the provisions of sub-s 36(4) of the Act are to be given full effect. The judge shall not be bound to conform to the opinions of the assessors. In the event of any disagreement between the assessors with regard to the amount of compensation, the judge may elect to consider which is the two opinions in his view is appropriate in the circumstances of the case. The judge is also at liberty to depart from the opinion of either of the assessors and decide on the reasonable amount of compensation to be awarded to the appellant by giving reasons for so doing” Analisa dan Dapatan [12] Dalam rujukan tanah ini, mahkamah ini dibantu oleh Puan Rosliza binti Ramli pengapit kerajaan dari Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dan Encik Noor Azhar bin Asha’ari, pengapit swasta dari Intra Harta Consultants Sdn Bhd. Kedua-dua penilai telah dilantik untuk membantu mahkamah ini dalam menentukan bantahan yang dibuat oleh pemohon terhadap awad responden. Secara ringkasnya, kedua-dua penilai kerajaan dan penilai swasta berpendapat bahawa awad yang diberikan oleh responden boleh dinaikkan kepada RM500.00 semeter persegi. [13] Undang-undang memperuntukkan bahawa bagi bantahan dalam kes rujukan tanah, pemohon hendaklah membuktikan kes prima facie bahawa awad pampasan yang diberikan oleh responden adalah tidak mencukupi. Dalam kes Ong Yan & Anor v. Collector of Land Revenue, Alor Gajah, Malacca [1986] 1 MLJ 405, mahkamah telah menyatakan: “In land acquisition cases the burden is on the applicant to make out a prima facie case of inadequate award. Only when he succeeds in doing so would the respondent be called upon to introduce his evidence; otherwise the applicant’s case must fail and the Collector’s award should stand.” [14] Dalam menentukan jumlah pampasan yang mencukupi, mahkamah merujuk kepada perenggan 1(1A) Jadual Pertama APT 1960 seperti berikut: “(1A) In assessing the market value of any scheduled land, the valuer may use any suitable method of valuation to arrive at the market value provided that regard may be had to the prices paid for the recent sales of lands with similar characteristics as the scheduled land which are situated within the vicinity of the scheduled land and with particular consideration being given to the last transaction on the scheduled land within two years from the date with reference to which the scheduled land is to be assessed…” [Penekanan ditambah] [15] Dalam kes rujukan tanah ini, pemohon membantah terhadap nilai pasaran tanah, bangunan dan fasiliti, kesan kemudarat dan tuntutan lain. [16] Pentabdir Tanah atau Responden telah membuat awad setelah mengambil kira nilaian pihak swasta dan nilaian pihak kerajaan. Ringkasan awad serta nilaian pihak swasta dan pihak kerajaan adalah seperti tertera di bawah ini: PERKARA PENILAIAN RESPONDEN PENILAIAN PEMOHON AWARD PENTADBIR A. Tanah luas diwarta : RM3,178,890.00 RM1,477,060.00 BA-15-61-01/2024 3,211.00 meter Persegi (pengambilan sebahagian lot) RM1,284,400.00 (RM400.00 smp) (RM990.00 smp) (RM460.00 smp) B. Bangunan i. Chalet ii. Dapur dan bilik air iii. Pagar iv. Gazebo v. Gelanggang Tenis vi. Kos pemasangan sistem elektrik i. RM94,000.00 ii. RM27,200.00 iii. RM22,000.00 iv. RM5,000.00 v. RM44,000.00 (untuk rujukan Pentadbir Tanah Sahaja) i. RM710,163.10 ii. Tiada iii. RM157,636.80 iv. RM81,034.90 v. RM512,640.00 vi. RM89,712.00 i. RM250,000.00 ii. Tiada iii. RM35,000.00 iv. RM7,000.00 v. RM50,000.00 C. Kesan Mudarat (Injurious Affection) ke atas tanah baki Luas tanah baki: 4,377.00 mp Tiada RM1,299,969.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 30%) RM218,850.00 (kejatuhan nilai tanah baki @ 11%) D. Lain-lain kos i. Kos kerja bersih hutan dan rata tanah ii. Kos binaan laluan jalan iii. Kos sistem pengairan iv. Kehilangan tanaman, kos penyelenggaraan dan kehilangan hasil pendapatan v. Kos Pindah vi. Kos sewa sementara vii. Kehilangan pendapatan sewa rumah dusun Tiada i. RM416,520.00 ii. RM157,636.80 iii. RM147,384.00 iv. RM115,344.00 v. RM938,278.00 vi. RM11,264.00 vii. RM106,200.00 viii. RM51,840.00 i. RM305,000.00 ii. Tiada iii. Tiada iv. Tiada v. RM100,000.00 vi. RM7,000.00 vii. RM36,000.00 viii. Tiada Jumlah (keseluruhan) RM1,476,600.00 RM7,817,875.00 RM2,485,910.00 Nilai pasaran tanah [17] Bagi nilai pasaran, pihak pemohon dan pihak responden telah mengemukakan perbandingan-perbandingan. Pihak penilai pemohon telah mengemukakan sembilan bukti perbandingan dan penilai responden telah mengemukakan empat bukti perbandingan. Namun, tiada bukti perbandingan sepunya daripada kedua-dua penilai. [18] Bagi nilai pasaran, APT 1960 memperuntukkan di Perenggan 1(1A),