Lampiran
Lampiran 33 ini difailkan oleh Plaintif bagi mendapatkan suatu perintah penghakiman terus terhadap Defendan 4 di bawah Aturan 14, Kaedah 1, Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 (selepas ini dipanggil “KKM 2012”) bagi mendapatkan bayaran hutang tertunggak sejumlah RM2,178,559.67, faedah dan juga kos. [2] Plaintif adalah sebuah syarikat sendirian berhad yang diperbadankan di bawah undang-undang Malaysia dan menjalankan perniagaan membekal bahan-bahan binaan. [3] Defendan 1 adalah sebuah syarikat beralamat di Lot 91 & 92, Senawang Industrial Estate, Seremban, Negeri Sembilan dan kini diletakkan dalam penerimaan (receivership). [4] Defendan 2 adalah seorang warga negara Malaysia dan merupakan Pengarah dan pemegang saham majoriti Defendan 1. [5] Defendan 3 dan Defendan 4 adalah juga warga negara Malaysia dan beralamat di PT 498, Jalan Dato’ Lundang, Kota Bharu, Kelantan. S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg Fakta [6] Plaintif telah membekalkan bahan-bahan binaan kepada Defendan 1 sejak bulan Oktober 2016 dan pesanan penghantaran (delivery order) serta invois cukai (tax invoice) dikeluarkan. Defendan 2, 3 dan 4 pula telah menandatangani suatu dokumen Jaminan dan Indemniti bagi menjamin pembayaran kepada Plaintif jika Defendan 1 gagal membuat bayaran. [7] Plaintif mendakwa Defendan 1 telah gagal membayar kepada bahan binaan yang dibekal dan ianya menjadi hutang tertunggak. Setakat 22.12.2017, hutang tertunggak termasuk faedah dan caj bayaran lewat adalah berjumlah RM2,178,559.67. [8] Surat tuntutan telah diserahkan kepada Defendan 2, 3 dan 4 pada 10.1.2018, manakala kepada Penerima dan Pengurus Defendan 1 pada 17.1.2018. [9] Selain dari itu penghakiman ingkar kehadiran telah dimasukkan terhadap Defendan 1, 2, 3 dan 4 pada 20.2.2018. Namun pada 9.3.2022, Defendan 4 telah berjaya mendapat perintah mengenepikan penghakiman ingkar tersebut. Isu [10] Isu yang perlu diputuskan oleh mahkamah dalam permohonan di bawah Aturan 14, Kaedah 1, KKM 2012 adalah: (i) sama ada Plaintif telah memenuhi pra-syarat yang di peruntukan di bawah Aturan berkenaan; (ii) dan jika pra-syarat itu dipenuhi, adakah Defendan 4 telah melepaskan beban dengan menimbulkan isu-isu untuk dibicarakan (triable issues). Penelitian dan penemuan mahkamah [11] Bagi permohonan memasukkan penghakiman terus ini, saya telah meneliti kepada keperluan pra-syarat yang perlu dipenuhi oleh Plaintif. Pra-syarat ini di peruntukan di bawah Aturan 14, Kaedah 1, KKM 2012 dan seperti prinsip yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam kes National Company for Foreign Trade v Kayu Raya Sdn Bhd [1984] 1 CLJ (Rep) 283: S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg “For the purpose of an application under O.14 the preliminary requirements are: (i) the defendant must have entered an appearance; (ii) the statement of claim must have been served on the defendant; and (iii) the affidavit in support of the application must comply with the requirements of r. 2 of the O.14 (iv) If the plaintiff fails to satisfy either of these considerations, the summons may be dismissed. If however, these considerations are satisfied, the plaintiff will have established a prima facie case and he comes entitled to judgment. The burden then shifts to the defendant to satisfy the Court why the judgment should not be given against him [see O.14, r. and 4 (1)].” [12] Saya mendapati writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan kepada Defendan 4 dan memorandum kehadiran telah difailkan. Kedua-dua pra-syarat awal ini telah dipenuhi Plaintif. [13] Saya juga meneliti kepada permohonan Plaintif dan mendapati: (i) terdapat afidavit sokongan dalam Borang 13; (ii) fakta kepada tuntutan dijelaskan dalam afidavit berkenaan; (iii) Deponen percaya bahawa Defendan 4 tidak mempunyai pembelaan; (iv) notis permohonan penghakiman terus, afidavit sokongan dan eksibit telah diserah pada Defendan 4. [14] Sehubungan dengan itu saya berpuas hati pra-syarat ketiga juga telah dipenuhi oleh Plaintif di bawah Aturan 14, Kaedah 2, KKM 2012. Saya juga berpuas hati kepada kandungan afidavit sokongan Plaintif yang menyokong kepada permohonan penghakiman terus ini. Keterangan-keterangan tersebut adalah bahawa Plaintif telah membekalkan bahan binaan pada Defendan 1 dan telah memungkiri untuk membuat bayaran. [15] Ini adalah berdasarkan dari keterangan Plaintif bahawa sejak bulan Oktober 2016, Plaintif telah membekalkan bahan binaan kepada Defendan 1 seperti yang dipesannya. Semasa menghantar dan menyerahkan bahan binaan berkenaan, Plaintif telah mengeluarkan dan memberikan pada Defendan 1, pesanan-pesanan S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg penghantaran dan invois-invois cukai (di eksibitkan sebagai “TLF-1” dalam affidavit sokongan Pengarah Plaintif yang diikrarkan pada 1.4.2022). [16] Defendan 1 mengakui dan bersetuju menerima bahan binaan tersebut melalui pesanan-pesanan penghantaran (eksibit “TFL-1”) tanpa bantahan. Defendan-Defendan juga tidak memaklumkan apa-apa percanggahan bahan binaan yang diterima kepada Plaintif. Ini dapat disimpulkan secara munasabah, Defendan-Defendan telah menerima bahan binaan yang dipesan dengan tepat dan tiada kerosakan. Jika ada kerosakan atau percanggahan, Defendan-Defendan perlu memaklumkan kepada Plaintif dalam tempoh 7 hari dari tarikh invois. Terma ini jelas dinyatakan di bahagian bawah kiri setiap invois: “(5) Any discrepancy should be lodged with us within 7 days of this invoice.” [17] Defendan 2, 3 dan 4 pula pada 28.4.2015 telah menandatangani suatu dokumen Jaminan dan Indemniti (eksibit “TLF-2”). Sebelum menandatanganinya, Defendan 2, 3 dan 4 telah mengesahkan memahami kandungan serta kesannya dan telah dijelaskan kepada mereka secara menyeluruh dalam bahasa serta dialek pertuturan mereka (para 10 dan di muka surat 4 dokumen berkenaan). [18] Antara syarat dan terma Jaminan dan Indemniti berkenaan adalah (perenggan 1 dokumen Jaminan dan Indemniti): (i) jaminan membayar kesemua hutang Defendan 1 kepada Plaintif termasuk kos, caj bayaran lewat dan segala kos yang ditanggung Plaintif dalam tuntutan terhadap Defendan 1. (ii) Defendan 2, 3 dan 4 bertanggungjawab secara bersama dan berasingan sebagai penghutang utama. (iii) Plaintif bebas mengambil tindakan undang-undang terhadap Defendan 2, 3 dan 4 sebagai penghutang utama. [19] Selanjutnya saya mendapati Defendan 1 telah menyerahkan surat bertarikh 4.4.2017 kepada Plaintif yang meminta Plaintif menangguhkan dahulu dari menunaikan 5 keping cek yang keseluruhannya bernilai RM1,961,376.14 sehingga tarikh 5.5.2017 (cek-cek ini adalah bagi bayaran yang berdasarkan invois-invois cukai yang dikeluarkan Plaintif). Defendan 1 juga memohon maaf S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg dan bersetuju untuk membayar caj pembayaran lewat (eksibit “TLF- 3”). [20] Kelima-lima keping cek tersebut mempunyai nilai yang sama seperti yang tercatit dalam invois cukai: (i) Invois no: ZEDO 0155 bertarikh 7.10.2016 sebanyak RM427,977.78 Cek Maybank Islamic no: 140662 bertarikh 24.12.2016 bernilai RM427,977.78 (ii) Invois no: ZEDO 0157 bertarikh 18.10.2016 sebanyak RM321,275.76 Cek Maybank Islamic no:140677 bertarikh 2.1.2017 bernilai RM321,275.76 (iii) Invois no: ZEDO 0161 bertarikh 7.11.2016 sebanyak RM353,152.45 Cek Maybank Islamic no: 596740 bertarikh 21.1.2017 bernilai RM353,152.45 (iv) Invois no: ZEDO 0162 bertarikh 18.11.2016 sebanyak RM430,169.39 Cek Maybank Islamic no:121201 bertarikh 4.2.2017 bernilai RM430,169.39 (v) Invois no: ZEDO 0163 bertarikh 23.11.2016 sebanyak RM428,800.77 Cek Maybank Islamic no: 963187 bertarikh 5.2.2017 bernilai RM428,800.77 [21] Namun cek-cek berkenaan tidak dapat ditunaikan dan tiada bayaran lain dibuat oleh Defendan 1. Oleh itu jumlah hutang tertunggak setakat 22.12.2017 (termasuk faedah dan caj lewat bayar) adalah RM2,178,559.67. S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg [22] Peguamcara Plaintif telah mengeluarkan dan menyerahkan 3 surat tuntutan (letter of demand) iaitu terhadap Defendan 1 (10.1.2018), Defendan 2, 3 dan 4 (10.1.2018) dan Penerima dan Pengurus Defendan 1 (17.1.2018). Surat-surat tuntutan ini di eksibitkan sebagai “TLF-4”. [23] Setelah writ saman dan pernyataan tuntutan diserahkan, Defendan 1, 2, 3 dan 4 telah gagal memasukkan kehadiran. Pada 20.2.2018 penghakiman ingkar dimasukkan terhadap mereka. Tiada permohonan atau rayuan dibuat oleh Defendan 1, 2 dan 3 bagi mengenepikan penghakiman ingkar tersebut. Hanya Defendan 4 sahaja yang memohon mahkamah mengenepikannya dan dibenarkan pada 9.3.2022. [24] Seterusnya saya merujuk pula kepada keterangan Defendan 4 bagi menentukan sama ada dia berjaya memuaskan hati mahkamah bahawa suatu perintah penghakiman terus tidak boleh dimasukkan terhadapnya. Berdasarkan kepada pliding, affidavit-afidavit, eksibit-eksibit dokumentar dan hujahan Defendan 4, saya mendapati alasan-alasan yang diberikan adalah seperti berikut: (i) tiada pengetahuan berkaitan dengan transaksi antara Defendan 1 dengan Plaintif. (ii) menafikan sekeras-kerasnya pernyataan tuntutan Plaintif. (iii) memerlukan Plaintif membuktikan secara kukuh. (iv) tidak mengenali Plaintif, Defendan 1, 2 atau 3 secara sendiri dan tidak mengenali sesiapa pun dari Plaintif, Defendan 1, 2 atau 3. (iv) tidak pernah menandatangani dokumen Jaminan dan Indemniti dan tandatangannya di palsu (sampel tandatangannya dikemukakan sebagai eksibit “C-1” dalam affidavit jawapan). (v) Defendan 4 adalah seorang bankrap dari tahun 2012 hingga 9.8.2020. Oleh itu tiada kapasiti untuk memasuki perjanjian atau jaminan. [25] Isu sama ada seorang bankrap mempunyai kapasiti untuk menandatangani perjanjian telah diputuskan dalam banyak kes bahawa dia mempunyai kapasiti iaitu dalam kes-kes: Pan Global Insurance Sdn Bhd v Hassan bin Mohamed Nor & Ors [2005] 5 MLJ 183: S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg “Sebagai pembelaan alternatif, defendan kelima mendakwa bahawa perjanjian-perjanjian (P1 dan P2) tersebut tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan kerana telah ditandatangani sama oleh orang yang bankrap [Note: this is the same argument raised by the 4th Defendant in our case]. Mahkamah berpendapat dan memutuskan bahawa dakwaan ini tidak bermerit dan tidak dapat membantu defendan kelima di dalam pembelaan beliau. Tidak ada mana-mana peruntukkan di dalam Akta Kontrak 1950 yang menghalang seseorang bankrap daripada menandatangan sesuatu kontrak atau perjanjian.” Kwan Chew Shen v Citibank NA [1987] CLJ (Rep) 704: “Before concluding it is perhaps relevant to consider one other aspect of the matter based on the wide behalf [Sic: Should be "belief"' that once a person is adjudged bankrupt the right to enter into contracts ceases until such time as he is discharged. This is an erroneous belief ... While he may not enter into a contract that would amount to his carrying on a business, it is significant that there is no blanket prohibition, express or implied, for a bankrupt to enter into a contract ... Further, while persons of unsound mind are specifically excluded from being competent persons to enter into contracts by s. 11 of the Contracts Act, bankrupts are not. The upshot of all this is that there appears to be no blanket provision anywhere to the effect that a bankrupt is incapable of making a contract. I agree with Encik Ong See Seng that the provisions of s. of the Bankruptcy Act for there to be a second or subsequent receiving order fortify the view that a bankrupt in fact is competent to enter into contracts other than those that he had specifically been excluded from entering into." (Emphasis added) Foo Fatt Cheun v Jacobson Cheong Wang Hin & Ors [2012] 8 MLJ 522: (High Court) reaffirming Kwan Chew Shen (supra), and held that (i) the bankrupt cannot shelter behind Bankruptcy Act 1967 to defeat the contract of which he had entered into and (ii) there is no pad delicto by S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg the plaintiff therein, therefore the Court allow the plaintiffs claim against the 1st defendant therein (i.e. the bankrupt). [26] Oleh yang demikian saya memutuskan Defendan 4 mempunyai kapasiti untuk menandatangani dokumen Jaminan dan Indemniti berkenaan. Dari keterangan yang dikemukakan sebelum ini, Defendan 4 memahami kandungan serta kesannya setelah dijelaskan dalam bahasa ibundanya dan menandatangani secara sukarela. [27] Saya tidak dapat menerima hujahan Defendan 4 bahawa tandatangannya telah dipalsukan dalam dokumen Jaminan dan Indemniti kerana dia menyerahkan kad pengenalan pada masa itu, tandatangan disaksikan, tiada laporan polis dibuat dan sampel tandatangannya pada eksibit “C-1” adalah hampir sama seperti dalam dokumen berkenaan. [28] Saya juga tidak dapat menerima hujahan Defendan 4 yang mengatakan dia tidak mengenali Plaintif atau Defendan 1, 2 atau 3. Keterangan menunjukkan Defendan 2 adalah bapanya dan Defendan 4 bekerja dengan Defendan 1. [29] Pembelaan yang cuba ditimbulkan oleh Defendan 4 adalah bersifat am, penafian tanpa bukti dan tiada pembelaan bermerit. Oleh yang demikian Defendan 4 telah gagal menimbulkan isu-isu untuk dibicarakan (triable issues) terhadap tuntutan Plaintif terhadapnya. Ini selaras dengan prinsip kes-kes: Hoi Lai Ying (Trading as KH Trading) & Anor v Cempaka Finance Bhd [2004] 2 MLJ 197: “(8) Summary judgment procedure is a procedural device available for prompt and expeditious disposition of an action by a plaintiff without trial when there is no dispute as to fact or law.” Malayan Insurance (M) Sdn Bhd v Asia Hotel Sdn Bhd [1987] 2 MLJ 183 SC: “The underlying philosophy in the Order 14 provision is to prevent a plaintiff clearly entitled to the money from being delayed his judgment where there is no fairly arguable fence to the claim. The provision should only be applied to cases where there is no reasonable doubt that the plaintiff is entitled S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg to judgment. Order 14 is not intended to shut out a defendant. The jurisdiction should only be exercised in very clear cases”. Doshi v Yeoh Tiong Lay [1975] 1 MLJ 85 FC: “As stated in his grounds of judgment, in dealing with the matters before him the learned judge first examined the principles of law governing an application to enter final judgment under R.S.C. Order 14. He considered the case of Roberts v Plant [1895] 1 QB 597 which is often cited for the proposition that the purpose of Order 14 is to enable a plaintiff to obtain summary judgment without trial if he can prove his case clearly, and that if the defendant is unable to set up a bona fide defence or raise an issue against the claim which ought to be tried, final judgment should be allowed.” Keputusan [30] Atas imbangan kebarangkalian, saya membenarkan penghakiman terus dimasukkan terhadap Defendan 4 seperti prayer dalam notis permohonan. [31] Defendan 4 diperintahkan membayar kos sebanyak RM7,000 kepada Plaintif dan tertakluk pada 4% alokatur. Bertarikh: 17 September 2023. (ROSLAN BIN ABU BAKAR) Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu. Bagi pihak Plaintif: Tetuan EZ Pang & Co. Unit 20-2, Menara K1 Lorong 3/137C, Off Jalan Klang Lama, 58200 Kuala Lumpur. Bagi pihak Defendan: Tetuan Yeap & Ang, No. 5P5 & 5P12, Tingkat 5, Kota Bharu City Point, Jalan Ismail Hilir, 15000 Kota Bharu, Kelantan. S/N WE5cQknXcUqLjqNjkLsuNg