi Pos Berdaftar adalah salah satu kaedah yang memenuhi kehendak perundangan yang disifatkan telah disampaikan kepada Defendan-Defendan dengan sewajarnya dan afidavit penyampaian tersebut hendaklah diterima sebagai keterangan sepertimana yang diperuntukan di dalam Seksyen 120 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014( selepas ini dirujuk “Akta CBP 2014”). Seksyen 120 Akta CBP 2014 mengkehendaki Wirt Saman dan Pernyataan Tuntutan diserahkan secara pos berdaftar kepada mana-mana orang yang berkaitan. Plaintif berhujah bahawa peruntukan ini telah dinyatakan secara spesifik di dalam Akta CBP