Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM WRIT SAMAN NO: DA-21NCvC-8-06/2024 ANTARA ZAKIAH BINTI MOHAMAD (NO K/P: 770125-03-5962) …PLAINTIF
DA-21NCvC-8-06/2024
High Court of Malaysia28 Apr 2025
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“decision on an issue which was not raised by the parties in their pleadings. Gun Chit Tuan SCJ, in delivering the judgment of the then Supreme Court endorsed what Sharma J in Janagi v. Ong Boon Kiat [1971] CLJU 42; [1971] 1 LNS 42; [1971] 2 MLJ 196 said on the function of pleadings: The Court is not entitled to decide”
“ri Norian Mai & Anor v. Suzana Md Aris [2011] 1 LNS 1912 mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[28] In any event the parties are bound by their pleadings (State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490. In Muniandy & Anor v. Muhd Abdul Kader Muhd Saheed & Ors [1989] 2 CL”
“aedah ini mengatasi keadaan di mana tiada pihak yang boleh dinamakan sebagai pihak untuk disaman. [57] Mahkamah ini juga tidak terlepas pandang untuk merujuk kepada kes Ong Lee Hoon v H’ng Sheau Hui [2019] MLJU 992 yang mana Mahkamah memutuskan – “[32] The scenario envisaged in O 15 r 6A(1) is where the action is yet t”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH TINGGI MALAYA DI KOTA BHARU DALAM NEGERI KELANTAN DARUL NAIM WRIT SAMAN NO: DA-21NCvC-8-06/2024 ANTARA ZAKIAH BINTI MOHAMAD (NO K/P: 770125-03-5962) …PLAINTIF
1
1.
2
2.
3
3.
4
4.
5
KERAJAAN MALAYSIA …DEFENDAN-DEFENDAN ALASAN PENGHAKIMAN Pendahuluan [1] Kandungan 10 adalah Notis Permohonan oleh Defendan Pertama hingga Defendan Kelima (“Defendan-Defendan”) untuk suatu perintah membatalkan Writ Saman (kandungan 1) dan Pernyataan Tuntutan Plaintif (kandungan 2) terhadap Defendan-Defendan di bawah A.18 k.19(1)(a) dan/atau (b) dan/atau (d) Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (“KKM 2012”) atas alasan bahawa – 31/12/2025 12:12:48 DA-21NCvC-8-06/2024 Kand. 26 S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw a) Tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah tidak mendedahkan apa-apa kausa tindakan yang munasabah; b) Plaintif tiada ‘locus standi’ untuk membawa tindakan ini terhadap Defendan Defendan; dan c) Tindakan Plaintif ini merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah. [2] Setelah membaca dan meneliti hujahan bertulis pihak-pihak, Mahkamah ini pada 28.4.2025 telah membenarkan permohonan Defendan-Defendan tersebut dan memerintahkan supaya Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan Plaintif dibatalkan. [3] Terkilan dengan keputusan Mahkamah ini, Plaintif telah memfailkan Notis Rayuan ke Mahkamah Rayuan bertarikh 25.5.2025. Latar belakang kes [4] Plaintif merupakan adik kandung/wakil diri kepada Che Zukarnai bin Mohd (“Si Mati”). Si Mati telah ditangkap oleh anggota polis Kota Bharu pada 22.06.2021 untuk disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 (Disemak 1988) [Akta 357]. [5] Pada 22.06.2021 jam lebih kurang 11.43 malam, Si Mati didapati telah mengalami kekejangan ketika dalam tahanan. Defendan-Defendan menyatakan bahawa anggota polis bertugas telah menghubungi pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (“Hospital S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw tersebut”). Pada jam lebih kurang 11.50 malam, ambulans telah tiba di lokap Balai. Penolong Pegawai Perubatan telah membuat pemeriksaan dan rawatan awal kepada Si Mati. [6] Si Mati tiba-tiba tidak sedarkan diri dan telah dibawa menaiki ambulans daripada lokap ke Hospital tersebut. Pada jam lebih kurang 12.48 tengah malam, Si Mati tiba di Zon Merah, Jabatan Kecemasan di mana Si Mati telah diperiksa dan dirawat oleh doktor yang bertugas. Si Mati telah dimasukkan ke wad setelah mendapat rawatan awal di Zon Merah, Jabatan Kecemasan Hospital tersebut. [7] Si Mati juga telah diperiksa oleh surgical team di Zon Merah dan kes Si Mati telah dirujuk ke Neurosurgery HUSM bagi mendapatkan rawatan berdasarkan keadaan semasa Si Mati. Pada ketika itu, tiada keputusan untuk menjalani pembedahan ke atas Si Mati dibuat kerana keadaan Si Mati yang tidak menunjukkan kesan kepada ubat yang diberi. Keluarga Si Mati telah tiba di Hospital tersebut pada 23.06.2021 jam lebih kurang 8.45 pagi dan keluarga Si Mati telah dimaklumkan mengenai keadaan semasa Si Mati pada ketika itu yang mana pihak Hospital memaklumkan Si Mati perlu menjalani pembedahan. Ibu Si Mati telah menurunkan cap jari pada surat akuan tidak setuju rawatan active resuscitation. Si Mati disahkan meninggal dunia pada jam lebih kurang 7.17 malam. [8] Plaintif menyatakan berdasarkan laporan bedah siasat, punca kematian Si Mati adalah akibat pendarahan di dalam kepala berpunca daripada kecederaan dalam kepala dan leher kiri akibat daya impak yang kuat. S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [9] Oleh itu, Plaintif telah memfailkan tindakan ini sebagai wakil diri / adik kandung yang sah kepada Si Mati untuk menuntut gantirugi di atas kecuaian Defendan-Defendan dalam tempoh Si Mati ditahan dan menerima rawatan. [10] Plaintif di dalam Pernyataan Tuntutannya menuntut terhadap Defendan-Defendan antara lainnya, seperti berikut: a. Gantirugi am atas kecuaian dan menyebabkan Plaintif mengalami tekanan perasaan dan/atau tekanan mental dan/atau fizikal yang teruk dan/atau ‘pain and suffering’ sebanyak Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10,000,000.00) sahaja atau akan ditaksirkan kelak; b. Gantirugi Am akibat kesedihan di bawah Seksyen 7(1) Akta Undang-Undang Sivil 1956; c. Gantirugi khas (akan ditaksirkan sebagaimana yang diplidkan setiap satu); dan d. Gantirugi teladan sebanyak Ringgit Malaysia Dua Juta (RM 2,000,000.00) sahaja atau yang akan ditaksirkan kelak. Permohonan Defendan-Defendan membatalkan tindakan Plaintif [11] Kertas-kertas kausa yang berkenaan dengan permohonan ini adalah seperti berikut:
i
Notis Permohonan Defendan-Defendan yang bertarikh 5.11.2024 (Kandungan 10);
II
(ii) Afidavit Sokongan Peguam Persekutuan Defendan-Defendan selaku peguam yang mewakili Defendan-Defendan yang diikrarkan pada 5.11.2024 (Kandungan 11);
III
(iii) Afidavit Jawapan Plaintif yang diikrarkan pada 28.11.2024 (Kandungan 12); dan
IV
(iv) Afidavit Balasan Peguam Persekutuan Defendan-Defendan selaku peguam yang mewakili Defendan-Defendan yang diikrarkan pada 16.12.2024 (Kandungan 13). Ringkasan hujahan Defendan-Defendan [12] Pihak Defendan menghujahkan bahawa permohonan Defendan-Defendan mematuhi elemen-elemen yang diperuntukkan di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. [13] Defendan-Defendan menyatakan secara jelas dan memplidkan dalam Pernyataan Pembelaan Defendan-Defendan bahawa Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif tidak menunjukkan kausa tindakan yang jelas atau munasabah terhadap Defendan-Defendan. Tambahan lagi, tuntutan Plaintif merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Plaintif tiada locus standi untuk memfailkan tuntutan ini terhadap Defendan-Defendan. Prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah akan membenarkan pembatalan tuntutan di mana tiada isu S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw serius yang perlu dibicarakan dan tuntutan yang jelas tidak boleh dipertahankan. [14] Defendan-Defendan berhujah bahawa ia merupakan satu undang-undang mantap bahawa suatu kematian bukanlah suatu kesalahan sivil dan tindakan persendirian tamat bersama kematian. Kausa tindakan “kecuaian” yang diplidkan oleh Plaintif dalam kes ini adalah jelas satu tindakan persendirian yang telah tamat bersama kematian Si Mati dan tidak boleh dibawa oleh Plaintif sebagai wakil diri atau adik kandung kepada Si Mati. Prinsip undang-undang ‘actio personalis moritur cum persona’ adalah terpakai. [15] Tindakan undang-undang yang diiktiraf bagi situasi sebegini adalah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 7 dan 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 sahaja. Seksyen 7 Akta Undang-Undang Sivil 1956 memperuntukkan mengenai tuntutan tanggungan (dependency claim) di mana terpakai untuk isteri, suami, ibubapa dan anak sahaja. Manakala, untuk tuntutan di bawah seksyen 8 Akta Undang-Undang Sivil 1956 iaitu tuntutan estet (estate claim), suatu Surat Kuasa Mentadbir (Letter of Administration) perlu diperolehi oleh pemohon, di mana dalam kes ini ialah Plaintif. Sekiranya diteliti Pernyataan Tuntutan yang telah difailkan oleh pihak Plaintif, tiada di mana-mana diplidkan oleh Plaintif bahawa Plaintif membawa tindakan ini di bawah seksyen-seksyen tersebut dan Plaintif tidak mempunyai locus untuk menuntut di bawah peruntukan-peruntukan di atas. [16] Apa yang dinyatakan oleh Plaintif di dalam Afidavit Jawapan adalah seperti berikut: S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw “7. Plaintif telah dilantik sebagai Wakil Diri kepada Si Mati melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 23.06.2024 di bawah Kes No. DA24NCVC-219-06/2024. Oleh itu, Plaintif selaku waris kepada Si Mati mempunyai hak dan kepentingan dan mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ini ke atas Defendan-Defendan. [Ekshibit NE-1]” [17] Sekiranya diteliti Perintah di ekshibit NE-1 tersebut, adalah jelas permohonan dan perintah adalah dibuat berdasarkan Aturan 15 Kaedah 6A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. Jika dirujuk kepada Aturan 15 Kaedah 6A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012, adalah jelas bahawa peruntukan tersebut hanya bagi situasi apabila tindakan ingin diambil terhadap estet Si Mati dan bukannya bagi pihak Si Mati. Plaintif telah tersalah arah apabila mendapatkan perintah di bawah Aturan 15 kaedah 6A yang tidak sama sekali memberikan hak kepada Plaintif untuk memfailkan tindakan ini bagi pihak Si Mati. Oleh kerana Plaintif telah gagal untuk mendapatkan surat kuasa mentadbir untuk mentabdir harta pusaka Si Mati, maka Plaintif tidak mempunyai sebarang locus untuk memfailkan tuntutan bagi pihak Si Mati. [18] Seterusnya, Defendan-Defendan berhujah bahawa tuntutan Plaintif adalah mengaibkan, remeh atau menyusahkan atau adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Plaintif telah gagal menamakan penjawat awam yang kononnya didakwa terlibat (pelaku tort) sebagaimana kehendak Seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956. [19] Defendan-Defendan berhujah bahawa pihak-pihak yang dinamakan sebagai Defendan di dalam kes ini adalah bukan tortfeasor yang kononnya menyebabkan kematian Si Mati. Perkara ini juga turut diakui S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw oleh pihak Plaintif sendiri di dalam Afidavit Jawapannya, khususnya di perenggan 8 Afidavit Jawapan Plaintif: “8. Saya seterusnya memohon Mahkamah yang Mulia ini merujuk kepada Perenggan 8-10 Afidavit Sokongan tersebut, dan menyatakan bahawa: a) …. b) Plaintif tidak mempunyai hak dan pengetahuan untuk menamakan tortfeasor yang dikatakan telah cuai sehingga menyebabkan kematian SiMati;” (Penekanan ditambah) [20] Defendan-Defendan berhujah bahawa adalah sangat nyata dan jelas dalam kes ini, Plaintif-Plaintif telah gagal untuk menamakan pegawai yang dikatakan telah cuai tersebut seperti mana yang diperuntukkan di bawah Akta Prosiding Kerajaan 1956 yang mana secara automatiknya menjadikan tindakan Plaintif-Plaintif sebagai suatu tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan. [21] Tindakan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, mengaibkan, remeh atau menyusahkan atau merupakan suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan sewajarnya dibatalkan oleh Mahkamah ini. Oleh yang demikian, Defendan-Defendan memohon agar tuntutan Plaintif terhadap Defendan-Defendan dibatalkan. S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw Ringkasan hujahan Plaintif [22] Pihak Plaintif pula menghujahkan tindakan Plaintif terhadap Defendan-Defendan adalah suatu tindakan yang munasabah di mana pliding yang telah difailkan mendedahkan kausa-kausa tindakan yang perlu dipertahankan. Selagimana pliding Plaintif mendedahkan kausa tindakan untuk diputuskan oleh Mahkamah, kenyataan bahawa kes Plaintif adalah lemah dan tidak akan berjaya bukan merupakan alasan untuk membatalkan tuntutan Plaintif. [23] Daripada pliding dan affidavit jawapan Plaintif, jelas menunjukkan isu-isu dalam pertikaian merupakan isu-isu fakta. Ini menunjukkan Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan. [24] Defendan-Defendan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas keberadaan dan keselamatan Si Mati selepas ditahan dan ketika rawatan diberikan. Plaintif merujuk kepada laporan bedah siasat Si Mati dan percaya berlaku kekerasan yang melampau ke atas Si Mati menyebabkan kecederaan dalam tempoh tahanan. [25] Plaintif mempunyai locus standi untuk memulakan tindakan ini kerana Plaintif merupakan wakil diri dan adik kandung kepada Si Mati. Plaintif dilantik sebagai wakil diri melalui Perintah Mahkamah (Eksihibt NE-1). [26] Plaintif tiada pengetahuan menamakan tortfeasor kerana tiada kerjasama daripada pihak Defendan-Defendan walaupun Plaintif telah S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw memohon maklumat dan dokumen daripada pihak Defendan-Defendan sejak tiga (3) tahun yang lepas sebelum memulakan tindakan ini. [27] Plaintif menegaskan terdapat banyak isu/persoalan termasuk punca kematian Si Mati yang hanya boleh dijelaskan melalui perbicaraan penuh. Tindakan Plaintif tidak sesuai dibawa melalui prosiding semakan kehakiman kerana bukan semata-mata berkait dengan public law tetapi juga berkait dengan private law untuk tuntutan gantirugi am. [28] Oleh yang demikian, tuntutan Plaintif adalah tuntutan yang munasabah dan mempunyai “locus standi” terhadap Defendan-Defendan dan memohon agar Notis Permohonan Defendan-Defendan dalam Kandungan 10 ditolak dengan kos. Prinsip undang-undang [29] Adalah menjadi suatu prinsip undang-undang yang mantap berkenaan elemen Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang memperuntukkan bahawa – “19. Pembatalan pliding dan pengendorsan (A. 18 k. 19 )
1
Mahkamah boleh pada mana-mana peringkat prosiding memerintahkan supaya dibatalkan atau dipinda mana-mana pliding atau pengendorsan, apa-apa writ dalam tindakan itu, atau apa-apa jua dalam mana-mana pliding atau dalam pengendorsan, atas alasan bahawa-S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw
a
ia mendedahkan kausa tindakan atau pembelaan yang tidak munasabah, mengikut mana-mana yang berkenaan;
b
ia mengaibkan, remeh atau menyusahkan;
c
ia boleh menjejaskan, menghalang atau melengahkan perbicaraan tindakan itu dengan adil; atau
d
ia selainnya adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah dan boleh memerintahkan tindakan itu digantung atau ditolak atau penghakiman dicatatkan dengan sewajarnya, mengikut mana-mana yang berkenaan.
2
Tiada keterangan boleh diterima atas suatu permohonan di bawah subperenggan (1)(a).
3
Kaedah ini hendaklah, setakat mana yang boleh dipakai, terpakai bagi suatu saman pemula seolah-olah saman itu adalah suatu pliding.” [30] Peruntukan ini dikaji dengan lebih jelas dalam kes Bandar Builder Sdn Bhd & Ors v. United Malayan Banking Corporation Bhd [1993] 3 MLJ 36, di mana Mohamed Dzaiddin HMP (pada masa itu) menyatakan: S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw “The principles upon which the Court acts in exercising its power under any of the four limbs of O. 18 r. 19(1) Rules of the High Court 1980 are well settled. It is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under this rule. This summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it obviously unsustainable.” (Penekanan ditambah) [31] Mahkamah turut merujuk kepada kes Sivarasa Rasiah & Ors v Che Hamzah Che Ismail & Ors [2012] 1 CLJ 75 di mana dinyatakan seperti berikut: “[16] The test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder 's case is that the claim on the face of it must be 'obviously unsustainable'. The stress is not only on the word "unsustainable" but also on the word "obviously" ie, the degree of unsustainability must appear on the face of the claim without having to go into lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into a lengthy and mature consideration in detail of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at trial.” [32] Selanjutnya, Mahkamah Persekutuan dalam kes Tan Wei Hong & Ors v. Malaysian Airlines Berhad & Other Appeals [2018] 6 MLRA 433; [2018] 9 CLJ 425 telah menghuraikan ujian bagi pemakaian A. 18 k. seperti berikut: S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw “[17] The tests for striking out application under O. 18 r. of the ROC, as adopted by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) are, inter alia, as follows:
a
it is only in plain and obvious cases that recourse should be had to the summary process under the rule;
b
this summary procedure can only be adopted when it can be clearly seen that a claim or answer is on the face of it obviously unsustainable;
c
it cannot be exercised by a minute examination of the documents and facts of the case in order to see whether the party has a cause of action or a defence;
d
if there is a point of law which requires serious discussion, an objection should be taken on the pleadings and the point set down for argument under O. 33 r. 3 of the ROC; and
e
the court must be satisfied that there is no reasonable cause of action or that the claims are frivolous or vexatious or that the defences raised are not arguable. … S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [19] The basic test for striking out as laid down by the Supreme Court in Bandar Builder (supra) is that the claim on the face of it must be 'obviously unsustainable'. The stress is not only on the word 'unsustainable' but also on the word 'obviously', ie, the degree of unsustainability must appear on the face of the statement of claim without having to go into a lengthy and mature consideration in detail. If one has to go into a lengthy detailed argument and mature consideration of the issues of law and/or fact, then the matter is not appropriate to be struck out summarily. It must be determined at the trial." (Penekanan ditambah) [33] Maka, tugas Mahkamah dalam permohonan ini hanyalah perlu membuat pertimbangan terhadap pliding yang telah difailkan oleh Plaintif bagi menentukan sama ada tuntutan Plaintif tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah atau remeh atau menyalahgunakan proses mahkamah. Analisa dan dapatan Mahkamah Isu: Sama ada Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan dan/atau ia adalah tuntutan yang remeh atau menyusahkan dan/atau adalah satu penyalahgunaan proses Mahkamah S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [34] Permohonan pembatalan pliding adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Aturan 18 kaedah 19, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 yang telah dinyatakan di atas. Secara ringkasnya, prinsip undang-undang berdasarkan kepada kes-kes mahkamah yang telah dinyatakan sebelum ini berhubung dengan permohonan pembatalan boleh diringkaskan seperti berikut: a. Apabila fakta dan undang-undang adalah jelas dan nyata (plain and obvious); b. Apabila tiada keperluan untuk menyemak dokumen-dokumen atau fakta untuk melihat sama ada Plaintif mempunyai kausa tindakan yang munasabah; c. Apabila Mahkamah berpuas hati bahawa pembatalan adalah perlu untuk mengelakkan keperluan perbicaraan atau mengurangkan beban persiapan untuk perbicaraan yang panjang sebenarnya tidak perlu; d. Kes yang jelas tidak mempunyai harapan atau jelas tidak dapat dipertahankan; dan e. Tuntutan yang remeh atau menyusahkan, atau pembelaan yang tidak dapat disangkalkan. [35] Plaintif memfailkan tindakan ini sebagai wakil diri / adik kandung yang sah kepada Si Mati. Perenggan 13 Pernyataan Tuntutan Plaintif menyatakan ‘Tuntutan Plaintif adalah untuk menuntut gantirugi atas kecuaian Defendan-Defendan dalam tempoh tahanan dan rawatan Si S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw Mati dan kesedihan/trauma selepas tahanan dan rawatan yang dibuat sehingga menyebabkan kematian Si Mati’. [36] Selanjutnya, di perenggan 15, Plaintif telah memplidkan butir-butir kecuaian dan/atau sumbang cuai, dan/atau pelanggaran tindakan profesional oleh Defendan Pertama dan Defendan Kedua. Plaintif juga selanjutnya memplidkan butir-butir kecuaian dan/atau sumbang cuai, dan/atau pelanggaran tindakan profesional oleh Defendan Keempat dan Defendan Kelima. [37] Sekiranya diteliti butir-butir kecuaian Defendan-Defendan yang diplidkan oleh Plaintif, adalah jelas bahawa ianya tidak membentuk satu kausa tindakan yang munasabah. Dalam kes Larisan Maju Sdn Bhd v. Pengarah Tanah & Galian Negeri Selangor & Anor [2021] 1 LNS 738 di mana Mahkamah memutuskan seperti berikut: “[13] The particulars of negligence pleaded by the plaintiff in the statement of claim do not establish any cause of action against the defendants. Hence, the plaintiff's statement of claim did not disclose any reasonable cause of action.” (Penekanan ditambah) [38] Setelah meneliti Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan, Mahkamah dapati asas tuntutan Plaintif adalah untuk menuntut gantirugi di atas kecuaian Defendan-Defendan dalam tempoh tahanan dan rawatan Si Mati dan gantirugi kesedihan / trauma atas kematian Si Mati. Mahkamah ini mendapati bahawa Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan yang difailkan oleh Plaintif tidak menunjukkan sebarang kausa tindakan yang jelas atau munasabah terhadap Defendan-Defendan S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw kerana Plaintif tidak menyatakan dengan jelas kausa tindakan terhadap Defendan-Defendan. [39] Hujahan Plaintif di dalam perenggan 4.2 menyatakan bahawa terdapat isu kekerasan yang melampau yang digunakan ke atas Si Mati bermula daripada Si Mati ditangkap kemudian dibawa ke lokap sehingga Si Mati mengalami kecederaan sehingga menyebabkan kematian. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa isu mengenai kekerasan yang melampau, mahupun tumbukan tangan dan tendangan kaki tidak pernah diplidkan oleh Plaintif di dalam plidingnya. [40] Berdasarkan kepada prinsip undang-undang yang mantap bahawa pihak-pihak adalah terikat dengan pliding masing-masing. Dalam kes Tan Sri Norian Mai & Anor v. Suzana Md Aris [2011] 1 LNS 1912 mahkamah telah memutuskan seperti berikut: “[28] In any event the parties are bound by their pleadings (State Government of Perak v. Muniandy [1985] CLJU 117; [1985] 1 LNS 117; [1986] 1 MLJ 490. In Muniandy & Anor v. Muhd Abdul Kader Muhd Saheed & Ors [1989] 2 CLJ 577; [1989] 1 CLJ (Rep) 116, Mohd Azmi SCJ said: Unless the objection raised is merely technical, the importance of pleadings can be found in many authorities. The most instructive is perhaps by Lord Diplock in Hadmor Productions v. Hamilton[1983] 1 AC 191 at page 233: … [29] In Yew Wan Leong v. Lai Kok Chye [1990] 1 CLJ 1113; [1990] 1 CLJ (Rep) 330 the Supreme Court (as it then was) allowed the appellant's appeal and set aside the order of the S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw High Court on the ground that it had made a decision on an issue which was not raised by the parties in their pleadings. Gun Chit Tuan SCJ, in delivering the judgment of the then Supreme Court endorsed what Sharma J in Janagi v. Ong Boon Kiat [1971] CLJU 42; [1971] 1 LNS 42; [1971] 2 MLJ 196 said on the function of pleadings: The Court is not entitled to decide a suit on a matter on which no issue has been raised by the parties. It is not the duty of the Court to make out a case for one of the parties when the party concerned does not raise or wish to raise the point. In disposing of a suit or matter involving a disputed question of fact it is not proper for the Court to displace the case made by a party in its pleadings and give effect to an entirely new case which the party had not made out in its own leadings. The trial of a suit should be confined to the pleas on which the parties are at variance.”. (Penekanan ditambah) [41] Asas utama tuntutan Plaintif adalah kecuaian Defendan-Defendan. Namun, tuntutan Plaintif adalah suatu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Plaintif telah gagal menamakan penjawat awam yang kononnya didakwa terlibat (pelaku tort) sebagaimana kehendak seksyen 5 dan 6 Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359]. Mahkamah ini bersetuju dengan hujahan Defendan-Defendan bahawa ini jelas merupakan satu penyalahgunaan proses Mahkamah kerana Plaintif sepatutnya mengenalpasti terlebih dahulu tortfeasor sebelum memfailkan tindakan ini. S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [42] Berdasarkan Pernyataan Tuntutan, asas tindakan yang dibawa oleh Plaintif adalah tuntutan tort terhadap pegawai awam dan Kerajaan Malaysia. Plaintif menamakan Defendan Pertama yang menurut Plaintif adalah pegawai kepada Defendan Kedua dan Kelima. Plaintif turut menamakan Defendan Ketiga yang menurut Plaintif adalah pegawai kepada Defendan Keempat dan Kelima. Mahkamah ini merujuk kepada Akta Prosiding Kerajaan 1956 [Akta 359] khasnya seksyen 5 dan 6. [43] Seksyen 5 dan 6 Akta 359 diperturunkan seperti yang berikut: “5. Liability of the Government in tort Subject to this Act, the Government shall be liable for any wrongful act done or any neglect or default committed by any public officer in the same manner and to the same extent as that in which a principal, being a private person, is liable for any wrongful act done, or any neglect or default committed by his agent, and for the purposes of this section and without prejudice to the generality thereof, any public officer acting or purporting in good faith to be acting in pursuance of a duty imposed by law shall be deemed to be the agent of and to be acting under the instructions of the Government.
6
Limits of liability of the Government
1
No proceedings shall lie against the Government by virtue of section 5 in respect of any act, neglect or default of any public officer, unless proceedings for damages in respect of such act, S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw neglect or default would have lain against such officer personally.” [44] Secara ringkasnya berdasarkan peruntukan tersebut, pegawai awam yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tort yang dikatakan oleh Plaintif mestilah dinamakan sebagai pihak dalam tindakan ini. Sekiranya Plaintif berjaya dalam tuntutan terhadap pegawai awam tersebut maka baharulah Kerajaan Malaysia selaku prinsipal akan bertanggungan. Kerajaan Malaysia tidak akan bertanggungan alih (transferred liability) terhadap perbuatan salah atau peninggalan salah yang dilakukan oleh pegawai awam melainkan pegawai awam yang dikenalpasti dinamakan dalam tindakan. [45] Melalui Pernyataan Tuntutan, pada hemat Mahkamah ini jelas menunjukkan Plaintif gagal menamakan individu penjawat awam yang tepat sebagai Defendan Pertama/Defendan Kedua/Defendan Ketiga/Defendan Keempat bagi memenuhi syarat tanggungan alih terhadap Kerajaan Malaysia (Defendan Kelima). Plaintif sendiri di perenggan 8 Afidavit Jawapan Plaintif menyatakan – “8. Saya seterusnya memohon Mahkamah yang Mulia ini merujuk kepada Perenggan 8-10 Afidavit Sokongan tersebut, dan menyatakan bahawa di perenggan b) Plaintif tidak mempunyai hak dan pengetahuan untuk menamakan tortfeasor yang dikatakan telah cuai sehingga menyebabkan kematian Si Mati.” [46] Malah, Plaintif dalam hujahannya menyatakan bahawa pihak Plaintif telah beberapa kali, sejak dari kematian Si Mati, memohon S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw dokumen-dokumen yang diperlukan daripada pihak-pihak berkenaan, tetapi pihak Plaintif tidak mendapat kerjasama daripada pihak-pihak berkenaan. Mahkamah ini berpandangan bahawa hujahan ini adalah suatu alasan yang tidak munasabah kerana undang-undang telah memperuntukkan berkaitan perintah Mahkamah untuk penzahiran dokumen sebelum permulaaan prosiding sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Aturan 24 kaedah 7 KKM 2012. Perkara ini pernah disentuh oleh Mahkamah Rayuan di dalam kes Bandar Utama Development Sdn Bhd & anor v. Bandar Utama 1 JMB [2019] 10 CLJ 516 seperti berikut: "[12] Pre-action discovery is not related to contractual parties but it is addressed to third parties who may be tortfeasors, etc. or parties who are necessary for the purported plaintiff to succeed in a claim or a potential party to be the defendant. As a general rule, pre-action discovery can relate to proposed cause of action as well as relief. The threshold test to satisfy an order for pre-action discovery at common law was high in contrast to application for discovery in an action. The threshold test to satisfy an order for pre-action discovery under O. 24 r. 7A is extremely high in contrast to common law right, as the Rules sets out specific requirements and the court must exercise its power with caution and circumspect. It is a power which must be exercised in a genuine case and not for the purpose of annoying a third party or in cases related to fishing expedition, etc.” (Penekanan ditambah) S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [47] Mahkamah ini mendapati bahawa walaupun undang-undang telah memperuntukkan situasi sedemikian, namun Plaintif masih gagal bertindak sedemikian, malah mengakui bahawa tindakan Plaintif tidak menamakan torfeasor adalah dengan alasan tidak mendapat kerjasama pihak Defendan-Defendan. Perkara ini juga hanya timbul di peringkat hujahan dan Plaintif tidak pernah memplidkan dalam plidingnya atau menyatakan dalam Afidavit Jawapannya berkenaan perkara ini. [48] Defendan-Defendan turut merujuk perhatian Mahkamah ini kepada kes Kerajaan Malaysia & Ors v. Lay Kee Tee & Ors [2009] 1 CLJ 663, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa: “(16) Thus, I entirely agree with the views expressed by Abdul Aziz J (later FJ) in Haji Abdul Rahman. Contrary to the finding of the Court of Appeal, Haji Abdul Rahman was correctly decided and should be upheld. Therefore, on the proper construction of ss5 and 6 of Act 359, in any claim in tort against the government, the officer of the government who was responsible for the alleged tortious act must be made a party and his liability must be established before the government can be made liable vicariously as principal…
17
In the present case, all the eight causes of actions are actions in tort or tort-based premised on the act or omission of an individual. None of the governments sued is capable of committing the wrong pleaded. Since the governments' liability in tort can only be vicarious by virtue of ss. 5 and 6 of Act 359, and as the officers who were responsible for the alleged wrongdoing were not joined as defendants to the S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw action, it was therefore not possible in law to maintain a successful claim in tort against the governments as primary tortfeasors. That being so, the appellants' application to strike out the respondent's action was meritorious.” (Penekanan ditambah) [49] Jelas melalui keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam kes ini bahawa jika Kerajaan Malaysia menjadi pihak yang disaman berdasarkan kausa tindakan tort, pegawai kerajaan yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tort mestilah dijadikan pihak dalam tindakan itu. Menjadi kewajipan pihak yang menuntut untuk membuktikan liabiliti pelaku tort sebelum Kerajaan boleh dijadikan bertanggungan. [50] Justeru, tindakan Plaintif menamakan Ketua Polis Daerah Kota Bharu sebagai Defendan Pertama, Ketua Polis Negara sebagai Defendan Kedua, Pengarah Hospital Raja Perempuan Zainab II sebagai Defendan Ketiga, Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai Defendan Keempat gagal memenuhi elemen yang ditetapkan dalam sekyen 5 Akta 359 dan prinsip yang diputuskan dalam kes di atas. Dalam hal ini, tindakan tidak menamakan pelaku tort di dalam tuntutan sivil terhadap Kerajaan Malaysia merupakan kegagalan mematuhi peruntukan statutori menjadikan tuntutan Plaintif sebagai suatu tindakan yang mengaibkan, remeh atau menyusahkan dan mewajarkan tuntutan dibatalkan. [51] Dalam kes Harapan Permai Sdn Bhd v. Sabah Forest Industries Sdn Bhd [2011] 2 MLJ 192, Mahkamah Rayuan, antara lain memutuskan: “[14] In considering the defendant’s ground under O 18 r 19(1)(a), i.e that the plaintiff’s pleading discloses no reasonable S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw cause of action, we do not have to look at the affidavits as no such evidence shall be admissible…We must consider only the pleadings for the purpose of determining whether, in the instant appeal, the plaintiff’s statement of claim discloses a reasonable cause of action…” [52] Berdasarkan penelitian Mahkamah ini kepada kes-kes yang telah diputuskan dan alasan-alasan di atas, Mahkamah ini mendapati Plaintif tidak mempunyai kausa tindakan yang munasabah terhadap Defendan-Defendan. Isu Kedua: Sama ada Plaintif mempunyai locus standi [53] Berhubung dengan isu locus, Mahkamah ini merujuk kepada Afidavit Jawapan Plaintif yang menyatakan bahawa – “7. Plaintif telah dilantik sebagai Wakil Diri kepada Si Mati melalui Perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 23.06.2024 di bawah Kes No. DA-24NCVC-219-06/2024. Oleh itu, Plaintif selaku waris kepada Si Mati mempunyai hak dan kepentingan dan mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan ini ke atas Defendan-Defendan.” [54] Mahkamah ini telah meneliti Perintah Mahkamah Tinggi Kota Bharu bertarikh 23.06.2024 di bawah Kes No. DA-24NCVC-219-06/2024 (Ekshibit NE-1) yang dibuat di bawah Aturan 15 Kaedah 6A Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012. S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw [55] Aturan 15 Kaedah 6A (1), Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 memperuntukkan seperti berikut: “6A. Prosiding terhadap harta pusaka (A. 15 k. 6A) (1) Jika mana-mana orang yang terhadapnya suatu tindakan boleh diambil telah mati tetapi kausa tindakan masih menakat, tindakan itu boleh, sekiranya tiada pemberian probet atau kuasa mentadbir telah dibuat, dibawa terhadap harta pusaka Si Mati.” (Penekanan ditambah) [56] Jelas daripada Aturan 15 kaedah 6A, KKM 2012 bahawa peruntukan tersebut hanya terpakai bagi prosiding terhadap harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia. Menurut Malaysian High Court Practice 2019 Desk Edition Vol 1 pada perenggan [15.6A.2], peruntukan tersebut adalah untuk mengatasi kesukaran dalam memulakan tindakan terhadap harta pusaka seseorang yang telah meninggal dunia sebelum prosiding dimulakan, dan di mana tiada surat kuasa mentadbir harta pusaka atau probet telah dikeluarkan dalam harta pusaka tersebut. Kaedah ini mengatasi keadaan di mana tiada pihak yang boleh dinamakan sebagai pihak untuk disaman. [57] Mahkamah ini juga tidak terlepas pandang untuk merujuk kepada kes Ong Lee Hoon v H’ng Sheau Hui [2019] MLJU 992 yang mana Mahkamah memutuskan – “[32] The scenario envisaged in O 15 r 6A(1) is where the action is yet to be commenced and there is no person to S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw sue. In such a case, O 15 r 6A(2) allows citing the defendant as, “The personal representative of (name of deceased), deceased”. This is sufficient to treat the matter as having been brought against the estate of the deceased. [33] In the present case the deceased had died before the commencement of the action. O 15 r 6A(3) provides an interim remedy by treating such action as having been brought against the estate. The provision reads as follows: An action purporting to have been commenced against a person shall be treated, if he was dead at its commencement, as having been commenced against his estate in accordance with paragraph (1), whether or not a grant of probate or administration was made before its commencement. [34] Therefore, O 15 r 6A(3) of the Rules comes in aid of the Plaintiff in the present case. The action filed as intituled is not a nullity. The action is treated as having been commenced against the estate of the deceased…” (Penekanan ditambah) [58] Berdasarkan kes di atas, adalah jelas bahawa Aturan 15 kaedah 6A KKM 2012 ini terpakai bagi situasi di mana pihak yang disaman telah meninggal dan wakil diri perlu dilantik bagi mewakili estet Si Mati. Dalam keadaan sedemikian, ia membenarkan Defendan dinamakan sebagai, “Wakil diri kepada (nama Si Mati), Si Mati”. Ini adalah memadai untuk S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw S/N IwgafiEtX0qksiJjmOWwcw
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.