Lampiran
Lampiran 9]. Namun, ini tidak mengiakan fakta bahawa pemohon tidak menafikan secara jelas dan terang penyataan responden-responden bahawa pemohon telah membuat pengakuan bahawa beliau sememangnya telah menghantar borang kaji selidik kepada pelajar tersebut. [22] Prof. Dr. Haidar Dziyauddin iaitu individu yang mengikrar afidavit jawapan bagi pihak responden-responden merupakan ahli kepada Jawatankuasa Tatatertib Kakitangan (2). Beliau hadir dalam mesyuarat bertarikh 28 Februari 2022 yang mendapati wujud kes prima facie ke atas pemohon [rujuk Ekshibit HD-2, Muka surat 29, Lampiran 8]. Sebagai seorang yang hadir dalam mesyuarat tersebut, adalah agak tidak munasabah untuk menyatakan bahawa S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ Prof. Dr. Haidar Dziyauddin tidak dirujukkan dengan apa-apa minit siasatan dalaman bertarikh 14 September 2022 tersebut semasa memutuskan sama ada terdapat kes prima facie. [23] Mahkamah ini mendapati bahawa tiada peruntukkan undang-undang yang mengkehendaki pertuduhan dihantar kepada pemohon sebelum siasatan dalaman dilakukan. [24] Mahkamah ini juga mendapati bahawa melalui afidavit-afidavit yang difailkan pihak-pihak, asas kepada pertuduhan tersebut yang dikenakan ke atas pemohon adalah sepertimana yang dibangkitkan semasa siasatan dalaman tersebut. Ini bukan perihal di mana terdapat perkara atau keterangan yang tersembunyi ataupun tidak dibawa kepada perhatian pemohon semasa siasatan dalaman tersebut, yang selanjutnya membentuk pertuduhan yang dikenakan ke atas pemohon. Oleh itu, mahkamah ini berpandangan pemohon tidak boleh dikatakan telah diletakkan ke atas kedudukan yang memprejudiskan pembelaannya ekoran daripada ini. (ii) Pemohon tidak diberikan peluang lanjut untuk membela diri kerana pemohon “terus didapati bersalah” setelah menyampaikan surat representasinya susulan penerimaan surat responden pertama yang mengandungi pertuduhan tersebut. (iii) Responden pertama dan responden kedua telah secara salah dan tidak adil membuat Keputusan-Keputusan yang Dicabar tersebut atas tekanan atau pengaruh daripada pelajar tersebut yang telah membuat hantaran-hantaran dan ciapan-ciapan terhadap pemohon di media sosial serta menyalahkan S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ responden-responden kerana gagal mengambil tindakan terhadap pemohon; (iv) Responden-responden telah mengambilkira hantaran-hantaran dan ciapan-ciapan pelajar tersebut dalam membuat Keputusan-Keputusan yang Dicabar tersebut tanpa pemohon diberikan peluang untuk menjelas atau menjawab terhadapnya. Pemohon menekankan bahawa isu hantaran-hantaran dan ciapan-ciapan pelajar tersebut tidak dibangkitkan semasa siasatan dalaman dilakukan; [25] Pemohon berhujah bahawa pemohon telah pada 22 September 2022 menerima emel daripada Bahagian Integriti melalui alamat emel “unitintegriti@uitm.edu.my”. Emel tersebut mempunyai pautan yang boleh membawa pemohon kepada sistem “hr2u@uitm.education”. Setelah menekan masuk pautan tersebut, pemohon mendapati terdapat catitan bahawa “tiada hukuman” untuk tarikh keputusan tatatertib pada 10 Januari 2022. Pemohon mengambil penemuan ini sebagai keputusan tindakan tatatertib yang dibawa ke atas beliau kerana pada masa itu tiada lagi pengaruh daripada luar dan dengan hanya berdasarkan kepada apa yang diperolehi dalam siasatan dalaman pada 14 September 2021 tersebut, pemohon berkeyakinan bahawa beliau tidak akan dikenakan dengan hukuman buang kerja. [26] Namun demikian, melalui surat bertarikh 22 September 2022 yang dikeluarkan oleh responden pertama, pemohon telah dimaklumkan Keputusan Buang Kerja tersebut. Pemohon mengambil pendirian bahawa Keputusan Buang Kerja tersebut merupakan satu S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ penukaran keputusan oleh pihak responden pertama. Pemohon percaya bahawa ini adalah disebabkan tekanan dan pengaruh daripada tindakan pelajar tersebut yang membawa perkara tersebut ke platform media sosial. [27] Pemohon juga berpendapat bahawa keputusan rayuan tersebut oleh responden kedua turut berpunca daripada tekanan dan pengaruh daripada pelajar tersebut. [28] Pemohon menyatakan bahawa perkara hantaran-hantaran dan ciapan-ciapan yang diletakkan di media sosial oleh pelajar tersebut tidak dibangkitkan semasa siasatan dalaman tersebut namun telah diambil kira oleh responden pertama dan responden kedua dalam membuat keputusan mereka masing-masing, tanpa pemohon diberi peluang untuk menjawab setiap satu hantaran-hantaran dan ciapan-ciapan tersebut. Pemohon berasaskan kepada turutan peristiwa (serangan pelajar tersebut menurut pemohon bermula dari 16 Ogos 2022 dan 16 September 2022). [29] Perkara lain yang dibangkitkan melalui afidavit balasan pemohon adalah bahawa pemohon telah dihukum lebih awal apabila dinafikan hak untuk mengajar bermula 21 Jun 2021 sedangkan perintah tahan kerja hanya diberikan pada 29 Julai 2021. Pengaruh dan tekanan melalui tindakan yang diambil pelajar tersebut boleh juga dilihat daripada pihak UiTM melalui Unit Komunikasi Korporat membuat platform Twitter bagi memberi balas status kes. [30] Bagi isu-isu yang dibangkitkan oleh pemohon, responden berhujah bahawa kebergantungan sistem “hr2u@uitm.education” sebagai keputusan responden-responden adalah khilaf dan bercanggah kepada fakta dan prosedur tatatertib di Akta 605. Adalah mustahil S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ untuk kononnya keputusan yang disandarkan pemohon diputuskan sebelum pertuduhan dihantar. [31] Responden juga berhujah bahawa tindakan pemohon yang merujuk kepada Keputusan Buang Kerja tersebut dalam surat representasinya untuk merayu kepada responden kedua bertentangan dengan apa seseorang yang munasabah akan lakukan selepas mengetahui apa yang dicatitkan dalam sistem “hr2u@uitm.education” tersebut. [32] Menurut responden, pertuduhan tersebut kekal sama tanpa mengambil kira pengaruh luar atau tekanan di media sosial, dan keputusan responden pertama adalah berpandukan kepada fakta kes dan setelah mempertimbangkan representasi pemohon, tanpa dipengaruhi oleh tekanan atau pengaruh luar. [33] Berhubung isu keputusan “tiada hukuman” yang diperolehi pemohon melalui sistem hr2u@uitm.education, fakta kes menunjukkan bahawa emel yang mengandungi pautan kepada sistem “hr2u@uitm.education” tersebut dihantar kepada pemohon pada 22 September 2022 melalui emel “unitintegriti@uitm.edu.my”. Responden telah dalam hujahan bertulisnya berhujah bahawa emel tersebut dihantar secara otomatik semasa pengkalan data sistem HR2U pertama kali dioperasikan. Namun, fakta ini tidak dapat lihat daripada afidavit jawapan responden-responden berkenaan fakta ini. [34] Walaubagaimanapun, mahkamah ini berpandangan bahawa alasan terdapat penukaran status hukuman di sistem “hr2u@uitm.education” tidak menunjukkan bahawa terdapat kepenyalahan undang-undang dalam Keputusan Buang Kerja S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ tersebut. Pemohon telah gagal membuktikan sedemikian. Pemohon dalam afidavit beliau sendiri telah menyatakan bahawa keputusan tatatertib yang dicatitkan dalam sistem “hr2u@uitm.education” tersebut adalah pada 10 Januari 2022. Pertuduhan tersebut pula diterima pemohon pada 10 April 2022. Oleh itu, berdasarkan tarikh-tarikh tersebut, adalah mustahil untuk keputusan tatatertib mendahului pertuduhan tersebut. [35] Tambahan pula, pemohon dalam surat representasinya kepada responden pertama dan responden kedua tidak membangkitkan isu berkenaan apa yang dipaparkan di sistem “hr2u@uitm.education” tersebut. Ini adalah tidak konsisten dengan seseorang yang mempunyai maklumat tersebut. [36] Mahkamah ini juga berpandangan bahawa pemohon juga bersikap aprobat dan reprobat kerana dalam Pernyataan Aturan 53 tersebut pemohon mendakwa bahawa beliau tidak menerima sebarang pertuduhan sebelum siasatan dalaman dilakukan tetapi pada masa yang sama pemohon mengambil pendirian untuk cuba mengiakan atau mengesahkan keputusan “tiada hukuman” tersebut yang kononnya berpunca daripada siasatan dalaman tersebut. [37] Jikapun tarikh yang dicatitkan untuk kononnya keputusan “tiada hukuman” tersebut iaitu 10 Januari 2022 adalah tidak benar dan catitan keputusan “tiada hukuman” tersebut diambil sebagai keputusan yang dibuat pada 22 September 2022 namun, dalam afidavitnya, pemohon menyatakan bahawa emel yang mengandungi rantaian kepada sistem “hr2u@uitm.education” adalah dihantar oleh Bahagian Integriti. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ [38] Mahkamah ini telah merujuk kepada seksyen 6 Akta 605 yang memperuntukkan: “6 Pihak berkuasa tatatertib (1) Pihak-pihak berkuasa tatatertib berkenaan dengan pelbagai kategori pegawai ialah Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan mengikut Bahagian I Jadual Ketiga dan peruntukan Bahagian itu hendaklah terpakai bagi, dan dipatuhi oleh, tiap-tiap Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan sedemikian. (2) Dalam menjalankan bidang kuasa tatatertibnya, Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mematuhi tatacara yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan dan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan tatatertib dan mengenakan hukuman tatatertib yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan.” [39] Menurut kes Rokiah Mhd Noor v. Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi & Kepenggunaan Malaysia & Ors [2018] 5 CLJ 162, Mahkamah Persekutuan telah mendapati bahawa kuasa membuang kerja telah diturunkan kepada Jawatankuasa Tatatertib mengikut seksyen 6, Akta 605: “[31] … Pursuant to s. 6 and reg. 39 of Act 605, the power of dismissal was delegated to the DC. Only the DC could dismiss the appellant. …” [40] Rujukan turut boleh dibuat kepada Peraturan-Peraturan 3 dan 11, Jadual Ketiga, Akta 605 seperti berikut: S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ “3. Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan Dalam menjalankan fungsinya di bawah Akta ini, tiap-tiap Jawatankuasa Tatatertib hendaklah mematuhi Peraturan-Peraturan dalam Jadual Kedua. … 11. Keputusan Jawatankuasa Tatatertib hendaklah diberitahukan kepada pegawai Tiap-tiap Jawatankuasa Tatatertib hendaklah memastikan bahawa keputusannya dalam mana-mana prosiding tatatertib diberitahukan secara bertulis kepada pegawai yang menjadi subjek prosiding tatatertib itu.” [41] Berdasarkan kepada nas undang-undang di atas, Jawatankuasa Tatatertib dalam memutuskan keputusan tatatertib hendaklah mematuhi atau terikat kepada peruntukkan-peruntukkan yang termaktub dalam Akta 605. Selain itu, Peraturan 2, Jadual Ketiga, Akta 605 menunjukkan bahawa tindakan tatatertib seseorang pegawai adalah di bawah bidang kuasa Jawantankausa Tatatertib tertentu yang dianggotai pihak-pihak sebagaimana yang dinyatakan di Lampiran kepada Akta 605. Dalam erti kata yang lain, bagi mengenakan hukuman tatatertib ke atas pemohon, hanya Jawatankuasa Tatatertib yang dianggotai Pengerusi Lembaga dan anggota-anggota lain mengikut kehendak undang-undang di Lampiran kepada Akta 605 tersebut sahaja yang boleh membuat keputusan. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ [42] Oleh itu, mahkamah ini mendapati tidak wujud keputusan kononnya ditukar daripada “tiada hukuman” kepada Keputusan Buang Kerja tersebut kerana tiada apa-apa yang keputusan yang wujud sebelum ianya boleh ditukar. [43] Isu seterusnya adalah sama ada responden pertama dan responden kedua telah dipengaruhi tekanan atau pengaruh luar daripada pelajar tersebut melalui media sosial. [44] Fakta kes adalah bahawa setelah pemohon mengemukakan surat representasinya kepada responden pertama pada 11 April 2022, tiada keputusan yang dibuat sehingga 12 September 2022 (yang disampaikan kepada pemohon pada 29 September 2022 melalui surat bertarikh 12 September 2022). Dalam tempoh tersebut, berlakulah penularan ciapan-ciapan dan hantaran-hantaran di laman media sosial daripada pelajar tersebut berkenaan kelakuan pemohon serta kononnya testimoni daripada mangsa-mangsa yang lain. Pemohon menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai peluang untuk membalas kepada dakwaan-dakwaan terhadapnya di media sosial, dan seterusnya menegaskan bahawa responden pertama dalam membuat Keputusan Buang Kerja tersebut dipengaruhi apa yang tular di media sosial. [45] Alasan pemohon ini seolah-olah merupakan andaian dan tuduhan kosong semata-mata kerana pemohon gagal mengemukakan sebarang keterangan yang dapat mengukuhkan andaian atau tekaan beliau bahawa responden-responden dipengaruhi atau ditekan pengaruh luar. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ [46] Pertuduhan tersebut didahului dengan penemuan kes prima facie ke atas pemohon susulan siasatan dalaman pada 14 September 2022. Menurut pertuduhan tersebut, apa yang pemohon harus jawab adalah dakwaan bahawa: (i) beliau telah melaksanakan satu soal selidik/kajian ke atas Pelajar tersebut dengan menghantar pesanan WhatsApp kepada Pelajar tersebut untuk menjawab soal selidik bertajuk “Soal Selidik Kesedaran Seks di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi daripada Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor” kepada Pelajar tersebut pada 31 Mei 2021 jam 11.41 malam; dan (ii) pelaksanaan soal selidik/kajian tersebut adalah tanpa kebenaran pihak UiTM. [47] Pemohon dalam surat representasinya tidak menafikan berlakunya perkara tersebut. Pembelaan yang dikemukakan adalah ianya adalah dihantar dengan persetujuan pelajar tersebut dan tiada sebarang sentuhan fizikal kepada pelajar tersebut mahupun penghantaran imej negatif. Pemohon juga merepresentasikan bahawa beliau tidak mengetahui jika kajian berkenaan menyalahi etika pihak universiti. Pemohon seterusnya menzahirkan kekesalannya dan berjanji tidak akan mengulangi perkara ini. [48] Walaupun pemohon menyatakan bahawa beliau tidak tahu kelakuan ini menyalahi etika UiTM, tiada penafian yang dibuat oleh pemohon bahawa beliau tidak tahu bahawa kebenaran pihak UiTM adalah diperlukan sebelum sebarang soal selidik boleh dilancarkan. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ [49] Di peringkat rayuan terhadap keputusan responden pertama pula, pemohon telah mengemukakan surat representasinya untuk rayuan ke atas Keputusan Buang Kerja tersebut. Melalui surat tersebut, pemohon berdasarkan kepada alasan-alasan berikut: (i) bahawa pemohon mempunyai komitmen yang tinggi; (ii) bahawa pemohon telah banyak menyumbang kepada UiTM; dan (iii) bahawa Keputusan Buang Kerja tersebut harus diketepikan kerana pemohon tidak ada peluang untuk menjawab ciapan Twitter berunsur fitnah terhadap beliau yang ditularkan. [50] Responden Kedua dalam memutuskan rayuan pemohon adalah terikat dengan Peraturan 21(2), Jadual Ketiga, Akta 605 yang memperuntukkan: “Jawatankuasa Rayuan Tatatertib itu hendaklah memutuskan tiap-tiap rayuan semata-mata berdasarkan merit alasan rayuan itu tanpa menerima apa-apa pernyataan lanjut atau keterangan tambahan.” [51] Ini telah dipatuhi responden kedua. Dalam surat makluman keputusan rayuan tersebut, selain kenyataan bahawa responden kedua mengesahkan keputusan responden pertama tersebut setelah meneliti rayuan yang dikemukakan pemohon, tiada lagi penyataan-penyataan lain yang menunjukkan bahawa responden kedua telah mengambil keterangan tambahan. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ [52] Pemohon juga gagal menunjukkan bahawa responden kedua telah mengambilkira isu penularan ciapan-ciapan dan/atau hantaran-hantaran oleh pelajar tersebut terhadap kelakuan pemohon. [53] Dalam kes ini, mahakamah mendapati bahawa pemohon gagal menunjukkan bahawa responden-responden dalam memutuskan Keputusan-Keputusan yang Dicabar tersebut telah gagal mematuhi sebarang peruntukkan undang-undang yang terikat pada mereka. Tiada juga keterangan yang konklusif bahawa penemuan fakta oleh responden pertama adalah terlampau salah ataupun responden-responden dipengaruhi apa yang tular di laman media sosial. Pada hemat mahkamah ini, perihal luar biasa tersebut tidak wujud bagi membolehkan mahkamah menjalankan kuasa budi bicaranya dalam mencampur tangan ke atas Keputusan-Keputusan yang Dicabar tersebut. [54] Pemohon juga dalam afidavit balasannya menyatakan bahawa beliau dihukum dengan lebih awal. Dakwaan ini tidak menjadi sebahagian Pernyataan Aturan 53 tersebut. Dalam apa jua keadaan, dakwaan ini tidak berasas kerana pemohon tidak menafikan bahawa beliau masih menerima emolumen penuh sepanjang tempoh masa kelas beliau dikosongkan dan digantikan oleh pensyarah-pensyarah lain. [55] Di samping itu, fakta bahawa pemohon dibenarkan untuk kembali mengajar selepas siasatan dalaman dilakukan tidak menafikan hak Jawatankuasa Tatatertib untuk memulakan pertuduhan. Pemohon gagal menunjukkan sebarang peruntukkan undang-undang yang melepaskan pemohon daripada apa jua siasatan atau pertuduhan semata-mata beliau dibenarkan untuk kembali bertugas. S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ (v) Hukuman yang dikenakan ke atas pemohon adalah tidak setimpal dengan keberatan atau keseriusan pertuduhan tersebut dan juga tidak mengambilkira sumbangan yang diberikan oleh pemohon kepada responden ketiga sepanjang tempoh pemohon berkhidmat di UiTM [56] Pemohon menyatakan bahawa dengan sumbangan yang beliau berikan selama ini kepada pihak UiTM, hukuman dibuang kerja adalah terlalu berat. [57] Dalam aspek ini, Mahkamah Rayuan di kes Sam Maark Verak v. Dato’ Zainal Abidin Ahmad & Ors [2022] 3 CLJ 661 memutuskan bahawa: “[73] The decision in Panzana Enterprise has made it clear that the principle of proportionality is embedded in the Industrial Relations Act 1967. Thus, employees in the private sector would have the benefit of that principle. With the acceptance of the ever-expanding doctrine of proportionality, there now does not appear to be any good reason why the doctrine should not be available to public servants in disciplinary matters especially in respect of the punishment meted out by the Public Services Commission. [74] However, even if the principle of proportionality were to be available for courts to review the punishment imposed on public servants, it would seem reasonable that it should only do so in exceptional cases. Courts should be very slow to deem any punishment meted out in disciplinary cases as being disproportionate. The danger of a court substituting its personal view as to what is or is not proportionate is very real. How strict the public sector wishes to be on matters of discipline may be dependent on S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ many factors and circumstances and the justification may lie in policy developed to confront problems or to address issues that the public sector may be facing and these may not be manifest from the facts of any given case. [75] The strictures imposed by the decision of the Federal Court in Ng Hock Cheng and its observation in Panzana Enterprise aside, we also do not find that appellant's dismissal was unreasonable or obviously disproportionate such as to warrant any interference by the court. To some, the number of days the appellant failed to report or record as required may be relatively small. However, it is in our view enough to betray an irresponsible attitude of indifference to the need for discipline in a person of the appellant's rank.” [58] Walaupun kes tersebut di atas terpakai kepada individu yang bekerja di bidang perkhidmatan awam, berdasarkan kepada petikan di atas, ianya kelihatan bahawa mahkamah ini mempunyai kuasa untuk mencampur tangan dalam perihal kesetimpalan hukuman yang dikenakan responden-responden ke atas pemohon. Namun mahkamah harus berhati-hati dalam menjalankan kuasa tersebut, yang sepatutnya hanya digunakan di kes-kes tertentu mengambilkira keadaan luar biasanya. [59] Merujuk kepada fakta kes, mahkamah ini berpandangan bahawa hukuman yang dikenakan ke atas pemohon harus dikekalkan atas alasan bahawa pemohon telah menghantar borang kaji selidik tersebut kepada pelajar tersebut tanpa kebenaran pihak UiTM, dan ianya dihantar pada pukul 11 malam. Borang Kaji Selidik tersebut juga melibatkan bidang yang tidak berkaitan dengan kepakaran S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ pemohon. Tanpa sebarang keterangan yang menunjukkan bahawa responden pertama dalam memutuskan Keputusan Buang Kerja tersebut dan responden kedua dalam mengesahkannya telah bertindak secara melampau atau keterlaluan ataupun telah mengambilkira keterangan-keterangan yang tidak berkaitan dengan pertuduhan tersebut, hukuman yang dikenakan tersebut wajar dikekalkan. Kesimpulan [60] Berdasarkan perkara-perkara yang telah dinyatakan dan dapatan mahkamah ini, mahkamah ini berpuas hati tiada ketidak patuhan prosidur, atau ketidaksahan (“illegality”) atau ketidakwajaran (“irrationality”) yang membolehkan mahkamah ini membenarkan permohonan semakan kehakiman ini. Oleh itu, permohonan semakan kehakiman ini adalah ditolak tanpa perintah terhadap kos. Tarikh: 12 September 2024 (SHAHNAZ BINTI SULAIMAN) Hakim Mahkamah Tinggi di Malaya, Shah Alam S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ Peguamcara: Pihak Pemohon: Yusman Bin Che Aman Tetuan Hazura Yusoff & Partners Advocates & Solicitors No. 2A, Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah A9/A Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor. hazuralaw@yahoo.com +6 03 5510 7834 Pihak Responden-Responden: Ahmad Fakhri bin Abu Samah Tetuan Fakhri & Co. Advocates & Solicitors No.102-2, Tingkat 2, Jalan Pelabur A 23/A, 40300 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. facolaw@gmail.com +6 03 5545 3579 S/N sUa1hC4Oj0yjvdthN7pTzQ