(viii) Mahkamah ini juga telah melihat bahawa DW-2 sendiri telah memberikan keterangan bahawa tidak terdapat sebarang aku janji diberikan oleh Plaintif berkenaan dengan tolakan (set off) tersebut sebagaimana dalam Nota Keterangan bertarikh 23.10.2025 di ms. 74-75: "JF Baik. Yang ini juga dalam perenggan 17, pembelaan, muka surat 30, Ikatan A. Yang ini kes Defendan. Ok, this one just to clarify this is their case, alright. So, sekarang, En Lau, boleh rujuk kepada Bundle B1, muka surat 310, dan English translation, 311? Setuju tak, En Lau, En Zhong dekat sini telah minta bayaran daripada En Lau bagi kontena 37? Setuju atau tidak? LAU Setuju. JF Baik, ini kali pertama. Kali kedua, di muka surat 316, dan English translation, 317. Yang ini kali kedua. Selepas penghantaran kontena 37, anak guam saya minta bayaran. Setuju atau tidak? LAU Saya tak pernah setuju. JF Tak, setuju atau tidak-LAU Saya ada nampak, saya setuju. JF Baik. JUDGE Jangan emosi. Setuju ke tak, itu sahaja. Cakap dia jangan emosi. Ok, jangan risau, nanti you adap peluang untuk explain. JF Dan kali ketiga, pada Mei 2022, sila rujuk muka surat 18, dan English translation, 319. TRANSL Kali ketiga, minta bayaran, kan? JF Yes, kali ketiga minta bayaran. TRANSL Setuju ke atau tidak, soalannya? JF Ya. LAU Setuju. JF Baik. En Lau, dengan persetujuan persetujuan tadi, En Lau setuju dengan saya tidak logik atau tidak mungkin bagi pihak Plaintif, on one hand, dia kata berjanji untuk bagi kontra, on the other hand, minta bayaran pula? Setuju tak, tidak logik? Dia tidak mungkin macam itu. Setuju atau tidak setuju? LAU Setuju. JF Jadi, saya katakan Plaintif tidak pernah atau tidak berniat untuk bagi sebarang aku janji bagi kontena 37 untuk jadikan kontra. Setuju atau tidak? LAU Setuju."