Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO: PB-B52NCvC-18-07/2020 Antara ZAKI BIN HAJI HASSAN
PB-B52NCvC-18-07/2020
Sessions Court of Malaysia30 May 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Content
1 NEGERI PULAU PINANG DALAM MAHKAMAH SESYEN BUTTERWORTH GUAMAN SIVIL NO: PB-B52NCvC-18-07/2020 Antara ZAKI BIN HAJI HASSAN
1
Dan A & A SOLUTIONS [ NO. PENDAFTARAN: PG0336789-K ]
2
NURSHARRINI BINTI SHAARI [ No. K/P: 950104045414 ] [berniaga di bawah nama dan gaya
3
A & A SOLUTIONS] ALIFF BIN KHAIRI [ NO K/P.: 921019025969 ]
4
SOLEHA BINTI YAHYA [NO K/P.: 870813025512 ] ...DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN (Lampiran 58 – Permohonan Plaintif untuk Perbicaraan Semula dengan Memanggil Saksi-Saksi Plaintif dan Memanggil Semula Saksi Defendan Ketiga di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 35 Kaedah 11(1) dan (2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 92 Kedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012) PENDAHULUAN 1) Ini merupakan rayuan Plaintif terhadap keputusan Mahkamah yang membenarkan sebahagian permohonan Plaintif di Lampiran 07/08/2025 16:39:09 PB-B52NCvC-18-07/2020 Kand. 95 S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg 2 58 untuk Perbicaraan Semula dengan Memanggil Saksi-Saksi Plaintif dan Memanggil Semula Saksi Defendan Ketiga di bawah Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 35 Kaedah 11(1) dan (2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 92 Kedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012) PERMOHONAN PLAINTIF 2) Di Lampiran 58, Plaintif memohon untuk perintah-perintah berikut:
1
Mahkamah memberikan kebenaran kepada Plaintif supaya kes ini dibicarakan semula (“retrial”) dan dibuka semula dengan memanggil saksi-sakai Plaintif material yang tidak dipanggil semasa Perbicaraan berlangsung;
2
Mahkamah membenarkan memfailkan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan saksi-saksi yang dipanggil yang tidak difailkan semasa Perbicaraan berlangsung;
3
Mahkamah memanggil semula Defendan Ketiga iaitu Aliff Bin Khairi (SD-1) yang dilepaskan sementara oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada 09.03.2023 dan tidak dipanggil semula pada Tarikh-tarikh Sambung Bicara seterusnya;
4
Keputusan oleh Hakim Bicara kes ini iaitu Puan Che Noralashiken binti Abdul Razak ditangguhkan sehingga perkara (i), (ii) dan (iii) diselesaikan sepenuhnya;
5
Kos permohonan ini adalah Kos Dalam Kausa;
6
Apa-apa relif selanjutnya atau lain yang difikirkan patut dan suaimanfaan oleh Mahkamah Yang Mulia ini. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg 3) Alasan-alasan Plaintif bagi menyokong permohonan ini adalah seperti berikut (Afidavit Sokongan di Lampiran 59):
i
Perbicaraan Penuh kes ini telah selesai dijalankan bermula pada 20.06.2022, 24.08.2022, 12.9.20222, 06/09/2023 dan 30.09.2024 (“tarikh-tarikh bicara tersebut);
II
(ii) Ikatan Dokumen Plaintif (Bahagian C) ditandakan sebagai Ïdentification Document”
ID
dalam rekod Mahkamah sehingga Perbicaraan selesai pada 30.09.2024;
III
(iii) Saksi-saksi Plaintif material bagi boleh mengesahkan Ikatan Dokumen (Bahagian C) perlu dipanggil untuk memberikan keterangan dan mengesahkan dokumen-dokumen tersebut;
IV
(iv) Beberapa saksi material yang perlu dipanggil ialah: a) Pengarah Syarikat MECIP (M) Sdn. Bhd. Ir Haji Ahmad Nazari Bin Ashari yang telah menawarkan perlantikan Jurutera kepada Plaintif sebagai Jurutera Elektrik Kompeten bagi projek 132Kv untuk Petronas Chemical MTBE (M) Sdn Bhd, Gebeng, Kuantan, Pahang Darul Makmur; b) Pegawai Lembahga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang dihubungi oleh SP2; c) Pegawai Khidmat Pelanggan CIDB Puan Maziah Muzakir; d) Pegawai Penyiasat Laporan Polis Plaintif yang dibuat pada 18.05.2020; e) Notis Tuntutan bertarikh 02.06.2020 yang dikeluarkan oleh Ahmad Daniel, Ruben & Co. Peguambela dan Peguamcara terhadap SD2; dan f) Jurubahasa Mahkamah Kuala Lumpur yang membuat transkripsi bagi eksibit ID6. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg
v
Defendan Ketiga iaitu Aliff Bin Khairi (SD-1) yang dilepaskan sementara oleh Mahkamah Yang Mulia ini pada 06.09.2023 kemudiannya tidak dipanggil semula pada tarikh-tarikh Sambung Bicara seterusnya dan belum dilepaskan oleh
VI
(vi) Peguam Plaintif terdahulu iaitu Encik Mohd Aiman bin Abdul Aziz (Encik Aiman) dari Aiman & Co. telah tidak dapat dikesan dan dihubungi oleh Plaintif semasa Perbicaraan masih berlangsung dan pengesahan oleh Plaintif mendapati Encik Aiman telah tidak lagi beramal sebagai seorang Peguambela dan Peguamcara sebelum digantikan oleh peguam yang baru dari Tetuan Azhar Aziz & Associates. RINGKASAN AFIDAVIT JAWAPAN DEFENDAN 4) Defendan Ketiga membantah permohonan tersebut seperti di Afidavit Jawapan Lampiran 63. 5) Defendan Ketiga mengatakan bahawa beliau telah dilepaskan sepenuhnya oleh Mahkamah ini dan tiada keperluan untuk beliau memberi keterangan semula. 6) Lampiran 58 ini difailkan pada saat akhir keputusan Mahkamah yang ditetapkan pada 26.12.2024 yang lalu. 7) Lampiran 58 ini tidak teratur, memprejudiskan, membuang masa dan menyalahi proses Mahkamah serta bukan teladan yang baik untuk dibenarkan berlaku. 8) Lampiran 58 ini ialah cubaan untuk memperbetulkan semula kesilapan dan kecuaian pihak Plaintif secara terang-terang setelah S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg kes ini ditutup di Mahkamah serta tarikh keputusan selepas perbicaraan penuh juga telah ditetapkan. 9) Adalah tidak adil untuk diadakan perbicaraan semula dalam keadaan hujahan telah difailkan oleh semua pihak di mana pihak Defendan-defendan telah membangkitkan semua kesilapan, kesalahan dan kecuaian yang telah dilakukan oleh Plaintif sepanjang kes ini berlangsung sebelum ini. 10) Plaintif dalam hujahannya telah mendakwa bahawa beliau telah membuktikan kes melangkaui imbangan kebarangkalian (yang mana dinafikan oleh Defenndan-defendan), jadi mengapa perlu diadakan perbicaraan semula. RINGKASAN AFIDAVIT BALASAN PLAINTIF 11) Berdasarkan Nota Keterangan dan Nota Keterangan Tambahan yang telah difailkan, Defendan Ketiga tidak pernah dalam mana-mana prosiding perbicaraan semasa beliau memberikan keterangan telah dilepaskan sepenuhnya oleh Mahkamah dan rekod menunjukkan bahawa Defendan Ketiga hanya dilepaskan sementara sahaja. 12) Rujukan dibuat kepada Nota Keterangan bertarikh 22.11.2024 (Lampiran 49) di muka surat 60-81, dan, di catitan No. 369, yang jelas menunjukkan arahan Puan Hakim Che Noralashiken binti Abdul Razak (“Hakim Bicara”) ketika itu bahawa saksi (Defendan Ketiga) hanya dilepaskan sementara sahaja. Seterusnya tiada lagi nota yang menunjukkan bahawa Defendan Ketiga telah dipanggil semula untuk memberi keterangan. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg 6 13) Walaupun kes Plaintif telah ditutup, permohonan untuk membuka semula kes Plaintif dengan Perbicaraan semula wajar dibenarkan kerana terdapat keadaan khas yang berlaku. 14)
Lampiran
Lampiran 58 bukan satu pemikiran semula kerana Peguam Plaintif yang mengambil alih kes iaitu Tetuan Azhar Aziz & Associates telah memohon untuk membuka semula kes Plaintif dan memanggil saksi daripada CIDB melalui surat bertarikh 26.7.2024 (Lampiran 36). 15) Permohonan tersebut telah ditolak oleh Mahkamah kerana menurut Mahkamah permohonan melalui surat tidak mengikut prosidur dan tidak dapat dipertimbangkan. 16) Hujah Peguam Plaintif yang menyatakan Plaintif telah membuktikan kes melangkaui imbangan kebarangkalian adalah merupakan keadaan kes pada masa tersebut dimana permohonan ini belum difailkan. Mahkamah juga belum membacakan keputusan selepas Perbicaraan Penuh. Defendan juga tidak diprejudiskan kerana Peguamcara bebas untuk menyoal semula saksi-saksi tambahan. PRINSIP-PRINSIP UNDANG-UNDANG 17) Beban pembuktian di dalam kes sivil ialah atas imbangan kebarangkalian. 18) Permohonan Plaintif adalah menurut Aturan 33 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 35 Kaedah 11(1) dan (2) Kaedah-kaedah Mahkamah 2012 dan/ atau Aturan 92 Kedah 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg DAPATAN MAHKAMAH 19) Setelah meneliti Afidavit-afidavit dan hujah-hujah yang difailkan, dan meneliti nota keterangan dalam kes ini, Mahkamah mendapati SD1 iaitu Defendan Ketiga belum habis pemeriksaan Balas oleh Peguam Plaintif terdahulu dan hanya dilepaskan sementara oleh Hakim Bicara terdahulu. Oleh yang demikian, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 58 untuk prayer (3) dan (4) sahaja, terhad kepada Pemeriksaan Balas dan Pemeriksaan Semula SD1 sahaja. PREJUDIS YANG TIDAK DAPAT DIPAMPAS DENGAN KOS 20) Manakala untuk prayer-prayer yang lain, Mahkamah mendapati bahawa: a) Plaintif telah menyalahkan peguam terdahulu yang dikatakan tidak dapat dikesan. b) Mahkamah mendapati bahawa Peguam Plaintif Tn. Azhar Aziz & Associates telah menggantikan Peguam Plaintif terdahulu Tn. Aiman & Co. pada 18.7.2024, sebelum Defendan-defendan memanggil saksi seterusnya dan menutup kes. c) Peguam Plaintif baru telah menulis surat kepada Hakim Bicara terdahulu untuk memanggil semula saksi Plaintif tetapi tidak dibenarkan dan diminta membuat permohonan secara “proper” melalui Notis Permohonan. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg d) Peguam Plaintif yang baru En. Syamsul Azhar Bin Abdul Aziz dan En. Suhaimi Bin Saad dari Tn. Azhar Aziz & Associates telah hadir di Mahkamah pada 30.9.2024, dimana sekali lagi Peguam Plaintif memaklumkan kepada Mahkamah hasrat membuka semula kes Plaintif untuk memanggil saksi CIDB dan dimaklumkan oleh Hakim Bicara terdahulu untuk memfailkan permohonan (Rujuk Nota Keterangan m.s. 84). e) Walaubagaimanapun, Notis Permohonan ini hanya difailkan pada 20.12.2024, iaitu selepas pihak-pihak telah memfailkan Hujah bertulis masing-masing dan Tarikh keputusan telah ditetapkan oleh Hakim Bicara terdahulu. f) Permohonan Plaintif untuk membuka semula perbicaraan dan memanggil saksi-saksi baru untuk pembuktian kes Plaintif ini difailkan selepas hujah Peguam Defendan yang telah berhujah dan utarakan kelemahan kes Plaintif. g) Oleh itu, Mahkamah mendapati permohonan Plaintif ini sememangnya suatu percubaan untuk membaiki kes Plaintif. Ini ialah sesuatu yang amat prejudis kepada pihak Defendan dan satu penyalahgunaan proses Mahkamah yang jika dibenarkan, tidak dapat dipampas dengan kos. FINALITI PROSIDING 21) Writ ini difailkan pada bulan Julai tahun 2020. Perbicaraan hanya dimulakan pada 20.06.2022. Plaintif mempunyai masa persediaan yang mencukupi untuk membuat persediaan untuk perbicaraan sewajarnya. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg 9 22) Pihak-pihak telah diberikan peluang secukupnya untuk membuktikan kes masing-masing semasa perbicaraan penuh dan terikat dengan finality dalam sesuatu kes dan tidak adil jika Plaintif ingin membuat perbicaraan semula untuk memperbetulkan kesilapan dan kecuaian yang berlaku ketika kes berlangsung dan juga setelah kes telah ditutup. 23) Jika permohonan ini dibenarkan, ia akan membuka “floodgate” kepada semua kes perbicaraan. 24) Merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan yang baru diputuskan iaitu Ng Wai Ping vs. Ong Yew Teik & Other appeals [2025] 4 MLRA 513, dimana YA Zabariah Mohd Yusof, Hakim Mahkamah Persekutuan telah memutuskan di muka surat 156 bahawa: “…This was because it would undermine the principle of finality of litigation and legal process, as this would encourage satellite litigation, as in Lee Tat Development, where parties were disputing, not the original subject matter of dispute, but the conduct of the dispute itself. In the process, it opened floodgates of unnecessary litigation and took up the Court’s time and resources..”” 25) Oleh yang demikian, prayer-prayer lain di dalam Lampiran 58 tidak dibenarkan oleh Mahkamah. KESIMPULAN 26) Berdasarkan alasan-alasan di atas, setelah meneliti Afidavit-afidavit dan hujah-hujah yang difailkan, dan meneliti nota S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg keterangan dalam kes ini, atas imbangan kebarangkalian, Mahkamah membenarkan permohonan Plaintif di Lampiran 58 untuk prayer (3) dan (4) sahaja, terhad kepada Pemeriksaan Balas dan Pemeriksaan Semula SD1. Kos di dalam permohonan ini hendaklah ditanggung oleh Plaintif kerana Peguam Plaintif tidak mengemukakan bantahan semasa Defendan menutup kes. Bertarikh pada 6 Ogos 2025. (OOI SHEOW YEAN) Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth Pulau Pinang. Peguam Plaintif: Tetuan Azhar Aziz & Associates Peguambela & Peguamcara No. 8/12, Level 8, Plaza Azalea Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 40000 Shah Alam Selangor. Peguam Defendan-Defendan: Tetuan Sani & Associates S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg Peguambela & Peguamcara No. 46, Tingkat 2 Jalan Todak 4, Bandar Sunway 13700 Perai Pulau Pinang. S/N wGYcqbj0EdFULT9bawqg
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.