Retention Sum - RM87,915.97 [47] Walaupun Defendan berhujah bahawa Defendan terpaksa menanggung kos rektifikasi kerja-kerja Plaintif, namun tiada sebarang bukti yang dikemukakan untuk menyokong kenyataan itu. Walaubagaimanapun, memandangkan mahkamah ini telah mendapati bahawa penamatan kontrak Plaintif adalah tidak sah, Defendan dengan ini tidak ada hak untuk membuat penolakan dan menyimpan jumlah RM87,915.97 sebagai retention sum. Mahkamah berpendapat bahawa jumlah RM87,915.97 hendaklah dipulangkan kepada Plaintif. Justeru itu, Mahkamah membenarkan tuntutan ini. c. RM497,667.17 bagi kehilangan keuntungan. [48] Plaintif menuntut sebanyak RM497,667.17 sebagai kehilangan keuntungan disebabkan oleh penamatan kontraknya. Jumlah ini dikira dengan mengenakan lebih kurang 6% daripada jumlah kontrak asal iaitu RM8,161,870.00. Memandangkan, mahkamah ini telah memutuskan bahawa penamatan kontrak Plaintif adalah tidah sah, maka, Plaintif berhak untuk menuntut kehilangan keuntungan. [49] Mengikut kes Pancaran Prima Sdn Bhd v Iswarabena Sdn Bhd [2020] MLJU 1273 Mahkamah Persekutuan telah memutuskan antara lain bahawa peratusan yang lazim digunakan untuk mengira kehilangan keuntungan adalah antara 10 hingga 15 peratus. “[61] As can be seen from the loss of profit award, the learned arbitrator was prepared to rule that the appellant had successfully made out its case for a 25% profit but because of the contingencies, he reduced it to 10% and 7.5% respectively. He rejected the respondent’s argument that only nominal damages ought to be awarded to the appellant. [62] In awarding a loss of profit of 10% for the remaining drainage works and 7.5% for the remaining vehicular box culvert, the arbitrator was in fact moderating the appellant’s claim of 25% by reducing it for contingencies, albeit taking the 10-15% margin for P&A which he described as “almost the norm” in the Malaysian construction industry. … [91] Clearly, the norm that the learned arbitrator was speaking of related to general facts, “that is to say facts which form part of the general body of knowledge within their area of expertise as distinct from facts that are specific to the particular dispute” (Methanex Motunui Ltd, supra). The learned arbitrator was therefore competent to draw on his own knowledge and expertise on the existence of the 10-15% no profit risk norm in the Malaysian construction industry without giving the parties the opportunity of answering it and showing that his view was wrong (Jordeson & Co, supra).” (Penekanan ditambah) [50] Dalam kes ini, kontrak Plaintif telah ditamatkan oleh Defendan secara tidak sah dan oleh itu dengan nyatanya telah menyebabkan Plaintif kehilangan keuntungan daripada projek ini. Mahkamah mendapati bahawa tuntutan Plaintif sebanyak RM497,667.17 sebagai jumlah kehilangan keuntungan yang merupakan lebih kurang 6% daripada jumlah kontrak asal merupakan jumlah yang munasabah dan tidak keterlaluan. Oleh itu, mahkamah membenarkan tuntutan Plaintif ini. Tuntutan Balas Defendan iii. Sama ada Defendan layak membuat tuntutan balas terlebih bayar kepada Plaintif sebanyak RM658,925.00 seperti berikut: a. RM473,375.00 bagi material yang dibeli yang tidak selaras dengan spesifikasi lukisan; [51] Tuntutan ini adalah berdasarkan material yang dibeli yang tidak selaras dengan spesifikasi lukisan. Defendan perlu menunjukkan kepada mahkamah bukan sahaja material ini telah dibeli atas pesanan Plaintif tetapi juga bahawa pembelian ini tidak selaras dengan spesifikasi lukisan. Defendan hanya merujuk kepada surat daripada WCT yang bertarikh 12.8.2021 yang menyatakan “fibre optic cables for TM relocation works” yang telah dibeli dan dihantar pada 16.8.2018 telah ditolak oleh TM (rujuk kepada IDB yang ditandakan sebagai “B11” di mukasurat 5). [52] Melalui surat bertarikh 24.5.2021 kepada WCT, MRCBGK (rujuk kepada IDB yang ditandakan sebagai “B11” di mukasurat 8) telah memberitahu WCT bahawa material yang dimaksudkan ini telah ditolak oleh TM dan TM telah menggunakan ‘new fibre optic cables’ untuk menjalankan kerja-kerja peralihan bagi TM. Tiada mana-mana di dalam surat-surat ini yang menyatakan bahawa fibre optic cables ini adalah dibeli tidak selaras dengan spesifikasi lukisan. Apa yang ternyata adalah tiada alasan diberi untuk penolakan fibre optic cables tersebut. [53] Oleh kerana tiada sebab yang tertentu diberi atas penolakan fibre optic cables tersebut dan memandangkan jangkamasa yang lama telah berlalu antara tarikh penghantaran fibre optic cables iaitu pada 16.8.2018 dan tarikh ianya ditolak iaitu 24.5.2021, ada kemungkinan besar penolakan kegunaan material ini atas sebab-sebab lain. Oleh itu, tanpa bukti yang dikemukakan untuk menyokong tuduhan ini terhadap Plaintif, tuntutan ini ditolak oleh mahkamah. b. RM123,750.00 bagi kerja-kerja yang dijalankan tanpa arahan dan tidak dinyatakan dalam lukisan [54] Bagi tuntutan ini, tiada apa-apa penjelasan yang telah diberi berhubung dengan dakwaan ketidakpatuhan Plaintif dalam melaksanakan kerja-kerja subkontrak. Memandangkan Defendan gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuntutan ini terhadap Plaintif, tuntutan ini ditolak oleh mahkamah. c. RM12,800.00 bagi lebihan bayaran [55] Tiada perincian bayaran yang didakwa telah dibayar lebih mahupun sebarang penjelasan yang diberi terhadap tuntutan ini. Memandangkan Defendan gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuntutan ini, tuntutan ini ditolak oleh mahkamah. d. RM49,000.00 bagi denda “Stop Work Order” daripada WCT Berhad. [56] Defendan gagal mengemukakan sebarang bukti untuk menyokong tuntutan ini. Kedua-dua Stop Work Order telah dikeluarkan semasa kontrak Plaintif masih berjalan, tetapi Defendan tidak membangkitkan denda ini pada bila-bila masa, mahupun semasa Stop Work Order atau pun selepas Stop Work Order tersebut. Oleh itu, mahkamah mendapati bahawa Defendan gagal membuktikan tuntutan ini dan oleh itu, mahkamah menolak tuntutan ini.