Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MERSING DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO.: JJ-83-60-04/2024 PENDAKWA RAYA-lwn-ZIABUL HAQ MOHD ISHAK (512-04C01354) ALASAN PENGHAKIMAN
JJ-83-60-04/2024
Magistrates Court of Malaysia15 May 2024
The written judgment as the court issued it, with the coram, case number, and source links. Every paragraph has its own anchor.
Citations and treatment detected automatically from later judgments and the authorities this decision relies on.
Later cases and laws citing this decision
Not yet cited by a later decision.
Earlier cases and laws this decision relies on
“993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence comm”
Auto-detected from judgment text; not a substitute for a citator check.
Content
1 DALAM MAHKAMAH MAJISTRET DI MERSING DALAM NEGERI JOHOR DARUL TAKZIM KES JENAYAH NO.: JJ-83-60-04/2024 PENDAKWA RAYA-lwn-ZIABUL HAQ MOHD ISHAK (512-04C01354) ALASAN PENGHAKIMAN
1
Tertuduh di dalam kes ini telah dituduh dibawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
2
Tertuduh merupakan seorang warganegara Myanmar dan pemegang kad UNHCR serta memahami Bahasa Malaysia.
3
Mahkamah juga telah menerangkan hak tertuduh untuk mendapatkan jurubahasa asing, tertuduh memilih untuk meneruskan dengan Bahasa Malaysia. (Mahkamah telah bertanya beberapa soalan dan berpuas hati tertuduh memahami Bahasa Malaysia sebagaimana yang didakwa)
4
Setelah Mahkamah ini berpuas hati pengakuan salah tertuduh adalah teratur, Mahkamah meneruskan prosedur Fakta dan Hukuman.
5
Setelah meniliti pertuduhan, fakta kes, ekshibit-ekshibit yang dikemukakan dan mengambil kira rayuan tertuduh serta pemberatan Pendakwaan, Mahkamah mengenakan hukuman berbentuk Penjara selama tempoh 1 tahun bermula dari Tarikh dituduh 7 April 2024 dan RM5000.00 gagal bayar 5 bulan penjara.
6
Tidak berpuas hati dengan hukuman yang dikenakan, tertuduh telah memfailkan rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan.
7
Pertuduhan yang dikenakan ke atas tertuduh adalah sebagaimana berikut: PERTUDUHAN: BAHAWA KAMU BERSAMA-SAMA YANG MASIH BEBAS PADA 30/04/2023 JAM LEBIH KURANG 5.00 PETANG BERTEMPAT DI TEPI JALAN MERSING KECHIL, DALAM DAERAH MERSING DALAM NEGERI JOHOR TELAH MENAKUTKAN SECARA JENAYAH DENGAN MENGANCAM HENDAK MENDATANGKAN KEMATIAN TERHADAP MUHD SALIM ABDUL JABBAR, NO UNHCR: 354-09C07857. OLEH YANG DEMIKIAN KAMU TELAH MELAKUKAN SUATU KESALAHAN YANG BOLEH DIHUKUM DIBAWAH SEKSYEN 506 KANUN KESEKSAAN DAN DIBACA BERSAMA SEKSYEN 34 KANUN KESEKSAAN. HUKUMAN BARANG SIAPA MELAKUKAN KESALAHAN MENAKUTKAN SECARA JENAYAH HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH BOLEH SAMPAI DUA TAHUN, ATAU DENGAN DENDA, ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA; DAN JIKA UGUTANYA ITU IALAH UGUTAN HENDAK MENYEBABKAN KEMATIAN CEDERA PARAH, HENDAK MENYEBABKAN KEBINASAAN APA-APA HARTA DENGAN API, ATAU HENDAK MENYEBABKAN SESUATU KESALAHAN YANG BOLEH DISEKSA DENGAN BUNUH ATAU PENJARA, ATAU DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN, HENDAK MENTOHMAHKAN SESeORANG PEREMPUAN SEBAGAI JALANG, MAKA IA HENDAKLAH DISEKSA DENGAN PENJARA SELAMA TEMPOH YANG BOLEH SAMPAI TUJUH TAHUN, ATAU DENGAN DENDA, ATAU DENGAN KEDUA-DUANYA.
8
Tertuduh telah kali pertama di bawa dan dihadapkan ke Mahkamah pada 7 April 2024, di mana berdasarkan rekod tertuduh telah membuta pengakuan salah dan kes ditangguh ke 22 April 2024 bagi sebutan Fakta Hukuman. Pada Tarikh 22 April 2024 Tertuduh mengekalkan pengakuan bersalah namun apabila fakta kes dibacakan tertuduh tidak mengakui fakta kes tersebut. Kes sekali lagi telah ditangguhkan ke 15 Mei 2024 bagi sebutan serahan dokumen.
9
Pada 15 Mei 2024, Mahkamah telah sekali lagi dimaklumkan bahawa tertuduh ingin membuat pengakuan salah. Mahkamah ini mengambil maklum tertuduh merupakan seorang warganegra Myanmar dan pemegang kad UNHCR. Mahkamah telah mengambil pendekatan dengan menjelaskan kepada tertuduh hak-hak tertuduh untuk mendapatkan khidmat jurubahasa asing bagi memberi kefahaman kepada tertuduh.
10
Setelah Mahkamah menerangkan hak-hak tertuduh, tertuduh memilih untuk meneruskan prosiding tanpa pemanggilan jurubahasa asing. Mahkamah juga telah bertanya secara lisan kepada tertuduh dan membuat dapatan tertuduh memahami Bahasa Malaysia dan boleh bertutur dengan fasih sebagaimana seorang warganegara Malaysia.
11
Berdasarkan pemilihan tertuduh dan Mahkamah berpuas hati sememangnya tertuduh memahami Bahasa Malaysia, prosiding diteruskan. Pertuduhan dan hukuman telah dibacakan dan diterangakan. Tertuduh memahami pertuduhan dan hukuman dan membuat pengakuan salah.
12
Mahkamah berpuas hati tertuduh memahami pertuduhan, hukuman dan kesan dan akibat pengakuan tersebut.
13
Fakta Kes dibentangkan dan diakui oleh tertuduh, serta ekshibit dikemukakan dan rayuan tertuduh serta pemberatan dihujahkan, Mahkamah dapati hukuman yang difailkan di dalam sistem adalah tidak tepat.
14
Mahkamah telah sekali lagi menerangkan kembali kepada tertuduh berkenaan hukuman yang boleh dikenakan ke atas tertuduh. Tertuduh mengesahkan bahawa tertuduh memahami hukuman tersebut dengan mengekalkan pengakuan salah.
15
Mahkamah sekali lagi telah berpuas hati tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan.
16
Pihak pendakwaan telah mengemukakan Fakta Kes yang ditandakan sebagai P1. Fakta kes telah dibacakan dan diterangkan kepada tertuduh. Tertuduh mengakui fakta kes yang dikemukakan.
17
Ekshibit yang dikemukakan adalah sebagaimana berikut: Bil. Keterangan Ekshibit 1 Repot Polis Mersing/002454/23 P2 2 Repot Polis Ulutiram/001834/24 P3 3 Repot Polis Mersing/002379/24 P4 4 Gambar Tempat Kejadian
18
Ekshibit-Ekshibit telah dirujuk kepada tertuduh, dan tertuduh diberikan masa untuk meneliti ekshibit tersebut di mana tertuduh telah mengakui dan mengecamkan kesemua ekshibit yang dikemukakan.
19
Mahkamah berpuas hati pengakuan salah yang dibuat oleh tertuduh adalah teratur serta tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuanya dan selanjutnya Mahkamah menerima pengakuan salah tertuduh.
20
Bagi kes ini, Tertuduh telah memohon satu hukuman berbentuk denda kerana mempunyai tanggungan anak dan keluarga. Tertuduh turut memaklumkan ibu beliau sedang sakit.
21
Pihak pendakwaan memohon satu hukuman setimpal.
22
Mahkamah setelah meneliti pertuduhan, fakta kes, ekshibit-ekshibit kemuka dan mempertimbangkan mitigasi dan pemberatan, Mahkamah mengenakan hukuman berbentuk pemenjaraan selama tempoh 1 tahun bermula dari tarikh dituduh 7 April 2024 dan RM5000.00 gagal bayar 5 bulan penjara. H. ALASAN DAN PERTIMBANGAN MAHKAMAH i.
23
Berkenaan dengan isu pengakuan salah tertuduh, Mahkamah berpuas hati tertuduh telah memahami pertuduhan dan hukuman yang diterangkan. Serta kesan dan akibat pengakuan salah tertuduh.
24
Sebagaimana yang diulaskan di atas, Mahkamah memutusakan pengakuan bersalah tertuduh adalah teratur dan dibuat secara rela hati tanpa sebarang paksaan serta memahami kesan dan akibat pengakuan. ii.
25
Mahkamah ini percaya bahawa hukuman yang dijatuhkan Mahkamah haruslah berlandaskan peruntukan undang-undang dan prinsip berkaitan hukuman. (Rujuk kes: Public Prosecutor v. Jafa bin Daud [1981] 1 LNS 28; [1981] 1 MLJ 315)
26
Bagi kesalahan dipertuduhankan ke atas tertuduh iaitu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaaan, terdapat dua limb hukuman, iaitu:
26
26.1. Barang siapa melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya;
26
26.2. Jika ugutanya itu ialah ugutan hendak menyebabkan kematian atau cedera parah, atau hendak menyebabkan kebinasaan apa-apa harta dengan api, atau hendak menyebabkan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan bunuh atau penjara, atau dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau hendak mentohmahkan seseorang perempuan sebagai jalang, maka ia hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, atau dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
27
Berdasarkan fakta kes, tertuduh bersama 3 yang lain telah membuat ugutan untuk membunuh pengadu sekiranya tidak membayar gaji pekerja berjumlah RM10,700.00 sehingga menyebabkan pengadu berasa takut dan terancam.
28
Bagi kesalahan ugutan menyebabkan kematian / bunuh, peruntukan hukuman adalah lebih berat berbanding kesalahan ugutan jenayah yang biasa. Niat parlimen jelas terpancar berdasarkan perbezaan hukuman iaitu boleh sampai dua tahun dan boleh sampai tujuh tahun. iii.
29
Dalam menjatuhkan suatu hukuman, Mahkamah ini masih mempunyai kuasa budi bicara. Adalah suatu prinsip undang-undang yang mantap bahawa Mahkamah ini adalah terikat dengan ruang lingkup statutori dan prinsip-prinsip kehakiman dalam menjatuhkan hukuman menurut undang-undang (Rujuk kes: Tan Lay Chen v. Public Prosecutor [2000] 4 CLJ 492, [2001] 1 MLJ 135). iv.
30
Mahkamah ini turut mempertimbangkan bahawa pelaksanaan undang-undang jenayah bukan sahaja untuk menghukum pesalah, namun bertujuan bagi membendung perbuatan yang serupa dari dilakukan oleh orang yang lain. Satu hukuman yang mencerminkan pencegahan wajar dipertimbangkan oleh Mahkamah ini.
31
Prinsip ini boleh dilihat berdasarkan kes R v. Kenneth John Ball 35 Cr App R 164, dan Tan Bok Yong v. PP [1972] 1 MLJ.
32
Selanjutnya, mahkamah ini juga merujuk kepada dapatan Yang Arif Hakim Augustine Paul di dalam Tan Lay Chen V Public Prosecutor [2001] 1 MLJ 135; [2000] 4 CLJ 492, yang menyatakan seperti berikut: “The phrase 'pass sentence according to law' in the subsection means that the sentence imposed must not only be within the ambit of the punishable section but it must also be assessed and passed in accordance with established judicial principles (see Re Chang Cheng Hoe & Ors [1966] 2 MLJ 252; Public Prosecutor v Jafa bin Daud [1981] 1 MLJ 315; Philip Lau Chee Heng v Public Prosecutor [1988] 3 MLJ 107). The assessment of a sentence in accordance with judicial principles clearly contemplates, inter alia, a consideration of the mitigating circumstances in favour of the person to be sentenced. It is generally accepted that an accused person should be given credit or discount for pleading guilty (see Sau Soo Kim v Public Prosecutor [1975] 2 MLJ 134; Public Prosecutor v Sulaiman bin Ahmad [1993] 1 MLJ 74; Public Prosecutor v Ravindran & Ors [1993] 1 MLJ 45). However, this is not a strict rule as the court may, in the exercise of its discretion, refuse to grant any discount in an appropriate case (see Zaidon bin Shariff v Public Prosecutor [1996] MLJU 159; [1996] 4 CLJ 441; Lee Say & Ors v Public Prosecutor [1985] 2 CLJ 155). The severity of the offence committed may outweigh the mitigating effect of a guilty plea (see Loh Hock Seng v Public Prosecutor [1980] 2 MLJ 13, Public Prosecutor v Oo Leng Swee & Ors [1981] 1 MLJ 247). Where public interest demands a deterrent sentence in the circumstances of a particular case, then the effect of a guilty plea must also give way (see Sim Gek Yong v Public Prosecutor [1995] 1 SLR 537; R v Costen [1989] 11 Cr App R (S) 182). Thus, there can be no automatic rule that a guilty plea on its own entitles an accused to a lesser punishment (see Public Prosecutor v Govindnan a/l Chinden Nair [1998] 2 MLJ 181)”
33
Mahkamah ini berpendapat hukuman yang diputuskan adalah suatu hukuman yang munasabah sebagai pengajaran kepada tertuduh secara khusus supaya tidak mengulangi kesalahan yang sama dimasa hadapan dan ia juga satu mesej yang jelas kepada masyarakat di luar sana agar tidak sewenangnya membuat suatu ugutan jenayah sehingga mengganggu gugat keamanan dan keselamatan individu lainya. Tambahan kepada itu, masyarakat juga perlu dilindungi dari sebarang perlakuan jenayah. v.
34
Mahkamah turut mempertimbangkan pengakuan salah tertuduh yang dibuat seawal mungkin, iaitu ketika kali pertama pertuduhan dibacakan terhadap tertuduh. Pengakuan salah tertuduh ini merupakan faktor yang mewajarkan pengurungan hukuman ke atas tertuduh. (Rujuk kes: Zaidon Shariff v PP [1996] 4 CLJ 441)
35
Pengakuan bersalah tertuduh ini telah dapat menjimatkan masa dan kos, malah Mahkamah dapat memberi keutamaan dan tumpuan kepada kes-kes lain yang lebih kompleks.
36
Namun begitu pengakuan salah diawal peringkat bukanlah satu-satunya faktor untuk Mahkamah ini memberikan kredit pengurangan hukuman untuk mendapatkan kredit pengurungan hukuman mengambil kira ugutan jenayah terhadap mangsa dalam kes ini merupakan satu ugutan yang serius iaitu ugutan untuk membunuh. vi. Hukuman yang Setimpal
37
Mahkamah juga telah mempertimbangkan pemberatan dari Pendakwaan di mana satu hukuman yang setimpal telah dimohon oleh pihak Pendakwaan. Hukuman setimpal telah di jelaskan secara terperinci didalam kes R v. lpeelee [2012] 1 SCR 433: "….proportionality …is not just a sanction. First, the principles ensures that a sentence reflects the gravity of the offence,…it promotes justice for the victims and ensures public confidence in the system of justice. Secondly, the principles of proportionality ensures that a sentence does not exceed what is appropriates, given the moral blameworthiness of the offender…." [Penekanan telah diberikan]
38
Berdasarkan pertimbangan faktor-faktor yang dinyatakan di atas, keputusan Mahkamah ini yang memutuskan tertuduh dikenakan hukuman penjara selama tempoh 1 tahun bermula dari tarikh dituduh 7 April 2024 dan RM5000.00 gagal bayar 5 bulan penjara adalah munasabah, setimpal, wajar dan selari dengan peruntukkan undang-undang. Sabitan dan hukuman yang dikenakan wajar dikekalkan sebagaimana alasan yang dinyatakan di atas. Disediakan oleh, …………………………………………. MUHAMMAD FITRI BIN MOKHTAR MAJISTRET MAHKAMAH MAJISTRET MERSING BERTARIKH: 25 JULAI 2024 TPR : OTHMAN AFFAN BIN ISMAIL PEGUAMBELA : TIDAK DIWAKILI UNDANG-UNDANG JENAYAH: Seksyen 506 Kanun Keseksaan. ABSTRAK: Pengakuan salah – mitigasi – prinsip menjatuhkan hukuman – faktor yang dipertimbangkan dalam menjatuhkan hukuman
Wrong text, a broken link, out-of-date content, or a removal request — tell us and we'll check it against the official source.