Dalam pada itu, saya turut memberi pertimbangan terhadap faktor-faktor mitigasi OKT sebelum menjatuhkan hukuman terutamanya OKT telah mengaku salah, OKT telah kesal dan insaf atas kesalahan yang telah dilakukan, tiada rekod lampau di kemukakan oleh pihak Timbalan Pendakwa raya dan memohon hukuman yang ringan. Dalam kes Sau Soo Kim v. PP [1975] 1 LNS 158 Lee Hun Hoe CJ (Borneo) menyatakan:- “Whether a person is a hardened criminal or not, I feel that a plea of guilty should be treated as a mitigating factor. It not only saves the S/N F8zy7qo/6E6H0qZp9sdx1Q country a great expense of a lengthy trial but also saves time and inconvenience of many, particularly the witnesses.” Berat Bersih Dadah 22. Saya telah membuat pertimbangan terhadap berat dadah yang terlibat iaitu jenis Methamphetamine berat bersih 44.56 gram. Saya sedar peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952, jelas menerangkan peruntukkan undang-undang berkaitan berat pemilikan dadah oleh seseorang di mana hukuman semakin berat berdasarkan jumlah berat dadah. Dalam kes PP v. Mohd Faiz bin Salleh [2016] 4 CLJ 92 Mahkamah Rayuan ketika memberikan pertimbangan terhadap berat dadah yang terlibat dalam menentukan jumlah hukuman.