When any person accused of any non-bailable offence is arrested or detained without warrant by a police officer or appears or is brought before a Court, he may be released on bail by the officer in charge of the police district or by that Court, but he shall not be so released if there appears reasonable grounds for believing that he has been guilty of an offence punishable with death or imprisonment for life: [8] Selain itu, mahkamah juga merujuk kepada “Mallal Criminal Procedure,” Edisi 4 di mukasurat 551 juga telah menyenaraikan faktor-faktor yang boleh dipertimbangkan dalam membenarkan atau tidak jaminan diberikan oleh mahkamah yang harus dilaksanakan secara budi bicara mahkamah. Antara lain adalah sifat atau keseriusan kesalahan yang dipertuduhkan, sifat atau keadaan keterangan yang menyokong pertuduhan, sebab yang munasabah untuk mempercayai tertuduh melakukan kesalahan tersebut, kemungkinan untuk tertuduh melarikan diri, kemungkinan untuk tertuduh mengulangi kesalahan yang sama dan kemungkinan untuk tertuduh menganggu saksi-saksi pendakwaan. [9] Hujah pihak pendakwaan adalah jelas akan kekhuatiran bahawa OKT berkemungkinan besar akan melarikan diri kerana OKT merupakan warganegara asing di samping menyatakan trend kes-kes melibatkan pertuduhan dari Jabatan Imigresen, orang kena tuduh akan melarikan diri. [10] Mahkamah ini jelas akan pertuduhan dikenakan ke atas OKT ialah telah tinggal lebih masa selama 1 TAHUN 1 BULAN DAN 03 HARI. iaitu kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (AKTA 155). Persoalannya pada peringkat ini adalah, adakah benar OKT akan melarikan diri? [11] Pada peringkat ini, mahkamah ini bersetuju dengan hujahan pihak pendakwaan bahawa kecenderungan orang kena tuduh melarikan diri adalah wujud dengan pertuduhan yang dikenakan. Walaupun penguatkuasaan yang tetap boleh dijalankan, namun adalah kebarangkalian OKT tidak ditangkap tetap wujud. [12] Pihak pendakwaan berjaya mengingatkan Mahkamah ini bahawa sememangnya wujud trend OKT melarikan dengan menyebutkan kes semalam (3/2/2025) dengan nombor kes WA-62PT-348-04/2024 dimana OKT dan seorang penjamin tidak hadir ke Mahkamah walaupun kes ditetapkan untuk bicara penuh.di mana OKT dalam kes tersebut dilepaskan dengan jaminan beserta syarat-syarat tambahan [13] Mahkamah ini mengambil perhatian dan mematuhi akan keputusan dalam kes, Saied Safarigharigh lwn. PP (2017) 1 CLJ 426 di perenggan 24 di mana Mahkamah Rayuan telah menyatakan pemohon adalah warganegara asing dan visa memasuki Malaysia telah pun tamat tempoh serta pemohon tidak mempunyai alamat tempat tinggal yang tetap di Malaysia. Maka amatlah tidak sesuai untuk membebaskan pemohon dengan ikat jamin kerana ini akan mendedahkan pemohon kepada peluang untuk menghilangkan diri, lantas menjejaskan integriti rayuan pihak pendakwaan. [14] Berdasarkan faktor-faktor tersebut, maka mahkamah dengan ini menolak pemberian jaminan kepada OKT kerana berpendirian bahawa keputusan tersebut adalah adil dan wajar. Bertarikh pada 3 haribulan Mac 2025, ..tt.. (MOHD ZAKI BIN MOHD SALLEH) Hakim Mahkamah Sesyen Jenayah 12 Mahkamah Kuala Lumpur Kaunsel: Bagi pihak OKT –,Tetuan Kelvin Sidhu & Partners, Peguambela dan Peguamcara. (Kuala Lumpur), Bagi pihak Pendakwa Raya – Pegawai pendakwa, Jabatan Imigresen Malaysia W.P Kuala Lumpur