the words refer to the plaintiff; and (3) the words were published.” Isu Pertama Sama ada kenyataan / perkataan-perkataan tersebut mempunyai perkataan fitnah [18] Merujuk kepada kes Al Maarif Travel & Tours Sdn Bhd V Nur Farhana bt Yeop Hussin & Anor and Another Case [2022] MLJU 43, di mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- [23] In Halsbury’s Law of England (4th Ed), a defamatory statement has been defined as follows: ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 14 “A defamatory statement is a statement which tends to lower a person in the estimation of right thinking members of society generally or to cause him to be shunned or avoided or to expose him to hatred, contempt or ridicule, or to convey an imputation on him disparaging or injurious to his office, profession, calling, trade or business”. [19] Prinsip undang-undang yang sama turut telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam kes Dato Sri Dr Mohamad Salleh bin Ismail & Anor V Nurul Izzah bt Anwar & Anor [2021] MLJU 239 seperti berikut:- Whether impugned statements defamatory [19] The law in respect of what amounts to defamatory matter is well-settled. An imputation would be defamatory if its effect is to expose the plaintiff, in the eyes of the community, to hatred, ridicule or contempt or to lower him or her in their estimation or to cause him or her to be shunned and avoided by them (see Data’ Seri Anwar bin Ibrahim v The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd & Anor [2010] 3 AMR 514; Syed Husin Ali v Sharikat Percetakan Utusan Melayu Bhd & Anor [1973] 2 MLJ 56; JB Jeyaretnam v Goh Chok Thong [1985] 1 MLJ 334; Tun Datuk Patinggi Hj Abdul-Rahman Ya’kub v Bre Sdn Bhd [1996]1 MLJ 393; Chok Foo Choo@ Chok Kee Lian v The China Press Bhd [1999] 1 MLJ 371). In order to ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 15 prove a claim in defamation, it is also essential that the offending words are not only defamatory and that they are published but also that they identify the plaintiff as the person defamed. [20] The defamatory nature of the imputation is to be judged by the ordinary and reasonable members of the community or an appreciable and reputable section of the community (see Jones v Skelton [1963] 3 All ER 952; Peak v Tribune Co [1909]214 US 185; Hepburn v TCN Channel Nine Pty [1983] 2 NSWLR 682). The ordinary reasonable person has been held to be one of fair average intelligence (see Slayter v Daily Telegraph Newspaper Co Ltd (1908) 6 CLR 1, who is not avid for scandal (see Lewis v Daily Telegraph Ltd [1964] AC 234) but who may engage in some degree of loose thinking (see Morgan v Odhams Press Ltd [1971] 2 All ER 1156) and reading between the lines (see Farquhar v Bottom [1980] 2 NSWLR 374), but who, at the same time, should not be unduly suspicious (see Keogh v Incorporated Dental Hospital of Ireland (1910) 2 lr R 577). [20] Di dalam kes ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan Hakim Mahkamah Sesyen (‘HMS’) bahawa kenyataan / perkataan-perkataan yang telah diterbitkan oleh Defendan terhadap Plaintif sama ada sewaktu sesi “Live” atau melalui medium “Whatsap” secara jelas dan nyata berdasarkan maksud biasa dan semulajadi ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 16 merupakan kenyataan / perkataan-perkataan terhadap Responden dan perniagaan Responden iaitu “Warung Dayang Salai D’Linggi”. [21] Mahkamah juga mendapati bahawa kenyataan / perkataan-perkataan yang diterbitkan oleh Defendan tersebut secara lazimnya memberikan maksud dan boleh difahamkan bertujuan membawa makna tidak elok dan merendah-rendahkan Plaintif sebagai seorang yang suka menipu, suka memburuk-burukkan orang lain, tamak dan berniat membolot tanah milik ibu mereka. [22] Tambahan juga, kenyataan / perkataan-perkataan terhadap Plaintif dan perniagaan Plaintif “Warung Dayang Salai D’Linggi” tersebut secara jelas bertujuan dan berupaya secara keseluruhannya membawa suatu yang bersifat fitnah dan telah menyebabkan kecederaan dan menjejaskan reputasi dan / atau nama baik Plaintif sebagai seorang ahli perniagaan yang menjalankan perniagaan restoran dan mempunyai nama baik dalam kalangan masyarakat setempat. Kenyataan / perkataan-perkataan tersebut akan sedikit sebanyak memberi gambaran Plaintif mempunyai kelakuan negatif. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 17 [23] Begitu juga, Defendan sendiri telah gagal untuk mengemukakan sebarang keterangan, samada secara lisan atau dokumentari bagi menyokong segala dakwaan Defendan terhadap Plaintif yang terkandung di dalam kenyataan / perkataan-perkataan tersebut. [24] Di samping itu, isu berkenaan Plaintif seorang penipu, suka membolot dan mengawal harta pusaka tidak dibuktikan, apatah lagi penjualan tanah atau kepada siapa tanah ingin diberikan sama ada kepada Plaintif, Defendan atau anak-anak yang lain adalah tertakluk kepada budi bicara dan ia adalah keputusan ibu mereka. [25] Selain itu, perlu ditegaskan bahawa isu berkenaan pembahagian hartanah tersebut sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan ia merupakan kausa tindakan yang berasingan dengan kes fitnah ini. [26] Oleh itu, jika Defendan tidak berpuashati, isu berkenaan hartanah tersebut sepatutnya dibangkitkan di dalam perbicaraan kes di ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 18 Mahkamah Tinggi dan bukannya membuat “live” atau menerbitkan dalam “Group Whatsapp” kenyataan dan / atau perkataan tersebut. [27] Justeru itu, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ bahawa kenyataan dan perkataan yang diterbitkan oleh Perayu tersebut tidak dapat disangkal adalah “perkataan fitnah” terutamanya berkenaan kenyataan / perkataan seperti “suka memburukkan orang, kaki penipu, tidak boleh dipercayai, tamak”. [28] Ini adalah atas alasan bahawa kenyataan / perkataan tersebut di atas adalah kenyataan / perkataan yang difahami membawa maksud atau makna yang buruk dan negatif terhadap seseorang dengan bersandarkan kepada maksud yang biasa dan semulajadi. [29] Seterusnya, Defendan mengatakan bahawa niatnya semasa menerbitkan kenyataan / perkataan-perkataan tersebut adalah bukan untuk memburukkan sesiapa. Dalam erti kata lain, Defendan ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 19 cuba menunjukkan kepada Mahkamah kononnya Defendan tidak mempunyai niat untuk memburuk-burukkan Plaintif di dalam kes ini. [30] Merujuk kepada kes Muhammad Syuhaimi bin Hj Abdul Jofli & Anor v. Hamirah Izzatie bt Saabirin [2023] 9 MLJ 833, yang mana Mahkamah Tinggi di dalam kes tersebut telah memutuskan seperti berikut:- [41] I refer to the case of Abdul Khalid @ Khalid Jafri bin Bakar Shah v Party Islam SE Malaysia [2002] 1 MLJ 160; [2001] 4 CLJ 15 where His Lordship Kamalanathan Ratnam J viewed that the meaning in which the defendants intended the words to be understood was immaterial in determining whether the words were defamatory or not. There, the defendant contended that the impugned words were meant to be an entertainment. It was further opined that the test to determine the meaning of the impugned article was based on the understanding and the inference that was drawn naturally upon reading the said article by a person of reasonable intelligence. [42] In my view the test to be applied is to see the meaning and inference that would be drawn naturally upon reading the impugned article by a person of reasonable intelligence. So, in actions based on libel, the ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 20 meaning of the writer is quite immaterial. It is not a question as to what the writer meant, but what he conveyed to those who read it … [31] Oleh itu, Mahkamah tidak akan menilai niat Defendan semasa menerbitkan kenyataan / perkataan tersebut, tetapi Mahkamah akan melihat samada kenyataan / perkataan yang ditulis kepada pihak yang membacanya itu membawa konotasi fitnah atau tidak. [32] Oleh yang demikian, Mahkamah ini mendapati bahawa kenyataan / perkataan-perkataan yang diterbitkan oleh Defendan terhadap Plaintif tersebut secara jelas adalah merupakan kenyataan / perkataan-perkataan yang sememangnya dengan maksud mudah difahami adalah perkataan fitnah ataupun “defamatory statement”. Isu Kedua Sama ada kenyataan / perkataan-perkataan fitnah tersebut merujuk kepada Plaintif [33] Seterusnya, di dalam kes ini, Mahkamah ini bersetuju dengan dapatan ‘HMS’ bahawa Defendan tidak pernah mempertikaikan ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 21 bahawa kenyataan / perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada Plaintif sama ada di dalam penyata saksinya, keterangan Defendan kepada Mahkamah dan juga hujahan bertulis oleh peguamcaranya. [34] Berdasarkan pemerhatian kepada kenyataan / perkataan-perkataan tersebut boleh dilihat bahawa terdapat nama terpapar seperti “Salai”, “Ayang”, “Dayang Salai”, “Kedai dia”, “Baung salai, “dekat pekan linggi”, “pekan linggi Negeri Sembilan” dan kadang kala merujuk nama Plaintif secara tepat iaitu “Rozinah” yang disebut berulang dan beberapa kali dan ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa ianya adalah tidak merujuk kepada Plaintif di dalam kes ini. [35] Selanjutnya, berkenaan perkataan “Ayang” yang digunapakai sama ada melalui sesi “Live” ataupun di dalam “Group Whatsapp Ratu Generasi T. Linggi” secara eksklusifnya merujuk kepada Plaintif. Selain itu, Defendan tidak pernah pada bila-bila masa menyangkal bahawa perkataan “Ayang” tersebut bukan merujuk kepada Plaintif. ALASAN PENGHAKIMAN NA-12BNCVC-15-06/2024 22 [36] Kenyataan / perkataan-perkataan fitnah yang merujuk kepada Plaintif ini yang telah diulang oleh Defendan adalah seperti berikut:-