Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO: PB-B52NCvC-18-07/2020 Antara ZAKI BIN HAJI HASSAN
PB-B52NCvC-18-07/2020
Sessions Court of Malaysia30 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO: PB-B52NCvC-18-07/2020 Antara ZAKI BIN HAJI HASSAN
1
Dan A & A SOLUTIONS [ NO. PENDAFTARAN: PG0336789-K ]
2
NURSHARRINI BINTI SHAARI [ No. K/P: 950104-04-5414 ] [berniaga di bawah nama dan gaya
3
A & A SOLUTIONS] ALIFF BIN KHAIRI [ NO K/P.: 921019-02-5969 ]
4
SOLEHA BINTI YAHYA [NO K/P.: 870813-02-5512 ] ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 60 – Permohonan Plaintif untuk meminda Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 20 Kaedah 5(1) dan (5) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012) PENDAHULUAN 1) Ini merupakan rayuan Plaintif terhadap keputusan Mahkamah yang menolak permohonan Plaintif di Lampiran 60 di bawah Aturan 20 Kaedah 5(1) dan (5) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. PERMOHONAN PLAINTIF 2) Di Lampiran 60, Plaintif memohon untuk perintah-perintah berikut: 07/08/2025 16:28:41 PB-B52NCvC-18-07/2020 Kand. 94 i) Bahawa Plaintif diberi keizinan dan kebenaran oleh Mahkamah Yang Mulia ini menurut Aturan 20 Kaedah 5(1) dan (5) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 untuk membuat pindaan pada perenggan 12, 19, 20 dalam Pernyataan Tuntutan bertarikh 06.07.2020 yang telah difailkan pada 10.07.2020 (“Pernyataan Tuntutan” tersebut) seperti yang digariskan dengan dakwat berwarna merah pada cadangan Pindaan Writ dan Pernyataan Tuntutan tersebut; ii) Bahawa Plaintif dibenarkan untuk memfailkan Pindaan Pernyataan Tuntutan Terpinda selepas Perintah untuk Permohonan ini diberikan dan diserahkan kepada Defendan-Defendan; iii) Apa-apa relif selanjutnya atau lain yang difikirkan patut dan suai manfaat oleh Mahkamah Yang Mulia ini; dan iv) Bahawa kos permohonan ini adalah kos di dalam kausa. 3) Alasan-alasan Plaintif bagi menyokong permohonan ini adalah seperti yang dinyatakan di dalam Lampiran 61 seperti berikut:
i
Tujuan pindaan ialah untuk memasukkan jadual pengiraan ganti rugi khas terhadap penggunaan nama dan sijil kompeten Plaintif sebanyak RM631,000 yang dikira setakat 02.06.2020.
II
(ii) Plaintif menyatakan bahawa terdapat kekhilafan yang dilakukan oleh Peguamcara Plaintif terdahulu apabila gagal memasukkan jadual pengiraan ganti rugi khas terhadap penggunaan nama dan sijil kompeten Plaintif sebanyak RM631,000.00 yang dikira setakat 02.06.2020.
III
(iii) Jadual pengiraan ganti rugi khas ini adalah berdasarkan kepada Surat Penganugerahan oleh P.E.S.B. Engineering Sdn. Bhd. Bertarikh 24.10.2002.
IV
(iv) Plaintif mendakwa jadual pengiraan bagi jumlah tuntutan yang dinyatakan tersebut adalah lebih jelas dan terperinci bagi menunjukkan asas pengiraan yang diperolehi untuk menunjukkan ganti rugi khas yang dituntut terhadap penggunaan nama dan sijil kompeten Plaintif sebanyak RM631,000.00. Ini bagi memastikan kejelasan, ketepatan dan kesahihan tuntutan yang dibuat oleh Plaintif, serta untuk membantu Mahkamah memahami asas kepada jumlah yang dituntut.
v
Pindaan ini tidak akan menjejaskan atau memprejudiskan mana-mana pihak dalam tindakan ini, karekter dan mewujudkan suatu kausa tindakan baru dalam tuntutan ini. Sekiranya ada, ianya boleh dipampas melalui kos. RINGKASAN AFIDAVIT JAWAPAN DEFENDAN (Lampiran 64) 4) Defendan membantah terhadap permohonan di Lamprian 60 kerana permohonan ini dibuat pada saat akhir Tarikh keputusan Mahkamah telah ditetapkan pada 26.12.2024. 5) Lampiran 60 adalah tidak teratur, memprejudiskan, membuang masa dan menyalahi proses Mahkamah serta bukan teladan yang baik untuk dibenarkan berlaku. 6) Lampiran 60 ialah suatu yang difikirkan semula (afterthought) yang tidak sewajarnya dibenarkan oleh Mahkamah ini kerana tidak adil kepada Defendan-defendan jika Plaintif dibenarkan meminda Pernyataan Tuntutannya sedangkan kes pihak-pihak telahpun ditutup sebelum ini. 7) Lampiran 60 juga adalah usaha Plaintif untuk menyekat dan/atau melengah-lengahkan Tarikh keputusan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah ini kerana Plaintif telah diberikan ruang dan peluang yang secukupnya untuk memfailkan apa-apa permohonan pindaan sebelum dan semasa perbicaraan dan bukannya memohon selepas semua pihak menutup kes serta Tarikh keputusan telah ditetapkan, lebih-lebih lagi ingin membawa masuk secara salah dan di luar aturan dokumen-dokumen baharu. 8) Plaintif tidak boleh menyalahkan peguamnya terdahulu kerana peguam yang baharu mengambil alih kes ini telah mengedalikan kes ini ketika perbicaraan penuh sedang berlangsung dan pihak-pihak belum menutup kes dan Mahkamah belum menetapkan Tarikh keputusan. 9) Perkara yang ingin dipinda di dalam pernyataan tuntutan, dengan memasukkan jadual pengiraan gantirugi, iaitu “basis of calculation of RM631,000.00 dan surat bertarikh 24 Oktober 2002 tersebut adalah dokumen-dokumen baharu yang tidak pernah dikemukakan dan/ atau ditandakan serta ditunjukkan terlebih dahulu kepada Mahkamah untuk diteliti semasa perbicaraan penuh serta peguam Defendan-defendan dan Defendan-defendan sendiri tidak berpeluang meneliti dan memeriksanya. 5 10) Plaintif dalam Pernyataan Tuntutannya mendakwa tuntutan terhadap Defendan-defendan bermula pada 1.1.2017 dan dalam permohonan di Lampiran 60, Plaintif ingin membawa masuk dokumen baharu bertarikh 24.10.2002, yang melibatkan entitit baru PESB Engineering Sdn Bhd (PERNAS ENGINEERING (MALAYSIA) SDN BERHAD) dan SELEKSI TEGAS (M) SDN BHD. Di dalam tindakan ini yang mana tidak pernah diplidkan dalam mana-mana pliding sebelum ini. 11) Permohonan di Lampiran 60 ini adalah sangat bahaya, luar aturan, penyalahgunaan proses Mahkamah dan memprejudiskan Defendan-defendan dalam tindakan ini, karekter dan mewujudkan suatu kuasa tindakan baharu dalam tuntutan ini yang tidak boleh dipampas melalui kos kerana Defendan-defendan tidak pernah diserahkan dan/ atau dikemukakan dokumen tersebut, malah Mahkamah ini juga tidak berpeluang untuk memeriksanya di dalam perbicaraan penuh. RINGKASAN AFIDAVIT BALASAN PLAINTIF (Lampiran 66) 12) Peguamcara Defendan telah berpengetahuan mengenai permohonan ini semasa kehadiran di hadapan Hakim Bicara pada 27.11.2024. 13)
Lampiran
Lampiran 60 adalah bermerit, wajar dibenarkan berdasarkan faktor-faktor berikut: 13.1 Lampiran 60 tidak mengubah karekter atau mewujudkan kausa yang baru terhadap Defendan-defendan; 6 13.2 Lampiran 60 ini timbul berdasarkan pliding yang disediakan oleh peguamcara Plaintif yang terdahulu iaitu Tetuan Aiman & Co di mana sehingga ke Tarikh perbicaraan, tiada sebarang pindaan dibuat; 13.3 Peguam terkiniTetuan Azhar Aziz mengambilalih dari Peguam Plaintif terdahulu telah meneliti dokumen-dokumen yang dimiliki oleh plaintif dan mendapati pengiraan jumlah tuntutan gantirugi khas sebanyak RM631,000.00; 13.4 Permohonan ini dibuat berdasarkan kepada keadaan khas yang wujud pada Lampiran 58 yang telah difailkan untuk membuka semula kes Plaintif, memanggil saksi-saksi tambahan yang tidak dipanggil semasa Perbicaraan terdahulu dan memanggil Defendan Ketiga. 14) Plaintif menafikan bahawa Lampiran 60 ialah suatu pemikian semula kerana permohonan pindaan ini adalah pindaan yang minor dengan hanya meminda jumlah pengiraan gantirugi khas yang dituntut oleh Plaintif sebanyak RM631,000 dan jumlah gantirugi khas tersebut sememangnya telah dinyatakan dengan lebih awal dalam Penyata Tuntutan Plaintif. 15) Plaintif mengemukakan dokumen pengiraan dan sumber amuan gantirugi khas tersebut diperolehi tidak memprejudiskan Defendan dari segala segi. Jika ada pun (yang mana dinafikan), boleh dipampas dengan kos. 16) Asas kepada permohonan ini langsung sekali tidak mengubah kerekter pihak-pihak dalam kausa tindakan ini. Surat bertarikh 24.10.2002 (eksibit “ZHH-2”) ada disebut oleh Plaintif semasa Plaintif memberi keterangan di hadapan Mahkamh pada 24.8.2022, rujuk Nota Keterangan, muka surat 454. PRINSIP UNDANG-UNDANG 17) Beban pembuktian di dalam kes sivil ialah di atas imbangan kebarangkalian. 18) Rujukan juga dibuat kepada S. 101 dan 102 Akta Keterangan. 19) Permohonan Plaintif ialah untuk meminda Pernyataan Tuntutan di bawah Aturan 20 Kaedah 5(1) dan (5) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. 20) Merujuk kepada keputusan “landmark” di dalam isu ini iaitu penghakiman Mahkamah Persekutuan di dalam kes YAMAHA MOTOR CO LTD v. YAMAHA (M) SDN BHD & ORS [1982] 1 MLRA 417 yang memutuskan bahawa: “[4] Under O 20 of the Rules of the High Court 1980, which is equivalent to O 28 Rules of Supreme Court, a Judge has a discretion to allow leave to amend pleadings. Like any other discretion, it must of course be exercised judicially [see Kam Hoy Trading v. Kam Fatt Tin Mine [1963] 1 MLRA 372; [1963] 1 MLJ 248. The general principle is that the Court will allow such amendments as will cause no injustice to the other parties. Three basic questions should be considered to determine whether injustice would or would not result, (1) whether the application is bona fide; (2) whether prejudice caused to the other side can be compensated by costs and (3) whether the amendments would not in effect turn the suit from one character into a suit from one character into a suit of another and inconsistent character. (See Mallal's Supreme Court Practice p 342). If the answers are in the affirmative, an application for amendment should be allowed at any stage of the proceedings particularly before trial, even if the effect of the amendment would be to add or substitute a new cause of action, provided the new cause of action arises out of the same facts or substantially the same facts as a cause of action in respect of which relief has already been claimed in the original statement of claim.” 21) Mahkamah Persekutuan kemudiannya telah meneliti semula kes Yamaha Motor (supra) dalam Kes Hong Leong Finance Bhd v Low Thiam Hoe and another appeal [2016] 1 MLJ 301 (TAB D IKATAN OTORITI PLAINTIF) Dalam kes ini Mahkamah telah memutuskan bahawa: “inter alia (i) Yamaha Motor was decided under Rules of the High Court 1980. However, now under O34 of the Rules of Court 2012, the progress of the case was no longer left in the hands of the litigants but with the court in the driver’s seat. Courts in Malaysia had consistently held that where there was delay in making an amendment application, the onus was on the applicant to furnish a reasonable explanation for such as delay and this was in effect an additional factor to the Yamaha Motor’s rules. In the present case, there had been five case managements since 2011 and there had been no indication at all that an amendment application was contemplated by the defendant. The only explanation given by the defendant in his affidavit for the delay was that he had only discovered that these two new issues were not pleaded when preparing for trial. Such an explanation could not be acceptable. In the circumstances, the Court of Appeal fell into an error of law when it applied the principles in Yamaha Motor without appreciating that those principles by themselves were insufficient to deal with an application to amend, which introduced two new defences on the eve of trial. The Court of Appeal had also failed to appreciate that the defendant had to bear the burden of producing material and cogent reasons to explain why the change was sought so late (see paras 18,25,27,29 & 33)” DAPATAN MAHKAMAH 22) Mahkamah telah mempertimbangkan permohonan Plaintif di Lampiran 60 menurut YAMAHA MOTOR dan Hong Leong Finance Bhd iaitu: (i) sama ada permohonan ini bona fide; (ii) sama ada prejudis kepada pihak yang satu lagi yang boleh dipampas dengan kos; (iii) sama ada pindaan ini menukar karekter tindakan ini dari satu suit kepada suit yang lain; (iv) sama ada terdapat kelewatan dalam membuat permohonan ini dan sama ada penjelasan yang diberikan adalah munasabah. 23) Untuk menjawab soalan ini, Mahkamah telah meneliti perkembangan kes ini dan mendapati seperti berikut: Perbicaraan penuh telah dijalankan seperti berikut: 20.6.2022 – SP1 (Plaintif) memberi keterangan. 24.8.2022 – SP2 (Muhammad Fariz Izzwan Bin Zaki – anak Plaintif) memberi keterangan. 12.9.2022 – Keterangan SP2 diteruskan. 6.9.2023 – SD1 (Defendan Ketiga) memberi keterangan. Peguam Plaintif Tn. Azhar Aziz & Associates menggantikan Peguam Plaintif terdahulu Tn. Aiman & Co. pada 18.7.2024. 30.9.2024 – SD2 (Defendan Kedua) dan SD3 (Defendan Keempat) memberi keterangan. 24) Peguam Plaintif telah memohon rakaman prosiding daripada pihak Mahkamah melalui surat bertarikh 23.7.2024 dan dibenarkan. 25) Seterusnya Peguam Plaintif telah menulis surat bertarikh 26.7.2024 memohon kepada Mahkamah untuk membuka semula kes Plaintif dan memanggil saksi tambahan Plaintif dari CIDB, dan telah dimaklumkan oleh Mahkamah bahawa prosidur permohonan melalui surat adalah tidak “proper” dan diminta membuat permohonan wajar. 26) Pada 30.9.2024, sekali lagi Peguam Plaintif telah menimbulkan isu membuka semula kes Plaintif dan memanggil saksi daripada pihak CIDB, pada masa itu Peguam Plaintif tidak menyebut langsung berkenaan dengan niat membuat pindaan pernyataan tuntutan. 27) Hakim Bicara pada masa itu Puan Che Noralashiken binti Abdul Razak (Hakim Bicara) telah menyarankan Peguam Plaintif untuk membuat permohonan secara rasmi menurut peruntukan undang-undang. Hakim Bicara pada masa yang sama juga telah menyatakan bahawa sepatutnya apa-apa permohonan, mesti dibuat sebelum Tarikh bicara pada hari tersebut , dan apa-apa permohonan lewat, tidak akan dilayan. Rujuk nota keterangan di muka surat 85, para 43. 28) Pada pendapat saya, permohonan itu merangkumi semua jenis permohonan, termasuk permohonan pindaan. 29) Pada 30.9.2024 juga, Hakim Bicara telah memaklumkan bahawa beliau akan bersara, dan kes ini ialah keputusan beliau yang terakhir dan menetapkan Tarikh keputusan pada 27.11.2024. 30) Pada 27.11.2024, klarifikasi/ keputusan selepas perbicaraan penuh tidak dapat diteruskan kerana Nota Keterangan hanya difailkan pada 23.11.2024 dan adalah tidak lengkap dimana keterangan saksi pada 12.9.2022 tidak disediakan. 31) Notis Permohonan ini (Lampiran 60) dan Notis Permohonan (Lampiran 58) untuk membuka semula perbicaraan kes dan memanggil saksi Plaintif tambahan hanya difailkan pada 20.12.2024, selepas pihak-pihak telah memfailkan hujah-hujah bertulis. 32) Selepas meneliti perjalanan kes dan “conduct” pihak-pihak, dengan berpandukan kepada prinsip yang dinyatakan di dalam kes YAMAHA MOTOR dan Hong Leong Finance Bhd iaitu: (i) sama ada permohonan ini bona fide 33) Mahkamah mendapati Defendan telah berhujah di dalam Hujah Defendan selepas perbicaraan penuh (rujuk Lampiran 46, prayer 4) bahawa: “Plaintif gagal mengemukakan apa-apa dokumentari yang kukuh dan terperinci berkenaan keberhutangan sebanyak RM631,000.00 seperti yang dituntut di Mahkamah yang Mulia ini di mana Plaintif hanya bergantung kepada dokumen-dokumen yang tidak relevan serta tidak dapat disahkan kesahihan…” 34) Oleh itu, permohonan Plaintif di Lampiran 60 untuk meminda Pernyataan Tuntutan dengan memasukkan jadual gantirugi yang menunjukkan kiraan gantirugi adalah amat mencurigakan. 35) Adalah diperhatikan bahawa dokumen yang dikatakan baru itu ialah dokumen yang bertarikh 24.10.2002, dokumen yang terdapat di dalam posesi Plaintif, tiada penjelasan diberi mengapa pindaan ini tidak boleh dimasukkan lebih awal. 36) Merujuk kepada kronologi kes ini pula, Plaintif mempunyai masa yang panjang untuk membuat permohonan pindaan, tetapi tidak berbuat demikian, dan hanya memfailkan permohonan pindaan tersebut selepas Hujah-hujah perbicaraan penuh difailkan oleh kedua-dua pihak, serta isu pengiraan gantirugi telah dibangkitkan dalam Hujah Defendan. Mahkamah mendapati agak sukar untuk membuat dapatan bahawa permohonan ini dibuat secara bona fide. 37) Mahkamah mendapati permohonan ini merupakan satu pemikiran semula dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah. (ii) sama ada prejudis kepada pihak yang satu lagi yang boleh dipampas dengan kos 38) Mahkamah telah meneliti kembali prosiding kes ini dan mendapati bahawa dokumen yang dirujuk oleh Plaintif di dalam permohonan ini iaitu “Basis of Calculation of RM631,000.00” dan surat bertarikh 24.10.2002 tersebut tidak pernah dikemukakan dan/atau ditandakan, ataupun dirujuk kepada mana-mana pihak semasa perbicaraan dijalankan. 39) Peguam Plaintif telah berhujah bahawa keterangan telah diberikan oleh Plaintif semasa perbicaraan. Dalam konteks ini, Mahkamah berpendapat jika pindaan yang dicadangkan, keterangan berkenaan telah diberikan semasa perbicaraan, maka penolakan Mahkamah tidak akan memprejudiskan pihak Plaintif. 40) Sebaliknya, jika fakta tersebut belum dijelaskan oleh Plaintif semasa memberi keterangan, ia akan terjurumus kepada membuka pintu belakang kepada Plaintif untuk mengemukakan keterangan baru selepas pihak-pihak menutup kes dan memfailkan hujah-hujah bertulis. 41) Oleh itu permohonan ini amat prejudis terhadap Defendan dan prejudis ini tidak dapat dipampas dengan kos sekiranya permohonan ini dibenarkan. (iii) sama ada pindaan ini menukar karekter tindakan ini dari satu suit kepada suit yang lain 42) Oleh yang demikian, walaupun permohonan pindaan Plaintif mungkin tidak menukar karekter tuntutan Plaintif kepada satu yang lain, tetapi tindakan Plaintif yang memfailkan permohonan pindaan di saat-saat akhir selepas pihak-pihak menutup kes dan memfailkan hujahan amat memprejudiskan Defendan. (iv) sama ada terdapat kelewatan dalam membuat permohonan ini dan sama ada penjelasan yang diberikan adalah munasabah. 43) Mahkamah mendapati kelewatan dalam membuat permohonan ini ialah satu kelewatan yang melampau. Peguam Plaintif baru telah mengambil alih kes pada bulan Julai 2024. Sepatutnya permohonan pindaan dilakukan selepas Peguam Plaintif memperolehi rakaman prosiding perbicaraan kes pada bulan Julai 2024, atau paling tidak pada bulan September apabila Peguam Plaintif baru dimaklumkan oleh Hakim Bicara bahawa apa-apa permohonan perlu difailkan awal, dimana pihak-pihak belum menutup kes. 44) Kelewatan yang melampau ini sesuatu yang tidak wajar diterima. Ia bukan sahaja melambatkan prosiding, tetapi membawa satu inferen yang tidak baik dimana boleh dipergunakan oleh pihak-pihak untuk membaiki kes selepas membaca hujah pihak yang satu lagi. KESIMPULAN 45) Oleh yang demikian, di atas imbangan kebarangkalian, setelah meneiliti permohonan Plaintif di Lampiran 60, Afidavit-afidavit dan hujah kedua-dua pihak, Mahkamah mendapati permohonan pindaan yang dicadangkan tidak dibuat dengan bona fide, amat memprejudiskan Defendan yang tidak dapat dipampas dengan kos, dan terdapat kelewatan yang tidak munasabah dalam membuat permohonan ini. Justeru itu, Lampiran 60 ditolak dengan kos sebanyak RM3000.00. Bertarikh pada 6 Ogos 2025. (OOI SHEOW YEAN) Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang. Peguam Plaintif: Tetuan Azhar Aziz & Associates Peguambela & Peguamcara No. 8/12, Level 8 Plaza Azalea, Persiaran Bandaraya Seksyen 14 40000 Shah Alam Selangor. Peguam Defendan Kedua: Tetuan Sani & Associates Peguambela & Peguamcara No. 46, Tingkat 2 Jalan Todak 4, Bandar Sunway 13700 Perai Pulau Pinang.
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.