Kebersamaan tujuan atau perancangan (community of purpose or design). [38] Berkenaan dengan ujian berdasarkan kes “Amrita” yang telah secara konsisten diikuti oleh Mahkamah Malaysia untuk menentukan ujian "transaksi yang sama", Lee Hun Hoe J dalam kes PP v. Loh Ang Sing [1964] CLJU 145; [1964] 1 LNS 145 menyatakan bahawa tidak semua aspek atau faktor dalam ujian tersebut perlu dipenuhi. Petikan yang relevan adalah seperti berikut: “The usual tests applied to decide whether different acts are parts of the same transaction are proximity of time, unity of place, unity of purpose or design and continuity of action. However, I do not think it is necessary that all of them should be present to make the several incident parts of the same transaction. In my view the main test is that of unity of purpose or design. Unity of purpose or design and continuity of action are essential elements to link together different acts into one and the same transaction. If the various acts are done with a particular end in view they may be treated as parts of the same transaction.” [39] Selain itu dalam kes Cheong Sik Kwan v. Public Prosecutor [1959] CLJU 14; [1959] 1 LNS 14 Thomson CJ dalam penghakimannya menyatakan : The question of when a number of acts do or do not form the same transaction for the purposes of sections 235 and 239 of the Indian Criminal Procedure Code (our sections 165 and 170 ) has been considered by the Courts in India... apart from insisting on the presence of such elements as proximity of time and place continuity of action and unity of purpose and design, they are all agreed that the question is a question of fact to be decided upon the circumstances of each individual case. [40] Kembali kepada fakta kes di hadapan Mahkamah ini, tidak dinafikan bahawa Perayu telah melakukan lebih daripada satu kesalahan. Namun, Perayu adalah satu-satunya pelaku dan mangsa juga adalah orang yang sama bagi kesemua enam perbuatan kesalahan yang dipertuduhkan dan disabitkan ke atas Perayu. Keenam-enam kesalahan itu juga didakwa berlaku di dalam bilik yang sama (unity or proximity of place). Kedekatan waktu kejadian adalah sangat dekat kerana kesalahan telah dilakukan selama tiga hari berturut-turut dalam tempoh SP6 tinggal bersama Perayu pada 7.6.2021, 8.6.2021 dan 9.6.2021 (proximity of time). Walaupun perayu didakwa atas kesalahan yang berbeza tetapi mahkamah berpendapat bahawa setiap perbuatan dan kesalahan yang dilakukannya itu adalah sebahagian daripada satu transaksi iaitu bertujuan untuk memuaskan nafsu amarah perayu melalui beberapa siri perbuatan kesalahan seksual terhadap SP6 iaitu amang seksual, persetubuhan sumbang mahram dan persetubuhan dengan objek (jari dan dildo) dalam tempoh tiga hari itu. Terdapat juga kesinambungan tindakan dan kebersamaan tujuan atau perancangan untuk membentuk satu transaksi di sini. [41] Selain itu, faktor lain yang dipertimbangkan oleh Mahkamah adalah usia SP6 yang merupakan seorang kanak-kanak. Atas faktor kepentingan awam, adalah tidak wajar untuk meletakkan SP6 yang telah menjadi mangsa kepada beberapa siri perbuatan jenayah serius ke atasnya untuk datang ke Mahkamah beberapa kali bagi memberikan keterangan dalam beberapa perbicaraan disebabkan oleh setiap kesalahan-kesalahan yang berlaku ke atas dirinya itu dibicarakan secara berasingan. Tidak dapat dinafikan, membuatkan SP6 terpaksa datang ke Mahkamah lebih dari sekali untuk memberikan keterangan berkenaan pengalaman buruknya diperlakukan oleh Perayu sedemikian adalah sesuatu yang tidak diingini serta tidak boleh diterima kerana ianya sudah pasti boleh memberikan tekanan kepada mental dan emosi SP6 sebagai seorang kanak-kanak. [42] Oleh itu, setelah mempertimbangkan hujah kedua-dua belah pihak dan undang-undang yang berkaitan, mahkamah berpendapat bahawa keenam-enam pertuduhan yang disabitkan ke atas Perayu termasuk dalam pengecualian sepertimana yang diperuntukkan di dalam seksyen 165(1) KTJ kerana ianya termasuk di dalam kesemua faktor-faktor yang dinyatakan di dalam kes Amrita. Oleh itu, HMS telah membuat keputusan yang betul apabila membenarkan kesemua enam kesalahan atau pertuduhan dalam ketiga-tiga kes yang dihadapi oleh Perayu dibicarakan dalam satu perbicaraan. Sehubungan dengan pemerhatian saya di atas, maka saya berpendapat rayuan Perayu berkenaan isu ini tidak bermerit dan ditolak. SP6 ADALAH SEORANG SAKSI YANG TIDAK KREDIBEL DAN KETERANGAN SOKONGAN BERTENTANGAN DENGAN KETERANGAN SP6 [43] Pihak Perayu dalam penghujahannya bertegas bahawa SP6 adalah seorang saksi yang tidak kredibel atau tidak boleh dipercayai. Hal ini kerana walaupun SP6 mengatakan kejadian ke atas dirinya berlaku selama tiga hari berturut-turut, namun SP6 tidak bertindak pulang ke rumah ibunya (SP7) bagi mengelakkan kejadian itu dari terus berlaku lagi. Selain itu, SP6 juga mempunyai akses ke atas telefon bimbit miliknya. Namun, SP6 tidak menghubungi SP7 atau ibu kandungnya sedangkan dia berpeluang untuk berbuat sedemikian. Pihak Perayu juga berhujah bahawa keterangan SP6 tidak disokong oleh mana-mana keterangan bebas. Oleh itu, keterangan SP6 tidak sepatutnya diterima oleh Mahkamah. [44] SP6 semasa kejadian berumur 12 tahun dan semasa memberi keterangan berumur 13 tahun. Seksyen 133(a) Akta Keterangan memperuntukan tatacara untuk menerimapakai keterangan kanak-kanak. Mahkamah hendaklah menentukan sama ada kanak-kanak tersebut mempunyai kecerdikan untuk memahami sumpah yang diambil dan memahami tentang kewajipan untuk bercakap benar. Dalam hal ini, saya telah meneliti Rekod Rayuan dan mendapati suatu siasatan terhadap keupayaan SP6 dalam memberikan keterangan telah dijalankan oleh HMS sebelum menerima keterangan SP6. HMS kemudiannya didapati berpuas hati bahawa SP6 mempunyai “sufficient intelligent” serta faham maksud sumpah. Oleh itu, HMS telah membenarkan SP6 memberikan keterangan secara bersumpah. Dalam keadaan ini, saya mendapati keterangan SP6 telah diambil secara teratur dan mematuhi kehendak peruntukan undang-undang tersebut. [45] Seterusnya berkait keterangan sokongan, adalah menjadi “rule of practice and prudence” bahawa keterangan sokongan diperlukan bagi kes-kes seksual di Malaysia (rujuk kes Aziz Bin Muhamad Din v. Public Prosecutor [1997] 1 CLJ SUPP 523 dan kes Din v. PP [1964] 1 LNS 3). Walaupun keterangan sokongan bukan sesuatu kehendak yang diwajibkan dalam undang-undang dan seseorang tertuduh boleh disabitkan dengan ketiadaan keterangan sokongan (rujuk kes Dato' Seri Anwar Ibrahim v. PP [2015] 2 CLJ 145; [2015] 1 LNS 71), namun keterangan pengadu hendaklah berupa sesuatu yang luar biasa meyakinkan iaitu “unusually convincing” (rujuk kes PP lwn. Mohamad Malek Ridhzuan Che Hassan [2013] 8 CLJ 359). [46] Dalam alasan penghakiman HMS di muka surat 12 hingga 16, selain mendapati bahawa keterangan SP6 adalah “unusually convincing” sebagaimana yang dinyatakan di dalam kes PP v. Mardai [1949] 1 LNS 65; [1950] 1 MLJ 33, HMS juga berpendapat bahawa keterangan SP6 telah disokong oleh keterangan saksi-saksi lain. Oleh itu, HMS berpendapat bahawa suatu kes prima facie telah berjaya dibuktikan ke atas Perayu. Dalam hal ini, saya bersependapat dengan HMS. [47] Terdapat banyak keterangan sokongan telah dikemukakan oleh pihak Responden. Keterangan sokongan pertama boleh diambil kira berdasarkan laporan polis SP6 iaitu (P16) yang dibuat segera oleh SP6 sendiri iaitu selang 7 hari selepas kejadian. Keterangan SP6 adalah dilihat konsisten dengan kandungan P16 itu. Laporan polis seseorang Pengadu yang konsisten dengan keterangannya di Mahkamah merupakan suatu keterangan yang boleh diterima masuk oleh Mahkamah di bawah Seksyen 157 Akta Keterangan sebagai keterangan sokongan (rujuk kes Karthiyayani & Anor v. Lee Leong Sin & Anor [1974] 1 LNS 61). Seterusnya keterangan nenek kepada SP6 iaitu SP7 yang mendengar aduan SP6 kepadanya tentang perbuatan Perayu 3 hari selepas kejadian itu berlaku boleh menyokong keterangan SP6 untuk mengesahkan kejadian itu benar-benar berlaku ke atas SP6 (Rujuk kes PP v. Mohammad Terang Amit [1999] 5 CLJ 156). Keadaan sama sebagaimana dalam kes Liew Kim Kong v. Public Prosecutor [1989] 2 CLJ 914; [1989] 2 CLJ (Rep) 819 yang mana Mahkamah telah menerima keterangan mangsa yang menceritakan kepada keluarganya sebagai keterangan sokongan. [48] Keterangan sokongan seterusnya datang daripada keterangan doktor perubatan O&G Hospital Slim River (SP4) yang telah memeriksa kemaluan SP6 pada 16.6.2021. SP4 telah mengesahkan kebenaran cerita SP6 berdasarkan wujudnya kesan kecederaan baru pada kemaluan SP6 yang boleh diakibatkan kemasukan benda tumpul seperti alat kemaluan lelaki, jari dan barang khas merangsang wanita sekaligus menyokong keterangan wujudnya kemasukan jari, dildo dan ‘penile penetration” yang mana kemaluan Perayu telah memasuki kemaluan SP6. Menurut keterangan SP4 lagi, kesan koyakan baru di kemaluan SP6 pada jam 3, 4, 6 dan 7 boleh berlaku dalam masa seminggu (within a week) kerana koyakan itu mengambil masa yang agak lama untuk sembuh apabila melibatkan kanak-kanak. [49] Berdasarkan keterangan SP4 tersebut, tempoh koyakan baru itu yang dikatakan mungkin berlaku dalam tempoh lebih kurang seminggu adalah konsisten dan bersesuaian dengan faktor kejadian jenayah seksual itu yang dikatakan berlaku secara berturutan pada 7.6.2021 sehingga 9.6.2021. Oleh itu, bukti perubatan ini turut menyokong keterangan SP6 (rujuk kes Syed Abu Tahir a/l Mohamed Esmail v. PP [1988] 1 LNS 126). Keterangan SP6 diperkuatkan lagi dengan penemuan alatan seks “dildo” milik Perayu. Adalah tidak munasabah kanak-kanak seusia SP6 akan mengetahui kewujudan alatan tersebut dan boleh menceritakan dengan baik kegunaan alatan itu melainkan alatan itu ditunjukkan kepadanya dan ditunjukkan penggunaannya kepada SP6. [50] Berdasarkan ulasan bagi keterangan serta kes-kes di atas, maka jelas pada Mahkamah ini bahawa keterangan SP6 telah disokong oleh keterangan-keterangan yang ada tersebut sekaligus membuktikan kesemua elemen yang diperlukan dalam setiap pertuduhan ke atas Perayu. Justeru itu, tidak ada sebab untuk saya mempertikaikan dapatan HMS yang mengatakan bahawa wujudnya keterangan sokongan terhadap keterangan SP6 itu. [51] Berbalik kepada isu kredibiliti SP6, saya berpendapat Mahkamah ini tiada alasan untuk tidak mempercayai SP6. Tidak dinafikan SP6 baru berumur 12 tahun semasa kejadian. Namun, SP6 dalam keterangannya dapat memberikan bentuk cerita yang teratur dan jelas bagaimana kejadian tersebut berlaku ke atas dirinya. Tiada apa-apa tanda atau bukti yang menunjukkan bahawa SP6 cuba mereka-reka cerita terhadap Perayu untuk menganiaya Perayu atau SP6 dipengaruhi oleh sesiapa semasa memberikan keterangan. Saya juga mendapati keterangannya berkenaan perkara asas berkaitan elemen pertuduhan ke atas Perayu adalah konsisten apabila dibandingkan dengan laporan polis P16. Jika pun ada perbezaan atau percanggahan, ianya hanya melibatkan perkara yang tidak material dan percanggahan yang kecil. Namun, ianya tidak menyebabkan keterangan SP6 tidak boleh diterima. Adalah menjadi prinsip undang-undang yang mantap bahawa adanya percanggahan dalam keterangan seseorang saksi tidak secara langsung menjadikan saksi tersebut tidak boleh dipercayai dan membuatkan keseluruhan keterangannya tidak dapat diterima (rujuk kes Mohamed Alias v. PP [1981] 1 LNS 200, kes Chean Siong Guat v. PP [1969] 1 LNS 23 dan kes PP v. Dato' Harun Idris [1979] 1 MLJ 15). [52] Seterusnya, saya ingin menekankan di sini bahawa HMS sebagai hakim bicara mempunyai kelebihan “audio dan visual” dalam menilai saksi-saksi berbanding Mahkamah ini kerana HMS dapat melihat “demenour” dan gerak geri saksi-saksi semasa mereka memberikan keterangan sepanjang perbicaraan kes. Dalam kes ini, HMS dalam alasan penghakimannya di muka surat 43 Rekod Rayuan Jilid 1 telah menerima keterangan SP6 sebagai “unusually convincing”. Berdasarkan pemerhatian HMS juga, demenour SP6 dilihat baik, tidak ragu-ragu dan yakin ketika menjawab soalan. Ini adalah dapatan beliau hasil penelitian beliau terhadap SP6 dan hasil soal jawab beliau ke atasnya. Maka, Mahkamah ini di peringkat rayuan tidak sepatutnya mengganggu dapatan fakta tersebut, melainkan HMS tersilap atau tersalah arah dalam mencapai dapatan fakta tersebut. Merujuk kepada kes Ong Hooi Beng & Ors v. PP [2015] 1 LNS 63, Mahkamah Rayuan memutuskan sebagaimana berikut: [30] Having had the audio-visual advantage of seeing and hearing the appellants while they gave evidence, the learned trial judge was in the best position to assess their credibility and reliability, and certainly not us at the appellate stage who only have the benefit going through their evidence in cold print. It is true that the present day technology allows us to capture court proceedings so that we can always play back the audio-visual recordings to see for ourselves how the witnesses behaved or reacted to certain questions, but there is no substitute for seeing and hearing them first hand and in real time. [31] To entitle us to overturn the trial court's finding under such circumstances and substitute it with our own finding that the appellants were actually credible witnesses and that the belief that they entertained was in fact reasonably true, the burden is on the appellants to show that the finding is perverse and that the learned trial judge had failed to take proper advantage of his having seen and heard them giving evidence. We are not satisfied that the appellants have discharged that burden. In Powell and Wife v. Streatham Manor Nursing Home [1935] A.C. 243; 104 L.J. K.B. 304; 152 L.T. 563; 79 S.J. 179; 51 T.L.R. 289 Lord Wright in dealing with a similar issue said: "Two principles are beyond controversy. First it is clear, that, in an appeal of this character, that is from the decision of a Trial Judge based on his opinion of the trustworthiness of witnesses whom he has seen, the Court of Appeal 'must, in order to reverse, not merely entertain doubts whether the decision below is right, but must be convinced that it is wrong'." [53] Mahkamah ini juga merujuk kepada keputusan kes Mahkamah Persekutuan iaitu Md Zainudin Raujan v. PP [2013] 4 CLJ 21 yang mana dinyatakan: [38] Assessing credibility is difficult and is best left to the trial judge who has the audio-visual advantage of a witness in action. In this case, the learned trial judge, in our view, had correctly evaluated PW5's evidence and found him to be a credible witness. The Court of Appeal had further assessed the learned trial judge's evaluation of that evidence and agreed with the learned judge's conclusion. [39] We have gone through the evidence thoroughly ourselves and have come to the same conclusion that PW5 is a credible witness. Having said that we found no compelling reasons which require our appellate interference. [54] Selain itu, pihak Perayu dalam penghujahannya turut mengatakan bahawa keterangan SP6 adalah tidak kredibel kerana tidak disokong dengan apa-apa bukti forensik DNA yang didapati pada tempat kejadian dan pada barang-barang kes yang dirampas yang boleh mengesahkan kejadian dan cerita SP6 itu benar-benar berlaku. [55] Bagi isu ini, saya berpendapat dalam kes jenayah seksual sebegini, ianya bukan suatu keperluan undang-undang untuk mengemukakan keterangan forensik yang menunjukkan adanya DNA mangsa atau tertuduh pada pakaian, barang kes dirampas ataupun di tempat kejadian untuk pembuktian elemen kemasukan kemaluan tertuduh atau kemasukan apa-apa objek ke dalam kemaluan mangsa (rujuk kes Ahmad Faizal Ali Aulad Ali & Ors V. PP [2009] 9 CLJ 745). Bukti forensik seperti DNA hanya boleh dijadikan sebagai keterangan sokongan bagi kes-kes sebegini. Dalam menggarap persoalan yang sama, Mahkamah ini ingin berkongsi pandangan dan bersetuju dalam keputusan kes Othman Ahmad V. PP [2008] 10 CLJ 356 di mana YA Zainal Azman Abdul Aziz menyuarakan pandangannya seperti berikut: "(1) Ujian atau laporan DNA ke atas tertuduh bukanlah sesuatu yang mandatori dan ketiadaan ujian sedemikian tidaklah fatal kepada kes pendakwaan. Ini kerana pihak pendakwaan boleh mengemukakan keterangan-keterangan lain bagi mengasaskan kes mereka dan keterangan DNA hanyalah keterangan sokongan sahaja. Dalam kes ini, walaupun tiada keterangan DNA, fakta berlakunya rogol boleh didapati daripada keterangan mangsa sendiri dan juga keterangan saksi-saksi lain. (perenggan 13 & 14)" [56] Saya turut mengambil pedoman terhadap kes Kong Hong Lai V. PP [2011] 7 CLJ 700 di mana YA Sulong Matjeraie HMR menzahirkan pandangannya sebagaimana berikut: "(3) The offence of rape was committed when there was penetration without consent. Accordingly, the non-finding of seminal stains did not mean there was no penetration without consent. Although there were no seminal stains found, there were other evidences which supported the complainant's story of penetration. Thus, this court agreed with the findings of the High Court that there was penetration when the appellant had sexual intercourse with the complainant without her consent. (paras 2 & 4)." [57] Dalam kes ini, saya mendapati SP6 adalah seorang saksi kredibel dan keterangannya adalah meyakinkan. Malah, keterangannya disokong oleh keterangan pegawai perubatan O&G iaitu SP4 dan juga disokong oleh keterangan saksi-saksi yang lain termasuk keterangan dokumen. Oleh yang demikian, walaupun tanpa bukti DNA atau forensik secara amnya, elemen-elemen setiap pertuduhan ke atas Perayu itu telah dibuktikan dengan berdasarkan kepada keterangan mangsa iaitu SP6 dan juga keterangan-keterangan sokongan yang lain itu. [58] Berdasarkan ulasan dan kes-kes yang dinyatakan di atas, saya berpendapat SP6 adalah saksi yang kredibel dan tidak ada sebab untuk Mahkamah ini mengganggu dapatan yang telah dibuat oleh HMS tersebut terhadap penerimaan keterangan SP6. HMS GAGAL MENGAMBIL KIRA PEMBELAAN PERAYU YANG BERPANDUKAN KEPADA RAKAMAN PERCAKAPAN PERAYU (D56 DAN D57). [59] Pihak Perayu dalam penghujahannya turut menyatakan bahawa HMS telah tersilap arah dalam memberikan penilaian terhadap kes pembelaan apabila menolak versi pembelaan Perayu dan memutuskan bahawa keterangan Perayu tidak menimbulkan apa-apa keraguan yang munasabah. HMS juga dikatakan gagal untuk mempertimbangkan rakaman percakapan Perayu (D56 dan D57) dengan sebaiknya. [60] Di akhir kes pembelaan, prinsip undang-undang menetapkan bahawa pihak pendakwaan perlu membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah, sepertimana yang diperuntukkan dalam Seksyen 173(m)(i) Kanun Tatacara Jenayah. Dengan merujuk kepada kes Nagappan Kuppusamy v. pp [1988] 1 CLJ Rep 229 Mahkamah telah memutuskan seperti berikut: "In a criminal proceeding, the onus on the prosecution throughout is to prove beyond reasonable doubt. From the beginning to the end, the burden remains on the prosecution to prove the guilt of the accused. At the close of the whole case, the court has to consider all the evidence adduced by both the prosecution and the defence and has to be satisfied that the case has been proved beyond reasonable doubt. In other words, at the close of the whole case, the court has to consider all the evidence before it whether they satisfy all the ingredients of the offence. If upon the whole evidence the court is left in a real state of doubt, the prosecution is said to have failed to satisfy the onus of proof which lies upon it." [61] Beban pembuktian melampaui keraguan yang munasabah telah dijelaskan oleh Augustine Paul HMR (pada ketika itu) dalam kes Balachandran v. PP [2005] 1 CLJ 85 seperti berikut: "Proof beyond reasonable doubt involves two aspects. While one is the legal burden on the prosecution to prove its case beyond reasonable doubt the other is the evidential burden on the accused to raise a reasonable doubt. Both these burdens can only be fully discharged at the end of the whole case when the defence has closed its case. Therefore a case can be said to have been proved beyond reasonable doubt only at the conclusion of the trial upon a consideration of all the evidence adduced as provided by s. 182A(1) of the Criminal Procedure Code. That would normally be the position where the accused has given evidence. However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt." [62] Selanjutnya di dalam kes Gunalan Ramachandran & Ors v. PP [2006] 1 CLJ 857, Arifin Zakaria FCJ (pada ketika itu) telah menyatakan seperti berikut: "In our criminal law at the close of the defence case what the court needs to decide is whether the defence had succeeded to raise any reasonable doubt on the prosecution case. If the answer is in the positive then the accused person is without more entitled to his acquittal. It has to be remembered always that at no time, except in special circumstances, the burden of proof is cast on the defence: the burden rest all throughout on the prosecution to prove its case beyond any reasonable doubt. (See Mohamad Radhi bin Yaakob v. Public Prosecutor [1991] 3 CLJ 2073; [1991] 1 CLJ (Rep) 311). The issue here is whether the accused had in the circumstances raised a reasonable doubt on the prosecution case." [63] Berdasarkan rekod rayuan yang ada, HMS di muka surat 47 hingga 54 Rekod Rayuan Jilid 1 didapati dengan panjang lebar telah membuat penilaian dan huraian terhadap kes pembelaan. Dalam masa yang sama, HMS juga dilihat telah mempertimbangkan rakaman percakapan Perayu sepertimana D56 dan D57. Namun HMS berpendapat bahawa terdapat percanggahan dalam keterangan Perayu di Mahkamah dengan kandungan D56 dan D57. Keterangan pembelaan Perayu juga dikatakan tidak dapat menggugat fakta yang dikemukakan oleh saksi-saksi pendakwaan. Sehubungan dengan itu, HMS telah memutuskan keterangan pembelaan Perayu tidak menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan. Berdasarkan pemerhatian ini, saya mendapati hujahan Perayu bahawa HMS telah gagal mengambil kira pembelaan Perayu yang berpandukan kepada rakaman percakapan Perayu D56 dan D57 adalah sama sekali tidak berasas. [64] Dalam memberi pertimbangan terhadap isu ini, saya turut meneliti pembelaan yang telah dikemukakan oleh Perayu dalam keterangan secara bersumpahnya. Secara rumusannya, diperhatikan Perayu mengakui ada mengambil SP6 dari rumah SP7 pada 6.6.2021 dan membawa SP6 tinggal di rumahnya selama beberapa hari sehingga 12.6.2024. Namun, Perayu menafikan semua perbuatannya terhadap SP6 yang boleh menjurus kepada elemen-elemen kesalahan sebagaimana pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya. Menurut Perayu, pada 7.6.2021 hingga 9.6.2021, dia berada di bengkel membaiki motosikal dari petang hingga ke malam hari. Bengkelnya itu beroperasi dari jam 3.00 petang sehingga pagi keesokkan harinya. Rutin hariannya setiap hari akan pergi ke bengkel untuk bekerja bermula jam 3.00 petang sehingga jam 8.00 atau 9.00 pagi keesokan harinya. Perayu juga mengatakan bahawa dia selalunya akan tidur apabila tengahari setelah balik dari kerja. Dalam ertikata lain, Perayu menafikan bahawa dirinya berada di tempat kejadian pada masa berlakunya kesemua kejadian jenayah seksual itu terhadap SP6 sepertimana pertuduhan-pertuduhan. Sebaliknya Perayu hanya akan berada di rumah tersebut pada waktu siang hari dan pada malamnya akan keluar semula untuk pergi bekerja di bengkel motosikal tersebut. [65] Pembelaan atau versi Perayu ini jelas dilihat amat bertentangan dengan fakta kes yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan. Keterangan Perayu adalah bergantung kepada pembelaan alibi. Di bawah seksyen 402A KTJ, aturan pemakaian pembelaan alibi adalah ditetapkan sebagaimana berikut: Section 402A. Alibi.