Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62JSK-10-05/2023 DI ANTARA PENDAKWARAYA
AG-62JSK-10-05/2023
Sessions Court of Malaysia19 Nov 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“(d) Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405) [67] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bi”
“[1987] 2 CLJ 405) [67] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendir”
“ur saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judg”
“ated, there is a rule of practice stressing the need for corroboration in rape cases”. [31] Seperti mana yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes Sulaiman bin Aswari lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 1291; [33] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa keterangan yang diberikan oleh SP3 adala”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH SESYEN DI KUALA KANGSAR DALAM NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN MALAYSIA PERBICARAAN JENAYAH NO. AG-62JSK-10-05/2023 DI ANTARA PENDAKWARAYA
1
ZAKARIA BIN HARUN (OKT) telah dituduh di mahkamah ini pada 25.7.2022 bagi satu kesalahan di bawah SEKSYEN 14(a) AKTA KESALAHAN-KESALAHAN JENAYAH SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017. Pertuduhan asal yang dirangka ke atas OKT adalah seperti berikut: PERTUDUHAN ASAL BAHAWA KAMU PADA BULAN SEPTEMBER 2022, JAM LEBIH KURANG 11 PAGI HINGGA 1 PETANG BERTEMPAT BERHAMPIRAN DENGAN KEBUN GETAH BATU HAMPAR, DALAM DAERAH GERIK, DI DALAM NEGERI PERAK TELAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL DENGAN CARA MENGESEL KEMALUAN DI MANGSA BAGI MAKSUD TERHADAP SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN IAITU NUR AUNI AFIFA BINTI KAMARUL IZUAN MYKID NO: 160909-08-1264. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 14(a) AKTA KESALAHAN-KESALAHAN SEKSUAL TERHADAP KANAK-KANAK 2017
2
Apabila pertuduhan dibacakan, OKT tidak mengaku salah ke atas pertuduhan yang dikemukakan dan minta untuk dibicarakan. Semasa perbicaraan dijalankan, OKT diwakili oleh peguam Puan Herni Suraya dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).
3
Pihak pendakwaan telah memanggil seramai 11 orang saksi bagi membuktikan pertuduhan yang dikemukakan terhadap OKT. Selepas mangsa memberikan keterangan (SP10), pihak pendakwaan telah memohon untuk membuat pindaan terhadap pertuduhan. Pertuduhan pindaan adalah seperti berikut: PERTUDUHAN PINDAAN (DIBUAT PADA 17.7.2024) BAHAWA KAMU PADA BULAN SEPTEMBER 2022 PADA WAKTU PETANG BERTEMPAT BERHAMPIRAN DENGAN KEBUN GETAH BATU HAMPAR, DALAM DAERAH GERIK, DI DALAM NEGERI PERAK TELAH MELAKUKAN AMANG SEKSUAL FIZIKAL DENGAN CARA MENGGESEL KAMU DI MANGSA BAGI MAKSUD TERHADAP SEORANG KANAK-KANAK PEREMPUAN IAITU NUR AUNI AFIFA BINTI KAMARUL IZUAN MYKID NO: 160909- 08-1264, OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 14
a
AKTA KESALAHAN.KESALAHAN TERHADAP KANAK-KANAK 2017. [4] Pertuduhan pindaan telah dibacakan dan difahamkan semula kepada OKT dan OKT masih tidak mengaku salah terhadap pertuduhan pindaan tersebut. Peguambela juga telah ditanya samada beliau ingin memanggil semula mana mana saksi pendakwaan dan beliau mengatakan tidak ada. Oleh itu mahkamah telah meneruskan perbicaraan kes pendakwaan sehingga selesai. [5] Di akhir kes pendakwaan, Mahkamah telah memutuskan bahawa satu kes prima facie telah dibuktikan terhadap OKT dan OKT telah diperintahkan untuk membela diri. Tiga pilihan membela diri telah diterangkan kepada OKT dan OKT memilih untuk memberikan keterangan secara bersumpah dari kandang saksi. [6] Pihak pembelaan telah mengemukakan seramai 4 orang saksi dan di akhir kes pihak pembelaan, Mahkamah telah mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan. OKT telah dikenakan hukuman penjara selama 7 tahun dari tarikh sabitan dan 2 kali sebatan rotan. OKT juga diperintahkan untuk diletakkan di bawah pengawasan polis selama 2 tahun sebaik sahaja selesai menjalani hukuman penjara dan juga diperintahkan untuk menjalani sesi kaunseling semasa berada di dalam penjara. Permohonan peguam untuk penggantungan perlaksanaan hukuman penjara juga telah tidak dibenarkan oleh mahkamah. [7] Kini mahkamah mengemukakan alasan-alasan yang membawa kepada keputusan tersebut. ALASAN PENGHAKIMAN Kes Pendakwaan [8] Adalah prinsip undang-undang yang jelas bahawa di akhir kes pendakwaan, mahkamah perlu membuat keputusan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT berdasarkan keterangan-keterangan lisan dan dokumentari yang dikemukakan oleh saksi-saksi ini. (Seksyen 173(f) Kanun Tatacara Jenayah) [9] Hakim Mahkamah Rayuan, Gopal Sri Ram di dalam kes Looi Kow Chai v Public Prosecutor [2003] 2 MLJ 65, telah menjelaskan mengenai maksud prima facie di dalam keputusannya. “It therefore follows that there is only one exercise that a judge sitting alone under s 180 of the CPC has to undertake at the close of the prosecution case. He must subject the prosecution evidence to maximum evaluation and to ask himself the question: If I decide to call upon the accused to enter his defence and he elects to remain silence, am I prepared to convict him on the totality of the evidence contained in the prosecution case? If the answer is in the negative then no prima facie case has been made out and the accused would be entitled to an acquittal.” [10] Seterusnya di dalam keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, maksud prima facie telah dijelaskan seperti berikut: “A prima facie case is therefore one that is sufficient for the accused to be called upon to answer. This in turn means that the evidence adduced must be such that it can be overthrown only by evidence in rebuttal. [11] Oleh itu apakah keterangan yang perlu mahkamah pertimbang dan nilaikan untuk membolehkan mahkamah membuat keputusan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT? Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 173 (h) (iii) Kanun Prosedur Jenayah yang menyatakan seperti berikut:
III
(iii) For the purpose for subparagraphs (i) and (ii), a prima facie case is made out against the accused where the prosecution has adduced credible evidence proving each ingredient of the offence which if unrebutted or unexplained would warrant a conviction; [12] Di dalam kes Balachandran V PP juga, Hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “In order to make a finding either way the court must, at the close of the case for the prosecution, undertake a positive evaluation of the credibility and reliability of all the evidence adduced so as to determine whether the elements of the offence have been established.” [13] Oleh itu bagi menentukan samada pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie ke atas OKT, mahkamah perlu merujuk kepada intipati-intipati pertuduhan yang perlu dibuktikan oleh pihak pendakwaan. OKT di dalam kes ini telah dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang mana akta tersebut menyatakan:
14
Amang seksual fizikal atas kanak-kanak Mana-mana orang yang, bagi maksud seksual—
a
Menyentuh mana-mana bahagian badan seseorang kanak kanak;
b
(b)..
c
..
d
(d).. melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan boleh juga dihukum dengan hukuman sebat. Huraian 1—Perbuatan menyentuh boleh melibatkan perbuatan menyentuh dengan menggunakan mana-mana bahagian badan atau dengan suatu objek dan boleh dilakukan melalui apa-apa sahaja termasuk apa-apa sahaja yang dipakai oleh orang yang menyentuh atau kanak-kanak yang disentuh. Huraian 2—Dalam menentukan apakah yang menjadi maksud seksual, mahkamah boleh menimbangkan, antara lain, bahagian badan yang disentuh, sifat dan takat perbuatan menyentuh atau kontak fizikal dan semua hal keadaan lain yang berkenaan dengan perlakuan itu. [14] Oleh itu untuk membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT, pihak pendakwaan perlu membuktikan elemen elemen berikut: a. Mangsa seorang kanak kanak; b. OKT telah menggeselkan kemaluannya ke kemaluan mangsa; dan c. OKT mempunyai maksud seksual apabila berbuat demikian. [15] Saksi saksi berikut telah dipanggil oleh pihak pendakwaan untuk membuktikan pertuduhan: SP1: Siti Aminah binti Che San, Ibu mangsa dan pengadu SP2: Nur Amyra Shahira binti Mohd Zaki, Pakar perubatan pediatrik di Jabatan Pediatrik Hospital Taiping SP3: Insp Wan Norshareeda binti Wan Mohd Yusoff, Pegawai penemubual CIC SP4: Hajar binti Che San, ibu saudara mangsa SP5: Siti Fairus binti Othman, kawan pengadu SP6: Inspektor Nawawi bin Halias, pegawai tangkapan. SP7: Dr Priyadharshini Balakrishnan, pakar sakit puan SP8: Koperal Mohamad Subari bin Abdul Kadir, jurugambar SP9: Sarjan Siti Rohani binti Hashim, pegawai perakam CIC SP10: Nur Auni Afifah binti Kamarul Izwan, mangsa kanak kanak SP11: Inspektor Muhamad Nasiruddin bin Mat Hasan, pegawai penyiasat PEMBUKTIAN ELEMEN PERTUDUHAN: Mangsa seorang kanak kanak [16] Berkenaan dengan status mangsa sebagai seorang kanak-kanak, ia telah dibuktikan melalui keterangan ibu mangsa sendiri (SP1), mangsa (SP10) dan pegawai penyiasat kes (SP11). Mahkamah juga telah melihat sendiri fizikal mangsa semasa beliau hadir ke mahkamah dan meneliti sendiri sijil lahir yang dikemukakan dan disahkan mangsa berumur 6 tahun semasa kejadian berlaku dan adalah seorang kanak-kanak. Pihak pendakwaan juga telah mengemukakan sijil lahir mangsa yang telah disemak sendiri oleh mahkamah dan ditandakan sebagai eksibit P1. Disebabkan mangsa telah disahkan adalah seorang kanak kanak maka elemen pertama telah berjaya dipenuhi oleh pihak pendakwaan. OKT telah menggeselkan kemaluannya ke kemaluan mangsa [17] Berkenaan elemen ini, keterangan terus (direct evidence) dari mangsa sendiri, keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) dari saksi saksi lain seperti ibu mangsa, doktor, pakar perubatan dan pegawai penyiasat telah dirujuk, diperhalusi dan dipertimbangkan oleh mahkamah. [18] Pengadu di dalam kes ini adalah ibu mangsa (SP1). Perbuatan OKT ke atas mangsa mula terbongkar selepas mangsa terlihat SP1 bergurau dengan suaminya pada waktu petang 26.10.2022. Semasa bergurau, suami SP1 secara tidak sengaja telah terpegang kemaluan SP1. Kemudiannya pada waktu malam tarikh yang sama selepas maghrib, tiba tiba mangsa bertanya kepada SP1. Perbualan mangsa dan SP1 semasa keterangan di mahkamah adalah seperti berikut: - Bila malam lepas waktu maghrib saya dan Auni bersembang sambil santai atas tilam. Auni datang kepada saya dan dia cakap pada saya. “Mama, adik nak tanya”. Saya cakap nak tanya apa? Dia kata “abah pegang pap pap mama kan. Saya cakap abah tak pegang, abah cubit peha mama. Dia kata adik nampak abah pegang pat pat mama. Saya nafikan dan cakap tak pegang. Sambil berfikir…dia cakap adik nak tanya mama, boleh? - Saya masa tu sedang pegang phone. Lepas tu anak saya berhenti cakap kemudian baru dia sambung cakap. Jadi kalau macam tu yang tok cher buat kat adik, tak salah lah? - Tok cher tu adalah Zakaria Harun. Nama panggilan dia tok cher. - Bila dengar macam tu saya terbangun dan tanya dia “apa yang tok cher buat pada adik? - Dia cakap hari tu tok cher bawak adik pergi kebun Alai. Tok cher bukak seluar adik, tok cher bukak seluar tok cher. - Auni cakap tok cher letak air liur dekat tok cher punya anu. - Tok cher laga lagakan pap pap tok cher dengan pap pap adik. - Adik cakap tak boleh sebab mama marah. Tok cher cakap sekejap saja, mama tak tahu. - Lepas tu saya tanya apa tok cher buat kat adik? - Dia cakap air liur tok cher bau busuk. Lepas tu tok cher pakai seluar dan tok cher kena gigit pacat kat punggung dan terus balik rumah tok su. [19] Tok Cher yang dimaksudkan adalah OKT yang bernama Zakaria bin Harun. OKT berkahwin dengan emak saudara SP1 yang dipanggil tok su (adik beradik dengan emak SP1). Menurut SP1, hubungan beliau dan keluarga tok su sangat rapat dan beliau sering menghantar anaknya Auni ke rumah tok su tetapi tidak lama. Selalunya SP1 akan ikut bersama atau membawa emaknya sekali untuk menemani Auni. Auni juga telah biasa pergi ke rumah OKT sejak kecil dan jika SP1 tidak membawa Auni, ada kalanya anak OKT sendiri yang datang mengambil Auni. [20] Menurut SP1 lagi, selepas mendapat tahu tentang kejadian itu, beliau teringat bahawa pada bulan 9 tahun 2022 iaitu selepas hari jadi Auni, beliau pernah mengajar Auni mandi hadas besar dan semasa beliau ingin membasuh kemaluan Auni, Auni tidak mahu dan mengadu pedih. Pada masa itu SP1 bersangka baik dan menyangka sabun yang menyebabkan kemaluan Auni pedih. [21] SP1 juga telah memaklumkan tentang kejadian kepada emaknya, suaminya, kakaknya bernama Hajar (SP4), dan sahabat baiknya (SP5) berkenaan kejadian. SP4 dan SP5 telah dipanggil memberi keterangan dan mengesahkan keterangan yang diberikan oleh SP1. Mahkamah juga dapati keterangan SP1, SP4 dan SP5 berkenaan kejadian yang berlaku ke atas mangsa adalah konsisten. [22] Semasa kejadian berlaku, mangsa baru berumur 6 tahun. Semasa memberi keterangan di mahkamah beliau berumur 8 tahun. Keterangan mangsa telah diambil di mahkamah terbuka dengan pengadang dipasang bagi mengelakkan mangsa melihat OKT secara terus. Oleh kerana mangsa adalah kanak kanak yang di dalam umur yang dikategorikan masih mentah, maka sebelum keterangan mangsa diambil, soalan soalan mudah telah ditanyakan kepada mangsa bagi memastikan samada mangsa faham maksud sumpah dan keperluan bercakap benar di mahkamah. [23] Hasil penilaian mahkamah, mangsa tidak faham maksud sumpah tetapi faham tentang perlunya bercakap benar dan jika bercakap bohong itu adalah sesuatu yang salah dan berdosa. Oleh itu keterangan mangsa telah diambil tanpa mengangkat sumpah. Mahkamah merujuk kepada peruntukan di bawah Seksyen 17 Akta Kanak Kanak 2001:
17
Anggapan keupayaan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, seseorang kanak-kanak dianggap kompeten untuk memberikan keterangan melainkan jika mahkamah berpendapat selainnya. [24] Semasa mangsa memberi keterangan, mahkamah ini berpeluang meneliti demenour dan tingkah laku mangsa. Mahkamah dapati walaupun beliau baru berumur 8 tahun tetapi beliau seorang kanak kanak yang kompeten memberikan keterangan. Beliau petah bercakap, bijak, pertuturannya teratur, boleh memahami soalan yang ditujukan dan dapat menjawab soalan soalan dengan baik dan tepat. Mahkamah juga dapati mangsa seorang yang tegas dan kekal dengan jawapannya walaupun cuba dikelirukan oleh peguambela semasa pemeriksaan balas. [25] Mangsa juga telah memberi keterangan bukan saja berkenaan kejadian tersebut tetapi juga keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) yang berlaku di luar dari waktu kejadian (sebelum dan selepas) yang dapat mengaitkan dan menyokong keterangan beliau berkenaan kejadian tersebut. Berikut adalah antara keterangan mangsa di mahkamah berkaitan kejadian; - Saya ada nenek tapi datuk tak ada. - Saya panggil nenek dengan mak. - Saya pergi sekolah pukul 7 pagi dan balik sekolah dalam pukul 11 pagi. - Ayah kerja potong getah. - Sebelum sekolah saya duduk rumah Che. - Che tu saudara. - Che tu lelaki. - Saya duduk rumah Che sebab mama hantar bila mama nak pergi kerja. - Saya tak pergi rumah Che lagi sebab mama marah. - Mama marah sebab Che ada buat salah. - Che buat yang tak sepatutnya dia buat. - Che buat salah pada Auni. PP: Saya pohon saksi membuat pengecaman ke atas OKT - Che ada dalam mahkamah hari ini (saksi tunjuk pada OKT dalam kandang salah) - Che buat Auni di kebun Alai. - Kebun Alai tu dalam hutan. - Che ajak Auni pergi kebun tu. - Che ajak dia kata nak pergi ronda tapi… - Che ajak ronda naik motor Che. - Motor tu warna hitam. PP: Saya pohon saksi dirujuk kepada gambar eksibit C3 - Ini gambar motor Che. - Saya tahu sebab kalau dia nak pergi mana mana dia bawak motor ni. - Masa Che ajak ronda tu waktu petang tapi saya tak ingat pukul berapa. - Auni dan Che dua orang saja naik motor. - Hari hari Auni naik motor dengan Che. - Masa Che buat tu Auni takut sebab dia buat jahat. - Masa takut tu saya diam saja. - Masa Che buat tu saya atas tanah. - Masa atas tanah tu saya duduk. - Che pun duduk atas tanah jugak. (kanak kanak diberikan patung mainan dan diminta tunjuk bagaimana situasi duduk atas tanah dan kanak kanak tunjukkan) - Masa tu Auni pakai baju dan pakai seluar. - Che pun pakai baju dan seluar. (Saksi tunjuk celah kangkang patung panda untuk tunjukkan di mana Che buat jahat pada dia) (saksi tunjuk keadaan Che yang rapat pada badan Auni) - Che buat selama 2 jam. - Masa tu tidak ada orang lain di situ. - Saya tak jerit dan menangis sebab tak sakit. PP: Rujuk saksi dengan gambar P13 - Ini gambar kebun Alai. - Masa pergi dengan Che memang ikut jalan ini. - Gambar F adalah tempat Che letak motor. - Lepas letak motor Che dan Auni duduk atas tanah. - Di dalam hutan tu ada sungai, pokok buluh dan kebun. - Ini tempat yang Che bawak Auni tu. (Saksi dapat mengecam semua gambar sebagai tempat kejadian) - Lepas tu Che bawa Auni balik ke rumah Che. - Sampai rumah Che dia tak buat lagi. - Malam tu Auni balik rumah. - Abah atau mama yang ambil Auni dari rumah Che. - Auni ada bagitahu mama je pasal Che buat Auni. - Malam tu Auni bagitahu mama. - Auni cakap “Mama, Tok Che berlaga papat dengan adik”. - Papat tu kemaluan (saksi tunjuk bahagian celah kaki patung panda) (Saksi tunjuk demonstrasi berlaga papat dengan rapatkan patung panda dengan patung ultraman) - Auni tahu papat tu kemaluan sebab mama dah ajar dari kecik. - Papat tu kemaluan perempuan. - Lepas bagitahu mama, mama marah dengan Tok Che. - Mama kata Tok Che buat salah. - Lepas tu mama telefon bini Tok Che. - Auni ada ikut mama pergi balai polis Gerik. - Masa di balai polis, polis ada tanya Auni. - Bila polis tanya saya jawab ya. - Auni tak ada cerita pada polis sebab Auni malu. - Auni ada jumpa doktor dekat klinik. - Doktor cek kemaluan Auni. - Mama dengan polis yang bawa Auni pergi jumpa doktor. - Auni pergi klinik di Grik. - Auni tak ada masuk wad. - Auni ada jumpa polis perempuan dan Auni ada tunjuk patung. - Polis perempuan tu ada tanya Auni. PP: Saya pohon video CIC (P5) dimainkan untuk ditunjukkan kepada saksi. (Video P5 dimainkan) - Dalam video tu ada Auni dan polis. - Betul ada polis tanya tanya Auni. - Auni ada cakap pasal Tok Che. PP: Saya ingin rujuk Lampiran A kepada P10 kepada saksi - Polis ada bawa Auni pergi ke kebun itu. - Auni pergi dengan mama dan polis. - Semua yang Auni cerita di mahkamah memang betul dan berlaku pada Auni. - Semua yang Auni cerita ni Auni dah bagitahu pada mama dan polis. [26] Semasa pemeriksaan balas juga, Auni masih tetap utuh dan kekal dengan jawapannya bahawa OKT telah bertindak melagakan kemaluannya dengan papat (kemaluan) Auni. Berikut adalah soalan dan jawapan semasa pemeriksaan balas ke atas Auni. S: Selalu ke kamu keluar dengan tok Che? J: Kadang kadang. S: Keluar pergi mana? J: Pergi kedai. S: Kedai di mana? J: Kedai runcit depan kubur. S: Kedai dekat rumah ke? J: Tak. Kedai jauh. S: Macam mana Auni tahu tentang kebun Alai? J: Che bagitahu. S: Bila dia bagitahu itu kebun Alai? J: Masa tu pergi ronda ronda, lepas tu dia cakap ni kebun Alai. S: Selalu pergi ke kebun Alai? J: Jarang jarang. S: Dengan siapa lagi pergi kebun Alai? J: Dengan dia saja. S: Auni ingat tak berapa kali pergi kebun Alai tu? J: 1 kali saja. S: Auni kata polis ada bawa ke kebun Alai kan. S: Siapa yang bawa polis ke tempat tu? J: Saya. S: Kamu kenal tempat tu walaupun baru pergi sekali? S: Saya katakan Auni dah pergi tepat tu banyak kali sebab tu Auni dapat cam tempat tu. S: Saya katakan kamu ada pergi ke kebun Alai dengan orang lain. J: Tidak pernah. S: Tadi kamu kata pergi banyak kali ke kebun Alai tu dengan siapa? J: Dengan Tok Che jugak. PB: Rujuk Lampiran A P10. S: Auni yang lukis gambar ni ke? S: Polis tanya kamu bagaimana kamu lukis ni dan kamu kata kamu tahu dan kamu lukis. J: (Saksi mengangguk) S: Macam mana Auni tahu bagaimana benda itu? Pernah nampak ke? J: Tengok pun dah tahu. S: Di mana kamu tengok benda tu? J: Di kebun Alai. S: Sebelum itu, di rumah ada tengok tak benda ni? J: Tak. S: Di rumah ada main phone tak dan tengok gambar gambar? J: Tak ada. S: Ada pakai handphone ayah tak? J: Ada. S: Dalam telefon abah ada tengok gambar apa apa ke? J: Tengok you tube ada lah. S: Dalam you tube ada tengok gambar tak? J: Tidak ada. S: Dalam you tube tengok apa? J: Kartun. S: Saya kata Auni ada tengok benda yang kamu lukis tu dalam handphone. J: Tidak setuju. S: Kenal ayah Shahid? J: Kenal. Dia bapa saudara. S: Auni rapat dengan dia kan. J: Rapat. S: Dia ada bawa kamu naik motor kan? J: Selalunya pergi kedai saja. S: Ada ayah Shahid bawa kamu pergi ke kebun Alai? J: Tak langsung. S: Saya katakan Tok Che tak pernah bawa Auni ke kebun Alai naik motorsikal. J: Tak setuju. S: Saya katakan Tok Che tak pernah buat jahat pada kamu. Dia bawa ronda ronda naik motor saja. J: Salah. S: Saya katakan ada orang ajar kamu suruh bagitahu nama Tok Che. J: Salah. [27] Mahkamah telah meneliti demeanour dan menimbangkan kronologi kejadian serta semua keterangan mangsa sejak dari pemeriksaan utama sehingga beliau disoal balas oleh peguambela. Mahkamah dapati keterangan mangsa adalah konsisten, tidak bercanggah dan sangat menyakinkan (unusually convincing). Mangsa tetap dengan pendiriannya dan tidak goyah apabila digasak dengan soalan soalan peguambela yang cuba memerangkap, menidakkan perbuatan tertuduh serta cuba mengalihkan kesalahan tertuduh dengan mencadangkan orang lain yang telah membawa Auni ke kebun Alai tetapi Auni tetap dengan jawapannya bahawa Che (OKT) saja yang berbuat demikian. Ternyata semua cadangan peguam ini telah tidak dipersetujui oleh mangsa dan mangsa tetap bertegas dengan jawapannya bahawa tertuduh telah melakukan satu perbuatan yang tidak bermoral dan salah ke atas dirinya. Mahkamah juga dapati walaupun mangsa seorang kanak kanak yang sangat muda, namun beliau seorang yang bijak, peka dan petah bercakap. Setiap soalan yang ditanya kepada beliau dapat dijawab dengan baik dan penuh keyakinan. Keterangan sokongan [28] Mangsa di dalam kes ini adalah seorang kanak-kanak. Undang undang adalah mantap bahawa keterangan saksi mangsa kanak-kanak boleh diterima tanpa keterangan sokongan. Rujukan dibuat ke atas
18
Keterangan saksi kanak-kanak Walau apa pun apa-apa yang berlawanan dalam mana-mana undang-undang bertulis yang lain, dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang yang berhubungan dengan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini, atau mana-mana kesalahan yang dinyatakan dalam Jadual sekiranya mangsa ialah kanak-kanak, mahkamah boleh mensabitkan orang itu bagi kesalahan itu berasaskan keterangan tanpa sokongan seseorang kanak-kanak, yang diberikan dengan sumpah atau selainnya. [29] Spenser Wilkinson HMT di dalam keputusannya di dalam kes Public Prosecutor v Mardai [1950] 16 MLJ 33 telah menyatakan: “Whilst there is no rule of law in this country that in sexual offences the evidence of the complainant must be corroborated, nevertheless it appears to me, as a matter of common sense, to be unsafe to convict in cases of this kind unless either the evidence of the complainant is unusually convincing or there is some corroboration of the complainant’s story. It would be sufficient, in my view, if that corroboration consisted only of a subsequent complaint by the complainant herself provided that the statement implicated the accused and was made at the first reasonable opportunity after the commission of the offence”. [30] Augustine Paul HMT dalam kes Aziz Muhamad Din v Public Prosecutor [1997] 1 CLJ Supp 523, juga telah memutuskan: “Although there is no specific rule that requires the evidence of a witness to be corroborated, there is a rule of practice stressing the need for corroboration in rape cases”. [31] Seperti mana yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di dalam kes Sulaiman bin Aswari lwn Pendakwa Raya [2020] MLJU 1291; [33] Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan hakim bicara bahawa keterangan yang diberikan oleh SP3 adalah mencukupi tanpa keterangan sokongan memandangkan hakim bicara telah memberi peringatan kepada dirinya untuk berhati-hati sebelum hakim bicara menerima keterangan SP3. [32] Walaupun peruntukan undang undang membenarkan mahkamah mensabitkan OKT bersalah atas keterangan mangsa kanak kanak sahaja atas alasan keterangan mangsa kanak-kanak di dalam kes ini sangat menyakinkan (unusually convincing) selepas memberikan amaran kepada diri sendiri, namun ternyata di dalam kes ini terdapat banyak keterangan sokongan yang boleh dilihat dan dipertimbangkan untuk memantapkan lagi keterangan mangsa kanak-kanak. Penyataan mangsa kepada pihak pihak lain [33] Mangsa kanak kanak telah memaklumkan kepada ibunya (SP1) berkenaan kejadian. SP1 juga telah hadir memberi keterangan dan menjelaskan bahawa mangsa memang ada menceritakan perihal kejadian kepada beliau. Ternyata keterangan SP1 ini konsisten dan menyokong keterangan mangsa berkenaan kejadian yang telah berlaku. Mahkamah juga telah meneliti dan membuat penilaian atas keterangan yang diberikan oleh SP1 dan berpuas hati bahawa tidak ada paksaan atau dorongan yang membuatkan mangsa menceritakan perihal kejadian kepada SP1. Mangsa sendiri tergerak hati bertanya kepada SP1 apabila melihat gurauan SP1 dan suaminya dan selepas itu timbul perasaan ingin tahu di hatinya samada perbuatan OKT ke atas dirinya adalah betul atau salah. [34] Selain itu, mangsa juga telah menceritakan semula perihal kejadian kepada SP4, SP5, pegawai perakam CIC, doktor pediatrik, doktor pakar sakit puan dan juga pegawai penyiasat. Kesemua cerita yang disampaikan oleh mangsa adalah sama dan konsisten dengan apa yang diceritakan kepada ibunya iaitu Tok che telah melagakan kemaluannya ke kemaluan Auni di kebun Alai. Tidak ada versi atau cerita lain yang diberitahu oleh Auni kecuali perbuatan tok che melagakan kemaluan ke kemaluannya. Kesemua saksi seperti doktor, pegawai polis dan pegawai penyiasat adalah saksi yang berkecuali. Mereka adalah penjawat awam yang bertanggungjawab merawat dan menyiasat kes kes yang diadukan oleh orang awam. Mereka tidak mengenali mangsa, ahli keluarganya dan juga OKT. SP11 (pegawai penyiasat) hanya mengetahui berkenaan kes apabila laporan polis dibuat dan beliau menjalankan siasatan menyeluruh terlebih dahulu sebelum membuat kesimpulan samada terdapat kesalahan yang telah dilakukan atau tidak. Sebelum OKT dituduh di mahkamah, SP11 telah menjalankan siasatan dengan menemubual mangsa semasa mereka membuat laporan polis di balai polis. Hasil dari keterangan yang diberikan, SP11 telah meneruskan siasatan lanjut dengan pergi ke tempat kejadian untuk mengesahkan bahawa tempat kejadian adalah wujud seperti mana yang dimaklumkan oleh mangsa. Semasa proses siasatan, bukan saja keterangan mangsa, dan saksi lain saja yang diambil, malah keterangan OKT juga telah dirakamkan. Untuk membuat keputusan menuduh seseorang di mahkamah, pegawai penyiasat perlu melengkapkan siasatan mereka dan mempunyai bukti bukti yang kukuh supaya mahkamah boleh mensabitkan OKT bersalah ke atas pertuduhan. [35] Begitu juga dengan pegawai perubatan, mereka bertanggungjawab merawat dan memeriksa pesakit yang dirujuk oleh polis terutamanya berkaitan kes penderaan seksual ke atas mangsa kanak kanak. Mereka tidak mempunyai motif untuk berpakat dengan keluarga mangsa untuk mereka reka cerita, membuat laporan perubatan palsu dan menipu keterangan di mahkamah bagi tujuan untuk menganiayai OKT. Mahkamah ingin rujuk jawapan SP2 iaitu pakar perubatan pediatrik yang telah menemubual Auni yang mana mahkamah berpendapat jawapan beliau adalah berasas. S: Sebelum doktor interview mangsa, ada doktor tanya apa apa pada mak mangsa? J: Saya cuma tanya kenapa bawa anak ke hospital dan mak cakap ada kes cabul oleh saudara. Dan lepas itu terus saya minta mak keluar dan saya temubual mangsa secara sendiri. S: Berapa lama doktor ambil masa interview mangsa? J: Lama. Saya habis dalam 1.30 pagi. S: Dalam bahagian conclusion doktor kata physical findings adalah consistent. Apakah itu? J: Pesakit tidak ada kesan kecederaan sebab kes lama dan mangsa juga kata pelaku tidak ada berkasar dengannya. S: Sekiranya ada orang ajar mangsa untuk cerita macam itu, boleh kah diterima cerita itu? J: Dia tidak akan ulang cerita yang sama dengan doktor yang berlainan. S: Saya kata adakah kemungkinan dia diajar untuk bercakap seperti itu dan dia buat macam itu. J: Saya rasa dalam masa tengah malam dan kanak kanak yang trauma, adakah mungkin seorang budak boleh ingat apa yang orang ajar dia? S: Jadi doktor rasa tidak ada orang ajar dia? [36] Berhubung penyataan mangsa kanak kanak kepada orang lain ini, Seksyen 157 Akta Keterangan adalah dirujuk: Pernyataan dahulu oleh saksi boleh dibuktikan untuk menyokong testimoni yang kemudian tentang fakta yang sama;
157
Bagi menyokong testimoni seorang saksi, apa-apa pernyataan dahulu yang dibuat olehnya sama ada secara bertulis atau lisan, atas sumpah atau dalam percakapan biasa, yang berhubungan dengan fakta yang sama pada atau lebih kurang pada masa fakta itu telah berlaku, atau di hadapan mana-mana pihak berkuasa yang berwibawa di sisi undang-undang untuk menyiasat fakta itu, boleh dibuktikan” [37] Di dalam kes LIM GUAN ENG v PUBLIC PROSECUTOR [2000] 2 MLJ 577, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: It is our view that under s 157, a former statement made by a witness is admissible in order to corroborate his testimony. The weight of such a statement for the purpose of corroboration depends on the facts of a particular case. This view is supported by a long line of decided cases. In Liew Wah Ming v PP [1963] 2 MLJ 82, Thomson CJ, said at p 84: Section 157 is clear and unambiguous and there can be no doubt that in the circumstances laid down in that section a former statement made by a witness is admissible to corroborate his testimony and with the object of showing consistency. But the weight or value of such a statement as corroboration must always be a question of fact … While, therefore, the former statement of an accomplice or … of a child is admissible to corroborate his testimony and to indicate consistency the weight to be attached to it must vary with the facts of each case. [38] Oleh itu untuk memutuskan samada keterangan saksi lain boleh menyokong keterangan mangsa kanak kanak, mahkamah telah menilai secara maksima kesemua fakta yang telah dibentangkan di mahkamah ini. Secara keseluruhannya, mahkamah dapati keterangan semua saksi pendakwaan adalah konsisten dengan keterangan yang diberikan oleh mangsa kanak kanak. Tidak ada keterangan yang bercanggah yang diberikan oleh saksi saksi malah mereka semua mengulang keterangan yang sama seperti mana yang disampaikan oleh mangsa. Hanya satu cerita saja yang timbul di mahkamah ini iaitu Tok Che (OKT) telah membawa Auni ke kebun Alai dengan menaiki motorsikal dan OKT telah menanggalkan seluar Auni dan menggeselkan kemaluannya ke kemaluan Auni beberapa kali. OKT juga telah meletakkan air liurnya ke kemaluan Auni. [39] Mahkamah berpendapat adalah mustahil sekiranya mangsa sengaja mereka reka cerita tentang kejadian yang berlaku. Sekiranya mangsa menipu di mahkamah, sudah pasti keterangannya kepada pihak pihak lain akan berbeza beza kerana adalah sesuatu yang mustahil untuk bercerita secara teliti dan terperinci melainkan beliau mengalami sendiri kejadian tersebut. Selain itu mangsa juga ada melukis gambar kemaluan lelaki semasa sesi rakaman CIC dan gambarajah itu telah dikemukakan di mahkamah dan ditandakan sebagai Lampiran A dan B di dalam P10 (transkrip CIC). [40] Berkenaan dengan lukisan kemaluan OKT juga, peguam telah mencadangkan soalan kepada Auni bahawa Auni melukis gambar itu selepas melihat kemaluan lelaki lain di telefon bimbit tetapi jawapan Auni berjaya mematahkan segala cadangan peguam. PB: Rujuk Lampiran A P10. S: Auni yang lukis gambar ni ke? S: Polis tanya kamu bagaimana kamu lukis ni dan kamu kata kamu tahu dan kamu lukis. J: (Saksi mengangguk) S: Macam mana Auni tahu bagaimana benda itu? Pernah nampak ke? J: Tengok pun dah tahu. S: Di mana kamu tengok benda tu? J: Di kebun Alai. S: Sebelum itu, di rumah ada tengok tak benda ni? J: Tak. S: Di rumah ada main phone tak dan tengok gambar gambar? J: Tak ada. S: Ada pakai handphone ayah tak? J: Ada. S: Dalam telefon abah ada tengok gambar apa apa ke? J: Tengok you tube ada lah. S: Dalam you tube ada tengok gambar tak? J: Tidak ada. S: Dalam you tube tengok apa? J: Kartun. S: Saya kata Auni ada tengok benda yang kamu lukis tu dalam handphone. J: Tidak setuju. [41] Oleh itu berdasarkan semua keterangan ini, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen kedua iaitu OKT telah menggeselkan kemaluannya ke kemaluan mangsa kanak kanak ini. OKT mempunyai maksud seksual [42] Berkenaan elemen ini, pertimbangan dan penilaian dibuat secara keseluruhan dengan melihat kepada tempat, keadaan dan perbuatan perbuatan lain OKT pada masa kejadian. Elemen kedua telah berjaya dibuktikan iaitu terdapat persentuhan iaitu pergeselan antara kemaluan OKT dan kemaluan mangsa. Kemaluan itu sendiri adalah organ seksual seorang manusia. Ia adalah alat sulit yang sangat sensitive yang tidak boleh dipegang oleh sesiapa pun melainkan tuan punya diri atau ada kebenaran secara sah bagi tujuan perubatan. Jika melihat fakta kes, perbuatan OKT membawa Auni berseorangan ke tempat sunyi dan jauh dari orang ramai jelas membuktikan niat seksual OKT. Selepas itu OKT pula berpesan kepada Auni supaya tidak memberitahu perihal kejadian kepada orang lain dan ini menunjukkan OKT sedar perbuatannya itu adalah salah. Dengan fakta fakta dan keterangan yang ada, jelas membuktikan elemen niat seksual ini. [43] Oleh itu berdasarkan keterangan mangsa dan disokong oleh keterangan saksi-saksi yang lain, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan elemen elemen pertuduhan di bawah 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Daripada keterangan keterangan yang ada di mahkamah ini yang meliputi keterangan lisan saksi saksi, keterangan ikut keadaan (circumstantial evidence) dan keterangan dokumentasi, telah dapat dibuktikan bahawa pada tarikh dan masa kejadian, OKT dengan maksud seksual telah menggeselkan kemaluannya ke kemaluan mangsa yang merupakan seorang kanak kanak. Atas dapatan ini mahkamah memutuskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes prima facie terhadap OKT. OKT dengan ini telah diperintahkan untuk membela diri. KES PIHAK PEMBELAAN [44] Di peringkat pembelaan, prinsip undang-undang yang telah ditetapkan adalah pihak pembelaan perlu mengemukakan keterangan yang boleh menimbulkan keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan jika OKT ingin dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan. Di dalam kes Balachandran v Public Prosecutor [2005] 2 MLJ 301, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di mukasurat 316: “However, where the accused remains silent there will be no necessity to re-evaluate the evidence in order to determine whether there is a reasonable doubt in the absence of any further evidence for such a consideration. The prima facie evidence which was capable of supporting a conviction beyond reasonable doubt will constitute proof beyond reasonable doubt.” [45] Di dalam kes Public Prosecutor v Dato Seri Anwar Ibrahim (No 3) [1999] 2 MLJ 1, Augustine Paul J telah membincangkan isu yang sama dan memutuskan: “The degree of proof required to establish a prima facie case is easiest demonstrated by asking ourselves what the court should do after the defence is called, if the accused elects to remain silent, calls no evidence and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong ... Thus unqualified, and unrebutted the court has to convict on the very same material.” [46] Kes Public Prosecutor v Saare Hama & Anor [2001] 4 MLJ 480 at p 492 pula memutuskan: After the defence is called, and if the accused elects to remain silent, calls no evidence, and cannot come up with any good reason why the earlier conclusion was wrong for whatever reason, or pointing out some inherent weakness in the prosecution case he may have overlooked earlier, the case will be said to have been proved beyond reasonable doubt. [47] Pihak pembelaan telah memanggil seramai 4 orang saksi bagi mematahkan kes pihak pendakwaan iaitu SD1: OKT SD2: Muhammad Zuhairi bin Zakaria, anak OKT SD3: Razainab binti Abu Bakar, isteri OKT SD4: Zaharah binti Zakaria, anak OKT Pembelaan yang ditimbulkan [48] Semasa kes pendakwaan lagi, peguambela telah menimbulkan pembelaan berikut: a. Pengadu membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan OKT atas isu tanah pusaka; b. OKT telah menafikan tuduhan sejak dari dalam tahanan reman dan rakaman percakapan beramaran OKT telah dikemukakan dan ditandakan sebagai D18; c. OKT tidak boleh menaiki motorsikal kerana kaki sakit. [49] Berkenaan dengan isu pertama, semasa kes pendakwaan lagi peguambela telah mencadangkan perkara ini kepada pengadu (SP1) dan ia telah dinafikan oleh SP1. Menurut SP1 pada 26.10.2022 waktu tengahari beliau memang ada pergi ke rumah OKT tetapi hanya untuk hantar sayur. Menurut SP1 lagi, beliau tidak ada berjumpa dengan OKT pun pada waktu itu tetapi hanya berjumpa angah Zahidah dan isteri OKT sahaja. SP1 juga menjelaskan bahawa tidak pernah timbul isu pasal tanah pusaka itu pun sebelum ini kerana itu tanah milik datuk beliau. [50] Menurut pegawai penyiasat pula, OKT tidak pernah menimbulkan isu perebutan tanah pusaka semasa rakaman percakapannya diambil. Rujukan ke atas D18 juga menunjukkan bahawa OKT tidak memberitahu berkenaan kehadiran SP1 ke rumahnya pada 26.10.2022 waktu tengahari dan berlaku pertengkaran berkenaan hal tanah tersebut. Keterangan saksi saksi pembelaan: [51] OKT di dalam kes ini telah memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi (Seksyen 173(ha) Kanun Acara Jenayah). Pembelaan yang dikemukakan oleh OKT secara ringkasnya adalah seperti berikut: - Pada 26.10.2022 waktu tengahari, SP1 ada datang ke rumah OKT dan mereka berbalah pasal harta iaitu tanah milik isteri OKT. - Pada masa itu isteri OKT, anak OKT Zahidah dan Zaharah ada bersama. - Menurut OKT, SP1 datang sembang sembang dan telah timbulkan isu tanah tersebut dan OKT telah marahkan SP1. Kemudian SP1 balik bersama Auni. - Menafikan ada membawa Auni keluar menaiki motorsikal PFV 382. - Mengakui motorsikal PFV 382 itu miliknya tetapi dia tidak pernah menunggang motorsikal ini dan anaknya bernama Zuhairi yang membawa motorsikal itu. - Tidak pernah pada bila bila masa membawa Auni ke kebun Alai. - Menafikan ada mencabul Auni. - memaklumkan bahawa beliau sakit kaki dan tidak boleh menunggang motorsikal. - Menuduh SP1 sengaja membuat cerita tentang kes cabul itu. - Rutin sehariannya adalah duduk bersama kawan baiknya bernama Suhaidi dan dia tidak pernah berdekatan dan berada berseorangan dengan Auni. - Beliau tidak sayangkan Auni dan ada memberitahu kepada isteri dan anaknya yang dia tidak sayangkan Auni. - Kawannya Suhaidi telah meninggal dunia. [52] Berkenaan dengan keterangan saksi saksi pembelaan yang lain, secara ringkasnya mereka semua menyokong keterangan OKT iaitu pada 26.10.2022 SP1 telah datang ke rumah mereka dan timbul pertelingkahan berkenaan tanah pusaka milik SD3. Berkenaan dengan isu ini, ia tidak ditimbulkan oleh OKT semasa rakaman percakapan beramarannya diambil. Malah sewaktu siasatan oleh pegawai penyiasat, tidak pernah isu ini ditimbulkan oleh OKT. Semasa ditanya kepada OKT di mahkamah, OKT menyatakan bahawa dia tidak fikir itu isu yang besar dan sebab itu dia tidak timbulkan. Jadi mahkamah berpendapat OKT hanya mereka reka sahaja isu ini sedangkan ianya tidak berlaku. [53] Berkenaan isu sakit kaki, kesemua saksi juga memberikan keterangan bahawa OKT tidak boleh menunggang motorsikal kerana sakit kaki. Pembelaan tentang sakit kaki dan tidak boleh menunggang motorsikal, ia tidak dibuktikan dengan sebarang laporan perubatan yang sah malah OKT tidak pernah pergi ke klinik atau hospital untuk memeriksa keadaan kakinya. Keterangan berkenaan sakit kaki ini hanyalah keterangan lisan OKT dan anggapannya semata mata. Di sepanjang perbicaraan kes ini, mahkamah juga berpeluang melihat sendiri kehadiran OKT di mahkamah. Tidak ada pada bila bila masa mahkamah melihat OKT dipapah oleh orang lain, menggunakan tongkat atau kelihatan menahan sakit. OKT datang sendiri, berjalan sendiri, boleh menaiki tangga tanpa bantuan orang lain (Mahkamah Sesyen di tingkat atas) dan tidak ada pada bila bila masa perlu menggunakan kerusi roda. Dalam penglihatan kasar, OKT seorang yang sihat dan tidak mustahil boleh menunggang motorsikal dalam keadaan begitu. Mahkamah berpendapat begini kerana tidak ada laporan perubatan atau keterangan mana mana doktor yang dipanggil untuk memberitahu mahkamah ini bahawa OKT ada masalah kaki yang serius. [54] Berkenaan keterangan sokongan dari saksi saksi lain, mahkamah perlu berhati hati menerima keterangan mereka kerana adalah jelas mereka adalah saksi saksi yang berkepentingan kerana semua saksi ini adalah ahli keluarga rapat iaitu merupakan isteri dan anak anak OKT. Keluarga terdekat sudah pasti sangat menyayangi OKT dan sanggup berbuat apa saja untuk membantu OKT supaya tidak disabit dan dihukum. Mereka semua tinggal serumah pada sepanjang masa dan tidak mustahil boleh berpakat untuk memberikan keterangan yang sama bagi tujuan menyokong keterangan bela diri OKT. Selain itu kes ini juga sudah mengambil masa yang lama dan mereka mempunyai masa yang panjang untuk berpakat dan mencari isu untuk meletakkan kesalahan ke atas pengadu. [55] Merujuk kepada keterangan Zuhairi (SD2), beliau menyatakan motorsikal PFV 382 tersebut hanya digunakan oleh beliau sahaja iaitu bagi tujuan pergi menoreh getah dan beriadah. Beliau juga menyatakan bahawa pada sepanjang bulan September 2022 beliau telah tinggal bersama sama OKT dan membuat kerja menoreh getah bersama ibunya. Namun semasa SD4 (Zaharah) disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya, beliau memaklumkan bahawa pada masa itu Zuhairi tidak tinggal bersama mereka tetapi kerja di luar. Menurut SD4 lagi pada masa itu hanya bapanya (OKT), dia, suaminya, ibunya dan adiknya Zahidah sahaja yang berada di rumah. Jadi keterangan siapa sebenarnya yang benar di sini? Jika benar Zuhairi tidak tinggal bersama mereka pada tahun 2022, maka adakah keterangan yang diberikan oleh Zuhairi hanyalah satu rekaan semata mata? [56] Berkenaan keterangan bela diri OKT dan saksi saksi pembelaan ini, secara keseluruhannya mahkamah mendapati semuanya hanyalah satu penafian semata mata (bare denial), difikirkan kemudian (afterthought) dan telah sengaja direka reka bagi melepaskan OKT dari pertuduhan. Jika dinilai secara keseluruhan, mahkamah dapati sokongan yang diberikan oleh saksi saksi lain sangat melampau sehingga menjadi tidak munasabah untuk diterima. Contoh keterangan yang pelik dan sukar diterima adalah: a. Adakah seorang wanita yang hanya mempunyai seorang anak tunggal sanggup menggadaikan maruah anak kecilnya dan nama baik keluarga semata mata isu tanah pusaka yang tidak pernah timbul sebelum ini? SP1 sangat menyayangi anaknya dan sangat kecewa dengan kejadian cabul yang berlaku jadi tidak mungkin dia akan sanggup menimbulkan fitnah ke atas OKT dengan mengaibkan anaknya sendiri. Tidak ada juga keterangan lain yang menunjukkan bahawa pengadu dan OKT mempunyai masalah yang berpanjangan sebelum laporan polis dibuat. b. Kawan OKT bernama Suhaidi duduk di rumah OKT pada sepanjang masa dari selepas subuh sehingga maghrib dan sambung ke waktu malam sedangkan dia mempunyai rumah sendiri dan ada isteri (keterangan ini tidak dibuktikan kerana Suhaidi telah meninggal dunia tetapi Sijil Kematian tidak dikemukakan). c. OKT tidak sayangkan Auni dan tidak suka Auni ada di rumah mereka. OKT telah memberitahu hal ini kepada isteri dan anaknya. Tetapi keterangan yang ada menunjukkan Auni telah diasuh di rumah mereka sejak dari kecil dan adakalanya dibawa ke rumah mereka oleh anak OKT sendiri. Ini menunjukkan semua ahli keluarga menerima kehadiran Auni dan sayangkan Auni. d. Keterangan saksi saksi SD2-SD4 yang terlalu yakin bahawa Auni tidak pernah mendekati OKT kerana pada sepanjang masa (24 jam) mereka ada bersama Auni sedangkan mereka manusia biasa yang harus membuat tugasan diri seperti mandi, solat, ke tandas dan tugasan tugasan lain. e. Keterangan Zuhairi yang menyatakan dia ada bersama semasa pertelingkahan isu tanah sedangkan SD4 menyatakan bahawa Zuhairi tidak ada di rumah dan bekerja di luar. [57] Di dalam kes Mahkamah Rayuan Mr Losali v Public Prosecutor [2011] 4 MLJ 694 telah diputuskan:
2
The appellant failed to raise any reasonable doubt that the appellant was in fact actively involved and was the principal organiser in supplying the drugs in question. The defence of the appellant was a bare denial. The defence of bare denial is no defence. The bare denial cannot in law raise a reasonable doubt and the appellant must be convicted for both the charges (see paras 53–55). [58] Mahkamah Persekutuan di dalam kes Public Prosecutor v Ebrahim Mirzaie Hj Ebrahim Deh Mokhtar [2017] 3 MLJ 827 memutuskan: [50] We agreed with the learned DPP that this defence is a recent invention. It was never suggested to PW2, PW3 and the investigating officer, PW5, rendering it to be an afterthought incapable of being accorded its due weight. On the other hand PW2 and PW3’s evidence on how and where they found the said luggage tag was unshaken to the end. [59] Oleh itu berdasarkan keterangan-keterangan di atas dan juga penilaian maksima mahkamah ke atas keseluruhan keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah ini, mahkamah memutuskan bahawa pihak pembelaan telah gagal menimbulkan satu keraguan yang munasabah ke atas kes pihak pendakwaan dan ini bermakna pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan satu kes yang melampaui keraguan yang munasabah terhadap OKT. OKT dengan ini disabitkan bersalah ke atas pertuduhan. ALASAN PENGHAKIMAN TERHADAP HUKUMAN [60] Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang diijatuhkan ke atas OKT adalah adil (impartially) dan munasabah. Ini adalah kerana mahkamah telah pun membuat penilaian dan pertimbangan sewajarnya ke atas fakta yang dibentangkan dan mengikuti prinsip prinsip keadilan dan peruntukan undang undang yang telah ditetapkan (established judicial principles). Mahkamah juga menjatuhkan hukuman tersebut tanpa dipengaruhi atau ditekan oleh mana-mana pihak yang tidak berkaitan dengan kes ini. Mahkamah merujuk kepada kes PP v. Jafa bi Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315 yang mana YA Mohamed Azmi H telah memutuskan seperti berikut: "A "sentence according to law" means that the sentence must not only be within the ambit of the punishable section, but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles…..” [61] Seksyen 183CPC memperuntukkan: "If the accused is convicted, the Court shall pass sentence according to law." [62] Adalah undang undang mantap bahawa hukuman yang dijatuhkan ke atas OKT adalah terletak di bawah budibicara mahkamah yang membicarakan kes tersebut (trial court). Ini adalah kerana mahkamah bicara telah mendengar dan dapat menilai serta menimbangkan keterangan keterangan saksi tersebut. Mahkamah bicara juga berpeluang meneliti demenour saksi-saksi semasa memberi keterangan dan kelebihan ini membuatkan mahkamah bicara berupaya menentukan apakah hukuman yang seadilnya untuk dijatuhkan ke atas OKT. Kes Norsharizan bin Junaidi v. PP [2016] MLJU 465 menyatakan seperti berikut: "[9] In any event, sentencing is an exercise of discretion by the trial Judge. The law simply provides, as in most cases, a spectrum of sentences - from the minimum to the maximum. The trial Court has to choose the appropriate sentence in each case within the spectrum by giving consideration to the peculiar circumstances of each case and all the relevant factors." [63] Prinsip yang sama juga telah dipakai di dalam kes R v. Ball [1951] 35Cr App R 164: "....our law does not therefore fix the sentence for a particular offence but it fixes a maximum sentence and leaves it to the court to decide what is, within that maximum, the appropriate sentence for each criminal in the particular, the court has the right and duty to decide whether to be lenient or severe...." [64] Satu lagi kes yang mengguna pakai prinsip yang sama adalah kes New Tuck Shen v. PP [1982] CLJ Rep 606; [1982] 1 MLJ 27: "The right to impose punishment on a guilty party is absolutely the discretion of the court. It will exercise that power judicially but will not tolerate any encroachment or even semblance of encroachment either by the prosecution or the defendant in respect of such right". [65] Melihat kepada tempoh maksima hukuman penjara yang ditetapkan di bawah Seksyen 14 (a) AKKJSKK, adalah jelas bahawa hukuman penjara selama 7 tahun dan 2 kali sebatan yang Mahkamah jatuhkan adalah masih lagi di dalam lingkungan hukuman yang boleh dikenakan bagi kesalahan yang dilakukan oleh OKT di bawah seksyen ini dan masih lagi di dalam bidangkuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen. [66] Di dalam menentukan berapa lama hukuman penjara yang akan dikenakan ke atas OKT, Mahkamah telah menimbangkan beberapa faktor seperti berikut:
a
jenis kesalahan dan keseriusannya (gravity of the offence);
b
fakta kes;
c
rayuan yang dikemukakan oleh OKT untuk meringankan hukuman; dan
d
Rekod kesalahan lampau – jenis kesalahan yang sama. (Rujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan Mohd Abdullah Ang Swee Keng v. PP [1987] CLJ 209 (Rep); [1987] 2 CLJ 405) [67] Untuk melihat keseriusan kesalahan yang telah dilakukan oleh OKT, fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan haruslah diperhalusi (Usman Bin Jumasan v Public Prosecutor [2016] MLJU 1362). Bagi kes ini, fakta kes telahpun dibentangkan di sepanjang perbicaraan kes ini yang mana mangsa sendiri telah hadir memberikan keterangan dan keterangan mangsa juga telah disokong dengan keterangan saksi saksi pendakwaan yang lain. [68] Kepentingan awam juga adalah faktor yang dipertimbangkan oleh mahkamah sebelum hukuman dijatuhkan. Mahkamah perlu memastikan bahawa hukuman yang dijatuhkan bukan semata-mata menjadi satu pengajaran kepada OKT supaya OKT insaf dan kesal atas kesalahannya tetapi dalam masa yang sama juga diharapkan hukuman itu dapat menjadi pengajaran dan amaran kepada orang ramai supaya tidak melakukan kesalahan yang sama. Mahkamah juga sedar dengan peningkatan statistik kes kes jenayah seksual yang melibatkan kanak-kanak. Kanak kanak difokuskan untuk dijadikan mangsa kerana pelaku mengganggap mereka adalah mangsa yang mudah dimanipulasi, dipujuk rayu dan digula gulakan. [69] Di dalam kes PP v. Govindnan Chinden Nair [1998] 2 CLJ 370 Hakim Augustine Paul JC (as His Lordship then was) berkata: In passing sentences public interest must necessarily be one of the prime considerations. A major element of public interest is that justice means justice not only to the accused but also to society. Accordingly, in passing sentence a court has to consider not only the offence and the offender but also the interest of society. Where a person is found to be a persistent offender then it is in the interests of justice that a deterrent sentence should be passed. [70] Mahkamah sebagai sebuah badan yang ditubuhkan untuk mengadili dan membuat keputusan atas kesalahan jenayah yang diadukan, hendaklah bersikap adil, telus dan saksama dan menunjukkan keseriusan dan sokongan untuk membenteras kesalahan jenayah. Hukuman yang mahkamah jatuhkan hendaklah setimpal dengan kesalahan yang dilakukan dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan dan tahap penglibatan tertuduh di dalam kesalahan itu (Pendakwa Raya lwn Siau Boon Po [2009] 3 MLJ 424). Prinsip ini juga diakui dalam kes: R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "....proportionality...is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,...it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender...." [71] Selain dari faktor faktor di atas, mahkamah juga telah menimbangkan rayuan yang dikemukakan oleh OKT dan juga hujahan pemberatan hukuman oleh Timbalan Pendakwaraya. Adalah disahkan bahawa OKT tidak mempunyai sebarang rekod lampau bagi kesalahan jenayah yang lain atau yang sama. Namun faktor ini tidak patut dipertimbangkan kerana kebajikan, keselamatan dan perasaan mangsa dan keluarganya adalah lebih perlu diutamakan berbanding OKT. [72] Mangsa adalah seorang kanak kanak. Semasa memberikan keterangan di mahkamah, demeanour mangsa jelas memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak suka dan benci dengan perbuatan OKT. Kejadian ini tetap memberi kesan yang mendalam kepada keluarga mangsa terutama ibunya kerana mangsa adalah anak tunggal mereka. Maruah seorang wanita lebih lebih lagi seorang kanak – kanak haruslah dipelihara supaya lelaki tidak dengan mudah menjadikan mereka sasaran untuk melampiaskan nafsu seksual. Nasib baik mangsa kanak kanak ini seorang yang bijak dan petah berbicara dan boleh memberikan keterangan dengan baik. Cuba bayangkan sekiranya kanak kanak lain diperlakukan dengan cara yang sama tetapi tidak secerdik Auni? Kasihan kerana anak anak kecil ini dijadikan mangsa pemuas nafsu lelaki yang sebegini. [73] Tertuduh seorang lelaki yang telah berumur dan telahpun berkahwin. Beliau telah mempunyai anak anak dan cucu. Pada umur yang begini, tertuduh sepatutnya telah cukup matang untuk mengawal fikiran dan nafsu seksualnya. Tertuduh sepatutnya menghabiskan masa meningkatkan lagi ilmu agama, berada di surau dan bukannya melayan perasaan negatif ini. Mangsa mempunyai ibu bapa dan keluarga. Beliau dibesarkan dengan baik oleh kedua ibu bapanya dan tidak patut diperlakukan sebegitu oleh tertuduh. [74] Oleh itu berdasarkan kesemua alasan di atas, Mahkamah menyatakan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas OKT adalah adil, wajar, dan munasabah setelah mahkamah mengambil kira keseluruhan keterangan dan fakta kes. Mahkamah berharap tempoh hukuman penjara dan sebatan yang dikenakan ini akan dapat memberikan keinsafan yang sebenarnya kepada OKT agar menjadi orang yang lebih berguna kepada keluarga, masyarakat dan negara apabila dibebaskan kelak. Bertarikh: 5.2.2025 (ROHAIDA BINTI ISHAK) Hakim Sesyen Mahkamah Kuala Kangsar Perak.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.