any person who is found to have had in his custody or under his control anything whatsoever containing any dangerous drug shall, until the contrary is proved, be deemed to have been in possession of such drug and shall, until the contrary is proved, be deemed to have known the nature of such drug; KESIMPULAN KEPUTUSAN DIAKHIR KES PENDAKWAAN [44] Setelah mahkamah menganalisa dan memberi pertimbangan semula ke atas semua keterangan saksi-saksi, soal balas yang dikemukakan oleh peguam Tertuduh dan juga ekshibit-ekshibit yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan dalam menentukan sama ada pihak pendakwaan telah membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh dengan menggunapakai ujian penilaian maksima ke atas semua keterangan saksi pendakwaan, mahkamah mendapati adalah selamat untuk mahkamah memanggil Tertuduh untuk membela diri ke atas pertuduhan yang dikenakan ke atas Tertuduh. Oleh itu, mahkamah memutuskan bahawa pihak Pendakwaan telah berjaya membuktikan suatu kes Prima Facie terhadap Tertuduh. Tertuduh dengan ini dipanggil untuk membela diri bagi pertuduhan berkenaan. [45] Tertuduh mempunyai tiga pilihan iaitu untuk berdiam diri atau untuk memberi keterangan bersumpah didalam kandang saksi atau memberi keterangan tidak bersumpah dari kandang Tertuduh. Semua pilihan tersebut telah diterangkan kepada Tertuduh. KES DIAKHIR KES PEMBELAAN [46] Setelah Tertuduh dipanggil untuk membela diri, Tertuduh telah memilih untuk memberi keterangan bersumpah didalam kandang saksi. Pihak Pembelaan telah memanggil 2 orang saksi pembelaan seperti berikut:- SAKSI PEMBELAAN PERANAN SD1 Zali bin Hitam Orang Kena Tuduh (OKT) SD2 Nur Amirah Tihani Binti Zali Anak OKT iaitu Tertuduh(SD1) dan Anak OKT (SD2). KETERANGAN TERTUDUH/ SD1 [47] Keterangan SD1 (penyata bertulis dan keterangan lisan di mahkamah) antaranya adalah seperti berikut: i. Semasa kejadian, SD1 bekerja sebagai mekanik. ii. Pada 20/12/2020 jam lebih kurang 1 pagi sepasukan anggota balai polis IPD Hulu Terengganu telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah di LOT 10497 Kg sungai Petai Hulu Tetengganu. iii. Lebih kurang jam 3 pagi setelah sampai ke lokasi rumah anggota polis membuat pemerhatian dan telah pergi ke hadapan rumah dan kenalkan diri sebagai pegawai kanan polis. iv. Anggota serbuan membuat pemeriksaan fizikal dan tiada menjumpai apa-apa barang salah. Anggota polis telah menyerbu ke dalam bilik stor dan ada menjumpai sebuah beg kecil yang didalamnya mengandungi dadah. v. OKT telah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD Hulu Terengganu). Sewaktu di IPD Hulu Terengganu, OKT telah diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Kes,Insp Syahrul Hasram bin Ramli (SP7). vi. OKT kemudiannya direman dan dituduh di mahkamah dengan pertuduhan pemilikan dadah dan OKT mengaku tidak bersalah serta memohon agar dia dibicarakan. vii. OKT melalui keterangan di Mahkamah menyatakan dia tidak mempunyai pengetahuan keatas dadah-dadah yang dipertuduhkan tersebut. viii. OKT telah memberikan keterangan bahawa di dalam kes ini sebelum kejadian serbuan telah hadir seorang penama iaitu kawan OKT yang dikenali sebagai Awang Pok Tong yang telah hadir untuk urusan ambil bot bagi tujuan ke sungai. ix. Awang Pok Tong ini juga telah meminta untuk meninggalkan sementara beg di dalam rumah OKT kerana dikhuatiri akan basah jika dibawa bersama. Awang Pok Tong telah memberitahu kepada OKT perkara ini dan OKT telah minta untuk meletakkan beg tersebut di dalam stor di tempat simpanan OKT meletakkan barang kerja supaya mudah untuk mengambil semula selepas selesai urusan memancing di sungai. x. Kemudian OKT telah ke sungai bersama-sama Awang Pok Tong dan kembali semula setelah hampir jam 8 malam dan OKT terus tertidur sehinggalah serbuan di lakukan pada waktu dinihari sebagaimana pertuduhan. xi. Beg yang ditinggalkan oleh Awang Pok Tong tersebut kekal ditinggalkan dengan sengaja dan sememangnya OKT sendiri tidak bertindak untuk mengingatkan semula kerana mengingatkan bahawa beg Awang Pok Tong itu sudah diambil semula. xii. Kemudian serbuan dilakukan oleh anggota serbuan dan OKT telah tersedar dengan kehadiran anggota-anggota serbuan tersebut dan telah terus menyerbu rumah OKT pada jam 4 pagi. Waktu itu OKT telah bangun kerana sedar dan telah memberikan respon dari hasil ketukan pintu oleh anggota polis dengan bertanya siapa yang mengentuk pintu tersebut. xiii. OKT telah menyelak langsir rumah dan bertanya siapa lantas dijawab oleh anggota polis dengan menyatakan kehadiran mereka adalah sebagai polis dan telah menunjukkan kad kuasa polis. xiv. sebaik sahaja pintu dibuka, OKT telah ditarik kebawah serta merta dan ditahan oleh pihak polis. Pihak polis telah bertanya secara terus dengan bertanya dimana lagi barang dadah disimpan dan juga bertanya dengan serta merta lokasi stor. xv. OKT telah menjawab tidak tahu menahu tentang dadah dan setelah diasak dan ditanya OKT menunjukkan bilik stor dengan serta merta sebagaimana yang diminta oleh pihak polis. Pihak polis atau anggota serbuan telah serta merta membuat penggeledahan dan menjumpai barang dadah di dalam beg di bawah timbunan pakaian. xvi. setelah dijumpai barang dadah tersbut OKT sangat terkejut dan telah ditahan. Bahagian lain dirumah OKT tidak digeledahi oleh pihak anggota serbuan dan hanya bertumpu di bahagian stor sebagai mana maklumat oleh SP1. xvii. OKT turut menjelaskan dia tidak tahu dan sangat terkejut dengan kehadiran dadah didalam bilik stor tersebut. OKT juga telah diminta untuk menunjukkan di mana lagi tempat lain yang terlibat. OKT tetap menyatakan bahawa beliau tidak tahu sehinggalah OKT ditahan dan dibawa ke balai IPD hulu terengganu. xviii. OKT berulang kali memberitahu bahawa tidak tahu akan kewujudan dadah dan menafikan milikan atau kawalan beliau dalam kes ini. OKT turut menjelaskan bahawa barang dadah dan beg yang dijumpai bersama itu bukan miliknya. xix. OKT turut menjelaskan bahawa beliau terus tidur kepenatan sebaik sahaja pulang dari sungai dan tidak memeriksa stor kerana terus ke bilik tidur. Selepas kejadian ini , OKT juga telah tidak tahu keberadaan Awang Pok Tong dan tidak mendapat maklumat lagi tentang keberadaan nya. xx. OKT mengakui tentang penemuan dadah di dalam bilik stor di tempat kejadian pada tarikh dan masa sepertimana di dalam pertuduhan. Walaubagaimanapun OKT telah memberi keterangan yang keadaan sebenar dadah wujud mengikut versi OKT adalah berbeza dengan keterangan saksi pendakwaan. KETERANGAN ANAK OKT (SD2) [48] Keterangan SD2 (penyata bertulis dan keterangan lisan di mahkamah) antaranya adalah seperti berikut: i. SD2 mengesahkan kehadiran Awang Pok Tong ke rumah tempat kejadian serbuan tersebut. Di dalam keterangan beliau, dari awal penceritaan bahawa beliau telah ada melihat kawan OKT ada hadir bagi membuat urusan yang beliau tidak pasti namun telah menyokong secara jelas tentang waktu dan masa yang telah membenarkan versi pembelaan untuk dikemukakan. ii. SD2 adalah saksi mata yang boleh mengesahkan kehadiran Awang Pok Tong yang ada hadir pada petang jumaat 19/12/2020 sehari sebelum malam kejadian serbuan dilakukan iaitu pada 20/12/2020. iii. Beliau kemudian pulang ke rumah dari rumah ibu saudara untuk mengambil barang yang tertinggal dan ada melihat OKT berurusan kerja yang beliau tidak pasti pada jam lebih kurang waktu maghrib. Kehadiran orang lain sememangnya disahkan oleh beliau dan fakta ini tidak disangkal oleh pihak pendakwaan. ISU BERBANGKIT Kewujudan seorang lagi individu bernama Awang Pok Tong sebelum kejadian [49] Pihak Pembelaan telah berhujah bahawa terdapat seorang individu lain iaitu Awang Pok Tong yang berada di tempat kejadian sebelum OKT ditangkap pihak polis. Kesemua saksi-saksi pendakwaan menafikan kewujudan Awang Pok Tong ini termasuklah isteri OKT iaitu SP2 sepertimana berikut:- P/bela : Awang Pok Tun ni last mari bila? SP2 : Hari jumaat kejadian serbuan malam Ahad. Kita nampak dia mari [50] Kewujudan satu lagi individu lain nama Awang tidak disokong oleh keterangan mana-mana saksi-saksi pendakwaan yang lain dan SP2 juga tiada pengetahuan tujuan Awang ke rumah OKT malah jawapan SP2 berkenaan Awang terlibat dadah hanyalah satu hearsay seperti berikut:- P/bela : Awang Pok Tun ni ada masuk ke dalam stor SP2 : Tak pasti tapi dia ada hadir ke rumah urusan apa tak pasti. Saya beranggapan urusan kerja … P/bela : Awang Pok Tun ada terlibat dengan dadah SP2 : Ada terdengar begitu … [51] Keterangan SD1&SD2 semasa peringkat pembelaan juga bercanggah berkenaan individu nama Awang Pok Tong tersebut di mana SD1 menyatakan Awang terus balik selepas menjala ikan manakala SD2 menyatakan bahawa dia melihat SD1 dan Awang berada di rumah sebelum SD1 ditangkap polis KETERANGAN SD1 SEMASA PEMERIKSAAN UTAMA P/BELA: CERITA KEPADA MAHKAMAH OCCASION APA BERLAKU SEBELUM SERBUAN, APA KEPELIKAN YANG ADA PADA PANDANGAN KAMU? SD1;SEBELUM SERBUAN PADA PETANG JUMAAT ADA 3 ORANG KAWAN SAYA KALAU TAK SILAP UNTUK AMBIL BOT DI RUMAH SAYA UNTUK KE SUNGAI, WAKTU TU DAH PETANG. SALAH SEORANG KAWAN SAYA NAMA AWANG POK TONG SAYA PANGGIL DIA CAKAP TOLONG TUMPANG TINGGALKAN BEG DI RUMAH SAYA SEBAB DIA TAK NAK BEG BASAH P/BELA: MACAM MANA DIA DATANG? SD1;URUSAN UNTUK JALA IKAN. HARI TU NAK PERGI SUNGAI JADI BEG INI TINGGAL DI RUMAH SAYA DULU LA. SAYA MINTA DIA PERGI LETAK SENDIRI DI STOR, TAKUT LETAK TEMPAT LAIN SUSAH NAK AMBIL BALIK, SAYA MINTA DIA PERGI LETAK DI STOR, LEPAS TU SAYA KE SUNGAI JALA IKAN P/BELA: MASA TU KAMU DI MANA? SD1;SAYA DI KERETA P/BELA: DIA DI MANA? SD1;DIA PERGI MASUK TINGGAL BEG LEPAS TU DIA KELUAR P/BELA: MASA AWANG POK TONG MARI SIAPA DI RUMAH? SD1;TIADA SIAPA SEBAB ISTERI BALIK KAMPUNG TAPI SAYA MAKLUM ISTERI SAYA NAK PERGI JALA IKAN. DIA TANYA SIAPA DAN SAYA BERITAHU JALA DENGAN AWANG POK TONG DAN SIAPA LAGI SAYA LUPA P/BELA: APA JADI? SD1;SAYA TERUS PERGI JALA IKAN. DARI JALA IKAN SAMPAI MALAM LEBIH KURANG 8 MALAM, SAYA BALIK RUMAH P/BELA: 8 MALAM HARI KEJADIAN? SD1;YA, BALIK RUMAH PENAT TERUS TIDUR TIADA KELUAR PERGI MANA-MANA P/BELA: AWANG POK TONG MACAM MANA? SD1;DIA TERUS BALIK RUMAH DIA, DIA TAK AMBIL BEG P/BELA: APA TINDAKAN KAMU DIA LUPA AMBIL BEG? SD1;SAYA KELETIHAN. TAK TANYA APA PADA DIA, BALIK DARI TU SAYA TERUS TIDUR TAK KELUAR KE MANA KETERANGAN SD2 SEMASA PEMERIKSAAN UTAMA P/BELA: PADA 19/12/2021, KAMU DI MANA? SD2;PAGI TU SAYA DAN MAK BALIK KE KAMPUNG GETANG, LEPAS TU SAYA BALIK RUMAH MAK SAYA SEMULA KE KUALA BERANG DALAM NAK DEKAT-DEKAT MAGHRIB NAK BALIK SEMULA KE KG GETANG P/BELA: SIAPA LAGI DALAM RUMAH? SD2;ADIK-ADIK SAYA, MAK SAYA. LEPAS TU PETANG NAK MAGHRIB NAMPAK POK AWANG BERURUSAN DENGAN AYAH KETERANGAN SD2 SEMASA SOALAN DARI MAHKAMAH MAJISTRET: KAMU NAK KE MANA MASA TERSEREMPAK DENGAN AWANG POK NONG? SD2 ; KELUAR DARI BILIK NAK KE DAPUR AMBIL BARANG MAJISTRET: AYAH MASA TU DALAM STOR? SD2; YA MAJISTRET: AWANG POK DALAM STOR JUGA? SD2; SAYA NAMPAK POK AWANG MASUK DALAM STOR MASA TU [52] Adalah tidak logik untuk seorang tetamu untuk masuk ke bilik stor rumah individu lain untuk meletakkan beg di dalam timbunan kain yang banyak dalam stor rumah OKT yang berkunci tanpa pengetahuan OKT sedangkan beg tersebut boleh diletakkan di tepi pintu rumah OKT atau di ruang tamu di mana ia lagi mudah diambil setelah mereka pulang dari menjala ikan. [53] Tambahan pula SP2 mengesahkan bahawa stor tersebut berkunci dan hanya OKT sahaja yang ada kunci stor tersebut. P/bela : Puan pernah menjejakkan kaki ke dalam stor pernah? SP2 : Kadang kala berkunci P/bela : Puan pernah masuk ke dalam stor SP2 : Tak setuju P/bela : Tak pernah masuk langsung SP2 : Tak pernah P/bela : Jenguk ada? SP2 : Jenguk adalah [54] Selain itu, SD1 juga mengesahkan bahawa bilik stor tersebut hanyalah digunakan SD1 untuk menyimpan barang-barang kerjanya sahaja justeru mengukuhkan lagi versi cerita pendakwaan berbanding versi cerita pembleaan. P/BELA: BOLEH CERITA BILIK STOR PERANAN APA? SD1;TEMPAT SIMPAN BARANG KERJA SAYA MACAM SPANAR, BATERI KERETA P/BELA: SEPANJANG KEADAAN BILIK STOR, BERAPA ORANG DATANG? SD1;YANG RAPAT DENGAN SAYA JE MACAM AWANG, EMY [55] Pembelaan juga gagal kemukakan individu nama Awang Pok Tong tersebut untuk mengesahkan bahawa barang kes adalah miliknya dan bukan milik OKT oleh yang demikian anggapan bawah Seksyen 114(g) Akta Keterangan adalah terpakai bagi kes pembelaan ini. [56] Mahkamah mendapati individu nama Awang Pok Tong ini hanyalah satu fikiran terkemudian (afterthought) oleh OKT untuk shift the blame dan melepaskan diri dari pertuduhan di mahkamah ini. P/BELA: BERAPA LAMA KENAL AWANG? SD1;SETAHUN LEBIH SEBAB DIA ADA BENGKEL BAIKI KERETA [57] Sekiranya individu bernama Awang Pok Tong itu benar-benar wujud, SD1 yang mengaku rapat dengan Awang Pok Tong mesti tahu nama sebenar Awang Pok Tong tersebut tambah-tambah lagi dikatakan individu Awang Pok Tong tersebut sering ke rumah SD1 dan sering melakukan kerja bersama SD1. TPR: AWANG POK TONG DI MANA? SD1;TAK TAHU TAK DAPAT KESAN MANA LEPAS BENGKEL DITUTUP, LEPAS SAYA KENA TANGKAP DIA TERUS LARI TPR: NAMA SEBENAR AWANG POK TONG? SD1;SAYA TAK TAHU, TAHU NAMA PANGGILAN SAHAJA [58] Mahkamah juga telah meneliti keterangan keseluruhan pihak pembelaan dan mendapati bahawa SD2 adalah saksi berkepentingan (interested witness). [59] Undang-undang adalah mantap berkenaan dengan isu saksi berkepentingan atau interested witnesses dan oleh itu, mahkamah telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan di dalam kes Pendakwa Raya v Arumugam a/l Muniandy & Ors [2018] MLJU 374 yang telah menyatakan seperti berikut: [19] In Magendran Mohan v P.P [2011] 1 CLJ 805, the prosecution’s case was based entirely on circumstantial evidence. One of the witness was the deceased’s sister (PW5). PW5 testified that the deceased and the accused (who were lovers) came back to the house and subsequently the couple had a quarrel when the accused uttered words: “Saya akan ajar awak di sana”. PW5 admitted that she hated the accused. The Federal Court held - “It is clear to us that from her testimony she was an interested witness with a grudge against the appellant and had purpose of her own to serve. In our judgment her evidence must be treated with caution and requires corroboration…”. [20] The Indian Supreme Court in Raju @ Balachandran and Ors v State of Tamil Nadu AIR 2013 SC 983 broadly identified four categories of witnesses as follows: “33. For the time being, we are concerned with four categories of witnesses - a third party disinterested and unrelated witness (such as a bystander or passer-by); a third party interested witness (such as a trap witness); a related and therefore an interested witness (such as the wife of the victim) having an interest in seeing that the accused is punished; a related and therefore an interested witness (such as the wife or brother of the victim) having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused. But, more than the categorization of a witness, the issue really is one of appreciation of the evidence of a witness. A court should examine the evidence of a related and interested witness having an interest in seeing the accused punished and also having some enmity with the accused with greater care and caution than the evidence of a third party disinterested and unrelated witness. This is all that is expected and required.”. [60] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Mahkamah Rayuan didalam kes Dorai Pandian a/l Munian v Public Prosecutor [2009] 4 MLJ 525 yang telah menyatakan seperti berikut: [61] Learned counsel for the first accused also complained that the learned trial judge had failed to consider the possibility of PW10's evidence being tainted because Ah Leong was her boyfriend and Ah Soon was her friend. We do not think there is any merit in that complaint. In our view, even if the fact that Ah Leong and Ah Soon were her boyfriend and friend respectively had made PW10 an interested witness, there is no legal presumption that her evidence should not be believed, unless there are cogent reasons to disbelieve her in the light of the evidence to the contrary and the surrounding circumstances (see Balasingam v Public Prosecutor [1959] MLJ 193). We find that in considering the evidence of PW10, the learned trial judge was fully alive to the fact that Ah Leong was her boyfriend and Ah Soon was her friend. This is clear from his judgment (see pp 8–9 of the appeal record vol I). [61] Berdasarkan kes-kes tersebut diatas, adalah dapat dirumuskan bahawa keterangan saksi-saksi berkepentingan adalah boleh diterima pakai. Walau bagaimana pun, keterangan-keterangan tersebut haruslah diambil dengan berhati-hati dan perlu disokong oleh keterangan-keterangan yang lain. Kes-kes tersebut juga telah menyatakan bahawa keterangan-keterangan saksi berkepentingan boleh dipercayai melainkan terdapat keterangan yang bercanggah. [62] Berbalik semula kepada kes Tertuduh, SD2 merupakan anak kepada OKT manakala SP2 merupakan isteri OKT. Oleh itu, SD2 adalah saksi berkepentingan. Walaupun SD2 adalah Saksi Berkepentingan, mahkamah mendapati bahawa keterangan SD2 adalah boleh diterima pakai tetapi haruslah diambil dengan berhati-hati dan perlu disokong oleh keterangan-keterangan yang lain. Di dalam kes ini, semua keterangan SD2 tidak disokong oleh mana- mana keterangan dan telah bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan terutama sekali SP2 iaitu ibu SD2 dan isteri OKT. Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa versi Pihak Pendakwaan adalah lebih berkeyakinan daripada versi pihak Pembelaan. [63] Mahkamah seterusnya telah meneliti keseluruhan kes pihak pembelaan dan juga keseluruhan kes pihak Pendakwaan dan mendapati bahawa versi Pihak Pembelaan adalah satu penafian semata-mata dan tidak disokong oleh keterangan lain serta bercanggah dengan keterangan saksi-saksi pendakwaan. [64] Setelah mahkamah meneliti keseluruhan kes pihak pembelaan dan juga keseluruhan kes pihak Pendakwaan, mahkamah mendapati bahawa versi Pihak Pendakwaan adalah lebih logik dan lebih dipercayai. [65] Manakala keterangan SD1 semasa di Mahkamah juga bercanggah dengan SD2 berkenaan (1) lokasi OKT sama ada OKT berada dalam rumah ataupun luar rumah semasa OKT membenarkan individu bernama Awang Pok Tong untuk tinggalkan beg dalam rumah OKT dan (2) keberadaan isteri dan anak-anak OKT semasa petang dan malam sebelum kejadian serbuan sepertimana berikut:- SD1 KETERANGAN SD1 SEMASA PEMERIKSAAN UTAMA P/BELA: MASA TU KAMU DI MANA? SD1;SAYA DI KERETA P/BELA: DIA DI MANA? SD1;DIA PERGI MASUK TINGGAL BEG LEPAS TU DIA KELUAR KETERANGAN SD1 SEMASA PEMERIKSAAN BALAS TPR: KAMU KELUAR RUMAH UNTUK PERGI MENJALA, MASA TU KAMU TINGGAL SEORANG? SD1;YA TPR: MASA KELUAR KUNCI RUMAH? SD1 ;YA, MASA KELUAR SAYA KUNCI RUMAH TPR: KAMU KATA APA KEPADA AWANG MASA DIA KATA NAK TINGGAL BEG? SD1;DIA NAK TINGGAL BEG, SAYA CAKAP SIMPAN DALAM BEG TU. TPR: RUMAH DAH KUNCI? SD1 ;BELUM LAGI MASA TU TPR: KAMU SEDIA NAK PERGI? SD1 ;YA TAPI BELUM KUNCI TPR: KENAPA TAK KUNCI? SD1; BELUM SEDIA PERGI LAGI TPR: BALIK PUKUL BERAPA? SD1;LEPAS WAKTU MAGHRIB, MALAM TPR: LEPAS TU KAMU DI RUMAH? SD1;YA TPR: WAKTU BALIK DAH ADA ORANG DI RUMAH? SD1;MASA BALIK ISTERI TIADA LAGI DI RUMAH KETERANGAN SD1 SEMASA PEMERIKSAAN SEMULA P/BELA: BALIK MENJALA MAGHRIB LEPAS TU KAMU CAKAP ISTERI TIADA DI RUMAH, CERITA KE MAHKAMAH ISTERI DI MANA? SD1; SEINGAT SAYA SEBAB KES LAMA, TAK INGAT ISTERI ADA DI RUMAH ATAU TIDAK DI RUMAH MASA SAYA BALIK, ANAK SAYA ISTERI AMBIL DI KAMPUNG MALAM TU. SD2 KETERANGAN SD2 SEMASA PEMERIKSAAN UTAMA P/BELA: PADA 19/12/2021, KAMU DI MANA? SD2;PAGI TU SAYA DAN MAK BALIK KE KAMPUNG GETANG, LEPAS TU SAYA BALIK RUMAH MAK SAYA SEMULA KE KUALA BERANG DALAM NAK DEKAT-DEKAT MAGHRIB NAK BALIK SEMULA KE KG GETANG P/BELA: SIAPA LAGI DALAM RUMAH? SD2;ADIK-ADIK SAYA, MAK SAYA. LEPAS TU PETANG NAK MAGHRIB NAMPAK POK AWANG BERURUSAN DENGAN AYAH KETERANGAN SD2 SEMASA PEMERIKSAAN BALAS TPR: ADA DI RUMAH DENGAN SIAPA? SD2;IBU DAN ADIK-ADIK TPR: JAM BERAPA? SD2;DALAM PUKUL 5-6 GITU SAYA BALIK TPR: SAMPAI PUKUL? SD2; 6 LEBIH SAMPAI PUKUL 8, 5 LEBIH SAMPAI 8 TPR: KAMU ADA DI RUMAH PADA 19/12/2021? SD2: MALAM MASA TANGKAPAN SAYA TIADA SEBAB SAYA TINGGAL DI KAMPUNG MAK SAUDARA SAYA TPR: PUKUL 6-8 KAMU ADA? SD2;ADA, AMBIL BARANG MASA TU NAK BALIK SEMULA KE KAMPUNG KETERANGAN SD2 SEMASA SOALAN DARI MAHKAMAH MAJISTRET: KAMU NAK KE MANA MASA TERSEREMPAK DENGAN AWANG POK NONG? SD2 ; KELUAR DARI BILIK NAK KE DAPUR AMBIL BARANG MAJISTRET: AYAH MASA TU DALAM STOR? SD2; YA MAJISTRET: AWANG POK DALAM STOR JUGA? SD2; SAYA NAMPAK POK AWANG MASUK DALAM STOR MASA TU [66] Adalah undang-undang mantap (trite law) bahawa bagi mendapatkan perintah perlepasan dan pembebasan terhadap pertuduhan di akhir kes pembelaan, pihak pembelaan hanya perlu menimbulkan keraguan yang munasabah (reasonable doubt) terhadap kes Pihak Pendakwaan. Sekiranya beban ini telah dipenuhi, Perintah Pelepasan dan Pembebasan akan dikeluarkan walaupun versi pembelaan dipertikaian. Undang-Undang mantap ini telah secara jelasnya diterangkan didalam kes Mahkamah Agong didalam kes Mohd Radhi Yaakob v PP [1991] 1 CLJ (Rep) 311 dan juga didalam kes Mahkamah Persekuan iaitu PP v Abdul Rahman Bin Akif [2007] 4 CLJ 337. [67] Bagi maksud keraguan yang munasabah (reasonable doubt), mahkamah telah merujuk kepada kes PP v. Saiman & Ors [1971] 2 MLJ 316 yang menjelaskan seperti berikut: "'The following definition of 'reasonable doubt' is often quoted: It is not mere possible doubt, because everything relating to human affairs and depending upon moral evidence is open to some possible or imaginary doubt. It is that state of the case which after the entire comparison and consideration of all the evidence leaves the minds of the jurors in that condition that they cannot say they feel an abiding conviction to a moral certainty of the truth of the charge'. It has been said that 'reasonable doubt' is the doubt which makes you hesitate as to the correctness of the conclusion which you reach. If under your oaths and upon your conscience, after you have fully investigated the evidence and compared it in all its parts, you say to yourself I doubt if he is guilty, then it is reasonable doubt. It is a doubt which settles in your judgement and finds a resting place there." [68] Selain daripada itu, kes tersebut diatas juga telah menyatakan bahawa keraguan yang munasabah ini hendaklah berlandaskan kepada keterangan dan bukan keraguan yang dibayangkan yang tidak bersandarkan kepada keterangan seperti dinyatakan berikut: "Or as sometimes said, it must be a doubt so solemn and substantial as to produce in the minds of the jurors some uncertainty as to the verdict to be given. A reasonable doubt must be a doubt arising from the evidence or want of evidence and cannot be an imaginary doubt or conjecture unrelated to evidence." [69] Mahkamah juga telah merujuk kepada kes Mat v PP [1963] MLJ 263, dimana Suffian J menyatakan: “The correct law for Magistrates to apply is as follows. If you accept the explanation given by or on behalf of the accused, you must of course acquit. But this does not entitle you to convict if you do not believe that explanation, for he is still entitled to an acquittal if it raises in your mind a reasonable doubt as to his guilt, as the onus of proving his guilt lies throughout on the prosecution. If upon the whole evidence you are left in a real state of doubt, the prosecution has failed to satisfy the onus of proof which lies upon it. The position may be conveniently stated as follows:–