Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-29-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
KA-45A-29-09/2021
High Court of Malaysia15 Jan 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“. PP [2023] CLJ 444 telah merujuk kepada kes Mazlan bin Mustaffa v PP [2015] CLJU 192 dan menyatakan: "[13] The Court in Mazlan bin Mustaffa v. PP [2015] CLJU 192; [2015] CLJU 192; [2015] 1 LNS 192; [2015] MLJU 2127 held that there was no doubt that the drug exhibits seized from the appellant and as examined by the che”
“rought to the fore and as a matter of prudence it warrants that the rest of his evidence must be scrutinised with great care and suspicion.” [13] Manakala Thomson CJ di dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 menegaskan berkenaan saksi yang tidak bercakap benar seperti berikut: “It is trite that if a witness demon”
“ah ditangkap OKT pada jam 4 petang sedangkan OKT telah ditahan sejak jam 11 pagi. [10] Di dalam mempertimbangkan kredibiliti SP3 ini, Mahkamah memegang apa yang dinyatakan di dalam kes De Silva v PP [1964] MLJ 81 di mana Gill J menyatakan; “Discrepancies and contradictions there will be always be in a case. In consider”
“tness' memory. In the weighing of the testimony of witnesses, human fallibility in observation, retention, and recollection is often recognized by the court (see Chean Siong Guat v. Public Prosecutor [1969] CLJU 23; [1969] 2 MLJ 63 at 64). [80] The fact that there are discrepancies in a witness' testimony does not nece”
“at there are discrepancies in a witness' testimony does not necessarily make a witness an unreliable witness and makes the whole witness' evidence unacceptable (see Mohamed Alias v. Public Prosecutor [1981] CLJU 200; [1981] 1 LNS 200; [1983] 2 MLJ 172). It would be wrong to conclude that the whole of the evidence of su”
“a disahkan oleh SP4 sepertimana di dalam Laporan Kimia di P27. [5] Mahkamah Rayuan dalam kes Mohammad Hafizul Rashid Emmy Jefri v. PP [2023] CLJ 444 telah merujuk kepada kes Mazlan bin Mustaffa v PP [2015] CLJU 192 dan menyatakan: "[13] The Court in Mazlan bin Mustaffa v. PP [2015] CLJU 192; [2015] CLJU 192; [2015] 1 L”
“1] 1 LNS 200; [1983] 2 MLJ 172). It would be wrong to conclude that the whole of the evidence of such a witness in law must be rejected.” [12] Mahkamah turut merujuk kepada kes Azaman bin Aziz v. PP [2017] CLJU 390 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: "[69] However, it is not the law that if a witness demonstrably tell”
“dadah yang sama yang dihantar oleh SP6 kepada SP4. Ia kemudiannya disahkan oleh SP4 sepertimana di dalam Laporan Kimia di P27. [5] Mahkamah Rayuan dalam kes Mohammad Hafizul Rashid Emmy Jefri v. PP [2023] CLJ 444 telah merujuk kepada kes Mazlan bin Mustaffa v PP [2015] CLJU 192 dan menyatakan: "[13] The Court in Mazlan”
“**Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 8 [11] Mahkamah turut merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes Chong Fook Fatt v. PP [2024] CLJU 2342 yang menyatakan; “[79] Sufficient consideration must be given to the discrepancies and contradictions in”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI ALOR SETAR DALAM NEGERI KEDAH DARUL AMAN PERBICARAAN JENAYAH NO: KA-45A-29-09/2021 ANTARA PENDAKWA RAYA
1
OKT telah dituduh bagi satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Akta 234) kerana mengedar dadah berbahaya seberat 340.50 gram (iaitu 220.10 gram Heroin dan 120.4 gram Monoacetylmorphines) di sebuah S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 2 rumah beralamat di No. 27, Jalan Ulu Melaka, Kampung Bukit Tangga, Mukim Ulu Melaka, Langkawi, Kedah pada 21/10/2020.
2
Pertuduhan ke atas OKT adalah seperti berikut: ‘‘Bahawa kamu pada 21 Oktober 2020, jam lebih kurang 4.00 petang, di tepi sebuah rumah beralamat No. 27, Jalan Ulu Melaka, Kampung Bukit, Tangga, Mukim Ulu Melaka, dalam daerah Langkawi, di dalam negeri Kedah Darul Aman telah didapati mengedar dadah berbahaya seberat 340.50 gram (iaitu 220.10 gram Heroin dan 120.4 gram Monoacetylmorphines). Oleh yang demikian, kamu telah melakukan satu kesalahan di bawah seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah seksyen 39B(2) Akta yang sama”.
3
Pihak Pendakwa Raya (PR) telah memanggil seramai 6 orang saksi dan fakta kes di pihak PR adalah seperti berikut: a) pada 21/10/2020, SP3 telah menerima maklumat berkaitan aktiviti dadah di sebuah rumah beralamat di No 27, Jalan Ulu Melaka, Kampung Bukit Tangga, Langkawi, Kedah (tempat kejadian). Satu taklimat dijalankan dan selanjutnya SP3 telah mengetuai satu pasukan serbuan menyerbu tempat kejadian; S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 3 b) SP3 dan pasukan polis telah dikatakan tiba di tempat kejadian pada jam 3.40 petang dan pemerhatian dijalankan selama 10-20 minit di mana SP3 nampak OKT sedang berdiri di hadapan rumah tersebut; c) berikutan itu, serbuan dijalankan dan OKT telah ditahan dan pemeriksaan ke atas tubuh badan OKT tidak menemui apa-apa barang salah. Pasukan polis kemudiannya telah memasuki rumah tersebut dan menjalankan pemeriksaan namun tidak menemui apa-apa barang salah; d) SP3 selanjutnya telah menjalankan soal siasat ke atas OKT dan memberikan kata-kata amaran di bawah seksyen 37B(1)(b) Akta 234 dan ianya telah dicatitkan di atas sekeping kertas sepertimana di P22; e) OKT kemudiannya dikatakan telah memandu arah SP3 dan pasukan serbuan ke kawasan tepi rumah tersebut dan OKT dikatakan telah menggali tanah bersebelahan rumah tersebut. OKT kemudiannya telah menyerahkan 1 plastik guni (P15) dan selepas diperiksa oleh SP4, di dalam P15 mengandungi satu plastik berwarna biru bertulisan IKEA (P17); f) di dalam P17 terdapat 1 beg galas bertulisan Ducati yang mana di dalamnya ditemui oleh SP3 sebanyak 25 peket plastik lutsinar berisi ketulan hablur putih (P19 (1-25)) dan 3 plastik kosong (P21 (1-3)); dan S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 4 g) kandungan P19 (1-25) telah disahkan oleh SP3 sebagai dadah berbahaya seberat 340.50 gram (iaitu 220.10 gram Heroin dan 120.4 gram Monoacetylmorphines).
4
Secara amnya pihak PR telah berjaya membuktikan bahawa dadah yang dirampas di tempat kejadian oleh SP3 adalah dadah yang sama yang dihantar oleh SP6 kepada SP4. Ia kemudiannya disahkan oleh SP4 sepertimana di dalam Laporan Kimia di P27.
5
Mahkamah Rayuan dalam kes Mohammad Hafizul Rashid Emmy Jefri v. PP [2023] CLJ 444 telah merujuk kepada kes Mazlan bin Mustaffa v PP [2015] CLJU 192 dan menyatakan: "[13] The Court in Mazlan bin Mustaffa v. PP [2015] CLJU 192; [2015] CLJU 192; [2015] 1 LNS 192; [2015] MLJU 2127 held that there was no doubt that the drug exhibits seized from the appellant and as examined by the chemist were the same drugs exhibits that the appellant was charged with. There was no break in the chain of evidence and the drug exhibits were positively identified by the prosecution witnesses. ...... S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 5 The High Court as well as the Court of Appeal found it as a fact that there was no doubt in the identity of the drug exhibits because the evidence before the court showed there was no break in the chain of evidence. The movement of exhibits was clearly explained, and the markings on the drug exhibits were positively identified by the witnesses. The courts below were satisfied that the drug exhibits that were seized from the appellant were the same exhibits produced in the High Court."
6
Oleh yang demikian, Mahkamah merumuskan bahawa pihak PR telah berjaya membuktikan elemen pertama iaitu berkaitan identiti dan jenis dadah yang dipertuduhkan ke atas OKT.
7
Selanjutnya pertimbangan Mahkamah adalah ke atas elemen asas iaitu sama ada dadah tersebut dibuktikan berada di dalam milikan OKT. Isu ini menjadi penentu kepada asas pertuduhan ke atas OKT.
8
Asas keterangan pihak PR adalah berpusat ke atas keterangan SP3. Namun peguam OKT menghujahkan bahawa keterangan SP3 perlu dipertimbangkan dengan berhati-hati kerana terdapat beberapa percanggahan yang material (rujuk; Mohd Johi bin Said & anor v PP [2005] 1 CLJ 389).
9
Bagi maksud tersebut, Mahkamah telah meneliti keterangan SP3 dengan meneliti Pernyataan Saksi SP3 di PSSP3, soalan-soalan S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug **Note : Serial number will be used to verify the originality of this document via eFILING portal 6 tambahan di peringkat pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula. Penelitian secara maksimum mendapati bahawa terdapat beberapa percanggahan ketara di dalam keterangan SP3 seperti berikut: a)
Preamble
menurut PSSP3, serbuan dijalankan selepas taklimat di pejabat Narkotik IPD Langkawi (pejabat) dan OKT dilihat di hadapan rumah tersebut sebelum ditangkap. Namun keterangan semasa pemeriksaan balas adalah, sebelum serbuan, anak OKT bernama Mohamad Faiz bin Zainuddin telah ditangkap terlebih dahulu di tempat kerja sebelum dibawa ke rumah tersebut; b)
Preamble
menurut PSSP3, pemeriksaan di dalam rumah dijalankan dengan kehadiran OKT sahaja sedangkan semasa diperiksa balas, anak OKT iaitu Muhammad Faiz bin Zainuddin turut berada di dalam rumah tersebut; c) terdapat seorang lagi tangkapan bernama Mohd Syaifful Rizam di mana tangkapan ke atasnya dibuat selepas tangkapan ke atas OKT dan dibuat di Taman Cenderawasih sedangkan ianya tidak pernah didedahkan semasa pemeriksaan utama; d) ketiga-tiga tangkapan iaitu OKT, Muhammad Faiz bin Zainuddin dan Mohd Syaifful Rizam telah dibawa ke pejabat untuk disoal siasat dan perkara ini tidak didedahkan di dalam PSSP3; S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug e)
Preamble
menurut PSSP3, barang kes ditemui semasa serbuan kali pertama namun semasa pemeriksaan balas fakta ini telah bertukar di mana SP3 menyatakan bahawa ketiga-tiga tangkapan telah dibawa ke pejabat terlebih dahulu dan kemudian barulah OKT dibawa semula ke tempat kejadian dan barang kes ditemui. Keterangan ini adalah selari dengan keterangan SP5 iaitu isteri OKT; f)
Preamble
menurut SP3 melalui PSSP3, penemuan dadah tersebut adalah berdasarkan kepada maklumat oleh OKT di bawah seksyen 27 Akta Keterangan 1950 (Akta 56) namun semasa pemeriksaan balas, SP3 menyatakan bahawa soal siasat dijalankan di pejabat; dan g) laporan polis iaitu P12 yang dibuat oleh SP3 adalah sama sekali bertentangan dengan keterangan SP3 semasa pemeriksaan balas terutamanya OKT telah ditangkap OKT pada jam 4 petang sedangkan OKT telah ditahan sejak jam 11 pagi. [10] Di dalam mempertimbangkan kredibiliti SP3 ini, Mahkamah memegang apa yang dinyatakan di dalam kes De Silva v PP [1964] MLJ 81 di mana Gill J menyatakan; “Discrepancies and contradictions there will be always be in a case. In considering them, what the court has to decide is whether they are of such a nature as to discredit the witness entirely and render the whole of his evidence worthless and untrustworthy” S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug [11] Mahkamah turut merujuk kepada penghakiman Mahkamah Rayuan di dalam kes Chong Fook Fatt v. PP [2024] CLJU 2342 yang menyatakan; “[79] Sufficient consideration must be given to the discrepancies and contradictions in the evidence of witnesses or to the evidence. In the giving of evidence, there may be lapses, on occasions, in the witness' memory. In the weighing of the testimony of witnesses, human fallibility in observation, retention, and recollection is often recognized by the court (see Chean Siong Guat v. Public Prosecutor [1969] CLJU 23; [1969] 2 MLJ 63 at 64). [80] The fact that there are discrepancies in a witness' testimony does not necessarily make a witness an unreliable witness and makes the whole witness' evidence unacceptable (see Mohamed Alias v. Public Prosecutor [1981] CLJU 200; [1981] 1 LNS 200; [1983] 2 MLJ 172). It would be wrong to conclude that the whole of the evidence of such a witness in law must be rejected.” [12] Mahkamah turut merujuk kepada kes Azaman bin Aziz v. PP [2017] CLJU 390 di mana Mahkamah Rayuan menyatakan: "[69] However, it is not the law that if a witness demonstrably tell lies on one or two points, it must necessarily follow that he will not be a truthful witness and that his whole evidence must S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug in law be rejected. At the highest, his reliability has been brought to the fore and as a matter of prudence it warrants that the rest of his evidence must be scrutinised with great care and suspicion.” [13] Manakala Thomson CJ di dalam kes Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105 menegaskan berkenaan saksi yang tidak bercakap benar seperti berikut: “It is trite that if a witness demonstrably tell lies on one or two points, then it is clear that he is not a reliable witness and as a matter of prudence the rest of his evidence must be scrutinised with great care and indeed with suspicion. However, to say that because a witness has been proven to be a liar on one or two points then the whole of his evidence 'must in law be rejected' is to go too far and is wrong.” [14] Bagi Mahkamah, ternyata keterangan SP3 ini bercanggah pada perkara yang sangat material. Ia menyentuh kepada beberapa perkara asas berkaitan bila serbuan dilaksanakan, bila OKT ditangkap, siapa yang ditangkap bersama OKT, ke mana OKT dibawa selepas tangkapan, bila serta di mana soal siasat dijalankan dan apakah maklumat sebenar yang diperolehi daripada OKT. S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug [15] Ini sama sekali memberi kesan yang sangat mendalam ke atas kebolehpercayaan Mahkamah ini ke atas keterangan SP3. Sehubungan dengan itu, Mahkamah merumuskan bahawa SP3 adalah seorang saksi yang tidak mempunyai kredibiliti dan tidak boleh dipercayai. [16] Pertimbangan selanjutnya Mahkamah adalah ke atas P22 yang merupakan catitan oleh SP3 berkaitan maklumat yang kononnya diterima daripada OKT. Namun penelitian Mahkamah mendapati bahawa P22 tersebut mengandungi beberapa perkara yang meragukan seperti berikut: a) tiada catitan berkaitan tarikh bila ianya dibuat; b) P12 menyatakan bahawa kata-kata amaran dibuat di bawah S37(A)(B)(1) ADB 1952 sedangkan seksyen ini tidak wujud; dan c) terdapat pindaan yang dibuat ke atas P22 tersebut. [17] Selain itu, Mahkamah mendapati bahawa terdapat persoalan berkaitan bilakah P22 ini disediakan. Ini sepertimana yang telah diulas oleh Mahkamah ini di dalam menilai kredibiliti SP3. Malahan keterangan SP3 berkaitan maklumat yang diberikan oleh OKT ini turut bagi pandangan Mahkamah bertentangan dengan laporan polis di P12 terutama berkaitan bilakah maklumat tersebut diberikan oleh OKT. S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug [18] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa P22 adalah keterangan yang tidak bernilai. Ia sekaligus menyebabkan keterangan SP3 berkaitan maklumat yang diberikan oleh OKT bahawa P15 adalah tertanam di sebelah rumah tersebut di bawah seksyen 27 Akta 56 mahupun perbuatan OKT menunjukkan kedudukan P15 tersebut adalah tidak diterima oleh Mahkamah ini. [19] Mahkamah selanjutnya turut menimbangkan keterangan isteri OKT iaitu SP5 dan membandingkannya dengan keterangan SP3. Keterangan SP5 sama sekali bercanggah dengan keterangan SP3 berkaitan sama ada OKT telah menggali dan mencangkul tanah tersebut. [20] Pihak PR telah mengambil tindakan untuk mengakaskan keterangan SP5 di bawah seksyen 155 Akta 56 dan Mahkamah telah menjalankan proses untuk mendapatkan penjelasan daripada SP5 berkaitan beberapa percanggahan yang wujud di dalam keterangan lisannya dengan Rakaman Percakapan yang diberikan oleh SP5. Mahkamah telah mengarahkan hujahan dikemukakan di akhir kes sama ada kredibiliti SP5 sewajarnya diakaskan. [21] Namun, Mahkamah mendapati bahawa pihak PR tidak mengemukakan hujahan berkaitan seksyen 155 Akta 56 ini dan oleh itu, Mahkamah berpandangan bahawa pihak PR memilih untuk tidak meneruskan permohonan di bawah seksyen 155 Akta 56 ini. S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug [22] Walaubagaimanapun, Mahkamah masih menimbangkan penjelasan yang diberikan oleh SP5 dan berpandangan bahawa penjelasan yang diberikan adalah munasabah dan wajar diterima. Oleh itu, Mahkamah memutuskan keterangan SP5 adalah kekal dan boleh diterima. [23] Ini menjadikan wujudnya 2 versi yang berbeza di dalam kes pihak PR. Prinsip asas adalah mantap bahawa jika wujud 2 versi bertentangan, maka versi yang memihak kepada OKT hendaklah diberi keutamaan. Di dalam kes ini, versi yang memihak kepada OKT adalah bukanlah OKT yang mengorek dan mencangkul tanah tersebut. [24] Apatah lagi di dalam kes ini, SP5 menyatakan bahawa pada setiap masa OKT adalah digari dan tangannya adalah di sebelah belakang. Oleh itu, adalah tidak munasabah dan tidak lojik untuk menerima versi SP3 bahawa OKT lah yang telah mengorek dan mencangkul tanah tersebut. [25] Akhir sekali, SP3 telah mengakui bahawa OKT ditangkap selepas anaknya iaitu Muhammad Faiz bin Zainuddin ditangkap dan selepas OKT ditangkap, seorang lagi bernama Mohamad Syaifful Rizam telah ditangkap. Namun kedua-dua penama ini tidak pernah dipanggil oleh pihak PR dan tidak juga ditawarkan kepada pihak OKT. Ini dihujahkan oleh peguam OKT sebagai membangkitkan inferens yang bertentangan di bawah seksyen 114 (g) Akta 56. S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug [26] Prinsip undang-undang berkaitan inferens yang bertentangan adalah jelas iaitu Mahkamah boleh membuat inferens bahawa jika kedua penama ini dipanggil maka ia akan memberi faedah kepada OKT tertakluk bahawa penama-penama ini adalah saksi yang perlu merungkai naratif keterangan pihak PR. [27] Mahkamah berpandangan bahawa kedua-dua penama ini adalah saksi yang material dan relevan. Ia perlu bukan sekadar untuk merungkai naratif sebenar pihak PR malahan bagi memberi kejelasan berkenaan beberapa perkara iaitu bilakah OKT ditangkap, siapa lagi ditangkap selain OKT, adakah OKT yang menunjukkan kedudukan P15 dan sama ada OKT memberi maklumat kepada SP3. [28] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa kegagalan pihak PR mengemukakan kedua-dua penama ini membangkitkan inferens bertentangan ke atas kes pihak PR. [29] Di atas pertimbangan maksimum, Mahkamah merumuskan bahawa pihak PR gagal di dalam membuktikan bahawa P15 dan dadah-dadah yang ditemui di dalamnya adalah berada di dalam milikan OKT. [30] Berdasarkan kepada dapatan di atas, maka Mahkamah merumuskan bahawa pihak PR turut gagal membuktikan elemen pengedaran memandangkan pihak PR bergantung sepenuhnya S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug kepada peruntukan andaian di bawah seksyen 37 (da) Akta 234 yang berpaksi sepenuhnya ke atas dapatan milikan dadah tersebut. Kesimpulan [31] Sehubungan dengan itu, Mahkamah memutuskan bahawa pihak PR gagal membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT. OKT dengan itu dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan yang dikenakan ke atasnya. Bertarikh: 9hb April 2025 (DATUK MOHAMAD ABAZAFREE BIN MOHD ABBAS) Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Alor Setar, Kedah. S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug Pihak-Pihak: Bagi Pihak Pendakwa Raya: Kamaliza Binti Md Zain Timbalan Pendakwa Raya Wisma Darul Aman Pejabat Penasihat Undang-Undang Aras 4, Blok C Jalan Tengku Bendahara 05250 Alor Setar Kedah Darul Aman Bagi Pihak Responden : Naranya Singh S/O Asa Singh Tetuan Naran Singh & Co Peguambela & Peguamcara, 39, First Floor, P.O. Box 710, 30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tarikh Keputusan : 15hb. Januari, 2025 S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug Undang-Undang Yang Dirujuk: ➢ Akta Dadah Berbahaya 1952 ➢ Kanun Tatacara Jenayah ➢ Akta Keterangan 1950 Kes-Kes Yang Dirujuk: ➢ Azaman bin Aziz v. PP [2017] CLJU 390; ➢ Chong Fook Fatt v. PP [2024] CLJU 2342; ➢ De Silva v PP [1964] MLJ 81; ➢ Khoon Chye Hin v PP [1961] MLJ 105; ➢ Mazlan bin Mustaffa v PP [2015] CLJU 192; ➢ Mohammad Hafizul Rashid Emmy Jefri v. PP [2023] CLJ 444; dan ➢ Mohd Johi bin Said & anor v PP [2005] 1 CLJ 389). S/N qJDN1sye6ECDPUthsgenug
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.